Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SPECIAL CHAPTER 6 : FIRHAD × NAURA

Bismillah...
-
FIRHAD keluar dari ruang Designer selepas bertemu dengan rakannya, Irfan. Selepas ini, dia mahu bertemu dengan kekasih hatinya, Kayla Dania.

"Nia!" Jerit Firhad apabila melihat Dania yang baru sahaja keliar dari ruang modelling.

"Ad!" Dania melambai tangannya kearah Firhad. Kakinya laju sahaja berlari kearah Firhad lalu tanpa memikirkan dosa pahala, dia memeluk tubuh Firhad.

"Rindunya Nia dekat Ad." Pelukan terlerai.

"Ad pun rindu Nia. Ni, Nia dah habis kelas kan?" Soal Firhad lembut.

"A'ah, kenapa?"

"Jom, Ad bawak Nia pergi shopping." Bersinar mata Dania mendengar ucapan Firhad.

"Betul?" Teruja Dania bertanya.

"Yeay! Thanks Ad!" Dania bersorak gembira apabila melihat anggukan Firhdad.

"Very much welcome, Nia. I love you." Ucap Firhad pernuh syahdu.

"Love you too." Balas Dania.

"Nia tunggu sini eh. Ad pergi ambil kereta jap." Arah Firhad.

"Okey." Dania senyum. Pemergian Firhad membuatkan senyuman manisnya tadi bertukar menjadi senyuman sinis.

"Oh Firhad, why you're so stup**? Aku cakap aku cintakan kau? Tak. Aku cintakan duit kau je." Dia tergelak sinis.

"Amboi, sedapnya ketawa." Dania terkejut lalu menoleh. Hakimi mendekati diri Dania.

"Suka kenakan adik aku?" Meskipun muka mereka seiras, Dania masih dapat kenal mana satu Firhad.

"Kau tak payah sibuk lah!" Jerkah Dania geram.

"Tak payah sibuk kau kata?" Kali ini, Hakimi pula tersenyum sinis.

"Hey girl, his my brother. Kami berkongsi segalanya bersama. Kami dari ayah dan ibu yang sama. Lahir dari rahim wanita yang sama. Berkongsi tarikh lahir yang sama walaupun aku dan dia jarak beberapa minit. Dan kau kata aku tak payah sibuk?" Hakimi berjeda.

"Aku dah lama perhatikan kau. Dan aku tahu, Firhad bukan satu-satunya lelaki yang menjadi teman lelaki kau sekarang, kan?" Dania terkejut. Rahsianya perlahan-lahan terbongkar. Macam mana- adakah Hakimi mengetahui yang dia-

"Kau tak payah buat muka macam tu lah Dani! Kau ingat aku tak tahu ke semua tentang kau. Semua tentang kembar aku, hal peribadi kembar aku, aku akan cari tahu. Termasuk dengan siapa mereka berkawan. Dah tahu diri tu dah tak suci lagi, masih tak rasa bersalah ke hah?!" Jerit Hakimi keras. Meskipun marah, dia tidak mahu menjerit. Ini aib Dania. Muka Dania berubah pucat.

"Dani...Dani..." Hakimi menggelengkan kepalanya.

"Jangan panggil aku Dani lah! Aku Nia!" Marah Dania.

"Ye, aku tahu. Tapi Dani yang aku kenal dulu tak sama dengan Nia yang aku kenal sekarang." Ye, Dani dan Nia adalah orang yang sama. Hanya berbeza masa dan perwatakan.

"Dani! Come on! Mana Dani yang aku kenal dulu? Yang kasar tapi masih ada sikap wanita. Yang jaga maruah dia sebagai wanita. Mana? Aku nak Dani yang dulu! Kenapa kau berubah? Kenapa biarkan diri kau di sentuh? Kenapa perlu teguk air setan tu?" Hakimi meluahkan perasaannya. Lama Dania mendiamkan diri.

Hakimi, Firhad, Dania dan seorang lagi sahabat mereka, Aiman merupakan sahabat dari derjah satu. Sememangnya hanya Dania sahaja perempuan di situ. Namun sikapnya yang kasar seperti lelaki menjadikan mereka bagaikan adik beradik. Namun kejadian buruk membuatkan Dania berubah secara mendadak. Lagi-lagi setelah Firhad melafazkan kata-kata cintanya kepada Dania.

"Dani! Jawan Dani! Mana-" Belum sempat Hakimi menghabiskan kata-katanya, Dania memotong.

"Dani yang lama, dah lama mati. Sekarang ni, cuma ada Nia." Dania berlalu pergi. Niat ingin mencari Firhad terbantut apabila teringat kata-kata Hakimi tadi.

"Dani! Come on! Mana Dani yang aku kenal dulu? Yang kasar tapi masih ada sikap wanita. Yang jaga maruah dia sebagai wanita. Mana? Aku nak Dani yang dulu! Kenapa kau berubah? Kenapa biarkan diri kau di sentuh? Kenapa perlu teguk air setan tu?"

Dania memejam erat matanya. Ada sebab dia berubah. Ada sebab dia relakan tubuhnya di sentuh. Ada sebab dia minum air yang haram itu. Ada sebab. Dan sebab itu, dia tidak mampu untuk elakkan. Tanpa sedar, air matanya mengalir.

"Nia?" Suara Firhad mengejutkan dirinya.

"Hey, why are you crying?" Soal Firhad terkejut melihat mata Dania yang merah.

"Nothing."

"Nothing is something, Nia. What's going on? Tell me. I'm here to hear you." Pujuk Firhad lembut. Semakin lebat air mata Dania kerana terharu.

"Nia cuma pening je." Tipu Dania lalu sengaja membuat dirinya lemah longlai.

"Lah, kenapa tak bagitahu Ad? Dah, jom Ad hantar Nia balik." Pelawa Firhad. Dania hanya mengangguk. Sentuhan Firhad pada lengannya membuatkan dirinya menggeletar.

'YaAllah, berdosanya aku.'

Dari jauh, Hakimi melihat pasangan itu berjalan ke sebuah kereta milik Firhad. Dia mengeluh perlahan.

"Aku harap kau faham Dani. Aku marah kau sebab aku sayang kau. Aku nak Dani aku yang dulu. Tolong, Dani." Dia berlalu pergi dalam kesedihan.
-
Tok! Tok! Tok!

KETUKAN PINTU membuatkan dirinya secara spontan meletakkan buku di atas meja dan kakinya bergerak ke pintu.

"Kau rupenye. Hah, masuklah." Jemput Firhad. Hakimi senyum pendek.

"Sibuk ke?" Soal Hakimi memulakan perbicaraan.

"Takdelah sibuk mana, setakat baca buku je." Kata Firhad.

Melihat Hakimi yang termenung sendiri membuatkan dirinya merasa hairan.

"Hoi!" Firhad menepuk tangan di hadapan muka Hakimi. Hakimi terkejut.  Dengan segera, dia kembali ke alam realiti.

"Kau dah kenapa?" Soal Firhad apabila melihat muka sugul Hakimi. Macam laki hilang bini. Eh, ada ke- hm lupakan.

"Ad, kau bahagia tak dengan Dani?" Soal Hakimi, laju.

"Dani? Dani mana pulak ni?" Hairan Firhad. Hakimi mengeluh.

"Ad. Dani. Nia. Dania. Sahabat kite dulu." Tekan Hakimi. Firhad tersedar.

"Oh Nia, ehhh mestilah bahagia. Asal kau tanya?" Soal Firhad lagi. Kali ini, tersengih kerana teringat akan buah hatinya.

"Ad, aku tanya ni, kau jangan marah eh?" Pinta Hakimi. Bukan apa, sekali Firhad marah, macam harimau baru bangun dari tidur. Terus cari mangsa.

"Huishh, macam serious je. Apa die?" Hakimi menarik nafas panjang.

"Kau- kau percaya tak kalau- kalau aku cakap yang- yang..." belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, Firhad menyampuk.

"Kau ni, cakap tu betul-betullah. Potong-potong pulak." Geram Firhad di buatnya.

"Kau percaya tak kalau aku cakap Dani...maksud aku Nia...dah takde ape?" Soalnya gagap.

"Takde ape? Maksud kau? Harta ke? Percaya atau tak aku akan tetap terima dia. Kekayaan tak menjamin kebahagian Kimi." Senyum Firhad. Bangga jap jadi orang yang dah pro dalam percintaan.

"Tak, bukan tu maksud aku." Firhad mengangkat sebelah kening.

"Habistu? Apa lagi yang serious sangat selain takde duit? Kau jangan nak takutkan aku Kimi." Hakimi mengeluh.

"Ad. Aku nak kau tahu aku sayangkan kau. Dan aku sayangkan Dani juga. Maksud aku sebagai kawan, sahabat. Kau jangan salah faham. Apa yang aku cakap lepas ni, bukan tuduh atau khianat ke ape. Aku nampak benda ni, dengan mata aku sendiri. Aku takde saksi, bukti memang takde. Tapi aku tahu... " Firhad mula menggeletar.

"Ad..." Hakimi memegang tangan Firhad. #mohonjanganfikirmerekagayye

"Dani, Nia, Dania dah tak suci." Terpempam Firhad di buatnya.

"Aa..ape?" Soal Firhad gagap. Masih mengharap apa yang di dengarinya tadi hanya sekadar angan-angannya.

"Ad, Nia dah tak suci. Dia bukan dara lagi." Dada Firhad bagai retak.

"Macam man-"

"Macam yang aku dah cakap, aku tak ada bukti nak bagitahu kau benda ni betul atau tak. Tapi kau kenal aku, aku takkan cakap sesuatu tu kalau aku tak pasti." Firhad memejam matanya erat.

Jadi selama ini, cintanya hanya sia-sia?

"Aku pernah nampak dia keluar dengan lelaki. Tak kurang dan tak lebih gaya mesra macam mana dia dengan kau. Aku nampak dia keluar masuk kelab. Awalnya memang aku dah nak hentikan, tapi aku masih fikir walid dan ummi. Apa kata mereka kalau aku masuk." Tangan Firhad mengepal penumbuk.

"Sampai satu hari tu, aku tekad. Aku tekad nak hentikan dia sebab aku tahu kau sayangkan dia. Dan aku tak nak kau kecewa. Tapi..." kata-kata Hakimi terhenti. Hatinya juga sakit. Apa yang korang rasa apabila melihat sahabat sendiri yang setia selama bertahun lamanya...mabuk? Buat benda haram?

"Tapi apa Kimi? Bagitahu aku!" Tekan Firhad.

"Dia yang keluar sebelum aku. Dan, dia keluar dengan seorang lelaki. Aku tak kenal. Masa tu malam, aku tak nampak jelas muka lelaki tu. Aku tak tahu apa yang mereka bualkan tapi yang aku tahu, masa tu Dani mabuk." Hakimi berjeda. Hatinya sesak.

"Aku ekori dorang. Nampak kereta lelaki tu memang dah tahu dia orang kaya. Dengan driver yang pandu. Dan aku tak sangka, pengakhirannya...dalam bilik hotel." Sekali lagi, mata Firhad terpejam rapat. Kali ini, tersangat rapat sehingga menampakkan kedut di dahinya.

Jadi selama ini...

Cintanya di khianati?

Cintanya di curangi?

Tapi kenapa dia tidak boleh nampak?

Selama ini dia melihat mata Dania, yang dia nampak hanya keikhlasan Dania mencintai dirinya.

"Kimi..." dan air mata lelaki itu jatuh. Hakimi tidak kurang lebihnya.

Malam itu, mereka berdua di temani tangisan.
-
KEESOKAN PAGINYA, Hakimi dan Firhad menuju ke kolej seperti biasa. Namun, langkahnya terhenti apabila Dania menghampirinya. Dia menoleh kearah Hakimi.

"Selesaikan dengan cara baik." Ujar Hakimi lalu menepuk bahu Firhad sebelum berlalu pergi. Memberi privasi kepada Firhad dan Dania untuk berbicara.

"Hye Ad, i miss you." Ujar Dania lembut. Tangannya memaut lengan Firhad namun di tepis kasar.

Dania memandang Firhad pelik sebelum air mukanya sendiri berubah. Mengingati kata-kata Hakimi semalam.

"A- Ad..." Terketar-ketar bibir Dania memanggil Firhad.

"Apa? Apa dia Nia? Apa yang Nia dah tipu Ad?" Firhad cuma menenangkan gelora dalam hati.

"Ad, dengar dulu apa Nia nak cakap." Dania resah. Alasan apa lagi yang dia perlu buat.

"Dah takde apa lagi yang perlu di cakapkan Nia. Tak, bukan Nia. Dani. Kau tak perlu nak cakap apa-apa lagi." Tegas Firhad.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?! Kenapa kau buat perasaan tu hadir dan kemudian kau sia-siakannya?!" Tengking Firhad. Air mata Dania perlahan-lahan mengalir.

"Fir, aku..." Dania terdiam. Kenapa dia turut mengubah panggilan itu?

"Fir, aku...aku tak tahu macam mana nak jelaskan semua ni. Aku tahu aku salah tapi... aku ada sebab kenapa aku buat semua ni." Air mata Dania semakin deras mengalir.

"Sebab apa Dani? Bagitahu aku asbab apa kau buat semua ni!" Sekali lagi Firhad menjerit.

"Aku terkongkong Fir! Aku terjerat dalam masalah. Sebab tu aku masuk kelab, teguk segala air setan. Sebab aku stress. Aku ingat dengan buat semua tu, aku boleh hilangkan tekanan aku. Tapi, bila Hakimi dan Aiman mula tahu, dorang semakin buat aku rasa terkurung."

"Ayah dan ibu aku berhutang dengan ahlong. Hutang dorang beribu Fir! Dengan hutang bunga lagi beratus. Dengan hutang rumah sewa, kereta segala. Aku tak mampu. Nak mintak dekat korang aku malu. Nak kerja, aku cuma lepasan SPM. Dengan kolej yurannya berbulan aku tak bayar. Aku malu Fir nak bagitahu semua ni."

"Hari tu, aku memang dah tekad untuk kali terakhir jejak kaki kat kelab tu. Tapi... ada seorang lelaki cakap dia akan bagi aku 5 juta kalau aku ikut cakap dia. 5 juta, Fir. Aku perlukan duit tu untuk langsaikan hutang aku."

"Dia suruh aku minum satu gelas air tu. Dan dia cakap itu sahaja. Aku tak tunggu apa sebab aku hanya fikir tentang duit 5 juta tu je. Aku terus teguk dan...aku mula rasa panas. Perasaan mahu di sentuh itu hadir. Lelaki tu sentuh aku dan aku rasa...aku rasa mahu lebih dari tu. Dia...dia... dia yang buat aku ketagih Fir. Bukan aku yang rela. Dia bawa aku balik katanya mungkin aku tak sehat tapi entah kenapa aku marah. Aku nak bersama dengan dia."

"Dia...dia bawa aku pergi hotel. Dia...dia sentuh aku, Fir. Dia...dia rogol aku. Dia ragut kesucian aku tanpa aku rela masa tu, Fir. Bangun sahaja pagi tu, dia cakap kat aku 5 juta ada dalam beg dan ye, memang ada. Tapi, aku ragu-ragu. Dia cakap tu memang duit yang halal dari dia. Dan aku terima."

"Aku dah dapat langsaikan segala hutang aku. Tapi, entah kenapa aku rasa aku nak lagi kunjungi kelab tu. Dan aku berjumpa lelaki tu. Tapi kali ini, dia cakap dia nak berbincang sahaja. Dia bawa aku ke tempat yang sama. Masa tu, dia cakap dia nak minum jadi di teguk secawan air. Dia...dia yang panas. Dia bagi ubat peransang pada diri dia sendiri. Dan...dia... dia yang rogol aku."

"Masa tu mula titik hitam aku. Aku tahu Hakimi nampak aku masuk hotel tu. Aku mula benci Hakimi sebab tak selamatkan aku padahal aku tahu dia ada masa tu." Luah Dania satu persatu panjang lebar.

"Maafkan aku, Fir. Aku..."

"Takpe, Dani. Takpe." Dania memandang Firhad tidak percaya.

"Aku percaya. Silap aku juga sebab mudah bagi hati aku pada kau. Akhirnya aku juga yang tersakiti. Terima kasih, sebab beri aku kepercayaan tentang cinta dan terima kasih, sebab beri aku kesedaran yang perempuan semuanya sama." Firhad bangkit dari cangkungnya sebelum berlalu meninggalkan Dania.

Dania menangis teresak-esak.

"Maafkan Nia, Ad." Dania berlari menuju ke tandas dan melepaskan esak tangisnya di sana.
-
Setahun kemudian...

FIRHAD keluar daripada dewan. Selepas ini, dia mahu pulang dan berehat di rumah. Kakinya berhenti di tengah-tengah laluan perjalanan kaki. Di sini, ye, di sini kisah setahun yang lalu berlaku. Dimana antara dia dan Dania tiada apa-apa lagi.

Baru sahaja kakinya hendak menapak pergi, dia ternampak susuk tubuh seseorang yang berlari kearah seorang lelaki. Dania! Dania memeluk tangan seorang lelaki lalu senyum.

Firhad memejam erat matanya. Dia ingat Dania sudah berubah tetapi...ARGH! Tangannya di kepal erat. Kunci motorsikal di ambil lalu dia berlalu menuju ke rumah.

Dania nampak Firhad berlalu pergi. Hisyam di hadapannya kini di jauhi.

"Terima kasih, Syam. Saya balik dulu."

Ye, semua itu rancangannya. Dia mahu dirinya di benci. Supaya hatinya tidak resah lagi untuk menjauh.

Sesampainya di rumah, dia menyeluk poket. ARGH! Dia tidak membawa kunci rumah. Dalam keadaan beginilah juga kunci itu tiada.

Butang lonceng di tekan berkali-kali. Pintu di ketuk dengan kuat. Beberapa minit selepas itu, muncul Syifa membuka pintu bersama senyuman.

Kerana terlalu baran, Firhad menolak pintu sekuat hati sehingga membuatkan tubuh Syifa terdorong kebelakang dan jatuh.

Firhad terdengar suara Syifa mendesis kesakitan namun ketika itu, hatinya lebih sakit. Dia berlalu ke tangga menuju ke tingkat 2. Dia terserempak dengan Saiful namun di biarkan sahaja.

Pintu bilik di tutup kasar. Rambut yang tadi nampak terurus kini serabai. Baru sahaja hendak berbaring, pintu bilik di ketuk dari luar. Tombol pintu di pulas dan muncul Hakimi di sebalik pintu.

"Bro, aku masuk eh?" Pinta Hakimi. Dia baru sahaja pulang dari bilik Syifa.

"Ada apa bro? Rempuh masuk je rumah." Tegur Hakimi.

"Takde apelah." Dalih Firhad.

"Fir, kau dan aku dah hidup 19 tahun bersama tau. Aku tahu kalau kau macam ni kau ada masalah. Kenapa?" Soalnya lagi.

"Aku nampak Dani. Dia...peluk lelaki lain. Aku betul-betul ingat dia nak berubah." Keluh Firhad kesal. Hakimi mengeluh.

"Fir, apa yang berlaku antara kau dan Dani, semuanya dah berakhir. Kalau kau cintakan dia kau tak patut putuskan hubungan kau. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati kau, kau tak cintakan dia tapi kau sayangkan dia sebagai sahabat. Sebab tu kau nak yang terbaik untuk dia." Terang Hakimi panjang lebar.

"Bro." Hakimi menepuk belakang Firhad.

"Bila dah dewasa ni, kita akan hadapi banyak benda. Susah senang tu belakang cerita. Tapi kau mampu hadapi semua tu. Ingat. Jangan patah semula bila kau putus asa. Sebab point dia adalah usaha." Hakimi bangkit dari duduk.

"Dan satu lagi, kalau kau marah Dani, jangan lepaskan kat orang lain. Kesian adik terseliuh sebab kau. Think wisely, man! Be a man!" Ujarnya sebelum keluar menuju ke dapur.

Firhad di katil terbungkam. Ya Allah, dia marah dekat Dania tapi adiknya pula tercedera. YaAllah...

'YaAllah ya Tuhanku, berilah aku pentunjukmu yaAllah.'
-
Setahun kemudian...

SETAHUN ITU berlalu dengan pantas sekali. Sekarang, Firhad sudah berumur 20 tahun. Menetap di Australia bukanlah seteruk yang di sangka dan juga bukanlah semudah yang di sangka.

Firhad turun ke dapur kerana tekak yang terasa dahaga. Baru sahaja hendak memulas tombol pintu dapur tersebut, ianya sudah di buka dari dalam. Kelibat Syifa yang baru sahaja hendak keluar kelihatan.

"Eh abang, adik baru ingat nak panggil abang. Jomlah, adik ada buat brownies." Ceria sahaja suara Syifa berbicara.

"Ye, mesti sedap." Balas Firhad. Syifa mengambilkan Firhad gelas dan di isi dengan teh panas atas permintaan Firhad sendiri.

"Sedap tak abang?" Tanya Syifa apabila satu potong kek itu telah selamat masuk ke mulut Firhad.

"Emm sedap. Pandai adik buat. Ni, yang lain mana?" Tanya Firhad sejurus selepas memuji kesedapan kek Syifa.

"Abang Az, abang Zi, abang Zi ngan abang Shah macam biasalah, kerja. Abang Kimi, abang Ray ngan abang Fiq jalan-jalan katanya. Abang Nas ngan abang Sai ada kelas." Jelas Syifa panjang lebar sambil dirinya turut mengambil sepotong kek lalu di bawa ke mulutnya.

"Adik takde kelas?" Soal Firhad lagi.

"Takde. Tapi pukul 5 ni ada check up." Balas Syifa.

"Kalau macam tu, biar abang hantar." Pelawa Firhad. Kek potongan keenam di ambil dan di bawa ke mulut.

"Okey." Suasana sunyi sepi sebelum Firhad bersuara lagi.

"Adik, adik masih pakai gelang tu?" Gelang di pergelangan tangan Syifa di lihat.

"Hm..." Syifa hanya mengumam sebelum bibirnya mengukir senyuman.

"Adik beri satu pasang lagi pada Haiqal. Kalau dia setia, dia akan terus simpan dan begitu juga adik. Adik tekad untuk terus setia, abang." Firhad terkedu. Setahun lamanya diri Syifa meninggalkan bumi Kuala Lumpur namun hatinya masih setia.

"Adik, tak susah ke menanggung rindu orang yang jauh dari kita?" Soal Firhad tanpa sedar.

"Susah abang, susah sangat. Tapi, setiap orang yang adik sayang, yang adik rindu sentiasa ada dalam doa adik. Dan adik tak akan ragu untuk rindu. Sebab adik tahu Allah ada untuk jaga mereka dan adik tahu Allah akan sampaikan rindu adik pada mereka." Firhad terdiam.

"Abang, suratan takdir yang Allah tulis tu sangat indah. Kalau kak Dania bukan takdir yang tertulis buat abang, maksudnya Allah dah tuliskan yang lebih baik." Buat ke sekian kalinya, Firhad terkedu.

"Adik naik dulu tau, nak siap. Jangan lupa pukul 5. Kek tu habiskan. Kalau tak habis, simpan dekat peti ais." Syifa berlalu pergi. Firhad diam terkaku.

"Maksudnya Allah dah tuliskan yang lebih baik."

Kata-kata itu terngiang di fikiran Firhad. Matanya di pejam. Ye, pasti ada yang lebih baik.
-
6 tahun kemudian...

BALAI KETIBAAN di lapangan terbang itu di masuki. Akhirnya setelah penerbangan selama 3 bulan ke London dapat juga dia pulang. Akhirnya, cuti 2 bulan di beri mengganti cutinya yang di ambil kerana hal kecemasan.

Buk!

"Aduh!" Dua orang mengaduh kesakitan dalam masa yang sama. Seorang jatuh terduduk seorang jatuh melutut.

"Maafkan saya, encik. Saya tak sengaja." Suara seorang gadis di hadapannya kedengaran. Lembut selembut sutera kedengaran di halwa telinganya.

"Takpe, maafkan saya juga. Salah saya tak tengok depan masa berjalan." Firhad ingin melihat wajah gadis itu namun gadis itu hanya menunduk sahaja.

"Awak okey?" Tanya Firhad cuba bemesra.

"Ye, saya okey. Em, saya pergi dulu ye. Maaf sekali lagi. Assalamualaikum." Gadis itu berlalu pergi. Sempat dia mengangkat wajah sekilas sebelum menunduk kembali.

Firhad menangkap seinci daripada wajah gadis itu. Putih yang amat. Bagai bidadari turun dari syurga. Ceih!

Firhad memandu keretanya pulang ke rumah. Dengan senyuman di bibir, memang tampak seperti orang yang sudah jatuh cinta.

Kereta di letakkan di bawah garaj. Kelihatan hanya sebuah kereta sahaja yang ada. Kereta milik Syifa yang baru sahaja di beli tahun ini.

"Assalamualaikum." Jerit Firhad dari muka pintu.

"Waalaikumsalam, eh abang, baru balik ke?" Soal Syifa menghampiri Firhad lalu menyalami tangan abangnya itu.

"Ada nampak abang macam nak pergi ke adikku sayang?" Firhad berloyar buruk.

"Yang abang senyum-senyum ni kenapa? Macam orang baru lepas jatuh cinta pandang pertama." Teka Syifa.

"Memang pun." Jelas Firhad tanpa sorok.

"Hah?" Syifa terkejut.

"Apa? Betullah abang cakap. Abang dah jatuh cinta. Mana anak buah abang? Nak main. Dah lama tak main ngan dorang." Anak-anak Syifa yang baru sahaja berusia 5 bulan di cari.

Melihat susuk tubuh Firhad hilang ke ruang tamu, Syifa mengukir senyuman di bibir.

"I hope this one is for you. I hope she is your happiness, abang." Luah Syifa perlahan. Ye, dia mahu semua abang-abangnya bahagia. Dia sudah punya keluarga sendiri.

Nazmi, Nazim, Fauzi dan Shahrul sudah berumah tangga dan sudah pun menimang cahaya mata. Hakimi sudah pun bertunang dan bakal membina mahligai cinta pada bulan hadapan. Rayqal dan Rafiq sudah mempunyai kekasih sendiri. Nasrul pula ada pemilik hati namun belum di luahkan. Saiful pula mencintai sahabatnya sendiri, Insyirah. Sekarang, tinggal Firhad yang belum ada khabar berita.

"Adik doakan abang dan dia bersatu." Syifa mengorak langkah ke ruang tamu apabila Haiqal memanggilnya.

Anaknya, Haifa merangkak menuju ke arahnya. Mungkin bosan kerana abangnya sudah bermain bersama tuannya iaitu Firhad.
-
KAFE The House di tuju bersama adiknya, Syifa. Kerana ingin ke Watson membeli tisu dan tisu basah, Syifa mengikutnya sekali kerana ingin membeli plaster, kapas, cool fever dan minyak angin.

Sebelum pulang, mereka singgah ke kafe kegemaran Firhad yang sentiasa menjadi kunjungan Firhad setiap hujung minggu.

"Dik, takpe ke tinggal anak adik dengan Haiqal?" Seram juga. Yelah, tak pernah selama ni dia tengok ayah jaga 3 orang anak sekali tanpa isteri. Seorang takpelah juga.

"Takpelah kut. Lagipun Haiqal dah biasa. Sebelum ni kalau adik masak ke apa dia yang tolong jaga." Ujar Syifa sambil meminum air lemon yang di pesannya.

Tiba-tiba, Firhad ternampak seorang gadis yang seperti pernah di lihatnya. Oh ya! Gadis itu!

"Adik, kejap eh." Firhad berlalu pergi meninggalkan adiknya yang mahu masih pelik.

"Err, takpe lah encik, tak jadi beli..." Gadis itu menyimpan kembali duit yang baru hendak di keluarkan dari dompet. Dia berlalu pergi. Nampak riak kecewa di wajahnya.

"Encik, boleh saya tahu apa yang perempuan tadi tu nak beli?" Soal Firhad kepada penjaga kaunter.

"Oh, dia nak beli cappucino. Tapi tiba-tiba tak jadi pulak." Ujar penjaga kaunter tersebut.

"Ooo. Bagi saya cappucino 2 ye. Bungkus." Pesan Firhad. Tidak sampai 5 minit, minuman itu siap. Firhad membayar sebelum keluar dari kafe itu.

Matanya meliar mencari susuk tubuh gadis yang memakai blouse putih bersama tudung selendang hitam.

Gotcha!

Dia menuju kearah gadis yang ingin menuju ke kedai Popular itu.

"Assalamualaikum." Sapa Firhad. Gadis itu terkejut.

"Waalaikumsalam. Awak siapa ye?" Soal gadis itu. Wajahnya menunduk.

"Tak ingat saya? Saya yang terlanggar dengan awak waktu kat balai ketibaan masa tu." Terang Firhad cuba untuk memperkenalkan dirinya.

"Oh awak, ingat. Kenapa ye?" Soalnya lagi. Kali ini bertanyakan tujuan Firhad pula.

"Nah, saya ada belikan cappucino ni untuk awak. Saya nampak awak nak belo tadi tapi tak jadi. Alang-alang saya beli untuk saya, saya belikan sekali untuk awak." Gadis itu terkedu.

"U-untuk saya?" Soal gadis itu tidak percaya.

"Ye, nah ambillah. Saya ikhlas." Hulur Firhad.

"Terima kasih awak." Ujar gadis itu lembut. Dia baru ingat ingin membuang hasrat membeli minuman itu tapi Allah beri dia rezeki.

"Boleh saya tahu nama awak?" Tanya gadis itu.

"Eh boleh sangat. Saya Firhad. Awak?" Tanya Firhad mesra. Berkenalan, check!

"Saya Naura." Gadis itu senyum.

"Oh ye, awak dah berpunya?" Tanpa sedar, soalan itu meluncur keluar dari mulut Firhad. Merah terus mukanya.

"Taklah. Saya tak berpunya. Masih milik orang tua saya." Ujarnya lembut.

Single, check!

"Nak nombor telefon, boleh?"

'YaAllah Firhad, asal kau berani sangat hari ni.' Getus hatinya.

"Em boleh, meh sini telefon awak." Telefon Firhad di ambil lalu tangannya cepat menulis angka nombor telefonnya.

No.Phone, check!

"Kalau awak berminat dengan saya, whatsapp saya petang ni. Saya bagi alamat rumah saya. Ingat, saya masih ada orang tua. Kalau awak sukakan saya lillahi taa'la, jadikan saya yang halal buat awak. Sebab Allah haramkan kita untuk berhubung tanpa ikatan yang sah. Datang dengan cara yang baik, dan keluarga saya akan terima awak, InshaAllah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Naura pergi meninggal Firhad yang terkedu.

'Nampak sangat ke aku suka dia?' Tanya Firhad pada dirinya sendiri.

Dia senyum sendiri. Nombor telefon yang belum di buat nama di buat namanya Bakal Zaujahku❤.

Dia senyum. Dia memalingkan tubuhnya. Terkejut dia apabila melihat adiknya berada 5 tapak di belakangnya. Alamak! Lupa ada adik kat sini.

Syifa membuat muka garang. Firhad memujuknya dengan meminta maaf kerana lupa akan dirinya. Syifa dan Firhad menuju ke tempat letak kereta. Dalam diam, Syifa tersenyum.

"Ingat, saya masih milik orang tua saya. Kalau awak sukakan saya lillahi taa'la, jadikan saya yang halal buat awak. Sebab Allah haramkan kita berhubung tanpa ikatan yang sah."

Kata-kata gadis yang dirinya cop sebagai pemilik hati abangnya itu tengiang-ngiang di kepalanya. Taat kepada Allah, check!

'Abang, she is for you. And i hope, you both stay together till Jannah.'

Syifa senyum melihat abangnya yang memandu sambil tersenyum. Saat bahagia abang akan tiba.
-
3 tahun kemudian...

FIRHAD mengendong anak kecil yang baru sahaja di lahirkan beberapa minit yang lalu. Tubuh isterinya yang masih lena akibat kepenatan selepas melahirkan 2 cahaya matanya di pandang. Ye, Naura telah melahirkan kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

3 tahun telah dia berkahwin bersama Naura. Rezeki Allah, dia dan Naura sekarang mempunya 3 cahaya mata bersama. Anaknya yang sulung bersama Aiman Farhan. Usianya sudah mencapai 1 tahun lebih.

Tok tok tok!

"Assalamaualaikum." Suara Haiqal menyapa gegendang telinga.

"Waalaikumsalam. Bro." Mereka bersalam sesama sendiri.

"Adik aku mana?" Tanya Firhad kerana kelibat Syifa tidak kelihatan.

"Dia kata nak beli air." Jawab Haiqal. Matanya tertacap pada bayi yang masih di katil bayi.

"Apa rasa, bro? Kali pertama ikut masuk bilik bersalin?" Soal Haiqal. Semasa bayi  pertamanya lahir, bayinya itu lahir secara pembedahan kerana terdapat komplikasi. Firhad pula tidak di benarkan meneman di bilik bedah.

"Seriau gila bro. Dia yang melahirkan akh pulak yang takut. Kesakitan ibu yang melahirkan ni memang takde tandingannya. Aku tabik pada ibu-ibu ni." Ujar Firhad lalu meletakkan bayinya yang sudah tertidur itu ke katil bayi.

"Melahirkan kan kesakitan kedua selepas mati." Ucap Haiqal.

"Aku pun macam kau bro. Anak pertama aku tu di lahirkan secara pembedahan juga. Isteri aku hampir hilang nyawa. Tak, bukan hampir. Isteri aku hilang nyawa di sebabkan ingin menyelamatkan 3 nyawa sekaligus dan i nyawa iaitu dirinya. Tapi, aku bangga dengan dia sebab mampu melahirkan dan selamatkan diri dia. Allah tu maha penyayang. Syifa di beri peluang hidup selepas mati beberapa saat." Haiqal senyum.

"Assalamualaikum." Firhad dan Haiqal menoleh kearah Syifa.

"Waalaikumsalam. Hah adik, masuklah." Pelawa Firhad.

"Kak Naura belum sedar lagi?" Soal Syifa. Tubuh Naura yang masih terbaring kaku itu di pandang.

"A'ah. Penat sangat mungkin." Balas Firhad.

"Alala comelnya dia. Nama apa, abang?" Tanya Syifa lalu tangannya di mainkan dengan tangan si kecil.

"Tak tahu lagi, kena tunggu kak Naura tu bangun dulu lah." Firhad mengusap ubun-ubun Naura.

Tiba-tiba, Syifa berlari laju menuju ke tandas. Firhad yang masih terpinga-pinga menoleh kearah Haiqal yang baru bangun dari duduknya.

Kedengaran suara Syifa mengeluarkan segala isi perutnya. Haiqal menuju kearahnya lalu membantu menggosok belakang belakang tubuhnya. Muka pucat Syifa di pandang.

Sekali lagi, segala isi perutnya di keluarkan. Kali ini lebih banyak.

"Qal, kenapa?" Tanya Firhad.

"Entah, muntah banyak pulak. Salah makan kut tadi kat rumah. Sebab kat rumah tadi aku yang masak." Haiqal menggaru belakang tubuhnya. Firhad menepuk dahi.

Tubuh Syifa yang kelihatan tidak bermaya itu di pimpin keluar dari tandas. Namun baru sahaja setapak keluar, dia berlari lagi ke tandas dan mengeluarkan isi perutnya lagi dan lagi.

Setelah dia rasa tiada lagi isi perut yang bakal di keluarkan, dia melangkah keluar di temani Haiqal. Namun, kepalanya tiba-tiba sahaja memberat dan dia jatuh pengsan dan di sambut oleh Haiqal.

"YaAllah, sayang!" Haiqal terkejut. Cepat-cepat dia mengendong isterinya itu. Dia memberi isyarat mata kepada Firhad sebelum dia keluar. Jeritan Haiqal memanggil dokter kedengaran.

Firhad terpaku sendiri. Teruk sangat ke masakan Haiqal sampai adik dia jadi macam tu?

"Aaa...abang."

Firhad menoleh apabila suara isterinya kedengaran. Naura yang baru sahaja sedar di terpa..

"Dah sedar? Nak apa-apa tak?" Naura menggeleng sebelum bersuara.

"Anak kita?" Naura bertanyakan keberadaan anaknya.

"Ni..." katil sorong bayi itu di ambil lalu seorang demi seorang bayi di letakkan di sebelah kanan dan kiri Naura.

"Nama apa, abang?" Tanyanya.

"Ikut Naura lah. Abang tak kisah." Naura senyum.

"Lelaki, Furqan Syafi. Perempuan, Farah Syafia." Laju sahaja Naura menjawab.

"Wah, cantik nama. Mana sayang dapat?"

"Sayang memang suka nama tu sejak mengandungkan kembar ni." Ujar Naura lembut.

"Terima kasih, sayang. Untuk kebahagiaan yang sayang beri untuk abang." Ucap Firhad penuh syahdu.

"Terima kasih juga pada abang. Sebab tak putus-putus curahkan kasih sayang pada sayang." Ujar Naura pula.

Firhad mendekati wajahnya pada Naura. Bibirnya mereka hampir bertemu sebelum...

Buk!

Pintu di hempas kuat. Haiqal bersorak dengan jaya lalu memeluk Firhad.

"Wei aku dapat anak lagi!" Sorak Haiqal kuat.

"Anak dari mana kau kutip ni? Kau jangan cakap pula kau nak kahwin lain. Langkah mayat aku dulu!" Tegas Firhad tanpa memikirkan apa yang berlaku.

"Apalah kau ni. Syifa mengandunglah!" Marah Haiqal.

'Boleh pulak dia kata aku nak kahwin lain!' Marah hatinya.

"Tahniah weh." Firhad menepuk bahu Haiqal.

"Berkesan pulak masakan kau eh." Gelak Firhad.

'YaAllah, terima kasih kerana berikan aku kebahagian ini. Terima kasih temukan aku dengan Naura. Terima kasih untuk kebahagian ini, YaAllah.' Getus hati Firhad.

Bahagia? Sangat.
-

T   A   M  A  T

Wew, tak sangka pulak satu bab dapat capai 4700+ word. Haha, macam mana bab ni? Perah otak habis nak buat. Yelah sebab kisah dia belum ada kat AHSGB kan. Now enjoy! Jangan lupa tekan vote!

Next, Special Chapter 7: Rayqal × Nazurah.

Stay tuned. Lepas exam ye. Support Ly!

Guys, jom bantu Ly sekejap.

Readers this month dah sampai 8k. Tolong Ly sampaikan 10 k readers before this September. Boleh? Ly mula cerita ni dari 0 reader mula dari 6 September 2018. Ly nak tamatkannya dengan 10k readers pada 6 September 2019 pula.

K itu je nak cakap, bye❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro