♛ Bab 69
EDIRUL Fahmi menarik kerusi di sebelah Adreanne. Dengan selamba pinggan yang berisi nasi dan ikan goreng ditarik ke arahnya.
Edirul Fahmi bangun untuk membasuh tangan. Usai itu tangan yang sudah berisi nasi dan secubit isi ikan dihalakan ke arah Adreanne.
"Makan," arah Edirul Fahmi sepatah.
Adreanne geleng. Mukanya dicemberutkan.
"Sayangku Humaira, makan lah nasi ni. Nanti Airis bangun, tak sempat sayang nak makan." Edirul Fahmi memujuk.
Adreanne merengus. Mahu tak mahu, Adreanne nganga kecil.
Edirul Fahmi geleng kecil. Bukan dia tak dengar rengusan Adreanne tadi, tapi dia malas mahu ambil pusing. Nanti tak pasal je pergaduhan kecil mereka makin melarat.
"Besar lah sikit buka mulut tu. Ni kalau buka luas tu je, mana muat abang nak suap. Tumpah juga nasi dalam tangan abang ni nanti."
"Tak suruh dia suap pun," bebel Adreanne perlahan.
Mulut dibuka besar. Hah, nak sangat kan dia nganga luas-luas! Kalau kena bebel juga, memang hilang lah mood nak makan dia.
Edirul Fahmi ketap bibir. Baru lima hari Adreanne jadi ibu tapi perangai Adreanne makin lama makin kebudak-budakkan.
Kalau tak salah Edirul Fahmi, symptom perangai berubah ni symptom ibu mengandung. Takkan lah Adreanne mengandung lagi kot! Kalau betul lah Adreanne mengandung lagi, habis... yang dekat atas tu siapa?
Malas mahu serabutkan kepala, Edirul Fahmi menyuakan tangan ke arah mulut Adreanne. Sengaja dia melambat-lambatkan suapan.
"Ish, ingat orang budak kecil ke nak suap macam ni?" bentak Adreanne.
Dah lah paksa-paksa dia suruh makan bersuap lepas tu boleh pula Edirul Fahmi layan dia macam budak kecil. Nak kena suap macam 'pin! pin! kapal terbang nak lalu' tu.
Edirul Fahmi tahan gelak. Aduhai, isteri! Macam-macam kerenah sungguh!
"Oh, abang ingat yang ada depan abang sekarang ni budak kecil! Yalah, merajuk tiba-tiba tak tentu pasal ni budak kecil je yang selalu buat."
Adreanne juling mata ke atas. Suka lah tu usik dia macam tu. Lepas tu cakap-cakap pasal madu. Eh, ada juga yang dia lipat-lipat macam tikar kejap lagi!
"Kalau tak nak suap tak payah lah nak putar belit cerita cakap orang merajuk la apa lah. Ini asyik membe..."
Cup!
"Abang!" jerit Adreanne geram.
Spontan tangan Adreanne naik menutup mulut. Terkejut Adreanne bila dia tengah sedap-sedap membebel lepas tu tiba-tiba je bibir dia kena sentuh dengan bibir Edirul Fahmi.
"Dah tu siapa suruh membebel macam mak cik bawang? Sejak-sejak dah jadi ibu ni makin menjadi-jadi perangai suka membebel sayang tu. Dah... makan ni."
Adreanne nganga mulut lagi sekali. Sebaik sahaja jari Edirul Fahmi masuk ke mulutnya, terus dia gigit kuat jari Edirul Fahmi. Berkerut-kerut muka Edirul Fahmi.
"Budak kecil je yang bila orang suap makanan dekat dia, dia gigit," bebel Edirul Fahmi geram.
Edirul Fahmi bangun untuk membasuh tangan. Mak aih! Ada bekas gigi lagi dekat jari dia tu. Patut lah pedih semacam.
"Makan sendiri. Orang nak suap dia jual mahal."
Tanpa melihat muka Adreanne, Edirul Fahmi berpaling untuk keluar dari dapur. Risau juga dia kalau-kalau amarahnya nanti tak dapat dikawal.
Adreanne tersentap. Bawah bibirnya digigit sedikit kuat. Adreanne pejam mata. Sumpah! Dia betul-betul hilang selera makan sekarang ni. Pingan ditolak ke hadapan sebelum dia bangun untuk naik ke bilik.
--------
"ABANG?" panggil Adreanne perlahan. Muka dijengukkan ke dalam bilik.
Adreanne melilaukan mata mencari Edirul Fahmi namun kelibat lelaki yang dia cintai itu langsung tak kelihatan. Adreanne menghela nafas lemah.
"Aira minta maaf..."
Adreanne berjalan menuju ke arah babycot berwarna putih yang berada di sebelah tempat tidurnya. Tubuh Airis yang masih berbedung itu dikendong perlahan dan dibawa ke atas katil. Airis dah terjaga. Mungkin tersedar dek diangkat Adreanne tadi.
"Sayang ibu dah bangun..." ujar Adreanne dengan sengihan melebar. Sungguh, Airis benar-benar menjadi penawar untuk masalah kecil yang timbul antara dia dengan Edirul Fahmi.
Mata Airis yang bulat sekadar memandang wajah Adreanne. Sekali-sekala kedengaran suara yang terbit dari bibir kecil itu.
Adreanne menanggalkan kain lampin perlahan-lahan. Pampers yang sudah penuh itu ditanggalkan dan bekas wet tissue dibuka.
"Kita mandi ya, sayang? Airis dah masham ni..." ajak Adreanne seolah-olah Airis boleh memberi respond kepada pertanyaannya tadi.
Adreanne bangun. Dia mahu ke bilik air untuk menyediakan air mandian Airis. Sempat lagi Adreanne capai dua bantal peluk kecil berwarna putih di dalam babycot Airis untuk diletakkan di sebelah kiri dan kanan Airis.
Usai menyediakan air yang bersuhu sederhana, Adreanne kembali ke arah katil. Tubuh Airis didukung dan tuala berwarna pink yang diletakkan di atas katil diambil. Sekilas Adreanne mencium pipi Airis.
"Anak comel ibu ni... Cepat besar ya, sayang."
Adreanne duduk di atas bangku kecil yang sememangnya digunakan oleh Edirul Fahmi untuk memandikan Airis. Dengan bismillah, dia meletakkan Airis ke dalam baby tub dengan sebelah tangan lagi memangku bawah badan Airis.
Entah di mana silapnya Airis tiba-tiba menangis. Adreanne gelabah. Dia buntu sebenarnya sebab selama tiga hari sejak dia dibenarkan pulang dari hospital, tak pernah sekalipun Adreanne mandikan Airis.
Sejak Airis belum lahir lagi, dia dan Edirul Fahmi sudah membahagikan tugas yang perlu dibuat setelah Airis lahir. Oleh itu, tugas memandikan Airis sebenarnya tugas Edirul Fahmi dan Adreanne pula akan menyediakan pakaian Airis serta menyiapkan Airis usai dimandikan.
"Kenapa nangis ni sayang? Sejuk ya?" tanya Adreanne lembut. Belakang tubuh Airis ditepuk perlahan namun makin ditepuk makin kuat Airis menangis.
Tak tunggu lama terus saja Adreanne mengangkat Airis keluar dari baby tub tersebut. Tubuh Airis dibedung ala kadar dengan tuala sebelum dia berjalan ke arah pintu. Dia mahu turun ke bawah. Dia mahu meminta pertolongan Puan Aminah.
"Sayang, stop crying please... Ibu minta maaf ya Airis. Kita turun minta tok ma mandikan Airis, nak?"
Airis nangis lagi. Tak berhenti menangis langsung Airis. Sambil sebelah tangan menepuk belakang Airis yang sedang menangis, sebelah tangan lagi Adreanne gunakan untuk membuka pintu.
Belum sempat tangan memulas tombol pintu, pintu sudah pun dibuka dari luar. Terlayar wajah Edirul Fahmi yang sarat dengan kerisauan di sebalik pintu.
Edirul Fahmi menutup pintu. "Kenapa ni?"
"Aira tak tahu... Aira nak mandikan Airis tapi Airis tiba-tiba je menangis kuat macam ni," terang Adreanne cemas.
"Kenapa tak tunggu abang?" tanya Edirul Fahmi lagi.
Tubuh Airis yang masih berada dalam dukungan Adreanne diambil lalu dikendong ke tak tandas. Punggung Airis ditepuk perlahan sambil berkali-kali dia mencium pipi Airis. Sekejap saja Airis sudah berhenti menangis.
Adreanne kemam bibir. Eh, Airis ni! Kalau dengan papa dia tu, kena kiss je terus diam. Tadi dia kiss Airis, Airis buat tak tahu je.
"Aira tengok abang tak ada dalam bilik... Aira ingat abang keluar," jawab Adreanne polos. Matanya langsung tak lepas dari memandang Airis yang sudah tersenyum.
Edirul Fahmi menoleh ke arah Adreanne. Mahu tergelak dia dibuatnya apabila melihat wajah Adreanne yang jelas cemburu dengan Airis. Dia berdehem sekali.
"Abang ada je dalam bilik angah tadi. Abang tak keluar pun."
"Oh..." jawab Adreanne perlahan. Mata dia belum lepas dari memandang Airis.
"Abang mandikan Airis dulu. Sayang siapkan baju Airis."
"Hmm."
Edirul Fahmi geleng kecil. Dengan anak sendiri pun nak cemburu lebih-lebih. Bukan orang luar pun yang Edirul Fahmi dukung sekarang ni. Haih lah, isteri!
Edirul Fahmi terus berjalan sambil mengendong Airis ke bilik air.
"Airis sayang..." ucap Edirul Fahmi manja. Dia sengaja mahu menambahkan 'rasa' terhadap cemburu Adreanne.
Adreanne yang mendengar perkataan 'sayang' membuntang mata. Eh, perkataan 'sayang' tu dia seorang je Edirul Fahmi boleh panggil! Airis pun tak boleh.
Malas mahu menyakitkan hati, Adreanne bergerak menuju ke arah almari plastik yang mengandungi pakaian Airis.
-------
"AIRIS sayang..." Edirul Fahmi mendekatkan diri ke arah Airis.
Dalam posisi berbaring, Edirul Fahmi mengesot. Pipi Airis yang sedang berbaring di sebelah dicium.
"Hesy, comelnya sayang papa ni!" ujar Edirul Fahmi geram. Pipi Airis sekali lagi diciumnya.
Adreanne merengus. "Abang... Dah-dah lah cium Airis tu. Aira nak pakaikan baju dia ni."
"Pakai je lah. Yang abang cium tu pipi. Pipi dekat atas. Apa kaitannya dengan sayang nak pakaikan baju Airis."
"Abang tu cium-cium Airis dari tadi lagi, kan? Takkan tak puas lagi," cebik Adreanne.
Dari sebelum Airis dimandikan dan sampai sekarang ni dia nak pakaikan Airis baju pun tak senang. Tak habis-habis nak digomolnya si Airis tu.
"Airis... Ada orang cemburu dengan Airis lah!" bisik Edirul Fahmi dengan nada yang sengaja dikuatkan.
Adreanne jeling Edirul Fahmi yang sedang tersengih memandangnya.
"Macam lah anak abang tu faham," cebik Adreanne.
"Eh, apa pula anak abang! Anak kita lah!"
"Anak abang lah. Dengan abang, tak nak pula Airis menangis. Bila dengan Aira, kuat betul dia melalak. Pilih kasih lah Airis ni!" rungut Adreanne. Sambil berceloteh, Adreanne masukkan lengan baju ke tangan Airis.
Edirul Fahmi gelak kuat. "Sayang kasar sangat kot dengan Airis. Not Airis's taste. Kan Airis, kan?"
Edirul Fahmi baring mengiring. Dahi Airis pula dikucupnya.
"Abang!"
"Apa?" tanya Edirul Fahmi hairan.
Dah kenapa pula Adreanne ni tiba-tiba jerit. Dia bukan buat apapun.
"Dah lah cium Airis tu! Orang nak pakaikan dia baju pun tak senang."
"Lah... Pakai je lah," balas Edirul Fahmi selamba.
Adreanne menghela nafas kasar. Kalau dengan Airis, tak habis-habis nak cium. Dengan dia, baru merajuk sikit Edirul Fahmi dah malas nak layan.
"Abang kahwin dengan Airis je lah!" ujar Adreanne geram.
Tuala Airis diambil lalu disidai ke penyidai tuala. Pakaian kotor Airis diletakkan ke dalam bakul yang disediakan khas untuk Airis. Bakul berwarna putih itu diambil lalu dibawa turun ke bawah.
Edirul Fahmi sekadar melihat perlakuan Adreanne tu. Apabila kelibat Adreanne hilang dari radar penglihatannya, dia gelak kuat.
"Habis lah papa, Airis... Ibu Airis dah merajuk balik ni."
-------
ADREANNE duduk di ruang tamu selepas menyidai pakaian kotor Airis yang dicucinya tadi.
Remote televisyen dicapai lalu jarinya menekan angka 'tiga', 'sembilan' dan 'tiga'. Dia mahu menonton Running Man. Untung-untung boleh juga redakan sikit stressnya ini.
Sebenarnya, Adreanne bukan lah cemburu sangat pun dengan Airis. Dia masih waras lagi untuk cemburu dengan anak sendiri.
Adreanne cuma geram dengan Edirul Fahmi. Sudah lah Edirul Fahmi tinggalkan dia terkebil-kebil seorang diri di meja makan tadi, lepas tu bila Edirul Fahmi masuk ke dalam bilik, Airis juga yang dicari.
Adreanne cuma mahukan perhatian Edirul Fahmi. Sejak Airis lahir, perhatian Edirul Fahmi sudah beralih kepada Airis. Edirul Fahmi seperti dah malas mahu melayan rajuknya.
Tengok lah sekarang ini, Edirul Fahmi bukannya tak tahu dia sedang merajuk. Namun, Edirul Fahmi lebih mementingkan Airis daripadanya.
"Mana Edy dan Airis?"
Adreanne tersentak. Wajah Aryan yang sedang tersengih di belakang dipandang.
"Dalam bilik."
Aryan meng'oh'kan saja. Dia berbaring di sofa berangkai tiga.
"Aira kenapa duduk bawah?" tanya Aryan. Mata yang memandang Adreanne dialih pandangan ke arah televisyen. Ceh, dah jadi ibu orang pun layan korea lagi adik dia ni!
"Aira basuh baju Airis tadi. Saja lepak-lepak depan tv kejap."
Aryan pejam mata sekejap. "Macam mana perasaan jadi ibu?"
Adreanne pandang Aryan dengan ekor mata. "Boleh lah."
"Boleh lah, je?" tanya Aryan dengan mata yang terbuka sedikit.
Pelik Adreanne ni. Biasanya ibu-ibu yang baru menimang anak sulung seronok dia lain macam sebab dah ada anak. Tapi Adreanne ni, "boleh lah."
"Hmm betul lah tu. Angah ni banyak..."
"Dia jealous dengan Airis tu, ngah. Itu lah jawab macam tu je," sampuk Edirul Fahmi di belakang.
Dengan selamba, Edirul Fahmi duduk di sebelah Adreanne. Tangan didepakan di belakang Adreanne sebelum dipeluk bahu Adreanne.
Tercelik mata Aryan dibuatnya. Dari posisi berbaring, Aryan duduk bersandar di sofa.
"Apa lah Aira ni... Dengan anak sendiri pun nak cemburu lebih-lebih. Bukannya si Edy ni ngorat perempuan dekat office ke apa," usik Aryan.
Edirul Fahmi memincing mata. Eh, eh Aryan ni! Ada juga dia cili mulut tu nanti.
"Kau elok sikit eh," ujar Edirul Fahmi geram.
Aryan sengih. "Relaks, relaks... Aku bagi perumpamaan je."
Edirul Fahmi tayang muka toya. Apa-apa je lah Aryan ni.
"Hah, Aira! Kau nak cemburu lebih-lebih kenapa? Airis tu anak Aira, kot," tanya Aryan lagi.
"Tak jealous pun."
Adreanne memandang Edirul Fahmi tajam. Sungguh, dia rasa macam nak celup je muka Edirul Fahmi dalam bath tub sekarang ni. Geram.
"Yalah tu sayang tak jealous. Bukan abang tak perasan, mata sayang tu pandang Airis macam nak telan bila abang kiss Airis tadi," ejek Edirul Fahmi.
"Ish, orang cakap tak tu, tak lah! Ni... Airis mana?" Adreanne mencari kelibat Airis.
"Oh, baru pandai nak cari anak! Tadi bukan main marah lagi dengan Airis."
Adreanne menampar bahu Edirul Fahmi kuat.
"Aira tak marah Airis lah!"
Edirul Fahmi gelak kuat. "Ah, abang tak percaya!"
"Tak percaya sudah! Aira tanya ni... Airis mana?"
"Dengan mama. Nasib mama rindu dengan cucu dia. Kalau tak, makin merajuk panjang lah orang dekat bawah ni."
Adreanne memutar bola mata ke atas. Heh, kalau nak kenakan orang tu... Nombor satu!
Tiba-tiba telefon pintar Aryan menjerit kuat. Aryan mengambil telefonnya yang berada di atas meja itu. Terpandangkan nama Hawa terpampang di dada telefon, dia tersenyum lebar.
"Angah naik dulu. Korang jangan gaduh sampai baling-baling periuk dah lah," pesan Aryan. Dia berlari anak menuju ke biliknya.
"Buah hati telefon lah tu. Tu yang senyum macam kerang busuk tu,"cebik Adreanne perlahan.
"Eh, biar lah angah nak dating dengan buah hati dia! Takkan sayang nak jealous dengan Hawa pula ni," usik Edirul Fahmi. Dia senyum nakal.
Adreanne mencubit kuat lengan Edirul Fahmi. "Diam lah, abang!"
Edirul Fahmi meringis kesakitan. Berbekas juga lah Adreanne cubit dia tadi. Digosok perlahan tempat yang dicubit Adreanne itu.
"Sayang..." panggil Edirul Fahmi lembut. Dirapatkan muka ke leher Adreanne sebelum dibenamkan bibirnya di situ.
"Abang! Tak nak lah!" balas Adreanne lemas.
Edirul Fahmi buat tak tahu. Makin galak seulas bibir merah itu meneroka wajah Adreanne.
"Tak nak lah jealous-jealous macam ni dengan Airis. Kesian Airis, tau."
"Aira tak cemburu lah."
"Habis tu, kalau sayang tak cemburu, kenapa sayang pandang Airis macam nak telan dia tadi?"
"Abang lah!"
Edirul Fahmi menjauhkan muka daripada mencium Adreanne. "Eh, abang pula!"
"Yalah... Siapa suruh abang tinggalkan Aira sorang-sorang dekat meja makan tadi. Dah lah tinggalkan Aira sorang-sorang, lepas tu masuk bilik je cari Airis. Aira ni... Abang buat macam tak nampak je."
Edirul Fahmi tarik senyum. "Kata tak jealous."
"Ish, tu bukan jealous lah!" Adreanne tampar peha Edirul Fahmi kuat.
"Aduh, sayang! Sakit lah!"
"Padan muka."
"Oh! Padan muka, ya? Sini, abang nak kiss dia banyak-banyak," ujar Edirul Fahmi nakal.
Edirul Fahmi dekatkan muka ke arah Adreanne. Adreanne bergerak ke belakang untuk menjauhi Edirul Fahmi. Haih, Edirul Fahmi ni jangan lah macam-macam. Dia baru lima hari lahirkan Airis ni! Nanti tak pasal-pasal Puan Aminah membebel.
"Abang, tak nak lah..."
"Ala... Kenapa tak nak?"
"Aira baru lepas bersalin ni. Sakit lahirkan anak abang pun tak hilang lagi."
Edirul Fahmi gelak kuat. "Kotornya otak sayang lepas bersalin ni. Abang nak kiss biasa je lah."
Adreanne diam membatu. Aduh, macam mana dia boleh fikir 'benda' tu tadi! Tak pasal dia malu sendiri.
Edirul Fahmi yang perasan pipi Adreanne sudah merona merah itu tergelak. Ditarik Adreanne ke dalam pelukan sebelum tubuh kecil itu dipeluk kuat.
"Jangan risau... Humaira tetap nombor satu di hati abang walaupun Humaira dah ada 'madu'," bisik Edirul Fahmi.
Adreanne yang mendengar perkataan 'madu' itu menolak tangan Edirul Fahmi daripada memeluknya. Terkebil-kebil Edirul Fahmi memandang Adreanne.
"Kenapa ni?" tanya Edirul Fahmi.
"Abang memang ada niat nak kahwin lain ke?"
Edirul Fahmi ketawa kuat. "Ini ke yang buat sayang abang ni merajuk teruk-teruk macam ni? Sampai dengan Airis pun sayang cemburu."
Adreanne gigit bawah bibir. Dia nak mengaku tapi... Malu!
"Madu sayang tu, Airis lah. Abang tak pernah terfikir nak kahwin lain pun. Cukup lah ada seorang isteri je. Ada sayang seorang pun dah buat hari-hari abang lengkap," terang Edirul Fahmi.
"Betul ni 'madu' yang abang maksudkan tu Airis?" tanya Adreanne lagi.
Edirul Fahmi angguk. "Betul. Tak tipu."
"Tapi abang suka lebihkan Airis daripada Aira."
"Eh, mana ada abang lebihkan Airis!"
"Ada... Abang tak pujuk pun Aira masa Aira merajuk tadi. Lepas tu, sejak Airis lahir, abang suka bagi attention abang dekat Airis je. Aira ni... Abang buat tak tahu je."
Edirul Fahmi menarik Adreanne ke dalam pelukannya kembali. Dicium ubun-ubun Adreanne lama.
"Abang minta maaf kalau abang dah abaikan sayang. Mungkin abang terlampau excited sebab dah jadi papa. Lepas ni, abang cuba untuk bahagikan tumpuan abang dekat sayang dan Airis sama rata. Abang minta maaf, okey?" pujuk Edirul Fahmi.
Adreanne angguk. "Aira minta maaf juga sebab cemburukan Airis tak tentu pasal. Aira cuma rasa offensive je."
"Tak apa, abang faham..."
"I love you, abang."
"I love you more, sayang..." ucap Edirul Fahmi romantis. Dilekapkan dua ulas bibir mereka.
"Ehem, ehem."
Kalut keduanya meleraikan ciuman. Puan Aminah yang sedang mengendong Airis itu menggeleng.
"Tengok tu Airis... Patutlah papa dan ibu Airis langsung tak kisah tok ma ambil Airis tadi. Diorang nak bersweet-sweet rupanya."
Adreanne garu belakang kepala. Alamak, malunya!
•••••
Psttt psstt saya ada buat channel telegram sebab saya nak interact dengan readers saya. Jemput lah join link dekat bio hehe 👁️🫦👁️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro