♛ Bab 34
"EDY, kalau saya nak tanya awak satu soalan boleh ke? Saya janji saya tanya satu soalan je."
Edirul Fahmi yang berura-ura untuk melelapkan mata ketawa. Buka saja mata, Adreanne sedang mendongak merenung wajahnya.
"Boleh, Humaira. Humaira nak tanya saya apa?"
Serba-salah salah Adreanne nak bertanya. Sebenarnya, kalau Edirul Fahmi cakap "tak" pun, dia tak kisah. Tapi bila Edirul Fahmi sendiri dah beri green light, terus diajukan soalan.
"Kenapa lelaki suka main kayu tiga? Saya tak maksudkan semua, tapi mostly." Adreanne betulkan ayat supaya Edirul Fahmi tak salah faham.
"Sebelum saya jawab, saya nak tanya Humaira dulu. Boleh?"
Adreanne ketap bibir. Dia angguk.
"Cuba kalau saya twist soalan Humaira tadi. Kenapa ada perempuan yang curang dengan teman lelaki atau suami dia sedangkan lelaki tu dah berkorban macam-macam untuk dia?" soal Edirul Fahmi.
Bukanlah dia mahu meletakkan kesalahan pada Adreanne, tapi dia mahu tahu apa jawapan Adreanne.
"Hmm... Mungkin ada benda yang lelaki tu tapi perempuan tu tak suka," jawab Adreanne.
Edirul Fahmi senyum nipis. "Cuba Humaira beri saya satu contoh, boleh?"
Adreanne tolak bola mata ke atas, berfikir contoh yang sesuai untuk dijadikan jawapan.
"Mungkin lelaki tu kurang perhatian dekat perempuan tu?"
"Betul, dan boleh tak kalau saya cakap jawapan Humaira tu valid untuk kedua-dua pihak? Lelaki dan perempuan."
Edirul Fahmi cuba mencari anak mata Adreanne. Bila Adreanne sembunyikan wajah di dada dia, Edirul Fahmi menolak lembut wajah Adreanne.
"Humaira... Awak okey tak ni?" tanya Edirul Fahmi.
"Okey..."
Adreanne jadi malu sendiri. Kenapa dia tak terfikir langsung apa yang Edirul Fahmi katakan? Segan untuk Adreanne akui kebenaran kata-kata Edirul Fahmi.
"Betul tak apa yang saya cakap tadi?" tanya Edirul Fahmi lagi.
Lambat-lambat Adreanne mengangguk.
"Betul. Saya minta maaf, Edy. Saya tak bermaksud pun nak pandang serong sebelah pihak. Biasa yang saya dengar dekat media sosial, most of the time mesti lelaki yang curang," terang Adreanne.
Edirul Fahmi usap pipi Adreanne dengan ibu jari. Bila Adreanne tunduk, dia tahan dagu Adreanne dengan ibu jari supaya Adreanne menatap mata dia.
"Kenapa Humaira nak kena minta maaf? Humaira tanya je, kan?"
"Saya takut kalau awak ingat soalan saya tadi prejudis. Saya cuma terfikir, dan bila benda ni jadi dekat Hawa, saya jadi lagi terfikir. Sebelum ni, bila dengar artis curang ke apa, saya tak pernah ambil port. Tapi bila Hawa yang jadi mangsa, saya rasa marah sangat. Rasa macam saya dah gagap jadi kawan yang baik untuk Hawa."
Edirul Fahmi cuma diam, membiarkan Adreanne meluahkan apa yang dipendam. Jujur dia akui, dia rasa Adreanne semakin 'jinak' dengan dia sekarang ini.
Adreanne dah kurang ganas-ganas, dan yang paling dia suka, Adreanne selalu minta maaf dengan dia. Terasa seperti Adreanne yang ada sekarang, bukan lagi Adreanne yang dia jumpa beberapa bulan yang lepas.
"Selama ni saya nampak Hawa ceria je. Selalu usik-usik saya. Saya tak sangka yang Hawa terpaksa lalui kisah hitam tu. Saya rasa bersalah sangat dengan Hawa, Edy."
Edirul Fahmi kuatkan pelukan di tubuh Adreanne. Diusap-usap belakang Adreanne sambil kucupan berlabuh lama di ubun-ubun isterinya.
"Humaira tak salah pun, sayang. Dan saya juga tak salahkan Hawa bila Hawa rahsiakan benda ni daripada awak. Mungkin Hawa lebih selesa untuk pendam semua benda sendiri. Who knows, kan?"
Adreanne mengiyakan dalam hati.
"Kadang-kadang kan Humaira, kita ni terlampau cepat nak menghukum seseorang. Bila kita tengok orang selalu gembira, kita rasa macam dia tak ada masalah pun. Tapi sebenarnya, orang macam ni orang yang banyak sangat dugaan dalam hidup dia. Dia boleh senyum macam tak ada apa yang berlaku padahal dalam hati dia ni, sakit sangat," terang Edirul Fahmi.
Adreanne setuju dengan kata-kata Edirul Fahmi. Adreanne ingat lagi betapa sakannya Hawa mengusik dia bila ternampak Edirul Fahmi menghantar dia pulang ke kampus dua bulan lepas. Hawa boleh senyum, boleh gelak, macam tak ada apapun.
"Humaira tahu tak kenapa orang macam ni dia suka pendam masalah, suka biarkan orang nampak macam dia gembira je?"
Edirul Fahmi masih tak lepaskan Adreanne dari pelukan. Adreanne dongak untuk menatap anak mata Edirul Fahmi.
"Tak tahu," pendek Adreanne menjawab.
Edirul Fahmi tarik senyum. Dibelai rambut Adreanne yang panjang mengurai.
"Kalau Humaira nak tahu, diorang jadi macam tu sebab diorang tak nak sedih atau down, sebabkan masalah yang diorang kena hadap. Dalam hidup ni kan Humaira, kita kena buat baik dekat semua orang sebab kita tak tahu apa yang orang lain kena duga dalam diam. A smile can mean a thousand words, but it can also hide a thousand problems," tutur Edirul Fahmi.
Adreanne rasa lega. Tanpa dia sedar, kegusaran yang bertapak sejak pulangnya dia dari rumah sewa Hawa sedikit-sebanyak dah mereda.
-----
DIAMNYA mereka berdua buatkan hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran. Kedua-duanya masih segar untuk terus berbincang secara mendalam.
"Berbalik pasal curang tadi, susah sebenarnya untuk kita salahkan mana-mana pihak. Curang ni bukan satu kehendak, tapi satu pilihan. Humaira nak tahu tak kenapa saya cakap curang ni satu pilihan?" tanya Edirul Fahmi.
Malu-malu Adreanne angguk. Dia suka berbincang secara mendalam begini. Dia kagum dengan cara Edirul Fahmi berfikir.
"Kenapa, Edy?"
Edirul Fahmi senyum. Baru sekarang dia dapat mendengar suara halus Adreanne. Sedari tadi Adreanne cuma diam membiarkan dia bersuara.
"Kita boleh pilih sama ada kita nak curang atau tak. Okey, kita ambil contoh yang Humaira cakap tadi. Kalau perempuan tu dah tawar hati sebab si lelaki tak berikan dia perhatian yang cukup, Humaira rasa kenapa perempuan tu tak nak suarakan apa yang dia rasa dekat si lelaki?"
"Sebab dia takut lelaki tu marahkan dia?" Adreanne rasa itulah salah satu sebab kenapa ramai orang lebih suka bertindak untuk diamkan diri daripada bersuara.
"Hmm... Dengan cara dia diamkan diri tu, agak-agak si lelaki boleh tahu ke yang perempuan tu makan hati dengan perbuatan dia?" soal Edirul Fahmi lagi. Tak menafikan dan tak mengiyakan jawapan Adreanne.
Adreanne geleng. "Tak."
"See... Perempuan tu ada pilihan untuk beritahu lelaki tu apa yang dia tak puas hati dan lelaki tu pun ada pilihan untuk berubah. Dua-dua ada pilihan tapi mereka pilih untuk diamkan diri. Sekarang, Humaira faham tak kenapa saya cakap curang tu pilihan?"
Adreanne angguk. "Oh! Faham... Thank you, Edy. Kesian awak saya ganggu awak nak tidur."
"Tak apalah, saya tak kisah pun. Untuk Humaira semua boleh!" Edirul Fahmi tayang sengih.
Adreanne menguap. Ngam betul timing! Elok je penerangan Edirul Fahmi tamat, terus kantuk dia menjengah.
"Awak tidurlah, Edy. Saya pun dah mengantuk ni," beritahu Adreanne sambil menahan kantuk.
Edirul Fahmi cuma diam. Ditepuk-tepuk belakang Adreanne seperti mendodoi bayi.
"Good night, Humaira," ucap Edirul Fahmi seraya melabuhkan kucupan di dahi Adreanne.
------
BAGAI disumpah, apa yang Edirul Fahmi cakap sewaktu mereka makan tengah hari bersama betul-betul terjadi. Adreanne rasa dia dah terkena sumpahan Edirul Fahmi.
Bangun saja dari tidur pagi tadi, tak lekang mata dia menilik wajah Edirul Fahmi. Baru dia perasan, Edirul Fahmi sangat tampan.
Mungkin sebab terlalu dengan amarah yang menggebu, Adreanne tak pernah sedar akan ketampanan yang dimiliki oleh Edirul Fahmi.
Kalau bukan sebab jam penggera yang ditetapkan oleh Edirul Fahmi berbunyi, mungkin Adreanne akan terus leka menatap Edirul Fahmi.
Kalut-kalut Adreanne pejamkan mata bila tangan Edirul Fahmi meraba telefon di atas meja katil.
"Humaira... Bangun... Dah Subuh ni, sayang."
Adreanne berpura-pura menggosok mata sebelum tangan Edirul Fahmi menangkap jari dia dari terus menggosok mata.
"Sayangku Humaira, tak eloklah awak gosok-gosok mata macam tu. Boleh putus urat mata tau," tegur Edirul Fahmi seraya melepaskan tangan Adreanne.
Adreanne pandang Edirul Fahmi yang mula bangkit dari katil.
"Betul ke? Awak nak auta saya je, kan?"
"Hesy, buang masa saya je nak auta awak! Betullah, saya pernah terbaca dekat website dulu," jawab Edirul Fahmi. Tuala yang tergantung di pintu almari direntap.
Adreanne iyakan saja. Malas nak bertekak mulut dengan Edirul Fahmi pagi-pagi buta begini.
"Edy," panggil Adreanne.
Edirul Fahmi yang baru nak melangkah masuk ke dalam bilik air berpaling. Kening dijongket ke atas, bertanya kenapa.
"Awak nak pakai kemeja warna apa hari ni? Saya belum iron lagi baju awak," soal Adreanne.
Edirul Fahmi kerling ke arah closet di hujung bilik sebelum arah pandangan kembali dihala kepada Adreanne.
"Ikut awaklah. Warna apa-apa pun tak apa," jawab Edirul Fahmi.
Usai mengemas tempat tidur, Adreanne melangkah ke arah closet. Pintu closet yang amat besar ditolak kuat.
Melilau mata Adreanne memerhatikan setiap helai kemeja yang tergantung kemas. Hampir sebulan bergelar isteri Edirul Fahmi buatkan dia dah hafal setiap letak duduk pakaian lelaki itu.
"Merah..." Adreanne tolak ke tepi kemeja berwarna merah terang.
"Biru... Hijau... Tak, tak."
Puas ditolak kemeja-kemeja yang pada pandangan dia langsung tak kena dengan citarasa Adreanne sehinggalah tangan Adreanne mencapai sehelai kemeja yang agak tersorok.
"Yes! Yang ni baru kena. Confirm Cik Irine tak lalu pandang suami aku hari ni."
Adreanne mengatur langkah ke papan seterika di dalam bilik pakaian dengan memegang kemas sepasang seluar slack dan kemeja yang diambil tadi.
-----
KELUHAN terbit dari seulas bibir Edirul Fahmi. Ini yang dia risau sangat kalau dia benarkan Adreanne untuk pilih baju kerja dia ni.
"Sayangku Humaira..."
Sebaik saja Adreanne menutup pintu bilik air, dia disapa dengan panggilan meleret Edirul Fahmi. Terus dipandang Edirul Fahmi yang sedang bercekak pinggang di hujung katil.
"Kenapa, Edy?" Adreanne bertanya hairan.
Baju kemeja beserta seluar slack dan tali leher berwarna merah hati Edirul Fahmi tunjuk dengan hujung jari.
"Kenapa pink?" Edirul Fahmi turut mengajukan soalan tetapi dalam nada tak puas hati.
Adreanne kemut bibir. Oh, patutlah muka Edirul Fahmi macam stress sangat!
Memang sengaja Adreanne pilih kemeja berwarna merah jambu. Teringin juga dia nak tengok kemeja merah jambu itu disarung ke tubuh Edirul Fahmi.
"Tadi awak juga yang cakap warna apa pun takpa. Saya pilihlah warna pink ni. Mesti comel awak pakai kemeja tu nanti." Adreanne tahan diri dari ketawa.
Kemeja yang tersadai di atas katil Edirul Fahmi renung dengan muka cemberut. Ah, jatuhlah saham dia kalau dia pakai pink! Kemeja tu pun entah macam mana boleh tersesat dalam almari dia pun Edirul Fahmi tak tahu.
"Tapi, kenapa mesti pink, Humaira? Awak nak kenakan saya ke ni?"
Edirul Fahmi mencari anak mata Adreanne. Penuh syak wasangka dia tenung Adreanne sekarang sehingga terkulat-kulat Adreanne di depan dia.
"Hesy, mana adalah! Saya memang teringin nak tengok awak pakai kemeja tu. Dahlah awak janji nak pakai baju kahwin warna pink pun awak tak pakai dulu," ungkit Adreanne.
Nafas berat dihela oleh Edirul Fahmi. Perlahan-lahan tangan yang bercekak pinggang mula diturunkan ke sisi.
Tak sanggup pula dia nak suruh Adreanne gosok kemeja yang lain. Tambah-tambah pula, muka Adreanne dah berubah kelat.
"Tak payahlah pakai kemeja tu. Nanti saya iron kemeja yang lain." Adreanne mula berjauh hati.
"Awak dah gosok dah pun. Takpa, saya pakai je yang ni," putus Edirul Fahmi. Disarungkan juga kemeja berwarna merah jambu itu ke tubuhnya.
"Heh... Tadi beria sangat tak nak pakai. Macamlah berubah jantina kalau pakai warna pink tu," bebel Adreanne.
Entah siapa entah yang mulakan propaganda pink hanya untuk perempuan. Adreanne betul-betul tak puas hati.
Edirul Fahmi menggeleng. Adreanne kalau dapat peluang nak membebel, pot pet pot pet mulut dia tu. Hesy, geram!
"Bebel je kerja. Cium baru tahu," usik Edirul Fahmi.
Bila Adreanne tayang penumbuk yang tak berapa nak besar, terus Edirul Fahmi ketawa besar.
"Penumbuk pun besar buah epal je... Ada hati nak tumbuk saya," kutuk Edirul Fahmi selamba.
Mendidih darah Adreanne mendengar. Suka hati Edirul Fahmi je nak fist shaming penumbuk dia. Tumbuk nanti, apa pun tak jalan.
"Diamlah, Edy! Saya tumbuk betul-betul nanti patah pula tulang rusuk awak."
Edirul Fahmi tunjuk aksi zip mulut kepada Adreanne. Oh, tak sanggup dia nak rasa penumbuk Adreanne tu! Kena hentak dengan dahi Adreanne dulu pun dah cukup buat dia trauma.
"Humaira, sini kejap..."
Adreanne berdecit. Edirul Fahmi suka ganggu ketenteraman hati dialah.
"Awak nak apa? Saya nak bersiaplah. Dahlah breakfast pun tak siap lagi."
"Ala, sinilah kejap," gamit Edirul Fahmi sekali lagi.
Dengan rasa tak puas hati, Adreanne menghampiri Edirul Fahmi. Bila Edirul Fahmi berkalih menghadap dia, terus dia tolak dagu ke depan.
"Nak apa?" tanya Adreanne kasar.
"Uish, macam along nak kutip hutang?" Edirul Fahmi mengusik.
Disebabkan terlampau geram, Adreanne tampar bahu Edirul Fahmi berkali-kali. Mengaduh Edirul Fahmi menahan sakit.
"Tolong pakaikan tie boleh ke?" Edirul Fahmi buat permintaan bila Adreanne berhenti menampar bahu dia.
"Hesy, manalah saya reti! Dulu jadi pengawas pun papa beli tie yang boleh kancing dekat belakang."
"Kalau macam tu, jom saya ajar awak cara-cara nak ikat tali leher ni."
Sukarela Edirul Fahmi tawar diri untuk buat demo di depan Adreanne. Terangguk-angguk Adreanne sepanjang sesi tutorial percuma diajar.
"Angguk-angguk tu awak faham ke?" tanya Edirul Fahmi sekadar menguji.
"Hesy, fahamlah."
Adreanne ikut sebiji-sebiji yang diajar oleh Edirul Fahmi tadi. Sampai saja di step terakhir, Adreanne tarik kuat lebihan tali leher belakang.
"Uhuk... Uhuk..." Terbatuk-batuk Edirul Fahmi bila tali leher diikat kuat di leher dia.
Adreanne tayang sengih. Nak sangat kan dia pakaikan tali leher? Penuh kasih sayang dia bagi...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro