
♛ Bab 20
"SIAPA ni, kak Som?" Pura-pura Naufal bertanya. Dia cuma kenal Adreanne. Empunya nama gadis berbaju kurung bunga-bunga kecil ungu di sebelah Adreanne belum lagi diketahui.
Sambil menjamu nasi berlauk masak lemak, kak Som membuka mulut. "Nilah intern dekat department kitorang, Encik Naufal. Dekat sebelah kiri saya ni Ad, lagi seorang tu Hawa. Haa... Encik Naufal jangan pandang lama-lama pula!"
"Eh! Kenapa pula saya tak boleh pandang lama-lama, kak Som? Ada pantang larang ke?" seloroh Naufal. Kak Som sememangnya seorang yang suka bergurau. Walaupun dia seorang ketua jabatan, dia tak pernah kisah dengan gurauan kak Som.
"Jatuh cinta nanti susah!" Terkekek-kekek kak Som ketawa. Muka Naufal yang terkulat-kulat sangat mencuit hati.
"Kalau jatuh cinta pun, apa salahnya? Kak Som juga yang dapat merasa nasi minyak saya nanti."
"Uish! Kalau macam ni, meroyanlah staf-staf perempuan dekat company kita!"
Terngadah Naufal mendengar ayat kak Som. "Lah... Dah kenapa pula diorang tu nak meroyan?"
Aik! Naufal pura-pura tak tahu atau memang tak tahu? Berkerut dahi kak Som menimbang tolak apa yang Naufal fikirkan.
"Encik Naufal dan Encik Fahmi kan supervisor paling hot dekat syarikat kita tu. Dah sah-sahlah meroyan kalau encik berdua ni kahwin."
Perlahan Naufal bersuara. "Tak lama lagi memang nak kahwin pun."
"Hah?! Encik Naufal dah nak kahwin ke?!"
Berdenting bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pingan. Ternganga luas kak Som mendengar pernyataan yang keluar darinmulut Naufal. Adreanne dan Hawa cuma beriak biasa. Mereka tak berapa kenal lagi dengan Naufal, jadi untuk rasa terkejut macam kak Som tu kurang sikit.
Naufal sengih. Diusap-usap janggut nipis yang tumbuh di bawah dagu. Rasanya dia cakap perlahan je tadi. Tak sangka pula kak Som dengar.
"Eh! Bukan saya nak kahwin. Orang sebelah saya ni yang tak lama lagi nak salam tangan tok kadi." Dikerling Edirul Fahmi.
Tersedak Edirul Fahmi jadinya. Berkali-kali dia ingatkan Naufal untuk tak terlepas cakap apa-apa pasal hal kahwin dia, tapi tak sangka Naufal memang akan terlepas cakap hari ini. Tangan Edirul Fahmi laju merenggut gelas berisi sirap limau lalu disedut kasar.
Serta-merta kak Som menoleh ke arah Edirul Fahmi. Sumpahlah ketua jabatan dia ni nak kahwin?! Memang patah hatilah anak dara dekat office bila gosip hangat ni tersebar nanti.
"Betul ke Encik Fahmi nak kahwin?" Ragu-ragu kak Som bertanya.
Mahu tak mahu, terpaksa jugalah Edirul Fahmi menjawab. "InsyaAllah, kak Som. Kak Som doakan ya."
"Oh! Bila majlisnya? Kak Som tak tahu pun Encik Fahmi dah bertunang... Tak dengar berita apapun!"
"InsyaAllah tak ada aral melintang, Jumaat ni nikah. "
"Tahniah, tahniah! Tak sangka dah sold out dah head department kak Som ni."
Edirul Fahmi senyum nipis. Dia memang dah berniat untuk menjemput staf-staf di bawah seliaannya, namun mengenangkan Adreanne, rasanya lebih baik kalau dia berbincang dengan Adreanne terlebih dahulu.
"Kak Som tak nak tanya ke siapa bakal isteri Encik Fahmi tu? Kot-kotlah kak Som kenal ke..." sampuk Hawa dari tepi. Bersilih ganti anak mata memandang Edirul Fahmi dan Adreanne.
"Eh! Takkanlah Cik Irine bakal isteri Encik Fahmi?"
"Irine?" tanya Edirul Fahmi hairan. Dengan dahi berkerut, kak Som dipandang untuk menagih jawapan.
"Yalah... Cik Irine kan cinta mati dekat Encik Fahmi! Takkan Encik Fahmi tak tahu, kot?"
Rasa-rasa kak Som, dah heboh satu company yang Irine memang dah lama menaruh hati pada Edirul Fahmi. Antara Edirul Fahmi betul-betul tak tahu ataupun Edirul Fahmi sekadar memandang remeh gosip murahan itu, kak Som sendiri kurang pasti.
"Ish, merepek je kak Som ni! Berdosa tau kak Som fitnah-fitnah ni!" sangkal Edirul Fahmi. Diam-diam dia mengerling Adreanne dengan ekor mata.
"Fitnah apanya Encik Fahmi, memang Cik Irine sendiri yang mengaku dia cinta sangat dekat Encik Fahmi tapi Encik Fahmi je yang selalu buat-buat tak nampak. Satu company tahu yang Cik Irine dah lama crush dekat Encik Fahmi."
"Gosip murahan je tu kak Som, tak payahlah kak Som percaya sangat benda-benda mengarut macam ni."
Adreanne diam. Sebab tu ke Irine dari tadi pandang dia tak puas hati? Sebab Irine sukakan Edirul Fahmi? Tak dinafikan, Irine memang cantik. Sudahlah cantik, pandai bergaya pula. Nak dibandingkan dengan dia, jauh langit dengan bumi. Kalau Irine pandai bergaya, dia pula jenis asal boleh je.
"Kak Som tak percaya benda merepeklah, Encik Fahmi! Encik Fahmi nak tahu tak.."
Haa, kak Som ni kalau dia dah mula ayat 'nak tahu tak', memang nak ajak bergosiplah! Edirul Fahmi diam. Tak mengangguk, tak juga menggeleng. Cuma sesekali dia bertemu anak mata dengan Adreanne.
"... Masa birthday Encik Fahmi minggu lepas, beria Cik Irine tu plan nak buat surprise party untuk Encik Fahmi. Encik Fahmi perasan tak ada perfume Montblanc antara hadiah yang Encik Fahmi dapat minggu lepas?"
Edirul Fahmi angguk. "Perfume tu favourite saya, kak Som. Terkejut saya tengok ada perfume tu sebagai hadiah birthday."
Adreanne masih diam. Dia mahu tahu dengan lebih lanjut lagi kisah Irine dan Edirul Fahmi. Atau lebih tepat lagi, kisah cinta tak kesampaian Irine.
"Haa... Perfume tu Cik Irine yang bagi! Kak Som tak tipu tau Encik Fahmi, kak Som yang teman Cik Irine pergi beli perfume tu lepas kerja minggu lepas," bersungguh-sungguh kak Som bercerita.
"Kebetulan je tu kak Som..."
Kak Som tepuk meja kuat, geram apabila Edirul Fahmi tak sudah-sudah cakap dia merepek. Terkejut mereka yang berada di meja yang digabung dua.
"Kebetulan apanya, Encik Fahmi? Kak Som sendiri tanya Cik Irine perfume tu untuk siapa. Lepastu Cik Irine cakap untuk Encik Fahmi sebab bau perfume yang dia beli dengan apa yang Encik Fahmi pakai memang sama!"
"Tapi..."
"Itu baru satu daripada sepuluh bukti Cik Irine ada crush dekat Encik Fahmi," cepat-cepat kak Som menyampuk. Kalau diikutkan dia, memang dia nak spill tea semua rahsia Cik Irine selama ni tapi apakan daya, masa terlampau mencemburui mereka.
"Lagi sembilan kak Som sambung esok lusa. Itu pun kalau Encik Fahmi nak tahu la..."
-----
CERITA kak Som tadi masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Adreanne. Tak sangka, selama ni Edirul Fahmi sudah punya peminat tapi kenapa Edirul Fahmi tak nak dekat Irine? Irine tu cantik. Walaupun baru secebis kisah Irine dan Edirul Fahmi yang didengar, dapat Adreanne simpulkan bahawa Irine begitu tulus dalam mencintai Edirul Fahmi.
"Kalau rasa nak berangan je 24 jam, baik tak payah apply internship. You duduk je rumah, sambung berangan sampai mati."
Terkejut Adreanne apabila disergah secara tiba-tiba. Mulut siapa yang macam tak ada insurans ni? Dulu kecil-kecil tak belajar sivik ke? Adreanne toleh ke tepi.
"Eh, Cik Irine! Maaf-maaf, saya betul-betul tak perasan Cik Irine berdiri dekat tepi meja saya tadi."
Irine jeling menyampah. Dia tak suka budak intern sebab nilah. Kuat berangan lepastu tak pandai buat kerja.
"Mana nak perasan kalau you tu tahu berangan je. Ni, I bagi you kerja. You prepare betul-betul financial statement ni. Kalau tak, siap you!" Jari telunjuk lurus dihalakan di depan muka Adreanne. Adreanne gigit bawah bibir.
Beep beep!
Adreanne talakan muka ke arah telefon di sebelah. Apabila punat power ditekan, satu notifikasi daripada Whatsapp terpapar. Melihatkan Irine tak sudah-sudah mencerlung ke arahnya, Adreanne layari Whatsapp melalui Whatsapp Web. Tiga mesej daripada Edirul Fahmi dibuka.
Edirul Fahmi
Kenapa tak pakai cincin tunang kita?
Humaira, awak jangan nak ignore-ignore mesej saya.
Dah tiga kali saya tanya awak benda yang sama untuk harini.
Adreanne mendengus geram dalam hati. Memang sejak Aiman tegur soal cincin di jari, Edirul Fahmi tak henti-henti spam mesej. Bertanyakan atas sebab apa dia tak pakai cincin tunang mereka dan Adreanne langsung tak ada rasa nak membalas setiap patah mesej yang dihantar. Semuanya gara-gara rasa geram dengan sikap acuh tak acuh Edirul Fahmi yang merahsiakan status supervisor di Creative Corporation.
Tanpa membalas mesej Edirul Fahmi, Adreanne menyambung kerja yang tergendala. Menggunakan sistem akaun, Adreanne sediakan draf penyata kewangan. Beberapa adjustment turut dilakukan sebelum data dimasukkan ke dalam sistem.
"Ad, Encik Fahmi minta Ad masuk bilik dia sekarang."
Teguran kak Lina buatkan badan Adreanne berpusing 90 darjah. Bukan Adreanne saja yang memandang kak Lina, Irine yang berada di meja bertentangan turut memandang kak Lina dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa Encik Fahmi panggil saya, kak?" tanya Adreanne. Berat hati dia mahu pergi ke bilik Edirul Fahmi sekiranya mereka tak punya urusan penting.
"Kak Lina pun tak pasti kenapa Encik Fahmi panggil Ad. Encik Fahmi cuma pesan melalui interkom je suruh kak Lina panggil Ad. Tak ada pula Encik Fahmi bagitahu kak Lina kenapa Encik Fahmi panggil Ad."
Adreanne pejam mata beberapa saat. Apabila mata dibuka, Adreanne capai buku nota kecil di hujung meja dan sebatang pen. Hawa di kubikel sebelah dah tersimpul-simpul senyum ke arah Adreanne.
"Kenapa Encik Fahmi panggil saya?" Masuk saja ke dalam bilik Edirul Fahmi, mulut Adreanne laju bertanya. Kalau boleh, dia nak masuk bilik Edirul Fahmi tak sampai lima minit pun.
Edirul Fahmi cuma diam. Walaupun mulut berkunci, mata tak dikalihkan walau sesaat daripada memandang Adreanne. Dia cuba bertenang untuk tak menghamburkan amarah pada Adreanne tapi Adreanne seperti sengaja mahu menguji kesabarannya.
"Kalau nak diam je, baik tak payah panggil," rengus Adreanne.
Tak tunggu Edirul Fahmi bersuara, Adreanne palingkan badan untuk melangkah keluar. Edirul Fahmi macam lipas kudung menghalang Adreanne daripada melangkah keluar. Berdiri tegak di depan pintu dengan tangan yang mendepa.
"Tepilah! Aku nak keluar ni!"Keras Adreanne bersuara walaupun nada perlahan digunakan.
Edirul Fahmi buat tak dengar. Hujung jari kanan cuba mencapai bidai tingkap. Dengan sekali tarik, bidai yang mampu membuatkan mereka menjadi tumpuan staf di luar terus tertutup. Adreanne tepuk kuat bahu Edirul Fahmi dengan menggunakan buku di tangan.
"Aku tanya kan? Kau pekak ke hah?!" hambur Adreanne. Dia bukan tugu nak berdiri lama-lama dalam bilik kerja Edirul Fahmi. Dia punya kerja untuk diselesaikan di luar.
"Habis, yang awak palau-palau mesej saya tu apa cerita pula?" balas Edirul Fahmi tak mahu kalah. Sudahlah sakit kena hempuk dengan Adreanne, boleh bernanah juga dengar Adreanne mengamuk betul-betul di tepi telinga.
"Oh! Salah aku je kau nampak, kan? Salah kau ada kau nampak ke? Dahlah Edy, aku tak ada mood nak cari gaduh dengan kau sekarang ni. Aku nak keluar."
Adreanne cuba menolak kuat badan Edirul Fahmi ke tepi. Apalah sangat kudrat dia yang berbadan kecil kalau nak dibandingkan dengan tubuh sasa Edirul Fahmi. Keadaan sekarang buatkan dia rasa Edirul Fahmi terlalu mendominasi.
"Mana cincin awak, Humaira? Jangan buat saya hilang sabar dengan awak."
"Cincin cincin cincin! Kau boleh tak simpan soalan tu lepas kerja nanti?"
"Kenapa? Awak masih nak perasan yang diri sendiri tu bujang tanpa status ke?" sinis Edirul Fahmi menyindir. Untuk kali ini, sangat sukar untuk dia tahan diri walaupun dia sudah berjanji untuk tak marah Adreanne.
"Awak tu ketua department, saya ni kuli je!"
"Tak ada kena mengena dengan status kerjalah sekarang ni, Humaira!"
Adreanne mula gugup. Pertama kali dia rasa Edirul Fahmi terlalu menggerunkan. Besar sangat ke salah yang dia buat?
"Dahlah Edy, aku malas nak bertekak dengan kau sekarang ni. Aku ada kerja nak kena buat."
Tangan yang mendepa Edirul Fahmi jatuhkan ke sisi. Sedalam mungkin nafas ditarik bagi meredakan amarah.
"Susah sangat ke soalan saya, Humaira? Saya cuma nak tahu je kenapa awak tak pakai cincin tunang kita."
Perlahan suara Edirul Fahmi menyapa halwa pendengaran Adreanne. Adreanne terdiam.
"Saya tak suka awak tanggalkan cincin tu sesuka hati. Pada awak mungkin pertunangan ni langsung tak memberi makna, tapi pada saya, cincin yang mommy sarung masa majlis tunang kita dah jadi tanda yang awak milik saya seorang. Walaupun bukan secara halal, tapi dalam Islam, haram hukumnya untuk lelaki lain masuk meminang awak selagi awak masih bergelar tunang orang melainkan pinangan tu ditolak ataupun saya sendiri yang bagi izin untuk lelaki lain untuk masuk meminang awak," sambung Edirul Fahmi.
Adreanne cuma diam. Jujur, dia memang tak tahu langsung soal hukum yang satu ini. Lagi pula, tak pernah terdetik pun dalam fikiran dia yang akan ada lelaki lain datang meminang.
"Aiman tu main-main jelah." Keheningan bilik yang cukup sunyi buatkan Adreanne menjawab.
"Tak kisahlah Aiman main-main ke betul-betul. Yang saya kisah, saya tak suka tunang saya jadi tumpuan lelaki lain. Sekurang-kurangnya bila lelaki lain nampak ada cincin tersarung dekat jari awak, tak adalah diorang berani nak mengurat."
Malas mahu bertegang urat, Edirul Fahmi melangkah ke arah bidai tingkap lalu dibuka bidai tersebut. Sempat dia bersuara sebelum dia kembali ke meja kerja.
"Pergilah sambung kerja awak. Esok jangan lupa pakai cincin lagi dah."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro