Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 39

"HUMAIRA, awak tak siap lagi ke?"

Adreanne menoleh. Tubuh Edirul Fahmi yang sedang bersendeng di bingkai pintu bilik dipandang.

"Aira tak perasan abang dah balik. Ralit sangat tidurkan Aqeef tadi," jawab Adreanne serba salah.

Edirul Fahmi geleng. Dia melangkah masuk lalu duduk dilabuhkan di birai katil.

"Hmm faham sangat dah. Awak tu mana boleh tinggal Aqeef walaupun sekejap, kan?"

Adreanne tayang sengih. Salah dia juga sebab terlampau leka sampai terlupa yang mereka akan pergi ke rumah keluarga mertuanya.

Sungguh pantas masa berlalu. Sedar-sedar je dah selesai khidmat mereka untuk menjaga Aqeef.

Dalam tempoh tiga hari ini jugalah, Adreanne belajar banyak benda. Dari cara-cara membancuh susu formula sehinggalah cara-cara untuk menyarung baju ke tubuh Aqeef.

Seketika, Adreanne terimbau malam pertama Aqeef berada di rumah mereka.

"Abang, sinilah... Tolong Aira mandikan Aqeef. Dia tak nak mandi ni," laung Adreanne dari dalam bilik air yang berada di bilik mereka.

Edirul Fahmi yang sedang bermalas-malasan di atas katil sambil bermain telefon bingkas bangun. Bilik air yang berada di hujung bilik dituju.

"Memanglah Aqeef tak nak mandi, Humaira. Awak dari tadi asyik pegang je badan dia tu. Mengamuklah dia," ujar Edirul Fahmi sebaik saja berada di muka pintu.

Nak masuk tapi dia malas pula kalau-kalau baju dia basah nanti. Sudahnya, dia hanya tercegat di muka pintusambil mengawasi Adreanne dan Aqeef.

"Habis tu, tak kan nak lepaskan Aqeef? Nanti jatuh pula dia. Dahlah lantai ni licin. Bahayalah, abang."

Edirul Fahmi geleng laagi. Nampaknya, terpaksa jugalah dia masuk ke dalam bilik air tu.

"Percaya cakap abang, Aqeef tak kan jatuh. Sayang lepas je dia tu. Dia kan dah pandai berdiri sendiri. Bukan berdiri je, jalan pun dah pandai. Tahulah Aqeef nak jaga diri dia tu nanti," suruh Edirul Fahmi dengan nada lembut.

Perlahan-lahan Adreanne lepaskan pegangannya di bawah ketiak Aqeef.  Melompat kecil Aqeef sambil menepuk tangan.

"Apalah, Ama Ya ni. Tite kan dah eshar. Dah oyeh andi shendiyi lah." Pelat Aqeef bersuara.

'Ya Allah, budak ni. Nanti kalau dia jatuh, aku juga yang kena marah dengan mak bapa dia,' desis hati kecil Adreanne.

"Aqeef, jangan melompat! Nanti Aqeef jatuh, siapa susah? Kalau awak lompat juga, mama Ra pegang awak macam tadi. Nak ke?" Garang Adreanne bertanya.

Laju Aqeef menggeleng. Dia berjalan ke arah Edirul Fahmi yang berdiri di tepi Adreanne. Baju Edirul Fahmi dipegang sambil menayang riak kesian. Tangan kanan yang membentuk genggaman dibawa ke mata dan digosok berkali-kali.

"Mama Ya mayah tite. Mama Ya ja'at," adunya kepada Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi tertawa kecil. Dia duduk bertinggung untuk menyamai ketinggian Aqeef yang cuma paras lutut.

"Tak apa, Aqeef kawan dengan Papa Mie eh? Kita jangan kawan Mama Ra... dia jahat, kan?" Pujuk Edirul Fahmi sambil mengusap rambut Aqeef.

Aqeef angguk tanda setuju. Adreanne pula dah  menjegil mata. Amboi, komplot!

"Oh, Mama Ra jahat ya. Tak apa, nanti Aqeef nak tidur, Mama Ra tak nak peluk Aqeef. Mama Ra tak nak nyanyi lagu Didi dah dekat Aqeef," rajuk Adreanne.

"Papa Mie ada. Dia oyeh anyi yagu Idi and fwendz," balas Aqeef mengejek.

"Oh, jahatnya Aqeef ni! Dahlah, Mama Ra tak nak Aqeef lagi dah," balas Adreanne.

Edirul Fahmi senyum mengejek. Didukung Aqeef ke bawah pancuram air hujan. Sabun mandi jenama Carrie Junior yang berada di atas rak bilik air ditekan dua kali dan digosok ke badan Aqeef.

"Nanti Papa Mie nyanyi lagu Didi and Friends dekat Aqeef tau. Mama Ra nyanyi tak sedap, kan?"

Aqeef mengangguk. "Akit elinga Akip dengar,"

Terbeliak mata Adreanne. Kedua-dua tangan naik mencekak pinggang. Mana boleh dua lawan satu. Tak aci! Tak aci!

"Eh, abang ni! Makin ting tong macam Aqeef dah kenapa? Jahat!" amuk Adreanne.

"Dah betul sayang jahat nyanyi tak sedap, nak buat macam mana? Kan Aqeef, kan?"

Aqeef angguk lagi sambil tangan bermain dengan buih sabun yang melekat di badannya.

"Eh, mana aci! Abang guna Aqeef jadi backup!"

"Aci dekat India lah, sayang." Edirul Fahmi mengusik.

Adreanne hentak kaki. Terus dia melangkah keluar dari bilik air. Kedengaran tawa Edirul Fahmi dan tawa Aqeef bersatu.

Itu kisah malam pertama Aqeef menginap di sini. Bukan lagi cerita semasa makan. Lagi menggelegak naik darah Adreanne.

"Aqeef, jangan lari! Sini makan," larang Adreanne.

Nak disuap makan tapi Aqeef ligat berlari ke sana sini. Bukan tu je, habis semua sofa dijadikan plantun untuk dia melompat.

Sudahlah Edirul Fahmi ada virtual meeting malam ni. Jenuh dia nak memujuk Aqeef.

Biasanya memang Edirul Fahmi yang akan memujuk Aqeef. Maklumlah, orang dah ada dua orang anak buah lah katakan. Mesti dah terror bab-bab ambil hati budak ni.

"Tanak! Akip tanak matan," balas Aqeef.

Terkedek-kedek Aqeef turun dari meja makan ke ruang tamu. Patung Iron Man yang sememangnya dibawa oleh Edrina diambil lalu dibaling ke lantai.

------

"EH, sayang ni! Abang tengah cakap dengan dia, boleh pula dia berangan."

Teguran Edirul Fahmi serta-merta menyedarkan Adreanne dari lamunan panjang. Adreanne palingkan muka untuk berbalas pandang dengan Edirul Fahmi.

"Sorry, abang. Aira teringatkan telatah Aqeef sepanjang dia tinggal dengan kita. Tak sangka kan, hari ni last kita jaga dia."

"Itulah tu... Humaira pun abang tengok sekarang ni makin rapat dengan Aqeef. Tak ada dah gaduh-gaduh macam awal-awal dulu," balas Edirul Fahmi sambil ketawa.

Adreanne turut gelak.

"Dulu rasa macam nak give up je jaga Aqeef. Buas bukan main lagi. Sekarang ni rasa sedih pula. Lepasni mesti sunyi rumah kita, kan? Aira pun mesti bosan duduk sorang-sorang bila abang buat kerja," sayu Adreanne.

Kalau tiga hari ini, dia banyak habiskan masa dengan melayan karenah Aqeef, mungkin selepas ini masa dia akan dihabiskan dengan menonton televisyen.

"Mestilah sunyi... so, kalau sunyi, bila?" Edirul Fahmi berkias.

Adreanne berkerut. "Bila apa?"

"Bila kita nak ada anak?" Edirul Fahmi suarakan apa yang terbuku. Tersungging senyum nakal di wajahnya.

Laju jari Adreanne mengetam tepi pinggang Edirul Fahmi. Meliuk lentok badan Edirul Fahmi menahan sakit.

"Gatal! Dahlah, Aira nak pakai tudung kejap. Lepastu, kita gerak. Abang ni bukan boleh layan sangat... makin miang nanti."

Edirul Fahmi gelak. Tubuh Adreanne yang sedang melilit selendang di hadapan cermin dipandang dari belakang.

"Eh! Tadi bukan awak ke yang kata sunyi? Kalau kita ada anak, anak kita tu boleh ganti Aqeef nanti. Awak pun dah tak bosan," usik Edirul Fahmi.

Adreanne menjerit geram. "Abang!"

Makin galak Edirul Fahmi ketawa.

"Abang turun dengan Aqeef dulu. Awak tu, cepat sikit bersiap," pesan Edirul Fahmi seraya mendukung tubuh kecil Aqeef yang sedang pulas tidur di atas katil mereka.

------

"LAMBATNYA korang sampai," tegur Dato Fauzi tatkala Adreanne dan Edirul Fahmi melangkah masuk ke dalam rumah. Tersengih keduanya.

"Aira ni, daddy... boleh pula dia mengelamun tadi," jawab Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi tunduk untuk membaringkan Aqeef di atas permaidani  Bantal kecil di atas sofa diambil dan diletak di bawah kepala Aqeef.

"Mummy dah bising tadi. Takut sangat kalau korang berdua lupa nak hantar Aqeef," beritahu Dato Fauzi.

Edirul Fahmi sengih. Mummy ni drama betul!

"Kitorang tak lupalah, daddy. Cuma terlewat sikit je."

"Malam ni balik ke tidur sini?" soal Dato Fauzi.

"Kitorang tidur sini malam ni dan malam esok.  Aira tak puas lagi nak main dengan Amani dan Aqeef."

Dato Fauzi sekadar mengangguk.

"Kak long dan abang long mana? Tak nampak diorang pun," tanya Edirul Fahmi pula apabila kelibat Edrina dan Izhar langsung tak kelihatan.

"Kak long ada dekat dapur tu, tolong mummy masak. Abang long dan Amani ada dekat atas. Tidur agaknya. Kejap lagi turunlah tu," jawab Dato Fauzi.

Sedang Edirul Fahmi dan Dato Fauzi ralit menonton berita yang disiarkan di kaca televisyen, satu suara dari arah tangga menegur.

"Angah, bila sampai?" tegur Izhar. Di sebelahnya ada Amani yang comel dalam baju kembang bercorak bunga-bunga kecil.

Edirul Fahmi toleh ke arah tangga. "Baru je lagi. Abang long bila sampai dari Sabah?"

"Pagi tadi lagi abang long dah sampai. Itu yang sakan landing dekat atas tu. Jetlag hehe," jawab Izhar ramah.

Izhar duduk bersila di atas karpet. Dikuak ke belakang rambut Aqeef yang menutupi dahi.

"Aqeef dah lama ke tidur? Nyenyak betul dia tidur."

Edirul Fahmi angguk sekali.

"Lama jugalah dia tidur. Tadi sebelum datang sini, Humaira ada dodoikan Aqeef lepas dia minum susu. Penat sangat agaknya. Sakan dia main dengan Humaira tadi."

"Terima kasih tau sebab sudi tolong jagakan Aqeef. Aqeef okey tak duduk dengan korang?"

"Takda apalah, abang long. Hal kecil je. Tak buas sangat, nakal sikit je. Hari pertama dia stay dengan kitorang, asyik bergaduh je dengan Humaira. Humaira pula tak habis-habis risau kalau Aqeef tu terjatuh," cerita Edirul Fahmi.

Bersatu ketawa dia dan Izhar apabila Edirul Fahmi menceritakan satu-persatu kejadian yang terjadi di antara Adreanne dan Aqeef.

"Atuk! Daddy! Papa Mie! Nenek panggil makan. Cepatlah, Amani dah lapar ni!" jerit Amani dari ruang makan.

------

"UNTUNGLAH kak Aira... nak makan udang pun ada orang tolong buangkan kulit," usik Nana.

Adreanne tertunduk malu. Ini semua Edirul Fahmi punya pasallah ni. Nak romantik-romantik pun tak kena tempat. Habis semua yang berada di situ tersenyum mengusik.

Memang satu kebiasaan pada Edirul Fahmi untuk mengopek kulit udang sebelum diberikan kepada Adreanne.

Bukan udang je, kadang-kadang tulang ikan turut diasingkan dan dibuang terlebih dahulu sebelum ikan tersebut diletakkan di atas pinggan Adreanne.

Dah ditegah berkali-kali, tapi Edirul Fahmi tetap buat juga. Bila dimarah, Edirul Fahmi akan menjawab;

"Apalah sangat saya tolong buangkan kulit udang ni kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Humaira? Humaira dah korbankan sisa hidup Humaira untuk tinggal dengan saya, jadi isteri isteri saya. Tak ternilai rasanya apa yang saya buat ni."

Dan Adreanne pasti akan terkelu seribu bahasa.

"Eleh, Nana tu cemburu sebab tak ada orang tolong buangkan kulit udang untuk Nana, kan?" balas Edirul Fahmi menyebelahi Adreanne.

Nak buat macam mana, dia dah terbiasa melayan Adreanne begitu. Lagipun, dia nak Adreanne rasa dihormati dan disayangi. 

"Tak ada maknanya nak jealous! Angah tu je... gedik!" tingkah Nana sambil kembali menyuapkan nasi ke mulut.

"Biarlah nak gedik pun. Angah gedik dengan isteri angah, bukan dengan orang lain pun. Nana tu... ada ke? Tak ada, kan?" ejek Edirul Fahmi.

"Papa Mie tak malu!" jerit Amani tiba-tiba.

Edirul Fahmi tertanya-tanya. Apa pulalah budak kecil seorang ni.

"Apa yang tak malunya? Papa Mie takda buat apa-apa pun," balas Edirul Fahmi tak puas hati.

"Yalah, tak malu! Papa Mie tu dah besar. Mana boleh gaduh-gaduh macam budak kecil." marah Amani.

Dah tua-tua pun nak gaduh-gaduh lagi. Ingatkan budak kecil je yang suka gaduh. Orang tua pun dua kali lima je, kutuk Amani dalam hati.

"Apa pula Papa Mie yang gaduh? Ashu yang cari gaduh dengan Papa Mie dulu," tukas Edirul Fahmi.

"Ah, tak kisahlah siapa yang mula dulu pun! Papa Mie dengan Ashu sama je. Dua-dua tak malu. Bergaduh macam budak kecil."

"Dah, sudah-sudah. Angah pun satu, dengan Amani pun tak boleh nak mengalah ke? tegur Datin Fatimah.

Edirul Fahmi tayang sengih. Belakang kepala digaru.

"Bukan angah tak nak mengalah, mummy. Tapi angah sukalah tengok Amani tu marah-marah."

Amani senyum mengejek. Suka apabila Datin Fatimah campur tangan dalam pergaduhan mereka. Lagi seronok bila Datin Fatimah jelas-jelas berpihak kepadanya.

Amani naikkan thumbs up sebelum ibu jari dihala ke bawah. 'Thumbs down.'

Edirul Fahmi tenung Amani geram. Amboi, bukan main kerek lagi si Amani ni!

Adreanne sedar akan pertandingan renung anak mata secara tak rasmi antara Edirul Fahmi dan Amani. Dia tepuk peha Edirul Fahmi perlahan.

Tersentak Edirul Fahmi. Wajah Adreanne dipandang penuh hairan. Clueless.

"Kenapa Humaira tepuk paha abang ni?"

Adreanne berdecit. Ini betul-betul tak tahu ke pura-pura je ni?

"Tak payahlah nak lawan anak mata dengan Amani macam tu. Dengan budak kecil pun nak baran ke?" perli Adreanne.

Edirul Fahmi sengih. Lah, Adreanne nampak rupanya! Ingatkan takda orang yang perasan.

"Kenapa? Awak cemburu ke abang pandang Amani macam tu?" seloroh Edirul Fahmi.

Berlapis dahi Adreanne. "Cemburu? Buat apa nak cemburu pula?"

"Hmm, sebab abang pandang perempuan lain lama-lama? Amani kan perempuan," jawab Edirul Fahmi sambil tersenyum senget.

Adreanne cubit sekuat hati. Geram dia apabila lelaki itu main-main dengan tegurannya.

"Aduh!"

Jeritan Edirul Fahmi membuatkan seluruh isi meja itu menoleh kepadanya.

"Kenapa Edy?" tanya Datin Fatimah risau.

Edirul Fahmi terkedu. Kuat sangat ke dia jerit tadi? Dia tayang sengih lagi.

"Eh, takda apa-apalah mummy! Nyamuk je tadi tu," jawab Edirul Fahmi.

Dikerling Adreanne melalui ekor mata. Cubit orang tak ingat dunia. Bukan main kuat lagi.

"Nyamuk? Ada nyamuk ke dekat sini?"

Melilau mata Datin Fatimah mencari kelibat nyamuk. Seingat dia, semua pintu dan tingkap dah ditutup sejak pukul enam petang lagi.

"Ada, mummy! Nyamuk besar. Garang. Muka dia cantik tapi badan dia macam lidi. Tak cukup darah kot, mummy."

Berkerut Datin Fatimah mendengar perincian yang disebut oleh Edirul Fahmi. Ada ke nyamuk cantik?

"Apa ke pelik sangat nyamuk yang gigit kamu ni, angah? Tak pernah mummy jumpa nyamuk macam tu," balas Datin Fatimah.

Edirul Fahmi ketap bibir. Sedaya upaya ditahan untuk tak terlepas gelak.

"Memanglah mummy tak pernah jumpa. Nyamuk ni kan mommy, dia manja tapi malu-malu kucing. Senang cakap, one in a million lah."

Bila Adreanne pandang dia, Edirul Fahmi tayang riak nakal. Berubah terus rona muka Adreanne.

"Macam-macamlah kamu ni, angah. Dah, sambung makan tu. Tak payah nak merepek sangat. Aira, tambah lagi nasi tu. Makan banyak-banyak sikit," sampuk Dato Fauzi.

Adreanne cuma angguk. Dijeling tajam Edirul Fahmi di sebelah. Kan dia dah cakap, Edirul Fahmi yang sekarang ni makin banyak ragam.

Edirul Fahmi sentuh dada. Dikerut muka dia sedikit.

"Aduh, sayang! Jelinganmu sungguh menggoda," berpuitis Edirul Fahmi.

Sekali lagi, jari runcing Adreanne laju mengutil tepi pinggang Edirul Fahmi. Dipulas ke belakang sekali sebelum dilepaskan.

Adreanne tayang riak selamba. Edirul Fahmi yang dah muka menahan sakit dibuat tak nampak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro