♛ Prolog
PAGI yang indah lagi menyegarkan. Orang lain dah sibuk dengan aktiviti kendiri masa cuti tapi tidak bagi si gadis. Moto hidup seorang Adreanne Humaira; tak pandai tak apa. Janji tidur cukup.
Usai menunaikan solat Subuh, Adreanne segera menyambung kembali tidurnya. Mana taknya, semalam marathon k-drama sampai pukul empat pagi. Memang mengantuk habislah. Dah berkali-kali bunyi deringan alarm kedengaran, tapi hasilnya zero. Tak bangun langsung! Tidur mati gamaknya.
Terik mentari yang dipancar dari luar mula menembusi tirai kamarnya. Dek terganggu oleh pancaran cahaya mentari, dia menggeliatkan badannya. Otot diregangkan terlebih dahulu sebelum kaki dihayun ke bilik mandi. Prak! Prak! Bunyi letupan tulang berbunyi perlahan.
"Morning semua!" sapa Adreanne ceria. Kerusi di sebelah abang sulungnya, Adzim ditarik ke belakang lalu punggung dilabuhkan. Tangan mula menyapu jem peanut butter jenama Nutella pada tiga keping roti Gardenia.
"Banyak la kamu punya morning. Awal bangun ni buat apa malam tadi?" perli Encik Khuzairi dengan nada yang agak sarkastik. Mata memandang tepat anak gadisnya yang mula gelisah seperti cacing kepanasan. Bukan dia tak tahu, anak daranya ini memang suka jadi burung hantu. Nak tolong jaga rumah agaknya.
"Hehe, Aira tengok k-drama malam tadi. Tak sangka pula sampai lewat malam." Adreanne tayang sengih.
"Berapa kali papa nak pesan, tidur awal, kamu tu dah nak final exam minggu depan. Jangan nak leka sangat," tegur Encik Khuzairi dengan nada yang lembut.
"Ya, papa. Aira minta maaf. InsyaAllah lagi dua hari nak final, Aira tak buat dah. Sekarang ni tengah cuti lagi, Aira nak release tension kejap." Dua jari diangkat dan muka disengetkan ala-ala ayam patah tengkuk.
"Tension teruk mana la kamu tu. Tahu berhibernasi macam beruang kutub je papa tengok," sakat Encik Khuzairi. Roti yang masih berada di dalam piring dicapai lalu dibawa ke mulut! Sekali gigit sahaja dah tinggal separuh keping roti yang masih berbaki.
"Betul la tu, papa! Cuba papa tengok Aira ni, badan dia pun dah macam polar bear. Polar bear kalau gemuk tak apalah, comel. Aira ni? Ish ish ish." Aryan, abang kedua Adreanne menggelengkan kepala.
"Angah ni dah kenapa? Kerja nak sakitkan hati Aira aje." Masam mencuka muka Adreanne. Kaki Aryan dipijak kuat. Abang dia yang seorang ni memang minta kena humban betul.
"Aduh, sakitlah! Aira ni tak sedar diri lagi ke badan tu dah berat? Lagi nak dipijaknya kaki angah ni," Aryan menyeringai kesakitan. Ini kaki manusia ke kaki gajah ni, sakit dia tak boleh bawa bincang.
"Along, tengok angah tu... tak habis-habis nak sakitkan hati orang," adu Adreanne kepada Adzim. Muka dicebikkan persis mahu menangis. Saja je sebenarnya, nak raih simpati.
"Sudah la tu angah. Kau pun sama je dengan Aira tu. Dah besar, kan? Cuba la matang sikit," tegur Adzim tegas, menyebelahi Adreanne.
Adreanne menjelirkan lidahnya kepada Aryan manakala Aryan hanya menunjukkan buku limanya yang bersaiz sederhana sebagai tanda balasan. Cis, sikit-sikit nak mengadu!
"Dah sudah-sudah. Hujung bulan ni kita balik kampung, ada majlis sikit," sampuk Puan Aminah setelah pergaduhan manja yang terletus tadi berjaya dileraikan.
"Majlis? Majlis apa mama? Along tak tahu pun."
"Memanglah kamu tak tahu, kan mama baru bagitahu ni. Lain kali dengar dulu sampai habis. Ni tak, nak juga menyampuk," selar Puan Aminah seraya menggelengkan kepalanya. Tak menyempat betul anak-anaknya ini. Kalut sangat!
Adzim garu belakang kepala. Aik, tanya pun salah ke. "Kenduri kahwin ke mama?"
"Tak la, majlis tunang kecil-kecilan aje," jelas Puan Aminah ringkas.
"Bertunang? Siapa yang nak bertunang pula ni? Takkan maksu nak bertunang lagi sekali kot?" Aryan bertanya polos. Kalau betul la maksunya ingin bertunang buat kali kedua, agaknya kena main aci ligan dengan nenek dulu baru lepas nak bertunang.
"Aira yang nak bertunang, ada rombongan meminang datang dua minggu lepas. Katanya nak pinangkan Aira untuk anak lelaki diorang," Puan Aminah melirik mata ke arah Adreanne. Jelas sekali riak Adreanne bertukar terkejut tetapi dia hanya berpura-pura tak nampak.
Tersenyum mengusik Aryan dibuatnya selepas mendengar perkhabaran itu padahal mereka sekeluarga kecuali adiknya sudahpun tahu mengenai perkara itu. Sengaja dia berpura-pura terkejut.
"Aira, mama? Untung la Aira, muda-muda dah nak kahwin. Angah yang baru kerja dua tahun ni nak bercinta pun tak laku." Kaki gadis itu ditendangnya, saja nak cari pasal.
"Ish, apa angah ni! Main tendang-tendang kaki pula." Adreanne segera menarik kembali kakinya lalu disilakan di atas kerusi. Cis, sikit lagi nak jatuh roti peanut butter kesayangan dia ni!
Habis saja mengunyah, Adreanne terus bersuara. Makan mana boleh tangguh-tangguh. Ini nak berdebat ni lagilah perlukan tenaga. Ceh, ada-ada ajelah kau ni Adreanne!
"Eh, bila masa pula Aira cakap Aira setuju ni! Tiba-tiba je dah kena bertunang."
Satu perkataan, empat huruf. Gila.
Ingat ni main kahwin-kahwin masa zaman kanak-kanak dulu ke? Kalau masa kecil-kecil dulu boleh la nak kahwin suka-suki ni. Ini dah 22 tahun, mana boleh main redah je soal kahwin ni.
Kahwin ni bukannya seronok 24 jam sehari, 365 hari setahun. Tapi, perkahwinan adalah satu fasa yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan. Hilangnya tanggungjawab salah satu pihak, maka goyahlah rumahtangga yang dibina.
Dan dia... belum bersedia!
"Tak perlu tanya pun mama dah tahu Aira mesti setuju punya. Lagipun, mama dengan papa dah terima dah pun pinangan tu. Nak batalkan majlis pun, ada lebih kurang tiga minggu je lagi. Buat malu family kita je nanti."
"Mama ni memandai je cakap Aira mesti setuju. Aira bukannya kenal pun dia tu siapa. Entah lelaki mana entah yang mama dengan papa terima. Tak nak selidik dulu ke background dia?" Adreanne sandar belakang badan ke kerusi. Mati sudah selera makannya pagi ni.
"Tak baik Aira cakap macam tu, bakal tunang Aira tu baik tau. Along yakin yang dia mampu jaga adik along ni dengan baik." Berhati-hati Adzim memujuk Adreanne. Adreanne kalau dah marah memang tak fikir kiri-kanan dah masa bercakap dan biasanya hanya dia yang mampu untuk memujuk Adreanne.
Semasa pihak lelaki datang merisik, mereka sekeluarga ada bersama di rumah. Kebetulan pula waktu itu Adreanne terpaksa menghadiri program yang dianjurkan di kolej.
Adzim memang sudah berhajat untuk memberitahu Adreanne lebih awal lagi, namun Encik Khuzairi melarang. Dia tahu Encik Khuzairi mahu mengutarakan hal ini sendiri dan dia sememangnya menghormati permintaan Encik Khuzairi.
"Oh, maknanya semua dah tahu la ni! Tapi along dengan angah pura-pura tak tahu."
"Bukan kami pura-pura tak tahu, tapi papa cakap biar je papa dengan mama yang bagitahu Aira."
"Habis tu, kenapa mama dengan papa tak tanya Aira lepas je Aira balik dari kolej? Kenapa semua orang kena belakangkan Aira sedangkan yang nak bertunang tu Aira, bukan orang lain." Rasa nak menangis, rasa nak mengamuk. Tapi semua tu dah tak boleh nak ubah apa yang dah jadi.
"Dah la, benda dah jadi dah pun. Lagipun, bakal tunang Aira tu baik, tau," ulang Adzim sekali lagi. Dia mengusap belakang badan Adreanne. Adzim tahu Adreanne marah, tapi apa yang boleh mereka buat sekarang? Persiapan pun hampir ke semuanya sudah dibuat.
"Mana along tahu dia tu baik? Entah-entah bangla jual karpet tak? Hmm tak pun, perogol bersiri. Kalau perompak macam mana? Takkan nak bagi Aira bertunang dengan orang yang entah apa-apa kot."
Adzim mencubit lembut tepi bibir Adreanne lembut. "Tak baik tau Aira cakap orang macam tu. Aira pun bukannya baik mana pun, kan?"
Encik Khuzairi yang tidak betah untuk terus berdiam diri mula menegur. Dia diam sebab dia nak Adreanne bertenang, tapi makin menjadi-jadi pula. Elok la dia terus menegur daripada nanti entah apa pula yang Adreanne cakap.
"Aira, behave! Papa tak ajar anak-anak papa untuk cakap buruk pasal orang. Kita semua kenal dia, kenal keluarga dia. Mereka memang dari keturunan yang baik-baik. Walaupun bakal tunang Aira tu muda setahun daripada along, papa tetap yakin dengan keputusan papa. Apapun yang jadi, Aira kena kahwin dengan dia juga."
"Bukan kita semua, yang kenal dengan dia tu papa, mama, along dengan angah je. Aira tak kenal dia langsung!" Adreanne mula berpeluk tubuh. Tak habis-habis puji bakal tunang dia tu melambung. Dah tu, asyik suruh dia kahwin je. Apa, Bumi ni dah tak berputar pada paksi ke kalau dia tak kahwin.
Adreanne tarik nafas dalam sebelum dia kembali menyambung.
"Cuba papa cakap dengan Aira, kenapa Aira kena kahwin juga dengan dia? Papa sendiri cakap dia muda setahun daripada along, ada ke duit dia nak sara Aira? Dah kahwin nanti, dia nak bagi Aira makan apa? Takkan nak makan batu dengan pasir pula hari-hari. Heh, nonsense!"
Apa, lelaki misteri tu ingat perut dia ni boleh kenyang dengan kata-kata manis je ke? Kena diabetes pun takkan dapat tau kalau setakat dengan mulut je. Silap-silap, hari-hari dia loya. Loya sebab cringe.
"Kan mama dah cakap tadi, papa dengan mama dah terima dah pun pinangan dia. Hujung bulan ni kita balik kampung, kamu bertunang dekat sana. Nenek yang minta untuk buat majlis tunang Aira dekat kampung. Lagipun bertunang aje, bukannya kahwin terus," putus Encik Khuzairi. Tak hiraukan muka monyok Adreanne, cawan yang masih terisi teh disisip perlahan.
"Tak habis-habis dengan alasan dah terima pinangan tu! Bosan!"
Bunyi dentuman kuat yang terhasil daripada pintu bilik Adreanne buatkan semua terdiam. Agak-agaknya kalau mereka bagitahu Adreanne hal bertunang ni, terus lari dari rumah rasanya Adreanne.
--------
"BETUL ke abang apa yang kita buat ni? Kesian pula saya dengan Aira tu."
Puan Aminah melabuhkan duduk di tepi Encik Khuzairi. Hanya mereka suami isteri yang ada di ruang tamu tika itu. Selepas sarapan tadi, terus anak-anaknya yang lain berkurung di dalam bilik.
"Dah tu, awak nak abang buat apa? Jangan cakap yang awak pun nak batalkan majlis tunang tu pula." Encik Khuzairi menoleh sekilas sebelum dia kembali membaca keratan akhbar atas talian pada iPadnya.
"Eh, abang ni! Takkan la saya nak batalkan pula majlis tu, malu la saya nanti. Dah la saya beria tempah macam-macam tau untuk majlis tunang Aira nanti." Peha Encik Khuzairi ditepuk perlahan. Merepek betul.
"Tapi, saya betul-betul kesian dengan Aira tu. Abang tak kesiankan anak abang tu ke?" Yalah, itukan satu-satunya anak perempuan yang mereka ada. Dah tentu la mereka mahukan yang terbaik buat Adreanne.
"Kesian tu memang la kesian, tapi macam yang abang cakap, apa lagi yang kita boleh buat sekarang ni? Kita dah terima dah pun pinangan tu, awak pun dah beria buat persiapan segala dah."
Puan Aminah meredupkan sedikit pandangan. Eh, suami dia ni! Macam dia pula yang salah sekarang ni.
"Masa tu saya tak sangka la Aira nak mengamuk macam ni. Dia kan selalunya memang minta kita yang buatkan keputusan untuk dia, itu yang saya tak tanya dia dulu tu."
iPad yang ada di tangan diletakkan di atas meja kopi. Encik Khuzairi betulkan letak duduk cermin mata di batang hidungnya sebelum dia kembali bersuara.
"Awak ni, memang la mengamuk budak tu kalau disuruhnya kahwin. Awak dulu pun, masa tiba-tiba kena kahwin dengan abang, awak mesti memberontak juga, kan? Sama la macam anak dara awak tu, menurun dari perangai awak la ni."
"Saya memberontak sikit je tapi bahagia je hidup saya selepas kahwin dengan abang."
"Eh, mestilah bahagia! Kahwin dengan abang, kan? Kalau tak bahagia, tak adanya keluar tiga orang yang dekat atas tu." Encik Khuzairi tersenyum bangga. Sedar tak sedar, dah 28 tahun mereka berumahtangga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro