♛ Bab 59
ADREANNE terjaga dari tidur. Jam di dinding bilik tidur berwarna kelabu cair itu dilihat. Pukul dua tiga puluh minit pagi.
Dipandang Edirul Fahmi di sebelah. Terpancar riak keletihan di wajah tampan Edirul Fahmi. Adreanne mengusap pipi Edirul Fahmi.
"Kesian suami Aira ni kena layan perangai Aira masa mengandung," bisik Adreanne perlahan.
Diangkat sedikit mukanya untuk mengucup pipi si suami. Usai itu, perlahan-lahan Adreanne bangun dan melangkah turun dari katil. Pintu bilik ditutup perlahan, tak mahu mengganggu tidur Edirul Fahmi.
Adreanne atur langkah ke arah dapur. Pintu peti ais di bahagian freezer dibuka. Kaki dijengket sedikit sambil tangan diangkat tinggi. Sebuah tupperware kecil berwarna hijau diambil. Bekas tersebut dibawa ke meja makan dan dia melabuhkan duduk di kaunter dapur.
Tanpa membuka lampu, Adreanne ambil ais ketul yang berbentuk kiub kecil itu lalu dimasukkan ke mulut untuk dikemam.
"Brrr... Se... Juk..." Adreanne bermonolog.
"Sayang?"
Kedengaran suara serak-serak basah milik Edirul Fahmi dari muka pintu. Adreanne yang sedang asyik mengunyah ketulan ais mengangkat muka. Cepat-cepat bekas hijau tersebut ditutup.
"A... bang... ke... tu?" tanya Adreanne dengan susah-payah kerana ketulan ais yang memenuhi ruang mulut.
Edirul Fahmi memetik suis lampu. Terbias di hadapan matanya muka Adreanne dengan pipi mengembung.
"My god, sayang... Kenapa tak buka lampu? Risau abang, tau!" ujar Edirul Fahmi sambil mengatur langkah ke arah kitchen island. Duduk dilabuhkan di sebelah Adreanne.
Adreanne tayang sengih.
"Ni, sayang buat apa ni?" tanya Edirul Fahmi lagi sambil mata berselang-seli melihat Adreanne dan bekas hijau yang tertutup rapat. Rasanya dia tahu apa isi bekas hijau di depan Adreanne tu.
"Tak... ad... a... buat... apa-apa..." ujar Adreanne sambil lidah bermain ketulan ais yang berada di dalam mulut.
Edirul Fahmi pincing mata. Bekas berwarna hijau di hadapan Adreanne ditarik kasar ke arahnya. Tanpa apa-apa, penutup bekas tersebut dibuka.
"Humaira makan ketul ais malam-malam buta macam ni, sayang?"
Adreanne membuka sedikit mulutnya.
"D... ah... pa... gi... ab... ang."
Edirul Fahmi menghela nafas. Tengok tu, sempat lagi buat loyar buruk tu!
"Tak kisah lah pagi ke, malam ke, yang penting tak elok lah sayang makan ketul ais waktu-waktu macam ni," tegur Edirul Fahmi seraya menutup kembali penutup bekas tersebut. Dia bangun dan mengambil tupperware berwarna hijau itu.
Adreanne turut bangun. Langkah Edirul Fahmi diikut dari belakang.
"Aira tahu... Tapi baby yang nak makan ketul ais. Aira ikut je," jawab Adreanne tanpa rasa bersalah.
'Fuh, nikmatnya dapat bercakap tanpa ada ketulan ais dalam mulut,' desis hati Adreanne.
Tanpa sebarang amaran, terus saja Edirul Fahmi berjalan ke arah peti sejuk dan menyimpan kembali bekas ketul ais di tempat asalnya.
Mata Adreanne membuntang. Cepat-cepat ditolak tubuh Edirul Fahmi ke tepi. Malangnya, tubuh Edirul Fahmi terlalu berat untuk ditolak.
"Abang..." rengek Adreanne sambil menghentak kaki.
Edirul Fahmi tayang muka tak bersalah. Kening dijongket ke atas.
"Hmm," balas Edirul Fahmi tanpa riak.
"Aira nak makan ketul ais tu. Aira baru makan dua ketul je," rungut Adreanne dengan muka yang masam.
Edirul Fahmi berpeluk tubuh. Bersandar badan dia pada pintu peti sejuk. Bukan boleh percaya sangat Adreanne ni. Pantang ada peluang je mesti Adreanne akan cuba untuk memenuhi keiinginannya.
"Dua ketul je sayang kata?"
Adreanne angguk dengan muka naif.
"Sayang tahu tak, dah separuh bekas tu dah sayang makan ketul ais? Macam tu Humaira kata Humaira makan dua ketul je?" Edirul Fahmi tak berpuas hati.
Adreanne muncung. Sikit lah tu. Kalau banyak, dah habis satu bekas tu dia makan.
"Abang tak kesian ke dekat baby? Baby yang nak, tau! Bukan ibu baby," balas Adreanne sambil mengusap perut kempisnya.
"Betul? Baby yang nak?"
Dengan mulut yang tercebir ke hadapan, Adreanne angguk.
Edirul Fahmi lepas pelukan pada tubuh sendiri. Ditundukkan mukanya separas perut kempis Adreanne.
"Baby sayang, tak elok lah awam suruh ibu awak ni makan ketul ais malam-malam. Tak bagus untuk kesihatan awak dan ibu. Baby sayang ibu, kan? Jadi, baby kena dengar cakap papa. Okey?" ujar Edirul Fahmi seolah-olah dia sedang bercakap dengan bayi tersebut.
Edirul Fahmi mengusap-usap perut kempis Adreanne. Bibir dilabuhkan sekejap sebelum dia kembali berdiri.
"Dah, abang dah tegur baby dah. Baby cakap okey," beritahu Edirul Fahmi kepada Adreanne apabila badan dah ditegakkan di hadapan Adreanne.
Adreanne cebik bibir. Baby cakap okey konon.
'Baby tu telinga pun belum ada,' bebel Adreanne dalam hati.
"Tak nak kawan abang. Abang jahat," sebal Adreanne. Laju dia melangkah meninggalkan Edirul Fahmi yang tersenyum kemenangan ke arahnya.
"Oh! Abang jahat ya?" tanya Edirul Fahmi di belakang.
Bahu Adreanne terangkat ke atas. Dia terkejut. Serentak dengan itu terasa kakinya dah berada di awang-awangan.
Dongak saja muka, terpancar senyum nakal Edirul Fahmi. Tangan pantas memeluk erat leher Edirul Fahmi.
"Abang!" jerit Adreanne dengan sisa terkejut.
Edirul Fahmi yang sedang mengendong Adreanne ala-ala bridal style tergelak kecil. Didekatkan mukanya dengan muka Adreanne.
"Meh sini, abang yang jahat ni nak ajar perempuan degil macam Humaira."
------
"JAGA diri baik-baik. Jangan buat kerja berat. Jangan lasak-lasak sangat. Ingat sikit sayang tu pregnant. Nanti jadi apa-apa, susah," pesan Edirul Fahmi.
Adreanne membuntuti langkah Edirul Fahmi ke kereta. Naik bosan dia mendengarnya. Masuk kali ini, dah lebih sepuluh kali Edirul Fahmi berpesan benda yang sama.
"Ya, abang. Aira tahu. Abang dah ulang benda ni lebih sepuluh kali dah. Dari kita mula breakfast sampai lah sekarang, abang nak pergi office pun abang asyik ulang benda yang sama lagi. Bosan Aira dengar," balas Adreanne malas. Dihulur briefcase yang berada dalam pegangannya kepada Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi tergelak. Briefcase diambil dan diletakkan di kerusi sebelah pemandu.
"Abang bukannya apa... Abang risau. Sayang dah lah sorang-sorang dekat rumah. Kalau abang tak banyak kerja, dah lama abang ambil cuti."
Adreanne tersenyum nipis. Tangannya ditekupkan ke kedua belah pipi Edirul Fahmi.
"Tak apa, Aira faham. Lagipun, tahu lah Aira nak jaga diri Aira," ujar Adreanne bagi menenangkan gundah Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi sengih. Dahi licin Adreanne dicium lama.
"Jangan curi-curi makan ketul ais lagi. Kalau abang dapat tahu, siap lah sayang," ugut Edirul Fahmi.
Bukan Edirul Fahmi tak tahu, pagi tadi Adreanne curi-curi makan ketul ais di dapur. Tapi sengaja dia berpura-pura seperti dia tak tahu.
Adreanne sengih. Alamak, kantoi pula!
"InsyaAllah," balas Adreanne ringkas.
"Jangan tahu nak insyaAllah je. Kalau sayang mungkir janji, siap lah." Edirul Fahmi mengugut.
"Ya, Aira tahu. Dah, cepat lah pergi kerja," usir Adreanne.
"Amboi, halau abang nampak!"
Adreanne sengih lagi. Edirul Fahmi menggeleng kecil. Dia duduk bertinggung. Perut yang belum membuncit itu diusap lembut dan dikucup.
"Jaga ibu untuk papa. Papa sayang awak dan ibu," ucap Edirul Fahmi.
Adreanne yang mendengar ucapan Edirul Fahmi tersenyum lebar. Jujur, dia suka apabila Edirul Fahmi berinteraksi dengan anak mereka. Terserlah sifat kebapaan yang berada dalam diri suaminya.
"Ibu dan baby pun sayang papa sangat-sangat. Papa pergi pejabat tu buat kerja ya. Jangan menggatal pula," balas Adreanne sambil mengecilkan suaranya menyerupai suara kanak-kanak.
Edirul Fahmi gelak. Sempat lagi tu Adreanne ugut dia balik. Edirul Fahmi mengusap ubun-ubun Adreanne. Ubun-ubun tersebut dia kucup lama.
"Abang pergi dulu. Take care."
-----
NAUFAL melabuh duduk di depan Edirul Fahmi. Fail yang berada di tangannya diletakkan di atas meja kerja Edirul Fahmi.
"Kau attend kan meeting yang dekat Sabah tu?" tanya Naufal.
Edirul Fahmi bersandar di kerusi kerja. Diangguk sekali.
"Ya, aku attend. Kenapa?"
Naufal geleng. "Tak ada apa. Aku tanya je."
Edirul Fahmi sekadar meng-oh-kan sahaja. Dipejamkan mata sekejap. Tangan naik mengurut pelipisnya.
"Kau muntah-muntah lagi?"
Edirul Fahmi angguk. "Agaknya morning sickness Humaira tu terkenan dekat aku, kot. Aku tengok Humaira tu relaks je. Tak ada muntah-muntah pun," jawabnya.
"Ad macam mana sekarang? Okey dah ke?"
"Okey tu, okey. Cuma itu lah... Makin manja sikit sekarang ni."
"Uish, best lah kau! Selama ni kan dia kasar je dengan kau. Kira, untung lah dia dah mula manja-manja dengan kau. Apa yang kau nak pening-pening sangat?"
Edirul Fahmi buka mata. Nafas dihela perlahan.
"Humaira manja tu aku tak kisah sangat. Yang aku kisah sekarang ni, perangai dia sejak pregnant makin pelik kau tahu tak?"
Naufal menjarakkan tubuh dari bersandar. Tangan diletakkan di atas meja.
"Pelik?" Naufal menyoal.
Edirul Fahmi jatuhkan kepala sekali.
"Pelik yang macam mana tu?" tanya Naufal lagi.
"Dua hari lepas, boleh pula Adreanne minta aku belikan cili. Katanya nak makan dengan aiskrim Chocolate Mint dia tu. Pening aku dibuatnya, Fal."
Naufal menghamburkan ketawa. Ni bukan pelik yang biasa-biasa, tapi ni pelik yang luar biasa.
"Makan aiskrim dengan cili?" tanya Naufal meminta kepastian.
Edirul Fahmi angguk. Ditekapkan mukanya ke atas meja kerja.
"Pening kepala aku nak melayan kau tahu."
Naufal ketawa lagi. Sakit perut dia dibuatnya dek terlalu banyak ketawa.
"Habis, kau bagi ke?"
"Bagi lah. Dah kalau sampai menangis-nangis Humaira tu, mana tak lemah lutut aku ni. Terpaksa lah aku ikut je kehendak dia tu," jawab Edirul Fahmi, redha.
Naufal geleng kepala. Aduh, sakit perut dibuatnya!
"Layan je lah, Edy. Tak lama pun, lagi beberapa bulan je, kan?" pujuk Naufal.
"Kau punya lagi beberapa bulan tu macam aku kena hadap lagi sebulan dua. Aku ada lagi lapan bulan tau nak tunggu Humaira bersalin?"
Naufal ketap bibir. Dah, dia tak boleh gelak dah! Habis sakit-sakit perutnya.
"Ala, kejap je tu. Kau punya dugaan ni lapan bulan je. Ad tu lagi lah, dah lah sembilan bulan sepuluh hari ke hulu ke hilir bawa perut. Lepas tu, tambah pula dengan sakit nak bersalin. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan kau ni."
"Itu aku tahu, tapi aku harap dah tak ada benda pelik-pelik lagi dah yang Humaira mengidam."
"Tapi kan, kau kira beruntung juga lah sebab wife kau tu mengidam benda yang senang nak dapat. Kalau dia mengidam nak minum susu unta ke, nak makan kapur ke, lagi botak lah kepala kau nak fikir alasan," cerita Naufal.
Edirul Fahmi terkejut.
"Ada ke?" tanya Edirul Fahmi.
"Ada. Kakak ipar aku tu dulu masa mengandung anak sulung, dia mengidam nak makan kapur. Jenuh juga lah abang aku nak pujuk," balas Naufal sambil tergelak kecil apabila teringatkan peristiwa tersebut.
Edirul Fahmi meraup muka. Bab-bab mengidam ni dia kurang arif sikit. Edrina dulu pun semasa mengandungkan Amani dan Aqeef berada di luar negara.
Memang Edirul Fahmi langsung tak ada pengalaman untuk melihat bagaimana kejadian mengidam ini berlaku. Harap-harap Adreanne tak ada minta benda pelik-pelik macam ni.
------
BERTAMBAH seriau Edirul Fahmi. Adreanne tak habis mengerling dia dengan pandangan menggoda.
"Sayangku Humaira, sayang nak apa ni pandang-pandang abang macam tu?"
Tak betah terus-terusan menjadi ratahan mata Adreanne, terus Edirul Fahmi menyoal.
"Abang..." Meleret panjang nada Adreanne.
"Ya, sayang. Humaira nak apa, sayang?"
Dada Edirul Fahmi mula berdebar. Kalau nada Adreanne meleret, ada dua saja maksud. Maksud yang pertama, Adreanne nak memujuk dia. Tapi sekarang ni, Edirul Fahmi tak ada merajuk pun dengan Adreanne.
Maksud yang kedua pula, Adreanne ada nak meminta sesuatu daripada Edirul Fahmi. Okey, maksud yang kedua ni sumpah buatkan Edirul Fahmi risau!
Adreanne mengesot mendekati Edirul Fahmi di sebelah. Bersentuh peha kanan dia dan peha kiri Edirul Fahmi. Tangan Adreanne naik merangkul leher Edirul Fahmi.
"Abang pandang lah Aira!" Adreanne mencebik. Edirul Fahmi seperti mengelak daripada bertentang dua mata dengannya.
Gugup di dada yang semakin menggila cuba ditepis. Edirul Fahmi palingkan juga muka ke arah Adreanne. Tersenyum manja Adreanne bila dia menurut perintah Adreanne.
"Abang dah tengok Humaira ni, sayang. Humaira nak minta apa dengan abang?" Sekali lagi soalan yang sama diulang.
"Boleh tak kalau Aira nak... Aira nak..."
Entah kenapa, lidah Adreanne teras keras untuk meluahkan permintaan dia.
"Nak apa, sayang? Cakap lah... InsyaAllah abang cuba tunaikan benda yang abang boleh tunaikan," pujuk Edirul Fahmi.
Tiba-tiba tangan Edirul Fahmi ditarik ke atas. Sampai saja di bilik, Adreanne tekan kuat bahu Edirul Fahmi sehingga punggung Edirul Fahmi menghenyak birai katil.
"Aira nak abang pakai ni," pinta Adreanne usai membawa keluar sepersalinan baju dari almari.
Membuntang mata Edirul Fahmi. Adreanne nak suruh dia pakai kot, kemeja dan tali leher malam-malam macam ni? Hesy, memang tak lah!
"No. No. Yang ni abang tak boleh tunaikan."
Edirul Fahmi mengambil dua penyangkut yang berada dalam pegangan Adreanne. Laju kaki dia melangkah ke arah almari kembali.
"Kenapa? Abang dah janji yang abang nak tunaikan tadi."
Adreanne tersebik. Tiba-tiba, dada Adreanne terasa sebak. Dia betul-betul teringin nak tengok Edirul Fahmi dalam sepersalinan pakaian formal yang sering dipakai oleh Edirul Fahmi semasa menghadiri mesyuarat.
Usai meletak kembali persalinan ke dalam almari, Edirul Fahmi bersandar di pintu almari.
"Kan abang cakap, abang cuba tunaikan apa yang abang boleh tunaikan. Tapi permintaan Humaira yang ni, abang tak boleh nak tunaikan. Ab..."
Adreanne memotong.
"Bukan susah pun apa Aira minta. Abang sarung kemeja, pakai tali leher. Lepas tu, abang pakai lah blazer tu. Hari-hari abang pakai baju, tak kan tak reti lagi?" Dalam memerli Adreanne bersuara.
Edirul Fahmi menghela nafas perlahan. Diatur langkah untuk mendekati Adreanne. Berdiri saja di sebelah Adreanne, tangan dia naik untuk memegang bahu Adreanne.
"Sayangku Humaira, malam-malam begini tak kan lah Humaira nak suruh abang pakai blazer tu semua? Panas, sayang."
Adreanne menepis tangan Edirul Fahmi di aras bahu. Alasan!
"Abang ni munafik. Dah berjanji tapi tak nak tunaikan. Aira tak nak tidur dekat sini selagi abang tak nak pakai pakaian tadi," hambur Adreanne.
Adreanne berbaring di atas katil. Airmata yang bergenang di tubir mata membasahi pipi Adreanne.
"Papa dah tak sayang ibu, baby. Papa dah bencikan kita. Sebab tu papa tak nak tunaikan apa yang baby nak."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro