♛ Bab 35
"COMELNYA abang ikan kau pakai pinky pinky hari ni. Ini mesti kau punya kerja, kan?"
Adeanne jeling Hawa menyampah. Letak saja beg tangan di atas meja, terus Hawa datang menempel. Tapi Adreanne tak ambil kisah sangat. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Hawa dah semakin okey dari hal semalam.
"Dah tu laki aku, aku pilihlah baju dia."
Dengan tangan yang menopang dagu, Hawa sengetkan muka ke arah Adreanne.
"Uyoo... Ad dah jadi isteri solehah!" Hawa mula mengusik.
Hawa ni... Kecil besar, kecil besar je dia pandang Hawa. Kalau ada peluang mengusik, terus Hawa rembat. Elok sangat kalau dia kahwinkan si Hawa dengan Aryan.
Haa, cakap pasal Aryan...
Pagi tadi abang dia yang seorang tu mimpi apa entah sampai minta nombor telefon Hawa. Kata Aryan, Hawa ada tertinggal barang masa hari kenduri dia dulu.
Pergh! Bapak lama barulah si Aryan tu teringat nak pulangkan. Barang apa pun Adreanne tak pasti. Tapi dari cara Aryan minta nombor Hawa semalam, macam barang penting.
"Bukan kau ke yang kata, salah satu tugas isteri adalah sediakan pakaian suami," perli Adreanne.
Hawa ni memang tak makan saman. Lagi Adreanne perli-perli dia, lagi Hawa menempel adalah. Langsung tak faham bahasa kawan baik dia ni.
"Ada lagi tugas isteri yang kau selalu terlupa." Tiba-tiba nada Hawa bertukar serius.
Adreanne kerut dahi. "Apa?"
"Tugas menyayangi dan mencintai suami." Terus Hawa ketawa sakan. Mujurlah cik Irine kna jumpa client dekat luar. Kalau tak, free-free je kena tembak dengan mulut gedik dia tu.
Bertambah sebal Adreanne dengan Hawa. Terus ditampar kuat bahu Hawa.
"Kau ni kan... Eh, Geramlah aku dengan kau ni, Hawa!"
Cepat-cepat Hawa tolak kerusi menjauhi meja kerja Adreanne. Adreanne kalau dah naik hantu, memang tak ada rupa bini orang.
"Aku cakap benda betul tau! Patutnya kau kenalah belajar mencintai dan menyayangi abang ikan tu sepenuh hati kau. Aku tengok abang ikan tu punyalah baik sampai kau bagi dia pakai baju pink pun laki kau tu boleh selamba derk je datang office," ulas Hawa.
Adreanne tak boleh nak nafi dengan hakikat yang Hawa sebut.
Teringat kejadian beberapa jam lepas. Bila Edirul Fahmi melangkah masuk ke pejabat, terus lelaki itu menjadi tumpuan staf-staf yang lain.
Ada yang tersenyum tengok Edirul Fahmi. Ada juga yang pandang dengan riak terkejut. Tapi Edirul Fahmi buat tak nampak je semua tu. Dia balas macam biasa je bila ada yang menegur.
Adreanne pun tak faham dengan diri dia sendiri. Nak kata dia tak sayang Edirul Fahmi, anehnya hati dia rasa marah bila tahu Irine ada hati dengan Edirul Fahmi.
Nak kata dia tak kisah pasal Edirul Fahmi pun macam tak betul.
Kalau betul dia tak kisah, kenapa dia selalu rasa bersalah dengan Edirul Fahmi? Kenapa dia selalu risau kalau Edirul Fahmi marahkan dia?
"Hawa, kalau aku nak tanya kau boleh ke?"
Hawa tergelak. "Kau buat lawak ke, Ad? Selama ni mana pernah kau minta izin. Terus kau tembak aku adalah."
"Hesy, boleh ke tak?" rengus Adreanne.
"Hah, tanya jelah. Macam tak biasa pula."
Adreanne mula menyusun ayat bila Hawa memberi izin untuk dia bertanya.
"Apa beza sayang dengan cinta eh?"
Hawa tayang riak nakal. "Kenapa? Kau dah jatuh cinta dengan abang ikan ke?"
"Bukanlah. Aku cuma wonder macam mana orang boleh tahu yang diorang dah jatuh cinta. Kau pun tahu kan, aku manalah pernah bercinta. Aku ni kan tak berapa nak laku kalau nak dibandingkan kau." Adreanne buat ayat pasrah.
Meluat Hawa dengar. Tak laku konon. Pigidah!
"Kau tu bukan tak laku, kau je yang jual mahal sangat!" Perli Hawa.
Adreanne berdecit. "Aku suruh kau jawab soalan, bukan mengungkit lepastu perli-perli aku."
Hawa sengih. Diangkat dua jari gaya peace.
"Bagi akulah kan, cinta ni satu perasaan yang complex. Susah aku nak define perasaan tu macam mana. Yang penting, rasa cinta ni susah sangat nak pudar. Kalau setakat adore tu bukan cintalah tu. Sebab biasanya bila kita jatuh cinta, kita cenderung untuk jadi lebih possesif pasal pasangan kita," terang Hawa panjang lebar.
"Kalau sayang pula?" tanya Adreanne.
"Sayang ni cuma a mild feeling, tak melibatkan apa-apa perasaan romantik. Bila kita sayangkan seseorang, kita tak sanggup nak lukakan hati dan perasaan dia. Lepastu kita akan rasa nak lakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Tapi, perasaan sayang ni tak seintim dan tak possesif macam cinta."
Bila Adreanne seperti susah untuk faham penerangan dia, Hawa huraikan dengan lebih terperinci.
"Maksudnya, untuk suka-suka je. Contoh paling senang aku bagi, kalau kau ada crush lepastu kau selalu tukar crush. Itu sekadar sayang jelah sebab kau tak serius pun dengan dia. Melainkan kalau kau sampai ada rasa nak kahwin dengan dia, nak dia jadi milik kau. Hah, itu baru cinta. Tapi kalau sampai tak boleh beza realiti dengan angan-angan, tu obses nama dia. Bukan possesif."
Terangguk-angguk Adreanne. "Oh, macam tu! Baru aku faham."
"Tapi, untuk kes kau dengan abang ikan ni, bukan sayang dah namanya. Ini cinta, Ad. Kalau abang ikan tak cintakan kau, dia takkan pujuk kau untuk teruskan pertunangan tu dulu," sambung Hawa lagi.
Adreanne merengus. Tengok tu, pandai je dia kenakan aku balik heh.
"Dahlah. Pergi buat kerja kau," usir Adreanne.
Cemberut muka Hawa.
"Dah dapat jawapan terus halau aku. Haih, apalah nasib aku ni."
-----
BOLEH ke kalau Adreanne cakap nasib dia baik harini? Sebab Edirul Fahmi senang je izinkan dia untuk keluar lunch dengan Hawa dan kak Som.
"Macam mana hidup berumahtangga ni, Ad? Kalau tak silap akak, dah nak sebulan lebih kan Ad kahwin?" soal kak Som.
Adreanne pandang kak Som sambil mengacau air di tangan dengan straw.
"Haah, kak Som. Nak dekat sebulan dah saya kahwin. Tak tahulah nak cakap best ke tak," jawab Adreanne.
Begitu cepat hari berganti hari, sedar-sedar dah sebulan dia bergelar isteri Edirul Fahmi. Tapi pada Adreanne, tak ada apa yang berubah.
Pelik kak Som dengar ayat yang keluar dari mulut Adreanne.
"Hesy... apa ke peliknya kau ni, Ad? Orang lain kalau kahwin semuanya indah-indah belaka. Ater cerita sikit, teman nok dengor."
Adreanne gelak perlahan. Terasa lawak pula bila kak Som tiba-tiba bercakap dalam loghat Perak.
"Rasa biasalah, kak. Ada saya, ada suami. Yang bezanya, dulu tak boleh duduk sekali. Sekarang boleh tinggal satu bumbung."
"Yang itu kak Som pun tahu. Kalau kak Som tanya budak tadika pun diorang tahu tu beza hidup bujang dengan orang berkahwin." Kak Som membidas.
Adreanne cebik bibir. Yek yek je kak Som ni. Budak tadika bukan tahu pun kahwin tu apa. Tak percaya tengoklah Amani haritu.
Haih... Rindu pula dekat Amani yang mulut murai tu.
"Dah tu apa bezanya? Cuba kak Som beritahu saya," tanya Adreanne.
"Hah, betul. Betul. Saya pun nak dengar juga." Hawa mula menyampuk. Pinggan berisi nasi ayam ditolak ke tepi. 100 peratus tumpuan dia beri pada kak Som.
Kak Som tayang sengih.
"Dulu tak boleh sentuh-sentuh. Sekarang ni dah halal. Abang ikan kau tu kerja apa, Ad?"
Adreanne tayang muka pelik. Dikerling Hawa di sebelah.
"Abang ikan?"
"Yalah, abang ikan. Hawa cakap abang ikan tu laki Ad. Dah kak Som tak tahu apa nama laki kau tu, kak Som panggillah abang ikan," terang kak Som.
Adreanne pandang Hawa tak puas hati. Tak pasal-pasal kak Som pun terjebak dengan gelaran 'abang ikan' Hawa tu.
"Bila pula Hawa cerita pasal laki saya tu, kak Som?" Adreanne cuba korek cerita.
Kak Som kerut dahi sekejap.
"Haritu... Eh, haritu apanya! Semalam la, masa Encik Fahmi tanya kenapa Ad tak keluar lunch dengan kitorang. Masa itulah si Hawa ni cakap Ad keluar dengan abang ikan." Beria-ia kak Som buka cerita.
Hawa gigit ulas bawah bibir lembut. Hesy, kak Som ni! Ada ke pula dia cerita hal semalam dekat si Ad?
Adreanne cuma menggeleng. Kalaulah kak Som tahu siapa abang ikan yang sebenarnya...
"Laki kau tu kerja apa, Ad? Hawa cakap abang ikan kau handsome. Banyak duit lagi." Kak Som ulang soalan yang sama.
Adreanne menjeling Hawa. Amboi, ramah betul mulut Hawa nak menjaja kisah dia dan Edirul Fahmi!
"Kerja biasa je, kak."
"Tahulah kerja biasa. Kalau kerja luar biasa tu macam jadi Superman ke, hah itu barulah luar biasa," balas kak Som.
Adreanne tersentak. Superman? Serta-merta otak dia menerawang ke kejadian semalam.
"Your Man. Saya nak jadi hak milik Adreanne Humaira binti Ahmad Khuzairi sampailah Malaikat Izrail cabut nyawa saya."
Kak Som pandang muka Adreanne pelik. Terus disergah Adreanne.
"Kau tersenyum-senyum tu kenapa, Ad? Hah, pipi kau pun bukan main merah lagi."
Apa yang pasti, terhinggut bahu Adreanne ke atas. Diraba pipi sendiri guna tangan. Merah sangat ke?
"Biasalah kak Som, teringat abang ikanlah tu." Hawa jadi tukang jawab. Mengekek dia dan kak Som gelakkan Adreanne.
-----
TAK sangka pula usikan kak Som dan Hawa tu tak ada kesudahan. Sehingga mereka pulang ke pejabat pun, tak sudah-sudah dia diusik.
"Amboi, sakan ya korang gelak! Apa yang seronok sangat tu?"
Satu suara garau yang menegur buatkan ketiga-tiga mereka berpaling. Adreanne dah terkaku.
"Eh, Encik Fahmi! Kak Som ingatkan siapalah," sapa kak Som.
Hawa sengih. Wah, pantang diseru terus muncul!
"Kitorang sembang pasal abang ikan Ad ni hah." Hawa jadi tukang jawab.
Edirul Fahmi kulum senyum. Patutlah Adreanne sedari tadi mengelak untuk memandang dia.
"Oh, ya? Korang borak apa sampai gelak tak ingat dunia macam ni?" Sengaja Edirul Fahmi bertanya.
Hawa tak mampu menjawab bila Adreanne dah memberi isyarat supaya dia 'zip' mulut dia.
Selamba kak Som bercerita. Langsung tak perasan dengan riak muka Adreanne yang berkerut-kerut.
"Biasalah Encik Fahmi, Ad ni kan pengantin baru yang belum basi lagi. Boleh pula dia angau pasal suami dia masa kitorang tengah berborak."
Mata dipejam sekejap. Nasib baik kak Som yang buka mulut. Kalau Hawa yang jadi tukang cerita, dah lama dia tamatkan riwayat Hawa harini.
"Hesy, merepek jelah kak Som ni! Jom, jom. Kita naik atas. Tadi kak Som cakap kak Som tak solat lagi, kan?"
Cepat-cepat Adreanne tarik tangan kak Som dan Hawa. Bila sampai di depan pintu lif, telefon dia bergetar.
Edirul Fahmi
Nice story.
Runsing otak Adreanne berfikir cara-cara nak menghadap Edirul Fahmi selepas waktu kerja nanti. Hesy, macam manalah dia boleh lupa yang kak Som tu mulut tempayan?
-----
MACAM biasa, Adreanne akan menunggu Edirul Fahmi di lobi. Berhenti saja kereta Edirul Fahmi di depan lobi, terus Adreanne boloskan diri.
Sudah 10 minit perjalanan tapi mereka berdua lebih selesa berdiam diri.
"Macam mana boleh angaukan saya tadi?" tanya Edirul Fahmi serta-merta mematikan suasana hening.
Adreanne yang sedari tadi memalingkan muka ke arah tingkap mula rasa tak selesa. Sangka dia, Edirul Fahmi takkan tanya apa-apa pasal tu.
"Perah santan betullah awak ni! Bila masa saya angau, hah?" Adreanne cuba beriak selamba.
Edirul Fahmi capai sebelah tangan Adreanne. Dielus tangan kecil itu dengan ibu jari.
"Awak ingat kan deals kita? No lies, Sayangku Humaira."
Bila Edirul Fahmi mengungkit soal janji yang satu itu, memang Adreanne kalah tanpa bertanding.
"Sumpah, saya memang tak angau pasal awak pun."
Edirul Fahmi mencebik. "Humaira..."
Aduh, ini semua salah mulut kak Som yang laju mengalahkan keretapi tu!
"Betul, Edy. Saya memang tak tipu awak. Tadi tu..."
Adreanne gigit bibir perlahan. Takkan dia nak cakap yang dia teringat pasal semalam? Apa pula yang Edirul Fahmi akan cakap nanti?
"Tadi tu?" Edirul Fahmi mengulang ayat akhir Adreanne.
Perlahan saja suara Adreanne menjawab. "Saya teringat pasal semalam je."
Edirul Fahmi cuba ingat apa yang jadi semalam. Banyak sangat benda yang dia bincangkan dengan Adreanne.
"Yang semalam tu... Yang mana satu maksud awak?"
"Superman?" Adreanne balas dengan soalan. Makin kuat dia gigit ulas bibir bila Edirul Fahmi ketawa.
"Oh, yang tu ke! Macam mana pula boleh sembang pasal Superman ni?" soal Edirul Fahmi penuh minat.
Muka Edirul Fahmi langsung tak dipandang. Adreanne biarkan tangan kanannya terus dielus oleh tangan besar milik Edirul Fahmi.
"Kak Som tanya suami saya kerja apa. Takkanlah saya nak cerita yang awak ni HD dekat company tu pula, kan?"
"Habis, Humaira jawab apa?"
Adreanne tarik nafas dalam-dalam. Nampaknya, terpaksalah dia ceritakan serba ringkas tentang apa yang berlaku sewaktu lunch hour tadi.
"Saya cakap, awak kerja biasa-biasa je. Lepastu kak Som balas, semua kerja biasa-biasa je. Kalau luar biasa tu Superman."
"Oh!" Edirul Fahmi angguk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro