Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 8

"NANTI Aira balik dengan Edy," arah Encik Khuzairi usai bersarapan.

Adreanne yang sedang menghirup teh terbatuk kecil. Dia tak salah dengar, kan. "Papa cakap apa?" 

"Papa cakap, nanti Aira balik ke hostel dengan Edy," ulang Encik Khuzairi.

Adreanne tersandar lemah ke kerusi. "Tapi... kenapa pula, papa?" tanya Adreanne tak puas hati.

"Papa dengan mama nak pergi ziarah kawan papa yang meninggal malam tadi," terang Encik Khuzairi ringkas. Dia tahu Adreanne mahu membantah, tapi dia tak punya cara lain selain meminta tolong Edirul Fahmi.

"Along dengan angah kan ada, kenapa kena balik dengan dia juga?" Adreanne masih tak berpuas hati dengan jawapan Encik Khuzairi. Kalau suruh dia balik naik Grab pun dia sanggup, asalkan bukan dengan Edirul Fahmi.

Adzim cepat-cepat menyampuk. "Eh, tak boleh! Along dah janji nak lepak dengan member. Lama dah along janji nak jumpa dengan kawan along tu."

Adreanne menghela nafas berat. Nampak gaya macam Aryan je talian hayat yang dia ada sekarang ni. Aryan yang asyik menikmati makanan Adreanne pandang dengan riak muka simpati. "Angah boleh, kan?"

"Boleh apa?" tanya Aryan, tak faham.

"Hantarkan Aira dekat hostel, please," pujuk Adreanne. Tolong la cakap boleh, tolong la. Aira merayu-

"Oh, yang tu tak boleh!" Aryan sengih. 

"Kenapa pula tak boleh? Angah bukan ada nak buat apa pun."

"Eh, banyak benda angah nak buat tau! Aira je yang tak tahu."

Adreanne berdecit. "Banyak benda la sangat, padahal nak tidur. Macam la Aira tak tahu."

Melebar sengih Aryan. "Hah, tahu pun!"

"Tidur tu esok-esok pun boleh. Jom la, hantarkan Aira," pujuk Adreanne sekali lagi.

"Tak nak la, angah malas nak drive harini." Aryan mengirup kopi panas sedikit sebelum menyambung. "Balik je la dengan Edy tu, bukannya ada apa pun."

Adreanne mengalah. "Takpa la, Aira order Grab je nanti."

"Jangan nak memandai naik Grab. Papa dah minta tolong Edy dah, dia pun okey je. Kan Edy, kan?" Encik Khuzairi mula mengheret Edirul Fahmi untuk ikut campur dalam perbualan mereka anak beranak.

Edirul Fahmi angkat kepala, diangguk sekali. "Haah, Edy tak kisah pun kalau nak hantarkan Humaira. Lagipun, sekali jalan je nanti. Lepas hantar Humaira, boleh la Edy terus gerak ke Johor," jawab Edirul Fahmi.

"Edy tak balik rumah mummy Edy dulu ke?" sampuk Puan Aminah yang baru tiba. Tadi, walaupun dia ke dapur untuk membancuh air teh yang dah habis, dapat dia dengar dengan jelas perbincangan hebat yang berlaku di ruang makan.

"Erm..." Edirul Fahmi melirik mata ke arah jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan kiri. "... tak sempat rasanya aunty kalau Edy singgah jumpa mummy," sambung Edirul Fahmi.

Walaupun baru pukul 9 pagi, namun perjalanan ke Johor yang memakan masa selama lima jam akan buatkan dia sampai pada pukul 2 petang. Itu pun, kalau jalan tak sesak.

"Hah, tak apa la kalau macam tu."

Puan Aminah melirik ke arah Adreanne yang meencuka.

"Aira dah habis kemas kan barang yang nak bawa balik hostel nanti?"

Mahu atau tak, Adreanne jatuhkan kepala sekali. Dia benar-benar dah tak ada jalan lain selain balik dengan Edirul Fahmi.

"Dah, mama. Aira dah habis kemas semalam lagi."

"Bagus la macam tu, lepas makan ni dah boleh terus gerak. Aira pun takda la sampai dekat hostel sebelum curfew kan." pujuk Puan Aminah sambil mengusap atas kepala Adreanne.

-----

TERINGATKAN apa yang Encik Khuzairi katakan di ruang makan tadi buatkan Adreanne mengeluh panjang. Ingatkan boleh la dia larikan diri daripada Edirul Fahmi, ni dah jadi macam lagu yang viral dekat TikTok pula; 'semakin ku lari, semakin kau kejar.'

"Tak malu la Aira ni, ragut kesucian anak teruna orang."

Aryan letak cawan yang dah digunakan ke dalam singki. Dia bersandar ke kabinet dapur sambil berpeluk tubuh.

"Eh, angah ni! Diam la!"

Tangan yang masih penuh dengan buih sabun Adreanne halakan ke arah Aryan. Dipukul-pukul tubuh Aryan kuat dan tanpa sengaja, buih yang berada pada tangan Adreanne terpecik ke arah mata Aryan.

"Aduh, sakit la Aira!" jerit Aryan sambil menolak sedikit Adreanne ke tepi.

Aryan bongkokkan badan sambil membasuh mata yang termasuk sabun.

Adreanne yang malas nak melayan Aryan mula meninggalkan dapur. Nasib la dia sempat basuh tangan masa Aryan tolak dia ke tepi tadi. Boleh la dia naik atas dan double check setiap barang yang nak dibawa balik ke hostel.

"Eh, Aira! Kejap la!"

Kalut-kalut Aryan menjerit memanggil Adreanne. Dia mula membontoti langkah Adreanne ke bilik.

"Angah nak apa lagi?" tanya Adreanne malas. 

"Aira tak takut ke?" Aryan melabuhkan duduk di sebelah Adreanne yang sedang duduk bersila di hadapan almari pakaian. 

"Takut kenapa pula?" Adreanne menoleh dengan muka berkerut.

"Aira tak takut ke kalau Edy tu mati pucuk nanti? Ya la, Aira kan tendang dia punya tut. Nanti tak sempat korang kahwin, dia dah mati pucuk macam mana?" tanya Aryan nakal. 

"Eh, pervert la angah ni!" Adreanne tampar kuat belakang badan Aryan.

Aryan menggeliat menahan sakit. Dia mula bangun dari duduk. Aryan undur langkah tiga tapak ke belakang.

"Betul la angah cakap, kalau dia mati pucuk macam mana? Angah nak anak buah dari Aira, tau!" nakal Aryan berpesan.

"Angah!" jerit Adreanne kuat. Adreanne bingkas bangun dari duduk. Dia mula melangkah mendekati Aryan. Aryan ni kan, suka usik dia!

Aryan cepat-cepat berlari keluar apabila dia nampak Adreanne yang mahu mendekatinya. Bersama tawa yang kuat, tubuh Aryan hilang di sebalik pintu. 

"Acece, Aira malu la tu! Adik kita malu derr!" ejek Aryan kuat dari luar bilik.

Adreanne yang mahu menutup pintu bilik terkedu. Edirul Fahmi yang baru keluar dari bilik Adzim turut sama terkaku berdiri. Mata Adreanne sempat melihat buku tebal berwarna pink di tangan kiri Edirul Fahmi. Kenapa dia rasa macam buku tu familiar sangat dengan dia, eh?

Ah, tak kisah la! Yang penting...

Dum! Pintu dihempas kuat. Adreanne menghempaskan tubuh ke katil. Muka ditekup ke bantal.

"Argh!" jerit Adreanne. Dia betul-betul malu sekarang ni. 

--------

"NANTI awak send location dekat Whatsapp saya," pesan Edirul Fahmi sebaik saja mereka masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang ditarik membelit badan.

Adreanne yang sedang memegang telefon di tangan mengangkat muka. "Barcode?" 

Edirul Fahmi yang sedang baru menekan minyak menoleh sekilas sebelum dia kembali fokus terhadap pemanduan. "Barcode apa?"

"Barcode Whatsapp," jawab Adreanne sepatah. Sambil-sambil menunggu Edirul Fahmi memberikan kod bar Whatsapp, dia melayari laman Instagram miliknya.

"Nah, awak buka Whatsapp saya!" Edirul Fahmi menghulurkan telefon pintar yang diambil dari phone stand kepada Adreanne di sebelah.

Adreanne memalingkan muka. Sisi wajah Edirul Fahmi yang sedang memandu dipandang bersilih ganti dengan telefon pintar yang dihulur. Nak ambil ke tak ni, gerutu Adreanne dalam hati.

"Lenguh dah tangan saya dari tadi hulur telefon ni tapi awak tak ambil-ambil." Lagi sekali Edirul Fahmi hulurkan telefon yang dibaluti phone case berwarna hitam ke arah Adreanne. "Cepat ambil, Humaira," arahnya tegas.

"Err kau tak takut ke?" tanya Adreanne lambat-lambat. Telefon yang disua tetap diambil, dibiarkan skrin telefon menggelap.

"Nak kenapa pula, Humaira?"

"Kalau girlfriend mesej macam mana? Tak pasal-pasal aku terbaca pula mesej girlfriend kau nanti."

Edirul Fahmi menguatkan suhu penghawa dingin.

"Kita dah nak bertunang dah pun, tak ada makna saya nak ada teman wanita lain selain daripada awak, Humaira."

"Tapi, kita bertunang pun sebab kena paksa, kan?" 

"Awak je yang rasa terpaksa, saya ni suka rela ada la nak bertunang dengan awak," jawab Edirul Fahmi tanpa berkias-kias. 

"Cepat Humaira, send location tu pastu bagi balik phone saya. Saya susah nak drive dalam KL ni kalau takda Waze," tambah Edirul Fahmi apabila Adreanne masih merenung kosong telefon miliknya.

"Password?" tanya Adreanne apabila dia diminta untuk memasukkan kata laluan.

"12345," jawab Edirul Fahmi ringkas.

Adreanne ternganga. "Senangnya password! Ni nak hack pun senang."

Edirul Fahmi sengih. "Haah, senang je. Nanti kita dah kahwin, saya letak tarikh lahir awak pula jadi password phone saya, okey?"

Adreanne mencebir. Otak Edirul Fahmi kan laju je berfikir macam mana nak bagi bacaan darah dia naik. Adreanne hulur telefon Edirul Fahmi apabila dia siap menghantar lokasi hostel. "Nah, ambil balik!" 

Bucu telefon yang dihulur Adreanne terkena pada tepi lengan Edirul Fahmi. Refleks Edirul Fahmi membawa lengan ke dada. "Aduh!"

"Err sorry-sorry, ni sumpah aku tak sengaja." Adreanne mengigit lembut bawah bibir. Lain kali bagi barang tu tengok dulu, kutuk Adreanne pada diri sendiri.

"Takpa la. Alang-alang tu awak tolong buka Waze terus la," suruh Edirul Fahmi sambil mengawal stereng dengan sebelah tangan.

"Dah." Sekali lagi Adreanne sua telefon.

Dengan menggunakan tangan kiri, Edirul Fahmi mengambil telefon dari tangan Adreanne lalu diletakkan kembali pada phone stand di tengah dashboard.

"Kita deep talk  nak tak?" tanya Edirul Fahmi, membuang sepi yang mula wujud antara mereka berdua.

"Okey." sepatah Adreanne menjawab. Dia malas sebenarnya nak ber-deep talk bagai, tapi bosan pula kalau dua-dua membisu.

"Tapi sebelum kita mula sesi deep talk ni, saya ada syarat yang awak kena ikut," beritahu Edirul Fahmi, lebih kepada mengarah.

Adreanne diam sekejap, menimbang-tolak sama ada mahu bersetuju atau tidak. "Okey, apa syarat tu?"

"Satu, tak boleh jawab 'tak tahu' untuk apapun soalan yang saya tanya. Kalau awak tanya dekat saya pun, saya tak boleh jawab 'tak tahu'. Kita kena sama-sama cuba untuk bagi jawapan supaya kita boleh kenal antara satu sama lain dengan lebih dalam. Boleh awak ikut syarat yang pertama ni, Humaira?"

Adreanne angguk dua kali. Rasanya untuk syarat yang pertama ni takda la susah sangat. "Boleh kot."

"Mana boleh kot-kot, cuba yakin sikit."

"Ya, encik Edirul Fahmi, aku boleh je ikut syarat first tu. So, apa syarat yang kedua?" tanya Adreanne malas-malas.

Edirul Fahmi ketawa kecil. "Syarat yang kedua pula, kita berdua kena jawab semua soalan dengan jujur. Kalau soalan tu memang soalan yang awak atau saya rasa tak selesa nak jawab, kita boleh cakap kita tak selesa nak jawab."

"Okey, syarat kedua ni nice!"

"Kalau awak dah ready, kita mula sekarang." Melihatkan Adreanne yang tak ubah seperti burung belatuk, Edirul Fahmi terus menyambung. "Apa yang awak harapkan dekat hubungan kita?"

Adreanne diam sekejap. Melilau mata di ke atas untuk berfikir. "Aku tak nak hubungan ni hubungan yang sia-sia. Aku tahu, aku mungkin terpaksa untuk terima semua benda yang jadi antara kita, tapi aku tetap tak nak hubungan ni cuma hubungan yang suam-suam kuku. Mula-mula je kau beria nakkan aku, lama-lama nanti kau dah mula bosan lepastu layan aku nak tak nak je. Kalau satu hari nanti kau memang dah mula bosan dengan aku, tak kisah la masa tu kita dah kahwin ke belum, aku harap kau boleh bagitahu aku dan tak biarkan aku terkapai-kapai cari jawapan kenapa kau dah berubah," jawab Adreanne panjang lebar.

Edirul Fahmi angguk tanda faham. "Kalau saya pula, saya harap awak boleh terima saya dengan sepenuh hati. Macam yang awak cakap, mungkin susah untuk awak terima apa yang jadi, tapi awak kena cuba untuk redha dengan apa yang jadi. Saya tak kisah, berapa lama masa yang awak perlukan untuk terima saya sebagai pasangan hidup awak, asalkan awak dah cuba. Kalau awak masih ragu-ragu sama ada saya yang terbaik untuk jadi pasangan hidup awak, buat la solat Istikharah, Humaira. Minta jawapan daripada Dia sebab cuma Dia yang tahu apa yang baik dan tak baik untuk kita."

Tersentuh hati perempuan Adreanne apabila mendengar bait-bait kata Edirul Fahmi. "Macam mana kalau jawapan yang aku dapat dari solat Istikharah tu bukan kau?"

"Kalau itu jawapan yang awak dapat, kita batalkan majlis pertunangan kita dengan cara yang baik."

Adreanne cuba mentafsir riak wajah Edirul Fahmi. Edirul Fahmi nampak tenang menjawab soalan yang dia ajukan. "Kau tak sedih?"

Edirul Fahmi senyum nipis kepada Adreanne. Apabila operator suara Waze menyuruh dia membelok kanan, dia pusingkan stereng ke kanan. "Sedih? Sebab jawapan dari solat istikharah awak tu bukan saya ke?"

Adreanne sekadar berdehem untuk mengiakan soalan Edirul Fahmi.

"Sedih tu memang la sedih. Saya dah cintakan awak, Humaira. Tapi, siapa la saya nak melawan qada' dan qadar Allah. Sekuat manapun saya cuba untuk halalkan awak, sejauh manapun saya pergi untuk kejar awak, kalau Allah takdirkan bukan awak pemilik rusuk saya, saya tetap takkan dapat awak. Mungkin hadirnya awak dalam hidup saya sekadar untuk menguji seutuh mana keyakinan saya pada Allah, dan saya janji saya akan cuba redha dengan apapun jawapan dari solat Istikharah yang awak lakukan," terang Edirul Fahmi panjang lebar.

Adreanne meramas-ramas jari. Dia tak tahu mahu membalas apa lagi. Apa yang Edirul Fahmi katakan semuanya betul, tak ada satu pun yang dia tak setuju dengan kenyataan Edirul Fahmi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro