Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 24

PALUAN kompang mula kedengaran dari dalam dewan banquet di hadapan Edirul Fahmi dan Adreanne.

Pegangan pada jambangan bunga dieratkan lagi. Gugup yang Adreanne rasakan bagai nak melompat gantung keluar walaupun rata-rata yang hadir adalah kenalan rapat.

Edirul Fahmi toleh ke kiri. Wajah Adreanne yang tampak jelas gugup sangat lucu. Ingin ketawa, kasihan pula. Lantas bibir dibawa mendekat ke telinga kanan Adreanne.

"Muka awak pucatlah, sayang," tegur Edirul Fahmi perlahan.

Spontan jambangan muka di tangan mengetuk muka Edirul Fahmi. Apabila Edirul Fahmi mengaduh sakit, barulah Adreanne sedar apa yang menjadi tempat dia mengetuk.

"Eh, sorry-sorry! Saya tak sengaja." Kalut-kalut Adreanne minta maaf. Tindakan refleks, Adreanne mengusap pipi Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi terkedu. Tak sangka dia dapat merasa usapan lembut Adreanne di pipi sendiri.

"Iyalah, sayang. Awak tu takut sangat. Bukannya ada hantu pun, kahwin aje."

Nak terbeliak mata Adreanne mendengar balasan Edirul Fahmi. "Otak awak harini tak center ke? Fikir kita nak kahwin sekarang ni macam tengah main kahwin-kahwin ke?"

Edirul Fahmi ketawa kecil. "Tak sangka awak  ingat lagi kita pernah main kahwin-kahwin dulu." 

"Apa maksud awak?" Berkerut dahi Adreanne. Ayat Edirul Fahmi tu sus sangat.

"Maksud apa?" Edirul Fahmi berpura-pura tak faham.

"Tadi tu... awak ada cakap yang..."

"Eh, jomlah! MC dah panggil tu," potong Edirul Fahmi. Timing MC memang ngam.  Kalau tak, mati kutu dia nak menjawab.

Adreanne segera memaut kembali lengan kiri Edirul Fahmi. Malu tak malu, itu belakang kira. Edirul Fahmi apa lagi, makin melebarlah senyum.

"Sayangku Humaira, awak dah ready nak masuk dewan ?" Perlahan Edirul Fahmi bertanya. Cukup untuk mereka dengar.

Sekali lagi, Adreanne tarik nafas sedalam yang mungkin. Dalam diam, Adreanne berdoa supaya tak ada kejadian yang akan memalukan mereka berdua terjadi.

"Dah," sahut Adreanne.

"Okey, jom! Senyumlah sikit, sayangku Humaira. Awak nak ke muka awak nanti macam orang kena paksa kahwin?" usik Edirul Fahmi dalam keadaan menggumam.

Adreanne herotkan mulut. "Hmm, memang kena paksa kahwin pun!"

"Tapi awak terpaksa dalam kerelaan, kan?" Susah-payah Edirul Fahmi membalas. Kerlipan lensa kamera dari pelbagai arah buatkan keduanya terpaksa mengoyak senyum.

-----

"KENALKAN, nilah kak long. Yang sebelah kak long tu abang long. Diorang satu family baru sampai je pagi tadi tapi tak sempat nak join majlis akad nikah kita," ujar Edirul Fahmi.

Adreanne tunduk menyalami perempuan yang diperkenalkan sebagai 'kak long'. Barulah dia faham kenapa Edirul Fahmi mengajaknya ke sini.

"Sorrylah Aira, kak long tak dapat nak join majlis akad nikah korang. Ni hah, anak kak long yang kecil ni meragam pula," ujar Edrina usai bersalam dan berlaga pipi.

"Eh, takda apalah kak long! Aira okey je. Siapa nama anak kak long yang tembam ni? Comelnya dia," tanya Adreanne seraya mencubit lembut pipi bayi lelaki yang berada dalam dukungan Edrina.

"Aqeef. Baru setahun. Aqeef, say hi!"

"Hai!" Aqeef lambai tangan kecil. Sesekali diberi flying kiss kepada Adreanne.

Adreanne ketawa seronok. "Eii, comelnya awak ni Aqeef! Geramlah kita tengok."

Aqeef bawa muka menghadap dada Edrina. Malu apabila Adreanne tak habis-habis mencubit pipi gebunya.

"Dia malulah tu, Aira. First time jumpa kan, lambat sikit 'enjin' nak panas."

Sedang Edrina membelai rambut nipis Aqeef, seorang kanak-kanak perempuan bertocang dua datang menempel.

"Hai, Mama Ra! Nama kita Amani. Umur kita empat tahun. Kita tak sekolah lagi, tapi kita dah tahu mengeja. Mama ajar!" Riuh mulut Amani berceloteh.

Adreanne terkebil-kebil. "Mama Ra?"

Edirul Fahmi di sebelah cuma senyum. Dah diagak, pasti Adreanne pelik dengan gelaran yang dipanggil Amani.

"Mama Ra tu siapa?" Adreanne pandang Edirul Fahmi dengan kening bercantum.

"Mama Ra tu awaklah, sayangku Humaira. Amani panggil saya Papa Mie so secara tak langsung, awak dah jadi Mama Ra dia."

Adreanne bongkok badan untuk menyamai ketinggian Amani. Pipi Amani dicuit. "Oh, hai Amani! Amani ni comellah."

"Eh, mestilah Amani comel! Amani kan ikut muka mommy. Kalau Amani ikut muka daddy, mesti tak comel."

Izhar terpinga-pinga. "Kenapa pula kalau ikut muka daddy, Amani tak comel?"

"Eii, daddy ni! Apa punya soalanlah. Daddy kan lelaki. Kalau muka Amani ikut muka daddy, nanti muka Amani mesti nampak macam lelaki. Tak nak tak nak. Tak comel."

Pecah tawa seisi keluarga Edirul Fahmi dengan telatah Amani. Amani yang baru berusia empat tahun tapi becoknya dia mengalahkan orang dewasa.

"Humaira, saya pergi tandas kejap," ujar Edirul Fahmi tiba-tiba.

Adreanne sekadar angguk. Dia kembali melayan telatah Amani. Sedang dia rancak berbual, lampu dewan tiba-tiba terpadam. Gamat keheningan dewan dengan suara panik  tetamu.

Bunyi alunan piano dari atas pentas buatkan semua tetamu yang mengalih pandangan. Masing-masing mengoyak senyum melihat apa yang sedang terjadi.

Adreanne terkedu mendengar suara yang bergema dari mikrofon. Dia kenal sangat dengan pemilik suara tu tapi, apa yang orang di sana cuba lakukan?

Bagai patung cendana Adreanne berdiri di atas karpet merah yang terbentang di tengah-tengah dewan.

**(P/S : Boleh play media dekat header untuk dengar lagu)**

"Not sure if you know this but when we first met, I got so nervous. I couldn't speak. In that very moment, I found the one and my life had found its missing piece."

Edirul Fahmi perlahan-lahan menapak turun dari atas pentas. Dipegunkan mata untuk memandang Adreanne yang turut sama bertemu empat mata dengannya.

"So as long as I live I love you, will have and hold you. You look so beautiful in white. And from now 'til my very last breath, this day I'll cherish. You look so beautiful in white, tonight."

"What we have is timeless. My love is endless. And with this ring, I say to the world; you're my every reason. You're all that I believe in. With all my heart I mean every word."

Edirul Fahmi berhenti di hadapan Adreanne. Mata Adreanne ditatap lembut sambil menyambung nyanyian.

"So as long as I live I love you, will have and hold you. You look so beautiful in white. And from now 'til my very last breath, this day I'll cherish. You look so beautiful in white.Tonight."

Kerlipan lensa kamera dan usikan nakal para tetamu cuba dihiraukan. Edirul Fahmi memaut pinggang ramping Adreanne dengan sebelah tangan.

"And if a daughter is what our future holds, I hope she has your eyes. Finds love like you and I did. Yeah, and if she falls in love, we'll let her go. I'll walk her down the aisle. She'll look so beautiful in white."

Habis saja nyanyian, Edirul Fahmi melekapkan dua ulas bibir pasa dahu Adreanne. Adreanne yang tersipu malu di bawah cahaya spotlight buatkan Adreanne kelihatan sangat cantik.

"Terima kasih sebab terima saya sebagai suami awak. Sayangku Humaira, saya janji awak akan bahagia hidup dengan saya," bisik Edirul Fahmi perlahan selepas menjauhkan bibir.

Pipi Adreanne mula berona merah. Malu bukan kepalang bila mereka menjadi bahan usikan tetamu yang hadir. Tanpa sebarang amaran, laju jari Adreanne mengutil tepi pinggang Edirul Fahmi.

"Aduh, Humaira! Dah kenapa pula awak cubit saya ni?" Meliuk-lentok badan Edirul Fahmi menahan kutilan Adreanne. Perlahan tapi cukup berbisa.

"Padan muka!"

Adreanne laju meninggalkan Edirul Fahmi di tengah dewan. Aci tak kalau dia nak tamatkan majlis sekarang juga? Sungguh, malu yang dia rasa tak mampu ditahan lagi.

-----

"AMBOI, bukan main lagi ya kau tadi beromantika dekat tengah-tengah dewan banquet ni," usik Hawa.

"Baik kau diam Hawa sebelum aku sumbat-sumbat mulut kau dengan bunga ni!"

Hawa mengekek. "Tak sangka aku, sweet juga kan abang ikan kau tu. Aku ingat dia tu jenis yang 'keras' sikit. Rupanya mat romeo dalam diam."

"Kau ni kalau sehari tak puji Edy memang tak sah, kan?" cebik Adreanne, tak puas hati.

"Eh, mestilah! Orang hot and spicy macam abang ikan kau tu siapa je tak berkerdip bila pandang."

"Aku. Aku pandang dia berkerdip je mata." Adreanne tayang muka bangga.

"Ceh! Yang tu kau tak payah beritahu pun aku memang dah tahu. Kalau ada 10 orang dalam dunia ni yang jatuh hati dekat abang ikan, kau seorang jelah yang duduk dekat hujung dunia."

"Lah, apasal pula?" tanya Adreanne.

"Yalah, yang lain semua datang berkerumun dekat abang ikan. Kau tu je yang sibuk kira bulan bintang." Selamba Hawa menjawab. Atau dengan erti kata lain, memerli Adreanne.

Adreanne buat tak hairan. Dah biasa sangat diperli Hawa, hati dah jadi lebih kebal. Terasa pinggang dipeluk dari tepi, Adreanne pandang kiri.

"Apa yang rancak sangat berbual ni?" soal Edirul Fahmi.

"Takda apa," jawab Adreanne ringkas. Sedaya upaya ditepis tangan Edirul Fahmi dari terus memeluk pinggangnya.

"Betul ke ni? Dari jauh lagi saya nampak awak dengan Hawa serius je bersembang." Makin Adreanne tepis tangannya, makin Edirul Fahmi eratkan pelukan.

Adreanne berdehem. Malas nak mengulas lebih.

"Tak sangka kan suara Encik Fahmi ni sedap betul!" puji Hawa.

Edirul Fahmi gelak. "Tapi masih tak boleh kalahkan Anuar Zain, kan?"

"Hahaha, yang tu kena practice lebih sikit." Hawa turut sama gelak.

"Oh! Sebelum saya lupa, Hawa lepasni nak ke kerja macam mana?" tanya Edirul Fahmi.

Dua hari lepas, Edirul Fahmi suarakan hasrat kepada Adreanne. Katanya, mereka akan berpindah ke rumah Edirul Fahmi selepas berkahwin. Dan disebabkan itu juga, Edirul Fahmi mahu Adreanne pergi ke pejabat bersamanya.

Mujur juga Hawa faham. Kata Hawa, dia juga sudah bercadang untuk ke pejabat dengan sendiri selepas Adreanne bergelar isteri Edirul Fahmi.

"Yang tu Encik Fahmi jangan risau. Ayah saya dekat kampung nak datang lusa, nak hantar kereta. Lepasni saya drive sendiri pergi office," terang Hawa.

Edirul Fahmi angguk faham. "Saya pinjam Humaira sekejap boleh, Hawa?"

Hawa tunjuk tanda okey. "Eh, nak ambil terus pun boleh! Ad kan dah jadi hak rasmi Edirul Fahmi."

Adreanne jegil mata. Hawa ni kalau bercakap, dia yang malu. Bila Edirul Fahmi tarik tangan dia, Adreanne cuma menurut.

"Nak pergi mana?" Adreanne bertanya perlahan.

"Kita jumpa kawan-kawan saya, kejap. Naufal pun ada," jawab Edirul Fahmi.

Tindakan refleks. Adreanne berhenti melangkah.

"Kenapa, Humaira?" Risau Edirul Fahmi menyoal. Ditilik atas bawah Adreanne, namun tak ada apa yang pelik.

"Naufal tu Encik Naufal ke?"

"Yalah, itu je kawan yang saya ada nama Naufal."  Walaupun pelik, Edirul Fahmi tetap menjawab.

Adreanne mula berang. "Kenapa awak jemput Encik Naufal? Kan saya dah cakap, saya tak nak awak jemput mana-mana staf dekat office."

Cepat-cepat Edirul Fahmi genggam tangan Adreanne. Sambil bersuara, diusap-usap belakang tangan si isteri.

"Tak bolehlah kalau saya tak jemput Naufal, dia kan kawan baik saya dari zaman kolej lagi. Kecil pula hati dia kalau saya tak jemput," pujuk Edirul Fahmi.

Adreanne diam. Ditoleh sekejap ke arah meja yang diduduki Naufal. Ada tiga orang lelaki yang riuh bersembang dengan Naufal.

"Kalau staf lain tahu macam mana?"

Edirul Fahmi dah dapat menerka apa yang dirisaukan Adreanne.

"Humaira jangan risau, saya yakin Naufal boleh simpan rahsia ni. Macam mana saya percayakan awak bila awak jemput Hawa, awak pun kena belajar untuk percayakan saya juga."

Senyum nipis terlakar di wajah Adreanne. Betul kata Edirul Fahmi, dia kena percayakan Edirul Fahmi.

"Jomlah! Kita jumpa kawan-kawan awak," ajak Adreanne.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro