♛ Bab 41
"HUMAIRA!" Pantas Edirul Fahmi mengejar langkah Adreanne.
Lepas saja Adreanne ternampak apa yang berlaku di dalam biliknya, terus Adreanne melangkah keluar. Sempat juga dia serahkan fail yang berisi penyata kewangan kepada kak Lina.
Staf-staf di aras lapan itu jelas terpinga-pinga tatkala ternampak langkah dia dikejar oleh Edirul Fahmi.
"Kenapa tu? Ada drama cinta tiga segi ke dalam bilik Encik Fahmi?"Jelas di pendengaran Adreanne suara seorang staf yang berseloroh.
Adreanne tahan rasa dalam hati. Salah ke kalau dia nak bersendirian buat sementara waktu dulu? Salah ke kalau dia sakit hati bila suami sendiri berada dalam keadaan yang mencurigakan dengan seorang wanita? Lebih-lagi wanita itu ialah Irine, perempuan yang menaruh hati kepada suaminya.
"Humaira, stay where you are!" tegas Edirul Fahmi memberi arahan. Mengah dia nak mengejar langkah seribu Adreanne.
Adreanne pekakkan telinga. Arahan Edirul Fahmi diendahkan. Sakit hati? Sikitlah. Tapi, dia lebih kepada nak bersendirian. Biarlah dia bertenang dulu.
"Humaira, I said stop where you are!" Suara Edirul Fahmi melengking kuat.
Adreanne tetap dengan pendirian sendiri. Dia melangkah masuk ke dalam tandas perempuan lalu dikunci pintu.
"Ah, lelaki semua sama! Sebelum kahwin bolehlah berjanji macam-macam. Dah kahwin, semua janji pun terbang macam babi terbang," rengus Adreanne.
Entah bila airmata bertakung Adreanne sendiri tak perasan. Sedar-sedar je ada air jernih yang menuruni lekuk pipi.
"Hesy... jangan nangislah, bodoh! Kalau aku takda pun dia ada Irine."
Adreanne kesat airmata dengan hujung lengan. Kasar. Dicubit-cubit lengan sendiri bila airmata masih lagi merembes laju.
"Jangan nangis, Ad. Jangan nangis. Kau tak hilang dia, dia yang hilang kau," pujuk Adreanne kepada diri sendiri.
Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu buatkan Adreanne mendongak.
"Ad, ni akulah... Hawa. Kau okey tak? Buka pintu ni, please?"
Berselang-seli ketukan di pintu dengan rayuan Hawa. Perlahan-lahan Adreanne buka pintu. Tersembul muka risau Hawa.
"Ad!"
Serta-merta tubuh Adreanne ditarik ke dalam pelukan. Adreanne berpura-pura gelak.
"Hesy, kau ni... Buat macam aku kena culik pula!" tempelak Adreanne. Over betul si Hawa ni.
Hawa lepaskan pelukan di tubuh Adreanne. "Mulut kau kan... Hesy! Aku risau tau tak? Kau okey tak ni?"
"Aku okey lah. Apasal pula tak okey?" Adreanne cuba,mengukir senyuman.
"Tadi tu..."
Cepat-cepat Adreanne memintas percakapan Hawa.
"Dahlah, aku tak nak cakap pasal tu lagi dah. Dia ni kahwin lima sekalipun pergi mampus!"
Hawa ketap bibir. Hesy, nak sangat merasa ada madu lima ke si Adreanne ni?
"Oh! Sebelum aku lupa..."
Adreanne toleh ke arah Hawa. Bila Hawa jongket kening, Adreanne menyambung.
"Kau drive kan harini?"
Hawa angguk. "Haah, kenapa?"
"Aku car pool dengan kau balik nanti. Tapi, kau hantar aku dekat rumah mak mertua aku," beritahu Adreanne.
"Okey. Tapi, kau dah minta izin laki kau ke?"
"Aku ada laki ke? Macam takda je..."
Terus Adreanne berjalan keluar tanpa menunggu Hawa. Hawa pula dah melopong. Apa yang pasti, Adreanne betul-betul marah.
------
ADREANNE berhenti melangkah. Sosok Edirul Fahmi yang setia menunggu di luar tandas perempuan memenuhi penglihatan Adreanne.
Mulut yang sedikit terbuka kerana terkejut tadi Adreanne tutup. Bagai tiada apa-apa yang berlaku 30 minit yang lepas, Adreanne melintasi Edirul Fahmi.
"Humaira..." Edirul Fahmi sambar lengan Adreanne yang masih berlapik dengan kemeja berwarna biru gelap.
Adreanne merentap kuat sekaligus menguraikan tautan tangan Edirul Fahmi di lengannya.
"Encik Fahmi nak sexual harassment saya pula ke?" perli Adreanne.
Meluap-luap rasa marah Edirul Fahmi. Tapi memikirkan yang Adreanne dah salah faham, dipadam juga api kemarahan.
"Watch your words, Humaira. Dengar dulu apa yang saya nak explain," tegur Edirul Fahmi lembut.
Adreanne menyilang tangan. Nanti tak pasal-pasal Edirul Fahmi main pegang je tangan dia macam tadi.
"Kenapa pula saya nak kena dengar apa Encik nak explain? Encik lupa ke yang saya ni cuma student intern bawah seliaan Encik je," perli Adreanne lagi.
"Humaira, awak lupa ke yang awak tu ist-"
"Encik, kita dekat pejabat ni. Saya pun ada banyak lagi kerja nak buat selain berdebat dengan Encik dekat sini. Saya minta diri dululah ya," pamit Adreanne.
Tak menunggu balasan daripada Edirul Fahmi, laju Adreanne berjalan ke kubikel miliknya. Langsung tak dihirau pandangan staf lain yang asyik tertoleh ke arah dia.
"Sabarlah, Edy. Beri Ad tu masa untuk sejukkan hati dulu. Sekarang ni jom, kita ada meeting dekat luar."
Naufal menepuk bahu Edirul Fahmi. Dia tahu apa yang terjadi pun sebab dia antara saksi yang mendengar jeritan Edirul Fahmi dan Irine yang bersilih ganti.
Edirul Fahmi paksa diri untuk senyum. "Jomlah, lambat pula kita nanti."
Sambil menunggu lif, Edirul Fahmi menghantar mesej kepada Adreanne.
Edirul Fahmi
Balik nanti tunggu saya, kita bincang.
-------
WALAUPUN Adreanne baca kiriman mesej yang dihantar oleh Edirul Fahmi, dia tetap dengan pendirian dia untuk pulang bersama Hawa.
Sempat juga Hawa berpesan supaya berbincang elok-elok dengan Edirul Fahmi semasa di dalam kereta tadi. Tapi, Adreanne sekadar mengangguk walaupun tak ikhlas.
"Assalamualaikum, along!"
Adreanne paksa diri untuk ceriakan suara. Sampai saja di bilik, terus Adreanne mendial nombor Adzim.
"Waalaikumsalam. Aira baru balik kerja ke tu?" sapa Adzim.
"Haah, baru sampai je ni!" jawab Adreanne.
Lama Adzim menanti Adreanne untuk membuka topik perbualan. Tapi, Adreanne cuma diam.
"Aira... Okey tak tu?" tanya Adzim dengan nada risau.
Adreanne yang dia kenal seorang yang mulut murai. Bila Adreanne diam, dia tahu Adreanne ada sorokkan sesuatu daripadanya.
"Aira?" panggil Adzim sekali lagi.
Tiba-tiba tangisan Adreanne yang menjadi balasan. Adzim kaget.
"Aira dekat mana ni? Edy ada sekali tak tu? Ke Aira sorang-sorang sekarang?" Kalut Adzim bertanya.
"Aira ada dekat rumah parents Edy. Kitorang tidur sini malam ni," jawab Adreanne dalam sedu.
Barulah Adzim dapat menghela nafas lega. Risau sungguh kalau-kalau terjadi sesuatu kepada Adreanne.
"Cuba cerita dekat along, kenapa Aira nangis ni? Edy ada buat apa-apa ke?" selidik Adzim.
Dengar saja nama Edirul Fahmi meniti di bibir Adzim, makin lebat airmata Adreanne menuruni lekuk pipi.
Adreanne mengaku, dia dah jatuh cinta kepada suami sendiri. Usah ditanya sejak bila kerana dia sendiri tak pasti.
Adzim yakin tekaan dia tepat. Kalau tidak, tak mungkin Adreanne boleh menangis teresak-esak begini.
"Aira tak nak share dengan along ke apa yang Edy dah buat dekat adik kesayangan along ni?"
"Dia... D- Dia cu... Curang..." Tersedu-sedu Adreanne menjawab.
Adzim beristighfar dalam hati. Susah untuk dia percaya yang Edirul Fahmi berlaku curang terhadap Adreanne. Tapi dalam masa yang sama, susah juga untuk dia tak percayakan darah daging sendiri.
"Aira sure ke Edy curang? Along kenal Edy, dan along tak rasa dia akan curang," tukas Adzim.
Adreanne tahan rasa pedih di hati. Rasa ditoreh hati dia dengan Adzim yang jelas ragu-ragu terhadap apa yang dia kata.
"Along... Along tak percayakan Aira ke?" tanya Adreanne sayu.
"Tak, along percayakan Aira. Tapi along tak nak Aira salah menghukum Edy. Aira dah bincang dengan Edy ke belum?" Adzim memujuk.
"Takda apa yang perlu dibincangkan lagi. Aira nampak dengan mata kepala Aira sendiri yang dia duduk berdua-duaan dengan perempuan lain dalam office dia. Perempuan tu pun memang ada hati dekat Edy," balas Adreanne.
Adzim mengeluh. Dia sendiri tak pasti dia patut berpihak kepada siapa.
"Duduk berdua-duaan tak semestinya curang, Aira. Mana tahu diorang ada bincang hal kerja ke, kan? Lagipun, tu kan pejabat."
Adreanne rasa nak menjerit tapi dia sedar yang sekarang dia berada di rumah Dato Fauzi.
"Bincang hal kerja ke kalau perempuan tu boleh jerit suruh Edy tak datang dekat dengan dia? Edy pun ada tanya dekat perempuan tu kenapa perempuan tu takut sangat padahal dia nak tengok je," cerita Adreanne.
Tak kisahlah kalau Adzim nak cakap dia mereka cerita atau apa, tapi itulah yang dia dengar.
"Kita tak tahu cerita sebenar yang berlaku dalam bilik tu, Aira. Susah kalau kita nak hukum tanpa dengar penjelasan daripada dua-dua pihak. Along nak tanya Aira, pintu bilik Edy berkunci tak masa Aira nampak tu?"
Sambil bercakap di telefon dengan Adreanne, bergunung rasa marah Adzim terhadap Edirul Fahmi.
"Pintu tak kunci sebab Aira sendiri yang buka pintu tu," jawab Adreanne.
"See? Kalau Edy betul-betul nak buat benda tak elok, dia dah kunci dah pintu bilik dia. Aira janganlah macam ni, berdosa tau bila kita bersangka buruk dengan orang," nasihat Adzim.
"Aira tak sangka buruk. Tapi, Aira nampak ada tompok darah dekat skirt perempuan tu masa dia berdiri." Adreanne masih berkeras dengan telahan sendiri.
Ya, itulah yang membuatkan airmata Adreanne menitik. Terkenangkan tompok darah di kain kembang Irine tadi betul-betul buatkan dia dihantui oleh anasir-anasir negatif.
Ditambah pula dengan amarah Irine yang merayu supaya Edirul Fahmi tak mendekat dan balasan "yang you takut sangat ni, kenapa? Bagi I tengok, please..." daripada Edirul Fahmi buatkan dia tak mampu nak bersangka baik lagi.
Mengucap panjang Adzim mendengar.
"Nanti Edy balik, Aira tanya baik-baik dekat dia pasal apa yang jadi. Sekarang ni, Aira pergi rehat dulu. Tenangkan fikiran Aira. Along tak nak Aira stress-stress macam ni," lembut Adzim memujuk.
------
TELEFON yang berdering minta diangkat Edirul Fahmi sambung ke pembesar suara.
Walaupun jam hampir menginjak ke angka tujuh, Edirul Fahmi masih belum pulang dari pejabat lagi gara-gara tersangkut di dalam kesesakkan lalulintas.
Sampai saja dia di pejabat pukul 5:30 petang tadi, terus dicari kelibat si isteri. Rawan hati dia apabila sosok Adreanne langsung tak kelihatan. Mujurlah ada Hawa yang mengatakan bahawa Adreanne sudah dihantar pulang oleh Hawa sendiri.
"Haa, Edy! Nasib baik kau angkat call aku ni," sembur Adzim usai bertukar salam.
"Kenapa ni kalut-kalut? Ada emergency ke?" tanya Edirul Fahmi walaupun dia seperti dapat mengagak tujuan sebenar Adzim.
Adzim cuba menenangkan diri. Cerita Adreanne langsung bagai kaset rosak yang terngiang-ngiang di kornea telinga.
"Aku dah tahu apa yang jadi antara kau dan Aira." Pendek Adzim membalas.
Muka Edirul Fahmi berubah. "Humaira ada call kau ke?"
Berlapis dahi Adzim tatkala mendengar bunyi hon bersahuta .
"Kau dekat mana sebenarnya ni? Kau tak balik sekali dengan Aira ke? Jadi, betullah yang kau..." Tak sanggup Adzim nak menyebut perkataan yang satu itu.
"Tak, Adzim! Tak. Aku tak curang, Zim. Tolonglah percaya cakap aku," rayu Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi mengusutkan rambut dengan tangan. Dia tahu pasti Adreanne dah menyangka yang dia bermain kayu tiga di belakang Adreanne. Perkataan apa lagi yang sesuai melainkan curang.
"Aku ada mesyuarat dekat luar tadi. Sekarang ni aku dekat atas jalan lagi, sangkut dalam jammed. Humaira balik dengan Hawa tadi," sambung Edirul Fahmi bila dia rasa diri dia dah tenang.
"Aku minta maaf, Edy. Aku takda niat nak cakap kau macam tu. Cuma cerita Aira tadi buatkan aku terfikir benda tu je," ujar Adzim.
"Kau tahu kan Zim macam mana aku sayang sangat Humaira tu. Kau sendiri jadi saksi semua ni. Tak kan lah aku senang-senang je nak duakan dia?" Perlahan suara Edirul Fahmi membalas.
"Aku tahu. Sebab tu, aku susah nak percaya yang kau curang. Tapi kau fahamkan orang perempuan ni macam mana? Kau cubalah terangkan baik-baik dekat Aira tu, InsyaAllah dia terpujuk nanti," pesan Adzim.
Edirul Fahmi mengeluh. Bukan dia tak cuba untuk menjelaskan perkara sebenar. Tapi, Adreanne seolah-olah meletakkan satu benteng di antara mereka berdua.
"Aku dah cuba nak ceritakan hal sebenar dekat Humaira, Zim. Tapi kau tahu kan adik kau tu macam mana, dia bukan nak dengar apa aku cakap."
"Sabarlah... Aku yakin, nanti dia sendiri akan dengar apa kau cakap. Kalau kau boleh pujuk dia untuk teruskan pertunangan korang dulu, kenapa sekarang kau tak boleh nak pujuk dia? Kau sendiri lebih arif dalam hal pujuk-memujuk ni," pujuk Adzim lagi.
Terkuak saja pintu pagar mewah di kediaman Dato Fauzi, Edirul Fahmi parkir kereta di halaman. Usai menarik brek tangan, Edirul Fahmi sandarkan belakang kepala ke kerusi. Tangan naik ke atas dahi.
"Aku minta maaf, Zim. Aku dah mungkir janji nak jaga Humaira baik-baik. Aku tahu dia nangis sebab lepas dia keluar dari tandas tadi, aku nampak mata dia merah. Aku pun tak sangka benda macam ni nak jadi," luah Edirul Fahmi.
"Adat perkahwinan memang begini, Edy. Laut yang kita nampak tenang tu pun kadang-kadang dipukul ombak juga, apatah lagi rumahtangga yang dibina. Aku tak salahkan kau atas apa yang jadi sebab aku sendiri tahu Aira pun ada kelemahan sendiri. Aku yakin, kau dah jaga Aira dengan baik. Kalau tak, Aira tak kan kecewa sampai macam ni sekali."
Adzim tarik nafas dalam-dalam. Ada satu benda yang buatkan dia turut tertanya-tanya dengan apa yang jadi.
"Boleh aku tanya kau satu soalan?" pinta Adzim.
"Tanyalah."
"Aira cerita dekat aku, dia ada nampak tompok darah dekat skirt perempuan yang ada dalam bilik kau tu. Err... Kau dengan dia ada buat apa-apa ke?" Ragu-ragu Adzim bertanya.
Makin kasar Edirul Fahmi menghela nafas. Patutlah Adreanne nampak terluka sangat. Dia sendiri tak sedar hal tu sehinggalah Adzim bertanya.
"Sumpah! Aku takda buat benda tak senonoh pun kalau itu yang kau fikir. Pasal tompok darah tu, aku tak perasan langsung. Aku cuma risau je sebab Irine tiba-tiba jatuh tersungkur. Tapi risau aku tu tak lebih dari seorang ketua kepada anak buahnya, Zim."
Sempat telinga Edirul Fahmi menangkap ayat "Fuh, nasib baik" keluar dari seulas bibir Adzim.
"Aku tak lupa diri dengan status aku lah, Zim. Aku ni hari-hari, setiap masa, angau dekat adik kau tu. Mana sempat dah nak fikir pasal perempuan lain," tambah Edirul Fahmi. Tak puas hati bila kesetiaan dia diragui.
Adzim sengih walaupun dia tahu yang Edirul Fahmi tak nampak.
"Sekarang kan zaman curang-curang ni. Risau jugalah aku kalau kau pun terjebak," seloroh Adzim.
"Hesy, tu namanya nak tempah maut! Tak sanggup aku kena libas dengan penyapu lidi lagi."
Edirul Fahmi gelak lepas.
"Apa pun, terima kasih sebab beritahu aku apa yang Humaira cerita." Edirul Fahmi menyambung.
"Eh, mestilah aku beritahu kau! Aku kan informer tak berbayar kau."
Tamat saja perbualan dengan Adzim, Edirul Fahmi keluar dari perut kereta. Tak sabar rasanya nak masuk rumah. Dia ada misi yang perlu dia selesaikan.
Misi memujuk isteri!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro