♛ Bab 51
"I love you, abang. I love you too, sayang." Aryan mengajuk dengan mimik muka geli.
"Geli angah dengar. Dulu bukan main lagi 'Aira tak nak kahwin dengan dia. Entah malaun mana lah mama dan papa ambil." Aryan mengajuk cara Adreanne membantah pertunangan dia dan Edirul Fahmi dulu.
"Sekarang ni bukan main mengada lagi. Sekejap-sekejap merajuk. Sekejap nanti, I love you, abang. Berbulu telinga angah dengar," tokok Aryan.
Kaki Adreanne berhenti melangkah betul-betul di depan Aryan
"Angah!" jerit Adreanne geram. Dicubit kuat lengan Aryan.
"Hoi, sakit lah!" desis Aryan. Ditepis kuat jemari Adreanne yang mencengkam lengan dia.
"Betul lah apa yang angah cakap tu. Aira tu punya lah tak nak kahwin dengan Edy dulu sampai orang dah nak mula majlis tunang pun dia buat hal lagi " Aryan bela diri.
"Aira tak kata pun apa yang angah cakap tu salah," bidas Adreanne. Masam muka dia.
"Habis tu, Aira beria cubit angah kuat-kuat ni kenapa? Sengaja nak bagi angah marah," sinis Aryan.
"Hesy, yang angah mengungkit cerita zaman tok kaduk tu kenapa? Masa tu Aira bodoh-bodoh lagi lah."
Adreanne menghempas punggung kasar ke sofa di sebelah Aryan. Aryan pandang Adreanne jelik.
"Sekarang ni Aira dah pandai ke?"
Adreanne tayang riak bangga. Hello, ni Adreanne Humaira lah!
"Nak kata pandai tu, tak lah. Tapi, boleh juga kalau nak kata Aira pandai. Kalau Aira tak pandai, Aira tak dapat straight A's tau," balas Adreanne.
"Hah, riak... Riak!" provok Aryan.
Adreanne cepat-cepat beristighfar. "Alamak, ter-riak pula!"
Aryan berdecit.
"Dah, sana lah! Angah nak tengok Phineas and Ferb ni. Kau duduk sini halang angah tengok kartun dah kenapa?"
Aryan menolak Adreanne untuk bangun dari sofa. Adreanne merengus.
"Tua-tua pun layan kartun lagi. Ini kalau Hawa tahu ni mesti dia lari!" ejek Adreanne.
Hampir sebulan sudah hubungan cinta antara Aryan dan Hawa terjalin. Mana dia tahu? Ni semua sebab dia terjawab panggilan telefon daripada Aryan di telefon Hawa semasa mereka masih menjalani latihan industri dulu.
"Kau bercinta dengan angah aku ke, Hawa?"
Hawa yang sedang menyedut air tersedak. "Mana kau tahu?"
"Masa kau pergi tandas tadi telefon kay berbunyi. Aku tolong jawab. Guess what...?"
Adreanne merenung Hawa tajam. Terkulat-kulat Hawa yang berada bertentangan dengan dia waktu itu.
"Hmm?" Hawa jungkit kening.
"Angah aku yamg call."
Hawa serba tak kena. Hesy, salah timing pula Aryan nak call dia!
"Kau salah orang ni," tukas Hawa.
"Aku kenal suara angah aku, Hawa. Sampai hati kau rahsiakan benda ni daripada aku," Adreanne berkecil hati.
"Err... Aku memang plan nak beritahu kau. Tapi aku rasa macam awal lagi kalau nak beritahu pun," balas Hawa. Tergaru-garu jari dia di kening.
''Aira, sempit lah! Aira duduk lah dekat sofa sana. Jangan nak menyempit dekat sini, boleh tak?" berang Aryan. Ditolak-tolak tubuh Adreanne yang semakin menghimpit dia.
Adreanne mencebik. Duduk sikit pun bising. Dia bingkas bangun lalu kaki melangkah laju ke dalam bilik.
"Hah, nak merajuk lah tu! Tak habis-habis nak merajuk. Angah bukan Edy lah. Kau merajuk sikit dah kena pujuk," jerit Aryan dari aras bawah.
Adreanne menghela nafas kasar. Pintu dihempas kuat. Aryan terkejut.
"Mak aih, merajuk betul ni,'' gumam Aryan perlahan.
------
EDIRUL Fahmi yang sedang menikmati makan tengah harinya bersama Naufal segera mencapai telefon yang berdering minta diangkat. Panggilan telefon dijawab.
"Hello, sayang! Kenapa call abang ni?" Edirul Fahmi bertanya dengan nada risau.
"Assalamualaikum," perli Adreanne.
Edirul Fahmi sengih. Sedas kena batang hidung sendiri.
"Err waalaikumsalam. Sayang okey tak ni? Kenapa tiba-tiba telefon abang?" tanya Edirul Fahmi lagi.
"Aira okey je lah. Abang ni, risau sangat," jawab Adreanne sambil tertawa kecil.
"Ya lah, mana pernah Humaira telefon abang kalau abang dekat office. Tiba-tiba hari ni sayang call, risau lah abang." Edirul Fahmi bela diri.
"Hmm Aira nak minta izin abang ni. Aira nak keluar dengan kak long boleh tak?" Takut-takut Adreanne menyuarakan kehendak dia.
"Keluar dengan kak long? Bila?"
Edirul Fahmi pelik. Sejak bila pula Adreanne rapat dengan Edrina? Hairan.
Adreanne simpan senyum. "Sekarang."
"Sekarang?!" tanya Edirul Fahmi terkejut.
Ditilik jam di tangan. Hampir lima jam selepas Adreanne bersalam dengan dia tadi. Tapi baru sekarang Adreanne beritahu dia.
"Kenapa tak beritahu abang pagi tadi?" Edirul Fahmi tak berpuas hati.
"Err Aira dah teringat nak tanya abang pagi tadi. Tapi, Aira terlupa. Sorry, abang." Adreanne tayang sengih walaupun dia tahu Edirul Fahmi tak dapat melihat.
"Hmm macam mana tak lupanya kalau pagi-pagi lagi sayang tu dah sibuk nak merajuk. Sikit-sikit nak tarik muka dengan abang," perli Edirul Fahmi.
"Boleh eh abang, Aira keluar dengan kak long? Aira janji Aira keluar sekejap je." Adreanne mengulang soalan yang sama.
"Ya, abang izinkan. Sayang nak keluar pergi mana?" putus Edirul Fahmi, mengalah.
"Rasanya kitorang nak pergi mall je kot. Aira ada benda sikit nak beli dengan kak long," beritahu Adreanne.
"Pergi mall je boleh. Kalau nak pergi tempat lain, beritahu abang awal-awal. Jangan buat macam ni lagi. Dah nak keluar baru kalut-kalut nak inform abang."
"Baik, bos!"
Edirul Fahmi ketawa. Ada-ada je lah sikap Adreanne ni. Sekejap-sekejap manja. Sekejap lagi perangai ting tong.
"Jaga diri baik-baik. Nak melintas tu tengok kiri kanan. Jangan main redah je," pesan Edirul Fahmi.
"Ya, abang. Aira tengok kiri, kanan, depan, belakang sebelum melintas. Abang jangan lah risau." Adreanne membalas dengan loyar buruk.
"Balik awal. Sebelum abang sampai, sayang dah kena ada dekat rumah. Kalau tak, jangan harap boleh keluar lagi lepas ni," pesan Edirul Fahmi lagi.
"Err kalau lewat lima minit?" Sengaja Adreanne menguji.
"No! Tak boleh. Lima minit ke lima saat ke, tetap tak boleh. Sayang kena sampai rumah on time." Edirul Fahmi bertegas.
"InsyaAllah."
"Aik, insyaAllah je? Tak nak janji dengan abang ke?"
Adreanne terseringai. Nak, tak nak memang kena sampai rumah awal lah nampaknya. Kalau tak, punah harapan dia nak merayap lagi.
"Aira janji Aira balik awal. Abang baru je sampai depan pagar rumah mama ni, abang dah bau perfume Aira dah."
Edirul Fahmi geleng kecil. Macam-macam!
-------
"AKU suka tengok kau happy-happy macam ni," tegur Naufal tiba-tiba.
Edirul Fahmi yang sedang menyedut jus epal memanggung muka. Kening dijongket ke atas.
"Maksud kau?" tanya Edirul Fahmi, tak faham.
"Kau nampak makin gembira sekarang. Kalau dulu, asyik nak naik angin je. Betul lah orang cakap, kahwin ni boleh ubah perangai seseorang. Kalau dulu, aku memang tak percaya. Tapi sekarang, aku percaya 199 peratus," ujar Naufal sambil tersengih.
Edirul Fahmi geleng.
"Ada-ada ajelah kau ni. By the way, kenapa kau percaya 199 peratus je? Mana lagi satu peratus?" tanya Edirul Fahmi sekadar melayan telatah Naufal.
Naufal urut pelipis seolah-olah dia sedang berfikir.
"Dettol pun boleh bunuh kuman 99.9 peratus je. Tak kan lah aku boleh percaya kau 100 peratus pula. Kau ni logik lah sikit," seloroh Naufal.
"Ikut suka kau lah, Fal. Asal kau bahagia sudah."
"Aik tak kan dah mengalah?"
"Dah tu kau nak suruh aku berdebat dengan kau ke?"
"Hmm why not, kan?"
"Tak nak aku. Macam perempuan pula nak kena berdebat bagai."
Naufal mencebik. "Macam perempuan konon. Dulu bukan main lagi berdebat nak tunjuk kau je yang betul. Macam lah aku dah lupa."
Edirul Fahmi lap bibir dengan tisu. Usai itu, dia bersandar ke kerusi.
"Dulu tu dulu lah. Sekarang aku dah lain," cebik Edirul Fahmi.
"Sekarang kau dah lain sebab ada Ad, kan?" tanya Naufal mengusik. Kening dijongket-jongket.
Edirul Fahmi tersengih suka.
"Dah, dah. Jom balik office. Aku ada meeting dengan Dato' Kamal lepas ni," ajak Edirul Fahmi.
Sekeping not RM 50 diletakkan di atas meja dan ditindih dengan gelas miliknya. Dia melangkah keluar dari restoran sambil diekori oleh Naufal di belakang.
Naufal kerut dahi.
"Dato' Kamal pemilik Kamal Holdings tu ke?" tanya Naufal hairan.
"Ya, dia lah. Dato' Kamal mana lagi yang selalu bekerjasama dengan kita, kan?" jawab Edirul Fahmi sambil menutup pintu kereta.
"Wah, suka betul Dato' Kamal tu berurusan dengan kau! Ada apa-apa ke?" Naufal curiga.
Mana mungkin mereka berdua lupa akan lelaki berusia 60 tahun yang menjadi pengarah eksekutif Kamal Holdings itu.
Sudah acapkali Creative Corporation dan Kamal Holdings bekerjasama dalam menjalankan pelbagai projek.
"Eh, cakap baik-baik sedara! Aku tak makan rasuah tau, Fal." Edirul Fahmi memandang Naufal, tak puas hati.
"Aku tak kata pun kau makan rasuah," tukas Naufal.
"Habis, kau nak cakap apa sebenarnya ni?" Berkerut dahi Edirul Fahmi.
"Dato' Kamal tu dah tahu ke kau dah kahwin?" Naufal menyoal.
"Mesti lah dia tahu. Dato' Kamal tu kan kawan baik daddy aku. Daddy aku ada beritahu Dato' Kamal dulu," cerita Edirul Fahmi ringkas.
"Kau tak rasa ke Dato' Kamal tu sebenarnya berkenan nak jadikan kau menantu dia?" Naufal menyoal lagi.
"Merepek," sanggah Edirul Fahmi.
"Dah kalau Dato' tu suka sangat berurusan dengan kau, lepas tu tak habis-habis tilik satu persatu hasil kerja kau... Apa lagi maksud dia, kan?"
Sepanjang dia bekerja di Creative Corporation, Dato' Kamal gemar berurusan dengan Edirul Fahmi. Walaupun Edirul Fahmi cuma ketua bahagian akaun, tapi Dato' Kamal pasti akan meminta Edirul Fahmi untuk ikut serta dalam perbincangan projek yang dikendalikan antara Creative Corporation dan Kamal Holdings.
Edirul Fahmi diam. Berfikir akan setiap butir kata Naufal.
"Aku boleh nampak, Dato' Kamal tu memang berkenan sangat dah dengan kau ni. Kau tu je buta. Kau tak nampak ke cara Dato' pandang kau tu lain sangat?" tambah Naufal lagi.
"Entah, aku rasa biasa je," balas Edirul Fahmi pendek. Mana yang lain pun dia tak tahu.
Baginya, Dato' Kamal sama saja seperti rakan bisnes yang lain. Tak ada apa yang berbeza walaupun Dato' Kamal merupakan kawan baik Dato Fauzi.
"Kalau kau rasa biasa, bagus lah. Aku cuma nak kau berjaga-jaga je. Ingat sikit isteri kau dekat rumah tu," pesan Naufal.
Edirul Fahmi hanya diam. Dia tahu dan mana mungkin dia mahu duakan Adreanne. Hanya Adreanne yang berjaya mencuri hatinya.
Dulu, kini, dan selamanya.
-------
ADREANNE letak jarum peniti di bahagian shawl di tepi kepala. Dirapikan sedikit letak duduk selendang berwarna putih itu.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Adreanne mencapai tas tangan berwarna hitam.
"Mama, Aira keluar dengan kak long kejap," beritahu Adreanne kepada Puan Aminah yang sedang berada di dapur.
Puan Aminah yang sedang membakar kek menoleh.
"Hah, pergi lah. Kamu dah minta izin Edy ke belum?" tanya Puan Aminah.
Adreanne angguk. "Aira dah telefon Edy tadi. Dia izinkan."
"Bagus lah. Nanti balik rumah mama dulu ke balik rumah Aira terus ni?"
"Aira balik rumah mama dulu kot sebab barang-barang kitorang ada lagi dekat bilik tu. Aira tak kemas lagi."
"Hati-hati jalan tu," pesan Puan Aminah.
Adreanne mencium dahi Puan Aminah. Dia angguk sekali.
"InsyaAllah, mama."
Ting tong! Bunyi loceng rumah mengalihkan pandangan mereka berdua.
"Aira pergi dulu, mama. Kak long dah sampai tu," ujar Adreanne.
Adreanne melangkah ke muka pintu. Usai menyarung flat shoes hitam miliknya, dia segera berjalan ke arah kereta Edrina yang terparkir di hadapan pintu pagar rumah.
"Assalamualaikum, kak long," tegur Adreanne sebaik saja meboloskan badan ke dalam perut kereta.
"Waalaikumsalam, Aira."
"Eh! Kak long tak bawa Amani dan Aqeef ke?" tanya Adreanne apabila kelibat Amani dan Aqeef tak kelihatan.
Edrina menoleh sekilas sebelum dia kembali menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
"Tak. Kak long tinggal diorang dekat rumah mummy. Risau pula kalau diorang buat perangai ke apa. Susah kita nak cari barang nanti," jelas Edrina.
Adreanne angguk. "Oh, patutlah!"
"Bila Aira cadang nak beritahu angah rahsia kita ni?"
Adreanne tersenyum simpul. Rahsia... Rahsia antara mereka berdua yang melibatkan Edirul Fahmi. Apa yang penting, rahsia ni mampu membahagiakan Edirul Fahmi.
"Aira plan nak beritahu masa birthday Amani nanti. Baru lah surprise sikit," jawab Adreanne ringkas.
Edrina menarik handbrake ke atas. Kemas kereta dia terparkir kemas di dalam kotak parkir yang tersedia di parking lot pusat membeli-belah ini. Adreanne di sebelah dipandang.
"Sounds great. Harap-harap apa yang Aira rancangkan tu dipermudahkan. Kak long doakan Aira. Wish you all the best of luck!" ucap Edrina.
"Amin, insyaAllah. Terima kasih, kak long."
-------
PINTU pejabatnya diketuk. Edirul Fahmi angkat muka daripada meneliti fail yang akan digunakan sewaktu mesyuarat bersama Dato' Kamal nanti.
"Yes?" tanya Edirul Fahmi kepada Zara. Zara ialah pembantu peribadi Edirul Fahmi untuk jawatan project manager yang dijawatnya sekarang.
Memandangkan Edirul Fahmi telah berjaya mendapatkan lesen untuk menjadi seorang pengurus projek, dia perlu berhubung dengan client untuk membentangkan project plan yang diperlukan oleh pihak client.
Dan jawatan dia sebagai seorang pengurus projek telah rasmi sejak dua minggu yang lepas.
Zara berdiri di depan meja Edirul Fahmi. Muka dimaniskan.
"Dato' Kamal dah sampai. Dia tunggu Encik Fahmi dekat bilik mesyuarat dua," beritahu Zara sopan.
"Okey, saya pergi sana sekarang. Terima kasih, Zara," ucap Edirul Fahmi.
"Saya keluar dulu, Encik Fahmi," pinta Zara.
"Err, Zara..." panggil Edirul Fahmi.
Zara berhenti melangkah. Dia menoleh. "Ya, Encik Fahmi. Kenapa encik panggil saya?"
"Awak tolong bancuhkan air teh dan hantar ke bilik mesyuarat dua tu, ya." Edirul Fahmi memberi arahan.
"Baik, Encik Fahmi."
------
KEPALA meja bulat itu diketuai oleh Edirul Fahmi. Dia berjabat tangan dengan Dato' Kamal.
"Jemput duduk, uncle."
Dato' Kamal senyum. Dalam hati, tak henti-henti dia memuji tingkah laku Edirul Fahmi yang sangat bersopan-santun. Diambil tempat duduk di sebelah kiri Edirul Fahmi.
"Kenalkan, Inara. Ni anak perempuan uncle yang uncle cerita tinggal dekat US tu."
Edirul Fahmi memandang ke arah seorang perempuan berambut lepas di sebelah Dato' Kamal. Kelihatan Inara sedang tersenyum menggoda ke arahnya dengan tangan menghulur untuk bersalam.
"I, Inara."
Edirul Fahmi sekadar senyum nipis. Huluran salam Inara yang memakai blouse maroon dan skirt pendek berwarna hitam separas lutut itu tak disambut.
"Fahmi," balas Edirul Fahmi sepatah.
Inara jatuhkan tangan ke atas riba. Malu bukan kepalang dia rasakan. Ini lah kali pertama huluran salam dia tak bersambut. Dan, kali pertama juga dia dilayan dingin oleh insan berjantina lelaki. Inara cuba beriak biasa.
"Jadi Fahmi, macam mana dengan project plan yang uncle minta Fahmi siapkan dulu?" tanya Dato' Kamal terus kepada tujuan utama perjumpaan mereka.
"Oh, dah siap uncle. Ini project plan yang team saya dah siapkan," ujar Edirul Fahmi. Dibentangkan pelan projek tersebut kepada Dato' Kamal.
"Uncle boleh teliti dulu dan mana yang tak kena dengan citarasa uncle kita boleh discuss nanti," sambung Edirul Fahmi lagi.
Dato' Kamal tersenyum. Dia berpuas hati dengan hasil kerja dua anak muda ini.
"Great. Uncle suka. How about the cost? Cukup tak dengan bajet yang Kamal Holdings tetapkan?"
"Cost yang kami dapat daripada pihak kontraktor adalah lebih rendah daripada apa yang Kamal Holdings targetkan. Tapi uncle jangan risau. Kualiti bahan semua tiptop, gred A," terang Edirul Fahmi.
Memandangkan transaksi utama Creative Corporation ialah kerja-kerja pembinaan manakala transaksi utama Kamal Holdings pula ialah untuk membangunkan kawasan-kawasan setinggan, maka dua syarikat gergasi ini bekerjasama untuk membangunkan resort di sebuah kawasan persisiran pantai di Melaka.
Dato' Kamal senyum lebar. Bagus, ini yang dia mahukan. Kos yang rendah untuk hasil binaan yang berkualiti.
"Then, we can proceed to the next plan," putus Dato' Kamal.
"Sure. Apa-apa uncle boleh berhubung terus dengan Fahmi," balas Edirul Fahmi mesra.
"So, you dah kahwin?" tanya Inara tatkala perbualan antara Dato' Kamal dan Edirul Fahmi tamat.
Inara tak lah rajin sangat nak ikut Dato' Kamal berbisnes. Tapi hari ni, ibarat ada bulan jatuh ke riba dia.
Edirul Fahmi dan Dato' Kamal terkejut.
"Inara..." tegur Dato' Kamal meleret.
"What? I'm just asking. Salah ke I nak tahu?"
Dato' Kamal menggeleng dengan perangai Inara.
"Maafkan uncle, Fahmi. Uncle tak expect Inara akan tanya Fahmi macam tu."
Edirul Fahmi segera mengawal riak mukanya. Dia senyum nipis.
"Tak apa, uncle. Fahmi okey," balas Edirul Fahmi.
Inara senyum herot. "See. He's fine. Papa je yang tak okey. So, Encik Fahmi yang handsome ni dah ada yang punya ke?"
"Dah, saya dah kahwin."
"Oh, wow! Dah berapa lama kahwin?"
"Dah nak masuk empat bulan dah saya kahwin. Kenapa ya?"
"Oh, I see! Tak ada apa, I nak tahu je," balas Inara sambil tersenyum menggoda.
'He's so handsome. I adore him,' puji Inara dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro