Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♛ Bab 1

KETUKAN di pintu menyedarkan Adreanne yang sedang ralit mengelamun di balkoni. Dia segera mengatur langkah menuju ke pintu. Wajah Aryan yang sedang tersengih seperti kerang busuk menembusi retina mata sebaik sahaja pintu dibuka. Adreanne jeling mata ke atas.

"Nak apa?"

Pertanyaan Adreanne dibiarkan tak berjawab. Aryan melangkah masuk ke dalam bilik yang dicat dengan warna soft pink  lalu dengan selamba badan direbahkan ke atas katil bersaiz queen. Adreanne yang sedang merenung tak puas hati di muka pintu digamit.

Walaupun geram, Adreanne tetap melangkah ke arah katil dan badan direbahkan di sebelah Aryan. Mereka sama-sama merenung syiling.

"Aira dah okey?" 

Aryan memang rapat dengan Adreanne. Kalau datang mood mengusik, selagi  Adreanne tak mengamuk, selagi itu la dia takkan berhenti. Tapi kalau Adreanne menangis, dia la orang pertama yang akan cari siapa yang buat Adreanne menangis.

"Angah rasa Aira akan okey ke lepas apa yang jadi tadi?"

Soalan dibalas soalan.

"Angah tahu tapi angah yakin, bakal tunang Aira tu memang yang terbaik untuk Aira. Kita sama-sama kenal dengan dia. Lama dah kita kenal dia."

Adreanne memutar bola mata. Tak habis-habis cakap dia kenal dengan lelaki misteri tu. "Dah banyak kali Aira ulang, Aira tak kenal dia pun. Aira bosan la dengan ayat sama je yang keluar dari mulut semua orang harini."

Aryan toleh sekilas. "Aira kenal dia. Percaya la cakap angah, nanti Aira dah tengok muka bakal tunang Aira tu mesti Aira ingat siapa dia."

"Dahlah, Aira malas nak dengar pasal benda ni. Keputusan dia tetap takkan berubah, kan?" Adreanne pejam mata sekejap, berharap apa yang jadi tadi cuma mimpi walaupun dia tahu, ini semua realiti yang perlu dia hadap.

"Terserah pada Aira, nak percaya atau tak. Cuma, kalau Aira nak tengok muka dia, angah ada gambar dia" balas Aryan.

"Heh, tak ingin la Aira nak tengok muka dia. Dia dah musnahkan mood Aira harini, so, secara tak sengaja, Aira benci dia." Keras suara Adreanne. Membuak-buak rasa marah dan benci yang bertapak dalam dada.

"Angah bagitahu je, mana la tahu kalau tiba-tiba Aira nak tengok muka dia ke, kan? Hati manusia ni senang sangat berbolak-balik, Aira. Sekarang mungkin Aira kata Aira benci dia, mana tahu satu hari nanti rasa benci tu dah bertukar jadi rasa cinta." Walaupun sinis, namun ada benarnya juga.

"Simpang malaikat 44 la, angah." 

"Jangan cakap besar, Aira. Nanti dah jatuh cinta, tak pasal-pasal nak berkepit 24 jam pula." Aryan mengangkat tangan kanannya lalu diletakkan di atas dahi. Mata dipejam rapat.

Adreanne buat tak dengar. Tubuh Aryan ditolak-tolak supaya bangun dari katilnya. "Ish, pergilah tidur bilik angah! Sibuk je."

"Oh, angah lupa pula! Aira ingat angah saja-saja ke masuk bilik Aira ni? Dah la semua benda warna pink, sakit mata ni." Aryan bangun dari pembaringan lalu kepalanya disandarkan ke kepala katil.

"Angah nak cakap apa?" Sudah la datang mencemar duli atas katil dia, boleh pula Aryan kutuk warna favourite dia yang satu tu. Hish!

"Pergi Baskin Robbins, jom? Along pun join sekali." Aryan jongket kening. Berani nak tolak? Baskin Robbins tu kalau tinggal seorang je customer dekat dunia ni, mesti Adreanne orangnya.

"Nak! Tapi..."

"Aira ni banyak tapi la."

"Kenapa tiba-tiba je ni? Korang nak prank Aira, ke?" Adreanne pandang sangsi. Bukan boleh percaya sangat dua orang abang dia ni. Kaki prank!

"Tak ada maknanya nak prank Aira la. Kalau Aira tak nak, tak apa. Selamat gaji angah bulan ni," ujar Aryan sambil mengorak langkah untuk keluar dari bilik.

"Angah belanja? Mestilah nak! Tunggu kejap, orang nak siap!"

Wajib la dia ikut. Satu, sebab pergi Baskin Robbins. Dua, sebab Aryan yang belanja. Ingat senang ke Aryan nak belanja dia? Selalunya, mesti Adreanne kena bayar balik. Berkira sangat.

"Cepat sikit. Kalau Aira lambat, offer angah tadi expired," jerit Aryan dari aras bawah.

----

"NI dah kenapa tarik along masuk sini pula ni?"

Adzim pandang sekilas lengan yang masih dipaut Adreanne. Tadi, lepas je Aryan pergi ke tandas, Adreanne terus menarik lengan dia. Terkocoh-kocoh dia berjalan dek Adreanne yang berjalan terlalu laju. Sedar-sedar je dia dah ada dalam butik yang mempamerkan pelbagai jenis pakaian wanita.

"Aira nak beli dress ni. Diorang baru je release minggu lepas. Lagipun, sekarang ni  trend orang pakai dress macam ni sebab ada sorang instafamous tu post dekat Instagram dia. Nanti kalau lambat-lambat, habis pula stock sebab dress ni limited edition tau, along."

Adzim tilik atas bawah baju kembang yang berada di tangan Adreanne. Adreanne memang kasar, tapi dia pun pelik juga bila sifat Adreanne langsung tak kena dengan apa yang Adreanne suka. Kasar, tapi minat warna pink, minat pakai dress

"Habis, Aira tarik along masuk sini buat apa? Baik along tunggu dekat Baskin Robbins je terus."

Adreanne kemam bibir. Ala, ini yang susah nak cakap ni. "Erm, along ni buat-buat tanya pula."

Adzim kerut kening. Ini dah kenapa suara macam gadis Melayu terakhir pula ni? Adreanne yang tersipu-sipu tu dia pandang hairan sebelum dia faham apa maksud ayat Adreanne tadi. "Nak suruh along bayar la tu, tu yang tergedik-gedik senyum macam tu."

Makin lebar senyum Adreanne. Dari tersipu-sipu, dia terlompat kecil dek kerana terlampau teruja. Terus batang tubuh Adzim dipeluk kuat. "Sebab ni la Aira sayang sangat dekat along!"

"Eh, melebih pula Aira ni! Dah, jom pergi bayar." 

Adzim tarik tangan Adreanne menuju ke kaunter tapi selangkah pun Adreanne tak berganjak. Dia toleh pada Adreanne seraya sebelah kening dijongket ke atas sedikit, bertanya kenapa. Apa lagi pula ni.

"Kalau... kalau Aira nak ambil lagi satu dress boleh tak?" Lambat-lambat Adreanne bertanya. Tadi, dia nampak satu dress bunga-bunga kecil tu cantik sangat. Ingat nak ambil satu je, tapi yang satu lagi tu mencuri hati dia betul.

"Kenapa pula? Satu dah la, banyak-banyak nak buat apa?" Adzim tarik nafas dalam. Mentang-mentang duit yang keluar tu duit dia, boleh pula Adreanne nak beli banyak-banyak. 

"Ala, tapi dress tu cantik sangat! Tinggal satu tu je Aira tengok tadi. Boleh la, along..." pujuk Adreanne sambil mulut tercebik-cebik ke arah dress berwarna pastel pink yang dihiasi bunga-bunga kecil itu.

"Dekat tangan Aira tu kan dah warna pink, yang itu pun pink juga. Sama je along tengok, dua-dua warna pink."

Adreanne tampar perlahan lengan Adzim. "Ish, mana sama! Yang tu pink  dia lembut sikit dari yang ni. Lepastu yang tu ada corak bunga-bunga kecil, tapi takda lace dekat tangan macam yang ni," Lengan dress yang berjahit dengan lace itu ditunjuk kepada Adzim.

Adzim tayang muka bosan. Adreanne terang panjang berjela pun bukannya dia faham. "Macam-macam la, Aira ni. Dah, pergi ambil dress yang Aira nak sangat tu cepat. Along tunggu dekat kaunter."

"Thank you, along!" 

"Ingat, satu tu je!"

-----

"KORANG pergi mana, hah? Lama gila angah tunggu."

Aryan merenung Adreanne dan Adzim tak puas hati. Ingatkan datang Baskin Robbins boleh la terus makan, alih-alih tak nampak batang tubuh pun dua orang ni.

"Adik kau la ni, suka betul pau duit aku," rungut Adzim tak puas hati. Dia mengambil tempat di sebelah Aryan manakala Adreanne pula duduk bertentangan dengan Aryan.

"Aira beli apa tu?" Mata Aryan menangkap paper bag yang diletakkan di atas kerusi di sebelah Adreanne. Patut la lama, sakan shopping rupanya.

"Aira beli dress baru. Cantik tau angah, Aira beli dua pasang. Satu tu jenis plain, satu lagi ada corak bunga-bunga," ramah Adreanne bercerita sambil mengangkat beg kertas berwarna putih yang tertera Fae's Collection.

Adzim tayang muka menyampah. "Memang la cantik, sebab bukan Aira yang bayar. Dress macam tu pun dah nak dekat RM200 terbang. Nasib baik beli dua pasang je."

Adreanne ketawa suka. Dia masih ingat lagi macam mana terkejutnya muka Adzim masa cashier tu cakap total RM200. Rasa nak gelakkan Adzim masa tu, tapi dia risau nanti dia pula yang kena bayar. Sekarang, boleh la dia ketawa sakan.

"Aira ni panjang akal betul la. Laju je otak dia fikir macam mana nak pokaikan abang-abang dia ni," kutuk Aryan. Agaknya, macam mana la bakal suami Adreanne nak melayan hobi Adreanne yang suka nipiskan dompet orang ni.

"Belanja adik sendiri pun nak berkira. Tak best langsung!"

"Dah-dah, daripada Aira tercebir-cebir mulut tu, elok la Aira pergi order ice cream kitorang. Tolong abang ni besar tau pahala dia. Setiap langkah tu dapat berkat lagi." Adzim juih bibir ke arah kaunter. Kening dijongket berkali-kali.

Lambat-lambat Adreanne bangun. Malas betul dia nak berjalan, tapi tak apa la, yang penting bukan dia yang kena bayar. Tangan disua kepada Aryan.

"Apa?" Aryan tanya pelik. Takkan nak ajak dia pergi sekali kot.

"Duit la. Takkan nak bayar dengan air liur kot," jawab Adreanne malas-malas.

Aryan tergelak. Dompet dibuka sebelum kad debit miliknya dihulur. "Kalau boleh bayar guna air liur Aira, dah lama angah buat tau. Duit dalam bank pun boleh membiak dengan jayanya."

"Diam la!"

"Baik, Aira sayang. Angah zip mulut rapat-rapat."

Tak lama kemudian, Adreanne kembali dengan cawan aiskrim di tangan. 

"Makan je, jangan banyak bunyi." Mulut dengan tangan sama laju bekerja.

"Nasib Aira tak ambil chocolate mint Aira tu dekat kitorang. Kalau tak, mampus kitorang nak makan." Aryan hela nafas lega. Dari tadi dia risau kalau-kalau Adreanne belikan dia aiskrim perisa 'ubat gigi' tu. Naya je dia dengan Adzim nak habiskan satu cup tu nanti.

"Makan jelah, kuat bebel la angah ni." Adreanne suap aiskrim favourite dia ke dalam mulut. Ya Allah, nikmatnya!

Adzim pandang Adreanne pelik. Ni dah kenapa terpejam-pejam mata tu. "Aira makan flavour  apa tu? Sampai terpejam-pejam mata tu along tengok."

"Chocolate mint la, along. Sedap tau. Along nak rasa?" Adreanne sudu sedikit aiskrim sebelum disua ke wajah Adzim.

Laju tangan Adzim tergerak-gerak ke kiri dan kanan. Uish, boleh muntah dia kalau makan aiskrim coklat pudina tu. "Eh, tak nak-tak nak! Aira makan la."

Terkekek-kekek Aryan ketawa sebelum dia menjerit sakit. "Woi, sakit la! Kau tepuk belakang aku ni macam nak bagi tengkorak aku terkeluar, tahu tak?"

"Over la kau ni! Kata anak jantan, heh."

----

"EDY, sini!" gamit Aryan kuat.

Adreanne angkat kepala. Dari tadi dia ralit menikmati rasa aiskrim kegemarannya. Berkerut terus dahi apabila terlihatkan seorang lelaki yang memakai kemeja hitam sedang berjalan ke arah mereka.

"Angah, poyonya kawan angah tu. Dalam mall pun beria nak pakai sunglass ke?" bisik Adreanne perlahan. Kawan Aryan ingat dalam mall ni ada matahari ke nak ber-sunglass bagai. Lain la kalau pergi tepi pantai ke apa, sesuai la juga pasal cermin mata hitam tu.

Aryan ketuk perlahan kepala Adreanne. "Diam la, Aira. Kerja nak kutuk orang je padahal rasa macam kawan angah tu handsome macam Lee Jong Suk, kan?"

Adreanne buat gaya macam nak muntah. "Pergh, berbulu anak tekak Aira dengar!"

"Sekarang memang la berbulu anak tekak anak lidah semua. Kejap lagi kalau Aira tahu dia tu siapa, mesti terdiam seribu bahasa," selar Aryan. 

"Eleh, siapa je dia tu sampai Aira nak terdiam seribu bahasa. Ingat dia tu Cha Eun Woo ke apa sampai boleh buat Aira terdiam ni," jawab Adreanne selamba. Dia kembali meneruskan suapan aiskrim sebelum suara Adzim menerobos telinga.

"Aira, angkat la paper bag tu. Kerusi tu orang letak sebab nak bagi manusia duduk, bukannya nak suruh letak barang."

"Bising la along ni. Harini je along dah macam Mak Kiah jual karipap, pot pet pot pet. Cuba along-"

Bunyi ketawa asing mematikan kata-kata Adreanne seraya dia menoleh ke sebelah. Kawan Aryan yang ber-sunglass tadi tengah elok berdiri di tepinya sekarang ni. Adreanne tunduk menekur aiskrim di atas meja. Mulut dikemam rapat-rapat. Ya Allah, malunya! 

"Aira nak suruh along cuba buat apa tadi?" Adzim berbalas pandang dengan Aryan sambil menaikkan thumbs up. Mantap.

"Aira, angkat la paper bag tu, bagi dekat angah. Edy nak duduk tu," suruh Aryan lembut.

Adreanne segera menghulurkan beg kertas kepada Aryan. Aiskrim di tangan dikuis sambil-sambil dia cuba mengawal riak wajahnya. Bunyi seretan kerusi buatkan wajah dia kembali berbahang.

"Lewat kau sampai, Edy?" soal Aryan berbasa-basi. Sesekali dia tersengih lucu bila Adreanne yang dari tadi riuh mula terdiam.

"Hmm aku teman mummy kejap tadi. Lepas hantar mummy balik rumah baru aku gerak datang sini."

Aryan angguk-angguk. Pandangan dialihkan untuk melihat Adreanne. "Hah, Aira... tadi pot pet pot pet marahkan along dengan angah. Konon takkan terdiam seribu bahasa la apa la, ceit sembang kencang."

Adreanne sepak kaki Aryan di bawah meja. "Diam la."

"Kalau angah tahu Aira ni boleh diam bila letak bakal tunang, dah lama angah angkut Edy ni datang bermalam dekat rumah. Aman sikit hidup angah ni."

Bebelan Aryan dibiarkan macam angin berlalu. Tapi, rasanya tadi kornea telinga Adreanne tak salah dengar tentang dua patah perkataan tu. Dahi berkerut sekejap untuk memproses ayat Aryan tadi. Kepala diangkat untuk menoleh ke sebelah, untuk kali yang kedua.

"Tu- tunang?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro