SPECIAL CHAPTER 5 : HAKIMI × AYISHA
Bismillah...sorry for the long hiatus. And sorry for the late update. Nothing to care. I just go for a long time due to my upcoming examinations. Again, i'm sorry!
-
LAMBAIAN seseorang membuatkan angan-angannya terbantut.
"Amboi, jauh termenung!" Tegur gadis itu. Ayisha mengelengkan kepala melihat sengihan lelaki di hadapannya ini.
"Yang awak senyum-senyum ni kenapa? Angan-angan apa sampai jadi macam ni?" Soalnya sangsi.
"Angan-angankan hari nikah kita." Hakimi senyum lebar kerana dapat mengenakan kekasih hatinya.
"Nak saya cia-cia ke?" Hilang terus senyuman di bibir Hakimi.
"Ala awak ni, saya nak jadi romantik ni." Hakimi bersuara kendur.
"Awak tak perlu nak jadi romantik untuk saya. Asalkan awak jadi diri awak sendiri dah cukup untuk saya. Dan setia, itu je yang saya nak." Ucap Ayisha. Perubahan wajahnya yang ketara membuatkan Hakimi merenungnya.
"Isha, saya nak awak tahu, tak ade siapa yang boleh gantikan awak dalam hati saya. Walaupun awak nampak saya selalu mesra dengan perempuan, awak, arwah ummi dan adik saya sentiasa nombor satu dalam hati saya." Ucap Hakimi ikhlas.
"Terima kasih Kimi, awak terlalu baik untuk saya. Awak buat saya terlalu bahagia. Dan saya bersyukur Allah kurniakan awak untuk saya." Balas Ayisha.
"Jom, jangan nak buat drama pulak. Kite pergi makan dulu. Lepas tu kite pergi shopping." Ajak Hakimi ceria. Ayisha senyum dan akur.
-
"ISHA." Panggilan seseorang membuatkan dirinya menoleh.
"Ye mak, ada ape?" Tanya Ayisha lembut lalu menuju ke katil.
"Isha." Ibunya memanggil lagi dan kini semakin kendur.
"Mak, kenapa ni?" Suara Ayisha kedengaran menunjukkan dirinya risau.
"Isha, mak dah banyak susahkan Isha. Maafkan mak." Ibunya menangis tanpa henti.
"Mak, mak tak pernah susahkan Isha. Cuba cakap dengan Isha. Kenapa ni?" Soal Isha lembut.
"Pemilik rumah sewa ni nak kita bayar hutang rumah 3 bulan hujung minggu ni. 3 bulan Isha. Semuanya $3000 Isha." Luluh jantung Ayisha yang mendengarnya.
"Bukan tu je Isha. Hutang mak pada along untuk beli barang keperluan kita, sebenarnya, mak tak bayar lagi. Sekarang, semua $1000." Sekali lagi, hampir saja Ayisha jatuh ke lantai. Kakinya, tangannya dan seluruh tubuhnya bergetar hebat.
"Mak, mak jangan risau. Isha janji Isha akan cari duit untuk selesaikan semua hutang kita." Senyum Ayisha.
"Tapi macam ma-"
"Takpe mak, Isha akan cari cara Isha sendiri. Yang penting, mak jaga kesihatan mak. Kalau mak tak sanggup kerja, biar Isha je kerja. Isha sanggup berhenti belajar." Tekad Ayisha.
"Jangan Isha. Keluarga kite tinggal kite berdua sahaja lagi. Kalau Isha berhenti belajar, macam mana kehidupan kite?" Sedih wajah ibunya.
"Yelah mak, Isha tak akan berhenti belajar. Isha janji Isha akan cari duit. Mak sabar ye." Ujar Ayisha tenang.
Di sebalik ketenangan senyumannya, terselit 1001 duka yang tidak mampu di ungkap. Macam mana dia nak dapat duit dengan jumlah sebesar itu dalam masa seminggu?
'YaAllah, bantulah hamba mu ini.'
Saat-saat itu, dia teringat pada Hakimi. Tak! Dia tidak boleh meminta pertolongan lelaki. Cukuplah di sekolah menengah lelaki itu seringkali membantunya. Lagi-lagi, lelaki itu baru sahaja kehilangan ibunya yang tercinta.
-
AYISHA berlari dengan cepat keluar dari pagar kolej itu. Jikalau boleh, dia tidak mahu bertembung dengan Hakimi. Dia tidak mahu dirinya gagal memgawal perasaan. Sudah hampir 5 hari dia bekerja menjual barang-barang buangan namun, hasilnya tidak memadai usahanya.
Tinggal 2 hari sahaja lagi, jikalau dia tidak melangsaikan hutangnya pada tuan rumah sewa, dia dan ibunya akan hidup merempat. Jika dia tidak membayar hutangnya pada along, dia dan ibunya akan di buru.
Tanpa pengetahuan ibunya, dirinya sendiri sedang terperangkap dengan yuran kolej. Dia terpaksa menipu ibunya yang dia belajar di kolej kerajaan.
Pin! Pin!
Dirinya yang ingin melintas jalan terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta. Kakinya bagai di gam. Mulutnya bagai kaku melihat kereta yang menuju ke arahnya.
Buk!
Tubuhnya di tarik kasar. Eh, tak keras? Dirinya terasa bagai di peluk seseorang. Bila dia menoleh,
HAKIMI!
"Awak tak apa-apa?" Tanya Hakimi lembut. Ayisha kelu untuk berkata. Lebih-lebih lagi melihat keadaan dirinya dan Hakimi ketika ini.
"Bro, okey tak?" Tanya Rafiq yang turut melihat kejadian itu.
"Aku okey, Isha, bangunlah." Ayisha perlahan-lahan berdiri dari tubuh Hakimi.
"Awak okey tak?" Soal Hakimi prihatin.
"Saya okey, awak pulak?" Soal Ayisha semula. Tipu kalau dia cakap dia tidak merasa bersalah.
"Saya lelaki, wak."
"Kenapa lari, hmp?" Soalan cempumas dari Hakimi membuatkan dirinya terdiam.
"Saya, err saya..."
"Saya apa Isha? Selama 5 hari ni, awak tahu tak bertapa seksanya saya bila awak jauhi diri awak dari saya?" Meskipun lembut pada nada namun tetap tegas kedengaran di telinga.
"Awak..." panggil Ayisha meleret lalu melepaskan esak tangisnya.
Hakimi yang terkejut terus mendekati Ayisha dan membawa Ayisha ke tempat yang lebih tersorok. Rafiq mengikutinya agar tiada apa fitnah yang berlaku.
"Dah, jangan nangis. Cerita dekat saya apa berlaku." Soal Hakimi lembut.
Ayisha menahan esak tangisnya lalu menceritakan segala perihal yang berlaku dan masalah yang di hadapinya.
"Kenapa rahsiakan benda ni?" Keluh Hakimi.
"Saya...isk...saya tak nak susahkan awak. Isk- saya- saya tak nak awak anggap saya macam mata duitan kalau saya beritahu awak semua ni. Isk-" Ayisha terus terusan menangis.
"Dah, shhh saya tak akan anggap awak macam tu. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Apa guna rasa kasih dan sayang saya pada awam jika saya tak mampu nak tolong awak?" Lembut bicara Hakimi.
Ayisha menoleh kearah mata Hakimi. Tampam ketulusan dan keikhlasan dirinya dalam berkata sebegitu.
"Terima kasih awak. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya saya di kurniakan lelaki seperti awak dalam hidup saya. Dan saya nak awak tahu, saya tak cintakan awak kerana duit. Saya cintakan awak kerana diri awak sendiri." Senyum Ayisha.
Hakimi dan Ayisha berpandangan sesama sendiri. Mereka senyum.
"Ehem!" Deheman seseorang menghentikan perbuatan mereka.
"Tak balik ke? Orang dekat sini dah geli sangat ni!" Sindir Rafiq yang sedari tadi melihat 'drama' tidak berbayar di hadapan matanya.
"Eleh, dengkilah tu!" Ejek Hakimi. Rafiq hanya menjeling sebelum memulakan langkah meninggalkan abang kembarnya.
"Balik hati-hati tau, esok, saya beri duit pada awak, okey?" Ayisha mengangguk. Dia memandang pemergian Hakimi dan adik kembarnya, Rafiq sehingga hilang dari pandangan.
'YaAllah, jika dia jodohku, berikanlah hidayah dan petunjuk kepada hubungan kami. Dan jika bukan, berilah perpisahan yang sebaiknya buat kami.' Doa hati kecil Ayisha.
-
T A M A T
Itulah dia kisah Hakimi dan Ayisha. Meskipun salah seorang dalam percintaan itu tidak sempurna, masih ada seorang lagi yang boleh menyempurnakan dirinya❤
ATTENTION!
YA ALLAH! Semua! Maafkan Ly sebab hampir sebulan tak update. Puasa, raya dan peperiksaan yang telah dan akan tiba telah membuatkan diri Ly lalai dan lupa akan cerita yang telah lama di tinggalkan ini.
Ly masih dalam proses mengubah suai namun belum di jalankan. Berikan Ly masa untuk uruskan ya?
Next update: Special Chapter 6: Firhad X Naura. STAY TUNE!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro