
♛ Bab 3
ADREANNE berjalan di hadapan Edirul Fahmi dengan sepantas yang mungkin. Tak mahu dia berjalan beriringan dengan Edirul Fahmi lepas apa yang jadi dekat arcade tadi.
Disebabkan dia berjalan dengan terlalu laju, Adreanne tak sedar ada seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan bertentangan arah dengannya. Hampir sahaja kanak-kanak lelaki tersebut dirempuh, namun lengan yang berlapik blouse berwarna putih itu sempat ditarik oleh Edirul Fahmi.
"Lain kali jalan tu ingat sikit orang lain. Jangan tahu menonong aje," nasihat Edirul Fahmi tidak menyedari yang dia masih memegang lengan Adreanne.
Adreanne diam. Lengan yang masih berada dalam pegangan Edirul Fahmi ditarik sedikit kuat lalu kaki kembali mengatur langkah. Melilau mata melihat kalau-kalau dia ternampak Adzim dan Aryan.
"Tak payah cari, diorang dah balik dah pun," ujar Edirul Fahmi sebaik sahaja kaki berjaya menyaingi langkah Adreanne.
Adreanne dengan spontan berhenti melangkah. Badan dipusingkan menghadap Edirul Fahmi. "Mana kau tahu? Kau jangan nak memandai eh," tanya Adreanne dengan kasar.
"Adzim baru WhatsApp saya tadi, dia bagitahu yang diorang dah balik. Mama awak bising sebab lauk untuk makan malam tak sampai lagi," jawab Edirul Fahmi sambil menayangkan telefon bimbit di tangan.
"Diorang dah balik? Eh, tak guna betul abang berdua tu! Tak apa la, aku balik naik Grab dulu."
"Apa pula naik Grab, saya hantar awak sampai rumah la. Saya dah bagitahu Adzim dah tadi." Senyuman manis dihadiahkan kepada Adreanne.
"Balik dengan kau? Tak nak la. Boleh percaya ke kau ni?" Sinis Adreanne bertanya.
"Of course la awak boleh percayakan saya. Jangan risau, saya takkan apa-apakan awak. Kalau saya nak apa-apakan awak pun, tunggu kita dah kahwin nanti la," selamba Edirul Fahmi menjawab.
"Main-main la dia ni. Suka merepek gila bab-" Adreanne tekup mulut. Aduh, apasal harini je asyik nak sebut perkataan yang satu tu je!
"Hah, nak cakap nama haiwan tu lagi la, kan? Awak ni memang tak sedar-sedar ke Humaira? Yang tadi pun awak tak minta maaf lagi dengan saya tau."
"Tak sengaja la, bukannya saja-saja nak sebut."
Adreanne tunduk menekur lantai. Takut kalau-kalau Edirul Fahmi tiba-tiba mengamuk. Dah la sekarang ni mereka ada di atas escalator untuk turun ke lobi. Tak pasal-pasal je dia jadi tontonan umum kalau Edirul Fahmi marah dia.
Turun aje dari escalator, terus Adreanne berjalan laju ke arah pintu utama. Tak betah dia nak berlama-lama dengan Edirul Fahmi sekarang. Edirul Fahmi pun diam je dari tadi. Marah dekat dia lagi agaknya.
"Tu, nak pergi mana pula tu?"
Adreanne berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah Edirul Fahmi yang berada di belakang. "Nak pergi mana kau tanya aku? Nak balik la, takkan nak bertapa dalam mall ni pula."
Edirul Fahmi senyum sinis. Dia menggeleng kecil. Marah-marah pun comel. Eh, geram!
"Siapa kata awak boleh balik? Teman saya tengok wayang dulu. Tak boleh cakap 'tak', sebab saya dah beli tiket dah pun." Dua keping tiket wayang ditayangkan di hadapan mata Adreanne. Terbuntang mata Adreanne. Bila pula dia beli ni, heh.
"Wayang? Kau tengok la sorang-sorang. Tak kuasa aku nak teman," Suka hati Edirul je nak suruh dia buat macam macam. Tadi cakap nak hantar. Dah tu hantar je la. Kalau boleh, sekarang juga Adreanne nak balik rumah.
"Kan saya dah cakap tadi, awak tak boleh cakap 'tak'. Kalau awak berkeras tak nak juga, saya dukung awak masuk cinema. Setakat badan awak ni..."
Mata Edirul Fahmi dilirik ke atas dan ke bawah. Konon-konon macam menganalisa tubuh Adreanne. Kalut-kalut Adreane silang tangan ke badan, persis melindungi tubuhnya daripada diratah Edirul Fahmi.
"... bukannya berat mana pun. Sekeping je saya tengok," ujar Edirul Fahmi selamba. Well, fikir dia tak berani ke.
Adreanne mendengus kasar. "Kau memang suka paksa orang ke?"
Gila betul mamat ni. Nak aje aku gilis-gilis muka dia yang tak berapa nak tampan tu dengan lori balak. Biar hancur terus, kutuk Adreanne dalam hati.
"Kalau macam tu, ikut je la. Settle masalah." Edirul Fahmi beri kata putus. Kaki melangkah pantas meninggalkan Adreanne yang masih terkulat-kulat di belakang .
"Cis, suka hati mak nenek dia je!"
Adreanne menghentakkan kakinya sebagai tanda protes. Namun dia tetap mengikut langkah Edirul Fahmi yang dah jauh di depan sana.
------
TEMPAT duduk yang berada di tengah-tengah bilik panggung C3 menjadi pilihan Edirul Fahmi. Lantas tangan mempersilakan Adreanne untuk memasuki ruangan tersebut dahulu.
Edirul Fahmi mengambil tempat di sebelah kanan Adreanne. Posisi badannya dibetulkan sedikit supaya dia dapat duduk dengan selesa. Sebekas popcorn bersaiz regular diletakkan di tengah.
Lampu di dalam panggung digelapkan tanda tayangan bakal bermula. Filem ber-genre horror yang menjadi pilihan mereka mula ditayangkan dengan bunyi kuat. Oh, bukan pilihan mereka, tapi pilihan Edirul Fahmi sorang.
Adreanne menutup matanya menggunakan kedua belah tapak tangan apabila babak-babak seram ditayangkan. Mulut terkumat-kamit membaca segala surah lazim yang dia tahu. Dia memang takut pun untuk menonton filem seram. Kebiasaannya, filem animasi ataupun komedi yang menjadi pilihan.
Edirul Fahmi mula berasa hairan apabila terdengar bisikan halus yang terbit dari sebelah. Mata dialihkan ke kiri. Hampir terletus tawanya apabila melihat reaksi Adreanne. Bibir diketap kuat daripada melepaskan sebarang bunyi. Itu la, tadi acah berani sangat. Konon tak takut nak tengok filem-filem macam ni. Sekarang, siapa entah yang terkumat-kamit berzikir dulu.
Kepala Edirul Fahmi disengetkan ke kiri dan mulut dirapatkan sedikit ke telinga Adreanne.
"Ada perempuan tua duduk dekat sebelah awak tu. Rambut dia panjang tau," bisik Edirul Fahmi perlahan sambil tawa yang hampir meletus terpaksa dikawal.
"Hah? D- de- dekat mana?" Tangan kembali dirapatkan ke muka lalu ditekup dengan lebih erat. Mama, Aira takut. Aira nak balik. Huwaaa.
"Dekat sebelah kiri awak la, sayang. Dia tengah pandang awak tu. Mungkin, dia nak cari mangsa baru la kot."
"Kau tolong la halau dia. Jangan bagi dia datang dekat dengan aku." Lidah kembali menuturkan segala ayat pendinding. Habis segala ayat yang dia ingat dibaca.
"Mak cik, mak cik jangan la datang sini. Kesian kekasih hati saya ni, dia takut dengan mak cik." Edirul Fahmi pantas menekup mulut. Terketar-ketar badannya menahan tawa. Aduh, lawak betul!
"Macam mana? Mak cik tu dah pergi ke belum?" Mata dibuka sedikit untuk melihat Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi pantas mengawal riak muka. Bibir sesekali terketap-ketap menahan tawa. "Dah halau, tapi mak cik tu cakap, dia tak nak pergi. Apa kata awak cuba cakap dengan dia. Mana tahu dia pergi ke."
"Tak nak la. Nanti kalau dia marah aku, macam mana? Aku takut la."
"Takkan la dia nak marah awak pula. Awak ada buat salah ke dengan dia? Tak, kan?"
"Mana tahu aku ada bagi dia marah tanpa aku sedar ke, kan? Kau tolong la cakap."
"Awak cakap la. Kalau dia marah awak, saya marah la dia balik."
"Kau ni tak gentleman la. Takkan tak nak tolong perempuan kot."
"Bukan tak nak tolong, tapi kan saya dah tolong tadi. Nak buat macam mana kalau mak cik tu tak nak dengar cakap saya, kan?"
"Pujuk la dia, kau kan berbudi bahasa sangat. Takkan tak tahu kot macam mana nak pujuk orang tua."
"Awak cakap je dengan dia. Serious saya protect awak."
"Betul ni? Kau tak kelentong aku, kan?"
"Tak kot, dah buka la mata tu. Cakap dengan mak cik tadi."
Adreanne cuba membuka mata dengan berhati-hati. Mata dililaukan ke kiri dan kanan sebelum kening bercantum rapat. "Aik, kenapa tak ada siapa-siapa pun?"
Edirul Fahmi ketawa perlahan. Takut menganggu penonton lain. "Bila masa pula ada orang dekat tepi tu? Dari kita mula duduk lagi, memang tak ada sesiapa pun sebelah awak tu."
"Kau tipu aku, kan?" Muka Edirul Fahmi dipandang macam nak telan. Kecil besar-kecil besar je Adreanne pandang Edirul Fahmi. Nanti tak pasal-pasal ada yang lebam muka masa balik rumah kot.
"Mana ada tipu, usik sikit je. Tadi saya tanya awak okey ke tengok cerita ni, awak juga yang kata okey. Alih-alih mulut tu, tak habis-habis baca mantera. Cuba ajar saya, mantera yang awak baca tadi? Mana tahu esok-esok mantera tu berguna ke."
Muka Adreanne dah tebal manahan malu. Ingatkan tak ada siapa yang perasan. Sumpah, dia rasa menyesal sangat sebab tolak offer Edirul Fahmi tadi. Tapi takkan la dia nak tunjuk sifat lemah dan penakut tu pula, Lagi malu la dia nanti.
Edirul Fahmi geleng kepala apabila Adreanne membisu. Tak habis-habis nak menangkan ego si Adreanne ni.
-----
ADREANNE yang asyik melihat ke luar tingkap dikerling dengan ekor mata. Sebaik sahaja gear ditukar kepada 'N' apabila lampu isyarat berwarna merah, Edirul Fahmi memandang sisi wajah Adreanne.
"Humaira, awak ingat lagi tak deal kita tadi?"
Soalan daripada Edirul Fahmi mengembalikan Adreanne dari lamunan panjang. Kepala dijatuhkan sekali. "Ingat."
"Kalau saya nak tuntut deal tu sekarang, boleh ke? Berhati-hati Edirul Fahmi bertanya.
"Boleh," jawab Adreanne sepatah. Tiba-tiba dia rasa mengantuk pula.
"Kenapa eh, awak macam kasar sangat dengan saya? Awak baru jumpa saya balik harini tau, tapi awak macam dah lain sangat dah."
Berkerut dahi Adreanne. Macam pelik je bunyi soalan tu. "Apa maksud kau ni? Aku- aku tak faham la."
Sumpah, Adreanne memang tak faham sekarang ni. Dekat rumah tadi, semua papa dengan Aryan tak habis-habis ulang ayat 'kita semua dah kenal dia lama dah'. Sekarang ni, Edirul Fahmi tanya kenapa dia dah lain bila mereka berjumpa kembali. Macam sus sangat.
"Awak memang tak ingat langsung ke siapa saya?" Berat Edirul Fahmi bertanya. Mustahil Adreanne tak ingat dia.
Adreanne geleng berkali-kali. "Tak, aku memang tak kenal kau. Ni first time kita jumpa, lepastu tiba-tiba je kau dah masuk meminang aku. Kau ni, siapa sebenarnya?"
"Saya kan bakal tunang awak. Awak tanya soalan apa ni, Humaira?" jawab Edirul Fahmi lambat-lambat. Dia tahu apa yang Adreanne nak dia jawab, tapi nanti la. Biar la Adreanne yang ingat dia sendiri.
"Aku tahu la kau tu bakal tunang aku. Maksud aku, siapa kau dalam hidup aku sebelum kau masuk meminang aku? Kenapa angah cakap, aku dah lama kenal kau dan aku akan ingat kau bila aku tengok muka kau. Tapi, bila aku pandang je muka kau tadi, aku sumpah rasa tak aku tak pernah jumpa kau sebelum ni," senafas Adreanne meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran sejak tadi.
Betul la, Adreanne memang tak ingat dia. Rasa macam kecil hati pula bila Adreanne langsung tidak mengecam wajahnya. Tak apa la, benda pun dah lama dah, Edy. Edirul Fahmi cuba menenangkan sesak dalam dada sebelum dia bersuara.
"Tak apa la, lambat-laun nanti mesti awak tahu juga siapa saya."
"Aku nak tahu sekarang, sebab aku memang tak boleh berhenti fikir pasal benda ni selagi aku tak dapat jawapan," desak Adreanne. Susah sangat ke nak bagitahu perkara sebenar. Dah la semua orang macam tahu apa yang jadi selama ni, melainkan dia.
"Tak seronok la kalau saya bagitahu awak sekarang. Tak surprise nanti."
Adreanne kalih duduk. Dia bersandar pada pintu kereta dengan keadaan badan menghadap Edirul Fahmi. Adreanne peluk tubuh. "Bagitahu je la sekarang, apa yang susahnya? Tak payah nak se-surprise sangat la."
"Tak susah, tapi saya tak nak awak malu."
"Kenapa pula aku nak malu? Bukannya aku pernah confess dekat kau pun."
"Hah, betul la tu apa awak cakap tu." Edirul Fahmi sengih.
Adreanne kerut kening. "Apa yang betul pula ni?"
"Betul la, awak confess dekat saya dulu."
Adreanne ternganga. Bila pula dia ada buat kerja gila confess-confess ni?
"Tapi saya reject," selamba Edirul Fahmi menyambung.
"What?!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro