Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 49

"ASSALAMUALAIKUM," laung Edirul Fahmi di hadapan pintu rumah. Tangan Adreanne digenggam erat.

"Waalaikumsalam. Eh, angah, Aira! Masuk-masuk," pelawa Datin Fatima. Makin lebar pintu dibuka.

Edirul Fahmi dan Adreanne tunduk mencium tangan Datin Fatimah. Kedengaran juga suara riuh Amani dan Nana yang sedang bergaduh.

"Sayang masuk dulu. Abang nak ambil barang kejap," suruh Edirul Fahmi.

Adreanne melangkah masuk. Ditegur Dato Fauzi yang berada di ruang tamu lalu beransur ke dapur.

"Mummy masak apa ni? Sedapnya bau." Adreanne telan air liur.

"Mummy masak ayam masak ros. Sedap kan bau dia? Aunty Elin yang beri resepi ni pada mummy," cerita Datin Fatima.

"Sedap! Nanti Aira nak minta resepi dekat mummy boleh?"

Ternampak Datin Fatima seperti mahu mengambil mangkuk, terus Adreanne tawar diri.

"Nanti mummy Whatsapp resepi ni pada Aira. Kenapa tak buka pintu guna kunci angah tadi?" soal Datin Fatima.

"Edy tertinggal kunci dekat rumah. Tu yang minta tolong mummy buka pintu tu," terang Adreanne.

"Aira kalau nak rehat-rehat dalam bilik, pergi lah. Mummy dah habis masak dah untuk lunch. Tinggal nak buat air asam je lagi," suruh Datin Fatima.

Adreanne geleng sambil tersenyum nipis. "Tak apa, mummy. Aira nak tolong mummy dekat dapur."

"Mummy tak kisah Aira nak tolong. Tapi Aira tu, tak penat ke?"

"Penat sikit je, mummy. Tapi, Aira dah tidur dalam kereta tadi," jawab Adreanne sambil tertawa.

"Hmm, ikut Aira lah. Mummy tak larang." Datin Fatima melarang.

"Macam mana tidur rumah opah haritu? Mummy dengar, korang asyik kena bebel je dengan opah. Betul ke?" Datin Fatimah tergelak.

Tadi, dia sempat menelefon atuk dan opah di kampung. Tak habis-habis opah mengadu yang Edirul Fahmi nakal sangat. Asyik nak mengusik opah je.

Adreanne turut gelak. "Betul lah tu, mummy. Edy tak habis-habis nak mengusik opah. Mana tak naik darah opah tu."

"Angah tu memang macam tu kalau Aira nak tahu. Suka sangat nak mengusik opah. Tapi angah tu tak lah nakal. Opah pun memang sayang lebih pada angah," cerita Datin Fatima.

Adreanne tak dapat nak menafi apa yang Datin Fatima cakap. Pelbagai cerita yang menjadi topik perbualan.

"Sayang... Barang-barang tu abang letak atas katil," beritahu Edirul sambil memeluk Adreanne dari belakang. Diteleng muka ke tepi dan pipi Adreanne dicium.

Adreanne malu. Dia larikan muka ke tepi. "Abang, malu lah nanti mummy nampak."

Edirul Fahmi menggeleng manja. Makin disembam muka di tepi leher Adreanne. "Tak nak."

"Abang..."

Edirul Fahmi diam. Selagi dia buka mulut, selagi tu lah Adreanne.

"Oi, angah! Nak manja-manja dekat dalam bilik lah. Kesian kak Aira nak buat kerja," tegur Nana dari pintu dapur.

Edirul Fahmi angkat muka dari ceruk leher Adreanne. Nana yang sedang berjalan dan melabuhkan duduk bertentangan mereka dijeling.

"Eleh, Nana tu cemburu kan sebab angah tak pernah peluk Nana macam ni," ejek Edirul Fahmi sambil kembali menopang muka di atas bahu Adreanne.

Bola mata diputar ke atas. Nana mengambil bawang yang dah dipotong oleh Adreanne untuk dikisar.

"Heh, tak kuasa Nana nak jealous! Tak hingin pun nak angah peluk."

"Lah, kenapa tak cakap yang Nana nak angah peluk? Sekarang pun angah boleh peluk," usik Edirul Fahmi.

Dilepaskan pelukan pada pinggang Adreanne. Edirul Fahmi berjalan ke arah Nana. Tangannya diangkat seolah-olah mahu memeluk Nana.

"Meh angah peluk meh," usik Edirul Fahmi sambil merapat tubuhnya dan tubuh Nana.

"Ah, angah! Tak nak!"

Nana menolak kasar muka Edirul Fahmi. Nana terlupa yang dia belum basuh tangan lagi selepas memegang bawang tadi.

"Aduh, sayang! Pedih, pedih! Mata abang pedih!" adu Edirul Fahmi dengan tangan yang mengibas muka.

Adreanne dan Nana kaget. Pedih?!

"Err angah... Sorry, sorry. Nana lupa Nana pegang bawang tadi," ujar Nana perlahan. Ulas bawah bibir digigit lembut.

"Bawang?! Patut lah pedih!" berang Edirul Fahmi.

Adreanne meletak pisau lalu melangkah ke arah Edirul Fahmi. Lengan si suami dipaut dan ditarik ke singki.

"Abang, tepi tangan tu. Aira nak basuh muka abang ni," arah Adreanne lembut.

Edirul Fahmi geleng kecil. "Pedih."

"Aira tahu abang pedih. Sebab tu lah Aira nak basuh muka abang tu. Tepi sikit tangan abang tu."

Adreanne tarik tangan Edirul Fahmi yang masih menekup mata itu. Tangan kanan dibasahkan sedikit dan disapu ke muka Edirul Fahmi.

"Abang cuba buka mata," arah Adreanne selepas mengelap muka Edirul Fahmi dengan tisu.

Terkenyit-kenyit Edirul Fahmi membuka mata. Dipandang Nana tajam.

"Jahat."

"Macam lah angah tu baik sangat," bidas Nana pula.

"Tapi angah tak tonyoh mata Nana guna bawang, kan?"

"Itu balasan sebab angah menggedik dekat dapur. Padan muka."

"Nana sengaja kan nak bagi angah marah?"

"Selama ni elok je Nana usik. Tak ada pun marah-marah. Sejak-sejak dah kahwin ni tisu pula hati tu."

"Eh, biar lah tisu pun! Daripada Nana tu, hati batu. Lagi teruk."

"Dah, sudah. Dua-dua salah. Berapa kali dah mummy pesan, jangan bergurau dekat dapur. t
Tapi korang degil. Sekarang, merasa lah dua-dua," celah Datin Fatima. Bingit ruang dapur dengan pertelingkahan kecil dua beradik itu.

"Angah yang mula dulu, mummy. Kalau dia tak gedik nak peluk Nana, Nana tak tonyoh mata dia tu!"

"Eh, apa pula angah! Nana tu yang cemburu."

"Mana ada Nana cemburu!"

"Ada!"

"Dah, tak payah nak bergaduh lagi. Angah pergi duduk depan. Biar kitorang yang perempuan je buat kerja dapur ni," halau Puan Ema.

Edirul Fahmi cemberut. Ala, baru nak bermanja dengan isteri!

"Tak nak. Angah nak teman Aira."

"Tak ada, tak ada. Angah pergi duduk depan. Tak lari mana pun Aira ni. Mummy jaga dia elok-elok."

Dengan muka masam, Edirul Fahmi mencium sekilas pipi kanan Adreanne lalu melangkah ke ruang tamu.

"Haih, nak berenggang sekejap pun tak boleh. Macam belangkas," omel Puan Ema sambil mengaul bahan-bahan untuk membuat air asam.

------

ADREANNE mencedok kuah tomyam ke dalam pinggan Edirul Fahmi.

"Lagi ke, abang?" tanya Adreanne.

"Cukup lah tu, sayang. Dah banyak dah kuah ni," jawab Edirul Fahmi sambil tersenyum nipis.

"Sambal sotong tu siapa yang masak?" tanya Edirul Fahmi sambil memandang Datin Fatima.

Terngadah Datin Fatima yang baru nak menyuap nasi ke mulut.

"Aira yang masak. Makan lah, angah. Sedap."

Edirul Fahmi terkedu. Err Adreanne yang masak sambal sotong ini? Nampak sedap tapi...

Serta-merta peristiwa di mana dia sakit perut semasa Edirul Fahmi makan malam di rumah keluarga Adreanne terlayar.

Ah, tak apa lah! Edirul Fahmi serik. Tak nak dia berulang-alik ke tandas gara-gara sambal yang amat pedas itu.

"Oh!" balas Edirul Fahmi sepatah.

Edirul Fahmi membuang pandang ke arah pinggan yang berisi nasi dan berkuah tomyam itu. Ada sedikit sayur campur dan beberapa ketul ayam masak ros di atas pinggannya.

Adreanne menoleh ke sisi. Edirul Fahmi yang cuma merenung pinggan tak berkutik dilihat.

"Abang..." panggil Adreanne perlahan.

Kening Edirul Fahmi dijongket ke atas, bertanya kenapa.

"Abang nak ke sambal sotong tu?" soal Adreanne.

Edirul Fahmi diam. Apa yang dia nak jawab ni? Dia bukan tak nak makan sambal sotong tu. Tapi, dia dah fobia dengan sambal Adreanne.

Dalam masa yang sama juga, Adreanne rasa dia dapat menebak apa yang berlegar dalam kepala Edirul Fahmi.

"Jangan risau, sambal sotong tu Aira masak tak pedas. Aira letak cili boh sikit je tadi," beritahu Adreanne sambil tersengih.

Edirul Fahmi memandang wajah Adreanne ragu-ragu.

"Betul ni tak pedas? Awak tak tipu abang kan, yang?"

"Sumpah, tak pedas! Lagipun, buat apa Aira nak tipu abang? Dapat dosa ada lah."

Bila Edirul Fahmi masih lagi waswas dengan penjelasan dia, Adreanne menyambung.

"Kalau abang tak percaya, cuba abang tanya Nana. Tak pun abang tanya kak long. Diorang pun tengah makan sambal sotong tu," tambah Adreanne lagi.

Edirul Fahmi memandang Edrina yang sedang makan sambil meriba Aqeef.

"Kak long..."

Edrina mendongak. "Kenapa, ngah?"

"Pedas tak sambal sotong tu?" Ragu-ragu Edirul Fahmi bertanya.

"Kak long rasa tak pedas pun. Kenapa?"

Edirul Fahmi geleng.

"Nana, sambal sotong pedas tak?" tanya Edirul Fahmi kepada Nana pula. Bukan tak percaya, dia cuma rasa sangsi. Edirul Fahmi takut dia akan terkena lagi.

"Kau ni kenapa, ngah? Kan kak long dah kata tadi tak pedas, so tak pedas lah," balas Nana geram. Nak makan pun susah.

"Angah tanya je kan? Kau nak marah-marah kenapa? Period?" desis Edirul Fahmi turut sama berang.

Nana berdecit.

"Abang..." panggil Adreanne perlahan sambil menggeleng, melarang Edirul Fahmi daripada terus bertikam lidah dengan Nana.

"Sini, Aira cedokkan abang sambal sotong tu."

Bila Edirul Fahmi menghulur pinggan, terus dicedok sedikit sambal sotong dan disuakan kembali kepada Edirul Fahmi.

"Makan lah. Aira letak sambal sikit je tu," pelawa Adreanne.

Edirul Fahmi sengih. Suka dia dilayan begitu. "Terima kasih, sayang," balasnya sambil tersenyum gembira.

"Angah dengan Aira tidur sini ke malam ni?" tanya Dato Fauzi tiba-tiba.

"Tak, daddy. Lepas makan ni kami nak pergi rumah mama pula. Humaira ni dah rindu sangat pada mama dan papa dia tu," beritahu Edirul Fahmi sambil menyiku Adreanne di sebelah.

Adreanne jeling. Kalau tak mengusik sehari, tak sah!

"Nanti Aira kirim salam kami pada mama dan papa." Dato Fauzi menitip pesan.

Adreanne cuma senyum sebagai jawapan.

Ting tong! Bunyi loceng bergema di dalam rumah tersebut. Masing-masing mengangkat muka. Hairan. Siapa pula yang datang malam-malam ni.

"Mak Temah, tolong tengokkan siapa yang datang tu," arah Datin Fatima.

Mak Temah ialah pembantu rumah yang hanya ditugaskan untuk mengemas rumah. Usai makan malam, biasanya Mak Temah akan pulang ke rumahnya.

Mak Temah yang sedang mengemas dapur menyahut. "Baik, Datin."

-----

"HAI, mak long! Pak long!" sapa satu suara.

Adreanne memandang ke arah si empunya suara. Seorang gadis bertubuh tinggi lampai dan bertocang ekor kuda menyapa pandangannya.

Adreanne kerut dahi. Tak pernah pula dia nampak gadis itu sebelum ini. Segera dimaniskan muka supaya riak hairannya tak terlalu ketara.

"Eh, Tiara! Tiara dari mana ni? Bila balik Malaysia?" Ramah Datin Fatima menegur.

Gadis bernama Tiara itu dengan selamba mengambil tempat di tepi Nana.

"Tiara baru sampai dari PD je ni. Dah dua minggu Tiara balik Malaysia. Tapi, Tiara pergi holiday dengan kawan-kawan Tiara dekat PD tu. Rumah opah pun Tiara tak balik lagi ni," jelas Tiara panjang lebar.

Tiara memandang Edirul Fahmi. Senyumnya sengaja dileretkan.

"Hai, abang Fahmi! You look so handsome. Masih sama macam dulu. I like!" sapa Tiara dengan mata terkenyit.

Edirul Fahmi berdehem membetulkan suara. "Hai," balasnya malas.

Sejujurnya, dia kurang berkenan dengan sikap manja Tiara apabila berada dekat dengannya. Puas ditegur, namun Tiara langsung tak ambil kisah.

"Abang Fahmi, Tiara cantik tak sekarang? Puas tau Tiara pergi spa dulu sebelum datang jumpa abang Fahmi. Ya lah, kita kan dah lama tak jumpa. Mesti lah Tiara nak cantik-cantik bila jumpa abang Fahmi," celoteh Tiara.

Edirul Fahmi berpura-pura tak dengar akan soalan Tiara. Tangan Adreanne yang berada di atas peha kanannya digenggam erat.

Dia tahu Adreanne pasti tertanya-tanya pasal Tiara. Dan kemungkinan juga, Adreanne sedang menahan rasa marah tatkala mendengar lenggok suara Tiara yang manja itu.

"Abang Fahmi... Tiara tanya ni. Tiara cantik tak?"

"Hmm."

"Abang Fahmi..." panggil Tiara meleret. Muka dicebik masam.

Edirul Fahmi mengeluh kasar. "Makan, Tiara."

"Orang tanya je pun. Itu pun nak marah," sebal Tiara.

Edirul Fahmi buat tak tahu. Dia kembali menyambung makan.

"Eh, siapa perempuan sebelah abang Fahmi tu?" soal Tiara sambil memandang Adreanne atas bawah dengan pandangan yang jelik.

"She's my wife," balas Edirul Fahmi pendek.

Adreanne senyum.

"Aira," tutur Adreanne sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan Tiara.

Tiara menyambut malas huluran tangan tersebut. Sekejap saja tangan mereka bersentuh.

"I, Tiara," balas Tiara sambil tersenyum paksa.

"So, ni ke isteri abang Fahmi? Hmm not bad," komen Tiara kepada Edirul Fahmi.

"She's beautiful. Apa yang, not bad-nya?"

Tiara cebik. "Setakat cantik tu Tiara pun cantik lah."

"She's a good wife with a kind heart."

"Tiara pun baik lah!"

"And... She has my heart, my soul. She got me, the whole part of me without she had to beg for my love. Frankly speaking, she's my other half. Tiara ada semua tu?"

"Err..." Tiara terkedu.

Dato Fauzi dan Datin Fatima memandang antara satu sama lain sebelum mereka seisi keluarga membuang pandang ke arah Adreanne yang mengeruh.

"Tiara makan ya. Lepas ni kita sambung borak-borak lagi," celah Datin Fatima sekaligus mematikan suasana tegang yang mengisi ruang makan itu.

Tiara hanya menjatuhkan kepala tanpa berkata apa-apa.

--------

"SAYANG, meh duduk dekat sini dengan abang."

Adreanne yang baru selesai membasuh pinggan mangkuk mengambil tempat di sebelah Edirul Fahmi.

Spontan tangan Edirul Fahmi memeluk pinggang Adreanne. Berita yang tersiar di kaca televisyen ditonton.

"Abang..." panggil Adreanne.

Edirul Fahmi berdehem.

"Tiara tu siapa?" soal Adreanne. Sesak otak dia memikir siapa Tiara sebenarnya dalam keluarga Dato Fauzi.

"Tiara tu..."

Teguran daripada Tiara mematikan ayat Edirul Fahmi.

"Hai, abang Fahmi!"  

Tiara duduk di sofa yang bertentangan dengan pasangan suami isteri itu. Diambil kusyen kecil lalu diletakkan di atas ribanya. Serta-merta wajah Edirul Fahmi bertukar keruh.

"Abang Fahmi tidur sini ke malam ni?" tanya Tiara lagi apabila sapaannya tadi langsung tak berbalas.

Edirul Fahmi merengus. "Kenapa Tiara nak sibuk?"

"Tiara ingat, Tiara nak bermalam dekat sini malam ni." Tiara membuka cerita.

"Then, tidur je lah. Macam tak biasa pula."

Tiara menjeling. Sengaja nak sakitkan hati dia lah tu.

"Abang Fahmi ni sejak-sejak dah kahwin terus sombong dengan Tiara. Selama ni boleh je layan Tiara baik-baik," rungut Tiara.

Sejak kecil, mereka berdua memang rapat. Tapi entah di mana silap Tiara, Edirul Fahmi tiba-tiba bertindak untuk menjauhkan diri daripada dia.

"Kenapa? Abang Fahmi layan Tiara tak baik ke sekarang? Tak ada pula abang Fahmi pukul-pukul Tiara. Tengking Tiara apatah lagi, kan?" sinis Edirul Fahmi.

Tiara memeluk tubuh. Masam mencuka muka dia.

"Tapi, cara abang Fahmi cakap tu macam sengaja nak sakitkan hati Tiara je," adu Tiara.

Edirul Fahmi menghela nafas kecil. "Jadi, Tiara nak abang Fahmi layan Tiara macam mana?"

Tiara melepaskan pelukan tubuhnya. Dia tersenyum girang.

"Layan Tiara macam dulu. Tiara ingat lagi, dulu-dulu abang Fahmi selalu cakap lembut-lembut je dengan Tiara. Lepas tu, kita selalu gurau-gurau, gelak-gelak, usik-usik. Tak macam sekarang."

Edirul Fahmi kerut dahi. Serasa dia, layanan dia terhadap Tiara dulu dan sekarang sama je. Yang berbeza, cuma jurang yang sengaja dia cipta antara mereka.

"Kenapa dengan sekarang?" Edirul Fahmi tak faham.

"Abang Fahmi dingin dengan Tiara. Dah tak ada lagi nak usik-usik Tiara. Cakap dengan Tiara pun nak tak nak je," jawab Tiara dengan dahi berkerut.

"Kalau dulu, abang Fahmi tak pernah abaikan Tiara macam ni. Abang Fahmi kata abang Fahmi tak kan sakitkan hati Tiara sebab abang Fahmi sayangkan Tiara," sambung Tiara lagi.

Adreanne terkedu. Sayang?! Serta-merta dia mencuri pandang ke arah Edirul Fahmi.

"Abang Fahmi, isteri abang Fahmi ni memang pendiam ke? Diam je dia dari tadi. Tak sesuai langsung dengan abang Fahmi yang banyak mulut ni," tegur Tiara selamba.

Bukan dia tak perasan riak wajah Adreanne yang berubah, tapi dia sengaja mahu menyimbah minyak ke atas api yang marak.

Adreane segera mengawal riak muka. Tiara dipandang kosong.

"Saya diam sebab saya tak tahu nak cakap apa. Kenapa ya, Cik Tiara?" balas Adreanne selamba.

"Tak ada apa-apa. I ingat you dah tak ada mulut nak bercakap. It's great that you still have your mouth."

"Tiara!" tegur Edirul Fahmi keras.

"What? Betul lah apa yang Tiara cakap tu. Kalau dia ada mulut, kenapa dia tak guna, right?"

"Jaga sikit mulut Tiara tu! Abang Fahmi tak kisah kalau Tiara marahkan abang Fahmi. Tapi tolong hormat Aira sebagai isteri abang," berang Edirul Fahmi.

Tiara hanya mengendahkan amaran Edirul Fahmi yang cuma tua dua tahun daripadanya. Dia kembali memandang Adreanne.

"So, macam mana life selepas kahwin? I dengar you baru 22 tahun, kan?"

Adreanne angguk. "Ahamdulilah, life saya lepas berkahwin sangat bahagia."

Tiara pura-pura terkejut. "Seriously you baru 22?"

Adreanne angguk lagi.

"Tak muda sangat ke nak kahwin? I mean, macam mana you boleh terfikir nak ada suami umur muda macam ni? You know, you terlalu muda untuk ada suami and soon maybe akan ada anak. Kalau I jadi you, I akan enjoy masa muda I dulu baru I fikir nak kahwin."

Adreanne tarik nafas dalam. Tiara betul-betul menguji tingkat kesabaran dia.

"Sebab takdir," jawab Adreanne ringkas.

"Hah? What do you mean?"

"Sebab Edy adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Dia untuk saya. Dan sebab takdir memang dah tertulis yang saya akan berkahwin pada usia muda begini. Jadi, siapa saya untuk menolak ketentuan Dia?"

Tiara terdiam. Dia langsung tak menyangka bahawa Adreanne yang masih muda itu boleh berfikiran begini.

------

"MUMMY, ni ada sedikit cenderahati untuk mummy. Aira tak tahu apa yang mummy suka. Jadi, Aira pilih je mana-mana yang Aira rasa sesuai dengan tekak mummy," ujar Adreanne.

Sehelai baju kelawar bercorak batik kepada dihulurkan kepada Datin Fatima.

"Susah-susah je Aira ni. Mummy tak kisah pun apa yang menantu mummy belikan untuk mummy. Mummy terima je. Lagipun, cantik baju kelawar ni. Pandai Aira pilih," puji Datin Fatima sambil membelek-belek baju kelawar tersebut.

"Aira agak je. Baju kelawar ni Aira rasa cantik pula kalau mummy pakai."

"Terima kasih, Aira. Makin bertambah lah koleksi baju kelawar mummy dalam almari tu nanti," seloroh Puan Ema.

Adreanne tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya Datin Fatima suka dengan pemberian dia.

"Euw... Apa ni baju kelawar? You tak tahu ke mak long jarang pakai baju kelawar ni? Lagi-lagi kalau corak batik. Eh, tak sesuai langsung!" kutuk Tiara yang turut berada di situ.

Mati senyuman Adreanne. Habis, Datin Fatima sekadar mahu menjaga hati dia ke tadi? Mengecil Adreanne rasa.

"Tiara..." tegur Datin Fatima.

"Apa? Betul lah kan mak long dah lama tak pakai baju-baju kelawar ni? Lagipun corak batik ni buruk lah. Tak sesuai dengan mak long yang masih hot ni." Tiara membela diri.

"Tiara, diam. Mak long dah lama tak pakai baju kelawar tu bukan sebab mak long tak suka. Mak long cuma jarang pakai je."

Datin Fatima mula geram. Tak tahu kenapa dia perasan yang Tiara seperti sengaja mahu menyakitkan hati Adreanne.

"Tak apa lah, mummy. Salah Aira juga sebab tak tahu apa yang mummy suka dan apa yang mummy tak suka. Aira minta maaf, mummy." Sedaya upaya Adreanne cuba menahan empangan airmata daripada pecah.

Datin Fatima mengenggam erat tangan Adreanne. Mujurlah Edirul Fahmi tak ada bersama mereka. Kalau tak, mesti dah bergema satu rumah dengan pekikan Edirul Fahmi.

"Aira tak salah. Mummy suka dengan hadiah Aira ni. Cantik sangat," pujuk Datin Fatima. Hati Adreanne cuba diraih kembali.

Adreanne senyum. "Terima kasih, mummy."

"Aira jangan ambil hati dengan apa yang Tiara cakap tu. Tak betul pun apa yang dia cakap." Datin Fatima menjeling Tiara yang sedang merenung mereka dengan pandangan tak puas hati.

"Tak apa, mummy. Aira faham. Aira nak jumpa kak long sekejap eh."

Datin Fatima mengizinkan. Perlahan-lahan Adreanne bangun lalu mendekati Edrina yang sibuk melayan Aqeef di sofa berangkai tiga.

"Kak long, Aira nak cakap dengan kak long sekejap boleh?"

Edrina mengangguk. "Jom, kita cakap dekat atas."

Edirul Fahmi yang baru keluar dari bilik air terserempak dengan Adreanne dan Edrina. Segera tangan Adreanne diraih.

"Humaira nak pergi mana ni, sayang?"

Adreanne melepas tautan tangan mereka. "Aira ada hal sikit nak cakap dengan kak long. Abang tunggu kejap eh?"

Edirul Fahmi berkerut dahi. Riak muram Adreanne ditilik.

"Pergi lah, abang tunggu dekat ruang tamu je."


•••••

Siapa Tiara ? Bakal madu Aira ke ?😳

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro