♛ Bab 14
SELESAI saja majlis pertunangan Adreanne semalam, Nek Mah menjemput orang kampung untuk datang ke rumah.
Hari ini, Nek Mah mengadakan kenduri arwah dan tahlil ringkas untuk memperingati pemergian Tok Aki. Sekali lagi, rumah kampung separa batu itu gamat dengan suara orang kampung yang berbual antara satu sama lain usai bacaan Yassin.
"Lupa pula mama nak tanya, Aira jemput Edy tak datang tahlil ni? Mama tak nampak dia pun. Nenek tu dah kecoh tanya fasal Edy tadi," tanya Puan Aminah apabila Adreanne datang ke dapur. Dia yang sedang membancuh air hanya mengerling Adreanne dengan ekor mata.
Adreanne menoleh ke arah Puan Aminah yang berada di kabinet bersebelahan singki. Sambil membasuh tangan, dia menjawab.
"Jemput," jawab Adreanne sepatah. Belum kahwin lagi Nek Mah dan Puan Aminah dah sibuk-sibuk tanya pasal Edirul Fahmi. Agaknya, lepas kahwin nanti mesti dia di-anak tirikan oleh ibu dan nenek sendiri.
"Habis, Edy datang tak?"
"Entah."
"Ish, kamu ni! Takkanlah Edy tak bagitahu langsung dekat kamu dia datang ke tak?"
"Tak."
Puan Aminah mengutil perlahan peha Adreanne. Tanya sepatah, jawab sepatah. Geram dia dibuatnya.
Adreanne meringis kesakitan, berbisa sungguh kutilan Puan Aminah. "Aduh, mama ni! Sakitlah!"
"Main-main pula kamu jawab soalan mama ya. Mama tanya sepatah, dibalasnya sepatah juga tu kenapa? Memang rindu kepitan anak ketam mamalah jawabnya," bebel Puan Aminah sambil tangan ligat menuang air yang sudah dibancuh ke dalam tong air.
"Mana ada Aira jawab main-main, dah memang dia tak ada bagitahu apa pun. Macam mana Aira nak tahu kalau dia tak ada cakap apa-apa dekat Aira."
"Siapa 'dia' yang kamu maksudkan tu?"
"Siapa lagi kalau bukan anak baru mama tu."
"Siapa anak baru mama tu."
Adreanne mengeluh. Haih, nampaknya Puan Aminah memang sengaja nak bagi dia sebut nama Edirul Fahmi.
"Buat-buat tak tahu pula mama ni, Edy tulah. Bukan mama sayang sangat ke dekat dia tu?"
"Ha, boleh pun kamu sebut nama dia elok-elok. Ingatkan boleh tercekik tulang ke apa kalau sebut nama Edy tu elok-elok."
Adreanne yang dah siap menolong Puan Aminah di dapur mula berura-ura untuk meninggalkan 'kawasan tawanan' Puan Aminah. Tak betah rasanya dia nak bertapa lama-lama dekat dapur ni kalau Puan Aminah tak habis-habis bercakap tentang Edirul Fahmi.
"Apa kata mama call aje anak kesayangan mama tu? Mama pun puas hati dapat tahu apasal dia tak datang lagi," cadang Adreanne selamba.
Daripada Puan Aminah tanya dia, lebih baik Puan Aminah bertanya sendiri kepada Edirul Fahmi. Lagipun, Puan Aminah kan tak sabar-sabar sangat nak jumpa si Edirul Fahmi tu. Kalau Adreanne yang tanya, mahu Edirul Fahmi fikir yang dia masih menanti kedatangan Edirul Fahmi.
"Hah memang mama sayang pun dekat Edy tu... sayang sangat. Dengar cakap budak tu. Bukannya macam anak gadis mama yang seorang ini, perangai tak macam anak dara. Kasar aje memanjang."
Adreanne melangkah ke ruang tamu cepat-cepat. Sumpah, naik bernanah telinga dia ni apabila Puan Aminah asyik memuji Edirul Fahmi sejak dari kes dia nak batalkan majlis tunang semalam.
"Hah, eloklah tu! Orang tengah bercakap dia berjalan menonong aje tinggalkan kita ni. Tak pasal-pasal kita bercakap sorang-sorang. Nanti lepas kahwin, buatlah selalu macam tu. Biar kena tegur dengan mak mertua," leter Puan Aminah panjang lebar. Tergeleng dia dibuatnya.
-----
"HOI, makan tak ajak!"
Adreanne tersedak. Lantas tangan mencapai segelas jus oren yang dituangnya. Nafas kelegaan dihembuskan sebaik sahaja jus oren yang diminumnya melalui trakeanya. Fuh, lega!
Malaun manalah yang kurang ajar sangat ni. Tak nampak ke apa dia tengah makan. Nasib tak mati tadi. Kalau tak, tak sempat dia nak pakai dress untuk majlis resepsinya nanti- eh!
Bunyi dekahan tawa yang terbit dari arah belakangnya buatkan Adreanne berpaling. Muka toya ditayangkan. Sengkek punya kawan!
"Hah gelaklah lagi, gelak puas-puas sampai pecah perut pun tak apa. Aku tak kisah," provok Adreanne geram. Nasi daging berlaukkan ayam masak merah dan sayur campur dijamah semula.
Adreanne cuba untuk tidak menghiraukan Hawa yang masih galak mentertawakannya.
Hawa tarik kerusi di sebelah Adreanne lantas punggung dilabuhkan. "Chill-lah, Ad. Aku gurau je tadi."
"Nanti kalau aku mati sebab tercekik pun kau chill jugalah, kan? Dasar kawan tak berhati perut"
"Eh, mana ada! Takkanlah aku nak bagi kau mati tercekik pula. Sasau abang ikan sebab tak kahwin nanti," ujar Hawa sambil ketawa terbahak-bahak. Seronok rasanya dapat mengusik Adreanne. Tambah-tambah lagi, lebih kurang dua minggu Adreanne akan bergelar isteri orang.
"Hawa!" Adreanne menampar kuat belakang tangan Hawa yang berada di atas meja, sekuat rasa geram yang makin menggebu di dada.
"Aduh, sakitlah! Dah-dah stop tampar aku," pinta Hawa tetapi masih diselangi tawa.
"Kau jangan sebut nama dia untuk beberapa hari ni boleh tak, Hawa? Dahlah dekat dapur tadi mama tak habis-habis puji dia. Kau jangan nak jadi nasi tambah pula."
Adreanne teruskan suapan nasi ke mulut. Ingatkan kalau dia lari dari dapur, bolehlah tenteram sikit telinga dia daripada mendengar Puan Aminah. Ini tak, si mama tak habis-habis dengan Edy, Edy, Edy! Hawa pula asyik berzikir dengan 'abang ikan' je. Apa yang istimewa sangat pasal Edirul Fahmi pun dia tak tahu.
"Weh, abang Aryan suruh bagitahu dekat kau ni."
Adreanne mengangkat kening sekadar bertanya kenapa.
"Dia kata abang ikan kirim salam. Lepastu abang ikan cakap, dia mungkin datang lambat sikit sebab diorang baru aje bertolak dari homestay," tutur Hawa apabila teringatkan pesanan yang disampaikan oleh Aryan tadi.
"Kalau dia tak datang lagi bagus."
"Eleh, padahal semalam tak habis-habis dok tenung abang ikan tu masa majlis. Kau ingat aku tak perasan ke?" Hawa mencebik perlahan. Konon tak kisah, padahal tertunggu-tunggu. Kalau betul Adreanne tak kisah, kenapa mata Adreanne tak henti-henti mengerling ke arah pintu pagar Nek Mah?
"Semalam tu aku terpandang dia la!" Adreanne menekan perkataan 'ter' dengan panjang, tanda dia betul-betul tak sengaja.
"Macamlah aku nak percaya apa kau cakap ni, Ad. Dahlah, aku nak pergi depan. Nak usya calon skandal kalau Iqbal curang dengan aku."
Hawa menolak kerusi ke belakang untuk bangun. Dia tersengih ke arah Adreanne yang memandang dia dengan riak malas nak layan.
"Hah, pergilah usya anak teruna orang tu jauh-jauh! Aku bagitahu Iqbal kau gatal."
"Kalau kau berani, kau cakaplah dekat Iqbal! Nanti aku bagitahu abang ikan yang kau rindu dia." Hawa melambai ke arah Adreanne. Walaupun dia agak jauh dari Adreanne, dapat dia dengar Adreanne yang mencebik.
"Euw!"
-----
"AIRA, tolong bancuhkan air untuk keluarga Edy. Diorang baru datang," arah Nek Mah dari muka dapur. Tadi, siap je makan terus Adreanne melarikan diri ke dapur. Malas dia nak bergaul dengan sanak-saudara yang dia tak kenal pun siapa.
Adreanne yang sedari tadi khusyuk memeriksa akaun emel tersentak. Dia membuat bentuk bulat menggunakan jari.
"Tapi nak bancuh air apa, nek? Air oren boleh ke?"
"Hah, bolehlah tu! Jangan manis sangat, bancuh sedang-sedang je," jawab Nek Mah sebelum dia mengatur langkah ke ruang tamu.
Usai kelibat Nek Mah hilang dari pandangan mata, Adreanne bingkas bangun dari meja makan. Telefon pintar disimpan ke dalam poket baju kurung. Dia mengambik botol kaca yang terisi air oren Sunquick dari dalam kabinet dapur.
LIgat tangan Adreanne mengacau larutan air panas yang dicampur dengan gula. Sambil tangan mengacau larutan gula, dia termenung. Teringat pula pada emel yang diterima daripada salah sebuah syarikat yang dipohon untuk intern.
Nek Mah yang berada di ruang tamu mula berasa hairan apabila air yang dinanti belum sampai. Lantas dia melangkah ke dapur. Menggeleng kepala Nek Mah melihat Adreanne yang sedang mengacau air kosong.
"Termenung pula anak dara ni. Aira, air tu tak siap bancuh lagi ke?"
Terhinjut bahu Adreanne dek terkejut. Dipandangnya Nek Mah yang berada di sisi meja makan. "Kejap, Aira tengah kacau air gula ni."
"Air gula apanya kalau gula pun dah larut? Dah bancuh cepat. Patutlah lambat sangat, berangan rupanya."
Adreanne garu dahi. Macam manalah dia boleh ralit sangat termenung. Kan dah kena bebel. "Okey, nek."
Sedang Adreanne melarutkan pati oren tersebut, kedengaran laungan salam dilaungkan oleh seseorang. Dia datang dah, bisik hati kecil Adreanne apabila dia terdengarkan suara yang dinanti-nanti oleh Puan Aminah dan Hawa.
"Huh, tak payah datang pun tak apa! Tak ada siapa kisah kau datang ke tak, menyemak aje," desis Adreanne yang sedari tadi langsung tidak menegur hatta memandang wajah kacak lelaki itu.
Nek Mah geleng kepala. Haih, budak berdua ni! Ini kalau dah kahwin ni, silap-silap berperang aje mulut tu. Tambah-tambah lagi cucu perempuannya yang seorang itu. "Aira..." tegurnya meleret.
"Tak apa, nenek. Edy okey je, dah biasa dah..." ujar Edirul Fahmi tenang. Malas dia nak berkecil hati dengan kata-kata kasar Adreanne tu. Dia yakin, lama-lama nanti mesti Adreanne akan okey dengan dia.
Nek Mah tepuk bahu Edirul Fahmi, persis memujuk. "Jangan bagi muka dangat dekat Aira tu. Nanti lama-lama dipijaknya kepala Edy. Ni kenapa Edy datang dapur ni?"
Edirul Fahmi menggarukan kepala yang tak gatal. "Err... Edy saja je nak sembang-sembang sikit dengan Humaira. Takpa, nenek pergi depan dulu, nanti Edy datang," ujarnya takut-takut.
"Hmm nenek faham dah, nak beramah mesra dengan kekasih hati, kan? Hah, pergilah!"
Tiba-tiba, Nek Mah berhenti melangkah di tengah-tengah dapur. "Korang berdua jangan nak lama-lama sangat dekat dapur, nanti tak pasal-pasal malam ni juga korang kahwin."
"Lagi cepat boleh kahwin lagi Edy suka, nek," balas Edirul Fahmi sambil tertawa kecil.
Nek Mah membulatkan mata. Amboi, bakal cucu menantu dia ni! Tak sabar betul. "Kau jangan nak macam-macam, Edy. Nenek piat telinga kau nanti."
Edirul Fahmi ketawa lagi. Nek Mah pula dah mula berkalih pandang ke arah Adreanne yang langsung tak ambil port dalam perbualan dia dan Edirul Fahmi.
"Hah, Aira! Cepat sikit bancuh air tu. Jangan sibuk nak bercinta pula sampai lupa pula nak bawa air tu ke depan," pesan Nek Mah sebelum dia kembali melangkah.
Edirul Fahmi berjalan mendekati Adreanne di meja dapur. Satu kerusi ditarik lalu dengan muka tak tahu malu, dia duduk. Ditopang dua dagu untuk menampung wajah.
"Hai! Awak sihat?"
Adreanne langsung tak mendongak kepala untuk melihat wajah Edirul Fahmi. Dari tadi, dia tekun melihat ke arah air oren yang dikacau.
"Tak nampak ke aku tengah bancuh air ni? Maknanya aku sihat lagilah, kan? Tanya soalan minta kaki."
"Ala kenapa bagi kaki pula? Bagilah hati awak. Dah lama ni hati saya tak jumpa pasangan dia," jawab Edirul Fahmi mengada.
Adreanne rasa nak loya. Dah tua bangka pun perangai childish lagi. Meluat. Lantas kaki mengatur langkah ke rak pinggan untuk mengambil dulang dan beberapa buah gelas.
Usai meletakkan gelas dan jag berisi air oren yang dibancuh, dia mengatur langkah ke ruang tamu. Nanti kalau lambat, Nek Mah mesti datang lagi lepastu marah dia.
"Eh, awak nak pergi mana pula tu?" kalut Edirul Fahmi bertanya sambil berjalan laju untuk menyaingi langkah Adreanne.
"Pergi depan, kau duduklah dekat dapur tu sorang-sorang. Tadi nenek ajak pergi depan kau tak nak, kan?" jawab Adreanne. Dia berhenti melangkah.
-----
"HAH, sampai pun merpati sejoli kita ni! Ingatkan lama lagi nak duduk dekat dapur tu," usik Nek Mah apabila mata menangkap kelibat Adreanne dan Edirul Fahmi yang beriringan melangkah ke ruang tamu.
Kedua-duanya tersenyum malu. Lama sangat ke? Rasa macam sekejap aje.
"Jemput minum, semua," pelawa Adreanne kepada keluarga Edirul Fahmi. Dia duduk bersimpuh di sebelah Nana selepas menyalam Datin Fatimah.
"Terima kasih, Aira. Aira dah makan?" tanya Datin Fatimah ramah.
"Dah mummy, Aira makan dengan Hawa tadi."
"Air ni siapa yang bancuh? Kak Aira ke angah?" tanya Nana tiba-tiba.
Edirul Fahmi pantas menyampuk. Dalam keadaan Nana yang duduk di antara dia dan Adreanne, terhalang sikit pandangan dia untuk melihat Adreanne.
"Mestilah angah yang bancuh. Sedap kan angah bancuh air?"
Nana mencebik. Edirul Fahmi kalau tak angkat bakul satu hari memang tak sah. "Tak pun. Patut ceroi semacam aje air oren ni."
Dahi Edirul Fahmi berkerut. Biar betul air oren tu ceroi? Padahal memang bukan dia yang bancuh. Segelas air oren diteguk.
"Mana ada ceroi, okey je angah rasa. Eleh, Nana jealouslah tu sebab angah pandai bancuh air, kan? Maklumlah, Nana bancuh kan tawar lepastu ceroi aje."
Nana berdecit perlahan. "Tak ada makna nak cemburu. Bancuh air je kot..."
"Nana, jom ikut kak Aira masuk bilik jap, ada hal sikit," ajak Adreanne apabila dia nampak Nana selesai membasuh tangan.
Nana menoleh ke kiri. "Sekarang ke?"
"Sekaranglah, nanti tak sempat pula."
Adreanne dan Nana sama-sama bangun dari duduk. Baru saja mereka mahu melangkah, suara Edirul Fahmi yang menegur membantutkan langkah mereka.
"Eh, nak pergi mana tu!" tanya Edirul Fahmi menyibuk.
Adreanne menjeling tajam. Busybody betul. "Hal orang perempuan, kau tak payah nak sibuklah,"
"Nak ikut," pinta Edirul Fahmi lagi.
"Tak boleh, kau pergi duduk dengan along ke angah dekat luar tu. Menyibuk je!"
"Malaslah, lagipun diorang kan tengah sembang dengan sepupu awak. Segan saya nanti."
"Habis, nak menyibuk hal orang perempuan kau tak segan pula?"
"Tak," cepat-cepat Edirul Fahmi menjawab. "Bolehlah... nak ikut."
Datin Fatimah simpan senyum melihat telatah Edirul Fahmi. Tak pernah-pernah Edirul Fahmi buat perangai mengada macam ni selama 29 tahun dia menjaga Edirul Fahmi.
"Eh, angah ni! Biar ajelah diorang berdua tu nak pergi mana-mana pun," tegur Datin Fatimah. Ditepuk perlahan peha Edirul Fahmi sambil dia menjegil mata.
"Ala, mommy. Bukan angah pergi berdua je dengan Humaira, kan ada Nana tu..." balas Edirul Fahmi tak nak kalah.
"Angah tu lelaki, diorang tu perempuan. Dah, duduk je sini diam-diam."
Edirul Fahmi monyok muka. Dia bukan nak ajak buat benda tak elok pun.
Adreanne dan Nana yang melihat lelaki itu ditegur oleh Puan Ema ketawa. Padan muka! Busybody lagi. Pantas keduanya berjalan ke arah bilik yang didiami Adreanne yang terletak di tingkat atas.
Adreanne amb sebuah beg kertas yang berada di dalam bagasi lalu diberi kepada Nana.
"Apa ni?" tanya Nana pelik. Namun, tangan tetap menyambut huluran Adreanne.
"Tudung. Haritu kak Aira pergi shopping dengan Hawa lepastu ada sehelai tudung ni kak Aira rasa lawa. Tiba-tiba teringat dekat Nana, itu yang beli sekali tu."
"Oh, terima kasih..." balas Nana gembira.
"Tapi, ada minyak wangi sekali dalam tu. Pegang elok-elok eh... takut pecah pula nanti."
Nana hanya angguk.
Edirul Fahmi melihat kedua gadis itu pelik. Tak betah lagi, terus dia bertanya kepada Nana. "Apa tu?" soalnya dengan muka yang terjenguk-jenguk untuk melihat isi beg.
"Adalah, benda special kak Aira bagi."
Edirul Fahmi berdecit. Alahai, poyo betul adik dia ni! Wajah Adreanne ditatap pula. "Untuk saya tak ada ke?"
"Tak ada. Kalau nak, pergilah beli sendiri," jawab Adreanne malas.
Nana ketawa mengejek. Thumbs up diberi kepada Edirul Fahmi.
"Sudah-sudahlah tu Edy oii... tahan sikit lagi dua minggu je, lepastu nak kau nak si Aira tak nak lepas pun nenek tak kisah," sampuk Nek Mah dari tepi. Bukan dia nak pasang telinga, tapi mengada sangat dah si Edirul Fahmi.
Edirul Fahmi dah malu-malu kucing apabila ruang tamu itu gamat dengan ketawa beberapa orang sanak-saudara Adreanne dan keluarganya.
Adreanne pula usah dikata, membahang muka dia dek teguran Nek Mah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro