♛ Bab 40
ENTAH kenapa Adreanne rasa tak sedap hati sejak pagi lagi. Seperti yang Edirul Fahmi katakan semalam, mereka akan bergerak ke pejabat dari kediaman Dato Fauzi.
Kalau diikutkan, petang ini mereka akan pulang semula ke rumah mereka. Tapi, Amani merengek mahukan Adreanne bermain dengannya.
Tak sanggup nak menghampakan Amani, terus Adreanne pujuk Edirul Fahmi untuk bermalam di rumah keluarganya malam ini.
"Hoi, mengelamun!" sergah Hawa.
Terkejut Adreanne yang sedang melayan perasaan.
"Kau kan... Suka sergah-sergah aku macam tu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung," rengus Adreanne.
Hawa terseringai.
"Kau kenapa ni? Aku perasan, dari pagi tadi kau macam cacing kepanasan. Serabut je muka kau tu," tegur Hawa.
Adreanne harini tak macam Adreanne yang sebelum-sebelum ni. Adreanne lebih banyak berdiam diri. Langsung tak ambil port bila dia dan kak Som bersembang.
"Aku pun tak tahu weh. Rasa tak sedap hati semacam je harini."
Bila Adreanne mengadu perasaan, Hawa rapatkan kerusi ke meja Adreanne.
"Kenapa? Kau ada fikir apa-apa ke?" Hawa mula jadi kaunselor tak bertauliah.
Adreanne geleng. "Tak ada pun. Tiba-tiba je rasa gundah semacam hati aku ni. Aku rasa macam ada benda nak jadilah, Hawa."
"Benda baik ke benda buruk maksud kau?"
"Aku syak benda buruk, sebab aku punya rasa berdebar tu sampai rasa menangis. Macam benda yang nak jadi nanti boleh buatkan aku kecewa," adu Adreanne.
Dia sendiri tak faham kenapa dia boleh rasa begini. Setahu Adreanne, tak ada pula dia mimpi buruk atau overthinking semalam.
"Tak ada apalah, Ad. Mainan perasaan kau je tu," pujuk Hawa. Sungguh, dia harap tak ada benda pelik yang jadi.
Baru Hawa nak berkalih ke mejanya, tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Eh! Kau dah siap ke belum financial statement yang Encik Fahmi nak tu?" soal Hawa.
Sebabkan kak Som dah tahu pasal gelaran 'abang ikan' tu diberikan kepada suami Adreanne, terpaksalah Hawa panggil Edirul Fahmi dengan panggilan yang formal.
Angguk sekali. "Dah, aku baru je siap. Ni nak pergi hantar dekat bilik dialah ni."
Bangkit saja Adreanne dari kerusi, Hawa angkat thumbs up.
"Good luck, weh! Semoga FS kau tu tepat dan takda kecuaian," ucap Hawa.
Adreanne sekadar senyum. FS tu abbreviation untuk financial statement. Dah biasa mereka gunakan terms begitu sejak zaman belajar lagi.
------
KAK LINA yang tunduk meneliti dokumen syarikat Adreanne sapa.
"Eh, Ad! Nak jumpa Encik Fahmi ke?"
Terkejut Kak Lina bila Adreanne dah terpacak di depan meja dia dengan sebuah fail di tangan.
Adreanne angguk. "Encik Fahmi ada ke kak?"
Kak Lina arahkan Adreanne untuk rendahkan badan. Bila badan Adreanne dah separas mulut kak Lina, kak Lina berbisik.
"Ada. Tapi, tadi Cik Irine ada datang bilik Encik Fahmi marah-marah. Rasanya diorang tengah gaduh kot."
"Oh! Kalau macam tu saya duduk situ dululah, kak Lina."
Adreanne tunjuk ke arah sebuah sofa berangkai dua yang terletak berhampiran dengan meja kak Lina.
"Hah, duduklah dulu. Nanti Cik Irine dah keluar akak panggil Ad," balas kak Lina.
Bosan Adreanne menunggu. Apa yang lama sangat Irine dan Edirul Fahmi berdiskusi pun dia tak tahu.
Kalau diikut rasa malas Adreanne, memang nak je dia tinggalkan fail ni pada kak Lina. Tapi, awal-awal lagi Edirul Fahmi dah berpesan supaya dia sendiri yang beri penyata kewangan kepada lelaki itu.
Hampir 15 minit menunggu, tiba-tiba suara Irine menyapa halwa pendengaran dia.
"Fahmi! No... No, jangan dekat! Please, I merayu sangat!"
Ya, itu suara Irine. Suara yang jelas-jelas sedang merayu.
Adreanne ingatkan cuma dia yang mendengar rayuan Irine. Rupa-rupanya, kak Lina turut mendengar. Macam mana dia tahu? Sebab kak Lina angkat muka yang terkejut dan memandang ke arah dia.
"Fahmi, I said no!"
Makin kuat Irine menjerit. Kali ini, bukan setakat Adreanne dan kak Lina yang memandang ke arah pintu bilik Edirul Fahmi yang terkatup. Tapi, hampir semua staf di aras itu turut sama memanjangkan leher.
"Yang you takut sangat ni, kenapa? Bagi I tengok, please..."
Dada Adreanne bergetar hebat. Ya Allah, apa yang tengah jadi dekat dalam tu?
Adreanne kuatkan hati untuk mendekati bilik pejabat Edirul Fahmi walaupun dia tahu banyak mata yang sedang memandang pelik ke arahnya.
-----
"KAK Lina, Fahmi ada?" Kasar Irine bertanya. Sabar dia ni dah tak mampu nak ditahan lagi dah. Rasa nak meletup je sekarang.
Kak Lina telan air liur. Muka Irine tak ubah seperti singa betina.
"Ada, ada. Cik Irine nak jumpa Encik Fahmi ke?" Takut-takut kak Lina menjawab.
Walaupun Irine ni kekwat, kak Lina tetap gerun dengan Irine. Lagi-lagi kalau Irine tiba-tiba mengamuk.
Irine merengus. "Yalah. Tak kan I nak jumpa you pula, hesy."
"Kejap, kak Lina beritahu Encik Fahmi dulu."
Kak Lina angkat gagang telefon. Nombor sambungan Edirul Fahmi ditekan. Apabila Edirul Fahmi mengangkat panggilan, terus kak Lina beritahu tujuan utama dia.
"Ya, kak Lina. Ada apa-apa ke?" soal Edirul Fahmi.
Hairan, biasanya kak Lina akan tekan interkom je. Ini sampai bersambung panggilan ni macam private and confidential sangat.
"Err... Cik Irine nak masuk jumpa Encik Fahmi," beritahu kak Lina sambil mengerling ke arah Irine yang sedang berpeluk tubuh di tepi mejanya.
Edirul Fahmi kerut dahi. Irine? Seingat dia, tak ada pula dia pesan kepada Irine untuk berjumpa dengannya.
"Okey. Kak Lina suruh je dia masuk," balas Edirul Fahmi.
Kak Lina letak gagang telefon ke tempat asal. Dipandang Irine yang sedari tadi tak ubah seperti tak senang duduk.
"Encik Fahmi suruh Cik Irine masuk."
Dengan lenggok, Irine berjalan ke arah bilik Edirul Fahmi. Dipulas tombol pintu tanpa mengetuk terlebih dulu.
Edirul Fahmi angkat muka dari menyemak dokumen di tangan. Dipandang Irine dengan riak tak puas hati.
"Kenapa you tak ketuk pintu dulu? You takda adab ke?" sembur Edirul Fahmi. Geram dia, lebih-lebih lagi apabila melibatkan riak selamba Irine.
"So, what? Bukan you tak biasa I masuk bilik you tanpa ketuk pintu." Irine menyinis.
Edirul Fahmi mendengus. "I tak pernah selesa you masuk bilik I tak ketuk pintu dulu. You tu je yang tak faham bahasa."
"Whatever lah, Fahmi. I ada benda penting nak cakap dengan you sekarang ni."
Edirul Fahmi jeling ke arah tangan Irine. Benda penting? Benda penting apa kalau satu fail pun Irine tak bawa masuk.
"I tak rasa benda yang you nak cakap tu benda penting. You takda bawa any documents pun," perli Edirul Fahmi.
Irine sungging senyum sinis. "Siapa cakap I nak bincang pasal kerja dengan you? I ada benda lain yang lagi penting dari kerja."
"Sorry, I tak layan hal peribadi dekat office. You dipersilakan keluar."
Edirul Fahmi tunjuk ke arah pintu kayu berwarna coklat gelap. Irine buat tak hairan.
"You masih nak suruh I keluar ke kalau I cakap yang I tahu you dah kahwin dengan Adreanne, budak intern tu."
Berubah riak muka Edirul Fahmi tatkala mendengar sebaris ayat Irine. Terus dipandang muka Irine dengan pandangan terkejut.
Irine hempas punggung di atas kerusi bertentangan dengan Edirul Fahmi.
"Kenapa? Terkejut? Heh, ni Irine lah! I know every single detail about you, Fahmi."
Otak Edirul Fahmi belum dapat mencerna apa yang terjadi. Macam mana...
"You nak tanya macam mana I tahu pasal ni?" teka Irine.
Edirul Fahmi bagai dikawal, mengangguk tanpa sedar.
"I dah cakap, I tahu semua benda pasal you. I pun pelik juga bila you buat private wedding. It's fishy. Mungkin Tuhan nak tunjukkan helah you dan isteri you, kot. Sebab tu I boleh terserempak dengan you berdua banyak kali," cerita Irine serba ringkas.
Makin berkerut dahi Edirul Fahmi. Ayat Irine tu nampak sangat macam tengah buruk sangka pada dia.
"Helah apa ni, Irine? You ingat you tengah tulis novel ke nak berkias-kias?"
Irine menjeling. Menyampah. Kalau dia tahu yang Edirul Fahmi ni kuat berhelah, mesti dia tak kan taruh hati pada ketua bahagian sendiri.
"Jangan pura-pura tak tahulah, Fahmi. Kalau bukan helah, kenapa you guys tipu satu department ? Kenapa Ad naik kereta you senyap-senyap? Why not korang tunjuk je yang korang ni suami isteri depan semua staf?"
Barulah Edirul Fahmi faham dengan setiap patah ayat yang keluar dari seulas bibir Irine.
"Kitorang tak berhelah, kitorang cuma tak nak timbulkan spekulasi lain je."
"Heh, spekulasi?" Irine menyinis.
Edirul Fahmi angguk yakin.
"Habis, yang korang berdua naik kereta sekali senyap-senyap tu tak timbulkan spekulasi? Cuba you berterus-terang je dengan I, siapa goda siapa dulu? Atau... Opss!"
Irine tekup bibir. Wajah Edirul Fahmi dipandang dengan mata membulat.
"Jangan cakap yang you dan dia kena tangkap basah? Oh! No, no... You kan stok-stok alim, ni mesti dia yang perangkap you, kan?" Irine membuat telahan sendiri.
Tali leher yang menjerut leher dilonggarkan sedikit. Edirul Fahmi dah tak mampu menahan sabar lagi bila Irine dah mula bercakap yang bukan-bukan.
Tersentak badan Irine tatkala Edirul Fahmi tiba-tiba menghentak meja dengan kuat. Pertama kali dia lihat Edirul Fahmi mengamuk sepanjang lima tahun dia bekerja di sini.
Edirul Fahmi tolak kerusi ke belakang. Sambil bercekak pinggang, dia mencerlung tajam ke arah Irine. Tapi Irine seolah-olah tak terkesan langsung.
"Watch your mouth, Irine! You kalau tak tahu cerita, boleh tak you diam je? You tanya hal peribadi I dekat pejabat ni pun dah salah dah sebenarnya," amuk Edirul Fahmi.
Irine turut sama berdiri. Tangan naik menyilang.
"Oh! Salah I, you nampak pula? What about your faults?" Irine turut sama menyinga.
"Bila masa pula I ada buat salah pada you?"
Kusut kepala Edirul Fahmi dengan ragam Irine. Selama Irine bekerja, jarang sekali dia bersembang berdua-duaan dengan Irine. Biasanya, mereka hanya akan berjumpa atas urusan kerja dan yang menjadi peneman dia sudah semestinya Naufal.
"You tahu I ada hati pada you, Fahmi. Tapi, kenapa you selalu buat-buat tak nampak dengan efforts I? Kenapa you tak pernah reject I depan-depan? Empat tahun bukan tempoh yang sekejap, Fahmi. It's been ages since I fell in love with you, but not at once you rejected me."
Edirul Fahmi diam, memberi ruang supaya Irine meluahkan apa yang terbuku. Sangkanya, perasaan Irine terhadap dia tak begitu dalam.
Dan pada Edirul Fahmi juga, selagi Irine tak meluah perasaan kepadanya, Irine akan lupakan dia bila dia buat tak tahu dengan perasaan Irine.
"Kenapa you layan I? Kenapa you nampak prihatin setiap kali I bersembang dengan you. Dan kenapa you nampak happy je bila I beri you hadiah?" luah Irine dalam nada yang bercampur.
Bila Irine diam dan mengelap sisa airmata, barulah Edirul Fahmi bersuara.
"Look, Irine... I minta maaf kalau you rasa I beri harapan kepada you selama ni. I akui, I tahu perasaan you terhadap I-"
Irine menyampuk. Dikesat sisa airmata dengan kasar.
"Habis, kenapa you buat-buat tak faham bahasa? You suka tengok I nampak terhegeh-hegeh dekat you macam ni sampai satu pejabat pun boleh nampak yang I memang ada hati dekat you. Macam tu?"
Edirul Fahmi angkat kedua belah tangan separas dada.
"I minta maaf, okey? I fikir kalau I tak layan perasaan you tu, you boleh faham sendiri yang I tak berminat nak ada apa-apa hubungan dengan you," jelas Edirul Fahmi.
Dush! Irine rasa macam kena tembak tepat pada dada. Sakitnya bila ditolak mentah-mentah hanya dia yang tahu. Ditambah pula dengan rasa cinta yang dah berputik sejak empat tahun lalu buatkan Irine betul-betul rasa nak rebah menyembah Bumi.
"Irine, I layan you sama je macam mana I layan kak Som, kak Lina dan yang lain-lain. I sendiri tak faham dekat celah mana yang you cakap I layan you berbeza. Sebab pada I, macam mana I layan you, macam tu jugalah I layan staf perempuan I yang lain," sambung Edirul Fahmi lagi.
Irine tunduk memandang hujung kaki. Berbahang rasa muka dia apabila kiasan Edirul Fahmi ibarat nak menggelar dia angkat bakul sendiri.
"Pasal hadiah tu, sumpah, I memang tak tahu yang hadiah-hadiah birthday yang I dapat selama ni daripada you. Lebih-lebih lagi bila I dapat perfume kegemaran I. Bukan I tak dengar cakap-cakap orang yang kata you yang beri semua tu dekat I. Tapi I susah nak percaya sebab you orang luar dan you tahu banyak barang kesukaan I. Jadi, I expect yang semua tu kebetulan je."
Orang luar? Jadi selama ni, Edirul Fahmi cuma menganggap dia tak lebih daripada seorang staf dan orang asing. Makin hiba hati Irine.
"Ada sebab kenapa I dan Ad berpakat nak rahsiakan hubungan kami sebagai suami isteri. You pun tahu kan, Ad student intern dekat sini dan I pula head department merangkap supervisor dia. Ad tak nak orang anggap yang permohonan dia untuk jalankan latihan industri dekat sini diterima sebab I sebagai 'orang dalam'. Lagipun I dah bertunang dengan Ad sebelum dia buat internship lagi. I sendiri tak tahu yang Ad ada apply untuk intern dekat sini," terang Edirul Fahmi lagi.
Dunia Irine rasa berputar. Ditambah pula dengan kekejangan perut yang menjengah tiba-tiba. Irine rasa ada cecair hangat yang mengalir di bahagian bawah. Dgigit ulas bibir bawah.
"Apa-apa jelah, Fahmi. I dah tak..." Termati ayat Irine. Berkerut dia menahan rasa sakit yang menjengah.
Edirul Fahmi pandang Irine dengan pelik. Dia berjalan menghampiri Irine yang dah terduduk di atas karpet di dalam biliknya. Serba-salah dia bertanya, "You okey tak ni, Irine?"
Irine kecut perut. Nak berlari keluar tapi dia tak mampu. Segera tangan diangkat lalu diawang-awang ke kiri dan kanan.
"Fahmi! No... No, jangan dekat! Please, I merayu sangat!" nyaring Irine memberi amaran.
Edirul Fahmi hiraukan rayuan Irine. Apa yang penting sekarang, kesihatan Irine. Kalau apa-apa jadi nanti tak pasal-pasal dia dipersalahkan. Sebab, kejadian ni berlaku di dalam bilik pejabatnya.
"Fahmi, I said no!" Irine kuatkan lagi suara seoktaf.
Edirul Fahmi mendengus tak puas hati. Dia duduk bertinggung di sebelah Irine yang masih berkerut menahan sakit.
"Yang you takut sangat ni, kenapa? Bagi I tengok, please..." pinta Edirul Fahmi.
"No. Janganlah Fahmi, I tak selesalah kalau you terus macam ni. I-"
Bunyi kuakan pintu buatkan Edirul Fahmi dan Irine serentak berpaling ke belakang. Kalut-kalut Irine dan Edirul Fahmi berdiri apabila melihat Adreanne yang berada di muka pintu dan disertai dengan kak Lina di belakang.
"Humaira..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro