Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 64

"EDY, meeting dekat Sabah tu postpone."

Teguran daripada Naufal buatkan Edirul Fahmi berhenti menaip. Dia mengangkat muka.

"Postpone?" Dahi Edirul Fahmi berlapis.

Naufal angguk. Badan disandarkan ke kerusi.

"PA Datuk Imran hantar e-mel tadi. Katanya, Datuk Imran ada urgent meeting hujung minggu ni. So, meeting tu tunda hari Isnin depan," terang Naufal.

Edirul Fahmi membentuk mulutnya seperti huruf O. Dia kembali menaip.

"Kau ni tak ada kerja ke apa datang bilik aku?" soal Edirul Fahmi. Wajah Naufal langsung tak dipandang.

Naufal sengih. Ops, anak bos besar dah marah! Dia garu kening.

"Kau ni... Tak chill langsung! Relaks dah lah."

"Tak chill hangguk kau. Bukannya aku tak tahu kerja kau bertimbun dalam bilik kau tu tapi kau je hah... Tak habis-habis nak relaks."

"Kejap lagi aku buat lah. Kau ni membebel dah gaya mak-mak dah. Ad tak ada cakap ke yang kau ni kalau membebel boleh berdesing telinga?" Naufal menarik cuping telinganya perlahan.

Edirul Fahmi buat tak dengar. Dia kembali menumpukan perhatian pada skrin komputer ribanya yang bercahaya. Jari-jemarinya laju menari pada papan kekunci. Sesekali ulas bawah bibirnya digigit sebelum dia kembali menaip.

"Eh! Kad apa ni?"

Edirul Fahmi berhenti menaip. Muka Naufal yang berkerut dipandang sebelum matanya menangkap sebuah kad berwarna merah jambu yang berada di tangan Naufal.

"Kad jemputan," jawab Edirul Fahmi sepatah.

Edirul Fahmi sandarkan badan ke dada kerusi. Tangannya dicantum dan diletakkan di belakang kepala sebagai alas.

"Kad jemputan?" Naufal mengumam  perlahan. Dikerling Edirul Fahmi dari ekor mata sambil tangan membelek-belek kad yang masih berada dalam pegangannya. 

"Dari siapa?" Naufal bertanya lagi.

"Inara."

Naufal melopong. "Inara?!" 

Edirul Fahmi angguk.

"Anak Dato' Kamal tu?"

Edirul Fahmi angguk lagi.

"Yalah, Inara anak Dato' Kamal tu lah. Inara mana lagi kalau bukan dia, kan?" jawab Edirul Fahmi selamba.

"Mana lah tahu kot-kot kau ada skandal nama Inara juga, kan?"

Naufal melempar kad jemputan tersebut ke atas meja. Ah, biarlah! Baginya kad jemputan itu dah tak menarik minatnya sekarang ni.

Edirul Fahmi mencerlung. "Kau jangan nak cari pasal eh. Nanti kalau Humaira tiba-tiba datang... Mati aku kena pancung!"

Naufal topang dagu. Dia sengih. "Oh, tahu takut!"

"Dah, jangan nak sengih-sengih dekat sini! Tak comel pun muka sewel kau tu!" bidas Edirul Fahmi.

Muka Naufal yang sedang tersengih itu ditolak ke belakang.

"Pergi sambung kerja kau. Tak payah nak sengih-sengih dekat aku. Meluat pula aku tengok," sambung Edirul Fahmi lagi.

Naufal mencebik. Dia bingkas bangun. Tak menoleh lagi, laju dia mengorak langkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dengan muka keruhnya.

"Jangan lupa datang birthday party Inara malam ni!" jerit Edirul Fahmi sambil diselangi tawa. Kelakar pula rasanya bila melihat muka Naufal yang kononnya sedang merajuk itu. Mahu sakit perut dia dibuatnya.

------

SUSUK tubuh Adreanne yang termenung di balkoni dipandang dengan segaris senyuman. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Adreanne yang jelas sudah tenggelam dalam dunia sendiri. 

"Sayang..." bisik Edirul Fahmi sambil menarik tubuh kecil molek itu ke dalam pelukannya. Perut isteri kesayangannya yang sudah membukit itu diusap penuh kasih. Ah, tak sabarnya nak jadi papa!

Adreanne tersentak. "Err..."

"Termenung apa tadi tu?"

"Hah?"

"Tadi tu abang nampak sayang ralit betul termenung. Apa yang sayang abang ni fikirkan ni hmm?"

"T... Tak... Tak ada apa-apa," geleng Adreanne laju.

"Ab... bang... ge....li," sambung Adreanne. Kepala Edirul Fahmi yang sedang menguis-nguis bahagian tepi lehernya ditolak lembut.

Edirul Fahmi sengih. "Sayang wangi hari ni. Abang suka bau shower cream sayang yang baru ni."

Muka dibenamkan ke leher Adreanne sekali lagi.

"Bau strawberry..." sambung Edirul Fahmi.

Adreanne meremang. Makin lama makin menjadi-jadi perangai clingy Edirul Fahmi. Lekas-lekas dia menolak muka Edirul Fahmi sebelum langkah seribu dibuka.

Edirul Fahmi mencebir. "Sayang..."

"Hmm."

"Tak nak bersiap ke?"

Adreanne  kerut dahi. Muka selamba Edirul Fahmi yang sedang bersantai di atas katil dipandang. Tengok tu... Stokin tu tak reti nak buka dulu! Main redah je naik atas katil macam tu. Dia melangkah ke arah katil. Punggung dilabuhkan di birai katil. 

"Bersiap? Bersiap pergi mana?" tanya Adreanne sambil tangan laju menarik stokin berwarna hitam yang masih tersarung kemas di kaki Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi menepis lembut tangan Adreanne. "Sorry, abang lupa. Letih sangat tadi."

Edirul Fahmi menarik perlahan stokin yang tersarung di kaki sebelum sepasang sarung kaki tersebut dibaling ke dalam laundy bag. Pergh, masuk!

Adreanne menggeleng kecil. Dah nak jadi bapak orang pun perangai langsung tak berubah. Ini kalau anak diorang nanti pun perangai macam ni juga, boleh pengsan Adreanne nanti.

"Abang suruh Aira bersiap nak pergi mana?" tanya Adreanne lagi apabila soalannya tadi tak berjawab.

"Lupa lah tu..." Hidung Adreanne dicuit pantas.

"Kita kan nak pergi birthday party Izara dan kakak kembar dia tu," terang Edirul Fahmi.

"Nak jawab tu, jawab je lah. Tak payah nak cuit-cuit hidung orang."

Alamak, marah pulak Adreanne ni! Niat dia cuma nak mengusik je. Tak sangka pulak sampai boleh buat Adreanne tarik muka empat belas.

Edirul Fahmi tunduk menolak dagu Adreanne dengan ibu jari. Kedua belah tangan naik menekup pipi kiri dan kanan Adreanne.

"Sorry, okey? Abang gurau aje."

"Hmm yalah, yalah. Aira minta maaf sebab Aira sensitif sangat."

"Tak apa, abang faham. Dah... Sayang pergilah bersiap. Lambat kita pergi, lambat pula kita balik rumah nanti."

Adreanne  mengangguk. Dia bingkas bangun dari duduk dan meloloskan diri ke dalam bilik air yang sememangnya terletak dalam kamar peraduan mereka. Belakang tubuh si isteri yang sudah sedikit melekuk itu dipandang dengan senyuman.

'Humaira, Humaira... Awak betul-betul buatkan abang bahagia!'

-----

"NI ke wife  Fahmi?"

Edirul Fahmi senyum. "Ya, uncle... Kenalkan ni isteri saya, Adreanne."

Dato' Kamal angguk. Satu senyuman mesra tersungging di wajah yang sudah dimamah usia itu.

"Adreanne, ya?"

"Ya, saya Adreanne," jawab Adreanne sopan.

"Cantik nama... Macam tuan dia juga," puji Dato' Kamal.

Sopan betul menantu Dato Fauzi ni. Dalam diam dia berdoa semoga satu hari nanti Inara juga akan berubah menjadi seorang gadis yang bersopan-santun seperti Adreanne.

"Eh, jemput lah masuk! Makan kenyang-kenyang tau," pelawa Dato' Kamal mesra.

Edirul Fahmi angguk. "Thank you, uncle."

Edirul Fahmi dan Adreanne melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah agam yang dipenuhi dengan dua buah khemah itu. Tatkala terlihatkan Naufal yang sedang melambai ke arah mereka, kaki diatur menuju ke arah sebuah meja bulat yang diduduki oleh Naufal dan keluarga Edirul Fahmi.

"Sayang ada nak makan apa-apa tak? Abang ambilkan," tanya Edirul Fahmi seusai dia dan Adreanne melabuhkan duduk.

"Eh, tak apa lah! Abang ambil makanan abang dulu. Nanti Aira pergi ambil sendiri," tolak Adreanne sopan.

Naik segan Adreanne apabila Edirul Fahmi mahu manjakan dia tatkala mereka berada di luar. Apa pula kata keluarga mertuanya nanti.

"No. Tak boleh. Abang ambilkan. Sayang duduk je dekat sini diam-diam."

Adreanne muncung. "Abang ni..."

"Dah, jangan nak degil. Beritahu je apa yang Humaira nak makan, nanti abang ambilkan."

"Abang ni... Aira bukannya patah kaki ke apa. Aira boleh je nak pergi ambil sendiri."

Edirul Fahmi menarik nafas dalam. Alahai, isteri!

"Tak ada, tak ada. Abang ni risaukan awak, tahu tak? Awak duduk je dekat sini diam-diam. Biar abang ambilkan makanan kita berdua."

"Ish, overprotective betul lah abang ni! Bukannya orang ni budak kecil ke apa ke," cebik Adreanne geram.

Datin Fatima yang sedari tadi hanya menonton sahaja telatah anak dan menantunya menggeleng. Nak tentukan siapa yang nak ambil makanan pun nak bergaduh.

"Tak apa lah, Aira... Biar angah je yang pergi ambil makanan untuk Aira, ya sayang?" pujuk Datin Fatima. Belakang tangan Adreanne diusap lembut.

Adreanne mengalah. Dah kalau Datin Fatima dah masuk campur, tak kan lah dia nak berkeras juga. Nanti tak pasal-pasal je jadi drama swasta dekat sini.

"Hmm yalah."

"Nak kena mummy masuk campur juga baru nak mengalah," perli Edirul Fahmi sebelum dia menghilangkan diri ke satu sudut yang menghidangkan aneka juadah.

Adreanne menggumam perlahan. Suka lah tu mummy backup dia, hesy!

------

"HAI, Fahmi!"

Teguran seseorang mematikan perbualan mereka yang sedang rancak itu. Masing-masing menoleh untuk melihat si empunya suara.

Edirul Fahmi mengetap bibir rapat. Kus semangat dia tatkala melihat Inara yang sedang tersenyum-senyum kepada dia.

"Hai," balas Edirul Fahmi sepatah. 

"Oh! Ni mesti family you, kan?" tanya Inara ramah. Sengaja sebenarnya dia ingin memanjangkan topik perbualan mereka walhal tujuan utamanya hanya lah untuk menyapa Edirul Fahmi.

"Hmm," gumam Edirul Fahmi perlahan. 

Cuitan di pehanya buatkan Edirul Fahmi menoleh memandang Adreanne yang duduk di sebelah. Sebelah kening diangkat bertanya kenapa.

Adreanne melirik anak mata ke arah Inara.

"Layan lah dia elok-elok," tegur Adreanne perlahan.

Edirul Fahmi meletakkan sudu aiskrim yang dipegang ke dalam mangkuk yang masih bersisa aiskrim itu. Dihela nafas perlahan. 

"Ya, ni family I," jawab Edirul Fahmi acuh tak acuh. 

"Oh, I see!" gumam Inara perlahan. 

Inara melangkah mendekati seorang perempuan yang pada pandangannya mungkin ibu kepada Edirul Fahmi. Perlahan-lahan dia tunduk untuk bersalam dengan wanita yang memakai sehelai jubah moden berwarna beige.

"Aunty ni mummy Fahmi ke?" tanya Inara sopan. 

Sedaya upaya Inara cuba maniskan muka. Untung-untung boleh jadi bakal isteri nombor dua Edirul Fahmi.

Datin Fatima senyum. "Ya, aunty ni mummy Fahmi. You mesti anak Kamal, kan?"

"Ya, aunty. I Inara."

"Inara, ya? Cantik. Macam arwah mummy Inara dulu."

Makin melebar senyuman Inara.

"Eh, tak ada lah aunty! I biasa-biasa je." Tersipu-sipu Inara membalas walhal dalam hatinya dah berbunga-bunga.

"Merendah diri pula Inara ni. Aunty cakap betul ni, you're gorgeous."

Inara menolak rambutnya ke belakang telinga.

"Thank you, aunty. Aunty pun cantik sangat... No wonder lah Fahmi ni handsome."

"Ada-ada je lah Inara ni. Aunty tumpang toilet kejap, ya?"

Inara mengangguk. "Sure."

Sebaik sahaja kelibat Datin Fatima tak lagi kelihatan, Inara kembali mendekati Edirul Fahmi yang sedang galak bergelak ketawa dengan seorang perempuan di sebelah Edirul Fahmi. Ah, cemburunya dia!

"Daddy you tak datang ke Fahmi?" soal Inara. 

Edirul Fahmi berdehem sekali. "Datang."

Inara berdecit geram. Amboi, kalau dengan perempuan sebelah Edirul Fahmi tu boleh pula nak bergelak sakan! Kalau dengan dia, asyik nak jawab sepatah-sepatah. Menyampah rasa. 

"Tak nampak pun daddy you," komen Inara pendek.

"Daddy I pergi jumpa uncle tadi."

Senyuman Inara melebar. Wah, dah boleh jawab panjang-panjang! Ada progress

"By the way, siapa perempuan yang duduk sebelah you ni?"

"Wife I," jawab Edirul Fahmi sepatah.

Tangan kiri Adreanne yang sedang mengusap perut yang sudah mula menampakkan baby bump itu digenggam erat dan diletakkan di atas pehanya. 

Bukan Edirul Fahmi tak perasan, mata Inara sedari tadi meliar memerhatikan dia dan Adreanne. Sengaja dia mahu menunjukkan kemesraan antara mereka suami isteri. Biar sedar diri sikit anak dara Dato' Kamal tentang status dia sebagai suami orang.

Adreanne pelik. Riak 'kenapa' ditayangkan. Edirul Fahmi hanya buat-buat tak nampak dengan riak Adreanne. 

"Sayangku Humaira, awak ni nak jadi ibu pun makan comot lagi. Tengok tu, ada nasi dekat hidung. Itu lah, siapa suruh hidung tu mancung sangat... Nak makan nasi pun kena patuk macam ayam," tegur Edirul Fahmi. Ibu jarinya menyapu butir nasi yang melekat di hidung mancung Adreanne.

Inara menjeling meluat. Nak mesra-mesra pun tak kena tempat. Eh, hello! Dia ni ada lagi kot dekat depan diorang. Tak reti malu ke mesra-mesra depan orang luar?

Inara berdehem kuat untuk mengalihkan perhatian Edirul Fahmi dan Adreanne. Serentak keduanya menoleh memandang Inara.

"Yes?" tanya Edirul Fahmi tak bersalah.

Dah memang bukan salah dia, buat apa dia nak kena minta maaf tiba-tiba, kan? Lagipun, kisah apa dia kalau Inara meluat sekalipun. Langsung tak ada kaitan pada dia dan Adreanne.

Adreanne menjegil matanya kepada Edirul Fahmi. Ish, apa punya suami lah cakap macam tu dekat birthday girl! Adreanne maniskan muka. 

"Cik Inara dah makan? Kalau belum, mari lah join kitorang. Meriah sikit kalau makan ramai-ramai."

Inara angkat sebelah tangannya separa dada. Kepala digelengkan kecil.

"Tak apa, I dah makan tadi lepas potong kek."

"Oh! Anyway, happy birthday cik Inara. Semoga semua hajat cik Inara ditunaikan oleh Dia."

"Tak perlu lah nak bercik-cik dengan I. Kita santai-santai je. Apa pun, thank you, Adreanne. I appreciate it!" 

Inara senyum nipis. Ayat "semoga semua hajat Cik Inara ditunaikan oleh Dia" yang diucapkan oleh Adreanne benar-benar buatkan hatinya berlagu riang.

'Yes, Adreanne! Semoga hajat I nak jadi madu you pun ditunaikan Dia. Auch, I tak sabar!'

Edirul Fahmi mengeluh perlahan. Adreanne ni boleh pula beramah mesra dengan Inara yang gedik tu. Makin lama Inara bertenggek di hadapan mereka, makin berbulu mata dia dibuatnya.

"Wife you pregnant ke, Fahmi?"

Soalan itu sengaja Inara tujukan kepada Edirul Fahmi. Nak tunggu Edirul Fahmi yang buka mulut dulu punya lah susah. 

"Hmm."

"Oh, really?! Congratulation to both of you! I tumpang happy. Dah berapa bulan ni?"

Entah kenapa sepasang kaki Inara ringan sahaja berjalan ke arah Adreanne. Perut yang sudah membukit itu disentuh.

"Wow, baby you tendang lah!" ujar Inara teruja.

Edirul Fahmi yang perasan dengan tindakan Inara menepis tangan Inara.

"Dah lapan bulan," jawab Edirul Fahmi malas.

Inara menarik muka. Dia terasa. Kenapa Edirul Fahmi betul-betul meluat dengannya? Bukannya dia ada nak buat apa-apa pun pada Adreanne. Dia sendiri tak faham kenapa kaki dia ni laju je nak berjalan ke arah Adreanne.

"Inara, aunty nampak daddy Inara cari Inara tadi. Cuba Inara pergi dekat daddy. Muka daddy nampak resah semacam tadi."

Datin Fatima yang baru pulang dari tandas segera memberitahu Inara tatkala matanya terlihatkan anak dara Dato' Kamal.

"Thank you, aunty. Inara pergi jumpa daddy sekejap ya."

"Jumpa lama pun tak apa. Kami pun dah nak balik dah ni. Kan mummy, kan?" ujar Edirul Fahmi selamba.

Wajah hairan Datin Fatima itu Edirul Fahmi buat tak nampak. Peha Edirul Fahmi ditepuk perlahan. Adreanne jegilkan matanya sekali lagi namun Edirul Fahmi cuma buat derk.

"Aunty dah nak balik ke? Ala, aunty tunggu lah lama sikit. Kejap lagi ada mini party, boleh lah kita have fun sama-sama malam ni."

"Hah? Err..." Datin Fatima mati kata. Dia yang baru pulang dari bilik air tiba-tiba terjerut sama dalam hal ini.

"Sorry lah, Inara. Tapi, kami kena balik awal malam ni. Daddy I ada urgent meeting esok," pintas Edirul Fahmi.

"Lagipun, my beautiful lady ni tengah pregnant, tak elok duduk dekat luar sampai lewat malam sangat. Kan, sayang kan?" 

Tak tahu mahu membalas apa, Adreanne cuma tersenyum nipis. Dia sendiri pelik kenapa Edirul Fahmi nampak tak selesa dengan Inara padahal apa yang dia nampak, Inara tu baik je. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro