
32 - Kepulangan
Semasa menuju ke lif hospital, Kamelia dapat mesej dari Eleena.
Eleena: Kami dah kat KLIA!
Kemudian dia post gambar Nizam yang bergambar dengan pramugari Air Asia.
Kamelia terus dial nombor telefon Eleena di Malaysia.
"Korang dah sampai ke? I'm coming!"
"Kalau nak datang, datang terus rumah Nizam. Hari ni saya lepak rumah Nizam, tak nak la mak Nizam merajuk, sebab Nizam hari-hari tidur rumah saya," kata Eleena.
"Oh my God, I miss you! Tapi Adli kat hospital ni, macam mana?" tanya Kamelia.
"Waktu melawat dah lepas ke?" tanya Eleena.
"Dah."
"Kita lawat esok la?"
"Esok dia discharged."
"Macam tu kita jemput je dia esok, tapi jangan beritahu Adli dulu tau. Kita kasi surprise, sebab kitorang belikan hadiah untuk dia," kata Eleena.
"Macam tu, saya datang rumah Nizam!" kata Kamelia.
"Eh eh, awak!"
"Apa dia, Eleena?"
"Boleh tak ajak Suria? Ada banyak benda saya nak bualkan," kata Eleena.
Kamelia terus teragak-agak.
"Baiklah, nanti saya ajak Suria. Macam tu, saya balik rumah saya dulu lah," Kamelia terus tekan butang lif.
"Baik, see you at Nizam's!"
Perasaan Kamelia bercampur baur. Sejak Eleena dan Nizam tahu yang Suria ni makhluk asing, dia bimbang persepsi mereka terhadap Suria. Terutamanya Nizam. Nizam dah la takut dengan dia hari tu.
Dia naik Grab dari Hospital Serdang sampai Bandar Tun Hussein Onn. Ada diskaun RM10 maka murahlah sikit tambang tu.
"Suria! Suria!" jerit Kamelia sebaik saja sampai rumah.
Tiba-tiba dia nampak Suria terbaring di dapur.
"Suria! Suria! Ya Allah, dah kenapa kau ni! Tolonglah, tolong!" Kamelia dah panik sambil memeluk kepala Suria.
Tiba-tiba Suria gelak.
"Not funny, Suria. Not funny! Aku pukul kau karang!"
"Hehehe Kam takut!" Suria gelakkan Kamelia.
"Kau jangan bergurau macam tu boleh tak? Gurau macam ni boleh gugur jantung aku! Cepat, siap! Kita nak pergi rumah Nizam ni," kata Kamelia.
"Nizam kan kat England?"
"Dah balik dah."
"Bukan Adli cakap England tu jauh macam planet Sedna ke?" tanya Suria.
"Kepala otak dia. Kau jangan percaya semua benda mamat tu cakap. Sikit-sikit je kau percaya. Dah, cepat sikit siap. Bodoh, jangan bergurau macam tu lagi, faham!"
"Faham."
"Celaka punya alien. Siapa la ajar bergurau macam ni. Ke memang macam tu cara bergurau alien?" Kamelia capai kain di ampaian belakang rumahnya.
"Sial celaka! T-shirt Led Zeppelin aku kena curik! Alif lam lam ha siapa curik dia dosa mati kena seksa!" menyumpah Kamelia bila t-shirt kesayangannya dicuri orang.
Kamelia naik atas dan mandi, sambil bersiap-siap untuk ke rumah Nizam. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan kedua-dua ahli band Paddle Pop Pelangi yang baru pulang ke lawatan sambil belajar ke Glastonbury.
--
"Saya dan Suria dah sampai depan rumah ni," kata Kamelia, telefon Eleena.
"Tunggu jap, sebab saya dengan Nizam di pasaraya Seng Soon. Hari ni saya nak masak teppanyaki. Mak Nizam teringin makan masakan Jepun. Nizam pulak rindu nasi bento saya," kata Eleena.
"Ish, bersemut la telefon saya ni. Awak dengan Nizam ni tak kena potong kaki ke, tak kena diabetis ke sweet overdosed ni?"
"At least Nizam tak cari cempedak malam-malam untuk seseorang macam adalah orang tu," kata Eleena.
20 minit lepas Kamelia dan Suria duduk di palang penghadang depan rumah Nizam di CP2, kereta BMW tiba.
"Tadi kitorang balik rumah kejap, ambik kereta, lepas tu, baru datang sini," Eleena terus peluk Kamelia. Kemudian peluk Suria.
Nizam masih awkward dengan Suria.
"Mak, Zam dah balik!" kata Nizam sambil bukak sliding door rumahnya.
"Ya Allah bertuah punya anak kau dah balik! Macam mana England, best tak?" tanya Makcik Latifah, mak Nizam.
"Seronok mak. Mak, ni Eleena beli barang sikit untuk masak teppanyaki yang mak teringin tu."
"La, Eleena nak masak ke? Ingatkan nak makan luar je," kata Makcik Latifah.
"Mak, Eleena masak lagi sedap dari teppanyaki yang mak makan kat KLCC tu, mak!" kata Nizam.
"Makcik Latifah, apa khabar?" Eleena terus cium tangan mak Nizam.
"Khabar baik menantu mak, oh mak menantu mak!" Nizam cucuk pinggang mak dia dan terus melatah.
"Level upgrade!" Nizam naik kening kat Eleena.
"Eii, budak busuk! Makcik, dia ni malas mandi. Makcik sound dia sikit, geram!" Eleena terus cubit pipi Nizam.
"Makcik, apa khabar?"
"Khabar baik, err.."
"Kamelia, makcik."
"Oh, Kamelia. Pergi sekali ke dengan Eleena, Nizam?"
"Tak, saya duduk sini je. Kawan Eleena dengan Nizam satu band. Oh, ini Suria, adik saya."
Eleena jeling dan bisik pada Kamelia.
"Adik?"
"I'll explain you guys later."
"Suria, cium tangan makcik macam Kam buat tadi," bisik Kamelia.
Suria pun mengikut resam manusia Melayu dengan budaya mencium tangan.
Berdebar-debar juga jantung Kamelia bila salam cium tangan mak Nizam tadi. Boleh pulak mak Nizam tak ingat nama dia.
Nizam terus masuk ke bilik, dan tune gitar. Kamelia mengendap je Nizam dari tepi. Kemudian dia main satu lagu baru.
"Lagu baru ke?" tanya Kamelia dari hujung pintu.
"Oh, anda. Haah. Hari tu tulis masa kat Bristol," kata Nizam.
"Wow, cool!"
"Masuk lah," kata Nizam.
Dia baru mengutuk Ustazah Mardihah pasal kes masuk bilik bukan muhrim hari tu.
"Tak kot."
"Okay, cool."
Eleena tiba-tiba mencelah.
"Awak ni, cuba tinggalkan kejap gitar awak tu. Kesian Kam, berdiri macam ni. Duduk la luar."
"Baik cinta, kejap, saya nak mandi kejap."
"Kejap lagi saya masak ya, makcik. Pakcik Lazim dengan Abang Khairul mana?" tanya Eleena.
"Pakcik Lazim kerja la, apa lagi. Abang Khairul tu, entahlah. Entah apa dia buat kat AEON Big tu. Cari kerja baru agaknya," kata Makcik Latifah.
"Mak, Eleena tidur sini malam ni, boleh tak?" tanya Nizam.
"Boleh je, kau tu yang selalu tidur rumah dia tu sampai lupa rumah sendiri," kata Makcik Latifah sambil membantu Eleena basuh beras pulut untuk nasi bento.
"Makcik, kuali leper ada?" tanya Eleena.
"Ada dekat hujung sinki tu."
"Cinta, awak duduk luar. Saya kalau tengah masak, kecuali awak nak tolong, kawasan larangan. Biar saya dengan mak awak je conquer dapur ni kalau awak tak nak tolong. Awak nak mandi kan, baik awak mandi. Karang sudip panas ni hinggap kat ketiak awak," Eleena memberi amaran.
Eleena ni cakap lemah lembut je, tapi kalau kat dapur dia jadi garang macam Hell's Kitchen.
Suria belek-belek album foto keluarga Nizam. Gambar Nizam masa usia kecil. Dia senyum, kemudian dia teringat keluarga dan sanak saudaranya yang dibom puak Zorgon.
Kemudian dia pandang tapak tangannya.
"Kenapa, Suria?" Kamelia tegur.
"Kalaulah kuasa saya cukup untuk selamatkan kaum saya," kata Suria, menangis.
"Hah? Kuasa? Dah, dah, jangan nangis lagi. Awak dah selamat dah. Syukur Malaysia masih aman. Kalau awak jatuh kat Syria ke, Yemen ke, Ukraine ke, sama je dengan planet awak."
--
Lepas makan teppanyaki yang dimasak Eleena, sesi memberi hadiah bermula.
"Untuk makcik, saya beli alas meja sulam ni," kata Eleena sambil menghulurkan beg berisi alas meja pada Makcik Latifah.
"Untuk pakcik Lazim, jersi MU, beli kat Old Trafford ni, pakcik," Eleena hulurkan jersi pada makcik Latifah memandangkan ayahnya masih belum pulang kerja.
"Kelakar betul muka Nizam bila pergi stadium bola. Muka langsung tak berseri," kata Kamelia bila tengok gambar-gambar mereka di UK.
"Kalau gambar kat konsert, bukan main seronok lagi dia," kata Eleena pula.
"Ya Allah, ni dua ekor mana pulak hisap bong ni?" tanya Kamelia.
"Kawan kitorang, Tom Scott dengan Jay Foreman. Jay Foreman ni memang kelakar dia level Adli lah."
"Seriously, Eleena? You pun tarik bong jugak?" tanya Kamelia.
"Orang tak panggil dia Jenderal Submarine for no reason, anda. Masa ni, semua orang tarik bong dan tumbang, tapi Eleena je still standing. Nampak, Tom dengan Jay dah terbarai kat tepi tu," kata Nizam.
"Untuk abang Khairul, nah, mafla Chelsea," kata Eleena, hulurkan pada mak Nizam sebab abang Khairul tak ada di rumah.
"Untuk Kam, disebabkan awak tak pergi Glastonbury, saya beli t-shirt Glastonbury 2017 kat awak."
"Thank you Eleena!"
"Sahabat dunia akhirat, Kam."
--
Eleena tunggu masa semua orang dah tidur untuk bertanya pada Suria.
"Macam mana awak boleh sampai sini, Suria?" tanya Eleena, bersila depan Suria.
"Pakai kapal angkasa."
"Boleh saya tahu, apa tujuan awak datang sini?"
"Planet saya dilanda peperangan. Saya curi kapal angkasa berserta muat turun 100,000 bahasa di planet Bumi."
"Wow, awak boleh bercakap 100,000 bahasa?" kata Eleena.
"Hanya jika saya aktivasikan bahasa tu. Macam aplikasi telefon awak."
"Saya pasti, awak banyak belajar sepanjang di planet ni, kan?" kata Eleena.
"Cuma saya tak faham satu perkara."
"Apa dia?"
"Ada banyak benda saya tak faham, tapi ini perkara yang paling saya nak tahu. Kenapa manusia begitu sensitif tentang seks? Saya tengok haiwan, macam di kotak televisyen di rumah Kam, atau kucing Adli, mereka begitu terbuka dengan seks."
Eleena tergelak.
"Manusia ialah spesies pemburu dan pengumpul, dalam bahasa Inggeris, hunter gatherer. Jadi, seks adalah kelangsungan survival manusia. Seks mula jadi perkara yang sensitif selepas agama mula muncul di zaman Gangsa, apabila manusia sudah mula melaksanakan pertanian dan penternakan di tebing sungai. Ini bertujuan untuk pengawalan, disamping untuk meningkatkan kualiti hidup, serta, paling penting, mengawal sumber makanan. Jika manusia melakukan seks macam kucing tanpa kawalan, maka populasi manusia takkan mampu dikawal, menyebabkan kita mengalami defisit makanan," Eleena menerangkan sejarah seks manusia. Suria hanya mengangguk.
"Jadi, manusia jadi sensitif tentang seks itu kerana nak mengawal makanan? Tapi bukan ke seks tu naluri manusia? Bukan ke apabila naluri manusia ditekan maka manusia akan menjadi lebih buas?" tanya Suria.
"Sebab itu, masalah depresi seksual berlaku. Apabila seks sudah dijadikan komoditi, dan sudah digabungkan dengan nilai material, maka seks sudah ada harganya dan tidak semua manusia mampu bayar. Contoh, di negara ni, ada satu budaya dipanggil 'hantaran'. Hantaran ni ialah hadiah dari lelaki pada perempuan pada hari perkahwinan. Tetapi sudah ada ketetapan, untuk perempuan jenis ini, sekian ribu nilainya. Sekian puluh ribu. Maka tak semua mampu. Jadi, kitaran buas itu pun berterusan dan bertambah ganas."
"Jadi, macam mana nak buat ia terkawal dalam masa sama, tidak terjadi kitaran buas tu?" tanya Suria.
"Manusia menggunakan kondom sejak zaman Mesir purba, kira-kira 5,000 tahun lalu. Guna perut lembu. Tetapi bila dah pandai guna getah, tahun 1855, kondom getah mula dicipta. Teknologi makin berkembang sejak 1960an bila Revolusi Seksual berlaku, bila pil pencegah kehamilan berjaya dihasilkan. Dan untuk Suria nak tengok semua benda buas tu hilang kena lalui beberapa generasi lagi."
"Di planet awak, macam mana manusia berkembang?" tanya Eleena.
"Di sana, kami tak ada hubungan seksual. Kami membiak menggunakan mesin."
"Ah, cloning."
"Jadi, kenapa awak menuju ke Bumi?"
"Asalnya nak ke Arwarikultus..."
"Apa itu?" tanya Eleena.
"Kalau dalam bahasa awak, matahari."
"Itu tak berbahasa Mongoloid macam saya jangka? Ah, banyak pulak persoalan saya. Soalan saya, awak nak terus hidup di Bumi ke?" tanya Eleena.
"Saya tak ada pilihan lain, kan?" kata Suria.
"Nampaknya macam tu lah. Setakat ni, awak selesa di sini?"
Suria mengangguk kepala.
"Eleena, awak pernah buat seks dengan Nizam?"
Eleena senyum.
"Private, tak boleh tahu. Tapi kalau awak berminat nak tahu tentang seksologi manusia, saya boleh terangkan, cuma nak tunjukkan tu, susah sikit," Eleena belai rambut Suria.
"Awak baik, patutlah Nizam suka awak."
"Awak crush dengan Nizam ya?" tanya Eleena.
"Ya, tapi macam semua orang marah. Sebab dia cakap Nizam awak punya."
"Nizam memang boyfriend saya tapi saya tak memiliki dia. Saya okay je lah kalau awak minat Nizam. Tak marah pun," kata Eleena.
"Tapi Kam marah kalau saya suka Nizam?"
"Sebab..." Eleena terus bisik ke Suria.
"Kam pun minat kat Nizam."
"Eh, tapi dia minat kat Adli."
"Saya harap dia berubah fikiran. Entahlah, saya tau dia dengan Adli tu macam sweet, tapi saya selalu harap...ah, siapalah saya nak tentukan siapa Kam nak cinta, kan? Jom masuk tidur, esok kita nak jemput Adli balik dari hospital," Eleena bangun dari persilaan menuju ke bilik Nizam. Nizam tidur luar malam ni memandangkan Eleena dan Kamelia tidur di biliknya.
Depan mak ayah, kenalah cover, ye tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro