♛ Bab 13
"KENAPA dengan Aira ni? Tak malu ke dengan orang yang ada dekat luar tu?"
Suara Puan Aminah memetir keheningan bilik yang menjadi tempat menunggu Adreanne. Mencerlung tajam mata Puan Aminah kepada satu-satunya anak gadis yang dia ada. Adreanne terdiam seribu bahasa. Tak tahu jawapan apa yang perlu dia berikan bagi menyejukkan 'kepanasan' si mama.
"Hari tu dah elok kata setuju bagai. Hari ni tup tup kata nak batalkan... mana mama dengan papa nak letak muka? Nenek tu, lagi malu dia nanti," bebel Puan Aminah sambil bercekak pinggang.
"Fikir baik buruk dulu baru bertindak, jangan melulu je buat keputusan. Ini tak, nak fikir pasal kepuasan diri sendiri je. Tak ingat dah tempias yang kena dekat orang lain," tambah Puan Aminah lagi. Dia benar-benar kusut dengan perangai Adreanne.
Adreanne dilema. Dia sendiri tak tahu kenapa di saat-saat akhir begini hatinya mula rasa ragu-ragu walhal solat istikharah yang dia tunaikan telah memberi jawapan kepada kekeliruannya sebelum ini.
"Dahlah, mama malas nak cakap panjang lebar. Aira dah besar, bukannya budak kecil yang mama nak kena ajar itu ini... Aira fikirlah sendiri." Puan Aminah melangkah ke luar dari bilik itu lalu kakinya menghala ke arah dapur.
Jatuh kasihan Adzim dibuatnya apabila melihat keadaan Adreanne. Dia faham, bukan mudah untuk Adreanne yang baru mahu menginjak dewasa untuk menerima berita yang bakal mengubah masa depannya.
Dengan usia yang baru menjengah 20-an dan ditambah pula dengan jiwa yang meronta inginkan keseronokan, sangat sukar untuk gadis seperti Adreanne untuk menerima gelaran menjadi isteri. Apatah lagi tunangan orang.
Adzim melabuhkan duduk bersebelahan dengan Adreanne. Bahu Adreanne dipaut erat lalu diusap lembut. "Along tak nak paksa Aira untuk buat keputusan yang Aira tak boleh nak terima. Ikut kata hati Aira sendiri," pujuk Adzim perlahan.
Adreanne yang sedari tadi hanya tunduk mula mengangkat muka. Dia toleh ke kanan untuk memandang wajah Adzim. "Tapi... nanti orang kata macam-macam. Lepastu mama mesti lagi marah dengan Aira," ujarnya sebak.
Sampai bila Puan Aminah akan marahkannya, dan sampai bila juga dia mampu menanggung semua ketidakrelaan ini. Adreanne pejamkan matanya. Lama.
"Biarlah apa orang nak kata, jangan fikir sangat pasal cakap-cakap orang ni. Yang penting ni..." Adzim menepuk dadanya berkali-kali. "Hati kita rasa tenang dengan apa saja decision yang kita buat. Once we ignore all the negative vibes, life will be more happier. Trust me."
Adreanne melingkarkan tangannya di pinggang abang sulungnya. Kepala dilentokkan ke dada Adzim. "Terima kasih along sebab faham apa yang Aira rasa. Aira cuma rasa ragu-ragu, betul ke keputusan yang Aira buat ni? Aira takut kalau Aira tak boleh pegang amanah ni," luah Adreanne.
Ya, takut. Itu yang Adreanne rasa. Bila dia bergelar tunangan orang nanti, pasti banyak benda yang akan berubah. Maruah dia dan keluarga perlu dijaga.
Orang kata dugaan bertunang ni lagi kuat. Sebagai persediaan seorang lelaki dan seorang perempuan untuk melangkah ke fasa yang lebih tinggi iaitu membina masjid Allah dan dia bimbang kalau-kalau dia tewas suatu hari nanti.
"InsyaAllah, tak ada apa-apa yang akan jadi. Percaya dengan takdir Dia dan kita akan mudah redha. Hati pun tenang." Senyuman seikhlas mungkin Adzim hadiahkan bagi meredakan kegusaran Adreanne.
Sedang asyik Adzim memujuk Adreanne, telefon pintar di dalam kocek baju melayunya mendendangkan lagu Hello nyanyian Adele. Dilihat siapa pemanggil yang tak henti-henti menghubunginya. Bibir Adzim ternaik dengan sendiri apabila melihatkan nama si pemanggil.
"Along jawab call ni kejap," beritahu Adzim. Dia bangun dari duduk dan melangkah ke arah tingkap yang terletak di hujung bilik itu. Badan disandarkan ke dinding kayu yang menjadi tembok kepada rumah separa papan ini.
"Ish, kau ni! Tahulah aku nak pujuk dia macam mana. Gelabah tak tentu pasal betul," balas Adzim geram. Tak sabar-sabar betul orang di talian sana.
"Mestilah gelabah. Kalau kau ada kat tempat aku pun mesti kau jadi cacing kepanasan macam aku juga," balas si pemanggil pula.
"Aku bukan macam kau, aku jenis yang chill je. Tak gelabah macam kau ni. Kalau tak ada apa-apa, aku end dulu," putus Adzim.
"Eh, janganlah off lagi! Kau bagi kejap phone ni dekat dia, aku ada benda nak cakap dengan dia sikit."
"Kau gila ke? Nanti dia memberontak lagi macam mana?" bisik Adzim perlahan apabila Adreanne menoleh ke arahnya dengan mulut yang bertanya 'siapa', namun dia hanya menggeleng saja sebagai balasan.
"Aku waras lagi, bro. Tahulah aku nak buat apa kalau dia memberontak. I will handle her with lots of loves and cares."
"Kembang semangkuk tandas tekak aku dengar kau punya statement yang tersangatlah poyo tu." Adzim dah rasa geli-geleman. Ish, takut sangat Edirul Fahmi ni!
"Kau ni banyak cakaplah, cepatlah bagi dekat dia phone kau tu," rengus Edirul Fahmi dari talian sana. Dia nak cepat tapi boleh pula Adzim lengah-lengahkan masa. Kalau diikut rawan di hati, nak je dia panjat tingkap yang masih terbuka tu, tapi nasib baik dia masih waras lagi.
"Sabar kejap boleh tak?" bentak Adzim geram.
Adzim melangkah ke arah katil yang menjadi tempat Adreanne duduk. Kelihatan Adreanne kembali termenung panjang. Dia hulurkan telefon yang dah gelap skrinnya kepada Adreanne. "Nah!"
"Kenapa ni?" Bertaut rapat kening kanan dan kiri Adreanne. Hairan dia dibuatnya apabila iPhone 14 milik Adzim disuakan di depan mukanya.
"Edy call. Dia nak cakap dengan Aira," balas Adzim ringkas.
"Aira tak nak." Tangan halus Adreanne menolak lembut huluran Adzim. Dia tak nak dengar suara Edirul Fahmi buat masa ni. Dia masih malu lagi.
"Cakaplah dulu dengan dia, mana tahu Edy ada benda penting nak bagitahu Aira ke," pujuk Adzim lagi. Rasanya harini memang tugas dia untuk jadi orang tengah je.
Tanpa banyak soal, Adreanne menyambut juga huluran Adzim. Malas dia nak pertikaikan apa-apa lagi. Lagipun, macam tak ada function je kalau dia masih berkeras untuk tidak menjawab panggilan daripada Edirul Fahmi.
Adzim bawa diri jauh daripada Adreanne untuk memberi privasi kepada Adreanne dan Edirul Fahmi. Apabila Adreanne rasa dia dah bersedia untuk memulakan perbualan dengan Edirul Fahmi, barulah dia bersuara.
"H-hello?" sapa Adreanne teragak-agak. Hampir lima minit melekapkan telefon Adzim ke telinga, talian cuma sunyi. Disebabkan itu, Adreanne buat keputusan untuk memulakan perbualan.
"Hello, Humaira... Alhamdulillah, awak nak cakap dengan saya."
Kedengaran nafas lega yang dihembus oleh Edirul Fahmi dari dalam talian. Dia cuma diam sebab dia sendiri tak tahu nak jawab apa.
"Awak okey, Humaira?" tanya Edirul Fahmi apabila Adreanne masih lagi diam.
"Err... okey." Adreanne tampar perlahan bibirnya. Ish, kenapa kau gagap ni Ad!
"Kalau saya nak tanya, boleh ke?"
Adreanne rasa dia dapat tangkap soalan apa yang Edirul Fahmi nak tanya. Dia sekadar berdehem sebagai jawapan.
"Kenapa tadi tu? Maksud saya, kenapa tiba-tiba nak batal majlis?"
"Aku tak tahu."
Hah?! Edirul Fahmi rasa rahang dia dah tertanggal. Selamba je Adreanne boleh cakap Adreanne tak tahu kenapa nak batalkan majlis tunang mereka sedangkan dia dekat luar ni rasa macam nak ceroboh masuk rumah Nek Mah dari tadi lagi. Tak senang duduk dia dibuatnya apabila seorang perempuan sebaya Adreanne beritahu Adzim yang Adreanne tak nak bertunang.
"Aku tak tahu kenapa tiba-tiba je aku tak yakin dengan decision aku."
Sambungan daripada Adreanne buatkan rentak jantung Edirul Fahmi mula stabil. Edirul Fahmi tarik nafis sedalam mungkin sebelum menghela perlahan.
"Humaira tahu tak?"
"Tahu apa?"
"Humaira tahu tak, sebenarnya bila awak buat solat istikharah tu maksudnya awak dah serahkan bulat-bulat pada Allah untuk bagi jawapan kepada setiap rasa keliru yang hadir dalam diri awak. Bila awak bagi jawapan untuk solat istikharah tu, maksudnya ada kebaikan di sebalik keputusan yang awak buat."
"Aku tahu tu, tapi aku tetap takut juga."
"Boleh saya tahu, apa yang buat awak takut sangat?"
Adreanne diam beberapa minit. Kalau dia cakap, dia rasa malu tapi kalau dia tak cakap, rasa takut tu macam tak hilang-hilang pun. Apa yang patut dia buat sekarang? Dia buntu untuk kali yang kedua.
"Kalau Humaira tak nak bagitahu saya, macam mana saya nak tolong Humaira?" lembut Edirul Fahmi memujuk. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang menganggu Adreanne sehingga Adreanne mengambil keputusan untuk membatalkan majlis pertunangan mereka secara tiba-tiba.
"Kau la."
Edirul Fahmi garu belakang kepala. "Saya?" tanyanya pelik. Kenapa dia pula yang jadi sebab ni?
"Kau la yang salah," perlahan Adreanne menjawab dengan muka yang mula terasa panas.
"Cuba Humaira bagitahu, apa yang saya buat sampai Humaira tiba-tiba tak nak bertunang dengan saya?"
"Kau macam tak bersungguh pun nak kahwin dengan aku."
Kali ni, bukan setakat rahang je dah tertanggal. Edirul Fahmi rasa jantung dia pun dah melompat keluar sekarang ni.
"Kenapa Humaira rasa macam tu pula? Saya betul-betul tak faham ni."
"Kau tak selalu call atau mesej aku pun selama beberapa minggu sebelum bertunang ni. Lepastu, kau takda pun tunjuk efforts yang kau betul-betul nak kahwin dengan aku. Aku rasa macam kau nak kahwin dengan aku sebab kau nak balas dendam aku panggil kau dengan nama binatang tu dulu.
Edirul Fahmi dah tak hiraukan pandangan orang yang berada di sekelilingnya. Kuat dia ketawa sampai sakit perut dibuatnya. Kalau tadi jantung dia rasa nak melompat keluar sebab terkejut, sekarang ni perut dia rasa digeletek tanpa henti.
"Betul kan, kau nak ikat aku jadi tunang kau sebab kau nak balas dendam kat aku?"
Mati terus ketawa Edirul Fahmi apabila mendengar soalan yang keluar dari corong telefon. Aduh, terlupa pula dia yang Adreanne masih lagi dalam mood tak berapa nak stabil.
"Mana ada, sayangku Humaira. Saya tak pernah pun fikir nak ikat awak sebagai tunang saya sebab tu. Nak kena babap ni otak awak tu sebab overthinking macam ni," jawab Edirul Fahmi separa mengusik.
"Habis, kenapa kau tak call atau mesej aku selalu pun? Takda pun nak flirt-flirt dengan aku."
Adreanne sendiri tak faham kenapa dia rasa macam tu. Dia betul-betul rasa pelik apabila Edirul Fahmi seolah-olah 'mengabaikan' dia untuk beberapa minggu ni.
"Saya ingat awak yang tak nak saya kacau awak selalu."
Apabila Adreanne cuma diam, Edirul Fahmi menyambung lagi.
"Lagipun, kita belum halal lagi nak sembang-sembang selalu. Kita masih ada batas untuk bergaul dan tak elok sebenarnya bila kita kerap sangat berbual, lagi-lagi kalau tak ada benda penting nak cakap. Sebab tulah saya cuma mesej awak bila saya ada benda penting je nak cakap," terang Edirul Fahmi dengan nada yang memujuk. Dia betul-betul ingat Adreanne tak kisah kalau dia jarang berbalas mesej dengan Adreanne.
"Lagipun Humaira, saya tak nak awak buat keputusan disebabkan pengaruh saya. Maksudnya, saya tak nak keputusan awak tu terdorong sebab saya. Awak tahu kan, bila kita buat solat istikharah, kita kena tawakkal dekat Allah. Tak boleh ada rasa berat sebelah masa kita minta jawapan daripada Allah."
Jawapan daripada Edirul Fahmi buatkan Adreanne rasa tenang sedikit.
"Aku ingat kau sibuk dating dengan perempuan lain."
"Ya Allah, Humaira! Kan saya dah cakap dulu, awak seorang je dah cukup untuk saya ni."
"Tahu, tapi lelaki kan suka cakap lain lepastu buatnya lain," balas Adreanne tak nak kalah.
"Sumpah, saya tak tipu!"
"Yalah, aku percaya."
"Nak tunang tak ni?"
"Nak!"
Erk, Adreanne rasa macam ada tulang ikan tersangkut dalam kerongkong. Macam mana pula dia boleh jawab soalan Edirul Fahmi tu dengan nada teruja. Dia cubit kuat tepi pehanya.
Edirul Fahmi ketawa kecil. Comel sungguh Adreanne ni, geram!
"Tapi dua minggu je kita bertunang ni, awak betul ni nak teruskan pertunangan ni?"
"Eh, bukan tiga bulan ke!" tanya Adreanne terkejut.
"Hmm, tak jadilah tiga bulan. Baru tiga minggu jumpa pun awak dah nak batalkan pertunangan kita ni, tak nak la saya ambil risiko tiga bulan untuk kahwin dengan awak."
Adreanne gigit bawah bibir. Ya Allah, tak pasal-pasal jadi kahwin ekspress!
"Jadi, nak ke tak nak bertunang ni cik Humaira?"
"Nak-nak," jawab Adreanne malu-malu.
-----
SELEPAS beberapa minit berbual dengan Edirul Fahmi, Adreanne memberikan semula telefon pintar tersebut kepada Adzim. Dia tersenyum nipis. Terasa lapang dadanya tika ini.
"So, macam mana? Tetap tak nak teruskan juga ke majlis ni?" tanya Adzim berbasa-basi.
"Aira rasa, Aira nak teruskan pertunangan ni," ujar Adreanne yakin. Tak syak lagi, itulah keputusan yang terbaik buat dirinya dan orang di sekelilingnya sekarang.
Selepas mendengar setiap apa yang Edirul Fahmi ucap tadi, dia makin yakin dengan keputusanya. Mungkin betul Edirul Fahmi kata tu, otak dia ni nak kena babap sebab buat dia overthinking teruk sangat.
Terpempan Adzim mendengar. Aik, kena pujuk dengan Edirul Fahmi terus jalan? Kalau dia tahulah Adreanne ni senang terpujuk dengan bakal tunang, dah lama dia call je Edirul Fahmi tadi.
"Betul ni?" tanya Adzim ragu-ragu. Wajah Adreanne yang tersenyum dipandang dengan pandangan curiga.
"Betul la, along. Kita teruskan majlis ni, along boleh bagitahu diorang yang dekat luar tu majlis ni diteruskan. Sekejap lagi Aira keluar," ujar Adreanne sekali lagi.
"Serious? Tak rasa ragu-ragu dah? Rasa takut ke?" Bertubi-tubi soalan yang terbit dari mulut Adzim. Bukan apa, dia cuma mahukan kepastian daripada Adreanne. Takut nanti berubah angin lagi.
"InsyaAllah, Aira yakin. 100% yakin."
❃❃❃❃
KINI tibalah sesi bergambar bersama keluarga Adreanne dan juga keluarga Edirul Fahmi sebagai tanda kenang-kenangan di kemudian hari.
Apabila terpandangkan Edirul Fahmi yang turut memandang ke arahnya, Adreanne gigit bawah bibir perlahan. Betullah apa yang Hawa cakap dekat dia tadi, Edirul Fahmi kelihatan sangat kacak dengan kemeja berwarna putih dan seluar jeans hitam yang melekap pada tubuh maskulin itu.
"Aku dah cakap kan abang ikan kau tu handsome gila harini," bisik Hawa di tepi Adreanne. Bukan dia tak perasan Adreanne dan Edirul Fahmi yang saling berbalas pandang tadi. Dalam hati, tak habis-habis Hawa ucap kata syukur apabila Adreanne mahu meneruskan majlis.
"Diamlah." Malu-malu Adreanne membalas.
"Apa kata kita bagi tunang lelaki dengan tunang perempuan ambil gambar berdua pula? Dari tadi Nana tengok tunang lelaki curi-curi pandang tunang perempuan."
Nana, adik bongsu Edirul Fahmi. Disebabkan semua setuju dengan Nana, mereka berdua bergambar bersama di atas pelamin kecil yang terdapat di ruang tamu itu.
Edirul Fahmi menghadiahkan senyuman manis kepada Adreanne. Tegak dia berdiri di sebelah Adreanne, namun jarak antara mereka masih dijaga.
Usai menjamah hidangan yang dimasak oleh kaum-kerabat Encik Khuzairi, keluarga Edirul Fahmi meminta diri untuk pulang ke homestay. Adreanne tunduk untuk menyalami tangan wanita yang bakal bergelar ibu mertuanya dua minggu lagi.
"Terima kasih Aira sebab sudi teruskan pertunangan ni. Mommy bersyukur sangat Aira tak jadi nak batalkan majlis ni tadi," tutur Puan Ema perlahan supaya hanya dia dan Adreanne saja yang dapat mendengar. Tubuh genit itu dipeluk erat.
"Maaf mommy, Aira dah malukan mommy tadi," ucap Adreanne dalam pelukan Puan Ema.
"Takpa la, mommy faham."
Usai berpelukan dengan Puan Ema, Adreanne bersalam dengan Nana pula.
"Kak long dengan abang long kirim salam dekat kak Aira. Diorang minta maaf sebab tak boleh datang hari ni," beritahu Nana.
"Oh, tak apa. Kak Aira tak kisah pun kalau diorang tak boleh datang. Diorang pun ada hal sendiri yang nak diselesaikan," balas Adreanne selepas menjawab kiriman salam kakak dan abang ipar Edirul Fahmi.
Adreanne mengiringi pemergian mereka sekeluarga ke kereta Alphard milik Encik Fauzi. Sengaja dia mengekor dari belakang saja. Kekok yang dia rasakan belum sampai ke tahap yang paling minimum lagi.
"Terima kasih sebab sudi nak jadi tunang saya juga lepas apa yang jadi tadi. This day brings a lot of happiness for me. One more step and you'll be mine forever."
Terkejut Adreanne dibuatnya apabila melihat Edirul Fahmi yang tiba-tiba berjalan beriringan dengannya. Bukan lelaki itu ada di hadapan ke tadi?
"Oh, pasal tu... I'll try to accept this wholeheartedly. But I'm not sure sampai bila aku akan cuba."
"Jangan risau, sooner or later, you can accept me as your soulmate. Sekali cincin yang tersarung dekat jari manis awak tu dah jumpa dengan tuannya, dia akan terus tersarung dekat situ sampai bila-bila... I promise you."
Adreanne terkaku. Alamak, jadi udang frozen merahlah dia hari ini! Dan sekali lagi, kata-kata manis Edirul Fahmi buat dia terasa tinggal di awan yang biru. Kembang setaman bunga yang bertapak di hatinya buat kali yang ketiga untuk hari ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro