SPECIAL CHAPTER 7 : RAYQAL × NAZURAH
Bismillah...sebarang typo mohon tegur🤗
-
RAYQAL terjaga dari lena saat mendengar pintu terbuka.
"Maaf ye, saya nak periksa pesakit." Seorang jururawat berseragama hijau memasuki bilik itu.
"Silakan, err nurse, tolong jagakan adik saya sekejap ye. Saya nak keluar ke kantin dulu. Nanti suami dia ada datang." Pesan Rayqal. Risau juga dia meninggal adiknya berseorangan. Namun untuk mengejutkan adiknya tidak pula dia sanggup.
"Boleh. Pergilah, encik." Senyum jururawat itu. Rayqal senyum lalu meninggalkan bilik itu.
Adiknya, Syifa di tahan wad kerana alahan yang sangat teruk. Menurut Haiqal, setiap pagi bermula dari 3 pagi pasti Syifa akan terjaga dari tidur dan berlari ke tandas mengeluarkan segala isi perutnya. Tidak cukup dengan itu, selepas solat subuh sekali lagi dia akan mengeluarkan segala isi perutnya.
"Pakcik!" Rayqal menunduk kebawah. Seorang anak kecil betul-betul di hadapan kakinya.
"Hei, siapa nama?" Rayqal mencangkung di hadapan budak kecil itu.
"Nama kite Najiha." Katanya sambil menghisap lolipop di tangan.
"Mak ayah mana?" Soal Rayqal. Risau juga dia. Takut di label sebagai penculik kanak kanak tak ke naya tu?
"Jiha!" Seseorang menjerit namanya sambil berlari kearahnya.
"Mama." Panggil Najiha.
"Jiha, kan mama dah cakap kalau nak jalan tunggu mama. Ni kalau hilang macam mana?" Keluh gadis itu.
"Mama janganlah risau. Ni ada pakcik teman Jiha." Ujar Najiha pelat.
Rayqal melihat wajah gadis yang baru sahaja mendongak wajahnya.
'YaAllah, cantiknya ciptaanMu ini.' Seru hati Haiqal. Setelah beberapa saat, dia tersedar.
'Ray dahlah tu. Isteri orang tu. Dah ada anak lagi.' Keluh hati Rayqal.
"Encik, terima kasih jagakan dia." Ucap gadis itu lembut. Rayqal bagai terbuai mendengar alunan suara itu.
"Same-same. Suami awak mane?" Bagai mahu saja Rayqal menampar mulutnya yang laju mengeluarkan soalan itu.
"Saye tak kahwin lagi." Rayqal terpana. Baru sahaja ingin membuka mulut, gadis itu pantas memotong.
"Kalau pasal Najiha ni, dia anak kembar saya, Naziha. Tapi, ayah dan ibu dia kemalangan dan baru je pergi seminggu lepas. Najihah kena tahan wad sebab cedera ringan." Cerita gadis itu.
"Saya simpati. Em nah, ini kad saya. Kalau awak nak minta tolong, saya sedia tolong. Saya Rayqal." Huluran kad Rayqal di sambut.
"Terima kasih, encik. Saya Nazurah. Maaf kami dah lewat. Kami pergi dulu. Assalamualaikum." Nazurah dan Najiha berlalu pergi.
Rayqal memandang dua susuk tubuh yang semakin menghilang itu. Dia tersenyum sendiri.
"Jatuh cintalah tu." Terjongket bahu Rayqal apabila di sergah begitu.
Dia nampak Haiqal yang senyum mengusik padanya.
"Kau ni! Terkejutlah aku!" Marah Rayqal. Mukanya merah. Marah atau malu?
"Aku doakan dia orangnya." Haiqal menepuk bahu Rayqal lalu berlalu pergi dengan senyuman.
Rayqal menggaru kepalanya. Alamak, habislah dia kalau Haiqal ceritakan hal ni kat Syifa. Pasti Syifa akan ceritakan hal ni kat abang-abang dia.
"Haiqal!"
Haiqal ketawa kecil. Ada-ada saja abang iparnya itu.
-
MALAM HARI SELASA, tiba giliran Rayqal lagi menjaga Syifa. Kerana suhu badan Syifa yang tiba-tiba naik mendadak membuatkan pihak hospital mengambil keputusan untuk menahan Syifa lagi beberapa hari.
"Hm masih panas ni badan adik." Rayqal berkata selepas meletakkan telapak tangannya di dahi Syifa.
"Panas je. Adik okeylah." Dalih Syifa.
"Okey tu memang okey dik. Anak adik dalam perut tu nanti takut tak okey." Tegur Rayqal. Siapa tak kenal Syifa? Nak sangat orang tengok dia okey je.
"Abang." Panggil Syifa. Rayqal yang sedang mengemas pinggan itu menoleh.
"Ye, dik?"
"Abang...dah ada orang yang istimewa ke?" Rayqal terdiam.
"Hm kenapa adik tanya?" Soal Rayqal semula.
"Adik tahu, abang masih lagi dalam bayangan kak Dayah. Semuanya terjadi terlalu pantas di hadapan mata abang kan?" Rayqal mengeluh panjang.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Farihah merupakan kekasih. Namun hubungan mereka tidak lama. Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, Hidayah dan keluarganya di laporkan terlibat dalam kemalangan yang amat luar biasa.
Kereta yang di naiki Hidayah sekeluarga di langgar oleh lori minyak. Kereta dan lori itu terjunam ke dalam gaung dan melutup. Tiada siapa selamat. Hidayah, keluarga mahupun pemandu lori itu sendiri di jumpai dalam keadaan rentung 90%.
"Abang dah boleh hidup tanpa kak Dayah, dik. Mungkin, kehilangan kak Dayah memberi impak yang besar dalam hidup abang. Tapi, abang tahu ramai yang akan selalu ada di sisi abang. Dan Allah, pasti akan gantikan yang lebih baik." Senyum Rayqal. Meskipun perit namun yang hidup pasti akan mati.
"Kalau berkenan dengan kak Nazurah, apa salahnya? Masih belum berpunya kan?" Terbeliak mata Rayqal apabila nama Nazurah di sebut.
"Macam mana-" tidak jadi Rayqal ingin mengajukan soalan apabila teringat akan Haiqal.
"Adik tahu pasti kak Nazurah yang terpilih untuk abang. Jangan siakan dia. Sebab adik dapat rasa, dia untuk abang." Ujar Syifa penuh syahdu.
Rayqal mengangguk sambil tersenyum. Dia memeluk adiknya erat. Dia bangkit ingin menutup suis lampu. Tubuh Syifa di tutup dengan selimut sehingga ke paras dada lalu bilik itu gelap.
-
KRING KRING!
Bunyi telefon bimbit di dalam poket seluarnya kedengaran. Dia keluar dari pintu belakang lalu menjawab panggilan dari nombor yang tidak di kenali itu.
"Hello? Assalamualaikum. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?" Soal Rayqal kepada si pemanggil.
"Waalaikumsalam. Err Rayqal." Rayqal pelik. Macam mana pemanggil itu mengenali namanya. Kalau lelaki takpelah juga tapi ini... perempuan.
"Rayqal, ni saya... Nazurah." Hampir terjatuh telefon Rayqal apabila mengetahui Nazurah yang menelefonnya.
"Oo awak Nazurah...kenapa awak telefon?" Tanya Rayqal sambil menahan getar di hati.
"Boleh tolong bawa saya dan Jiha ke hospital tak?"
"Hah? Hospital? Kenapa? Awak sakit ke?" Bertubi-tubi soalan yang Rayqal lontarkan kepada Nazurah.
"Tak. Bukan saya. Najiha. Dia demam panas. Saya dah hubungi teksi tapi tak ada yang free. Boleh tak tumpangkan kami?"
"Ya, sure. Awak send location. Lagi sepuluh minit saya sampai." Seusai itu, dia menamatkan panggilan.
"Fiq! Aku keluar dulu. Mungkin aku tak masuk balik!" Laung Rayqal kepada Rafiq yang sedang menghias kek itu.
"Pergilah. Aku handle semua kat sini." Kata Rafiq lalu senyum.
"Betul eh?" Soal Rayqal meminta kepastian.
"Iye, kau pergilah kejar dia. Aku harap dialah yang di pilih untuk kau." Rafiq menepuk bahu kembarnya itu.
"Thanks bro!"
Rayqal berlalu keluar dari kafe tersebut. Keretanya meluncur di atas jalan raya menuju ke alamat yang di berikan oleh Nazurah.
-
"NAJIHA BINTI AIZAM."
Nama Najiha di sebut lalu Nazurah pun bangkit.
"Err awak tunggu sini je. Biar saya yang masuk." Tegur Nazurah apabila melihat Rayqal turut ingin bangun.
"Baik, hati-hati." Pesan Rayqal. Nazurah senyum sebelum memegang tangan Najiha menuju ke bilik pemeriksaan.
"Alahai, dia senyum pulak. Wahai hati, janganlah buat tuan awak macam ni." Rayqal bercakap sendiri sejurus itu memegang dadanya. Terasa getaran yang hebat.
Beberapa minit kemudian, Nazurah dan Najiha keluar dari bilik dan menuju ke kaunter Farmasi.
"Semuanya 36 ringgit, cik." Baru sahaja Nazurah ingin menghulurkan duit, ada tangan yang mendahului
"Rayqal, apa awak buat ni?" Marah Nazurah apabila Rayqal menghulurkan 4 keping duit 10 ringgit kepada cashier itu.
"Takpelah, wak. Saya nak tolong je." Jawab Rayqal selamba. Takkan nak tolong pun tak boleh, iye dok?
"Tapi, saya dah banyak terhutang budi dengan awak, Rayqal. Masa Najiha hilang dari pandangan saya kat hospital masa tu, awak tolong jaga dia. Ni, Najiha sakit awak tolong hantar kami ke klinik dan sekarang? Awak bayarkan pula ubat Najiha. Awak, saya tak nak berhutang." Lirih suara Nazurah kedengaran di halwa telinganya.
"Nazurah, dengar. Saya ikhlas nak tolong awak. Bila saya cakap saya ikhlas dan nak tolong, saya maksudkannya dan saya tak akan minta bayaran atau balasan." Terang Rayqal panjang lebar.
"Hm, baiklah. Terima kasih, Rayqal. Moga Allah merahmati awak. Tapi..." Rayqal mengangkat kening, menanti sambungan ayat Nazurah.
"Sekurang-kurangnya, beri saya peluang untuk balas budi awak. Satu je. Awak minta apa je dan kalau saya mampu, saya tunaikan." Pinta Nazurah. Tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang. Hatinya seperti hendak menafsirkan sesuatu. Tapi, apa?
"Tolonglah, Rayqal. Satu je." Desak Nazurah lagi.
"Hm, jadi yang halal buat saya."
Tepat.
Padat.
Dan
Straight To The Point.
Itulah seorang lelaki bernama Rayqal.
"Aa-apa?" Tipulah kalau dia tak dengar. Cuma, dia terkedu.
"Saya tahu awak dengar, Nazurah. Tapi, saya tak desak dan kisah tentang jawapan awak. Asalkan jawapan awak, tulus dari hati awak." Kata Rayqal lembut. Dia mengait tangannya dengan tangan Najiha lalu berlalu ke tempat letak kereta.
Nazurah hanya mengikuti dari belakang. Diam tanpa suara. Masih memikirkan jawapan untuk pelawaan Rayqal.
Kalau dia menjawab tidak, pasti hati Rayqal bakal terluka sedangkan dia dah banyak menolongnya. Dan jika dia menjawab ya, adakah hati mereka sebenarnya menafsir perasaan yang sama?
"Dah sampai. Kalau ada apa-apa nanti, awak whatsapp atau call je saya, eh? Assalamualaikum." Ujar Rayqal lagi.
"Waalaikumsalam." Sejurus setelah mendengar jawapan salam dari Nazurah, terus kereta Rayqal meluncur laju di jalan raya.
-
MALAM HARI ITU amatlah dingin kerana cuaca yang sangat sejuk. Namun, ia mampu mendamaikan hati yang sedang...jiwang?
Ting!
Bunyi dari telefonnya menandakan ada teks yang baru masuk. Telefon di buka.
Nazurah😗
Assalamualaikum, awak. Maaf ganggu awak malam-malam macam ni. Saya, sekali lagi nak ucapkan terima kasih sebab dah banyak tolong saya dan Najiha sejak dari hospital masa tu. Awak, tentang...permintaan awak tadi pagi...saya...ermm... saya nak bagi jawapan. Jujur saya kata, awak seorang yang baik, ada paras rupa yang kacak yang mampu memikat hati semua wanita di luar sana, termasuk saya. Saya tahu, hati awak sangat murni. Ini... no** jln*** spg***-**-**-* kampong ***....alamat rumah ibu bapa saya. Esok, saya pergi situ. Kalau awak betul-betul ikhlas dengan saya, awak tahu apa yang perlu awak buat. Sekali lagi, maaf kerana mengganggu di malam ini. Tidurlah, semoga mimpi awak yang terindah malam ni.
-Nazurah, bakal zaujahmu inshaAllah-
Rayqal terpempam. Kebetulan Rafiq masuk ke dalam biliknya itu.
"Kau dah kenapa, Ray? Macam baru lepas tengok hantu hidup. Apa cerita?" Sapanya.
"Fiq, tampar aku." Terbeliak mata Rafiq.
"Kau kenapa, doh? Nak aku tampar pulak?" Terkejut Rafiq di buatnya. Nasib tak jatuh dari katil ni.
"Err, ni realiti kan? Bukan mimpi kan?" Sekali lagi, Rafiq bingung. Dia terus merampas telefon bimbit Rayqal. Terbeliak terus biji matanya.
"Err, tu ertinya...dia setuju kan?" Soalan bodoh yang terpancul dari mulutnya membuatkan Rafiq terus mengetuk kepalanya.
"Bodohlah kau ni! Dia terimalah! Waa tahniah, bro! Dah nak kahwin!" Ceria Rafiq malam itu.
"Jawablah, apalagi?" Desak Rafiq. Rayqal menarik nafas sebelum mula menaip.
Waalaikumsalam, awak❤Night. Tak, awak tak ganggu saya. Saya sentiasa ada masa untuk awak. Tak perlu nak berterima kasih, saya ikhlas. Kalau di takdirkan beribu kali saya kena tolong awak, saya tak kisah. Berjuta kali pun saya sanggup. Terima kasih atas pujian awak terhadap saya. Awak apa kurangnya. Cantik, akhlak budi menawan yang boleh buat semua lelaki cair apabila melihat awak, termasuk saya. Permulaan pertemuan kita dah buat hati saya meloncat teruk apabila melihat wajah suci awak. Gadis yang berjaya menawan hati saya. Terima kasih atas kepercayaan awak juga. Esok, saya akan datang ke rumah ibu bapa awak dengan kembar-kembar saya. Tunggu ye, saya akan datang lepas asar. Selamat malam💓moga mimpi awak juga indah malam ni. Sampaikan ciuman kasih saya pada Najiha. Untuk awak, tunggu lepas kita halal ye. Assalamualaikum❤
-Rayqal, bakal zauj mu InshaAllah-
"Woh cayalah! Power ayat kau!" Puji Rafiq. Malam itu, mereka dua beradik saling bergembira, gelak tawa memenuhi bilik.
'YaAllah, terima kasih kerana hadirkan Nazurah setelah aku kehilang Dayah. Aku bersyukur atas nikmat yang kau berikan yaAllah. Terima kasih.'
-
T A M A T
YES! Done RayqalxNazurah.
Next! RafiqxIntan❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro