♛ Bab 65
EDIRUL Fahmi rasa hairan. Sejak dari dalam kereta lagi Adreanne tak habis-habis mengerlingnya. Sudahlah curi-curi pandang, lepastu mata tu ya Allah macam nak dibahamnya si Edirul Fahmi.
"Abang tahu lah abang nampak handsome sangat bila pakai kemeja warna hitam ni. Tapi, sayang jangan lah kerling-kerling abang macam tu. Tacod abang, yang oii!"
Edirul Fahmi menoleh sekejap sambil tersengih. Majalah e-bisnes yang masih berada dalam pegangan ditutup dan diletakkan di atas meja katil.
"Heh, perasan! Tak ada maknanya Aira tengok abang sebab abang handsome."
"Dah tu kalau bukan sebab abang handsome, sebab apa sayang tengok abang macam tu? Bukan abang tak perasan, sejak kita dalam perjalananan balik dari rumah Dato' Kamal lagi Humaira pandang abang macam tu."
Adreanne gigit bibir bawah. Alamak, ketara sangat ke dia usyar tadi!
"Eh, perasannya! Nak jadi papa pun suka angkat bakul sendiri. Tak malu," selar Adreanne sekadar menutup resah di dada.
"Alah, biar lah abang nak perasan lebih-lebih pun! Nanti anak kita keluar ikut muka handsome abang ni juga. Kalau ikut muka ibu dia, hmm alamatnya muka tu macam singa betina garang ajelah jawabnya."
Edirul Fahmi ketawa kuat. Masih segar di ingatan riak wajah Adreanne semasa kali pertama mereka berjumpa dulu.
"Abang! Hesy, suka lah tu ungkit-ungkit macam ni!"
"Eh, mesti lah suka! Muka sayang dulu tu patutnya abang tangkap gambar lepas tu buat polaroid letak dalam album. Biar anak-anak kita tahu betapa garangnya ibu diorang ni masa muda."
"Ish, benda lama tak payah lah nak ingat! Benda tu masa Aira tengah study lagi, kot!"
Edirul Fahmi ketawa. Ah, zaman study tak study! Apa yang dia tahu, bila Adreanne marah seolah-olah satu kepuasan untuk Edirul Fahmi.
"Benda lama yang nostalgic ni bagus tau kenang selalu. Baru lah kita menghargai kenangan. Tak begitu, sayang?"
Adreanne menjeling tajam.
"Kepala otak abanglah menghargai kenangan! Cikgu mana ajar benda pelik-pelik ni?"
Sungguh, nak je Adreanne gusti-gusti Edirul Fahmi sekarang ni. Suami tak suami, yang penting dia dapat gusti!
"Cikgu Zaiton zaman belajar PMR dulu. Time tu abang tengah hangat kena mengurat," jawab Edirul Fahmi.
"Hah, mengurat? Siapa yang berani mengurat abang yang muka macam cekodok basi ni?" Adreanne tayang muka meluat.
"Amboi, yang! Tak sayang mulut nampak."
"Terlebih sayang dah ni abang. Tu yang berani cakap macam tu."
Edirul Fahmi rapatkan tubuhnya dengan tubuh Adreanne. Kepala diangkat sedikit sebelum muka dirapatkan ke tepi muka Adreanne.
"Kalau abang kiss malam ni mesti bertambah sayang juga, kan?" Nakal Edirul Fahmi bersuara.
"Tak payah nak mengada! Sikit-sikit nak jadi ulat bulu."
Adreanne menolak kuat muka Edirul Fahmi untuk menjauhi mukanya. Tapi, Edirul Fahmi dengan selamba mengeraskan muka.
"Tak nak," ujar Edirul Fahmi sepatah.
Adreanne merengus. "Mengada lah abang ni! Dah lah, Aira nak tidur dulu. Jangan lupa tutup lampu nanti."
Gebar yang berada pada paras dada ditarik ke atas sehingga menutup leher. Perangai ulat bulu Edirul Fahmi ni bukan boleh percaya sangat. Nanti hilang rasional, tak pasal-pasal ada yang 'berlayar' malam ni.
Sejak-sejak berbadan dua ini, cepat benar Adreanne terasa letih. Kadang tu dia terpaksa pura-pura tak nampak dengan sikap terlebih manja Edirul Fahmi.
Bukan apa, tak terdaya rasanya nak melayan kerenah Edirul Fahmi nanti. Mujur saja Edirul Fahmi faham akan keadaan dia.
"Ala... Nak tidur dah ke?" tanya Edirul Fahmi manja.
Baru nak bermanja dah nak terlelap pula Adreanne. Sekarang ni belum ada anak pun susah nak clingy-clingy. Kalau dah ada anak nanti, memang berputih mata je lah dia.
Edirul Fahmi menjauhkan muka. Kepala Adreanne diangkat lalu diletak di atas lengan sasanya. Selamba, sebelah tangan lagi naik memeluk pinggang Adreanne.
Sejak Adreanne berbadan dua, dia perasan yang badan Adreanne dah sedikit berisi. Tak apa, makin berisi makin dia sayang!
Adreanne menurunkan sedikit gebar. Dalam posisi baring mengiring, dia mendongak sedikit muka untuk memandang Edirul Fahmi. Alis Edirul Fahmi yang terbentuk kemas itu diusap lembut.
"Maaf, abang... Aira letih sangat malam ni."
Edirul Fahmi membuka sedikit matanya sebelum ditutup semula.
"Tak apa, sayang. Abang faham. Good night cinta hati abang," ucap Edirul Fahmi romantis.
"Good night, abang."
Adreanne mengemaskan pelukan. Disebabkan oleh baby bump-nya yang semakin membesar, Adreanne tak dapat memeluk Edirul Fahmi dengan erat.
"Abang..."
"Hmm."
"Lampu tak nak tutup ke?"
Edirul Fahmi celik. Dia sengih.
"Sorry, sayang. Abang terlupa. Kecewa sangat tak dapat nak clingy-clingy dengan sayang tadi."
------
"INARA! Nak pergi mana tu?"
Inara berhenti melangkah. Tanpa menoleh dia menjawab.
"Something comes up. I pergi dulu and maybe I balik lewat. No need to wait for me for dinner."
Dato' Kamal yang melihat kelakuan Inara cuma menggeleng kepala. Entah apa yang urgent sangat pun dia tak tahu. Tapi, hati tua Dato' Kamal benar-benar rasa sesuatu. Sesuatu yang... Dia sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana.
Inara meloloskan diri ke dalam kereta Mini Cooper miliknya. Tas tangan yang dikepit di bawah ketiak dilemparkan ke seat penumpang di sebelah. Bunyi ngauman enjin yang kuat kedengaran begitu membingitkan suasana mendung petang itu.
"Today is my day. I tak sabar nak jumpa you, sayang."
Pedal minyak ditekan kuat. Kelajuan yang melebihi 120 km/j yang dipandunya benar-benar buatkan dia rasa ingin terbang. Hari ini hari yang dah lama dia tunggu.
------
EDIRUL Fahmi gusar. Duduknya serba tak kena. Sekali dilihat pasti orang kata dia kehilangan isteri, tapi isterinya baik-baik saja di rumah.
Naufal yang menyedari seekor cacing kepanasan di sebelahnya menyiku lengan Edirul Fahmi.
"Fokus, Edy," tutur Naufal perlahan. Wajah dua orang client di hadapan mereka ditatap dengan senyuman.
Edirul Fahmi menarik nafas dalam. Tenang Edy, tenang. InsyaAllah semuanya baik-baik saja.
Edirul Fahmi membetulkan duduknya. Fokus cuba dikembalikan sepenuhnya kepada short meeting mereka petang itu.
Berkali-kali dia cuba untuk fokus, namun fokusnya benar-benar terganggu saat ini. Hatinya resah memikirkan Adreanne yang berada seorang diri di rumah.
Sejak dari pagi, jantungnya berdebar sakan. Dia sendiri tak faham kenapa jantungnya berdebar hebat hari ini.
Hari ini juga terasa lebih panjang daripada biasa. Tak dapat tak, sesekali Edirul Fahmi mengerling jam tangan Rolex yang melilit pergelangan tangan. Detik demi detik diperhatikan sebelum...
"I hope we can work on this together. Hopefully, projek kolaborasi syarikat kita kali ini dapat mencetuskan bualan hangat rakyat Malaysia."
Yes! Habis pun meeting dia! Edirul Fahmi mengawal riak wajah. Senyuman riang terhias di bibir. Hesy, tak sabarnya nak balik rumah!
"Thank you, Mr Adham for trusting us. InsyaAllah projek kali ini dapat gegarkan Malaysia."
Edirul Fahmi bangun. Tangan dihulurkan untuk berjabat dengan lelaki kacukan Malaysia-Sepanyol itu.
"Thanks to your company's credibility too. Apa-apa hal you boleh contact Rizal," pesan lelaki yang dipanggil 'Mr. Adham' itu.
Rizal yang berdiri di sebelah Mr Adham turut sama berjabat tangan dengan mereka berdua. Usai itu, mereka berpisah haluan.
"Kau kenapa, bro? Dari pagi muka kau tu risau semacam je," tanya Naufal setelah mereka beriringan berjalan menuju ke arah kereta masing-masing.
Maklum lah, meeting lewat petang begini memang membuatkan keduanya malas mahu berpatah balik ke Creative Holdings. Sudahnya, mereka memutuskan untuk memandu berasingan walaupun agak membazir dari segi penggunaan minyak petrol.
"Tak tahu lah kenapa, Fal. Tapi hati aku ni rasa something je."
"Kau fikir apa? Ad?" tebak Naufal.
Edirul Fahmi jungkit bahu. Nak kata dia risaukan Adreanne, macam betul juga. Tapi, untuk apa dia risau?
"Mungkin sebab Humaira. Tapi, aku pun kurang pasti."
"Haih, complicated macam perempuan kau ni sejak-sejak nak jadi papa!"
"Oii, mulut! Agak-agak lah nak samakan aku dengan perempuan pun. Aku ni lelaki tulen tau."
"Tulen memanglah tulen. Aku cakap sifat kau tu. Bukan diri kau, ngok!"
"Ah, sudah lah! Yang aku tahu aku nak balik sekarang ni. Kau belum kahwin mana tahu perasaan orang dah ada isteri. Tahu nak mengkritik je!"
"Coi, perangai! Hormat sikit orang single woi!"
Edirul Fahmi ni sejak dah kahwin asyik nak single shaming Naufal je. Kalau ikutkan hati Naufal, memang dia nak kahwin. Tapi tu lah, mungkin jodoh dia tengah jaga jodoh orang lain kot sekarang ni. Itu yang tak sampai-sampai tu.
Sabarlah, Naufal. Masamu akan tiba... acewah!
"Shh! Orang single mingle triangle boleh diam je. Jangan komen apa-apa," usik Edirul Fahmi lagi.
"Dasar member! Dah lah kau, pergi balik sana! Menganjing je kerja."
"Ops! Abang Naufal marah. Marah-marah ni kenapa? Nak girlfriend ke tu?"
Girlfriend? Mata Naufal bersinar. "Nak! Nak!"
"Cari sendiri." Bam! Pintu kereta sengaja Edirul Fahmi tutup dengan kuat.
"Pengen mencarut tapi... astaghfirullahalazim!"
Naufal meraup muka sebelum dia turut memboloskan diri ke dalam kereta Myvi kesayangannya.
-------
TING tong! Ting tong!
Adreanne yang ralit melayan Instagram berkerut dahi. Edirul Fahmi dah pulang ke? Kalau tak silap dia, pagi tadi Edirul Fahmi ada beritahu yang Edirul Fahmi mungkin pulang lewat hari ini.
Tak berfikir lama, terus Adreanne mencapai tudung sarung yang terletak di belakang pintu bilik.
Kelibat seorang perempuan terpapar di dada skrin yang memaparkan rakaman cctv di bahagian luar. Apabila perempuan di luar mendongak memandang skrin, mata Adreanne membulat.
"Inara?" ujar Adreanne hairan.
Adreanne buka pintu rumah. Kelihatan susuk tubuh Inara dengan wajah yang tersenyum-senyum.
"Hai, Ad!" sapa Inara mesra.
Bertambah pelik Adreanne dengan sikap Inara yang tiba-tiba mesra dengan dia. Seingat dia, baru dua hari lepas mereka bersua muka di majlis hari jadi Inara dan Izara.
Dua hari lepas, Inara kelihatan meluat dengan dia. Riak wajah Inara jelas sekali menunjukkan yang Inara tak senang hati dengan kehadiran Adreanne sebagai isteri Edirul Fahmi.
Dan hari ini, tanpa apa-apa, tiba-tiba saja seorang Inara yang angkuh bertukar menjadi seorang Inara yang sangat mesra.
Sikap Inara yang Adreanne jumpa hari ini buatkan Adreanne rasa seperti dia sedang berhadapan dengan seorang Izara. Dan bukan Inara.
Tapi hati Adreanne yakin, orang yang berada di hadapan dia saat ini adalah Inara. Bukan Izara.
Apa yang membezakan mereka berdua hanya lah pakaian. Kalau Inara, pakaiannya lebih ke arah 'mengikut trend', manakala Izara pula lebih selesa berpakaian sopan seperti gadis Melayu terakhir.
"Hai, Inara! Jemput lah masuk," pelawa Adreanne.
"Thank you, Ad."
Inara melangkah masuk. Dia duduk di atas sofa berangkai dua dengan kaki bersilang.
"Awak duduk dulu, saya pergi bancuh air sekejap."
Inara senyum. Sambil-sambil Adreanne menghilangkan diri ke dapur boleh lah dia memerhatikan ruang tamu rumah dua tingkat itu.
Tiba-tiba, mata Inara terasa dipaku. Bingkai gambar berbentuk segiempat tepat itu dilihat dengan 1001 perasaan.
"You nampak bahagia, Fahmi. Alangkah seronoknya hati I kalau orang yang berada di sebelah you dekat atas pelamin tu I."
Adreanne yang berada di belakang sofa Inara menelan liur kasar. Ah, sakitnya hati dia sebagai seorang isteri untuk mendengar dua potong ayat tu!
Relaks, Adreanne... Relaks. Adreanne cuba maniskan muka.
"Jemput minum, Inara." Sebuah cawan beralaskan piring kecil diletakkan di hadapan Inara.
"Thank you, Ad. You duduk lah, kita minum sama-sama," ajak Inara.
Adreanne angguk sekali. Dia melabuhkan duduk di sofa tunggal.
"Izara tak datang sekali?" tanya Adreanne sekadar berbasa-basi.
"Tak." Inara geleng.
Asyik-asyik Izara. Sudah lah di rumah, Dato' Kamal selalu saja memuji Izara itu dan ini. Naik lemas dia dibuatnya.
"Dia ada hal," terang Inara ringkas.
Adreanne sekadar meng'oh'kan saja apa yang diterang Inara. Entah kenapa, dia rasa tak selesa mahu berdua-duaan dengan Inara. Dalam hati, tak putus-putus dia berdoa supaya Edirul Fahmi cepat pulang ke rumah.
"I ada bawakan kek. Jom kita makan." Sebuah plastik berwarna hitam yang berisi kotak bersaiz besar itu ditolak ke hadapan.
Adreanne angguk. Plastik hitam itu lah yang dilihatnya berada dalam pegangan tangan Inara sedari tadi. Tapi dia malas mahu bertanya. Sudahnya, Adreanne cuma buat tak tahu dengan kewujudan plastik itu.
"Kejap, saya pergi dapur ambilkan pisau untuk potong kek kejap."
"Eh, no! Tak payah!" Adreanne yang berura-ura untuk bangun itu Inara tahan. "I ada bawakan pisau sekali."
"Wah, bagus! Cepat sikit kita boleh makan, kan?" Adreanne pura-pura teruja walhal hati dia benar-benar rasa gusar sekarang ini.
Kotak kek yang berada di dalam plastik hitam itu dikeluarkan. Kelihatan sebuah lagi kotak kecil turut berada di dalam plastik itu.
"Apa ni?" tanya Adreanne sambil memegang kotak kecil itu.
"Pisau. Dalam tu ada pisau. You buka lah."
Tak bercakap banyak, reben yang diikat di atas kotak besar dibuka terlebih dahulu sebelum kotak kecil pula dibuka. Sebaik sahaja penutup kotak kecil itu diletakkan di atas meja, Adreanne terkedu.
"Pisau ni ke yang you maksudkan?" tanya Adreanne cuak.
"Yes."
"Tapi... Ni bukan pisau potong kek. Saya pergi dapur ambilkan pisau kek."
Perlahan-lahan Adreanne masukkan kembali sebilah pisau yang berada dalam pegangannya ke dalam kotak berwarna hitam tadi. Potong kek guna pisau rambo? Tak pernah dibuat orang betul!
Sekelip mata wajah Inara terus berubah tegang. Mata Inara bertukar merah. Adreanne yang sedang berdiri direnung tajam.
"You ni tak faham bahasa ke?! I cakap I dah bawa pisau untuk potong kek tu guna je lah!" pekik Inara tiba-tiba.
Bahu Adreanne tersentak. Dia terkejut. Bayi dalam kandungannya tiba-tiba menendang kuat.
Disebabkan perut Adreanne terasa sangat senak, Adreanne terduduk di atas karpet. Tangan Adreanne naik mengusap perut yang sudah mula membesar itu.
'Shh, baby shh! Jangan macam ni. Jangan buat ibu macam ni, sayang.'
Inara telan liur. "Ad? You okey? I'm so sorry, I tak sengaja tadi."
"Eh, tak apa! Bukan salah awak pun. Awak potong lah dulu kek tu, kita makan sama-sama."
"No. You potong kek tu," arah Inara.
"Eh, kenapa pula saya? Hari ni bukan birthday saya pun."
"Tak apa, I saja nak celebrate my short party dengan you."
Adreanne angguk. Jangan lah ada apa-apa yang pelik. Kek berwarna coklat dan dihiasi dengan topping cair berwarna merah pekat itu dilihat dengan perasaan cuak. Bermulakan bismillah, dia memotong kek tersebut sebelum...
"Inara!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro