Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 2

ERK, bakal tunang? 

Adreanne mengulang perkataan itu di dalam hati. Patutlah dia rasa macam ada yang tak kena tadi. Baru tadi Puan Aminah beritahu dia pasal tunang, takkan sekarang terus jumpa kot? Cepat gila.

Perlahan-lahan aiskrim ditelan sebelum dia kembali membuang pandang ke arah Edirul Fahmi. Aduh, terasa tawar betul sisa aiskrim yang belum ditelan!

"Encik ni bakal tunang saya ke? Sumpah la?" 

Edirul Fahmi terpinga-pinga sekejap. Tak bagi salam, terus Adreanne terjah dia dengan soalan. Nasib la dia tengah ralit berbual dengan Adzim. Kalau dia tengah makan tadi, memang ke emergency department la lepasni.

"Uyoo, ber-encik encik dengan bakal tunang. Bapak sweet." 

Aryan dan Adzim bantai gelak. Amboi, formal betul panggilan! Adreanne ingat diorang tengah lepak dalam bilik mesyuarat ke sekarang. Lawak betul.

"Hello encik, saya tanya encik ni." Adreanne awang-awangkan tangan di depan muka Edirul. Boleh pula mamat ni berangan. Dah tu, dari tadi Edirul Fahmi tak lekang merenung dia. Serba tak kena dia jadinya.

"Oh, err- ya, betul la tu, saya la bakal tunang awak tu." Edirul Fahmi garu belakang kepala. Dia ingatkan Adreanne tahu dia siapa tadi. Itu yang dia terpinga-pinga tu bila Adreanne tiba-tiba tanya dia macam tu.

Adreanne angguk kepala dua kali. Oh, dia ni rupanya yang buatkan darah aku naik pagi tadi, getus hati Adreanne. Edirul Fahmi yang duduk di sebelah ditilik atas bawah dua-tiga kali, hmm boleh la.

"Boleh la apa, Humaira?"

Erk, rasa nak tercekik tulang kambing. Bukan dia cakap dalam hati ke tadi? Macam mana Edirul Fahmi boleh dengar ni? Aduh, sudah malu ditimpa tangga betul dia harini !

"Hah, takda apa. Mana ada cakap apa-apa," nafi Adreanne. Cepat-cepat dia beriak selamba. Aiskrim yang masih berbaki di dalam cup disudu tanpa menghiraukan pandangan mengusik tiga lelaki di meja itu.

"Dia nak cakap kau handsome la tu,Edy. Tulah angah dah cakap tadi, Aira yang cakap dia po-"

Cpeat-cepat mulut Aryan disudu dengan aiskrim pudina coklat miliknya. Nasib baik la masa Aryan buka mulut tadi, dia tengah sudu sisa aiskrim dalam cup. Sempat la dia kunci mulut Aryan sebelum dia yang dapat malu la.

Uhuk! Uhuk!

Aryan yang tersedak itu dipandang lucu. Dia gelak sambil terkatup-katup mulut dengan tangan, cuba untuk mengawal bunyi ketawa. Botol mineral yang sempat dibeli tadi Adreanne buka penutupnya lalu dihulurkan kepada Aryan.

"Aira ni, kan angah dah cakap angah tak suka aiskrim ubat gigi Aira tu!" marah Aryan. Air mineral dihirupnya lagi bagi menghilangkan sisa rasa yang masih melekat di salur trakeanya. Ya Allah, macam rasa letak aircond dalam tekak! Tak sedap langsung.

Adreanne menyeringai. "Sorry-sorry, tindakan drastik tadi."

"Tindakan drastik la sangat." Aryan jeling Adreanne tajam.

-----

"TAK nak! Aira nak ikut along dengan angah juga. Aira tak nak ikut dia ni."

Adzim mengeluh. Orang nak bagi dia kenal dengan bakal tunang, tapi  Adreanne sibuk nak ikut dia dan Aryan. Aryan di sebelah di siku. Mulut mengherot ke arah Adreanne. 

"Kau pujuk la pula, petak kepala aku ni."

"Masalahnya, aku pun tak tahu nak pujuk dia macam mana la, bebal." Aryan jegil mata. Kalau dia tahu macam mana nak pujuk, lama dah dia pujuk si Adreanne ni. 

Edirul Fahmi hanya memandang pergaduhan kecil yang terjadi antara tiga beradik di hadapannya. Nak turut serta, dia sendiri tak tahu nak buat apa. Silap-silap, dia pula yang kena pukul nanti sebab masuk campur.

"Psst...psst, Edy..." panggil Aryan perlahan.

Sebaik saja Edirul Fahmi menoleh, terus Aryan menyambung kata. "Kau pujuk la. Kau tak nak dating dengan adik aku ke?"

Edirul Fahmi kulum senyum. Patut la beria sangat suruh Adreanne ikut dia tadi, rupanya ada udang di sebalik batu. Pandai betul diorang dua ni rancang. 

"Nak, tapi..." Edirul Fahmi jungkit bahu, tanda dia juga tak tahu nak buat apa.

"Angah ni kan, tak habis-habis nak paksa Aira. Benci!"

Aryan tercengang. La, aku pula kena? Aku diam je dari tadi tau. "Mana ada angah paksa, angah tak cakap apa-apa pun, kan?"

"Macam la Aira tak nampak angah dok hantar bahasa isyarat dari tadi." Makin bertambah cemberut muka Adreanne. Dia nampak tau diorang bertiga ni tersiku sana, tersiku sini. Geram.

"Bagus la tu, tak payah kitorang communicate dengan bahasa isyarat. Susah tau nak cover," jawab Aryan selamba. Mata diliarkan ke sekeliling mereka untuk mencari tempat lepak.

"Aira pergi la jalan-jalan dengan Edy. Along dengan angah nak cari barang dapur sikit sebab tadi mama ada pesan dekat along. Tadi Aira kata nak main arcade, kan? Aira pergi dengan Edy eh?" pujuk Adzim lembut. Mana tahu Adreanne dengar kata dia ke kan.

Adreanne hentak kaki tanda protes. Edirul Fahmi nak cakap dia budak-budak pun dia dah tak kisah sekarang ni. "Tapi Aira nak main dengan  along dan angah, bukan dengan dia." 

"Kalau tunggu kitorang habis beli barang, lambat nanti Aira dapat main arcade tu. Nanti kalau balik rumah lambat, mama marah pula sebab lauk mama nak masak malam ni along tak beli lagi."

"Tak apa la, kita tak payah main arcade. Jom, Aira teman along beli groceries." Lengan Adzim dipeluk bagai tak lepas. Tak apa la, arcade tu esok-esok pun boleh datang. Yang penting, dia tak nak jalan berdua dengan Edirul Fahmi.

Adzim garu dahi. Dia memandang Aryan dengan muka pasrah manakala Aryan pula menayang muka geram.

"Mengada!"

-----

"NANTI kau pandai-pandai la ajak dia borak."

Pesanan Aryan masih tersemat kemas dalam kepala. Sekarang, dia ditinggal berdua dengan Adreanne. Tak pasal-pasal dia dan Adreanne tercongok di dalam arcade yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah ini.

"Kenapa kita datang sini? Kenapa kita tak pergi dekat along balik?" 

Adreanne pelik. Tadi, dia cuma mahu ke tandas dan bukannya pergi arcade. Sebaik saja dia menghampiri Edirul Fahmi yang sedang menunggu dia di luar kawasan tandas itu, terus saja dia diajak untuk mengikuti Edirul Fahmi. 

Sepatutnya, tak perlu pun Edirul Fahmi teman dia ke tandas. Dia dah besar pun, dah 21 tahun. Bukannya budak-budak lagi, tapi biasa la, ni semua gara-gara Adzim yang overprotective tu. Konon takut dia hilang, merepek betul. 

"Bukan awak nak main arcade ke Adzim cakap tadi? Jom la, kita main sama-sama."

Tak berlengah lagi, Edirul Fahmi melangkah ke arah mesin token changer untuk menukar beberapa keping wang kertas bernilai RM1 kepada token yang diterima pakai di dalam arcade nanti.

"Eh, awak nak buat apa dengan duit awak tu?" tanya Edirul Fahmi tatkala dia ternampak Adreanne sedang mengeluarkan beberapa wang kertas dari dompet.

"Nak tukar token la."

"Simpan je la duit awak tu. Kan dah banyak ni token yang saya tukar tadi." Edirul Fahmi menyua tangan yang penuh dengan token ke arah Adreanne. Mahu tak banyak, rasanya ada dalam 20 keping wang kertas RM1 yang dia tukar tadi. Ini pun, bukannya cukup bila main nanti.

Adreanne pandang sekilas ke arah tangan Edirul Fahmi yang tersua di hadapannya. Tangan ditolak ke kiri dua kali untuk mengarahkan Edirul Fahmi bergerak ke tepi. "Tak apa la, itukan kau punya, aku beli sendiri je aku punya."

Tak sempat wang kertas disuakan ke arah lubang mesin token changer tersebut, lengan Adreanne yang berlapik baju ditarik oleh Edirul Fahmi.

"Gila babi la dia ni, main pegang-pegang pula! Eh, lepas la!" marah Adreanne. Sedaya upaya dia menolak tangan Edirul Fahmi yang kemas memegang lengannya dengan menggunakan purse di tangan kiri. Suka-suki je pegang anak dara orang.

Edirul buat tak dengar. Dia babikan aku?! Dah la cakap aku yang handsome ni gila. "Kalau saya gila, saya tak bawa awak datang arcade ni dah, kita pergi Siam je kahwin."

Adreanne di belakang dah terkumat-kamit menyumpah seranah Edirul. "Nyenyenye memang sah dia gila."

"Saya dengar, Humaira."

"Ada telinga, dengar la."

"Menjawab, menjawab."

"Ada mulut, mesti la kena jawab. Sia-sia je Tuhan bagi mulut tapi tak guna."

"Tuhan bagi mulut suruh cakap benda baik, bukannya panggil orang babi."

Alamak, rasa macam kena cekik la pula! Adreanne kunci mulut rapat-rapat.

"Nak main mana satu dulu ni?" Edirul Fahmi memandang sekilas ke arah Adreanne sebelum mata melilau melihat pelbagai jenis permainan yang ditawarkan di situ. 

Adreanne halakan jari telunjuk ke arah permainan yang kereta yang berada di hujung ruang arcade. "Aku nak main tu."

Edirul toleh ke arah yang ditunjukkan oleh Adreanne. Hmm, boleh juga. Dah lama dia tak main arcade ni, lagi-lagi game kereta tu. "Okey, jom."

"Kita lawan. Siapa kalah, kena jawab soalan," tutur Adreanne sebaik saja punggung dilabuhkan atas kerusi yang disediakan.

"Okey, deal. Siapa kalah, kena jawab semua soalan. Tak boleh mengelak, dan yang paling penting, tak boleh menipu."

"Deal!"

------

EDIRUL Fahmi tak berhenti-henti ketawa. Gaya Adreanne ajak dia lawan game kereta tadi macam la hebat sangat. Tak habis game lagi, kereta Adreanne dah terlanggar sana sini. Last-last memang dia yang sampai garisan penamat terlebih dahulu.

"Gelak la lagi, gelak puas-puas. Hidung sama kembang macam hidung babi bila kau gelak macam tu."

Edirul Fahmi berhenti ketawa. Mata Adreanne direnung tajam. Tak habis-habis samakan dia dengan babi. Apa, kacak sangat ke babi tu sampai mulut berzikir nama binatang tersebut dari tadi. "Elok sangat la tu samakan orang dengan babi."

"Dah tu nak samakan kau dengan apa? Keldai, ke katak?" Adreanne juling mata ke atas.

"Tak payah samakan saya dengan mana-mana binatang pun tak apa, tak rugi apa-apa pun. Awak tak tahu ke, berdosa hukumnya bila kita cela seseorang dengan nama binatang?"

Adreanne terdiam. Dia tahu, bukannya dia tak tahu  soal tu, cuma dia geram bila Edirul Fahmi sakan ketawakan dia. "Bukan sengaja pun," jawab Adreanne selamba.

"Sengaja ke tak, cuba la lain kali control sikit mulut tu bila nak bercakap. Jangan main sebut je apa yang ada dalam otak tu. Dosa dengan manusia ni, selagi orang yang kita sakitkan hati dia tu tak maafkan kita, sampai bila-bila pun dosa tu takkan terhapus," nasihat Edirul Fahmi. Dia bukannya sengaja nak berleter, cuma dia rasa geram apabila Adreanne tak habis-habis menyebut nama haiwan yang satu itu.

"Jom la, kita main game tembak-tembak pula." 

Tak betah direnung tajam oleh Edirul Fahmi, Adreanne cepat-cepat melangkah ke arah mesin permainan yang terdapat dua pucuk gun yang disangkut di hadapan mesin tersebut. Edirul Fahmi menarik nafas dalam. Dia berjalan menghampiri Adreanne yang sedang berdiri di depan mesin tersebut.

"Kenapa terjegat je ni?" tanya Edirul Fahmi sebaik saja dia berdiri di sebelah Adreanne.

"Aku takda token. Kan token semua ada dekat kau." Adreanne jawab perlahan. Takut sebenarnya bila dia terpandangkan muka Edirul Fahmi yang masih merah menahan marah.

"Dah tu, kenapa tak minta? Bukan mulut laju macam bazooka ke tadi?"

Adreanne ketap bibir. Macam mana ni, ala takut la pula. Boleh tak kalau dia nak lari sekarang? Tapi, kalau dia lari, dia nak pergi mana? Dia bukannya tahu pun mana Aryan dengan Adzim pergi.

"Tu kenapa diam pula tu? Tengah mengata pasal babi lagi ke?" perli Edirul Fahmi. Dia tak marah, tapi dia geram. Adreanne ni memang tak reti-reti nak minta maaf ke macam mana.

"Tak apa la, aku nak balik."

Edirul Fahmi segera menahan Adreanne yang baru nak melangkah pergi. Lengan Adreanne ditarik lembut. Beberapa token yang berada dalam poket seluar diambil lalu dimasukkan ke dalam mesin permainan tersebut.

"Lain kali kalau dah buat salah tu, cuba la belajar minta maaf. Ini baru first day kita jumpa, awak dah sakitkan hati saya macam ni."

Adreanne ketap bibir. Dia nak minta maaf, tapi dia malu la. Tak tahu nak mula macam mana.

"Kau tak main ke?" Pelik Adreanne apabila melihat token hanya dimasukkan ke dalam satu mesin sahaja.

"Tak," sepatah Edirul menjawab. Tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Kenapa? Ni kan token kau?"

"Nanti ada orang panggil saya babi lagi. Baik saya duduk je sini diam-diam."

Adreanne terkedu.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro