Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 55

"ABANG, jom breakfast sama-sama. Aira dah siapkan breakfast," tegur Adreanne tatkala terlihat kelibat Edirul Fahmi yang sedang menuruni tangga.

Tanpa membalas sapaan Adreanne, Edirul Fahmi mengatur langkah ke arah meja makan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang terletak di kepala meja makan.

Adreanne menarik nafas dalam, berpura-pura tak nampak dengan reaksi Edirul Fahmi.

"Abang nak apa? Nasi goreng atau sandwich?"

Edirul Fahmi tak membalas. Belum sempat tangann mencapai senduk yang tersedia di dalam mangkuk kaca berisi nasi goreng, Adreanne menyambar senduk besi.

"Tak apa. Biar Aira cedokkan nasi goreng ni untuk abang," ujar Adreanne.

Dicedokkan nasi goreng dengan berhati-hati. Setelah dua cedok, Adreanne membuka mulut.

"Cukup ke? Atau abang nak Aira tambah lagi," tanya Adreanne. Senduk masih berada dalam pegangannya.

Edirul Fahmi diam. Pinggan berisi nasi goreng ditarik rapat ke hadapannya. Dia berpura-pura tak nampak akan wajah Adreanne yang mula bertukar keruh.

Tanpa membuang masa, Edirul Fahmi menyuap nasi goreng. Marah macam mana pun Edirul Fahmi, tak tegar rasanya dia untuk tidak menjamah sarapan yang telah dihidangkan oleh Adreanne. Dia tahu Adreanne penat-penat menyediakan sarapan untuknya tapi disebabkan amarah yang masih bersisa, dia abaikan penat lelah Adreanne.

Edirul Fahmi menyisip teh yang masih berasap nipis. Usai itu, dia bangun dan menyambar briefcase dan blazer yang diletakkan di kerusi sebelah.

Hari ini, Edirul Fahmi ada mesyuarat bersama pengarah syarikat berkaitan projek kerjasama antara Creative Corporation dan Kamal Holdings.

Adreanne kemam bibir. Tipu lah kalau dia tak terasa langsung dengan layanan Edirul Fahmi. Tapi apakan daya, salah dia juga sebab tak membuka mulut langsung pasal hal ini.

Malas mahu terbawa-bawa dengan perasaan yang dah mengguris, Adreanne atur langkah mendekati Edirul Fahmi yang sedang memakai kasut.

"Abang... Nak salam," pinta Adreanne teragak-agak.

Edirul Fahmi terkejut apabila terdengar sapaan Adreanne. Sangka dia, Adreanne tak akan keluar untuk bersalam dengan dia hari ini.

Dipusing badan ke belakang dan dihulur tangan kepada Adreanne. Adreanne pantas menyambar tangan Edirul Fahmi. Tangan kekar itu dicium lama.

"Aira minta maaf dengan apa yang jadi. Aira tak bermak-"

"Abang dah lambat. Abang pergi dulu," potong Edirul Fahmi laju.

Edirul Fahmi tahu Adreanne tak bersalah. Tapi entah kenapa, ada rasa kecewa yang masih bertapak dalam diri dia. Dan ada sekelumit rasa untuk dia keraskan hati dengan apa yang Adreanne dah buat.
Adreanne sebak. Dia angguk kecil.

"Jaga diri, abang. Aira sayang abang," luah Adreanne dengan suara tertahan. Terketap-ketap bibir dia menahan tangis yang ingin terhambur.

Walaupun kata-kata Adreanne agak perlahan, namun telinga Edirul Fahmi dapat menangkap dengan jelas. Edirul Fahmi turut ketap bibirnya rapat. Bukannya dia tak rindukan Adreanne, tapi biar lah dulu. Biar kekecewaan dia reda.

Tak toleh lagi, Edirul Fahmi bolos diri ke dalam perut kereta sebelum menderum laju kereta Jaguarnya meninggalkan perkarangan rumah.

------

"KAU ni kenapa? Ketat je muka tu dari tadi," tegur Naufal.

Naufal menyandar badan ke kerusi besi yang tersedia di restoran mamak ini. Riuh restoran tersebut dengan suara orang ramai. Maklum saja lah, sekarang waktu lunch dan restoran ini sememangnya terkenal dengan harga makanan yang berpatutan.

Bukan Naufal tak perasan, sedari pagi lagi wajah Edirul Fahmi ketat sehingga ada staf-staf Creative Corporation seperti takut-takut untuk menegur Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi yang tadi termenung panjang tersentak. Dipanggung muka untuk memandang Naufal.

"Tak ada apa lah."

"Muka macam tertelan batu pun kau boleh kata tak ada apa lagi? Nak tipu pun agak-agak lah, weh." Naufal menyinis.

Edirul Fahmi merenung tajam muka Naufal. Sudah lah mood dia hari ini terbang entah ke mana. Tapi, boleh pula Naufal ajak dia bergaduh.

"Woo woo... Okey, okey. Aku salah. Tapi, serius muka kau sekarang ni sumpah ketat. Kau buat staf-staf takut nak tegur kau, kau tahu tak?"

Edirul Fahmi terkejut. Ketat sangat ke muka dia hari ni? Dia sendiri tak perasan dengan riak mukanya.

Apa yang Edirul Fahmi tahu, dia kusut. Dia tak ada mood. Dihela nafas kasar. Nampaknya, dia kena lupakan sekejap masalah peribadinya semasa berada di pejabat. Kalau tak, habis merosot kaliberiti dia nanti.

"Aku okey," jawab Edirul Fahmi ringkas.

Naufal mencebik. "Macam ni kau kata kau okey?"

Atas bawah, atas bawah mata Naufal menilik Edirul Fahmi. Dia mengeluh.

"Kita ni kawan dah lama dah, Edy. Aku boleh tahu masa bila kau okey dan masa bila kau tak okey. Kau kenapa sebenarnya ni? Cuba kau cerita dekat aku."

Edirul Fahmi diam sekejap, masih berkira-kira sama ada mahu ataupun tak dia membuka mulut.

"Kau bergaduh dengan Ad?" tebak Naufal apabila Edirul Fahmi masih mendiamkan diri.

Edirul Fahmi pejam mata sekejap. Diangguk kecil.

"What? Tapi kenapa?" Muka Naufal jelas pelik.

"Kau tahu, Humaira sekarang tengah pregnant. Dah nak dekat empat minggu," ujar Edirul Fahmi jelas.

"Jadi, apa masalahnya kalau dia pregnant? Bukan tu ke yang kau nak sangat selama ni?"

Edirul Fahmi angguk.

"Memang lah aku nak dia mengandung tapi..."

Bila Edirul Fahmi diam tak menyambung, Naufal menyampuk.

"Tapi apa?"

Edirul Fahmi mengeluh.

"Humaira pregnant tapi dia langsung tak beritahu aku yang dia tengah pregnant. Kau tahu, aku terjumpa pregnancy test dalam sarung bantal dia masa aku balik ambil phone aku dua hari lepas," cerita Edirul Fahmi.

"Habis, apa kaitan pregnancy test tu dengan pergaduhan korang ni?"

"Kau tak faham, Naufal."

Ya, Naufal tak akan faham apa yang dia rasa. Naufal belum berkahwin. Malah, bercinta pun Naufal tak pernah. Susah untuk lelaki bujang seperti Naufal untuk faham perasaan dia sekarang ni.

"Kalau kau dah tahu aku tak faham, kau cerita lah sampai aku faham. Itu pun aku nak kena ajar ke?" cebik Naufal.

Edirul Fahmi mengeluh perlahan.

"Aku rasa macam Humaira belakangkan aku. Aku ni suami dia, kot. Tapi kenapa dia tak pernah beritahu aku pasal benda ni? Kenapa dia diam je? Dia langsung tak pernah buka mulut pasal dia mengandung," luah Edirul Fahmi.

Kisah tiga hari lepas di mana dia ada bertanya kepada Adreanne sama ada Adreanne hamil atau tak langsung tak dicerita kepada Naufal.

Bagi Edirul Fahmi itu adalah privasi Adreanne memandangkan cerita tersebut berkait rapat dengan tarikh Adreanne period.

Naufal geleng. Ego tinggi sangat Edirul Fahmi ni.

"Kau ada tanya kenapa dia buat macam tu?"

"Aku tak pernah tanya. Tapi kak long cakap, Adreanne nak buat kejutan untuk aku esok," jawab Edirul Fahmi.

Esok ialah hari Sabtu. Dan esok juga adalah hari lahir Amani. Jadi, Edrina dan Izzar bercadang untuk mengadakan sambutan hari lahir Amani di kediaman Dato Fauzi.

"See, kau langsung tak nak minta penjelasan daripada Ad dulu. Kau cuma tahu nak buat andaian sendiri je. Ada kau fikir kenapa Ad beria-ia nak buat kejutan untuk kau? Dan, ada ke kau perasan apa-apa perubahan dekat Ad lately ni?"

Edirul Fahmi geleng.

"Aku percaya Ad mesti ada sebab kenapa dia buat macam ni. Balik nanti cuba slow talk dengan Ad, tanya dia baik-baik. Bukan marah dia tak tentu pasal," pesan Naufal lagi.

Edirul Fahmi diam. Entah lah, dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Dia... Runsing!

------

ADREANNE merenung jam yang tergantung di ruang tamu. Pukul sebelas malam dan kelibat Edirul Fahmi belum kelihatan.

Belum pernah lagi Edirul Fahmi pulang lewat melebihi pukul enam petang sepanjang empat bulan mereka berkahwin. Ini kali pertama Edirul Fahmi pulang lewat begini.

Adreanne mengeluh.

"Marah sangat ke abang dekat Aira?" Adreanne bermonolong.

Televisyen yang sengaja dipasang bagi mengusir rasa sunyi yang bertamu ditutup. Usai memastikan pintu dan tingkap dah berkunci, Adreanne dia mengatur langkah ke bilik tidur di tingkat atas.

Melalui cahaya lampu tidur yang malap, Adreanne membuka pintu almari dan sehelai baju t-shirt milik Edirul Fahmi ditarik keluar. Dia kembali mengatur langkah ke katil. 

Adreanne baring mengiring menghadap tempat tidur Edirul Fahmi. Gebar ditarik separas dada dan baju t-shirt Edirul Fahmi dipeluk erat.

"Aira rindu abang. Rindu sangat-sangat," rintih Adreanne perlahan.

"Abang jangan lah marah Aira lama-lama. Aira tak tahu apa salah Aira."

Adreanne mengeluh berat. Puas difikir apa salah dia, namun tak juga Adreanne jumpa jawapannya. Adreanne tahu, Edirul Fahmi marah sebab dia sorokkan pasal kandungan ni tapi tak akan lah sebab tu je Edirul Fahmi marah dia teruk-teruk begini.

Adreanne menangis. Dia sudah buntu. Sungguh, dia sangat rindukan Edirul Fahmi. Apa yang pasti, dia benar-benar rindukan usikan dan gurauan Edirul Fahmi.

Bertemankan airmata, Adreanne terlelap. Barangkali dia sudah penat menangis sehinggakan dia boleh terlelap.

------

EDIRUL Fahmi menutup pintu rumah. Dia menghempas punggung di sofa. Briefcase yang setia bersamanya dilemparkan ke tempat duduk di sebelah. Edirul Fahmi memejam mata sekejap.

"Penatnya..." keluh Edirul Fahmi sambil mengurut pelipis.

Petang tadi, tiba-tiba saja dia mendapat panggilan daripada pihak kontraktor yang mengatakan ada masalah di tapak pembinaan.

Dek kerana tak mahu menimbulkan masalah dengan pihak client, laju saja dia memutuskan untuk melawat site bersama Naufal.

Edirul Fahmi mencelik mata. Dibawa kaki menaiki anak tangga. Badan yang terasa melekit buatkan dia rasa tak selesa. Dia mahu mandi.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik, Edirul Fahmi terkedu. Jelas sekali sekujur tubuh milik Adreanne sedang nyenyak tidur menyapa pandangan mata dia..

Briefcase  diletak di atas sofa yang terletak di hujung bilik. Perlahan-lahan Edirul Fahmi berjalan mendekati Adreanne.

Edirul Fahmi baring mengiring menghadap Adreanne dengan sebelah tangan menongkat kepala. Pipi Adreanne diusap lembut. Jelas sekali ada kesan airmata pada tubir mata Adreanne.

Mata Edirul Fahmi menangkap sehelai baju t-shirt miliknya yang berada dalam pelukan Adreanne. Luluh hati dia.

"Maafkan abang, sayang. Abang tak sengaja nak dera Humaira macam ni," tutur Edirul Fahmi perlahan.

Edirul Fahmi merapatkan mukanya ke perut kempis Adreanne. Dikucup lama perut kempis Adreanne yang berlapik baju.

Angkat saja muka dari perut Adreanne, dia mengusap perut kempis si isteri. Dalam rahim ini, ada janin yang sedang membesar. Janin yang menjadi bukti cinta mereka berdua. Edirul Fahmi tersenyum bahagia.

"Maafkan papa sayang sebab abaikan ibu. Papa sayang awak dan ibu sangat-sangat," ujar Edirul Fahmi sambil ibu jari mengusap-usap perut kempis Adreanne.

------

ADREANNE yang terasa perutnya disentuh membuka mata. Terkerdip-kerdip dia memandang Edirul Fahmi yang sangat rapat dengan perut kempisnya.

"Abang..." Serak suara Adreanne memanggil.

Edirul Fahmi tersentak. Dia mendongak sebelum muka ditarik untuk menjauh dari perut Adreanne.

"Maaf abang ganggu Humaira tidur. Humaira tidur lah," ucap Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi bingkas bangun. Dibuka butang kemeja yang tersarung di tubuhnya. Edirul Fahmi berura-ura untuk turun dari katil. Belum sempat kakinya mencecah lantai, terasa tangan dia disambar oleh Adreanne.

"Tidur, Humaira," arah Edirul Fahmi tegas tanpa menoleh.

Adreanne menggeleng.

"Tak nak. Aira rindukan abang."

Edirul Fahmi menghela nafas kasar. Direntap tangannya daripada pegangan Adreanne. Malangnya, Adreanne lebih pantas mengeratkan lagi genggaman.

"Abang kata tidur, Humaira. Tidur," suruh Edirul Fahmi lagi.

Adreanne bangun dari berbaring. Dia duduk di sebelah Edirul Fahmi. Muka dipaling untuk menatap wajah tampan Edirul Fahmi.

Wajah itu... Wajah yang beku tanpa senyuman selama dua hari ni. Dan hari ini, genap tiga hari Edirul Fahmi dingin dengan dia.

"Aira rindukan abang. Kenapa abang balik lambat hari ni? Kenapa abang dingin dengan Aira? Aira... Rindu sangat-sangat dekat abang," luah Adreanne sebak. Bahu dia terhinjut kecil menahan sedu.

Edirul Fahmi mengetap bibir. Rasa bersalah mula mengasak dada. Namun, Edirul Fahmi tetap memilih untuk memenangkan ego lelakinya.

"Abang. Suruh. Awak. Tidur," tekan Edirul Fahmi.

"Tak nak. Aira tak nak tidur. Aira nak tahu, kenapa abang buat Aira macam ni? Dah tiga hari abang tak bercakap dengan Aira. Aira... Aira nak tahu, apa salah Aira sampai abang buat Aira macam ni," soal Adreanne bertubi-tubi.

Adreanne mengelap sisa hingus yang keluar dengan hujung lengan baju tidurnya.

"K... Kalau ab... ang marahkan Aira pasal pregnancy test tu, Aira min... minta... maaf. Aira betul-betul... tak sangka abang akan marah Aira macam ni sekali. Aira... Aira..." Adreanne mati kata.

Terasa susah mulut Adreanne untuk bercakap disebabkan oleh sedu yang semakin menjadi-jadi. Esak tangis Adreanne mula memenuhi bilik tidur mereka.

Edirul Fahmi diam. Dileraikan tautan tangan mereka dan dia bangun melangkah ke bilik air.

"Ab... abang," panggil Adreanne tergagap-gagap.

Edirul Fahmi berhenti melangkah. Mulutnya masih berkunci rapat.

"Abang tahu tak yang abang dah abaikan Aira untuk satu hari ni? Bukan hari ni je, tapi dah dua hari abang abaikan Aira. Dua hari, abang. Bukan sehari." Adreanne berjeda. Dia menarik nafas dalam.

Malam ini, biar lah Adreanne luahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Biar lah dia lepaskan beban yang terasa sangat berat sedang memeluk tangkai hatinya.

"Aira... Tak tahu apa salah Aira yang besar sangat pada abang sampai abang buat Aira macam ni. Tapi, thank you for leaving me alone and letting me wonder where my mistake was."

Edirul Fahmi terkaku. Jelas di halwa pendengarannya nada suara Adreanne benar-benar sarat dengan kesakitan.

Isterinya... tersiksakah dia?

•••••

Tak ada siapa tinggal siapa. Yang ada cuma Edy biarkan Humaira rasa terabai 😬

Cukup ke konflik ni? Atau nak konflik lagi satu bab? 👉👈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro