♛ Bab 46
TERPISAT-PISAT Adreanne membuka mata. Cahaya lampu yang samar-samar menerangi bilik jenis executive suite itu buatkan matanya melilau mencari kelibat Edirul Fahmi.
Berkerut dahi Adreanne tatkala sosok tubuh Edirul Fahmi langsung tak kelihatan. Hairan. Mana pula suami dia pergi? Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba je hilang. Pelik.
Adreanne jatuhkan kaki ke lantai. Melilau dia mencari kelibat Edirul Fahmi di segenap ruang bilik.
"Abang?" Adreanne kuatkan suara.
Habis semua ruang diperiksanya, namun susuk tubuh Edirul Fahmi tetap juga tak kelihatan. Diatur langkah ke arah katil semula.
Punat home telefon pintarnta ditekan sekali. Sebaik sahaja skrin telefon menyala, terpapar dua keping mesej yang dihantar oleh Edirul Fahmi melalui aplikasi WhatsApp.
Abang ♡
Sayangku Humaira, nanti Humaira buka kotak putih dalam almari dekat bahagian bawah sekali.
Abang tunggu di lobi pukul 8.
Adreanne tersenyum. Apa pula lah yang Edirul Fahmi rencanakan. Tanpa melengah masa lagi, dia bingkas bangun dan mengatur langkah ke arah wardrobe berwarna coklat keperangan.
Pintu wardrobe dibuka. Nampak saja kotak berwarna putih seperti yang disuruh Edirul Fahmi, diambil kotak tersebut.
Adreanne labuhkan duduk di birai katil. Sekeping nota yang ditampal kemas di bahagian atas kotak Adreanne baca.
"Abang harap Humaira suka dengan dress ni. Just like what I sang to you at our wedding reception, you look beautiful in white, Sayangku Humaira ♡"
Adreanne geleng. Ada-ada sajalah Edirul Fahmi ni. Angkat saja baju kembang di dalam kotak, melabuh bahagian bawah baju yang dihiasi ropol-ropol serta sulaman bunga kecil.
"Cantik," puji Adreanne.
Tak tunggu lama, badan diboloskan ke dalam bilik air untuk bersiap.
------
JAM Rolex yang terlilit kemas di pergelangan tangan dipandang. Masih berbaki lebih kurang seminit lagi sebelum jam menginjak ke pukul lapan tepat.
"Abang?"
Edirul Fahmi tersentak kecil. Diangkat muka untuk melihat si empunya suara. Terpesona dia melihat Adreanne yang cukup cantik dalam sepersalinan yang diberi.
"Humaira nampak cantik snagat, sayang. Abang ingat bidadari mana lah tegur abang tadi," puji Edirul Fahmi ikhlas. Ditegakkan kaki untuk berdiri berdepan dengan Adreanne.
Adreanne malu. Tak pernah sekali pun Edirul Fahmi berhenti memuji kecantikannya. Malah, hampir setiap saat telinga dia dijamah dengan pujian Edirul Fahmi.
"Sweet talker lah abang ni," sanggah Adreanne.
Sebelah tangan merangkul pinggang Adreanne. Sekelip mata, tubuh Adreanne merapat.
"Sweet talker dengan isteri sendiri tak apa. Nanti kalau abang sweet-sweet dengan orang lain, ada pula yang merajuk tak tentu pasal nanti," balas Edirul Fahmi.
Adreanne menjeling. "Kalau berani, buatlah. Setahun Aira lari dari abang nanti."
Edirul Fahmi gelak.
"Kalau Humaira lari dari abang, abang cari sampai ke hujung dunia. Kalau kena masuk lubang cacing pun abang sanggup. Asalkan abang dapat jumpa balik Humaira yang cantik ni."
Adreanne senyum. Kalau tak ada ayat-ayat potong kaki tu bukan Edirul Fahmi lah namanya!
"Abang, kita nak pergi mana ni?" tanya Adreanne. Waktu itu, mereka berdua sedang berjalan di persisiran pantai.
Edirul Fahmi toleh ke kiri. Senyum diukirkan sebelum dia kembali memandang ke hadapan.
"Rahsia."
Adreanne berhenti melangkah. Wajah Edirul Fahmi dipandang tak puas hati.
"Dengan isteri sendiri pun nak berahsia ke? Bagitahu je lah dekat Aira. Bukannya Aira nak hantar pasukan perisik pun," cebik Adreanne.
Meletus ketawa Edirul Fahmi.
"Nanti Humaira tahu lah apa surprise tu. Kalau Humaira tahu sekarang, tak jadilah kejutan abang nanti," pujuk Edirul Fahmi. Kekura tangan Adreanne diusap.
Mereka kembali melangkah ditemani bunyi ombak yang memukul pasir pantai. Beralun selendang Adreanne bila ditiup angin pantai.
Tiba-tiba ada satu mentol menyala di atas kepala Edirul Fahmi. Dicondongkan sedikit kepala untuk berbisik di telinga Adreanne.
"Humaira..."
"Hmm."
"Humaira tak nak tahu ke apa kejutan abang tu?" umpan Edirul Fahmi.
Adreanne menoleh. Hampir bersentuh hidung dia dan bibir Edirul Fahmi. Terus dipaling muka ke depan kembali.
"Tak nak lah," jawab Adreanne.
"Betul ni tak nak tahu?" Edirul Fahmi masih mengumpan.
Adreanne geleng.
"Okey lah kalau macam tu. Tapi nanti jangan terkejut beruk pula kalau Humaira nampak perempuan lain dekat situ." Selamba Edirul Fahmi menitip pesan.
Tercenggang Adreanne. Perempuan lain?!
Spontan Adreanne berhenti melangkah. Seperti biasa, laju jari Adreanne mencubit lengan Edirul Fahmi yang berlapik dengan kemeja berwarna putih.
"Gatal! Kalau berani, buatlah. Ada juga yang kena tolak masuk laut nanti," ugut Adreanne.
Edirul Fahmi ketawa suka. Sesekali dia meringis kesakitan dek cubitan yang makin lama makin kuat mencengkam.
"Uish, garangnya isteri abang ni. Ini yang buat abang makin suka ni. Nampak challenging gitu."
"Abang!" jerit Adreanne geram.
"Ya, sayang. Kenapa panggil-panggil abang ni? Dah rindu ke? Malam masih muda ni, Humaira. Tak kan Humaira dah rindu ab-"
Pap! Pap! Pap!
"Aduh, sayang! Sakit, sakit! Ni tangan ke batang penyapu ni, yang? Sakit dia fuh... Menyirap abang rasa," adu Edirul Fahmi.
Agaknya Adreanne ada pergi kelas karate kot. Setelah 18 kali dia tahan, tapi aura ke-19 ni tak mampu dah dia nak tahan. Makin sakit tamparan ni diknon oii. Nasib baik hati ni sayang.
Adreanne mendengus. Tengok tu, asyik nak main-main je. Siapa yang patut menyirap sekarang ni.
"Dah lah, malas Aira nak cakap dengan abang. Makin naik hantu Aira jadinya nanti," rajuk Adreanne. Dia terus berjalan meninggalkan Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi berlari anak mengejar si isteri yang nun lima tapak darinya. Laju betul jalan tu. Perempuan kalau tengah marah mesti jalan laju-laju. Nak pergi mana entah.
"Abang gurau je lah. Abang nak buat sayang cintakan abang balik pun kena tunggu 17 tahun. Ini kan pula nak mengurat orang lain. Uish, tak mampulah abang," pujuk Edirul Fahmi.
Adreanne mengguling anak mata ke atas. Eleh, setakat 17 tahun apalah sangat. Bukan Edirul Fahmi sendiri ke yang cakap sanggup tunggu dia walaupun berpuluh tahun?
"Sayang..." Edirul Fahmi menarik tangan Adreanne dan digenggam erat.
Adreanne menolak kasar tangan Edirul Fahmi. Makin ditolak, makin Edirul Fahmi kuatkan genggaman. Tak daya lagi dia nak melawan, Adreanne pasrahkan diri.
"Abang, lepaslah. Kalau asyik nak berdrama je, bila kita nak sampai dekat tempat 'rahsia' abang tu." Malas-malas Adreanne bersuara.
Edirul Fahmi sengih. Drama pun dramalah. Poket seluar jeans berwana hitam diseluk. Tarik saja sehelai kain berwarna merah terus dikibas-kibas ke udara.
"Tapi sebelum tu Humaira kena tutup mata guna kain ni dulu," arah Edirul Fahmi seraya menghulurkan kain merah tersebut.
"Dah kenapa pula nak kena tutup mata bagai. Abang ni... Macam-macam lah!" rengus Adreanne.
"Dah nama pun surprise, kan? Kenalah tutup mata. Dah, pusing belakang. Abang tolong ikatkan kain ni."
Tak banyak cakap, Adreanne menurut perintah.
"Ready, sayang?" tanya Edirul Fahmi.
Adreanne angguk.
"Pegang tangan abang ni kuat-kuat. Nanti ada pula yang hilang kena sambar malam-malam ni," usik Edirul Fahmi lagi.
"Abang!" Adreanne geram.
-------
"OPEN your eyes, sayangku Humaira."
Sebaik saja kain dibuka, Adreanne mencelik mata. Tergamam dia saat melihat apa yang terbentang di depan mata. Wajah Edirul Fahmi dicari.
"Abang ke yang buat semua ni?" tanya Adreanne, tak percaya. Ruang pantai yang berhias dengan polaroid kembali dipandang.
Polaroid-polaroid yang tergantung kemas di tali nipis itu benar-benar membuatkan Adreanne teruja. Semuanya gambar mereka berdua yang dirakamkan semasa bayi sehinggalah semalam; gambar dia dan Edirul Fahmi semasa jamuan perpisahan dia dan Hawa di Creative Corporation.
Pegun Adreanne berdiri di hadapan ruang yang dihias cantik itu. Kelihatan segulung tikar getah terhampar di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi dengan polaroid.
Gantungan polaroid yang berselang-seli dengan mentol-mentol kecil menimbulkan suasana romantis antara mereka. Desiran ombak pantai yang menampar lembut permukaan pasir serta tiupan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa itu menghangatkan lagi suasana yang tercipta.
Edirul Fahmi angguk.
"Kejutan yang istimewa untuk isteri abang yang istimewa," jawab Edirul Fahmi.
"Abang buat sorang ke?" tanya Adreanne lagi. Wajah Edirul Fahmi di sebelah dikerling.
Edirul Fahmi tayang sengih. "Half yes, half no."
"Kenapa pula 'half yes, half no?' Siapa yang tolong abang buat semua ni?"
Mencerlung Adreanne memandang Edirul Fahmi. Serta-merta dia teringatkan kata-kata Edirul Fahmi semasa dalam perjalanan ke sini.
"Tapi nanti jangan terkejut beruk pula kalau nampak ada perempuan lain dekat situ."
"Abang jangan macam-macam eh." Adreanne memberi amaran keras.
"Macam-macam apa pulanya, sayang oii. Sayang tu hah, jangan nak fikir macam-macam." Edirul Fahmi membalas dengan muka serius.
"Dah tu, kenapa abang cakap 'half yes, half no' tadi?"
"Abang cakap 'half yes, half no' sebab ada surprise planner yang tolong abang hias tempat ni. Kiranya, bukan abang lah yang hias semua ni sorang-sorang. Tapi, idea dan konsep ni memang 100 peratus daripada otak abang yang kreatif ni," jelas Edirul Fahmi sedikit membangga diri.
Dah lama dia fikir untuk membuat kejutan ini, namun masa dan ruang sangat mencemburuinya. Dan kini, barulah dia berkesempatan untuk melaksanakannya.
Edirul Fahmi berdiri betul-betul di belakang Adreanne.
"Humaira suka?" tanya Edirul Fahmi seraya memeluk Adreanne dari belakang.
Adreanne menoleh sambil tersenyum. Belakang tangan Edirul Fahmi yang berada di perutnya dipegang.
"Suka... Cantik sangat abang hias. Terima kasih, abang."
Adreanne sandar belakang kepala pada dada Edirul Fahmi. Diusap pipi Edirul Fahmi yang berada di atas bahunya.
Edirul Fahmi balas dengan senyuman.
"Jom, kita duduk dekat situ!"
Tikar yang terbentang Edirul Fahmi tunjuk sebelum ditarik lembut tangan Adreanne untuk mengikut langkah dia.
------
"CANTIK kan bulan malam ni?" tanya Adreanne usai menikmati makan malam.
Edirul Fahmi yang sedang berbaring di atas riba Adreanne mendongak ke arah langit. Dia jatuhkan kepala sekali.
Bulan yang menghiasi malam yang gelap-gelita itu benar-benar kelihatan cantik dengan awan yang sedikit sebanyak melitupi sebahagian permukaan bulan tersebut.
"Cantik. Tapi, cantik lagi bidadari abang ni," jawab Edirul Fahmi, romantis.
Adreanne senyum.
"Abang, terima kasih untuk semua yang abang buat hari ni dan sebelum-sebelum ni. Aira hargai sangat-sangat. Sampai sekarang, Aira masih tak percaya yang abang betul-betul dah tunaikan angan-angan Aira. Aira terharu..."
Adreanne sebak. Dia benar-benar tak percaya bahawa angan-angan yang dia kira cuma fantasi telah direalitikan oleh insan yang bergelar suami.
Angan-angan keenam, makan malam di tepi pantai bersama suami tersayang.
Check !
Angan-angan ketujuh, dia dan suami pakai baju sedondon berwarna putih. Tapi Adreanne pakai dress dan suami pula pakai kemeja.
Check !
Angan-angan kelapan, nak menikmati suasana malam di tepi pantai bersama suami.
Check !
Walaupun hanya cuma lapan daripada sepuluh angan-angan mat jeninnya yang sudah menjadi nyata, Adreanne tetap gembira dan bersyukur dengan apa yang terjadi.
"Humaira ingat tak, dulu kan abang pernah janji nak bahagiakan Humaira bila kita dah kahwin? Dan sekarang, abang dah tunaikan janji abang pada Humaira."
Edirul Fahmi mengusap airmata Adreanne dengan ibu jari. Sebelah tangan lagi mengusap belakang tangan Adreanne.
"Aira tak minta pun abang buat semua ni. Aira rasa bersalah sebab Aira dah banyak susahkan abang. Dari kita mula-mula jumpa dulu sampailah sekarang ni, kita dah kahwin pun Aira selalu susahkan abang. Aira minta maaf, abang."
"Humaira ni, tak habis-habis nak minta maaf. Abang tak kisah pun. Abang buat semua ni bukan sebab angan-angan Humaira je. Tapi, sebab abang nak bahagiakan isteri abang ni. Kalau boleh, abang nak tengok Humaira senyum je sampai bila-bila. Tak nak dah nangis-nangis, marah-marah macam dulu." Edirul Fahmi membalas.
"Macam mana abang boleh terfikir nak hias kawasan pantai ni sampai macam ni sekali? Tak pernah orang buat candle light dinner atas tikar getah macam kita," ujar Adreanne.
Edirul Fahmi bangun dari baringan. Dia duduk berhadapan Adreanne. Lutut bertemu lutut dan tangannya laju mencari tangan Adreanne sebelum digenggam kemas.
"Sebab orang tak pernah buatlah abang terfikir nak buat. Tak seronok lah kalau makan malam istimewa kita sama dengan orang lain. Tak romantik lepastu cliche sangat. At least, dinner kita harini tak cliche dan sangat bermakna untuk kita berdua," jawab Edirul Fahmi dengan senyuman manis.
"Aira nak tanya lagi boleh?" Adreanne minta izin.
Edirul Fahmi ketawa kecil. Dia angguk. "Tanyalah. Kaunter pertanyaan tengah buka lagi ni," guraunya.
Adreanne mencubit manja lengan Edirul Fahmi Sengaja betul nak usik-usik dia!
"Mana abang dapat gambar Aira masa Aira pergi kem kepimpinan dulu? Kalau tak silap Aira, masa tu Aira baru tingkatan satu. Kita pun belum kenal lagi."
Jari telunjuk Edirul Fahmi bergerak ke kiri dan kanan, tanda menidakkan.
"Bukan kita, tapi sayang. Humaira je yang tak kenal abang lagi masa tu padahal abang dah kenal Humaira dah lama dah."
Adreanne mengguling anak mata ke atas.
"Apa-apa je lah. Tapi, Aira betul-betul nak tahu macam mana abang boleh ada gambar tu? Sebab gambar tu nampak macam gambar candid."
Edirul Fahmi senyum. Belakang kepala yang tak gatal digaru.
"Gambar tu memang gambar candid pun. Abang tangkap gambar tu masa Humaira tengah seronok duduk atas batu besar dekat air terjun tempat kita pergi berkhemah dulu."
"Kita?"
"Yes, kita. Masa abang dapat tahu Humaira kena pergi kem kepimpinan tu daripada Adzim, abang ajak Naufal dan Hayyan pergi hutan tu. Banyak kali sebenarnya kita terserempak tapi mungkin Humaira tak ingat, kot. Dan banyak kali juga abang selamatkan Humaira masa Humaira dalam bahaya. Gambar-gambar dekat kem tu abang simpan dan sekarang abang jadikan polaroid untuk Humaira pula yang simpan."
Adreanne terdiam. Akalnya ligat mengimbau kembali memori lama.
Samar-samar dia teringat kejadian di mana dia hampir tergelincir tatkala meneroka hutan yang agak tebal itu dek hujan pada malam sebelumnya. Tapi, dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang bert-shirt hitam dan bertopi hitam yang kebetulan sama-sama meneroka hutan dengan mereka.
Kemudian, tragedi di mana dia hampir lemas tatkala badannya ditolak arus deras semasa seronok bermandi-manda dengan rakan-rakan yang lain mula menjengah.
Dek kerana terlalu teruja, Adreanne terlupa yang dia dah masuk kawasan air terjun yang deras arus airnya. Terimbau lagi dalam kotak memorinya bagaimana dia terumbang-ambing ditelan arus deras.
Namun, ada satu suara yang tiba-tiba saja datang ke kawasan air terjun tersebut. Lelaki yang kurang jelas wajahnya itu kalut-kalut terjun ke dalam air terjun dan berenang laju ke arahnya. Dia yang semakin takut dan lemah akhirnya tak sedarkan diri tatkala dia diselamatkan oleh lelaki misteri itu.
Sedar saja dia dari pengsan, beberapa orang rakannya datang mengerumuni Adreanne dan menceritakan apa yang terjadi. Sudahnya, mereka dilarang untuk bermandi di kawasan air terjun yang berarus deras itu.
Adreanne angkat muka. Wajah suaminya dia tenung dengan rasa yang bercampur-baur.
"Jadi, abanglah lelaki misteri yang selamatkan Aira dulu tu?"
Edirul Fahmi angguk.
"Masa abang tahu sayang kena pergi kem, abang jadi serba tak kena. Hati abang rasa tak tenteram je. Sebab tu, abang pun buat keputusan untuk ikut sayang pergi ke hutan tu tanpa pengetahuan sesiapa pun. Mummy, daddy, Adzim, semua tak tahu abang pergi berkhemah dekat hutan yang sama dengan sayang. Diorang cuma tahu abang pergi berkhemah je tapi diorang tak tahu pun hutan mana yang abang pergi tu."
Adreanne menekup mulut. Dia benar-benar tak percaya bahawa lelaki misteri yang menyelamatkannya dulu adalah lelaki yang dikahwininya tiga bulan lepas.
"Terima kasih, abang. Aira tak tahu macam mana nak balas semua jasa abang. Aira tahu ucapan terima kasih Aira ni tak memadai langsung dengan apa yang abang buat. Dari kita kecil sampai Aira dah habis belajar, abang tak henti-henti selamatkan Aira. Aira hargai sangat-sangat."
Edirul Fahmi senyum nipis. Semua yang terjadi semuanya takdir yang telah tercatat di Luth Mahfuz. Dan dia hanyalah insan yang diberikan amanah oleh Allah untuk menjaga bidadari cantik yang bernama Adreanne Humaira.
"Tak ada apa lah, sayang. Abang buat semua tu pun sebab abang nak lindungi Humaira. Oh, ya! Abang ada lagi satu kejutan untuk Humaira."
"Kejutan? Kejutan apa lagi?"
"Kejap."
Edirul Fahmi menyeluk poket seluar. Sebuah kotak baldu berwarna biru tua dikeluarkan. Kotak baldu tersebut dia buka sebelum sebentuk cincin ditarik keluar.
"Nah, cincin untuk sayang!" Edirul Fahmi tayang sebentuk cincin di depan muka Adreanne.
"Cincin lagi? Kan masa nikah dulu dah bagi cincin? Buat apa nak bagi cincin banyak-banyak?" tanya Adreanne hairan.
"Cincin masa kita nikah tu sebenarnya cincin mummy. Ni lah cincin nikah kita yang sebetulnya."
"Cincin mummy?"
"Haah, cincin mummy. Sebab masa kita nikah dulu, cincin ni tak sempat siap. Jadinya, mummy suruh guna cincin dia dulu. Sekarang ni, cincin ni dah siap. Nanti bolehlah Humaira pulangkan cincin mummy tu," jelas Edirul Fahmi panjang lebar.
"Kalau tak ada cincin pun tak apa lah. Kita guna je apa yang ada. Contohnya, gelang yang abang bagi Aira sebelum kita bertunang dulu. Gelang tu pun boleh je jadi tanda, kan?"
"Tak boleh, tak boleh. Gelang tu sebagai tanda Humaira abang punya. Tapi, cincin ni sebagai tanda yang Humaira dah bersuami," bidas Edirul Fahmi.
Ditarik lembut tangan kanan Adreanne. Cincin yang masih tersarung di jari runcing itu ditarik keluar. Sebentuk cincin berwarna emas putih yang berada dalam genggaman Edirul Fahmi disarungkan ke jari manis Adreanne.
"Cantik," puji Adreanne sambil mengusap cincin yang baru tersarung di jarinya.
"Eh! Ada tulisan?" Terkejut Adreanne tatkala ibu jarinya tersentuh satu ukiran pada cincin tersebut.
"Yes, huruf E dan H. E untuk Edirul dan H untuk Humaira. Ni angan-angan sayang yang kesembilan, cincin nikah nak ada ukiran nama sayang dengan suami, kan?" balas Edirul Fahmi sambil tersenyum mesra.
Adreanne angguk. Ini semua pengaruh novel yang dia baca.
Apabila hero tersebut menghadiahkan si heroin sebentuk cincin yang terukir nama mereka, dia pun mengimpikan perkara yang sama. Dan kini, sebentuk cincin yang terukir huruf yang mewakili namanya dan nama lelaki yang dia cinta dah tersarung kemas di jari manisnya.
"Abang harap sayang takkan tanggalkan cincin tu. Dan kalau satu hari nanti sayang tanggalkan cincin tu, abang tahu yang nama abang dah mula hilang dalam hati sayang."
"Aira janji Aira takkan tanggalkan cincin ni selagi Aira masih diberi peluang oleh Dia untuk habiskan sisa hidup Aira dengan abang."
Edirul Fahmi sengih.
"Dah pandai buat ayat-ayat diabetes eh sekarang ni. Mana belajar?" Edirul Fahmi mengusik.
"Dah kalau hari-hari telinga ni asyik dengar ayat potong kaki je mana lah tak pandai," perli Adreanne.
Edirul Fahmi ketawa. Tubuh genit Adreanne ditarik ke dalam pelukan. Berkali-kali ubun-ubun Adreanne dikucup penuh kasih.
"Dah, jom balik bilik. Dah lewat malam ni."
-------
"ABANG nak sayang tunaikan angan-angan sayang yang terakhir."
Adreanne yang sudah berbaring di atas katil mengerling Edirul Fahmi dengan ekor mata.
"Apa?"
Edirul Fahmi senyum. "Nyanyikan lagu untuk abang sebelum sayang tidur."
Adreanne mengiring ke arsh Edirul Fahmi. Kepala diangkat dan diletakkan betul-betul di atas dada bidang Edirul Fahmi.
"Tapi, suara Aira tak sedap macam suara abang."
"Tak apa, sayang nyanyi je. Abang pun nak juga dengar Humaira nyanyi."
Adreanne angguk. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Pehanya ditepuk dua kali.
Edirul Fahmi menoleh. Wajah Adreanne dipandang dengan dagu yang ditolak ke atas.
"Kenapa sayang?"
"Sinilah..." Adreanne menepuk pehanya. "Baring atas riba Aira," arahnya.
Tak banyak soal, terus Edirul Fahmi labuhkan kepala di atas peha Adreanne. Mukanya disembamkan ke perut kempis Adreanne dan tangan memeluk kemas pinggang ramping itu.
Adreanne mengusap lembut rambut Edirul Fahmi. Mulutnya mula menyanyikan lagu Nyaman dari Andmesh Kamaleng.
◆ ▶ play video dekat atas ni untuk dengar lagu ◆
"Lama sudah ku menanti,
Banyak cinta datang dan pergi,
Tapi tak pernah aku senyaman ini,
Mungkin dirimulah cinta sejati.
Tak akan kuragu lagi,
Kujaga sampai ke ujung nadi,
Takkan kusia siakan lagi,
Buat hidupku lebih berarti.
Cintamu senyaman mentari pagi,
Seperti pelangi, slalu kunanti
Cintamu tak akan pernah terganti
Selamanya di hati
Aku bahagia, milikimu seutuhnya."
Usai menyanyi, Adreanne tunduk mencium dahi Edirul Fahmi lama.
"Abang milik Aira. Dulu, kini, dan selamanya. All right reserved," bisik Adreanne lembut.
Edirul Fahmi tersenyum. Dia bangun dari baringan. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya dengan muka Adreanne. Hembusan nafas mereka menampar lembut muka masing-masing.
"Dan Adreanne Humaira milik Edirul Fahmi... Selamanya. I love you, sayang," ucapnya romantis sebelum bibir mereka berdua bertaut menyatukan rasa cinta yang menggebu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro