Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 5

"JOM main chess!"

Ajakan dari Adreanne buatkan Adzim dan Aryan menoleh sekejap sebelum mereka kembali bermain FIFA yang dikawal menggunakan controller.

"Ah, siallah! Terlepas gol pula," jerit Aryan geram. Sikit je lagi bola nak masuk gol tadi tapi tangkas pula Adzim merampas bola.

"Well, kau kalau lawan FIFA dengan aku, memanjang kalah. Tak pernah nak menang pun," riak Adzim. 

Adreanne tampar kuat belakang Adzim dan Aryan. Walaupun mulut mengadu sakit, Adzim tetap meneruskan kawalan pada controller. Cuma Aryan yang bersuara.

"Ish, Aira ni! Kacau la kitorang nak main," marah Aryan. Sudah la tadi gol tak masuk, lepastu kena tampar pula tu. Sakit kot.

"Siapa suruh buat tak tahu je dengan Aira, kan dah mendapat." 

"Tak nak la angah main chess tu. Tak seronok langsung!"

Aryan kembali menoleh ke arah permainan video di kaca televisyen. Terbeliak mata Aryan apabila terpandangkan mata semasa untuk kedua-dua team.

"Weh, sampai lima gol kau baham! Eh, ni semua Aira punya pasal la ni! Tak habis-habis nak kacau orang main." Aryan kerling tajam ke arah Adreanne dengan ekor mata. Muka Adreanne yang dah masam mencuka langsung tak dihiraukan.

Adreanne berdecit geram. Dia melabuhkan duduk kasar di atas sofa. Salah ke dia ajak main chess? Kalau tak nak, cakap la tak nak. Ini tak, diam je. Memang naik darah la dia.

"Jom la, saya teman awak main chess," ajak Edirul Fahmi. Kotak catur yang berada di atas meja kopi dibuka. Buah-buah catur disusun atas papan catur.

"Pandai ke kau main?" sinis Adreanne bertanya walaupun dia nampak Edirul Fahmi menyusun buah catur dengan betul. Macam tahu main je, desis hatinya.

Edirul Fahmi angkat wajah usai menyusun buah catur. "Eh, mesti la saya tahu main! Kacang je ni."

"Ceh, cakap besar!" Adreanne turun dari sofa. Dia mula bersila di atas karpet bulu di ruang tamu.

"Mana ada cakap besar, itu satu fakta tau." Edirul Fahmi turut melabuhkan duduk di atas karpet. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Adreanne.

"Apa-apa je la. Kau nak piece hitam ke putih?" tanya Adreanne. 

"Hitam la. Kalau saya ambil putih, nanti cepat sangat pula awak checkmate!" 

Edirul Fahmi rasa, elok la kalau Adreanne yang menggerakkan buah catur terlebih dulu supaya dia dapat nampak strategi Adreanne. Ya, mengikut peraturan catur, buah berwarna putih perlu digerakkan terlebih dulu baru buah hitam boleh digerakkan. 

"Yakin je aku yang checkmate dulu." Ceh, confident Edirul Fahmi ni tinggi betul. Salah satu pawn yang berada di barisan hadapan digerakkan dua langkah ke depan.

"Tengok tu, awal-awal lagi dah gerakkan pawn dua tapak. Orang yang cepat checkmate selalunya suka ambil risiko macam awak ni la," usik Edirul Fahmi. 

"Tak apa, kita tengok siapa checkmate dulu nanti."

Edirul Fahmi gerakkan knight miliknya dalam bentuk L empat tapak ke hadapan. "Awak nak tahu tak apa beza awak dengan knight ni?"

Adreanne juling mata ke atas. Nak ber-pickupline la tu. "Tak nak tahu."

"Ala, tapi saya nak bagitahu juga." Edirul Fahmi menompang dagu dengan tangan. Tersenyum-senyum dia melihat Adreanne.

"Kalau dalam chess, knight ni selalu chess player terlepas pandang sebab cara dia gerak. Kalau awak pula, awak dah curi hati saya tanpa saya sedar. Tiba-tiba je hati saya ni idamkan awak sebagai pasangan."

"Nampak sangat kaki mengayat zaman belajar dulu," perli Adreanne. Ish, jantung ni cuba pam slow-slow sikit, ni macam nak terkeluar dari badan dah rasa.

Edirul Fahmi ketawa perlahan. Kalau la dia boleh bagitahu Adreanne yang selama 26 tahun dia hidup atas bumi Allah ni, tak pernah sekalipun dia terpikat dengan mana-mana perempuan kecuali Adreanne.

"Humaira, boleh saya tanya?"

"Hmm."

"Awak dah fikir ke lepas kahwin nanti nak kerja atau tak?" 

Adreanne angkat bahu. "Entah, tak sempat fikir pun. Tiba-tiba je dah kena kahwin."

Cepat-cepat Edirul Fahmi tukar ayat apabila Adreanne mula mencuka. "Awak tahu, kalau satu hari nanti saya diberi pilihan untuk jadi salah satu buah catur, saya nak jadi pawn." 

Edirul Fahmi gerak pawn miliknya ke salah satu petak di barisan terakhir. Dia tersengih apabila Adreanne berkerut. "So that I could be promoted to your king."

"Ingat sweet ke? Nak muntah." Adreanne tahan debar dalam dada. Tengah main chess pun sempat nak flirt

"Cepat la, nak tukar chess piece apa?" cepat-cepat Adreanne bertanya, risau kalau-kalau Edirul Fahmi sambung menggatal lagi.

"Nak queen."

"Ish, dah tiga queen tau kau rembat! Tukar lain la," pujuk Adreanne. Dari tadi lagi Edirul Fahmi berjaya menakluki petak di barisan terakhir miliknya. Dia pula asyik 'check' je dari tadi, tak sempat nak gerak banyak buah catur pun.

"Hmm, bagi castle la macam tu." Edirul Fahmi mengalah. "Pasal hal bertunang ni, bila awak tahu?" sambung Edirul Fahmi lagi.

"Pagi tadi," malas-malas Adreanne menjawab. 

Edirul Fahmi mengangguk dalam diam. Patut la Adreanne terkejut sangat bila nampak dia dekat Baskin Robbins tadi. Rupanya Adreanne baru je tahu soal tunang ni.

"Yes! Check!" jerit Adreanne teruja. Adreanne letakkan queen miliknya dua tapak di sebelah kiri king Edirul Fahmi. Akhirnya, saat yang dia nanti-nantikan dari tadi dah tiba.

Edirul Fahmi undur king setapak. "Baru check sekali dah gembira macam checkmate."

"Eh, suka hati la!" Bishop digerakkan dalam bentuk diagonal untuk mendekati king milik Edirul Fahmi lagi.

"Just like the bishop, you've diagonally traversed my board and captured my interest," ucap Edirul Fahmi tatkala dia terlihatkan bishop di tangan Adreanne.

"Dah la, buat kering air liur je kau sweet-sweet ni. Aku tak cair sikit pun." 

"Tak apa la, lama-lama mesti cair punya." Edirul Fahmi gerakkan queen miliknya ke hadapan king Adreanne. "Macam queen ni, I'll put a checkmate in your heart."

Adreanne terbeliak mata. Eh, bila pula king dia kena kepung ni! "Ala, dah checkmate!"

"Ya, Humaira. Macam tu la checkmate-nya hati saya ni bila dah terpaut pada awak. Dah tak ada perempuan lain yang mampu tawan lagi dah king saya ni."

Adreanne angkat buku lima. Makin dia larang jangan nak menggatal, makin menjadi-jadi ulat bulu Edirul Fahmi naik. Nasib Aryan dengan Adzim tengah ralit main Playstation, kalau tak memang teruk dia kena usik nanti.

"Patut la diam, tengah dating dengan cik abang rupanya," sergah Aryan dari kiri Adreanne. 

Hah, baru kena seru terus muncul.

Mencicit Adreanne lari ke bilik. Tak lama kemudian, kedengaran tawa garau yang kuat dari arah ruang tamu. Ini semua, Edirul Fahmi punya pasal! 

"Mantap la, Edy! Pandai kau merah-merahkan muka adik aku tu eh," terkekek-kekek Adzim bersuara sambil menepuk bahu Edirul Fahmi.

-----

USAI memasak juadah yang enak-enak, Adreanne hidangkan di atas meja makan. Sedikit pemanis mulut dan buah-buahan turut dihidang bersama. Jag yang berisi jus oren diletakkan di atas dulang lalu dituangkan ke dalam beberapa buah gelas kaca.

"Aira, boleh tolong panggilkan along, angah dengan Edy turun makan?" soal Puan Aminah sambil tangan ligat membawa pinggan dan disusun dengan rapi.

"Oh, boleh mama! Kejap, Aira panggilkan diorang. Papa ada dekat mana, mama?" jawab Adreanne. Sejak balik dari mall tadi, dia belum bersua muka dengan Encik Khuzairi.

"Papa ada dekat dalam bilik bacaan rasanya. Tak apa, nanti mama panggilkan papa. Aira cuma tolong panggilkan diorang bertiga je," balas Puan Aminah sambil tersenyum manis.

"Okey, ma."

Tingkat atas yang menempatkan beberapa buah bilik tidur dan sebuah bilik bacaan dituju. Pintu bilik Adzim diketuk lalu tombol pintu dipusing setelah mendapat keizinan.

"Along, jom turun makan. Mama dengan Aira dah hidangkan atas meja, tinggal nak makan aje lagi," ajak Adreanne.

Adzim yang sedang berbaring di atas katil membuka mata. "Jom, along pun dah lapar ni," sahut Adzim seraya bangun. 

Adzim berjalan keluar tanpa menunggu Adreanne. Dah lapar sangat dah ni, tak ada masa nak tunggu Adreanne. Belum Adzim memijak anak tangga, suara Adreanne mematikan langkah. 

"Eh, kejap-kejap," Adreanne pantas menarik tangan Adzim.

"Apa lagi ni, Aira? Along dah lapar sangat ni," Adzim menghela nafas kasar sambil tangan kiri menggosok perut.

"Erm, along tolong panggilkan jap mamat sorang tu, boleh ke? Aira nak panggil angah," pinta Adreanne sambil terkedip-kedip mata. Tak nak la dia panggilkan Edirul Fahmi. Malu pasal tadi pun belum habis lagi.

"Mamat mana pula ni, Aira? Edy ke?"

"Haah, dia tu la. Siapa lagi kalau bukan dia," balas Adreanne malas.

"Ah, tak nak la! Biar along yang pergi panggil angah, Aira panggil Edy makan. Okey, deal." Usai berkata, terus saja Adzim melangkah ke bilik Aryan yang terletak di sebelah.

"Aira tak nak la panggil dia. Lagipun Aira ni perempuan, tak elok la masuk bilik anak teruna orang. Along kan lelaki, so along je yang panggil dia." Adreanne sekali lagi mencuba nasib. Gila ke apa nak panggil Edirul Fahmi dekat bilik, dibuatnya dia tengah tukar baju macam mana? Malu nyah.

"Apa yang tak manis pula? Along bukan suruh Aira masuk dalam bilik dia, panggil dekat luar je dah la. Ketuk pintu lepastu ajak turun makan, settle masalah." Bukan Adzim tak tahu, Adreanne sebenarnya nak mengelak dari bercakap dengan Edirul Fahmi. Kes malu kena mengorat tadi la tu.

"Tapi, Aira tetap tak nak. Please along, please... Sekali ni je along tolong Aira. Nanti Aira belanja hoodie yang paling latest dan hipster untuk along," pujuk Adreanne sambil menegakkan jari telunjuk. Harap-harap umpan mengena. 

"Ceit, setakat hoodie tu apa la sangat. Tak luak pun gaji along kalau beli guna duit sendiri. Dah, pergi panggil Edy sana. Lambat Aira panggil dia turun makan, lagi lambat la kita dapat makan," balas Adzim. Pintu bilik Aryan cepat-cepat dikunci sebaik sahaja dia berjaya meloloskan diri. 

Adreanne mendecit geram. Tangan naik menggaru dahi. Ah, tak apa la! Panggil turun makan je, bukan ada apa pun. Kalau dia buat apa-apa, aku jerit je la. Adreanne terangguk-angguk mengiakan kata hati. Dia melangkah ke arah bilik tetamu yang terletak selang dua bilik dari bilik Aryan.

Belum sempat tangan naik mengetuk pintu, pintu sudahpun terkuak dari dalam. Terbias riak terkejut di muka Edirul Fahmi dari sebalik pintu.

"Awak buat apa dekat depan bilik saya ni?" soal Edirul Fahmi apabila dia dapat mengawal riak muka.

"Mama suruh panggil kau turun makan. Jom la turun, diorang semua dah ada dekat bawah." Adreanne melirik mata ke tempat lain. 

Edirul Fahmi kulum senyum. Dia membuntuti Adreanne dari arah belakang. Jelas sekali di retina mata betapa merahnya muka Adreanne apabila dia membuka pintu tadi. Kasar, tapi malu. Comel!

------

ADREANNE mengambil tempat di hadapan Aryan. Kerusi kosong di sebelah dipandang. Wajah Adzim dan Aryan yang duduk bertentangan dijeling. Tahu sangat dah ni mesti plan budak dua orang ni. Adzim dan Aryan membuat high five sambil senyum nakal diukir.

"Maaf sebab Edy turun lambat, terlelap tadi," sapa Edirul Fahmi apabila dia tiba di ruang makan. Bersinar terus mata tatkala terpandang semangkuk sambal udang. Wah, ada sambal udang! Favourite dia tu.

"Eh, tak lambat mana la Edy! Uncle pun baru aje turun ni. Meh duduk, meh" pelawa Encik Khuzairi.

Edirul Fahmi duduk bersebelahan Adreanne. Tersengih dia apabila terpandang Aryan yang sedang menjongketkan kening. Mulut mengucapkan 'terima kasih' tanpa suara.

"Hah, along! Cepat la baca doa," arah Adreanne tiba-tiba. Lebih baik dia bersuara sekarang daripada nanti dia yang naik darah.

"Amboi, amboi! Suka hati Aira je nak mengarah along." Adzim mencerlung mata ke arah Adreanne. Nampak sangat Adreanne masih kekok apabila duduk dekat dengan Edirul Fahmi.

"Cepat Edy, kau baca doa. Cinta hati kau dah kebulur tu," sampuk Aryan sambil mulut terjuih-juih ke arah Adreanne.

Edirul Fahmi geleng kecil. Ada je akal Aryan ni nak kenakan dia. Dia mula membaca doa makan dan diaminkan oleh yang lain.

"Eh, Aira! Tak cedokkan nasi untuk Edy ke?" Giliran Puan Aminah pula mengusik.

Adreanne yang baru nak mencedok nasi ke dalam pinggan terhenti. Dia hela nafas berat. Haih, memang harini semua orang nak bagi dia naik angin je. Lepastu tak habis-habis nak mengusik dia.

"Nak cedok dekat dia buat apa, mama? Tuhan dah bagi dia sepasang tangan yang sempurna, elok la manfaatkan tangan," balas Adreanne sambil kembali mencedok nasi. Kuah asam pedas ikan pari turut disendukkan ke dalam pinggan. 

"Tak apa la, Aira practice dari sekarang. Esok lusa bila dah kahwin, tak ada la kekok sangat nak melayan suami makan," balas Puan Aminah lembut. Dia tahu lambat lagi Adreanne nak kahwin, dia cuma nak ajar Adreanne berbaik-baik dengan Edirul Fahmi.

"Eh, tak apa aunty! Edy boleh cedok nasi sendiri," sampuk Edirul Fahmi. Serba salah dia apabila Adreanne mula monyok di sebelah.

"Tengok mama, dia pun cakap dia boleh je buat sendiri. Mama je yang melebih-lebih," balas Adreanne sambil tersenyum bangga. Tak tunggu Edirul Fahmi minta mangkuk nasi, dia dah letakkan mangkuk tersebut di tepi pinggan Edirul Fahmi.

Terngadah Edirul Fahmi yang baru nak mencedok nasi apabila Puan Aminah tetap berkeras mahukan Adreanne melayaninya. Serba salah Edirul Fahmi menghulur senduk nasi kepada Adreanne.

"Cukup ke nak tambah lagi?" tanya Adreanne, terpaksa. Selagi dia tak buat, selagi tu dia tak dapat makan.

Edirul Fahmi telan liur. Mak aii, tiga senduk Adreanne cedokkan dia nasi?! Memang tidur mati la dia malam ni. "Terlebih cukup dah ni."

"Ha, makan-makan. Mana tahu kau kenyang sampai esok ke, kan?" pelawa Adreanne dengan senyuman yang sengaja diolok-olokkan. 

Senyum sampai ke telinga Adreanne apabila melihat Edirul Fahmi cuba menelan nasi yang dicedoknya. Adzim dan Aryan yang terlihatkan nasi dalam pinggan Edirul Fahmi menelan air liur kasar. Nasib kau la, Edy.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro