Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 32

NOTIFIKASI yang muncul dari tetingkap komputer Adreanne klik. Terdapat dua mesej tak berbaca yang dikirim oleh Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi
Thank you for the kiss.
I think your kiss must
contain a lot of your loves.

Pipi yang membahang Adreanne usap-usap. Hesy, fokus kerja Ad. Fokus.

Adreanne
Buat kerjalah.
Bising je tahu.

Tak lama kemudian, muncul satu lagi mesej baru dari Edirul Fahmi. Amboi, cik abang yang dalam tu sakan bermesej nampak!

Edirul Fahmi
Saya rasa lepasni saya nak
wajibkan satu rule untuk awak.

Hah, sudah! Edirul Fahmi nak bagi peraturan apa pula dekat dia ni? Adreanne mula risau.

Adreanne
Apa?

Laju Edirul Fahmi membalas. Nasib baik Adreanne di luar dan dia ada di dalam bilik pejabat sendiri. Edirul Fahmi tekan butang send.

Edirul Fahmi
A kiss a day.
Setiap pagi awak kena kiss saya
macam tadi. Lagi-lagi workdays.

Adreanne tahan geram yang membuak. Edirul Fahmi memang sengaja. Sudahlah apa yang jadi tadi semuanya accident.

Adreanne
Encik Fahmi, saya rasa sebelum
ada mummy monster yang serang
awak dalam bilik tu, eloklah awak
buat kerja ya.

Ayat "eloklah awak buat kerja ya" Adreanne tulis guna caps lock.

Edirul Fahmi ketawa seorang diri. Dapat dia bayangkan bagaimana rupa Adreanne tika ini.

Edirul Fahmi
Macam tu, saya nak tunggu
mummy monster tu serang
bilik saya dulu baru saya berhenti.

Adreanne
Tahulah dia tu anak bos besar,
bolehlah goyang kaki.

Edirul Fahmi sengih lagi. Haih, indah betul hari ni.

Edirul Fahmi
Ni last lepastu saya buat kerja.
Saya ada satu teka-teki untuk awak.

Adreanne mengeluh. Entah betul entah taklah ayat "ni last" Edirul Fahmi tu. Namun, dia tetap membalas.

Adreanne
Malaslah saya nak berteka-teki.

Edirul Fahmi
Kalau awak tak nak jawab,
saya akan spam Whatsapp awak.

Naik berasap kepala Adreanne. Edirul Fahmi sekarang ni tak habis-habis nak memaksa.

Adreanne
Hah, apa?

Edirul Fahmi
Shawn Mendes kalau dia
curang dia jadi apa?

Adreanne
Teka-teki teka tekok,
ular mati dalam mangkuk.
Dah, saya dah jawab.
So boleh tak saya nak
buat kerja sekarang?

Edirul Fahmi
Tak boleh.
Awak tak jawab betul-betul.

Adreanne
Tak tahu.
Nama dia berubah jadi apa pula?

Walaupun malas Adreanne mahu melayan, terpaksa jugalah Adreanne 'rajinkan' diri bila Edirul Fahmi mula bertegas.

Edirul Fahmi
Shawn Mendes kalau dia curang,
nama dia jadi Shawn Mendesial.
Aku dah curang kot.

"Hoi, berangan!"  sergah Hawa.

Entah bila Adreanne tersenyum, dia sendiri tak sedar. Yang pasti sergahan Hawa buatkan Adreanne kalut menutup tab Whatsapp di Chrome.

"Ish, mana ada aku berangan!" nafi Adreanne.

------

NAUFAL pandang Edirul Fahmi dengan wajah mengusik.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Kau jangan eh... Aku ni laki orang tau," tegur Edirul Fahmi dengan jari telunjuk lurus ke arah Naufal.

Naufal tolak kepala Edirul Fahmi. "Kau ingat aku hamak sangat ke dengan kau? Benda yang kau ada, aku pun ada. Tak bernafsu aku tengok."

Edirul Fahmi kembali menumpu perhatian pada laporan kewangan di tangan.

"Dah tu, apasal kau ushar aku macam tu? Senyum-senyum miang lagi," cemuh Edirul Fahmi.

Naufal dekatkan bibir ke tepi telinga Edirul Fahmi.

"Aku dengar ada orang masuk office lupa nak lap lipstick bini dekat bibir pagi tadi. Kau ke orang tu?" usik Naufal.

Edirul Fahmi mencebik. Amboi, cepat betul berita tersebar!

"Dah kau dengar gosip tu takkanlah diorang tak cerita pula siapa orang yang digosipkan?" Edirul Fahmi memerli. Naufal ni nama je ketua bahagian, tapi kalau bab-bab gosip laju je dia join sekali. Kalah perempuan.

Badan disandarkan kembali ke kerusi pejabat. Dengan berpeluk tubuh, Naufal menjawab.

"Diorang cakap top two head department yang hot. Setahu aku, kita dua je yang pegang gelaran tu sebab HD yang lain semua dah kahwin, perut boroi."

"Kau kalau mengata orang nombor satu. Esok-esok kau dah kahwin pun kau boroi juga," sinis Edirul Fahmi. Kan dia dah cakap, Naufal ni macam perempuan.

"Hesy, lambat lagi aku nak kahwin. Kau tu, apa cerita pagi tadi? Tak pasal kecoh satu office."

Edirul Fahmi menurunkan sign pada laporan yang dah habis dibaca. Usai ditolak tepi fail yang tebal, dia turut bersandar ke kerusi.

"Accident. Aku pun tak perasan ada lipstick Humaira sampailah kak Som tegur," ringkas Edirul Fahmi bercerita.

"Accident-lah sangat! Kau tu gelojoh sangat. Itu yang sampai melekat gincu tu," perli Naufal.

Edirul Fahmi ketuk kepala Naufal guna pen di tangan. "Kau cakap baik sikit eh. Aku ni penyabar orangnya."

"Heh, malaslah aku nak dengar kisah dalam kain ni. Kau tu, apa perkembangan bila dah jadi suami orang?"

Sambil bermain pen di tangan, Edirul Fahmi menjawab.

"Susah aku nak describe perasaan aku macam mana, tapi yang aku tahu, kau kena kahwin dulu baru kau faham apa aku rasa."

Naufal mencebik. Tak habis-habis nak kahwinkan dia.

"Kau ni dah boleh geng dengan mak aku dah, asyik suruh aku kahwin je lately ni."

Edirul Fahmi ketawa. Bukan dia tak mak cik Zainab, ibu kepada Naufal yang kuat membebel.

Pernah sekali, waktu zaman kolej dulu, dia dan Naufal melepak sampai pukul dua pagi dekat rumah parents Naufal. Masa tu juga mak cik Zainab membebel dekat mereka berdua. Berdesing jugalah telinga dia time tu.

"Aku sokong mak kau, Fal. Kau tu dah 30 tahun kot. Kau kahwin lambat-lambat, anak kau baru tujuh tahun, kau dah nak dekat 40 tahun. Orang pun keliru kau ni bapa kepada anak kau ke pakcik dia," seloroh Edirul Fahmi.

Naufal merengus. "Kau tak payah nak sibuk pasal jodoh aku sangat. Kau tu, dah berjaya ke lembutkan hati Ad tu? Silap-silap kena gusti je dengan bini empat harini."

"Uish, pandai do kau teka!" Edirul Fahmi ketawa lagi.

Terbeliak mata Naufal. "Sumpahlah kau kena gusti?"

Bila Edirul Fahmi mengangguk, kuat Naufal gelak. Dapat Naufal bayang rupa Edirul Fahmi yang digusti oleh Adreanne.

"Dia buat apa je dekat kau? Takkan korang ber-WWE, kot."

Edirul Fahmi goyang pen ke kiri dan kanan, tanda 'tak'.

"Teruk sangat kalau sampai ber-WWE tu," jawab Edirul Fahmi.

"Habis, dia buat apa?" Naufal mula teruja.

"Banyak sangatlah dia buat tapi yang aku tahu, semua tu buatkan aku makin angau dengan dia."

Edirul Fahmi senyum. Setiap apa yang berlaku selama lima hari bergelar suami Adreanne benar-benar menceriakan hari dia.

"Cis, dahlah! Malas aku nak layan orang angau bini macam kau ni. Aku keluar dulu," decit Naufal.

-----

"LAJU-LAJU nak ke mana tu, Encik Fahmi?"

Teguran kak Som buatkan kaki Edirul Fahmi berhenti melangkah. Dipusing badan untuk menghadap kak Som.

"Nak pergi dating, kak Som," jawab Edirul Fahmi dengan sengihan.

"Yalah, dah beristeri, kan? Mestilah balik lunch dekat rumah dengan isteri," usik kak Som.

Edirul Fahmi gosok belakang tengkuk. Kak Som ni kuat pula mengusik sejak-sejak dia kembali bekerja dari cuti berkahwin.

"Err.... Haah, betullah tu, kak Som!"

Melilau mata Edirul Fahmi mencari kelibat Adreanne. Yang berdiri di depan dia sekarang ni cuma kak Som, Hawa dan Aiman.

"Ad tak turun sekali ke?" Nak tergeliat lidah Edirul Fahmi memanggil Adreanne dengan nama 'Ad'.

Hawa simpan senyum. Amboi, risau isteri ke!

"Tak, Encik Fahmi. Ad turun lewat sikit. Maklumlah, Ad harini ada lunch date dengan abang ikan." Hawa mencelah.

Kak Som dan Aiman berkerut dahi memandang Hawa.

"Abang ikan?" Serentak keduanya bertanya.

Edirul Fahmi cerlung mata ke arah Hawa. Dah dipesan pada Hawa, gelaran abang ikan tu cuma boleh diguna di luar kawasan pejabat tapi Hawa tetap berdegil.

"Haah, abang ikan! Abang ikan tu suami Ad," jawab Hawa selamba.

Edirul Fahmi dapat menghembus nafas lega. Mujur Hawa pandai cover line. Kalau tak, mesti Adreanne mengamuk dekat dia nanti.

"Ad dah kahwin? Abang Man tak tahu pun..."

Hawa garu kening yang tak gatal. Macam manalah dia boleh lupa yang Aiman belum tahu pasal perkahwinan Adreanne?

"Baru je lagi, abang Man. Ad buat majlis sanding kecil-kecilan je."

"Oh..."

Aiman rasa ralat. Nampaknya, dia dah terlambat untuk menambat hati Adreanne.

"Saya gerak dulu ya, semua. Takut wife saya tunggu lama pula," sampuk Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi perasan akan riak muram Aiman dan untuk mengelakkan hati dia dari 'membara' dengan apa-apa yang bakal keluar dari mulut Aiman, eloklah dia beredar dahulu.

------

BUM!

Adreanne tutup kuat pintu kereta. Kisah apa kalau tertanggal sekalipun pintu kereta Edirul Fahmi yang mahal ni. Yang Adreanne tahu, dia tengah marah sekarang ni.

"Garangnya awak, sayangku Humaira. Kenapa garang sangat ni? Cepat tua nanti baru tahu," tegur Edirul Fahmi berselit usikan.

Seperti yang dijangka, Adreanne pasti memberontak, tapi dia tak kisah. Hati dia dah meronta-ronta terlalu rindukan Adreanne.

"Lagi cepat saya tua, lagi saya suka. Tak payah hadap muka awak ni lama-lama," bidas Adreanne.

Dia marah. Marah sebab Edirul Fahmi ugut-ugut dia untuk makan tengah hari sekali sedangkan dah dipesan supaya mereka tak ubah seperti supervisor dan student intern di pejabat.

"Kenapa pula Humaira tak perlu menghadap muka saya?" tanya Edirul Fahmi. Sesekali dikerling Adreanne sambil tangan mengawal stereng.

"Saya dah tua kerepot nanti mesti awak cari yang lagi muda. Lelaki kan, cari isteri mesti nak cari  yang cantik, meletop, ramping, awet muda, hot, diva," perli Adreanne dengan muka dipalingkan ke tingkap.

Tergelak kecil Edirul Fahmi mendengar balasan Adreanne.

"Tak semua lelaki dalam dunia ni macam yang Humaira sebut. Ada je yang setia sampai hujung nyawa. Contohnya, saya. Biarlah awak dah tua kerepot, badan dah bongkok tiga, muka kedut berjuta sekalipun, saya tetap pilih Humaira."

Bila Adreanne sepert mengejek apa yang dia cakap, Edirul Fahmi menyambung lagi.

"Sekali jantung saya dah jumpa pasangan dia, saya takkan cari pengganti yang baru. Biarlah jantung kita mainkan rentak yang sama walaupun kita mungkin perlukan sedikit masa lagi."

Adreanne mencebik. Susah dia nak percaya dengan apa yang Edirul Fahmi suarakan.

"Baru lagi kahwin bolehlah awak cakap macam tu. Nanti dah 10 tahun kahwin, tak mustahil hati awak berubah."

Edirul Fahmi cuba memaniskan muka walaupun ego dia agak tercalar dengan kata-kata Adreanne.

"Betul, saya tak nafikan apa yang Humaira cakap. Hati kita ni sifat dia berbolak-balik, tapi Humaira kena ingat, hati kita ni milik Al-Muqollib. Boleh jadi harini Humaira benci sangat saya, esok mana tahu tiba-tiba Allah balikkan hati Humaira untuk cintakan saya. Siapa tahu, kan?" tutur Edirul Fahmi, penuh kelembutan.

Diam-diam Adreanne bersetuju dengan apa yang Edirul Fahmi katakan. Kadangkala, dia sendiri lupa tentang sifat hati manusia yang satu itu.

"Sebagai hamba, kita sepatutnya doa banyak-banyak dekat Allah. Humaira kena doa, saya pun kena berdoa juga supaya Allah tetapkan hati kita untuk mencintai antara satu sama lain. Kita minta juga dekat Allah supaya Allah jadikan perkahwinan kita nii perkahwinan yang Dia redhai dan berkekalan sampai ke Jannah," sambung Edirul Fahmi sambil mengelus sebelah tangan Adreanne.

Adreanne tarik tangan dari elusan Edirul Fahmi.

"Edy, kenapa awak ajak saya lunch sekali? Kan kita dah janji kita takkan berjumpa sepanjang waktu bekerja."

"Oh! Sebab tu ke Humaira hempas pintu baby Jaguar saya ni tadi?" usik Edirul Fahmi.

"Hesy, jawab jelah!"

"Sebelum tu saya nak tanya Humaira satu soalan, boleh?"

Adreanne angguk.

"Sekarang ni waktu bekerja ke?" Edirul Fahmi tahan senyum. Terasa lawak dengan soalan sendiri.

"Tak, waktu rehat," jawab Adreanne. Spontan dia tersedar sesuatu. Terus Adreanne pandang sisi muka Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi sedar Adreanne sedang merenung dia dari tepi. Ditahan bibir dari tersenyum supaya Adreanne tak terasa dia sedang memperkotak-katikkan Adreanne.

"Jadi, tak salahkan saya ajak Humaira keluar makan dengan saya? Sebab sekarang bukan waktu bekerja."

Lambat-lambat Adreanne mengangguk. Malu, tapi apa boleh buat? Hadap sajalah.

"Tapi, orang tetap boleh nampak kita juga." Perlahan Adreanne suarakan apa yang terbuku di hati.

"Kita hidup ni Humaira, tak boleh kisah sangat dengan pandangan orang. Kita berdua tahu apa yang kita buat ni tak salah sebab kita dah halal dah pun. Kita jadi macam ni pun sebab takda orang yang tahu kita ni suami isteri. Betul tak saya cakap?"

Adreanne angguk. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Rasa nacam apa yang jadi ni semuanya salah dia yang nak sangat merahsiakan perkahwinan mereka.

Sekali lagi Edirul Fahmi mencapat tangan kanan Adreanne. Kemudian dicantum dan dielus dengan tangan kiri dia.

"Humaira tak perlu rasa bersalah. Saya tak salahkan Humaira pun kita kena sorok-sorok berjumpa macam ni. Kalau saya dekat tempat Humaira, mungkin saya pun akan ambil tindakan yang sama," pujuk Edirul Fahmi.

Walaupun dia tak nampak muka Adreanne, tapi dia tahu Adreanne terpukul dengan kata-katanya. Disebabkan tak nak Adreanne terus dihimpit rasa bersalah, Edirul Fahmi ubah arah perbualan.

"Humaira tahu tak, saya ni macam superman, kan?" soal Edirul Fahmi secara tiba-tiba.

Adreanne mula pelik.

"Dah kenapa pula awak samakan diri awak dengan superman?"

"Sebab saya selalu datang selamatkan awak," jawab Edirul Fahmi dengan sengihan. Mujurlah sekarang lampu merah, dapat juga dia tatap wajah manis Adreanne.

Penuh curiga Adreanne pandang Edirul Fahmi. "Bila pula awak datang selamatkan saya?"

"Banyak kali dah saya selamatkan Humaira dari perasaan Humaira. Humaira ingat tak, masa Humaira tak nak bertunang dulu?"

Malu-malu Adreanne mengangguk.

"Masa tu saya pujuk Humaira sampai Humaira setuju nak teruskan pertunangan kita. Masa Humaira merajuk tempoh hari, masa Humaira marah-marah macam tadi, masa Humaira cemburukan Irine semalam..."

"Hesy, saya tak cemburulah!"

Edirul Fahmi gelak.

"Okey-okey, yang tu salah. Selain dari masa Humaira cemburu tu, semuanya saya datang pujuk Humaira. Bila saya peluk Humaira, Humaira terus sejuk hati. Kiranya saya ni macam superman untuk perasaan Humairalah."

Adreanne kelu lidah. Tak tahu apa yang perlu dilawan dengan kata-kata Edirul Fahmi. Apa yang dia tahu, pipi dia dah jadi tomato.

"Tapi kan Humaira, saya tak nak jadi superman. Dia seksi sangat pakai red underwear dekat luar." Edirul Fahmi ketawa.

Adreanne pulas tepi perut Edirul Fahmi kuat. "Tak senonohlah awak ni!"

"Betullah saya cakap. Nanti Humaira jealous pula sebab saya seksi sangat," usik Edirul Fahmi.

"Dahlah. Tak nak cakap pasal ni dah."

Edirul Fahmi goyang muka ke kiri dan kanan. "No, no. Cuba Humaira tanya saya nak jadi apa?"

Adreanne layankan saja permintaan Edirul Fahmi. Dia tahu, dia takkan menang bila Edirul Fahmi mula berdiktator.

"Hmm, awak nak jadi apa?"

"Your man. Saya nak jadi hak milik Adreanne Humaira binti Ahmad Khuzairi sampailah Malaikat Izrail cabut nyawa saya dan kita disatukan kembali dalam syurga."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro