Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37 - Rahsia Minyak Belacak

Kamelia lihat Suria lemah lesu, terbaring di atas lantai seperti tiada daya. Mungkin sakit itu terlalu dalam menyebabkan dia lambat untuk recover. Atau mungkin itu cara alien di planet Sedna mati - dengan mengorbankan diri demi orang lain.

Tanpa kematian, dunia ini terlalu penuh dan sempit untuk laluan orang lain.

"Suria, Suria! Bangun Suria," Kamelia memeluk tubuh badan Suria yang dah yang tiada bermaya lagi. Kamelia angkat Suria dan letakkan dia di atas sofa ruang tamu rumah Adli.

"Tadi dia recover kejap je, Li?" tanya Kamelia.

"Sebab aku luka je, mak aku kanser," kata Adli.

"Nak bawak dia pergi hospital ke?" tanya Nizam.

"Saya cadangkan jangan. Dia bukan macam kita, cinta," Eleena ingatkan Nizam bahawa Suria adalah seorang makhluk asing.

"Suria, janganlah pergi. Suria kuat, kan?" Kamelia memeluk erat tubuh Suria.

"Kita hantar dia balik rumah kau, Kam?" tanya Adli.

Adli capai kunci Kombi. Nizam, Eleena dan Kamelia mengangkat Suria dan letakkan dia terbaring di kerusi Kombi.

Kalau masa Adli tu, dia boleh cakap lagi, yang ni dia terus tak sedarkan diri.

"Entah-entah ubat dia xiangzang kot? Mana nak korek benda tu kat planet ni?" tanya Adli.

Kamelia terus bimbang. Dia cuba fikir macam mana nak selamatkan Suria. Tanya doktor pun tak guna sebab mana ada doktor yang rawat alien lagi.

Google pun tak boleh nak respond kalau macam ni.

Eleena belai rambut Suria. Nizam pula kalut memikirkan ubat tradisional apa yang boleh diberi memandangkan perubatan moden pun tak dapat merungkai masalah ini.

Nizam cuba memikirkan ikhtiar.

"Cinta, tolong capai beg saya kejap," kata Nizam pada Eleena.

Eleena ambil beg Nizam. Nizam kais-kais begnya dan dia ambil satu botol kecil.

"Anda, apa tu?" tanya Kamelia.

"Minyak belacak," kata Nizam dengan wajah selamba.

"Kepala hotak kau! Aku pukul kau karang Nizam!" Adli menjerit dalam kereta.

Eleena facepalm sambil menyumpah diri, 'kenapalah aku ada boyfriend yang macam ni?'

"Kita try je dulu. Minyak ni ada protein. Mungkin boleh ke. Kita try la dulu," kata Nizam.

"Anda jangan nak eksperimen bukan-bukan," kata Kamelia.

Nizam titiskan beberapa titikminyak belacak pada bibir Suria.

"Hah? Tak jadi apa pun?" kata Kamelia.

Tiba-tiba dengar Suria meracau dalam bahasa suku dia.

"Xiongzongla karangla mabutao xinlao fuchisia lalamana tongla wan timooooonnnn!"

"Hah? Dia nak timun ke?" tanya Eleena.

"Pelik-pelik la kau ni, Suria!" Adli yang tengah drive tak boleh nak fokus.

Suria buka mata tapi badan dia masih tak bermaya.

"Kam, sakit."

"Tau, ni kita nak balik rumah ni, lepas ni kau rehat kat bilik aku ya?" kata Kamelia.

Mereka bertiga papah Suria sampai bilik Kamelia, dan baringkan Suria atas katil Kamelia.

"Anda, terima kasih sebab selamatkan Suria. Tak tau macam mana nak cakap lagi," kata Kamelia.

--

Mereka berempat lepak depan padang rumah Kamelia, dan duduk atas rangka kapal angkasa Suria yang terbakar tu.

"Tak sangka ubat alien ni minyak belacak. Sekarang baru aku faham kenapa ikan belacak rupanya pelik macam alien, aku rasa lah, ikan belacak ni sebenarnya bawaan alien," kata Adli sambil kunyah Twisties.

"Aku mula rasa glogok ikan terbang dia cakap tu spesis dia sama macam ikan belacak," Kamelia pula beri pandangan.

"Saya lagi tak sangka. Kenapa awak beli minyak belacak?" Eleena pandang muka Nizam dengan muka yang serius.

Muka Nizam macam tertelan ubat gegat.

"Muka kau macam tertelan ubat gegat je," kata Adli.

"Mana kau tau? Kau pernah telan ubat gegat ke?" tanya Nizam.

"Sebab aku pernah lah aku cakap camtu."

"Awak insecure dengan awak punya tu ke, cinta?" tanya Eleena.

Nizam tergaru-garu kepala mencari jawapan yang dia tak jumpa. Maka dia bukalah cerita.

--

Nizam sedang pasang headphone sambil dengar lagu Juneau dari Funeral For A Friend, sambil baring atas katil.

Tied to the testing of wills, where my heart breaks and spills
Left to the sight of the sky, in your arms I'm defined
Thrown to the wolves in the minds of your enemies,
in the minds of your enemies
And I'm stone in the eyes of your foolishness

If this is what I'm meant for, no longer interesting
Fall forward to even the score
Just a thought to you

Tengah sedap-sedap dia dengar lagu, dia terdengar bunyi jeritan kuat. Jeritan perempuan yang kuat.

"Amende pulak tu? Aku nak dengar lagu pun tak senang," Nizam bangun dari katil.

"Tolooooonggg....tak tahaaaann...tak tahan baaaaannggg!"

"Macam suara mak aku je tu?"

Nizam perlahan-lahan bangun dari katil, dan pergi ke bilik maknya. Pintu tak berkunci.

Sekali Nizam nampak benda yang tak patut dia nampak.

"Hish, awak ni tak tutup pintu!" kata Makcik Latifah pada Pakcik Lazim.

Pakcik Lazim cover dengan baju dan kunci pintu.

Trauma Nizam melihat barang ayahnya sendiri.

Dia termenung lama duduk atas sofa. Dia cuba nak proses apa benda yang dia nampak tadi.

"Tu konek ke belalai gajah?" Nizam terpinga-pinga.

"Dah macam ebony je aku tengok."

Abang Khairul keluar dari bilik, menuju ke dapur untuk makan nasik. Dia nampak Nizam dengan muka yang blur.

"Kau dah kenapa, Zam?" tanya Abang Khairul.

"Tadi aku nampak...mak...abah..."

Terbarai gelak Abang Khairul.

"Macam tu la dia buat kita dulu, dol."

"Tu aku tau la, bang. Tapi apasal abah punya besar gila?"

Abang Khairul tersenyum.

"Haaa! Kau ikut aku!"

Nizam mengikut je Abang Khairul masuk ke biliknya. Dia tak pernah masuk pun bilik abang dia. Bilik abangnya dipenuhi dengan poster URTV, Pancaindera dan ada poster gambar Haqiem Rosly sebesar alam.

"Celakanya aku masuk bilik abang aku ni," detik hati Nizam.

"Kau duduk," kata Abang Khairul.

Nizam mengikut saja arahan abangnya.

"Sekarang, aku ada side business, jual minyak ni," Abang Khairul keluarkan satu botol kecil dari beg plastik dalam almari.

"Apa ni?" tanya Nizam.

"Ni minyak belacak."

Nizam blur tak tahu apa menatangnya minyak belacak ni.

"Apa gunanya minyak belacak ni?" tanya Nizam.

"Bagus kau bertanya. Minyak belacak ni mempunyai protein yang cukup banyak. Khasiatnya sungguh kaya sekali. Minyak ni telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman purba lagi," kata Abang Khairul dengan menggunakan taktik sama menjual minyak belacak.

"Ha, gunanya untuk apa?" tanya Nizam.

"Kau tengok konek abah jadi besar gitu? Pakai minyak belacak la!"

Nizam kerut dahi tak faham.

"Caranya ialah kau urut minyak ni pada konek kau, dua kali sehari. Urut perlahan-lahan, bukan macam kau toceng. Dalam masa tiga bulan, insya-Allah, konek kau boleh jadi ebony," kata abang Khairul.

"Ah, tak caya la aku benda-benda gini."

"Kau nak tengok konek aku? Tak caya pulak," Abang Khairul buka tali pinggang.

"Tak payah, tak payah!"

"Bukan apa, Zam. Awek kau lawa. Bukan satu taman ni nak try dia, satu Hulu Langat ni nak try dia. Kat Kajang tu berapa ramai tanya aku, bila kau nak clash dengan awek kau sebab dorang nak try. Kau kena ingat, persaingan sengit. Jadi, kalau kau amalkan minyak belacak ni, awek kau takkan lari punyalah," kata Abang Khairul sambil tepuk bahu Nizam.

"Boleh caya ke?" tanya Nizam.

"Kau sendiri dah tengok konek abah, kan? Ha, dia beli dengan aku la tu. Macam ni la, memandangkan kau adik aku, aku belanja kau satu. Kau try tengok, kalau performance kau mantap, pergi jauh, baru kau order dengan aku. Kalau kau tak percaya lagi, kau Google, khasiat minyak belacak," kata abang Khairul sambil menyerahkan satu botol pada Nizam.

Sejak itu Nizam terfikirkan tentang apa rahsia minyak belacak sampai masa dia pergi Jasin dan terkantoi baca artikel minyak belacak hari tu.

--

"Patut la awak baca pasal rahsia minyak belacak hari tu," kata Eleena.

Adli tak terguling-guling atas padang ketawa. Kamelia pulak facepalm berkali-kali.

"Insecure teruk kau ni, Zam! Hahahaha!" kata Adli.

Nizam hanya tadah muka kena bahan.

Eleena palingkan muka Nizam menghadap mukanya.

"Cinta, awak pandang saya."

Lepas tu Eleena tergelak. Selalu kalau dia ketawa, dia tutup mulut. Yang ni, dia pun terbarai ketawa.

"Awak ni comel teruk, awak tau tak?"

"Saya tau la benda ni benda bodoh tapi..."

Eleena senyum.

"Awwh, Nizam. Kau buat muka tonyok macam tu pun boleh ada makwe suka kau. Betul la kata Alif Zakwan, kau ni dari sekolah rendah makwe suka kat kau. Kau tak payah insecure kot," kata Adli.

"Cinta hati saya ni juara, mana boleh sesiapa lawan dia," Eleena pandang mata Nizam sambil peluk leher Nizam.

Nizam masih blur dengan reaksi Eleena.

"Hai, boleh mengorat?" Eleena naik kening sambil senyum nampak gigi taring.

"Err...."

"Awak single lagi tak?" Eleena tanya Nizam dengan nada yang menggoda.

"Err..."

"Awak single ke, awak tak ke, saya tetap nak mengorat awak jugak! Jugak jugak jugak! I'm so madly in love with you, cinta. Awak tak perlu pun minyak belacak tu sebenarnya."

Eleena terus bisik pada Nizam.

"Projek terlarang? Saya rasa hari ni hormon saya terembes teruk lah."

Kamelia buka lagu dari kumpulan Toploader - Dancing In The Moonlight.

"Come and catch me!" Eleena lari. Nizam mengejar.

Dancing in the moonlight
Everybody's feeling warm and bright
It's such a fine and natural sight
Everybody's dancing in the moonlight

Kamelia ketuk kepala Adli.

"Woi, babi! Apa ni!"

"Tangkap la aku kalau berani!"

Nizaleena dan Adelia main kejar-kejar di keliling padang sampai mereka berempat keletihan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro