
♛ Bab 9
"AWAK ada apa-apa nak tanya saya?"
Sudah hampir lima minit Adreanne membatu di sebelah. Edirul Fahmi sendiri tak tahu kenapa Adreanne tiba-tiba saja mendiamkan diri selepas dia menjawab soalan Adreanne tadi. Adreanne merenung sisi wajah Edirul Fahmi lama.
"Apa yang buatkan kau yakin yang aku ni layak untuk jadi isteri kau?" Adreanne meluahkan apa yang terdetik di dalam kepala dia sejak dia mengetahui perihal pertunangan mereka berdua.
Edirul Fahmi mula berfikir ayat yang sesuai untuk menjawab soalan Adreanne. Dia tahu, soalan yang ditanyakan Adreanne sudah bertapak lama dalam kepala Adreanne.
"Sebelum tu saya nak tanya, apa yang buatkan awak rasa tak layak untuk teruskan hubungan kita ke next step?"
Adreanne mengubah pandang dari menatap Edirul Fahmi. Sambil bermain-main dengan jari, dia menjawab. "Aku muda lagi, Edy."
"Saya tak kisah muda manapun awak, Humaira. Jodoh ni tak kenal umur. Bila Tuhan kata dah tiba masanya jodoh tu sampai, dia tetap akan sampai," balas Edirul Fahmi. Nasib la perjalanan mereka dari rumah Encik Khuzairi memakan masa hampir 40 minit juga, dapat la dia berbual panjang dengan Adreanne.
"Tahu... tapi aku tak pandai masak pun. Kau nak sanggup ke berlapar bila kahwin dengan aku?"
"Humaira, saya ambil awak untuk dibuat isteri, untuk dijadikan teman dunia dan akhirat saya. Saya bukan ambil awak sebab nak jadikan awak personal chef untuk saya. Kalau awak tak pandai masak, saya boleh tolong awak masak. Lama-lama nanti mesti pandai juga, kan?" lembut Edirul Fahmi memujuk.
Adreanne mati kutu. Apa lagi hujah yang boleh dia utarakan kalau semuanya Edirul Fahmi mampu memujuk. "Aku tak bersedia lagi nak..." Adreanne gigit bawah bibir, malu pula nak cakap.
"Nak apa, Humaira?" tanya Edirul Fahmi apabila Adreanne tidak menyambung ayat yang tergantung.
"Nak ada anak," perlahan Adreanne menjawab. Dia palingkan muka ke luar tingkap. Malu, tapi dia kena cakap juga. Mana tahu Edirul Fahmi mahu menimang cahaya mata dengan cepat.
Edirul Fahmi terlepas ketawa yang ditahan. Dia berdehem sekali, membetulkan suara. "Pasal anak tu, saya serahkan dekat awak. Kalau awak tanya saya, saya memang dah bersedia nak ada anak. Duit, rumah, semuanya insyaAllah cukup untuk tampung keluarga kita nanti. Tapi, tu semua tu tak penting dalam soal ni. Yang penting awak, Humaira. Bukan saya yang nak mengandung 9 bulan 10 hari nanti. Bukan saya yang nak menanggung sakitnya melahirkan, dan bukan saya yang nak menghadap pantang bersalin 44 hari. Walaupun saya janji yang saya boleh temankan awak sepanjang tempoh tu semua, tetap awak yang akan rasa sakit dan peritnya semua perkara tu. Jadi, dalam soal ni, saya rasa awak yang berhak untuk tentukan bila waktu yang sesuai untuk kita ada anak. Saya serahkan semua tu pada awak, dan bila tiba masa yang awak rasa sesuai, awak boleh utarakan soal anak dengan saya. Kita bincang elok-elok," terang Edirul Fahmi panjang lebar.
"Tapi, kau mesti la kahwin untuk ada anak, kan? Bukan lelaki selalunya nak ada anak cepat-cepat ke?" Adreanne ketepikan semua malu yang menyerbu muka. Lebih elok perkara-perkara macam ni dibawa berbincang lebih awal.
"Tak semua lelaki macam tu, Humaira. Awak tahu, kahwin ni bukan untuk puaskan nafsu semata. Kahwin ni soal tanggungjawab dan boleh dikatakan 70 peratus apa yang jadi lepas kahwin adalah berbual, sebab tu pentingnya untuk kita cari pasangan yang boleh diajak berbual dan berbincang. Awak bayangkan, 24 jam awak akan hadap muka saya dan saya pun 24 jam juga akan hadap muka awak nanti. Kalau kita sebelum kahwin dah lack of communication, rasa-rasa awak lepas kahwin nanti apa yang akan jadi? Tu pun antara salah satu punca kenapa kes cerai-berai semakin tinggi sekarang ni, sebab antara salah satu pihak dah mula tawar hati dengan pihak satu lagi. Boleh saya tahu, apa yang awak tahu pasal tawar hati?"
"Tawar hati ni jadi bila orang tu dah mati rasa dengan seseorang, kan?" tanya Adreanne takut-takut.
Edirul Fahmi angguk. "Betul, dan awak rasa apa yang boleh buatkan pasangan mula tawar hati selain daripada lack of communication?"
Adreanne tolak bola mata ke atas, berfikir antara sebab-sebab lain yang boleh membuatkan seseoarang tawar hati. "Mungkin bila satu pihak je yang masih beria?"
"Erm, betul. Selain daripada beria dan kurangnya komunikasi antara pasangan, kurang perhatian, asyik ulang perkara yang pasangan tak suka pun antara sebab kenapa pasangan mula tawar hati," terang Edirul Fahmi lag. Rasa seronok pula ber-deep talk dengan Adreanne macam ni.
"Kau dah tawar hati ke dengan aku?" tanya Adreanne tiba-tiba.
Terjungkit sebelah kening Edirul Fahmi. "Kenapa awak tanya macam tu?"
"Kau kan tak suka aku sebut bab* tu, tapi aku sebut juga. Kiranya, kau pun dah mula tawar hati ke?" Adreanne mengutil bahagan atas tangan. Kenapa kau nak kisah pula ni dia nak tawar hati ke tak, gerutu Adreanne dalam hati.
"Baru dua hari kita jumpa, so tak sempat nak tawar hati lagi," jawab Edirul Fahmi sambil tersengih, lucu dengan soalan Adreanne.
"Maknanya boleh sebut lagi ke? Bab-"
Tak sempat Adreanne menyebut perkataan yang satu itu, Edirul Fahmi cepat-cepat memotong.
"Takkan nak tunggu saya tawar hati dulu baru nak berhenti sebut perkataan tu? Lagipun, daripada mulut awak berzikir dengan nama haiwan tu, lagi elok awak sebut benda-benda lain yang berfaedah. Kita ni hidup tak lama mana, elok la kumpul pahala banyak-banyak daripada mencarut."
Dush! Macam ada anak panah yang tertusuk tepat di tengah dada Adreanne rasa.
------
EDIRUL Fahmi pakirkan kereta pada tempat letak kenderaan yang terdapat di tepi kawasan kolej kediaman Adreanne. Tanpa mematikan enjin, dia dan Adreanne keluar dari perut kereta menuju ke bonet.
"Ini je kan barang awak?" Edirul Fahmi memandang barang-barang milik Adreanne yang diletakkandi atas jalan tar. Tak banyak pun barang yang Adreanne bawa, hanya beg laptop dan sebuah beg bagasi kecil. Oh, lupa! Ada patung kucing Kaison di atas dalam dukungan Adreanne.
"Haah, ni je. Terima kasih tau sebab hantar aku," ucap Adreanne ikhlas. Walaupun dia tak 'suka' Edirul Fahmi lagi, itu tak menjadi asbab dia tak berterima kasih. Lagipun, orang berbudi kita berbahasa.
"Okey." Edirul Fahmi tekan butang pada bonet belakang. Dengan automatik, bonet tersebut tertutup.
"Aku masuk dulu, eh?" pamit Adreanne.
"Eh, kejap!" tahan Edirul Fahmi. Dia berjalan ke arah pintu belakang kereta. Sebuah beg kertas bersaiz kecil diambil dan dihulurkan kepada Adreanne yang berada di belakang.
"Apa ni?" tanya Adreanne berbasa-basi. Lambat-lambat dia mengambil beg kertas tersebut lalu diintai sedikit bahagian dalam. Hmm, tak nampak apapun, decit Adreanne dalam hati.
"Nanti dah naik bilik baru awak buka beg ni. Okey la, saya dah nak kena gerak sekarang." Edirul Fahmi kerling sekilas jam di tangan. Lagi sepuluh minit jarum panjang akan bergerak ke angka 12, menandakan pukul 11 pagi.
"Okey," balas Adreanne ringkas. Otak dia masih ligat berfikir tentang isi beg kertas yang berada di tangan.
"Good luck. Kalau ada apa-apa yang awak nak vent atau overthinking, awak Whatsapp je saya. InsyaAllah saya tak sibuk, saya balas mesej awak," pesan Edirul Fahmi sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta. Tingkap di bahagian pemandu diturunkan separuh.
Adreanne sekadar mengangguk walaupun dia tak terdetik langsung di hati untuk bermesej dengan Edirul Fahmi. Apabila terlihatkan Edirul Fahmi sudah bersedia untuk mengundur kereta, Adreanne berjalan ke lorong pejalan kaki yang berbumbung.
"Awak masuk dulu, Humaira. Awak dah masuk baru saya gerak," suruh Edirul Fahmi. Hilang saja kelibat Adreanne, Edirul Fahmi memulakan pemanduan ke Johor.
-----
"WAH, aku nampak abang handsome hantar kau tadi!"
Adreanne yang baru melangkah masuk ke dalam bilik terkejut. Dia mengurut dada sebelum berjalan ke arah katil miliknya. Barang-barang yang dibawa pulang diletakkan di atas lantai. Sambil membuka lilitan selendang di kepala, Adreanne bersuara. "Abang handsome mana pula kau ni?"
"Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula kau ni!" tempelak Hawa yang masih tercegat di tepi tingkap.
"Handsome ke?" tanya Adreanne tak berminat.
Hawa mendekati Adreanne yang sedang menyusun pakaian di dalam almari. Sila dipasang di sebelah Adreanne.
"Handsome gila! Kau tahu tak, tadi kecoh sikit aras ni bila diorang nampak ada mamat handsome hantar kau. Aku pun apa lagi, cepat-cepat lari pergi dekat tingkap tu." Terjuih mulut Hawa ke arah tingkap yang terbuka sedikit. Nasib baik la tingkap di bilik mereka ini jenis yang gelap apabila dilihat dari luar, jadi tak risau sangat apabila ingin menghendap.
Adreanne geleng kecil. "Tu jelah kerja kau, tak habis-habis nak menghendap! Naik ketumbit baru tahu."
Hawa tepuk peha Adreanne kuat. "Aku menghendap sebab nak tengok kau tau. Dah la tak cerita pun ada abang handsome hantar kau harini."
"Tak penting pun untuk kau tahu."
"Eh, penting la! Abang-abang handsome ni memang penting untuk aku tau. Student lelaki kat kolej kita ni dah la tak handsome, perasan handsome ada la!" kutuk Hawa sambil tercebir-cebir bibir.
"Tak handsome pun list crush kau je dah panjang berjela," perli Adreanne selamba.
Hawa terseringai. "Ala, tu crush untuk buat pembakar semangat aku rajin pergi kelas. Ni dah nak habis study ni, aku buang la list tu."
"Macam-macam la kau ni."
"Eh, tapi kan Ad! Kau tak cerita lagi siapa yang hantar kau tadi. Aku rasa macam bukan abang kau sebab yang tu aura dia lain sikit," komen Hawa.
"Hmm memang bukan abang aku pun," jawab Adreanne jujur. Nak berdolak-dalih pun, tak lama lagi Hawa tetap akan tahu tentang kewujudan Edirul Fahmi. Lagi pula, hanya Hawa la tempat dia bercerita selama dia belajar di sini.
"Siapa tu, Ad? Abang ikan ke?" tanya Hawa pelik.
"Abang ikan? Abang jual ikan ke maksud kau?" Adreanne menjawab dengan pertanyaan.
Hawa ketawa kuat. Berguling-guling dia di atas lantai sambil tangan memegang perut. Ada pula Adreanne kata abang handsome dia tu abang jual ikan. Tak kena langsung!
Adreanne tarik rambut Hawa yang panjang mengurai. "Eii, kau ni! Kau gelak sakan ni apasal, hah?"
"Aduh, aduh! Sakit la, Ad!" jerit Hawa sambil menolak tangan Adreanne yang masih mengenggam rambutnya.
Adreanne lepaskan genggaman pada rambut Hawa. Hawa yang masam mencuka dipandang tanpa rasa bersalah. "Kau la, boleh pula kau gelak macam orang tak siuman."
"Kau tu yang tak siuman. Ada ke kau kata abang handsome tu abang jual ikan? Dia tu kalau jual ikan, tak buka kedai lagi dah beratur orang tunggu dia," balas Hawa geram.
Adreanne jungkit bahu ke atas, tanda tak kisah. "Dah tu kau cakap abang ikan, aku ingat abang jual ikan la."
"Ish kau ni, lurus betul!" Hawa tampar peha Adreanne. "Abang ikan tu sama maksud dengan anak ikan la, sebab dia tu nampak tua dari kita so aku gelar dia abang ikan. Anak ikan kan selalunya muda sikit," terang Hawa sambil tersenyum miang.
Adreanne tunjal dahi Hawa sekali. "Eh, miangnya kau ni!"
Hawa buat muka tak kisah. "Tapi serious ni Ad, siapa abang ikan tu?"
Adreanne mengurut pelipis. Abang ikan pun abang ikan la, Hawa. "Bakal tunang aku," jawab Adreanne selamba. Dia bangun ke arah cermin untuk mengikat rambut yang dibiarkan lepas tadi.
Hawa melopong. "Kau biar betul, Ad? Jangan tipu aku la."
"Tak ada masa aku nak tipu kau."
"Tapi, kau baru balik rumah seminggu kot. Takkan dah nak bertunang? Bila masa kau bercinta ni, Ad?"
Hawa bangun melabuhkan duduk di birai katil Adreanne. Adreanne yang sedang memeluk patung kucing dipandang dengan muka berkerut.
"Tak bercinta pun," jawab Adreanne ringkas. Adreanne ambil beg kertas yang diberikan Edirul Fahmi. Dikeluarkan isi beg tersebut. Wah, ada gelang!
Hawa hanya memerhati riak teruja Adreanne. Gelang berwarna silver pink di tangan Adreanne ditilik menggunakan mata. "Habis, macam mana kau boleh nak bertunang pula?"
Adreanne angkat muka dari menilik gelang yang dah dipasang di pergelangan tangan kiri. "Dia hantar rombongan masa kita ada kem haritu, lepastu papa dengan mama aku terus je terima pinangan dia."
"Papa dengan mama kau tak tanya kau dulu ke?" tanya Hawa penuh minat.
Adreanne geleng. "Tak, diorang terus je terima pinangan dia," jawab Adreanne sedih.
"Kau terima tak?" asak Hawa lagi.
"Terpaksa terima la. Parent aku tak bagi batalkan majlis tunang tu, aku boleh buat apa je, Hawa?" Adreanne mengeluh.
Hawa mengusap bahu Adreanne. "Takpa la, kau cuba la kenal-kenal dengan dia dulu sebelum korang kahwin. Bila majlis tunang kau tu?"
"Hujung bulan ni."
Hawa mula mengira hari dalam kepala. Harini dah 14 haribulan, maknanya ada lebih kurang dua minggu je lagi sebelum majlis tunang Adreanne. "Kiranya lepas-lepas kita final tu, kau terus bertunang ke?" tanya Hawa terkejut.
Adreanne sekadar mengangguk sebagai balasan.
"Kau dah habis buat persiapan ke Ad?"
"Tak tahu, aku memang tak masuk campur langsung pasal hal tunang. Rasanya macam dah siap je semua persiapan sebab haritu mama kata dia tempah baju dengan katering," jawab Adreanne kurang pasti. Memang benar, dia langsung tak ambil tahu hal tunang ni. Malas dia mahu serabutkan kepala dengan hal-hal ni semua, dia cuma nak fokus pada final exam je.
"Hmm, takpa la kalau macam tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau dengan abang ikan tu." Hawa ketawa perlahan. Macam kelakar pula panggil abang ikan, tapi Adreanne pun tak bagitahu apa nama betul abang ikan tu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro