Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 61

EDIRUL Fahmi berdehem. Wajah isterinya yang beriak selamba direnung tajam. Amboi, nak balik dengan 'abang' Naufal! Biasa Adreanne ni.

"Abang tak izinkan sayang balik dengan 'abang' Naufal. Tapi kalau sayang nak balik dengan 'abang' Fahmi, abang izinkan," tutur Edirul Fahmi. Panggilan 'abang' ditekan penuh harakat.

Adreanne memuncung. Dikerling Edirul Fahmi dengan ekor mata.

"Aira tak nak balik dengan 'abang' Fahmi."

"Kenapa sayang tak nak balik dengan 'abang' Fahmi?"

"Sebab 'abang' Fahmi tu Tiara sayang. Aira tak suka 'abang' Fahmi," ujar Adreanne tercebik-cebik.

Ah, Adreanne tak suka dengan panggilan abang Fahmi tu! Dia benci. Teringatkan panggilan itu saja dah buat darahnya menggelegak.

Edirul Fahmi kulum bibir. Dah lama Adreanne tak ada menyebut tentang Tiara. Tiba-tiba saja nama itu meniti di bibir Adreanne.

"Tapi abang Fahmi tu sayangkan Humaira. Hah, macam mana tu?"

"Tak kisah lah abang Fahmi tu sayangkan siapa pun. Apa yang Aira tahu, Aira nak balik dengan abang Naufal. Aira teringin nak naik kereta abang Naufal," balas Adreanne sengaja.

Adreanne belum gila lagi nak 'mengidam' kasih sayang daripada lelaki lain. Cuma, dia agak berkecil hati dengan reaksi Edirul Fahmi tadi.

Edirul Fahmi mendengus kasar. Kesabaran dia betul-betul teruji sekarang ini.

"No! Abang tak izinkan," bantah Edirul Fahmi keras.

"Tapi... Aira teringin nak naik kereta dengan abang Naufal," rengek Adreanne sambil dia bermain dengan jarinya.

"Apa ke pelik sangat mengidam awak ni, sayang? Tak pernah lagi abang dengar perempuan mengandung mengidam nak naik kereta dengan lelaki lain," tanya Edirul Fahmi selamba.

Adreanne jungkit bahu. Mulut masih lagi tercebir ke hadapan.

"Sayang..." panggil Edirul Fahmi menggoda. Atas kepala Adreanne diusap lembut.

"Apa?" balas Adreanne sepatah.

"Jangan lah terasa hati dengan apa yang abang cakap dekat sayang tadi."

Edirul Fahmi mengusap-usap pipi Adreanne.

"Abang cuma risaukan sayang. Risaukan baby kita," jelas Edirul. Sebelah tangan yang sedang memeluk pinggang si isteri mengusap lembut perut Adreanne yang sedikit membukit.

Adreanne masih lagi diam. Mulutnya diketap rapat. Sungguh, dia suka dibelai dan dimanja begitu oleh suaminya.

"Lepas ni kalau sayang ada nak pergi mana-mana atau nak datang office abang, please let me know. Abang boleh je ambil sayang dekat rumah," pesan Edirul Fahmi.

Adreanne menoleh ke belakang.

"Tapi abang marah Aira tadi," ujar Adreanne sebak. Hesy, kenapa dia rasa nak menangis pula ni!

Edirul Fahmi senyum sehingga menampak lesung pipit di kedua belah pipinya. Hidungnya bergesel dengan pipi kanan Adreanne.

"Sayangku Humaira, abang tak marah Humaira lah. Abang cuma risau bila abang nampak sayang dah terpacak dekat sini. Dah lah sayang tak ada bagitahu apa-apa pun dekat abang. Mana abang tak risau," pujuk Edirul Fahmi.

Adreanne menggeliat kecil. "Abang, stop! Ge..."
Dia menjauhkan mukanya daripada terus-terusan digomol Edirul Fahmi. "...li."

Edirul Fahmi tersengih nakal. Oh! Geli ya?

"Tak nak. Kalau sayang masih lagi nak balik dengan abang Naufal sayang tu, abang tak nak berhenti," ugut Edirul Fahmi.

Hidung Edirul Fahmi masih bergesel di pipi dan sesekali bibirnya mengucup pipi Adreanne yang sedikit berisi sejak akhir-akhir ini.

Tangan Adreanne menolak muka Edirul Fahmi ke belakang.

"Abang... dah-dah lah tu gomol Aira. Aira geli ni," pinta Adreanne. Sesekali dia mengekek ketawa.

Edirul Fahmi senyum lebar. "Boleh," ujarnya pendek.

Bibir dijarakkan daripada terus-terusan mencium pipi si isteri.

"Tapi, sayang tak boleh balik dengan Naufal." Edirul Fahmi beri kata dua.

Adreanne berdehem. "Tengok lah dulu macam mana."

"Kenapa nak kena tengok dulu?" tanya Edirul Fahmi tak puas hati. Silap-silap dia yang merajuk nanti.

Adreanne angkat bahu.

"Saja," balas Adreanne sepatah.

Edirul Fahmi mengalah. "Hmm, jom kita makan."

-----

"SAYANG, abang nak isi ayam tu lebih sikit."

Adreanne merengus. Tadi dia suap isi ayam banyak, Edirul Fahmi merungut. Sekarang bila dia cuit sikit je isi ayam tu, Edirul Fahmi nak banyak pula.

"Banyak songeh lah abang ni. Makan je lah diam-diam."

Edirul Fahmi tayang sengih. Ditarik tubuh kecil molek Adreanne rapat ke tubuhnya. Pinggang ramping itu dipeluk dari tepi.

"Sayang tu kalau abang cakap abang nak isi ayam tu sikit je, sikit betul sayang cuit. Kalau abang suruh sayang cuit isi ayam tu banyak-banyak, banyak sangat yang sayang cuit. Cuba agak-agak je besar mana yang sayang nak cuit tu."

"Eh, salah Aira pula! Abang tu... Cerewet sangat!"

"Mana ada abang cerewet. Abang cakap benda betul lah," balas Edirul Fahmi tak nak kalah.

Adreanne menghela nafas perlahan. Malas mahu bertekak, isi ayam dicuit dan digaul dengan nasi sebelum sudu tersebut dihalakan ke arah Edirul Fahmi.

"Cepat lah buka mulut abang tu. Makan pun nak kena suap-suap."

Edirul Fahmi sengih lagi. Cepat-cepat dia membuka mulut. Sekaligus saja, sudu tersebut sudah berada di dalam mulutnya. Edirul Fahmi menggigit permukaan sudu itu kuat. Sengaja dia mahu mengusik Adreanne.

"Abang! Yang abang pergi gigit sudu ni dah kenapa? Macam mana Aira nak suap abang makan kalau abang gigit sudu ni?" jerit Adreanne geram.

Muka tak bersalah Edirul Fahmi tayang. Sebelah kening dijongket ke atas. Adreanne mendengus kasar. Tangannya dilepaskan daripada memegang sudu besi tersebut.

"Abang suap sendiri," ujar Adreanne sambil menjeling tajam wajah Edirul Fahmi. Bekas berisi nasi yang sudah digaul dengan sup ayam ditolak ke arah Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi menarik keluar sudu besi yang dari tadi statik berada di dalam mulutnya. Dia ketawa kuat.

"Ala, sensitifnya dia sejak-sejak mengandung ni! Abang nak bergurau sikit pun dah tak boleh."

Adreanne mengerling Edirul Fahmi yang sakan mentertawakannya dengan ekor mata. Dia berpeluk tubuh.

"Pergilah bergurau dengan Tiara tu. Dia kan tak sensitif macam Aira. Dia pun mesti suka kalau abang mengusik dia. Tak macam Aira, sikit-sikit sensitif."

Edirul Fahmi berhenti ketawa. Dia berdehem sekali.

"Sayang... Kenapa asyik sebut-sebut pasal Tiara tu? Dah lama kita tak cakap pasal dia dan kalau boleh abang memang dah tak nak kita bercakap pasal dia," balas Edirul Fahmi.

"Kenapa? Abang takut abang akan sayangkan Tiara macam 'dulu' ke?"

"Macam 'dulu' macam mana pula ni?"

"Macam 'dulu'lah. Macam yang Tiara cakap masa kita baru balik dari rumah opah tu."

Edirul Fahmi memejam matanya sekejap. Ah, mereka baru saja berbaik tapi Adreanne seperti seperti sengaja mahu mencetuskan pergaduhan! Dia mengeluh kecil.

"Sayang... Kan abang dah cakap, abang sayang Tiara tu macam adik sepupu je. Tak nak lah macam ni, please..."

Adreanne diam. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tiba-tiba saja menyebut nama Tiara. Mungkin kerana dia cuma mengenali Tiara dan Cik Irine sebagai perempuan lain yang wujud dalam hidup Edirul Fahmi. 

Bercakap pasal Irine, Irine tak lagi kerja dengan Creative Corporation. Lepas saja ditolak mentah-mentah oleh Edirul Fahmi dulu, dalam diam Irine ada membuat permohonan kerja di syarikat lain.

Rezeki Irine, dia sekarang dah menjadi seorang penganalisis kewangan di Sabah.

Edirul Fahmi rapatkan jarak antara mereka. Tangannya naik memeluk bahu Adreanne sambil sebelah tangan lagi menolak lembut kepala Adreanne untuk dilentokkan ke bahunya.

"Dah, tak nak lah emo sangat," pujuk Edirul Fahmi sambil mengusap lembut tepi kepala isterinya.

"Sayang ada mengidam apa-apa lagi tak? Nanti on the way nak balik rumah kita singgah."

Serta-merta muka yang keruh tadi kembali ceria. Adreanne toleh.

"Betul ni abang nak singgah beli?"

Edirul Fahmi angguk.

"Cakaplah... Apa yang sayang mengidam tu tapi kalau sayang mengidam benda pelik-pelik, abang tak nak layan," ugut Edirul Fahmi.

Adreanne satukan jari telunjuk sebelah kanan dengan jari telunjuk sebelah kiri. Agak-agak kalau dia beritahu apa yang dia mengidam ni, Edirul Fahmi akan tunaikan tak? Ulas bawah bibir Adreanne gigit perlahan.

"Sayang?" panggil Edirul Fahmi.

"Tapi, abang kena janji dulu yang abang akan tunaikan permintaan Aira. Baru Aira beritahu abang." Adreanne cuba tawar-menawar.

"Ya, janji. Cakap lah apa yang sayang mengidam sangat tu," jawab Edirul Fahmi walaupun dia sebenarnya teragak-agak mahu berjanji.

"Aira kan..." Adreanne tunduk melihat jarinya.

"Hmm?"

"Tekak Aira kan..." Adreanne masih menunduk.

"Ya, tekak sayang kenapa? Rasa loya ke?"

Adreanne geleng. "Bukan."

"Habis, tekak sayang kenapa?"

"Aira teringin nak makan Samyang tiga kali pedas tu."

Wajah comel Adreanne yang terkerdip-kerdip matanya Edirul Fahmi pandang dengan riak tak percaya. Mulut yang ternganga sedikit ditutup semula.

"No. Kalau sayang mengidam yang tu, abang tak bagi. Tapi kalau sayang mengidam maggi ayam big pack ke, abang bagi. Sekarang pun abang boleh bawa sayang pergi beli maggi asalkan sayang tak minta nak makan Samyang."

Adreanne memuncung. Airmatanya jatuh setitik demi setitik sebelum mutiara halus itu laju menuruni lekuk pipi.

"Tapi, abang dah janji dengan Aira tadi."

Edirul Fahmi mengeluh lagi. Manik-manik jernih itu sungguh melemahkannya. Tapi, demi kebaikan Adreanne dan bayi yang dikandung, dia tak boleh tewas kali ni.

"Abang janji nak tunaikan permintaan sayang tu kalau permintaan sayang tu tak mengarut. Lagipun, tak elok lah makan Samyang tiga kali pedas tu, bahaya. Abang ada baca, makanan pedas yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan pada perut dan usus. Nanti Humaira rasa kejang yang berpanjangan macam mana?" Edirul Fahmi cuba memujuk.

"Yang tu kalau Aira makan hari-hari. Aira mana ada makan hari-hari. Aira tak pernah makan pun Samyang tiga kali pedas tu ," selar Adreanne.

"Nanti abang fikir. Sekarang, abang nak siapkan kerja abang dulu. Lagi cepat kerja abang siap, lagi cepat lah sayang dapat tahu jawapan abang."

------

EDIRUL Fahmi menyendeng ke muka pintu sambil berpeluk tubuh. Kelibat Adreanne yang menongkat dagu di meja pantri itu buatkan dia tersenyum nipis.

"Sayang..." tegur Edirul Fahmi.

Adreanne tersentak. Dia menoleh ke belakang.

"Abang buat apa dekat sini? Meeting abang dah habis ke?" tanya Adreanne, terkejut.

Tadi, sewaktu Edirul Fahmi sudah siap mengemas barang-barang untuk pulang, tiba-tiba saja Zara menerpa masuk ke dalam bilik kerja Edirul Fahmi. Dia yang malas mahu campur tangan dalam hal kerja Edirul Fahmi cepat-cepat membawa diri ke pantri. Sudahnya, dia termenung panjang sambil tangan tak henti-henti mengacau kopi.

"Dah. Baru je habis ni," balas Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi melangkah masuk ke dalam pantri. Kerusi di sebelah Adreanne ditarik dan dengan selamba dia melabuhkan punggung.

"Jauh termenung. Sayang fikir apa?" tanya Edirul Fahmi. Dia turut menopang dagu.

Adreanne geleng. "Tak ada fikir apa-apa."

"Habis tu, kenapa abang tengok sayang ralit je dari tadi?"

"Dari tadi?"

Edirul Fahmi angguk.

"Dah lama ke abang berdiri dekat situ?" tanya Adreanne lagi.

"Dalam sepuluh minit juga lah," jawab Edirul Fahmi. Wajah Adreanne ditatap penuh kasih.

"Isteri abang ni fikir apa? Cuba cerita dekat abang."

Adreanne geleng. "Betul. Aira tak ada fikir apa-apa."

"Dah tu kenapa termenung?" tanya Edirul Fahmi tak puas hati.

"Hmm..." Adreanne mengetuk bawah dagunya perlahan.

"Aira kesiankan baby aje," jawab Adreanne dengan sebelah tangan mengusap lembut perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk.

Lapisan halus terbentuk pada dahi licin Edirul Fahmi.

"Kesiankan baby kenapa pula?"

"Ya lah, Aira kesian lah dekat baby sebab papa baby tak bagi baby makan Samyang padahal baby craving nak makan Samyang sebab baby tak pernah rasa," jawab Adreane dengan bibir yang tercebik-cebik.

Edirul Fahmi simpan senyum. Amboi, ibu baby ni guna nama baby sebab nak raih simpati papa baby nampak! Kesian baby. Teraniaya.

"Tak pernah makan, ya?" uji Edirul Fahmi dengan sebelah kening terjongket.

Tak tunggu lama terus Adreanne mengangguk.

"Ya, selama enam minggu baby ada dalam perut Aira ni, baby tak pernah pun rasa Samyang."

"Kenapa baby tak ada cakap apa-apa pun dekat papa pun?" tanya Edirul Fahmi lagi dengan menekankan perkataan 'papa'.

Adreanne tayang muka toya. Apa punya soalan lah yang Edirul Fahmi tanya. Macam mana lah baby tu nak beritahu Edirul Fahmi kalau dia keluar pun belum.

"Sengaja lah tu nak bagi Aira merajuk." Adreanne berjauh hati

"Eh, abang pula! Abang tanya betul-betul ni, kenapa baby tak ada cakap apa-apa pun dekat abang?"

"Baby tu lahir pun belum. Macam mana dia nak bercakap dengan abang!"

"Hah, dah tu yang sayang cakap baby nak makan Samyang tu macam mana pula?"

Adreanne merengus kasar. Alih-alih dia pula yang kena hentam.

"Abang ni... Aira nak apa, semuanya tak boleh. Kalau dah tahu tak nak bagi Aira makan apa yang Aira mengidam, baik tak payah tanya. Buat sakit hati Aira je."

"Eh, abang bagi lah! Siapa cakap abang tak bagi?" jawab Edirul Fahmi, tak mahu kalah.

"Eleh, bagi lah sangat! Dari tadi putar belit ayat."

"Bila pula abang putar belit ayat? Abang betul-betul nak belikan sayang apa yang sayang tengah craving ni."

"Betul ni?"

Edirul Fahmi angguk lagi. "Betul!"

Adreanne menepuk tangan. Wah, seronoknya!

"Tapi, Samyang cheese tu je abang izinkan Humaira makan. Yang tiga kali pedas tu, abang tak izinkan."

Puas Edirul Fahmi tanya pendapat Naufal tadi. Dan Naufal yang beri cadangan untuk dia belikan Adreanne Samyang palet kuning. Kata Naufal, Samyang yang itu kurang sedikit pedasnya.

Mati terus tepukan tangan Adreanne. Aduh, fake hope!

"Abang!"

Edirul Fahmi ketawa kuat. 

"Yalah, yalah. Kali ni je. Lepas tu abang betul-betul dah tak izinkan sayang makan Samyang tu. Sayang menangis airmata darah sekalipun, abang tetap tak izinkan. This is the first and last selama Humaira mengandung ni."

Adreanne memeluk erat batang tubuh Edirul Fahmi. Ini yang dia sayang sangat dengan Edirul Fahmi ni!

"Yeay, saayaang abang!"

"Ehem-ehem!"

Deheman seseorang membuatkan Adreanne cepat-cepat meleraikan pelukan. Wajah Naufal dan Kak Som yang sedang tersenyum mengusik itu mereka pandang. Keduanya tersengih.

"Suka korang beromantika dekat pantri ni ya," tegur Naufal dengan nada mengusik.

"Biasa lah, Encik Naufal. Dulu masa si Ad ni jadi student intern, dua-dua sibuk nak berahsia dengan kita semua." Kak Som menambah.

Seorang sibuk membelek kuku. Seorang lagi pula menayangkan muka selamba. Alamak, malunya!

•••••

Teaser untuk next chapter :

"Eh, Inara! You buat apa dekat sini?"

"Abang, siapa Inara?"

"Saya, Izara."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro