♛ Bab 21
"NAK balik dah ke, Ad?"
Adreanne menoleh ke arah Aiman yang bertenggek di tepi kubikel. "Haah abang Man, Ad dah nak clock out dah."
"Ad balik seorang ke? Makan dulu, jom?" ajak Aiman bersungguh-sungguh. Sudah tiga hari Adreanne menjalani latihan industri, namun tak sekalipun lagi dia tak berkesempatan untuk makan semeja dengan Adreanne. Ini semua gara-gara ibunya yang meminta dia untuk pulang makan tengah hari di rumah.
"Eh, sorrylah abang Man! Lain kali ya."
"Ala... Ad tak sudi ke nak makan setable dengan abang Man? Ad jangan risau, semuanya ditanggung beres oleh abang Man." Makin giat Aiman mengajak. Dalam hati, tak henti-henti dia berdoa supaya Adreanne lembut hati untuk menerima pelawaan.
Adreanne liarkan mata ke kiri dan kanan. Mana Hawa ni? Tadi cakap nak pergi toilet je. Dalam gelisah, Adreanne menjawab. "Bukan tak sudi abang Man, tapi Ad nak cepat ni... Ad ada hal malam ni."
"Hal apa tu? Boleh abang tahu?"
"Err... hal... hal..." Adreanne mati kutu. Kenapalah harini kak Som balik awal? Kalau kak Som ada, mesti kak Som dah tolong halaukan Aiman. Hendak minta tolong Cik Irine, tepat je pukul 5 terus lesap.
Aiman berjalan tiga tapak ke hadapan. Jika tadi dia cuma berdiri di tepi kubikel, sekarang dia sudah berdiri betul-betul berhadapan dengan Adreanne. Cuma satu tapak jarak antara mereka.
"Eh, abang Man! Tak naklah dekat-dekat macam ni," larang Adreanne. Adreanne melangkah ke belakang. Dalam pada yang sama, dia cuba mengintai kelibat Edirul Fahmi di dalam bilik dan berharap Edirul Fahmi belum lagi pulang.
"Sorry Ad, abang Man tak ada niat pun nak takutkan Ad. By the way, boleh abang minta nombor telefon Ad?"
Aiman angkat kedua tangan menyamai paras dada. Sebelah tangan mula menyeluk masuk ke dalam poket seluar lalu telefon bimbit miliknya dihulurkan ke arah Adreanne.
"Abang cuma nak kenal-kenal dengan Ad je, boleh kan, Ad?" sambung Aiman apabila Adreanne masih kaku berdiri.
"Ad tu-"
"Man! Humaira! Korang tak balik lagi?"
Serentak Adreanne dan Aiman menoleh ke arah datangnya suara yang menegur mereka. Kelibat Edirul Fahmi dengan muka berkerut menghiasi pandangan keduanya. Naufal yang berada di sebelah Edirul Fahmi cuma diam walaupun dia mula was-was dengan keadaan sekarang. Adreanne gigit bawah bibir. Pegangan pada tali handbag di bahu dieratkan.
"Baru nak balik, Encik Fahmi. Encik Fahmi dengan Encik Naufal kenapa tak balik lagi?" Telefon bimbit yang dihulur kepada Adreanne ditarik ke sisi. Mendongkol geram Aiman dalam hati. Sangkanya Edirul Fahmi sudah pulang dan disebabkan dia yakin yang semua staf sudah pulang jugalah, Aiman beranikan diri untuk menegur Adreanne.
"Saya baru habis virtual meeting tadi. Ni baru nak on the way balik," jawab Edirul Fahmi. Sekilas dipandang Adreanne yang cuma tunduk menekur lantai dari tadi.
"Oh! Kalau macam tu, jomlah kita turun sekali." Aiman sekadar berbasa-basi walaupun pada hakikatnya dia masih ingin menunggu Adreanne. Dahlah tak dapat keluar dengan Adreanne, nombor Adreanne pun dia belum dapat lagi.
"Kau turun dengan Naufal dululah, Man. Saya tertinggal phone pula dalam bilik."
Tak menunggu lama, cepat-cepat Edirul Fahmi hilangkan diri ke dalam bilik kerja. Mujur dia perasan telefon belum diambil apabila terpandangkan telefon bimbit Aiman tadi. Kalau tak, dah satu kerja pula nak patah balik ke pejabat.
"Takpa Man, kita turun dulu." Naufal tepuk bahu Aiman, mengajak Aiman untuk sama-sama turun ke bawah. Dia sedar, Aiman seperti gelisah apabila Edirul Fahmi berpatah balik ke bilik dan dia rasa dia dapat teka kenapa.
"Ad tak apa ke sorang-sorang? Ke Ad nak abang Man teman Ad sampai Hawa datang?" Aiman endahkan kata-kata Naufal. Adreanne yang dari tadi menekur lantai mula mengangkat muka.
"Ad okey je, abang Man baliklah."
"Tapi abang Man risaulah nak tinggal Ad berdua je dengan Encik Fahmi. Kalau ada apa-apa jadi macam mana?"
Naufal tayang muka menyampah. Naik berbulu pula telinga dengar Aiman kata yang dia risaukan Adreanne. Nak risau apa, Adreanne dengan Edirul Fahmi dah bertunang dah pun. Lusa dah nak akad nikah.
"Eh! Tu Hawa dah datang! Ad balik dulu ya, abang Man. Saya pulang dulu, Encik Naufal." Kalut-kalut Adreanne merenggut beg tangan Hawa di atas mejanya sebelum Hawa ditarik laju mengikut langkahnya.
"Kau kenapa macam takut semacam ni? Kau jumpa hantu ke tadi?" tanya Hawa pelik. Lagi pelik apabila dia nampak Aiman dan Naufal berdiri tidak jauh dari kubikel Adreanne semasa pulang dari tandas.
"Ini lagi seram dari hantu," jawab Adreanne. Mujur saja mereka sudah berada dalam kereta, dapatlah dia menenangkan jantung yang laju mengepam darah.
"Lagi seram? Kau jumpa apa?"
"Buaya pencen!"
-----
ARYAN mengetuk pintu bilik Adreanne. Terpampang saja muka Adreanne di celahan pintu, terus Aryan bersuara. "Dah siap dah?"
"Hmm, Edy dah sampai ke?" Sambil menutup pintu bilik, Adreanne bertanya. Malam ini dia dan Edirul Fahmi perlu mencuba baju pengantin di butik. Lega Adreanne rasa apabila baju mereka sempat disiapkan dalam masa beberapa hari.
"Tak, Edy belum sampai lagi," jawab Aryan. Aryan laju menuruni tangga. Dicapai kunci kereta di rumah kunci sebelum dia melangkah keluar.
Adreanne berhenti melangkah di tengah ruang tamu. "Dah tu kenapa angah panggil Aira turun?"
"Pergi butiklah." Dari muka pintu, Aryan bersuara.
"Kan Edy tak sampai lagi?" Otak Adreanne masih belum dapat mencerna apa yang sedang berlaku.
"Angah nak keluar ke?" tanya Adreanne lagi.
Aryan sekadar berdehem. Apabila Adreanne masih lagi bingung di tengah ruang tamu, terus saja Aryan menyambung. "Jomlah cepat Aira! Nanti lambat-lambat tutup pula butik."
"Hah?"
"Astaghfirullahalzim, yang blur sangat malam ni kenapa? Jom, Aira pergi butik dengan angah!"
"Kenapa pergi dengan angah pula? Edy tak ada cakap apapun." Walaupun pelik, Adreanne tetap menyarung sepatu merah di kaki.
"Edy call angah tadi, dia minta angah bawakan Aira pergi ambil baju Aira malam ni. Baju dia, esok baru dia ambil," terang Aryan sebelum pedal minyak ditekan.
Adreanne buka Whatsapp miliknya. Mesej daripada Edirul Fahmi diperiksa, bimbang kalau-kalau dia ada terlepas pandang mesej penting daripada Edirul Fahmi. "Kenapa dia tak ada bagitahu Aira pun?"
Aryan jungkit bahu. "Entah!"
"Edy ada bagitahu angah tak kenapa dia suruh angah yang bawa Aira?"
Adreanne musykil. Seingat Adreanne, dah masuk dua hari dia dan Edirul Fahmi tak bertegur sapa. Kebiasaannya ada juga sepatah dua mesej daripada Edirul Fahmi, tapi dia langsung tak ada menerima sebarang mesej semenjak tercetusnya pergaduhan kecil antara mereka. Kalau terserempak dekat pejabat pun, Edirul Fahmi selalu pura-pura tak nampak Adreanne.
"Takda pun. Dia pun macam rushing je masa call tadi."
Terdiam Adreanne. Kenapa Edirul Fahmi tiba-tiba dingin dengan dia? Kalau nak kata sebab dia tak pakai cincin tunang mereka dua hari lepas, dia siap hantar gambar lagi sebagai bukti.
"Aira gaduh ke dengan Edy?" Aryan cuba menerka. Agak pelik apabila Adreanne tiba-tiba saja terlalu 'kisah' soal Edirul Fahmi.
"Aira rasa tak gaduh pun tapi tak tahulah kan kalau dia rasa macam kitorang gaduh ke." Memang pada Adreanne apa yang jadi dua hari lepas tak sesuai untuk dilabel 'gaduh'. Benda yang digaduhkan pun benda remeh.
"Apa yang jadi antara korang ni? Ingat Aira, lusa dah nak nikah dah."
"Edy tulah, benda kecil pun nak bising. Padahal dia tak bagitahu Aira pasal kerja dia tak apa pula. Angah tahu tak, terkejut Aira masa dengar supervisor Aira tu dia," hambur Adreanne. Edirul Fahmi seolah-olah ingin meletakkan semua kesalahan atas bahunya.
"Aira buat apa yang kecil sangat tu? Aira pukul dia dengan penyapu office pula ke?"
Adreanne mengutil tepi perut Aryan lalu dipulas kuat. Tak dihiraukan langsung Aryan yang dah menggeliang-geliot menahan sakit.
"Aira terlupa nak pakai cincin tunang hari Isnin lepas."
"Aik, macam mana boleh lupa? Ke Aira memang sengaja tak nak pakai?"
Semakin kuat pulasan tangan di perut Aryan. "Angah cakap elok sikit eh, Aira betul-betul terlupa nak pakailah! Aira tertinggal cincin tu dalam bilik mandi."
Aryan tolak tangan Adreanne dari terus mengutil perutnya. "Dah tu kenapa tak terang je dekat Edy?"
"Nak terang macam mana, belum apa-apa lagi dah naik hantu." Menyampah Adreanne bila teringatkan reaksi Edirul Fahmi dua hari lepas.
"Haih, macam-macamlah korang ni!"
------
"LEPAS ni kita pergi makan Baskin Robbins nak tak?"
Tak sempat nak tolak brek tangan ke bawah, suara Adreanne dah menyapa. Aryan pandang sekilas Adreanne di tempat duduk penumpang. Mereka baru selesai urusan mengambil baju.
"Sempat ke? Sekarang pun dah pukul 9:30 ni." Aryan kerling jam di dashboard kereta.
"Sempat. Kita order dekat apps lepastu nanti tekan self-pickup je."
"Okey, Aira order untuk Aira je."
"Kenapa? Angah tak nak ke?"
Aryan geleng. "Sejuklah nak makan hujan-hujan ni."
Adreanne membuat pesanan melalui aplikasi Baskin Robbins. Dah menjadi kebiasaan untuk Adreanne beli kek aiskrim bila dia rasa moody.
"Aira tak payah turunlah, biar angah je yang pergi ambil dekat outlet," pesan Aryan sebaik saja kereta masuk ke dalam kotak parkir.
"Kenapa pula?" Adreanne tak puas hati. Dia baru terfikir nak berwindow shopping lepastu pow duit Aryan sikit.
Pintu yang tadi sudah terkuak Aryan tarik sedikit." Tak ingatlah tu mama pesan suruh terus balik tadi. Awak tu darah manis, macam-macam hal boleh jadi."
"Hmm okay," pasrah Adreanne.
Sementara menunggu Aryan datang ke kereta, Adreanne melayari laman Instagram. Bunyi nada dering yang bingit buatkan Adreanne melangut.
"Lah, dah kenapa pula angah lupa bawa phone ni."
Adreanne capai telefon di phone stand. Nama kenalan yang disimpan sebagai 'adik ipar' buatkan Adreanne berkerut dahi.
"Edy ke?" gumam Adreanne. Telefon Aryan di tangan dibelek-belek. Dalam otak masih menimbang tolak sama ada perlu atau tak dia menjawab panggilan tersebut.
"Angkat jelah, kalau ada perkara penting susah pula nanti."
Adreanne menyeret punat hijau ke tepi. Suara di talian sebelah terlebih dahulu menjengah sebelum Adreanne sempat bersuara.
"Kau balik dah ke?" sergah Edirul Fahmi tanpa salam. Rasa bersalah juga apabila dia terpaksa meneman Dato Fauzi ke majlis makan malam teman korporat mereka.
"Err... Angah takda." Perlahan Adreanne menjawab. Edirul Fahmi yang lama mendiam buatkan Adreanne gelisah.
"Aryan pergi mana?" Edirul Fahmi bersuara dengan nada biasa.
"Beli Baskin Robbins."
Dahi Edirul Fahmi berlapis. Dah nak pukul 10 ni ada lagi ke kedai buka? "Awak dekat mana ni? Dalam mall?"
"Dalam kereta."
Edirul Fahmi mula diserbu rasa risau. "Pintu dah lock?"
"Dah." Pendek Adreanne menjawab. Entah kenapa, tiba-tiba rasa nak berkasar dia hilang. Barangkali sebab dia masih rasa takut dengan baran Edirul Fahmi dua hari lepas.
"Lepasni terus balik. Kalau craving apa-apa, order je Grab."
Deheman Adreanne menjadi jawapan. Edirul Fahmi menyambung lagi. "Awak dah ambil cuti ke belum?"
"Dah. Lusa baru saya cuti." Sambil menjawab, Adreanne membelek kuku. Ketukan dari tingkap buatkan Adreanne menoleh. Terlihat saja kelibat Aryan, terus dibuka kunci dari dalam.
"Nah, punyalah lama nak tunggu siap!" rungut Aryan. Huluran kek aiskrim Adreanne sambut dengan tangan kiri.
"Aira buat apa dengan telefon angah tu?" Baru Aryan perasan telefon di phone stand ada di tangan Adreanne.
"Edy call."
"Dah elok-elok patut pergi berdua, nak juga suruh aku. Kan dah rindu!" perli Aryan kuat. Telefon di tangan Adreanne dirampas kasar.
Edirul Fahmi mencebik. Aryan ni kalau bab-bab berkira memang dialah juara. "Ada emergencylah. Kau apa tahu!"
"Ah, tak kisahlah! Kalau takda apa-apa lagi aku end call dulu. Bye!"
Terus Aryan matikan talian. Nak tengok map pun susah. Dalam KL ni dah la macam masuk maze runner. Duduk lama pun sesat lagi.
-----
Getaran telefon di paha Adreanne ambil. Pelik melihatkan ada Whatsapp yang baru diterima daripada Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi
Awak okey ke kalau saya nak jemput staf saya?
Jujur dalam hati, kalau boleh Adreanne tak nak jemput mana-mana staf Creative Corporation. Bukan apa, dia risau kalau nanti orang cakap dia apply internship guna kabel padahal dia langsung tak tahu-menahu soal kerja Edirul Fahmi.
Adreanne
Kalau kita tak jemput sesiapa pun staf kau tak boleh ke?"
Edirul Fahmi
Boleh saya tahu kenapa?
Adreanne
Aku tak nak orang ingat aku guna kabel buat intern kat sini.
Edirul Fahmi
Kenapa pula awak nak guna kabel?
Lagipun bukan saya yang terima permohonan internship awak.
HR yang terima.
Adreanne gigit bawah bibir lembut. Masalahnya sekarang, orang lain bukan tahu pun benda ni. Orang lain tetap ingat dia guna kabel kalau orang lain tahu status mereka berdua.
Edirul Fahmi
Kalau awak tak setuju, nanti kita buat majlis lain lepas awak habis intern.
Lagipun majlis kalini pun memang family dengan kawan-kawan je yang kita jemput, kan?
Baru sekarang Adreanne rasa oksigen mampu memenuhi ruang diafragma. Tak berfikir lama, terus saja dia bersetuju dengan cadangan Edirul Fahmi. Cepat atau lambat, berita perkahwinan mereka berdua tetap akan sampai ke pengetahuan orang lain.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro