Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 45

"ABANG, kita nak pergi mana ni?" tanya Adreanne tatkala dia perasan bahawa jalan yang dilalui mereka bukanlah jalan untuk pulang ke rumah.

Hari ini, hari terakhir dia dan Hawa menjalani latihan industri di Creative Corporation. Rata-rata staf di aras lapan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua.

Ada juga yang mengusik dia dan Edirul Fahmi. Sejak kejadian Edirul Fahmi mengejar dia dulu, berita perkahwinan mereka tersebar luas.

Teringat kejadian memalukan tadi, tak berhenti Adreanne tersenyum. Begini ceritanya...

"Hah, Ad! Cepat berdiri sebelah Encik Fahmi tu," arah kak Som. Ditolak badan Adreanne supaya mendekat ke arah Edirul Fahmi.

Waktu itu, mereka sedang mengadakan jamuan perpisahan untuk Adreanne dan Hawa. Usai saja sesi pertukaran hadiah, sesi bergambar pula mengambil tempat.

"Nak buat apa pula, kak Som?"

Adreanne malu. Tersengih-sengih staf yang lain mendengar arahan kak Som.

"Kan sekarang ni sesi tangkap gambar. Nak tangkap gambarlah! Tak kan nak tangkap abang ikan kau tu pula," balas kak Som.

Hawa apa lagi, tergelak sakan lah dia! Edirul Fahmi pula dah menggaru kening. Hesy, kak Som ni... Ada ke pula disebut abang ikan tu dekat dalam pejabat ni.

Adreanne serba-salah. Mahu diinjak ke tepi, tapi ibarat menyimbah cat merah ke muka sendiri. Mahu statik berdiri, kak Som pula dah bercekak pinggang.

"Cepatlah, Ad! Jarang-jarang berlaku ni student intern kahwin dengan head department," arah kak Som lagi.

"Haah, betul tu Ad! Kau tangkap jelah gambar dengan Encik Fahmi tu," sampuk Azim; staf bahagian marketing.

Hawa pula jadi tukang sorak dan tukang tolak Adreanne sampai berlaga bahu Adreanne dan Edirul Fahmi.

"Kau lambat sangat! Berjanggut kitorang tunggu," ujar Hawa bila mata Adreanne mencerlung.

Tiga kali kerlipan lensa kamera buatkan Adreanne dan Edirul Fahmi lenguh pipi. Ditambah pula dengan usikan dari staf lain, makin mengecil diri Adreanne jadinya.

"Nah, ni ada tiga gambar akak tangkap! Esok-esok korang pergi print lepas tu letak dalam album."

Kak Som menunjukkan gambar yang ditangkap kepada Adreanne dan Edirul Fahmi. Dalam hati, Adreanne memuji kepakaran kak Som dalam berfotografi.

"Wajib print ke, kak Som?" Edirul Fahmi menyoal.

"Wajib! Esok-esok boleh lah Encik Fahmi flex dekat anak cucu macam dekat tiktok tu; macam ni lah ayah jumpa ibu dulu."

Jawapan kak Som buatkan staf lain termasuk Hawa mengekek. Kak Som ni elok ganti Jozan je lah!

----

"HAIH, takkan tak boleh move on lagi dengan kisah tadi," tegur Edirul Fahmi sekaligus mematikan lamunan Adreanne.

Adreanne malu sendiri. Dia tayang sengih.

"Bukan tak boleh move on, tapi Aira malu lah! Abang pun satu, bukan nak tolak cadangan kak Som tadi. Tak pasal-pasal kita kena usik," balas Adreanne geram.

Edirul Fahmi ketawa. Dicapai tangan kanan Adreanne lalu dibawa ke bibir dan dikucup. Sebelah tangan lagi mengawal stereng.

"Sekali-sekala kita kena usik. Lagipun, ada jugalah gambar kita masa Humaira jadi 'anak buah' abang. Nanti boleh abang cerita dekat anak kita yang Humaira nakal sangat masa kerja." Edirul Fahmi mereka cerita.

"Abang!"

Bahu Edirul Fahmi ditampar kuat. Geram dia dibuatnya. Ada ke patut Edirul Fahmi tuduh dia nakal? Dia ni staf yang baik tau!

"Apa? Betullah apa yang abang cakap, Humaira nakal masa kerja, kan?" jawab Edirul Fahmi tak mahu kalah.

"Nakal apanya? Aira ni tak pernah curi tulang nak mesej-mesej macam abang," perli Adreanne, geram.

Edirul Fahmi gelak. Dia bukan curi tulang pun. Dia multitasking.

"Tahniah, sayangku Humaira. Sebab Humaira dah berjaya habiskan sesi intern ni walaupun ada jealous-jealous, marah-marah pada abang," ucap Edirul Fahmi. Sekali lagi tangan yang berada di atas peha kanan dibawa ke bibir.

"Tu lah... Banyak benda yang jadi sepanjang Aira mula intern. Pasal kena kahwin dengan supervisor sendiri yang tak semengah. Lepas tu pasal Cik Irine lagi. Nasib baik awal-awal tu tak jadi quit sebab abang tipu Aira."

Bila diimbas kembali apa yang berlaku sepanjang dia bekerja di Creative writing, rasa kelakar pun ada. Macam mana lah supervisor sendiri boleh jadi suami.

"Tapi sekarang, abang yang tak semengah ni lah yang Humaira sayang, kan? Abang dah agak dah, Humaira tu tak da lah kental mana pun. Acah je keras padahal baru kena cuit sikit, bagi ayat-ayat manis sikit, dah lembik lutut," riak Edirul Fahmi.

"Perasan!" nafi Adreanne.

Tapi memang betul pun apa yang Edirul Fahmi cakapkan. Manalah kebal hati Adreanne ni kalau hari-hari ada je ayat potong kaki yang dia dengar. Memang meleyot lah dia!

"Eleh, padahal memang betul pun apa abang cakap. Humaira je... Tak habis-habis nak nafi."

Adreanne berdecit. "Cakap dengan abang ni memang tak habis. Semua nak menang dekat abang."

"Biasalah... Ini kan Edirul Fahmi. Mana pernah kalah," angkuh Edirul Fahmi.

"Apa-apa jelah." Adreanne dah malas nak layan. Edirul Fahmi kalau dapat peluang nak angkat bakul, habis berpuluh bakul yang diangkat.

Perjalanan mereka diiringi dengan celoteh DJ Era FM yang tak habis-habis berceloteh.

Adreanne menghala pandangan ke luar. Pemandangan pantai yang indah dan dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau yang tumbuh melata di kaki bukit menyapa retina mata.

"Kita buat apa dekat sini?" tanya Adreanne tatkala mata menangkap papan tanda yang tertulis Batu Ferringhi.

"Jumpa bakal isteri nombor dua abang," jawab Edirul Fahmi selamba.

Serta-merta darah Adreanne naik. Laju tangan dia mencubit tepi perut Edirul Fahmi.

"Aduh, sayang! Sakitlah!" desis Edirul Fahmi.

"Stop! Stop, please!" sambungnya lagi apabila Adreanne masih memulas isi perut.

"Tahu pun sakit. Gatallah lagi!" rengus Adreanne sambil perlahan-lahan dia melepaskan cubitan.

"Abang bergurau je. Sayang tu haa... Sensitif sangat! Sikit-sikit nak cubit perut abang. Sakit tau tak," cebik Edirul Fahmi.

"Abang lah! Siapa suruh cakap macam tu. Kalau Aira tanya abang lepas tu Aira cakap "kita kat sini sebab nak jumpa bakal suami Aira nombor dua", ha... Apa abang rasa?" perli Adreanne.

"Abang rasa marah lah! Mana boleh Humaira kahwin dua," laju mulut Edirul Fahmi menjawab.

"Tahu pun..."

Bangunan hotel yang tinggi buatkan dahi Adreanne semakin berkerut. Sekali lagi muka Edirul Fahmi dipandang untuk meminta jawapan.

"Kita buat apa dekat sini?" tanya Adreanne.

Edirul Fahmi cuma diam. Handbrake ditarik ke atas.

"Jom," ajak Edirul Fahmi sepatah.

"Jom? Pergi mana?" soal Adreanne hairan.

"Humaira ikut je. Jangan banyak tanya," jawab Edirul Fahmi sambil melangkah keluar daripada perut kereta.

Adreanne mendengus. Tak pasal-pasal kena marah. Dia nak tahu je kenapa mereka tiba-tiba berada di sini. Bukannya dekat Pulau Pinang dengan Kuala Lumpur. Jauh kot.

Tanpa banyak kata, Adreanne turut melangkah keluar. Dia berjalan mendekati Edirul Fahmi yang sudah menunggu di hadapan kereta bersama dua beg bagasi.

-----

ADREANNE pegun. Terkerdip-kerdip mata dia memandang sekeliling bilik yang menghadap laut biru.

"Sayang?" tegur Edirul Fahmi usai meletakkan bagasi di dalam almari yang disediakan oleh pihak hotel.

Adreanne toleh ke kanan. Wajah Edirul Fahmi yang sedang berdiri di sisi dipandang.

"Kenapa kita tidur sini?" soal Adreanne. Dia belum faham dengan apa yang berlaku.

"Honeymoon," jawab Edirul Fahmi sepatah sambil menjongketkan kening.

"Ho... honeymoon?"

"Yes. Untuk sayang."

"Untuk Aira?"

"Absolutely, yes! Untuk Humaira. Lagipun kita tak pernah pergi bercuti lagi sejak kita kahwin ni," jawab Edirul Fahmi.

Adreanne terharu. Dia betul-betul suka dengan pemilihan tempat berbulan madu mereka.

"Terima kasih, abang... Aira suka. Suka sangat-sangat," ujar Adreanne sebak seraya memeluk erat tubuh Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi senyum. Tak ada apa yang lebih membahagiakan selain daripada membahagiakan cinta hati dia.

"Abang gembira Humaira suka. Tak ada apa yang istimewa melainkan kita berdua lalui saat-saat indah ni bersama," balas Edirul Fahmi. Dia turut membalas pelukan Adreanne.

Adreanne mendongak. Airmata yang bertakung di tubur mata tak dipedulikan.

"Terima kasih, abang. Abang dah banyak bahagiakan Aira tapi Aira..." Adreanne mengeluh.

Edirul Fahmi bawa jari telunjuk ke bibir Adreanne.

"Shh... Kan abang pernah cakap sebelum ni, Humaira dah setuju nak jadi isteri abang, ada dengan abang 24/7 pun abang dah bahagia sangat-sangat. I love you so much, sayangku Humaira..."

Adreanne ukir senyum. "Aira loves you 3000, abang."

Edirul Fahmi mengesat airmata Adreanne dengan ibu jari.

"Dah, tak nak sedih-sedih. Abang bawa Humaira datang sini supaya kita happy-happy je."

Adreanne angguk. "Aira pun."

Mereka saling beradu mata. Dua pasang mata itu seakan-akan menzahirkan kata hati. Senyum berbalas senyum. Bahagia. Itu yang mereka rasakan tika ini. Bahagia yang sudah lama didambakan kini semakin menguatkan rasa hati keduanya.

Puas merenung, Edirul Fahmi merapatkan mukanya dengan muka Adreanne. Seulas bibir merah milik Adreanne ditindih lembut sebelum ciumannya berbalas.

"Tapi kan, abang..." ujar Adreanne usai melepaskan tautan bibir mereka.

"Hmm?"

"Bila masa abang pack semua pakaian kita? Aira tak nampak pun."

"Dah lama dah. Dari abang mula-mula plan nak pergi honeymoon lagi. Cuma abang tak tahu nak ajak Humaira pergi bila. Sebab, Humaira pun baru start intern dan abang tak nak kacau Humaira," jawab Edirul Fahmi.

Adreanne angguk, mengiakan. Dia sendiri ada terfikir soal bulan madu tapi malas dia nak mengutarakan kepada Edirul Fahmi. Nanti apa pula yang Edirul Fahmi kata.

Dah lah Adreanne yang beria-ia membantah perkahwinan mereka. Alih-alih dia pula yang sibuk-sibuk nak pergi berbulan madu. Gali kubur sendiri namanya tu.

"Bila abang teringat yang Humaira dah nak habis intern hari ni, terus abang book hotel. Pakaian kita pun dah seminggu duduk dalam bonet kereta abang. Humaira je tak perasan," jelas Edirul Fahmi lagi.

Adreanne sekadar sengih.

"Abang..."

"Ini panggil meleret-leret macam ni mesti ada makna, kan? Apa dia? Cakaplah, abang dengar."

Edirul Fahmi nak lali sangat dengan nada suara Adreanne yang satu itu. Sejak Adreanne meluah perasaan kepadanya dulu, Adreanne makin manja dan mengada. Setiap hari ada saja benda yang diminta dengan suara meleret begitu.

"Jom jalan-jalan dekat tepi pantai," ajak Adreanne teruja.

"Jom!"

------

"MACAM mana abang tahu yang Aira memang nak berbulan madu dekat sini?" tanya Adreanne tatkala mereka berjalan menyelusuri pantai. Kemas genggaman tangan dia dan Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi menoleh. Dia tersenyum nipis walaupun jantung dah berdetak laju.

"Hmm abang main teka aje," jawab Edirul Fahmi acuh tak acuh.

"Tipu! Mustahil lah abang main teka je," sanggah Adreanne tak percaya.

Edirul Fahmi kaget. Ah, sudah! Tak kan ada rahsia dia yang nak pecah lagi ni?

"Abang... Err... Abang baca diari Humaira," jawab Edirul Fahmi antara dengar tak dengar.

Adreanne berhenti melangkah. Badan dipusing menghadap Edirul Fahmi. Tajam mata dia merenung sepasang mata sepet yang berlindung dengan cermin mata.

"Mana abang jumpa diari tu? Patutlah hari tu Aira cari tak ada. Rupa-rupanya abang yang ambil." Macam peluru berpandu mulut Adreanne menerjah Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi sengih. Digaru belakang kepalanya perlahan. Sebelum Adreanne gunakan kekasaran, Edirul Fahmi bertindak untuk mengenggam erat kedua-dua belah tangan Adreanne.

"Err hehehe..." Edirul Fahmi hanya mampu berpura-pura ketawa.

Adreanne berjalan setapak ke hadapan. Direntap tangan dia daripada genggaman Edirul Fahmi. Terlepas saja tangan dia, terus dada bidang Edirul Fahmi ditumbuk kuat.

"Hesy, abang jahat! Jahat. Jahat. Ah, bencinya Aira! Abang tak tahu ke berdosa baca diari orang? Dulu masa abang sekolah cikgu abang tak pernah bagitahu ke pasal benda tu? Eh, suka hati je ambil diari orang tak minta izin! Abang ni teruk betul! Abang jahat!" hambur Adreanne, melepaskan rasa yang terbuku di hati.

Edirul Fahmi merelakan saja perbuatan gadis Adreanne. Walaupun dada dia dah terasa kian sesak, dia tetap merelakan diri untuk menjadi tempat Adreanne melepas marah.

Bertambah-tambah marah Adreanne apabila melihatkan Edirul Fahmi cuma diam membisu. Makin galak dia menumbuk dada bidang Edirul Fahmi.

"Hah, kenapa diam? Abang memang saja kan nak bagi Aira marah-marah macam ni?Lepas tu abang bawa Aira datang sini sebab tak nak Aira marahkan abang, kan? Ish, tak sukanya Aira! Abang ni dah kenapa? Abang tak puas hati apa dengan Aira sampai curi diari Aira? Lepas tu boleh pula tayang muka tak bersalah macam ni. Hesy, abang ni memanglah! Suka bagi darah Aira naik macam ni."

Berombak dada Adreanne menahan amarah. Wajah Edirul Fahmi ditenung setajam yang mungkin. Geram yang dia rasa sekarang ini Tuhan je yang tahu.

Edirul Fahmi mara selangkah ke hadapan. Matan dia membalas renungan tajam Adreanne.

"Dah? Puas dah membebel?" tanya Edirul Fahmi sinis dengan kening yang terjungkit sebelah.

Adreanne berpeluk tubuh. Riak tak puas hati ditayang.

Tangan Edirul Fahmi naik berlingkar di bahu Adreanne. Ditarik rapat tubuh Adreanne dan dipeluk kuat.

Adreanne memberontak. Sedaya upaya dia menolak tubuh Edirul Fahmi yang melekat rapat dengan tubuh kecilnya. Namun, tolakan dia hanya sia-sia. Sikit pun Edirul Fahmi tak berganjak.

"Apa ni peluk-peluk? Orang bukannya suruh peluk. Orang tanya, kan?" marah Adreanne.

Edirul Fahmi senyum. Wajahnya yang diletakkan di atas kepala Adreanne diangkat. Edirul Fahmi memandang lucu muka ketat Adreanne.

"Sayangku Humaira..."

Adreanne endahkan panggilan Edirul Fahmi.  Ligat mata dia memerhatikan gelagat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di tepi pantai.

Edirul Fahmi tarik nafas panjang.

"Bila abang cakap, cuba pandang muka abang. Kan abang pernah beritahu Humaira dulu, abang tak suka Humaira tak pandang muka abang bila abang bercakap," tegur Edirul Fahmi dengan nada lembut.

Adreanne tersentak. Ah, sentap dia dibuatnya! Muka Edirul Fahmi dipandang tak beriak.

"Abang tahu abang salah sebab baca diari sayang tanpa izin Humaira. Tapi, bukan abang yang 'curi' diari Humaira tu," terang Edirul Fahmi bersungguh-sungguh.

Adreanne kerut dahi. Wajah Edirul Fahmi dipandang curiga.

"Habis tu, siapa yang ambil diari Aira tu kalau bukan abang?" siasat Adreanne

"Adzim."

Makin berkerut dahi Adreanne. "Along?"

"Haah, along. Dia yang beri abang diari Humaira tu. Abang tak tau langsung dekat mana Humaira simpan diari tu. Sumpah!" Beria-ia Edirul Fahmi menerang perkara sebenar.

"Bila along beri diari Aira tu pada abang?"

"Sebelum abang hantar Humaira balik hostel dulu. Sayang ingat tak... Masa abang keluar dari bilik Adzim, awak pula baru nak tutup pintu. Kan abang ada pegang buku warna pink masa tu," tanya Edirul Fahmi.

Adreanne cuba mengimbau kejadian yang diperkatakan oleh Edirul Fahmi. Barulah dia teringat yang dia ada nampak Edirul Fahmi pegang satu buku berwarna merah jambu. Tak silap dia, waktu itu dia kalut-kalut naik ke bilik selepas diusik oleh Aryan.

"Masa tulah Adzim beri pada abang. Mulanya abang pelik juga. Dah kenapa along tiba-tiba je bagi abang buku. Warna pink pula tu."

Edirul Fahmi berjeda. Dia ketawa kecil tatkala teringatkan buku diari berwarna merah jambu dan dihiasi dengan pelekat bercorak bunga. Girly sangat, you!

"Lepastu along suruh abang ambil je, jangan banyak tanya. Abang pun ikut jelah cakap along tu. Tapi bila abang sampai je rumah, terus abang baca buku tu. Masa tu, baru lah abang tahu yang buku merah jambu tu diari Humaira," sambung Edirul Fahmi lagi.

Adreanne tersipu malu. Apalah reaksi Edirul Fahmi tatkala terbaca luahan hati tak berapa dramatik dia tu.

"Banyak ke yang abang dah baca?" soal Adreanne penuh rasa ingin tahu.

Edirul Fahmi tersenyum herot. Malu lah tu!

"Banyak tak banyak juga lah. Tapi, abang dah khatam lah kitab merah jambu sayang tu," jujur Edirul Fahmi, separa mengusik.

Adreanne tertunduk malu. Mana nak sorok muka ni! Dahlah angan-angan mat jenin dia tu semuanya merapu. Tak masuk akal langsung.

"Sayangku Humaira, awak malu ke ni?" tanya Edirul Fahmi.

Tangan diletak di bawah dagu Adreanne dan ditolak lembut ke atas. Mukanya ditundukkan sedikit untuk mengintai wajah Adreanne.

Adreanne diam. Dia mengeraskan muka untuk melawan tolakan tangan kasar itu. Edirul Fahmi geleng. Degil!

"Sayang... Look at me." Edirul Fahmi mengarah.

Makin menunduk kepala Adreanne

"Humaira... please. Pandang abang," arah Edirul Fahmi lagi.

Adreanne geleng. Tak nak lah paksa-paksa. Dia dahlah tengah malu tahap gaban sekarang ni. Edirul Fahmi sengih. Malu pun comel. Apoo.

"Okey, kalau sayang tak nak pandang abang, Humaira dengar ni apa abang nak cakap. Humaira tak perlulah nak malu bila abang dah tahu apa isi diari Humaira tu. Benda kecil je," pujuk Edirul Fahmi.

Adreanne angkat wajah.

"Benda kecil abang cakap? Semua angan-angan tu tak masuk akal langsung! Abang boleh lupakan semua yang abang baca sebab masa Aira tulis benda tu semua, Aira baru tingkatan satu. Mentah lagi," balas Adreanne senafas.

"Tak masuk akal apanya? Okey je angan-angan sayang tu. Dan yang paling penting, dah separuh angan-angan Humaira tu abang dah tunaikan," ujar Edirul Fahmi.

Kening Adreanne bercantum. "Maksud abang?"

"Abang dah tunaikan lima daripada sepuluh angan-angan sayang tu. Takkan sayang dah lupa apa angan-angan sayang?"

Adreanne diam. Dia cuba ingat semula angan-angan mat jenin yang pernah dia coretkan hampir sembilan tahun yang lepas.

Angan-angan Mat Jenin seorang Adreanne Humaira
1) Bertunang tanpa pengetahuan orang luar.

Check!

2) Baju kahwin dan pelamin wajib warna pink.

Check!

3) Nak suami yang pandai nyanyi sebab nanti dia boleh nyanyikan lagu Beautiful In White masa majlis resepsi.

Check!

4) Honeymoon dekat Batu Ferringhi sebab Batu Ferringhi nampak romantik dan sweet.

Check!

5) Jalan-jalan tepi pantai dengan encik suami sambil pegang tangan.

Check!

Adreanne terlopong. Muka Edirul Fahmi dipandang tak percaya.

"Abang... Aira... Aira..."

Adreanne kehilangan kata. Sungguh, dia benar-benar tak sangka yang hampir separuh wishlist-nya dah ditunaikan.

Dulu, tak pernah terlintas sekalipun dalam fikiran Adreanne untuk menunaikan semua angan-angan itu. Baginya, angan-angan tersebut hanya sekadar angan-angan mat jenin yang tiada makna. Tapi kini, siapa sangka angan-angan mat jeninnya benar-benar tercapai. 

Tanpa sebarang kata, tubuh tegap Edirul Fahmi dipeluk erat. Adreanne menyembam muka di dada Edirul Fahmi.

"Terima kasih, abang. Terima kasih sangat-sangat. Aira tak sangka yang angan-angan mengarut Aira tu betul-betul terjadi. Aira rasa macam Aira tengah bermimpi sekarang ni," luah Adreanne, ikhlas.

Edirul Fahmi membalas pelukan si isteri. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan Adreanne.

Andai suatu hari nanti nyawa yang perlu dia pertaruhkan, dia tak akan ragu-ragu untuk mempertaruhkan nyawanya. Demi kebahagiaan Adreanne, dia sanggup berkorban.

"Tak, sayang. Humaira tak perlu berterima kasih pada abang. Dan Humaira tak bermimpi, sayang. Ini realiti. Realiti yang terjadi antara kita, jodoh yang telah ditetapkan oleh Dia."

Adreanne melangut. Tersungging senyuman lebar di muka dia.

"Aira janji, selagi hayat Aira dikandung badan, selagi jantung Aira masih berdegup, Aira akan terus berusaha untuk bahagiakan abang. Aira sayangkan abang." Adreanne menutur janji.

Rasa bahagia menyelusup ke dalam dada Edirul Fahmi. Susah sekali untuk dia dengar Adreanne nak menutur kata sayang. Tapi sekarang, Adreanne tanpa segan silu dah berani untuk meluah perasaan.

Edirul Fahmi tunduk mencium ubun-ubun Adreanne yang berlapik selendang hitam.

"Terima kasih, sayangku Humaira. Abang janji, selagi abang masih diberikan peluang untuk terus hidup dengan Humaira, tak akan sekalipun abang lepaskan tangan Humaira. Abang akan lindungi Humaira dan anak-anak kita nanti," janji Edirul Fahmi.

"Anak-anak kita?" soal Adreanne dengan mata membuntang.

"Ya lah, anak-anak kita. Kan abang dah cakap sebelum kita kahwin dulu, abang nak ada lima orang anak dengan Humaira." Edirul Fahmi senyum nakal.

"Ulat bulu panjat lidi. Ah, beranaklah sendiri!" Adreanne balas dengan pantun. Edirul Fahmi pula dah terbahak-bahak ketawa.

"Ada cacing dalam lubang. Humaira pun kena lah tolong abang," balas Edirul Fahmi pula.

"Hesy, gatal!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro