Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 16

"AIRA," panggil Puan Aminah. Dia perasan yang sejak dua menjak ni, Adreanne terlalu banyak termenung. Atas sebab apa, dia sendiri tak pasti.

Adreanne tersentak kecil. Rasanya tadi Puan Aminah ada bercakap soal Edirul Fahmi tapi terlupa sudah dia topik perbualan tadi. Entah bagaimana, boleh pula dia hanyut dalam lamunan sendiri.

"Mama cakap pasal apa tadi? Sorry ma, boleh pula Aira termenung." Adreanne garu-garu dahi licin tanpa sebarang jerawat. Sah! Kalau ada penyakit pasal termenung, confirm tahap sakit dia dah kritikal sekarang.

Puan Aminah geleng dengan perangai Adreanne. Masuk kali ini, dah dua kali dia bercakap seorang diri dek perangai Adreanne yang rajin mengelamun. "Aira tak dengar langsung ke apa yang mama cakap tadi?" 

Adreanne sengih dengan muka bersalah. "Errr, tak dengar..."

"Apa nak jadilah dengan Aira ni? Lepas majlis tunang haritu, asyik berangan je. Aira berangan pasal siapa tadi? Cuba cakap dengan mama."

"Ala mama ni, mana ada orang berangankan siapa-siapa." Adreanne mencubit pehanya perlahan. Tak pasal-pasal kantoi dengan Puan Aminah perangai tak semengah yang mula sebati dalam diri sejak akhir-akhir ni.

Entah kenapa, boleh pula Adreanne teringatkan Edirul Fahmi. Kadang-kadang dia rasa bersalah sebab terlampau berkasar dengan Edirul Fahmi, tapi hati dia belum rela sepenuhnya lagi untuk menerima kehadiran lelaki yang bakal bergelar suaminya pada hujung minggu depan.

Dalam masa yang sama, Adreanne terfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin dengan Edirul Fahmi. Masa yang berlalu pantas sehingga dia sendiri tak pasti sama ada dia dah betul-betul bersedia atau tak untuk bergelar isteri orang. Yang paling penting, boleh ke dia taat dengan setiap arahan Edirul Fahmi? Boleh ke dia menghormati Edirul Fahmi sebagai seorang suami seperti isteri-isteri lain?

Atau... dia kena buat macam biasa je?

Tapi, orang cakap syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Tak pasal-pasal dia jadi isteri derhaka pula nanti. 'Aduh, Adreanne! Kenapa dengan kau ni?' Semakin kuat Adreanne mencubit peha sendiri.

"Awak ni pun... takkan dia nak teringatkan si Aryan yang selalu usik dia tu. Dah tentulah Aira  ni fikir pasal Edy," usik Encik Khuzairi yang sedari tadi leka membaca surat khabar. Surat khabar yang berada dalam pegangannya diletakkan di tepi meja. Dia mula memberi tumpuan kepada perbualan mereka tiga beranak.

"Mana ada! Papa ni memandai je." Cepat-cepat Adreanne menyangkal walaupun jawapan Encik Khuzairi terpacak tepat pada batang hidung sendiri.

"Apa susah? Mengaku je Aira, papa dengan mama pun pernah lalui juga fasa-fasa bertunang ni... dah lali dah dengan sikap orang angau." Encik Khuzairi ketawa apabila melihatkan muka cemberut Adreanne. Dia ni dah tua, umur pun dah menjangkau 50 tahun. Dah banyak makan garam lebih daripada Adreanne.

"Assalamualaikum," laung seseorang dari luar rumah.

"Hah, Aira pergi naik atas! Edy dah datang tu," arah Puan Aminah sebelum kaki dihayunkan ke pintu utama.

Adreanne naik kebilik untuk mengambil beg tangan dan membetulkan sedikit cacat-cela selendang yang tersarung di kepala. Siap membetulkan apa yang patut, Adreanne mencapai beg tangan berwarna hitam yang tersangkut pada standing rack sebelum kaki mengatur langkah ke ruang tamu.

Edirul Fahmi tersenyum nipis ke arah Adreanne yang hanya berdiri di hujung sofa. Dia tahu, Adreanne nak cepat-cepat selesaikan apa yang patut dan dia pun fikir benda yang sama. Lagipun, Puan Ema ada berpesan supaya mereka menyelesaikan apa yang patut dan terus pulang ke rumah. Kata Puan Ema, tak manis kalau bakal pengantin berjumpa dekat-dekat nak nikah ni. Hilang seri pengantin nanti.

"Edy pinjam anak dara papa kejap tau. Lepas selesai semua urusan, Edy hantar Humaira balik," pinta Edirul Fahmi sopan. Dia tunduk untuk mencium tangan Encik Khuzairi manakala Encik Khuzairi menepuk perlahan bahunya.

"Pergilah... jaga anak dara papa baik-baik."

"InsyaAllah... kami pergi dulu ya."

"Lepas siap terus balik, jangan nak dating-dating pula. Kalau nak sangat dating, tunggu minggu depan," pesan Puan Aminah pula sebaik saja mereka sampai di kereta Edirul Fahmi.

Adreanne buat muka 'euw'. "Tak kuasa nak dating-dating la, ma. Geli!"

Puan Aminah yang dah masak dengan perangai Adreanne terus mencubit belakang tangan Adreanne. "Sekarang memanglah tak kuasa, esok dah kahwin esok, silap-silap rumah mama ni pun korang balik tidur je."

"Erk, geli!"

-----

EDIRUL Fahmi mengerling ke arah Adreanne yang ralit dengan telefon di tangan. Aik, Adreanne ni lupa ke dengan soalan dia semalam? Bosan menahan sunyi sambil memandu, Edirul Fahmi bersuara.

"Pasal soalan semalam, awak dah fikir jawapannya?"

Tanpa berkalih pandangan daripada telefon, Adreanne menjawab. "Soalan mana?"

"Apa yang awak tak suka saya buat? Kan awak cakap tanya hari lain kan, so kita sambung sekarang."

Edirul Fahmi kerling Adreanne dengan ekor mata lagi. "Tapi kan Humaira, saya tak suka awak main phone bila kita bercakap," sambungnya. 

Adreanne pandang Edirul Fahmi tak puas hati. "Habistu, kau nak aku tengok apa kalau tak tengok phone? Kau takpa la, sambil drive boleh tengok pemandangan dekat luar."

"Awak tengok jelah muka saya ni, saya handsome kot," jawab Edirul Fahmi dengan bibir terkemam-kemam. Gelinya puji diri sendiri macam ni, aduh!

Adreanne kempiskan hidung. "Eii, perasan! Kau tak pandang aku masa kita bercakap takpa pula. Dasar berat sebelah!"

"Takkan awak nak saya pandang awak, Humaira? Nanti tak pasal-pasal akad nikah dalam wad pula." Edirul Fahmi geleng perlahan. Aduhai, Humaira! Boleh pula dia guna alasan tu sebab nak tengok phone je.

"Dah tu, tak payah sembang!" Adreanne tarik kembali telefon yang diletakkan di atas riba tadi. Sakan dia berbalas mesej dengan Hawa tentang tempat intern masing-masing.

Edirul Fahmi mengalah. Tak apalah kalau Adreanne tak nak ikut cakap dia sekarang. Lagipun, dia bukannya suami Adreanne lagi untuk dia gunakan kuasa vetonya. "Okeylah, okey... awak jawab sambil main phone. Puas hati?"

"Hmm." Adreanne sekadar berdehem. 

"Apa yang awak tak suka saya buat, Humaira?" ulang Edirul Fahmi sekali lagi.

"Aku tak suka kau tipu aku. Aku tak suka kau abaikan aku bila kita dah kahwin nanti, dan aku tak suka kalau kau paksa aku untuk terima kau. Aku perlukan masa sendiri, biarlah aku terima kau dengan hati yang ikhlas dan bukan sebab kau paksa."

"Kan saya dah cakap, saya takkan paksa awak. Humaira nak ambil masa 10 tahun sekalipun, saya sanggup tunggu Humaira terima saya seadanya."

"Tipu. Kalau 10 tahun tu mesti kau dah tawar hati," gumam Adreanne perlahan. Dia tak pasti berapa lama masa yang dia perlu ambil untuk terima Edirul Fahmi dalam hidup dia. Dia takut kalau masa dia dah terima Edirul Fahmi, Edirul Fahmi mula berubah hati sebab masa yang dia ambil tu sangat lama.

"Saya tak tipu, Humaira. You can have my words."

Adreanne terdiam. Tak sangka Edirul Fahmi dengar apa yang dia cakap. Rasanya dia cakap perlahan je tadi. "10 tahun tu macam-macam boleh jadi. Kau pun mesti bosan sebab kena tunggu aku lama macam tu."

"Saya pun tak nafi yang macam-macam boleh jadi dalam masa 10 tahun tu, tapi kenapa kita nak fikir benda yang negatif? Awak tahu kan, apa yang kita fikir pun satu doa. Baik awak fikir benda-benda positif macam..." 

Edirul Fahmi sengaja menggantungkan ayatnya. Dia cuma mahu Adreanne tidak terlalu hanyut dengan fikiran sendiri dan sebab itu dia mahu mengalih perhatian Adreanne dengan cara menggantungkan ayatnya.

"Macam?" tanya Adreanne dengan dahi berkerut.

"Macam... mungkin dalam masa 10 tahun tu kita dah ada lima orang anak!"

Edirul Fahmi ketawa kuat apabila Adreanne menampar lengan kirinya dengan telefon. Sakit memang sakit, tapi dia tak kisah. Asalkan Adreanne dah tak monyok sebab fikir benda yang bukan-bukan macam tadi.

"Bodoh la dia ni! Gatal!" hambur Adreanne geram. Kurang satu pahala dia harini sebab dah mencarut.

"Sayangku Humaira, awak dah janji kan tak nak mencarut?" tegur Edirul Fahmi lembut. Dia tak nak Adreanne rasa offensive dengan teguran dia.

"Kau pula, apa yang kau tak suka aku buat?" 

"Amboi, dan-dan tukar topik!" perli Edirul Fahmi. Bukan dia tak tahu, otak Adreanne tu memang laju je kalau bab-bab nak larikan diri ni.

"Kau kan yang buat deal kena jawab tu, sekarang ni kau yang tak nak jawab soalan aku." Adreanne sengaja mengungkit syarat yang Edirul Fahmi tetapkan semasa sesi deep talk mereka yang pertama. Dia tak nak dengar Edirul Fahmi membebel sebab Edirul Fahmi kalau membebel, Puan Aminah pun kalah.

"Pandai je dia mengungkit eh!" Edirul Fahmi meraup rambut ke belakang. "Saya tak suka awak mencarut, Humaira."

Adreanne rasa nafas dia tersekat di kerongkong. Lah, ingatkan boleh larikan diri dari kena bebel. Sorrylah cik telinga ya, kau kena tahan sikit pedih tu harini.

"Awak tu perempuan Humaira, tak elok awak mencarut macam ni. Tak manis kalau orang dengar."

"Kan aku dah cakap haritu, susahlah nak berhenti!" rungut Adreanne tak puas hati. Apa, Edirul Fahmi ingat dia tak cuba nak berhenti mencarut ke? Dia cuba tau tapi kalau dengan Edirul Fahmi je, mulut dia automatik takda brek. Cepat je nak carut-carut ni.

"Memanglah susah sebab awak dah terbiasa. Saya tak nak paksa awak buat benda yang awak tak suka," balas Edirul Fahmi pula dengan perlian.

"Ala, nak perli-perli pula dia ni!"

"Eh, saya tak perli! Siapa makan cili dia rasa pedas. Dah, jom turun." 

Edirul Fahmi membuka lilitan tali pinggang keselamatan yang membelit tubuh. Adreanne terus toleh ke depan. "LA Bridal," sebutnya perlahan. Oh, dah sampai ke! Cakaplah dah sampai.

-----

SEBAIK saja kaki menapak ke dalam butik LA Bridal ini, Edirul Fahmi yang berada di sebelah dijeling sebal. Dahlah tadi Edirul Fahmi menonong je masuk dalam butik ni, tak tunggu dia pun. Tahulah marah. 

Adreanne meliarkan mata ke setiap helaian persalinan pengantin yang tergantung di rak. No wonderlah butik ni famous gila, design dia semua meletops dan up to date. Sesuai sangat dengan citarasa kaum wanita masa kini.

"Selamat datang, encik dan cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" ramah sekali salah seorang pekerja di busana ini menegur Edirul Fahmi.

"Saya datang nak bincang pasal tema dan baju kahwin kami. Designer ada?" balas Edirul Fahmi terus kepada tujuan utama mereka berdua singgah di busana pengantin ini.

"Ada, Encik. Kejap saya panggil Cik Lisa. Encik dan Cik boleh duduk dekat ruang santai tu dulu."

Edirul Fahmi dan Adreanne mengangguk. Lantas mereka berjalan ke arah ruang santai yang ditunjukkan oleh pekerja tadi.

"Nak pakai warna pink kan nanti?" soal Edirul Fahmi kepada gadis itu. Ralit sungguh Adreanne melihat setiap rekaan dress yang terdapat di butik ini. Nampak terpegun.

Adreanne angguk laju. "Kan kau dah setuju semalam."

"Saja je tanya, kot-kotlah dah rambang mata nak tukar warna lain pula ke..."

Edirul Fahmi dan Adreanne bangun apabila designer yang dikenali sebagai 'Cik Lisa' itu datang ke ruang santai ini. Mereka saling berbalas senyum dengan Cik Lisa.

"Jemput duduk. Maaf saya lambat, saya ada meeting dengan client yang baru keluar tadi," pelawa Cik Lisa mesra sambil memohon maaf atas kelewatannya.

Adreanne dan Edirul Fahmi angguk tanda faham. Pasti lelaki yang berkot hitam dan ditemani seorang wanita ber-abaya hijau yang dimaksudkan oleh Cik Lisa.

"Tak ada apalah, hal kecil je. Kitaorang pun baru je sampai ni, kerusi pun tak panas lagi," seloroh Edirul Fahmi usai dia dan Adreanne melabuhkan duduk.

Cik Lisa mengangguk. Mujurlah pelanggannya kali ini memahami etika kerjanya sebagai orang bawahan. "So, boleh saya tahu tema apa yang Encik dan Cik pilih untuk majlis akad nikah dan resepsi nanti?" soalnya terus kepada tujuan utama mereka.

"Awak dah fikir tema ke Humaira?" Edirul Fahmi menoleh ke arah Adreanne yang masih ralit membelek catalogue di tangan. Dia bukannya tahu pun tema-tema ni, yang dia tahu pengantin lelaki selalunya pakai kot je, tak pun baju melayu. 

Adreanne angkat muka daripada menilik dada catalogue. "Kalau nak buat tema Barbie boleh ke?"

Edirul Fahmi terngadah sekejap. Sumpah la Barbie?! Dia nak kahwin dengan budak-budak ke apa sekarang ni? Edirul Fahmi berdehem sekali. Tak apalah, demi Adreanne, pujuk Edirul Fahmi pada diri sendiri.

"Boleh, Humaira." 

"Okay, great! Cik dah ada design pelamin untuk majlis resepsi yang cik minat?" tanya Cik Lisa kepada Adreanne.

"Saya ada search dekat internet dan saya rasa saya minat dengan design ni," ujar Adreanne. Dia keluarkan telefon dari beg tangan lalu gallery dibuka. Gambar pelamin yang dia simpan ditunjukkan kepada Cik Lisa. 

"Okey, cantik! Pandai cik pilih pelamin yang kena dengan baju," puji Cik Lisa. Dia memang suka kalau client yang datang dah ada idea sendiri, senang untuk dia mengira kos dan sebagainya.

Edirul Fahmi pantas mengambil telefon Adreanne yang dihulurkan oleh Cik Lisa. Kenapa dia tak tahu pun yang Adreanne memang dah ada pilihan sendiri? Berkerut dahinya apabila terlihatkan gambar pelamin yang menjadi pilihan Adreanne. Sumpahlah pelamin pun nak pink?! Dia benar-benar rasa nak pitam tapi tak sampai hati dia nak bangkang keputusan Adreanne tu. Sudahlah Adreanne dari tadi senyum melebar sampai ke pipi.

"Tapi sempat ke nak buat pelamin macam ni? Sebab majlis kitorang hujung minggu depan," tanya Adreanne dengan suara yang mengendur.

"Cik jangan risau, soal majlis tu memang encik Fahmi dah bagitahu saya. InsyaAllah pelamin semua sempat siapa sebelum majlis sebab lagi senang kerja kami bila cik dah ada pilihan macam ni," jawab Cik Lisa.

"Majlis nikah macam mana? Nak ada pelamin atau buat macam biasa je?" tanya Cik Lisa lagi.

"Tak nak."

"Nak."

Serentak Adreanne dan Edirul Fahmi bersuara. Masing-masing berebut untuk menyuarakan pendapat mereka. Cik Lisa sengih. Comel aje merpati sejoli ini.

"Jadi, mana satu ni... nak ada pelamin ke tak?"

"Tak ada." Pantas Adreanne menjawab tanpa sempat Edirul Fahmi membuka mulut. Puas hatinya apabila melihat Edirul Fahmi yang dah melopong. Sekali-sekala ikutlah cakap dia juga. Ini tak, dia aje yang selalu jadi mak turut.

Edirul Fahmi segera mengawal riak mukanya. "Ala naklah..." pujuknya mengada-ngada. Nikah tak ada pelamin, tak seronok weh. Tak ada feel! Gambar pun nanti nampak beshe-beshe je. 

Paling penting, pelamin nikah nanti pilihan dia. Tak sanggup dia nak ber-pink-pink sepanjang majlis. Lagipun, dia dan Adreanne dah bersetuju untuk mengadakan satu majlis resepsi saja memandangkan kedua-dua mereka merupakan orang KL. Jadi, tak susah-susah kalau nak buat satu majlis pun sebab majlis nikah akan diadakan di rumah Adreanne pada sebelah pagi manakala majlis resepsi pula selepas Maghrib di hotel.

Adreanne mencebik. Eh, mengadanya! Rasa nak cincang-cincang aje mamat ni. Banyak pula cekadak. "Majlis resepsi nanti dah ada pelamin. Akad nikah pun nak buat pelamin juga ke?" 

Adreanne memandang wajah Edirul Fahmi sekilas. Edirul Fahmi terangguk-angguk dengan mulut yang tercebik persis budak kecil yang merajuk. "Banyak-banyak pelamin nak buat apa? Membazir je." 

"Mana ada membazir. Kita kahwin sekali je," jawab Edirul Fahmi dengan jari telunjuk yang ditegakkan, menunjukkan angka satu.

"Mati pun sekali juga, tak nak ke buat upacara kafankan mayat tu dua kali?"

Edirul Fahmi menoleh ke belakang. Kepalanya digaru. Aduh, sentap! "Err- err-"

"Hah, jawablah! Tahu pun gagap."

"Err... ala kali ni je. Tak apa, pelamin ni saya tanggung kos dia. Janji!" Edirul Fahmi mengangkat tangan separas dada, tanda dia sedang berjanji. Ceit, padahal pelamin, baju Barbie Adreanne tu pun guna duit dia juga sebenarnya. Dia sendiri yang rela hati nak tanggung semua kos perkahwinan mereka sebab keputusan nak kahwin cepat-cepat ni pun dia yang buat.

"Up to you. Duit kau, bukan aku." Adreanne mengalah. Tak ada gunanya kalau dua-dua nak keras kepala, nanti barang hantaran pun tak sempat nak cari. 

"Yes!" Tangan digenggam membentuk sebuah penumbuk lalu ditarik ke bawah.  

"Jadi, pelamin tu ada dua. Satu untuk majlis akad nikah, satu lagi majlis resepsi. Tapi pelamin akad nikah tu, buat simple aje. Yang penting, saya tak nak warna pink," tutur Edirul Fahmi kepada Cik Lisa, namun perkataan pink tu diperlahankan sedikit.

Cik Lisa tahan senyum. Dia tahu, Edirul Fahmi mesti tak sanggup nak pakai pink-pink ni. Segala apa yang dipinta oleh Adreanne dan Edirul Fahmi, Cik Lisa catatkan ke atas personal notebook miliknya.

"Untuk dress pengantin perempuan, dah ada design?" tanya Cik Lisa lagi apabila mereka selesai berbincang soal pelamin.

"Ada," jawab Adreanne teruja. Dia sememangnya dah jumpa design yang sangat sesuai untuk majlis resepsi semasa membelek catalogue tadi.

Edirul Fahmi yang ralit menilik setiap design yang disediakan di dalam catalogue mula terhenti apabila mata menangkap gambar dress berwarna pink lembut dan dihiasi batu-batu manik yang banyak. "Humaira, saya rasa dress ni lawa." tunjuk Edirul Fahmi kepada Adreanne.

"Tak naklah. Macam over sangat je," bangkang Adreanne. Manik-manik tu dahlah besar-besar. Edirul Fahmi nak suruh dia jadi chandelier ke apa malam tu?

"Dress ni?" tunjuk Edirul Fahmi ke arah satu lagi design dress yang dia rasa sangat cantik kalau digayakan pada tubuh Adreanne.

"Meleretnya... kain panjang-panjang nak buat apa? Buat sapu lantai aje. Nak berjalan pun susah sebab asyik terpijak kain je," komen Adreanne.

Edirul Fahmi mengeluh dalam hati. Tak sangka Adreanne ni cerewet orangnya. Itu tak kena, ini tak kena. Dan apabila dia ternampak sehelai dress yang tak ada ciri-ciri yang Adreanne tak suka tadi, dia tanya pendapat Adreanne.

"How about this one? Tak over sangat dan tak meleret," 

"Design dia tak kena dengan citarasa aku."

Edirul Fahmi menarik nafas sedalam yang mungkin. Tuhan, berikan aku kesabaran, pintanya dalam hati. Edirul Fahmi angkat bendera putih, dah tak sanggup nak merekomen mana-mana design apabila semua design-nya ditolak mentah-mentah oleh Adreanne.

"Then, awak nak yang mana?"

"This one, meleret tapi tak panjang sangat. Princess cutting dan yang paling penting, tak over." Adreanne membuka kembali halaman catalogue yang memaparkan lakaran dress yang mencuri hatinya sejak awal lagi.


Edirul Fahmi menggeleng kecil apabila dia melihat dress yang menjadi pilihan Adreanne. Adreanne betul-betul cari design dress seperti dalam kartun Barbie masalanya. Mulut kata tak nak kahwin, tapi cerewet bukan main. Itu tak kena, ini tak kena. Banyak pula karenahnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro