Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 54

ADREANNE menoleh ke arah pintu yang dikuak dari luar. Tersenyum dia memandang Edirul Fahmi yang sedang melangkah masuk.

"Aira, Edy, kami balik dulu ya. Waktu melawat pun dah nak habis ni," ujar Puan Aminah sambil bangun dari duduk.

Edirul Fahmi berjalan mendekati Adreanne. Dia berdiri di tepi katil hospital tersebut.

"Terima kasih mama, papa sebab temankan Aira masa Edy pergi solat tadi," ujar Edirul Fahmi.

"Tak ada apa lah, Edy. Perkara kecil je. Jaga anak dan cucu papa baik-baik," pesan Encik Khuzairi. Bahu keras Edirul Fahmi ditepuk dua kali.

Edirul Fahmi tunduk mencium tangan Encik Khuzairi dan Puan Aminah.

"InsyaAllah, papa. Papa dan mama jaga diri. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Kalau nak buat kerja berat-berat tu, suruh je Aryan buat."

"Eh, apa aku pula!" bentak Aryan yang sedari tadi hanya diam membisu.

"Kau tu bukannya buat apa pun. Setakat nak dat..."

Aryan segera menekup mulut Edirul Fahmi. Mata dijegilkan dengan riak marah.

"Dat? Dat apa, Edy?" tanya Puan Azizah, tak faham.

"Tak ada apa-apa, mama. Edy ni hah, merapu apa entah petang-petang macam ni," potong Aryan laju.

Edirul Fahmi yang dah tercungap-cungap menepuk kuat tangan Aryan. Matanya membawa maksud 'kau lepas tangan kau ni'.

Aryan sengih. Serta-merta tekupan dilepaskan. Tanpa rasa bersalah, dia beriak biasa. Tangan dihulurkan untuk berjabat dengan lelaki tersebut.

"Jaga adik aku baik-baik. Kalau aku tahu kau sakitkan dia, aku tumbuk kau lagi," pesan Aryan keras.

Adreanne kerut dahi. Tumbuk? Segera dia menekup pipi Edirul Fahmi. Muka kacak Edirul Fahmi dipalingkan menghadapnya.

"Tepi bibir abang berdarah ni." Adreanne mula risau.

"Sikit je darah tu. Esok lusa keringlah luka ni," balas Edirul Fahmi menenangkan hati Adreanne yang gundah.

Adreanne toleh muka. Mata merenung tajam Aryan. Aryan sekadar tayang riak selamba.

"Angah tumbuk Edy ke?"

"Hmm." Antara dengar tak dengar saja deheman Aryan.

"Yang angah pergi tumbuk Edy tu kenapa? Dah gian sangat nak menumbuk ke apa?" berang Adreanne.

"Boleh lah. Dah lama juga penumbuk angah tak dapat mangsa," seloroh Aryan.

Adreanne mendengus kasar. Orang tengah serious tapi boleh pula Aryan buat loyar buruk. Kecil besar, kecil besar je dia tengok Aryan sekarang ni. Rasa nak cincang-cincang!

"Dah, sudah. Tak payah nak bergaduh. Kita ni dekat hospital, bukan dekat rumah," celah Encik Khuzairi, menegur Adreanne dan Aryan.

Adreanne dan Aryan bertentang mata. Zzap zzap... Bagai ada panahan halilintar yang bersabung antara satu sama lain.

"Jom balik. Tahu lah nanti papa nak brainwash angah ni," sambung Encik Khuzairi lagi.

"Padan muka." Tanpa suara, Adreanne mengejek Aryan. Edirul Fahmi sekadar angkat thumbs up separas peha.

------

"ABANG..."

Adreanne memandang Edirul Fahmi yang ralit bermain telefon. Suasana sunyi yang menghuni segenap bilik itu buatkan dia mengeluh kecil. 

Edirul Fahmi diam tak membalas. Wajah Adreanne dikerling sekejap sebelum dia kembali membuang pandang ke arah telefon yang berada di tangan.

"Kenapa abang diam je? Dari mama mula balik sampai lah sekarang ni, abang langsung tak bercakap dengan Aira. Abang tak rindukan Aira ke? Aira rindu abang..." Luah Adreanne.

Sudah hampir 30 minit keluarganya pulang, tapi satu patah perkataan pun belum terbit daripada bibir Edirul Fahmi. Edirul Fahmi menghela nafas perlahan.

"Rehat. Awak tu lemah lagi." Ringkas Edirul Fahmi membalas.

Senyuman Adreanne mati. Kenapa dengan Edirul Fahmj? Tiba-tiba saja Edirul Fahmi dingin dengan dia.

"Kenapa abang dingin dengan Aira? Aira ada buat salah pada abang ke? Kalau Aira ada buat salah pada abang, abang beritahu lah Aira."

Meruntun pilu hati Adreanne. Sangka dia, Edirul Fahmi akan datang memeluk dan mencium dia seperti selalu. Tapi kenapa, bila berita ini sampai ke pengetahuan Edirul Fahmi, Edirul Fahmi seperti tak suka dengan dia.

Edirul Fahmi mendengus kasar. Butang power ditekan. Dengan kasar, dia meletakkan telefon di atas meja kecil yang disediakan di tepi katil. Edirul Fahmi berpeluk tubuh memandang Adreanne.

"Kenapa awak tak beritahu abang yang awak pregnant? Haritu abang tanya pun, awak nafi. Awak memang tak ada niat langsung ke nak beritahu abang pasal benda ni?" tanya Edirul Fahmi terus. Mencerlung tajam dia memandang Adreanne.

"Aira..."

Adreanne mati kata. Panahan mata Edirul Fahmi buatkan dada dia terasa sakit. Tak pernah lagi Edirul Fahmi memandang dia begitu. Biasanya, cuma pandangan lembut yang diberikan oleh Edirul Fahmi.

"Sampai bila awak nak sorokkan semua benda ni daripada abang? Agaknya, kalau pregnancy test awak tak tercicir dari sarung bantal, mungkin sampai sekarang abang tak akan tahu langsung pasal benda ni."

Tak menunggu balasan Adreanne, Edirul Fahmi terus saja melontarkan kata. Dia terasa hati. Dia rasa dipinggirkan. Dia suami tapi kenapa Adreanne belakangkan dia?

Sedangkan dulu, dah diberitahu pada Adreanne yang dia tak suka kalau Adreanne belakangkan dia. Tapi kenapa Adreanne buat juga?

"Atau... Awak memang tak nak abang tahu yang awak tengah mengandung? Ya lah, awakkan muda lagi. Belum bersedia lagi. Macam tu, kan?"

Adreanne diam membisu. Mulutnya tersebik-sebik. Dadanya terasa sempit. Perutnya juga terasa sebu.

"Kenapa diam?! Abang tanya, jawablah!" tengking Edirul Fahmi. Disebabkan dia terlampau, spontan Edirul Fahmi berdiri di tepi katil Adreanne.

Adreanne gigit bibir bawahnya. Anak mata diangkat untuk menatap Edirul Fahmi. Dia pasti, Edirul Fahmi pasti benar-benar marah sekarang ni. Tapi apa yang pasti, mata helang milik Edirul Fahmi sangat menyesakkan dadanya.

"Aira memang nak bagitahu abang tapi..."

"Tapi apa, Humaira?! Tapi awak tak ada masa nak bagitahu abang? Macam tu ke?!"

Dada Edirul Fahmi berombak laju. Amarahnya benar-benar tak dapat dikawal. Dikepal tangan membentuk buku lima. Dia perlu kawal dirinya. Dia perlu ingat yang Adreanne sekarang berbadan dua.

"B- bukan."

"Agaknya abang ni memang tak penting untuk awak, kan? Sebab tu benda yang penting macam ni pun awak boleh sorokkan daripada abang. Iya kan?"

"T- tak. Abang penting! Penting sangat-sangat," nafi Adreanne.

"Kalau penting, kenapa awak tak pernah buka mulut pun pasal benda ni?"

"Aira memang nak bagitahu abang. Cuma..."

"Mungkin bila awak keguguran baru abang tahu yang awak sebenarnya tengah mengandung sebab awak memang ada niat nak bunuh bayi tu, kan?!"

"Abang!" jerit Adreanne, terkejut.

Sungguh. Dia betul-betul tak sangka Edirul Fahmi akan terfikir macam tu. Muda macam mana pun dia, tak pernah terlintas walau sekalipun dalam fikirannya untuk membunuh anak yang sedang membesar dalam rahimnya saat ini.

"Abang tahu nak marah Aira je! Bila Aira nak terang, abang potong cakap Aira. Abang fikir perasaan marah abang je."

Berombak dada Adreanne menahan amarah. Geram bila Edirul Fahmi tak habis-habis mahu memotong cakapnya.

"Dah lah, Humaira. Awak rehat lah," ujar Edirul Fahmi ringkas.

Edirul Fahmi bingkas bangun. Diatur langkah keluar daripada wad tersebut. Risau juga dia kalau-kalau amarahnya tidak dapat dikawal nanti.

Setitik demi setitik, airmata Adreanne jatuh ke atas peha. Edirul Fahmi dah janji tak kan marah dia. Tapi kenapa Edirul Fahmi mungkir janji? Sumpah, dia betul-betul terasa.

-----

"MUNGKIN bila awak keguguran baru abang tahu yang awak sebenarnya tengah mengandung sebab awak memang ada niat nak bunuh bayi tu, kan?!"

Mengucap panjang Edrina tatkala terdengar jerkahan Edirul Fahmi. Dia faham Edirul Fahmi marah, tapi Edirul Fahmi tak sepatut menengking Adreanne dalam keadaan Adreanne begini.

Edrina bercadang untuk memberitahu perkara sebenar kepada Edirul Fahmi. Tak sanggup rasanya dia nak letakkan Adreanne dalam situasi yang boleh memudaratkan kesihatan mental Adreanne.

Keluar saja Edirul Fahmi dari wad yang menempatkan Adreanne, Edrina bangun dari kerusi.

"Kak long ada benda nak cakap sikit pada angah. Kita bincang dekat kafeteria hospital."

Tersentak Edirul Fahmi. Berpaling saja dia, terlihat Edrina yang terkocoh-kocoh mengejar langkahnya. Langsung dia tak perasan akan kelibat Edrina semasa keluar dari wad Adreanne tadi.

"Okey," pendek Edirul Fahmi bersetuju.

Sampai saja di kafeteria dan memesan minuman, terus Edrina membuka bicara.

"Kak long bukan nak menyibuk hal rumahtangga angah dan Aira. Tapi kak long terdengar angah jerkah Aira tadi," beritahu Edrina.

"Angah tengah kusut sekarang. Boleh tak kak long tak payah nak berkias sangat?" bentak Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi mahu menyendiri. Fikirnya, Edrina mahu berbincang soal lain dengan dia. Rupa-rupanya Edrina mahu berbincang soal dia dan angah.

"Angah tak kesian pada Aira ke? Dia baru je sedar tapi angah dah marah-marah dia macam tu. Angah tak fikir perasaan Aira ke?" Edrina cuba berlembut.

Edirul Fahmi meramas kasar rambutnya.

"Habis, perasaan dia je angah kena fikir? Perasaan angah ni, ada dia fikir masa dia buat keputusan untuk rahsiakan benda ni daripada angah?!" Melengking suara Edirul Fahmi.

"Aira bukan saja-saja nak rahsiakan pasal kandungan dia. Dia ada sebab sendiri." Edrina masih cuba untuk bertenang.

"Oh! Maksudnya kak long pun bersengkongkol dengan Humaira? Bagus... Bagus sangat!" sindir Edirul Fahmi, pedas.

Edrina mula hilang sabar.

"Hesy, makin sakit hati kak long cakap dengan angah ni! Kalau angah tahu lah yang Aira tu beria-ia rancang macam-macam nak buat kejutan untuk angah masa birthday Amani nanti, mesti angah menyesal buat Aira macam ni."

Edirul Fahmi diam. Dia cuba sabarkan diri.

"Kenapa nak kena buat kejutan bagai? Beritahu je tak boleh ke?"

"Aira tu dia tahu yang angah nak sangat dia mengandung. Bila dia minta tolong kak long ajar dia macam mana nak guna pregnancy test masa dekat rumah mummy hari tu, dia pun nampak berdebar sangat. Dia beritahu kak long yang angah tak tahu pun pasal Aira ada beli pregnancy test. Angah nak tahu kenapa Aira tak minta angah yang belikan pregnancy test tu?"

Walaupun Edirul Fahmi tak menjawab, Edrina tahu yang Edirul Fahmi mahukan jawapan daripadanya.

"Aira tak nak angah kecewa bila dia buat ujian kehamilan tu. Aira nak dia betul-betul confirm dulu yang dia memang pregnant, baru dia nak beritahu angah. Angah ada fikir semua tu?" terang Edrina.

"Angah tak pernah kisah pun kalau ujian tu negatif. Angah sendiri beritahu Humaira, kalau ada rezeki, ada lah. Dan dua hari lepas, angah ada tanya Humaira sama ada dia mengandung atau tak. Kalau ikut cerita kak long ni, masa tu Humaira dah tahu yang dia tengah mengandung. Tapi kenapa dia tak beritahu angah je?"

Edirul Fahmi masih tak berpuas hati. Bagi dia, ini semua alasan Edrina untuk membela Adreanne.

"Aira dah plan macam-macam, ngah. Selama ni Aira keluar dengan kak long, angah pernah tanga kenapa dia keluar dengan kak long? Dia buat apa masa dia keluar dengan kak long... Ada ke angah tanya?" sinis Edrina.

Edrina tahu yang Edirul Fahmi tak pernah tanya kenapa Adreanne kerap keluar pun sebab dia sendiri yang bertanya soal ni kepada Adreanne.

"Angah tak pernah ambil tahu pun pasal tu. Kalau angah nak tahu, kitorang pergi beli barang untuk surprise party angah tu. Hari ni pun ada lagi benda nak beli. Nasib lah semalam cuma beli belon-belon macam tu je. Kalau dah tempah cake semua tu, lepas tu jadi pula macam ni, tak ke lagi sedih hati Aira tu?"

Edirul Fahmi cuma diam. Mula terbit rasa kesal dalam diri tapi cuba ditolak sejauh mungkin. Biar lah dia bertenang terlebih dulu supaya hati Adreanne tak semakin sengsara dengan layanan dia.

"Orang perempuan ni angah, kalau dia dah sayang sangat lelaki tu, dia akan fikir cara macam mana nak bahagiakan lelaki yang dia cinta. Aira buat semua ni sebab dia tahu angah memang tunggu dia pregnant. Dia nak tahu macam mana reaksi suami dia bila dia beritahu berita ni secara mengejut. Kak long yakin, kalau boleh Aira nak sangat beritahu angah awal-awal. Tapi dia pendam dulu rasa tu sebab dia nak record reaksi angah bila dia khabarkan berita ni pada angah," terang Edrina lagi.

Edirul Fahmi rasa terharu. Tak sangka begitu sekali Adreanne nak gembirakan dia. Rasa bersalah kerana menengking Adreanne tiba-tiba datang menerjah.

Beg tangan di atas riba Edrina sangkut ke bahu. Dia berdiri.

"Kak long balik dulu. Satu je kak long nak pesan, hati perempuan mengandung ni sensitif sangat. Jangan sakitkan dia sampai dia question diri dia sendiri. Kak long tak nak adik ipar kak long tu kena depression masa pregnant. Kesian pada Aira dan baby dalam kandungan dia."

Dan Edirul Fahmi jauh termenung...

-----

SUDAH dua hari Adreanne ditahan di hospital dan hari ini dia dibenarkan pulang. Selama dua hari itu jugalah hubungan dia dan Edirul Fahmi sedikit renggang.

Tak ada lagi usikan mesra daripada Edirul Fahmi. Dan tak ada lagi panggilan 'sayang' yang meniti di bibir nipis Edirul Fahmi.

Mengenangkan sikap dingin suaminya, Adreanne termangu sendiri. Fikirnya, Edirul Fahmi akan gembira dengan perkhabaran ini, namun sangkaannya meleset sama sekali.

Tak pernah dia terfikir bahawa mereka akan bergaduh kerana anak yang baru empat minggu dikandungnya. Kata orang, anak itu penyeri rumahtangga. Tapi, kenapa apa yang dia nampak semuanya berbeza?

"Termenung apa lagi tu..." tegur Puan Aminah.

Adreanne yang sedang duduk di atas katil hospital dengan kaki yang terjuntai ke bawah mengangkat wajah. Senyum nipis dihadiahkan.

"Tak ada apa, mama. Aira cuma rasa seronok je sebab Aira dah boleh discharge harini. Bosan duduk hospital lama-lama."

"Ni baru dua hari kamu check in hospital. Nanti dah third trimester lagi lah senang nak keluar masuk hospital. Macam-macam hal nanti," ujar Puan Aminah.

"Memang wajib ke mama kalau third trimester tu ulang-alik hospital?"

Rasa takut mula menghantui Adreanne. Dia tak suka masuk hospital sebab dia tak tahan bau ubat. Setiap kali ke hospital, pasti kepalanya berpusing.

"Tak ada lah wajib, tapi tengok keadaan juga. Sebab tu kamu kena berjaga-jaga dari sekarang ni."

Puan Aminah menitip pesan. Beg pakaian Adreanne yang dah dikemas diletakkan di atas meja hospital.

Adreanne angguk tanda faham. Tak sabar rasanya dia mahu melalui fasa-fasa kehamilan yang mendatang. Perut yang belum lagi menampakkan bentuknya diusap lembut.

'Anak ibu,' ujar Adreanne dalam hati.

"Mana Edy ni? Tadi kata dah nak sampai tapi sampai sekarang mama tak nampak pun batang hidung dia," bebel Puan Aminah.

Puan Aminah bercekak pinggang sambil merenung pintu yang tak ada tanda-tanda akan dibuka dari luar.

Adreanne kemam bibir. Dia sendiri tak tahu di mana Edirul Fahmi berada. Malah, dia langsung tak tahu yang dia akan pulang dengan Edirul Fahmi.

Sangka Adreanne, Aryan yang akan datang membawa mereka pulang memandangkan Edirul Fahmi seperti mahu mengelakkan diri daripadanya.

"Kejap lagi sampai lah tu, mama. Mama duduk lah dulu," suruh Adreanne sambil menepuk-nepuk ruang di sebelahnya.

"Tak apa lah. Kamu cuba call Edy tu, tanya dia ada dekat mana. Lama dah ni kita tunggu dia," suruh Puan Aminah.

Adreanne terkedu. Ah, sudah! Macam mana dia nak telefon Edirul Fahmi dalam keadaan macam ni? Dah tentu dia kekok.

------


MALAS mahu mendengar rungutan Puan Aminah, Adreanne mendail nombor telefon Edirul Fahmi. Tiga kali deringan dan talian bersambung.

"Abang dekat mana?" soal Adreanne terus kepada tujuan utama.

Edirul Fahmi diam sebentar. Dia berdehem sebelum membalas soalan Adreanne.

"Depan bilik awak." Tanpa nada Edirul Fahmi menjawab.

"O..."

Belum sempat Adreanne membalas, Edirul Fahmi telah mematikan talian. Adreanne mengeluh perlahan, tak mahu Puan Aminah mendengar keluhannya.

"Hah, macam mana? Edy ada dekat mana?" tanya Puan Aminah bertubi-tubi.

Adreanne cuba mengawal riak wajah. Muka dimaniskan semanis yang boleh. Dia senyum sedikit.

"Edy dah sampai dah. Kejap lagi masuk lah dia."

Pintu dikuak dari luar. Susuk tubuh Edirul Fahmi jelas kelihatan di muka pintu. Tanpa memandang Adreanne, laju Edirul Fahmi melangkah masuk ke dalam bilik dan mendekati Puan Aminah. Tangan wanita tua itu disalam.

"Maaf Edy lambat. Jalan jammed tadi. Maklum lah, sekarang ni tengah peak hour," tutur Edirul Fahmi sambil menggaru belakang kepalanya.

Puan Aminah senyum. "Tak apa, mama faham."

Adreanne kempiskan hidung.

'Mama faham lah sangat padahal dari tadi lagi tak habis-habis Puan Aminah merungut,' kutuk Adreanne dalam hati.

"Yang muka kamu berkerut-kerut tu dah kenapa, Aira? Ni suami kamu datang ni, tak reti-reti nak salam tangan suami ke?" perli Puan Aminah.

Adreanne sengih.

"Tak ada apa-apa. Aira rasa macam ada lalat tadi."

Tak tunggu lama, cepat-cepat Adreanne sua tangan untuk bersalam dengan Edirul Fahmi yang berdiri di sisinya.

Edirul Fahmi simpan senyum. Tak pasal-pasal Adreanne kena tegur. Malas mahu menampakkan hubungan mereka yang agak dingin itu, disambut tangan Adreanne. Dahi Adreanne dikucup.

"Sayang macam mana hari ni?" Pura-pura mesra Edirul Fahmi bertanya.

Adreanne kaget. Lidahnya terasa berbelit namun sapaan Edirul Fahmi cuba dibalas dengan riak biasa.

"Aira rasa okey hari ni. Cuma Aira rasa penat sikit sebab katil hospital ni keras sangat. Tak seronok tidur lama-lama," adu Adreanne.

"Tak apa. Nanti sayang balik rumah, sayang tidur lah puas-puas. Katil rumah kita lembut, kan?" balas Edirul Fahmi sambil menjongketkan kening.

Adreanna kemam bibir. Diangguk kecil.

"Dah, tak payah nak romantik-romantik sangat dekat sini. Mama nak balik. Nanti bising pula papa kamu tu kalau makan tengah hari tak siap lagi," celah Puan Aminah sekaligus menghentikan adegan 'mesra' antara Adreanne dan Edirul Fahmi.

Mereka berdua tersengih. Masing-masing berpura-pura seperti tak ada apa yang berlaku.

"Sini, Edy bawakan beg tu. Mama dan Aira jalan dulu," ujar Edirul Fahmi.

Beg yang berada di atas meja katil dicapai. Usai membantu Adreanne turun dari katil, dihulurkan kunci kereta kepada Adreanne

"Ajak mama masuk kereta dulu. Abang nak nak bayar bil kejap," arah Edirul Fahmi. Adreanne sekadar menurut.

••••••

Teaser untuk next chapter :

"Thank you for leaving me and letting me wonder where was my mistake."
  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro