Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 43

TANGISAN Adreanne dah mereda. Dalam keadaan kepala Adreanne berbaring di atas dada Edirul Fahmi dan Edirul Fahmi pula mengelus rambut Adreanne menggunakan jemari, mereka cuma diam menikmati gelodak hati masing-masing.

"Abang, abang ingat tak dulu abang pernah cakap yang abang reject confession Aira?" tanya Adreanne.

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Edirul Fahmi semasa perjalanan pulang ke rumah Encik Khuzairi dulu. Entah kenapa, Adreanne rasa seperti apa yang Edirul Fahmi beritahu dulu benar-benar terjadi.

"Ingat," sepatah jawapan Edirul Fahmi.

Adreanne kalih muka ke kanan. Wajah Edirul Fahmi yang tersenyum menjadi santapan mata dia.

"Betul ke abang tipu je pasal tu?" tanya Adreanne lagi.

Edirul Fahmi tergelak lucu. Kepala dia bergerak sedikit ke kanan dan kiri.

"Sebenarnya benda tu memang terjadi. Masa Humaira lima tahun, Humaira pernah confess dekat abang. Kalau tak silap abang, masa tu abang baru kenal dengan Humaira tak sampai seminggu. Kita boleh kenal pun sebab abang, Adzim dan Aryan selalu main bola sekali," cerita Edirul Fahmi.

Walaupun teruja, Adreanne tetap malu. Hesy, gatal betul dia!

"Lepas tu, apa jadi?" asak Adreanne.

"Biasanya Humaira memang ikut kitorang pergi padang. Kalau Humaira nak tahu, sebelum Humaira hilang, Humaira ada datang dekat abang. Masa tu lah Humaira confess."

Satu per satu Edirul Fahmi menyingkap rahsia yang tersimpan. Cuma hal Adreanne meluah perasaan kepadanya, hanya mereka berdua saja yang tahu. Adzim dan Aryan pun tak tahu langsung soal ni

"Humaira nak tahu tak macam mana Humaira luahkan perasaan Humaira dulu?"

Malu-malu Adreanne menolak dagu ke depan.

"Abang tengah minum air sirap limau yang nenek bancuh. Lepas tu, tiba-tiba Humaira datang dekat abang dan beri abang bunga tahi ayam. Sambil Humaira hulur bunga tu, Humaira cakap macam ni..."

Edirul Fahmi berdehem dua kali, membetulkan kotak suara.

"Abang Edy, abang Edy nak tahu tak... Kita kan dah lama minat abang Edy. Besar nanti kita nak kahwin dengan abang Edy. Abang Edy janji, abang Edy boleh kahwin dengan kita je bila kita dah besar. Nah, terimalah bunga yang kita petik dekat tepi rumah nenek tu!" Edirul Fahmi mengajuk. Serentak dia ketawa kuat.

Kelakar betul bila teringatkan telatah Adreanne waktu tu. Adreanne yang berseluar bunga-bunga pink tapi berbaju kuning itu betul-betul menggeletek hati dia 17 tahun yang lalu.

Apabila Adreanne sembam muka di dada dia, makin gamat Edirul Fahmi ketawa.

"Hesy, tak malu betul budak kecil tu datang confess dekat abang dulu. Abang pun tak tahulah macam mana Humaira boleh cakap macam tu dulu." Edirul Fahmi ketawa lagi.

"Habis, kenapa abang kahwin dengan Aira? Abang kan dah reject Aira masa tu." Berbalam-balam suara Adreanne.

"Mestilah abang reject Humaira dulu. Ada ke patut Humaira beri bunga tahi ayam dekat abang? Patutnya berilah gasing ke, bunga ros ke. Ni tak, bunga tahi ayam tu jugalah yang Humaira beri. Macam tak ikhlas je nak ajak abang kahwin masa tu," perli Edirul Fahmi.

Adreanne turut ketawa tatkala teringatkan peristiwa tersebut.

"Hesy, manalah Aira tahu! Aira ingat sama je semua bunga. lagipun pokok bunga ros nenek tu banyak duri. Tak beranilah Aira nak ambil," balas Adreanne.

"Amboi, yang panjat pokok rambutan tinggi-tinggi tu awak tak takut pula!" Edirul Fahmi memerli.

Adreanne cuma ketawa. Seketika dia teringatkan sesuatu.

"Oh, patutlah!" Tiba-tiba Adreanne menjerit.

Berkerut seribu dahi Edirul Fahmi. Isteri dia ni dah kenapa? Tadi bukan main lagi menangis. Sekarang, menjerit pula.

"Patutlah apa?" soal Edirul Fahmi.

"Patutlah beria-ia sangat nenek nak kahwinkan Aira dengan abang. Lepastu, masa majlis tunang kita dekat rumah nenek tu... abang nampak macam dah biasa dengan kawasan situ. Tak ada sesat pun walaupun abang kata angah yang datang tolong abang..." cebik Adreanne.

Edirul Fahmi ketawa lepas. "Memanglah. Kan nenek dah janji dengan atuk dulu."

Adreanne cuba merungkai pelukan tangan Adreanne. Tapi, makin dirungkai, makin kuat Edirul Fahmi memeluk dia.

"Abang tipu Aira." Adreanne sebal.

"Tipu? Tipu apa pula?" Edirul Fahmi balas dengan soalan.

Monyok muka Adreanne. "Abang kata, abang first time datang Pahang. Abang tipu."

Edirul Fahmi ketawa kecil. Hesy, benda remeh-temeh macam ini pun dah nak merajuk.

"Mana ada abang tipu Humaira. Betul lah, itu kali pertama abang datang Pahang. Tapi lepas atuk meninggal lah," seloroh Edirul Fahmi.

Ditampar kuat bahu Edirul Fahmi. Adreanne geram. "Abang ni, main-main pula!"

"Mana ada abang main-main. Abang cakap benda betullah. Lepas je atuk meninggal, abang dah tak pergi Pahang. Sampailah majlis tunang kita yang ada orang tu tiba-tiba tak nak bertunang..."

Adreanne mendengus. Dicubit pula tepi perut Edirul Fahmi.

"Abang, tak naklah ungkit-ungkit!" marah Adreanne.

Edirul Fahmi menyeringai. Pedih perut dibuatnya.

"Aduh, sayang! Sakitlah. Apa ni cubit-cubit abang?"

Perlahan-lahan Adreanne lepas ketaman di perut Edirul Fahmi. Dia rasa bersalah.

"Err... Sakit sangat ke?" Seperti orang dungu Adreanne bertanya.

Edirul Fahmi mencubit pipi Adreanne geram.

"Sakitlah! Sayang tu dah macam ibu ketam, sikit-sikit nak cubit abang. Kalau tak cubit, tampar abang. Kesian abang ni asyik jadi mangsa Humaira je..."

Adreanne tayang sengih. Dia pun tak tahu kenapa jari dan tangan dia ni ligat je nak bekerja sejak-sejak dah jadi isteri orang.

"Aira minta maaf. Tak boleh nak control jari ni."

"Hmm, sekarang ni jom kita masuk bilik kita. Nanti bising pula adik ipar kesayangan sayang tu," ajak Edirul Fahmi. Dia bangun perlahan-lahan lalu bersandar di kepala katil.

"Jom!"

Baru Adreanne berura-ura untuk bangun, dia dah dicempung dari belakang. Sekelip mata, tubuh dia terasa di awanan.

"Abang! Turunkan Aira lah!" terjerit kecil Adreanne.

Edirul Fahmi tersenyum nakal. Bibir diherot sedikit ke tepi. "Tak nak."

Dada Edirul Fahmi ditumbuk perlahan. Cemberut muka Adreanne. Adreanne mencuba nasib lagi sekali.

"Turunkan lah Aira, abang. Nanti kalau orang nampak macam mana?"

"Hmm kalau orang nampak... Kita biarkan je lah. Macam Humaira cakap dekat abang dulu-dulu, ada mata, tengoklah!" Edirul Fahmi mengusik.

"Hesy, abang ni! Aira nak turun, please..." Terkelip-kelip mata Adreanne.

"Sorry, sayang. Abang ni jenis tak 'jalan' kalau Humaira setakat pujuk guna muka comel je. Lagipun, nak malu apa? Kita berilah orang single cemburu," balas Edirul Fahmi selamba.

Tombol pintu bilik Nana dipulas dengan sebelah tangan. Bilik tidur mereka menjadi tujuan.

Berdiri saja di muka pintu, pintu ditolak guna kaki kanan dan dikunci tombolnya.

Perlahan-lahan Edirul Fahmi baringkan Adreanne di atas katil. Dia berbaring di sebelah sambil memeluk pinggang Adreanne.

"Abang..." panggil Adreanne.

"Hmm..."

"Abang dah tidur ke?"

Diam.

"Abang?"

Sunyi lagi.

Adreanne pusing tubuh untuk mengiring. Patutlah Edirul Fahmi tak menjawab, dah tidur rupanya. Wajah tenang Edirul Fahmi ditatap puas. Tangan yang tadi berada di sisi turut naik mengusap pipi Edirul Fahmi.

"Aira tak tahu kenapa Aira tak ingat abang langsung. Memori tu macam samar-samar. Tapi, masa mula-mula Aira nampak abang dekat Aeon dulu, Aira dapat rasa yang muka abang ni familiar sangat. Cuma, Aira tak dapat nak tangkap siapa abang sebenarnya."

Edirul Fahmi terasa tidurnya diganggu apabila jari Adreanne bermain di batang hidungnya.

"Jujur Aira cakap, masa majlis pertunangan kita dulu tu Aira yakin yang abang jodoh Aira. Tapi, Aira takut kalau Aira tersilap langkah. Dan... entah kenapa, tiba-tiba je rasa tak sedap hati. Aira takut nak teruskan pertunangan kita. Tapi, abang berjaya pujuk Aira sampai masa tu Aira rasa malu sangat dengan abang..."

Adreanne tersenyum kecil. Mana mungkin dia lupakan saat-saat getir tu. Dia ingat lagi betapa berangnya Puan Aminah pada ketika itu. Mujur juga Edirul Fahmi bijak memujuk dia.

Edirul Fahmi tak pernah gagal dalam memujuk dia. Setiap kali dia berada dekat dengan Edirul Fahmi, dia rasa disayangi sangat.

"Aira malu dengan abang tapi sebab ego, Aira tak nak nampak Aira lemah. Jadi, Aira decide untuk terus berkasar dengan abang. Sampailah malam sebelum kita akad nikah tu, mama datang tegur Aira. Mama cakap, Aira kena ubah cara Aira bercakap dengan abang. Sebab tu, Aira ubah cara Aira bercakap padahal masa tu Aira rasa nak marah. Satu je Aira fikir masa kena tegur dengan mama tu, kalau Aira berlembut dengan abang, nanti abang ingat Aira dah kalah dengan abang. Mana boleh macam tu," sambung Adreanne lagi sambil tertawa.

"Tapi, lepas kita kahwin, abang tak pernah gagal jadi suami yang baik untuk Aira. Abang banyak sabar dengan Aira walaupun Aira nakal sangat. Terima kasih abang sebab selalu bersabar dengan Aira."

Adreanne membalas pelukan Edirul Fahmi. Muka disembam ke dada Edirul Fahmi.

"Aira minta maaf sebab Aira banyak berkasar dengan abang dulu. Aira terus-terusan menghukum abang sedangkan Aira sendiri tak tahu kenapa Aira jadi macam tu.

Mula-mula memanglah Aira marah sangat bila kena paksa kahwin. Tapi, lama-lama Aira sedar yang itu takdir Allah. Takdir yang Aira tak boleh nak bantah dan Aira tak ada hak nak melawan. Maafkan Aira, abang. Aira banyak buat salah dengan abang..." ucap Adreanne sambil menangis. Malam ini je dah berapa kali tangisan dia berlagu.

"Abang maafkan sayang... dah lama abang maafkan Humaira..."

Balasan dari Edirul Fahmi mengesakkan lagi tangisan Adreanne.

"Aira sayangkan abang. Aira sedar yang Aira sebenarnya dah cintakan abang," luah Adreanne dari sebalik dada.

Edirul Fahmi tersenyum lebar. Akhirnya, hari yang dia tunggu-tunggu, masa yang dia nanti-nantikan dah tiba. Dicium lama atas kepala Adreanne.

"Dah lama abang tunggu sayang luahkan perasaan sayang macam ni. Abang pun sayangkan Humaira. Abang cintakan Humaira. Dah, tak nak nangis macam ni lagi. Dah macam badut dah hidung Humaira," pujuk Edirul Fahmi.

"Janji dengan Aira yang abang takkan tinggalkan Aira?"

"Ya, abang janji. Mana boleh abang tinggalkan isteri abang yang cantik ni. Ingat senang ke abang nak jalankan Misi Mencuri Hati Humaira? Humaira pun kena janji dengan abang yang Humaira takkan tinggalkan abang."

"Aira janji."

Dongak saja kepala, bersabung dua pasang mata. Walaupun tiada kata yang terucap, masing-masing dapat menebak apa yang hati mereka inginkan.

"Terima kasih, abang. Abang adalah anugerah terindah yang Allah dah beri kepada Aira."

Edirul Fahmi tersenyum lebar. Dicium setiap inci muka Adreanne penuh rasa kasih.

"These lips..."

Bibir Adreanne berwarna merah asli diusap dengan ibu jari. Edirul Fahmi tunduk merapatkan muka mereka.

"I want to taste them badly," bisik Edirul Fahmi romantis.

Dua ulas bibir bercantum. Dua keping hati memainkan rentak yang sama. Dan dua keping mata saling terpejam menikmati keindahan cinta yang disemai.

------

EDIRUL Fahmi tersenyum sendiri tatkala memori semalam terlayar di benak fikiran. Wajah Adreanne yang masih tidur beralaskan dadanya ditatap sayang. Pelukan dieratkan.

Pada mulanya, memang dia ingin terus tidur sebaik sahaja merebahkan badan. Tapi apabila mendengar luahan Adreanne, ditahan juga kantuk.

"Sayangku Humaira, bangun... Dah Subuh ni." Edirul Fahmi tepuk perlahan bahu Adreanne.

Terpisat-pisat Adreanne membuka mata. Tangan naik menggosok mata bagi menghilangkan kantuk.

"Kan abang pernah pesan, jangan gosok mata tu," tegur Edirul Fahmi.

Tangan Adreanne yang menggosok mata ditangkap dan digenggam kemas. Dibelai penuh sayang rambut Adreanne.

"Sayangku Humaira, bangunlah... Kita solat Subuh sama-sama," pujuk Edirul Fahmi.

Adreanne menggeliat kecil.

"Hmm five minutes. Aira mengantuk sangat ni." Adreanne menggumam.

Menggeleng kepala Edirul Fahmi. Dia meniup perlahan telinga Adreanne. Tergeliat Adreanne menahan geli.

"Sayangku Humaira... Humaira nak bangun sendiri ke nak abang tolong bangunkan?" tanya Edirul Fahmi dalam keadaan berbisik.

Adreanne berdecit. Tangan yang kemas memeluk Edirul Fahmi dijatuh ke sisi. Adreanne baring menelentang.

"Abang solatlah dulu. Aira betul-betul mengantuk ni..." jawab Adreanne. Gebar ditarik menutupi separuh mukanya.

"Abang tak nak solat sorang-sorang. Abang nak solat dengan Humaira..." balas Edirul Fahmi, tak nak mengalah.

Adreanne merungut. "Hmm Aira mengantuk ni."

"Nak abang cium dulu baru nak bangun ke?" Edirul Fahmi mula mengugut.

Adreanne tersentak. Cium?! Serta-merta peristiwa semalam berulang-tayang. Tanpa sebarang kata, mencicit Adreanne lari masuk ke dalam tandas.

-------

"MOMMY, ada apa-apa yang Aira boleh tolong ke?" tegur Adreanne.

Datin Fatimah yang sedang menggoreng bihun berpaling. "Mummy dah siap masak dah. Tapi kalau Aira nak tolong juga, Aira tolong bancuhkan air teh. Boleh ke?"

"Boleh," jawab Adreanne.

"Macam mana kehidupan lepas kahwin? Seronok?" Berbasa-basi Datin Fatimah.

"Okey je. Nak kata best tu, bolehlah..." jawab Adreanne sambil tersenyum nipis.

"Alhamdulillah, sejuk hati mummy dengar Aira cakap macam tu."

"Aira hidangkan air teh ni dekat depan dulu, mummy..." ujar Adreanne.

Datin Fatimah mengangguk.

"Lepastu Aira naik atas, panggilkan angah. Mummy pun dah siap masak ni. Dah boleh dah kalau kita nak bersarapan sekali," suruh Datin Fatimah.

Usai meletakkan teko yang berisi teh di atas meja makan, Adreanne mengorak langkah ke aras atas.

"Eh! Aira nak ke mana ni?" tegur Edrina.

"Aira nak panggilkan Edy. Kak long turunlah dulu, makanan dah siap hidang dah tu," balas Adreanne.

Aqeef yang berada di dalam dukungan Edrina dicuit hidungnya. Laju Aqeef menepis jari Adreanne.

"Dah siap hidang? Maaflah, kak long sibuk mandikan Amani dan Aqeef tadi. Tak sempat nak tolong Aira dan mummy dekat dapur," beritahu Edryleanna serba salah.

"Tak ada apa lah, kak long. Aira turun bawah tadi pun mummy dah nak siap goreng bihun. Aira sempat tolong bancuhkan air je."

"Kalau Aira dah cakap macam tu, apa lagi kak long boleh balas, kan? Dah, pergilah panggilkan angah tu. Nanti lambat pula kita breakfast pagi ni."

------

"ABANG, jom turun breakfast."

Edirul Fahmi yang sedang memakai tali leher menoleh. Digamit Adreanne supaya datang mendekat.

"Kenapa?" soal Adreanne sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Edirul Fahmi.

"Tolong pakaikan abang tali leher ni, boleh? Tapi pakaikan abang tali leher je tau. Humaira jangan cekik abang pula." Edirul Fahmi bergurau.

"Tadi kan abang tengah pakai tie. Tak kan tak siap-siap lagi?" Sekali lagi Adreanne menyoal.

Tak silap Adreanne, semasa dia melangkah masuk tadi Edirul Fahmi dah mengikat tali leher. Tapi sekarang, rupa tali leher pun tak nampak.

Edirul Fahmi geleng bersama sengihan. Dipaut pinggang Adreanne dengan sebelah tangan.

"Abang baru nak pakai. Dah alang-alang Humaira masuk, boleh kan Humaira pakaikan abang tali leher ni?"

Adreanne mencebir. Mengada!

"Hmm, yalah."

"Sayang..." panggil Edirul Fahmi meleret.

Adreanne juling mata. Sejak-sejak dia dan Edirul Fahmi dah meluah perasaan semalam, makin manja pula suaminya itu.

"Nak apa?" Malas-malas Adreanne bertanya.

"Abang nak morning kiss, boleh?" Edirul Fahmi buat permintaan.

Kan Adreanne dah kata, mesti ada makna punya.

"Tak." Pendek jawapan Adreanne.

Edirul Fahmi tak puas hati. "Tapi, malam tadi tu..."

Terdengar sahaja perkataan 'malam tadi' keluar dari mulut Edirul Fahmi, cepat-cepat Adreanne memintas.

"Dah. Dah siap dah." Adreanne berpaling untuk keluar dari bilik.

Malamg tak berbau tatkala Edirul Fahmi lebih pantas mengemaskan pelukan di tubuh Adreanne. Hampir tersembam muka Adreanne pada dada Edirul Fahmi.

"Sayangku Humaira, awak nak lari ke ni?" Edirul Fahmi menjerat.

"Mana ada. Kan semua orang dah tunggu kita dekat bawah," nafi Adreanne, langsung tak diangkat muka. Tak mampu Adreanne nak menatap sepasang mata Edirul Fahmi lepas apa yang jadi malam tadi.

Adreanne sendiri kurang pasti dari mana datang keyakinan yang begitu tinggi untuk dia meluah perasaan semalam.

"Betul ke sebab diorang semua dah tunggu kita dekat bawah?" jerat Edirul Fahmi sekali lagi.

"Betul lah!" Laju Adreanne menjawab.

Edirul Fahmi pandang Adreanne curiga. "Bukan sebab Humaira malu dengan abang ke?"

"Mana ada Aira malu dengan abang."

"Kalau sayang tak malu, kenapa pagi tadi keluar bilik awal sangat? Solat pun tak tunggu abang."

Subuh tadi, keluar saja Edirul Fahmi dari bilik air, kelibat Adreanne dah lesap. Apa yang buatkan Edirul Fahmi semakin yakin Adreanne sudah selesai solat, sejadah yang terbentang di atas lantai.

"Aira nak tolong mommy siapkan breakfast," jawab Adreanne.

"Betul ni?"

Adreanne mengangguk. Matanya masih tak diangkat untuk membalas renungan Edirul Fahmi.

"Tak tipu abang?"

Laju Adreanne menggeleng.

"Kalau macam tu, kiss abang dulu."

Buntang mata Adreanne. Gila ke nak suruh dia cium Edirul Fahmi?! Malu pun tak hilang lagi ni.

"Gatal!" cebir Adreanne.

Edirul Fahmi pandang Adreanne nakal. "Habis, semalam tu Humaira tak gatal ke? Curi-curi cium abang lagi..."

Adreanne pantas mencubit tangan Edirul Fahmi. "Lepas."

"Tak nak."

"Eh, abang ni! Lepaslah!"

"Abang tak nak lepas selagi abang tak dapat morning kiss daripada Humaira," ugut Edirul Fahmi.

"Mengada!"

"Biarlah abang nak mengada pun. Mengada dengan isteri sendiri, bukan perempuan lain."

"Kalau rasa nak kena sepak macam dulu, cubalah menggatal dengan perempuan lain." Keras Adreanne membalas.

Edirul Fahmi gelak. Marah-marah pun comel.

"Kalau macam tu, kiss lah abang."

Tok! Tok! Tok! Beralih pandangan Edirul Fahmi dan Adreanne ke arah pintu.

"Angah dengan kak Aira buat apa lagi? Turun cepat, mummy dah bising."panggil Nana dari luar bilik.

"Ya! Kejap lagi kitorang turun!" balas Edirul Fahmi, turut sama menguatkan suara.

"Cepat sikit!" desak Nana sebelum dia kembali turun ke dapur.

Edirul Fahmi menoleh ke arah Adreanne. Tersengih dia apabila Adreanne menjeling.

"Cepat Humaira, kiss abang. Jangan sampai mummy pula yang datang panggil kita. Sebab abang memang tak rasa nak turun bawah lagi." Edirul Fahmi memeras ugut Adreanne.

Adreanne garu dahi. Nampak gaya, memang terpaksalah dia tunaikan permintaan Edirul Fahmi.

"Tapi abang kena tutup mata dulu," suruh Adreanne

"Kenapa nak kena tutup mata pula? Cium je lah," bentak Edirul Fahmi.

"Cepat abang... Aira tengah baik hati nak sedekahkan bibir Aira dekat muka abang ni," ugut Adreanne pula.

Edirul Fahmi mengalah. Dipejam mata seperti yang dipinta oleh Adreanne.

Adreanne tolak muka dia menghampiri pipi Edirul Fahmi. Terbuntang mata dia apabila Edirul Fahmi tiba-tiba menoleh ke kanan.

Ciuman yang sepatutnya berlabuh di pipi kanan Edirul Fahmi tersasar dan menyebabkan dua ulas bibirnya menindih bibir Edirul Fahmi.

"Hmm rasa strawbery. Manis," komen Edirul Fahmi. Jilat ulas bawah bibir.

Adreanne malu. Laju Adreanne melangkah keluar dari bilik.

"Humaira, tunggulah abang. Laju-laju ni nak ke mana?" tutur Edirul Fahmi sambil tangan laju mencari tangan kiri Adreanne sebelum digenggam kemas.

"Thanks for the kiss. Abang suka," bisik Edirul Fahmi perlahan di telinga si isteri.

------

"AD tahu tak, kecoh satu pejabat pasal Encik Fahmi dan Ad pagi tadi," cerita kak Som.

Adreanne yang baru nak letak beg tangan di dalam laci meja menoleh.

"Kecoh pasal apa pula, kak?"

"Kecoh pasal Encik Fahmi kejar Ad semalam, lepastu kecoh pula pasal hubungan Encik Fahmi dan Ad. Sampai hati Ad tak beritahu akak pun yang Ad ni isteri Encik Fahmi." Kak Som berjauh hati.

Kunci saja laci bawah, Adreanne capai tangan kak Som.

"Maaflah, kak Som. Saya bukan sengaja nak rahsiakan benda ni. Tapi saya tak nak lah ornag fikir saya dapat intern dekat sini guna cable."

Kak Som tarik sengih. "Akak berlakon je, Ad. At least Ad berilah hint dekat akak yang Encik Fahmi tu suami Ad. Tak pasal akak panggil dia abang ikan."

Tergelak Adreanne mendengar rungutan kak Som. Tu semua Hawa punya kerjalah. Tak habis-habis dengan gelaran 'abang ikan' tu.

"Shh... Akak jangan risaulah. Encik Fahmi tu tak tahu pun akak panggil dia abang ikan," pujuk Adreanne.

Barulah Kak Som dapat menarik nafas lega. Risau juga dia kalau-kalau Edirul Fahmi marah.

"Eh, tapi hari tu Ad cakap suami Ad kerja biasa-biasa je! Ini luar biasa, Ad. Suamiku supervisorku. Dah macam tajuk novel," usik kak Som.

"Hesy, ada-ada je lah kak Som ni. Dah lah kak, Ad nak ke tandas sekejap." Adreanne minta diri.

------

"AD dah tahu ke pasal Tiara?" soal Naufal.

Tahu saja yang Adreanne dan Edirul Fahmi dah berbaik, dia turut memanjatkan kata syukur. Tapi memikirkan ada satu hal yang boleh memberi kesan yang sama, Naufal khuatir.

Terngadah Edirul Fahmi. Tiara? Dah lama dia tak dengar khabar Tiara.

"Tak, aku pun malas nak cerita pasal Tiara tu sebab Humaira memang tak kenal Tiara lagi. Kenapa kau tanya?" soal Edirul Fahmi kepada Naufal.

"Tiara dah balik Malaysia. Hujung minggu lepas rasanya." Naufal seakan ingat-ingat lupa akan khabar yang baru diketahui.

Edirul Fahmi terkejut. "Mana kau tahu?"

"Aku kan follow Tiara dekat Instagram. Tiara ada post gambar dia dekat Pulau Redang tiga hari lepas kalau tak silap aku. Pergi bercuti agaknya," beritahu Naufal.

Edirul Fahmi terdiam. Dia memang malas nak ambil kisah pasal Tiara. Lebih-lebih lagi dia pun dah lama tak berjumpa Tiara.

"Aku rasa, kau patut cerita dekat Ad pasal Tiara. Yalah, Tiara tu kan kerap datang rumah kau bila dia balik Malaysia. Nanti dia tiba-tiba datang, terkejut pula isteri kesayangan kau tu," ujar Naufal sekadar memberi pendapat.

Edirul Fahmi bertambah kusut. Perlu ke dia ceritakan kepada Adreanne tentang gadis bernama Tiara itu? Serta-merta seraut wajah Tiara terlayar di kotak fikiran.

Ah, kusut!

•••••••

Okay, siapa Tiara ni sebenarnya? Irine 2.0 ke?

Btw, Afro nak tanya, kalau cerita ni lebih 60 chapter, korang okay tak? Sebab jalan cerita ni panjang lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro