SPECIAL CHAPTER 1: NAZMI × IMAN
Bismillah...hehe...kebanyakannya flashback tapi guna tulisan biasa saja ye. Dan, Special Chapter tak kira berapa scene ye sebab ia hanya satu bab seorang.
-
SEKOLAH Menengah Titiwangsa ialah sekolah berasrama. Nazmi, Fauzi dan 2 lagi rakannya, Arzan dan Fakrul ialah pengawas berjawatan tinggi. Sekarang, mereka sedang menjalankan tugas di kawasan lapang sekolah.
"Wei, bosanlah. Lepak pondok jom." Ajak Fakrul.
"Bro, jomlah." Ajak Arzan kepada Nazmi. Dia hanya menurut.
Nazim dan Shahrul bersekolah di sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur. Ianya kerana Nazmi dan Fauzi mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 iaitu 9A 1B manakala Nazim dan Shahrul hanya mendapat 6A 3B 1C
"Balik nanti lepak mall jom."
"Kau ni, macam perempuanlah nak lepak mall bagai." Ejek Arzan.
"Alah, bukannya nak shopping pun. Main bowling, tengok wayang, ice skating lepastu baliklah." Fakrul membidas kata-kata Arzan dengan senyuman sini.
"Dah-dah, korang kalau jumpa tak gaduh tak sah." Celah Fauzi.
"Dia yang mulakan."
"Eh mana..." belum sempat Arzan ingin berkata, mereka terdengar suara Zack atau nama sebenarnya Zaki.
Zack ialah pembuli yang paling terkenal di sekolah itu. Ada saja masalah yang di buatnya setiap hari.
"Bagi duit korang atau korang yang jadi ganti!" Tengking Zack pada 4 gadis yang sudah terduduk di situ.
"Kami takde duitlah. Kau dah ambil kan semuanya hari tu!" Marah seorang gadis.
"Menjawab!" Marah rakan Zack, Imran.
"Dah kawan kau ni tak faham bahasa, kitaorang cakap kitaorang takde duit. Duit kitaorang dah habis sebab kau!" Jari telunjuk gadis itu di tunjuk di hadapan muka Zack.
"Perempuan tak guna!" Tangannya naik ingin menampar gadis itu namun satu tangan menahan tangan Zack.
"Kalau kau tampar perempuan kau bukan lelaki sejati." Nazmi memandang Zack tajam sebelum dia menolak tangan Zack.
"Takpe, hari ni kau lepas. Jangan harap lepas ni aku lepaskan kau!" Jerit Zack lalu dia berlalu dengan kumpulannya.
"Korang tak apa-apa?" Lembut Fauzi bertanya.
"Kitaorang okey." Jawab gadis tadi.
"Kenapa Zack kacau korang?" Gadis itu diam. Ahli kumpulannya yang lain hanya membiarkan ketua mereka berbicara.
"Maaf, urusan peribadi."
"Zack urusan kami. Maksudnya apa saja yang berkaitan dengan Zack ada kaitan dengan kami juga. Ceritalah." Ujar Fakrul. Gadis itu mengeluh.
"Dia minta duit daripada kami."
"Kenapa pulak?" Soal Arzan pelik.
"Kami pernah nampak dorang..." kata-katanya terhenti kerana takut.
"Nampak dorang?"
"Itu tak payah ceritalah. Aib. Cukuplah korang tahu, yang kami tak nak lawan apa yang dia buat." Lalu gadis itu bersama kawannya yang lain ingin berlalu.
"Kejap. Nama korang apa?" Tanya Azran.
"Saya Iman. Ini kawan saya Maisara. Yang ni Aisyah, yang itu Siti." Selepas memberitahu nama mereka, mereka terus berlalu.
"Aku masih sangsilah." Kata Fakrul.
"Tulah, aku pun."
"Nak buat apa Az?" Tanya Fauzi.
"Kita tunggu hari pemilihan pengawas."
"Hah? Kau nak buat apa?" Nazmi hanya senyum. Fauzi sudah dapat jangka apa yang Nazmi ingin lakukan.
-
HARI pemilihan pengawas sudah tiba. Bakal penolong ketua pengawas, biro disiplin, kaunseling dan akedimik juga kokurilkulum yang dirancangkan sebelum ini telah berpindah sekolah. Ianya menimbulkan tanda tanya di lubuk hati masing-masing.
"Baik, selesai sudah acara pemilihan para pengawas tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekarang, tiba masa untuk lantikan ahli tertinggi pengawas dan ahli jawatan kuasa hal ehwal pelajar."
"Di persilakan, ketua biro disiplin, Muhammad Syafiq Fakrullah bin Haji Hanaqi." Lalu Fakrul tampil ke hadapan berhadapan dengan ketua untuk mengambil sijil perlantikan.
"Di persilakan, ketua kaunseling, Muhammad Azran Fikri bin Haji Mahmuddin."
"Di persilakan, ketua akedemik dan ko-kurikulum sekolah, Fauzi Ahmad bin Haji Mohammad."
"Dan di persilakan, ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah menengah titiwangsa, tidak lain dan tidak bukan Nazmi Ahmad bin Haji Mohammad." Dewan menjadi riuh. Al-maklum, hotstuff paling terkenal.
"Sekarang, penolong pula. Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang di pilih sendiri oleh ketua pengawas kita, Nazmi Ahmad."
"Di persilakan, penolong ketua biro disiplin, Siti Afiqah Farahiyyah binti Ahmad Afiq."
"Di persilakan, penolong ketua kaunseling, Aisyah Sawiyah binti Takruddin."
"Di persilakan, penolong ketua akedemik dan ko-kurikulum, Maisara Raihana binti Haji Khalid."
"Dan terakhir, di persilakan, penolong ketua pengawas dan penolong ketua pelajar, Nur Iman Sofea binti Haji Aris." Terang lagi nyata, mereka berempat terkejut dengan berita itu.
"Terima kasih kepada pelajar yang hadir dalam majlis ini. Kepada ahli jawatan kuasa serta pengawas yang di lantik, lakukan tugasan kamu dengan baik dan jangan sia-siakan amanah yang di beri."
Lalu, pelajar serta guru-guru mula beransur keluar dari dewan. 4 gadis itu atau lebih di kenali sebagai SISTERZ menghampiri BLACK, nama kumpulan 4 jejaka melaya, cehh lelaki itu.
"Kenapa?" Soal Iman bersama keluhan berat.
"Apa?"
"Kenapa jadikan kami ahli jawatan kuasa tertinggi? Kami tak nak pun jawatan ni!" Jerit Iman.
"Woo, rilekslah. Yang kau emosi sangat ni kenapa?" Iman dan rakannya yang lain diam. Takut benda lain tersasul.
"Satu je. Kalau ada apa-apa berlaku, orang pertama yang kami cari ialah korang semua." Lalu Iman berlalu pergi di ikuti oleh ahli SISTERZ yang lain.
"Apehal dengan dorang tu?" Soal Fakrul hairan. Fauzi dan Arzan mengangjat bahu tanda tidak mengetahui apa-apa. Nazmi terdiam.
Kalau ada apa-apa berlaku, orang pertama yang kami cari ialah korang semua.
Ayat itu terngiang-ngiang di kepalanya. Apa maksud Iman tadi?
-
HARI ITU bermula seperti biasa namun itulah permulaan segala-galanya buat SISTERZ. Pengawas? Jawatan? Mereka tidak ingin semua itu. Satu benda yang mereka takut bakal berlaku. Mungkin, kehilangan?
"Iman, macam mana ni? Kalau Zack cari kita macam mana?" Siti sudah seperti cacing kepanasan.
"Lama-lama, rahsia kita tetap terbongkar. Tahukan kenapa ayah Zack cari kita? Zack tak tahu apa-apa pun. Bila keadaan darurat, kita terpaksa." Iman berkata tenang walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Tit tit...tit tit
Bunyi jam Iman berbunyi menandakan masuknya waktu perbarisan. Mereka berempat berpisah pergi ke tempat bertugas. Iman ke tapak perhimpunan. Maisara pergi ke dewan. Siti ke surau manakala Aisyah ke perpustakaan.
"Semua, masuk barisan kamu sekarang." Arah Iman lembut.
"IMAN!" Panggil Nazmi dari jauh. Iman mengeluh kerana kenal akan suara itu.
"Ye, kenapa?" Tanya Iman lembut di hadapan Nazmi.
"Kau ni pun, adoi, arah tu janganlah lembut sangat. Nanti orang pijak kau tahu tak." Marah Fakrul yang juga berada di situ.
"Kenapa kalau lembut? Selagi cara lembut boleh di gunakan, guna cara lembut. Lagipun, ini cara saya. Saya tak tahu apa pun tentang menjadi pengawas dan saya tak nak tahu apa pun tentang jadi pengawas sebab saya tak nak." Panjang lebar Iman menerangkan sebelum meninggalkan kumpulan BLACK yang jelas terkedu.
"Aku rasakan, dia marah kau lah Az." Teka Arzan.
"Ape hal pulak?"
"Aku peliklah, kenapa kau beria nak kumpulan SISTERZ tu jadi penolong kita?" Tanya Fakrul.
"Sebab aku dapat rasa dorang ada keistimewaan masing-masing." Tenang saja bicara Nazmi. Fauzi di sisinya hanya melihat. Dia tahu apa yang abangnya buat pasti tidak salah.
-
SEPERTI BIASA, pada waktu rehat, SISTERZ akan lepak di belakang kantin. Suasana yang aman damai itu berubah dengan sekelip mata apabila munculnya Zack dan rakannya yang lain.
"Apa lagi kau nak Zack? Kalau kau nak duit, tak ada. Duit kami dah habis. Kau tunggulah Isnin depan. Baru aku dapat duit masa tu." Penat. Mereka penat dengan kehadiran Zack dalam hidup mereka.
"Tak sekarang ni, bukan sebab duit. Aku nak tanya, apesal eh BLACK nak jadikan korang penolong dorang?" Soal Zack sangsi.
"Manalah kitaorang tahu. Kitaorang pun baru tahu waktu hari pelantikan tu." Balas Iman.
"Korang semua dengar sini baik-baik eh, jangan sesekali korang bongkarkan apa yang atuk aku ajar. Kalau tak, kau tahu apa yang akan jadi." Tegas Zack bersuara.
Iman dan SISTERZ yang lain hanya diam tidak bersuara kerana sudah lalu di beri peringatan sebegitu.
"Kenapa aku rasa beban eh? Salah ke kita nak belajar benda tu?" Sara bersuara.
"Sara, kau pun tahu kenapa kan? Kita tak sengaja nampak dia dan dia anak tok Kai. Tak mustahil kalau tok Kai tak ajar dia benda yang sama dia ajar kita. Boleh jadi lebih. Jadi lebih baik, kita diam je." Iman bersuara tenang. Dalam hati dia berdoa agar keadaan baik-baik sahaja.
-
"WEI kau rasa apa maksud dorang tadi tu?" Tanya Fakrul yang sudah duduk di pondok.
"Aku rasa, mereka ada rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan orang lain." Teka Arzan.
"Dan benda tu pastinya penting. Kalau tak, dorang takkan bereaksi macam tu." Sokong Fauzi.
"Apa pun, kita kena siasat. Kalau dorang ada masalah, kita kena cuba bantu." Nazmi bersuara.
"Eh, dah tangkap cintan ke bro?" Gelak Fakrul.
"Tangkap cintan ke apa ke itu belakang cerita. Yang penting point aku sekarang ni, siasat apa je yang ada kaitan tentang dorang." Arah Nazmi.
"Uwww macam detective conan lah." Arzan senyum suka. Macam budak-budak.
Nazmi hanya diam tanpa suara. Otaknya hanya memproses satu nama. Imani Sofea. Orang yang sudah mendapat tempat di situ. Di mana? Biarlah rahsianya.
-
IMAN berjalan kaki pulang ke rumah dari sekolah. Ayahnya sibuk jadi di sebabkan itulah, tiada siapa yang daoat mengambilnya dari sekolah.
Baru sahaja beberapa minit melangkah, 3 lelaki keluar dari semak samun. Lebih kepada 3 lelaki remaja. Muka mereka sudah menunjukkan reaksi nakal.
"Apa kau nak hah!" Jerit Iman. Kakinya melangkah ke belakang perlahan-lahan.
"Alahai, takut ke cik adik. Jangan risau. Kitaorang nak main je dengan cik adik." Kata salah seorang dari mereka.
"Jangan dekat! Atau korang dapat balasan!" Jerit Iman lagi. Kali ini, dia betul-betul berharap agar ada seseorang yang boleh menolongnya.
Tiba-tiba, Iman terpijak batu membuatkan dia jatuh terduduk.
"Aduh!" Adunya kesakitan.
"Alolo, sakit ke sayang. Meh abang tolong." Lelaki tadi mendekati Iman. Iman hanya mampu menyorong dirinya ke belakang kerana sudah tidak mampu berdiri.
Di satu sudut yang lain...
"Weh weh, tu bukan Iman ke?" Tegur Arzan.
Nazmi yang mendengar nama Iman terus menoleh. Kelihatan Iman sedang di ganggu oleh 3 lelaki. Awalnya, Nazmi hanya membiarkan saja. Namun apabila melihat Iman terjatuh dan lelaki tadi mendekatinya, dia terus berkata,
"Jom." Fauzi, Arzan dan Fakrul terkejut dengan tindakan berani Nazmi. Mereka hanya mengikuti langkah Nazmi namun langkah mereka terhenti apabila...
Kembali pada sudut Iman
Lelaki itu sudah hampir dengan Iman. Hanya beberapa tapak dan mungkin Iman tak dapat selamatkan dirinya lagi.
Tiba-tiba, lelaki-lelaki tadi menjauh darinya akibat tumbukan padu dari seseorang.
"Argh!" Lelaki tadi mengerang kesakitan.
"Lelaki jahanam!" Jerit Zack. Ya, Zack ialah orang yang memukul lelaki yang cuba mengganggu Iman.
"Siapa benarkan kau sentuh perempuan aku?!" Jerit Zack lagi. Belum sempat tangannya menumbuk pipi lelaki itu, lelaki itu berlari lintang pukang kerana ketakutan.
"Huh." Zack mengeluh kasar melihat Iman.
"Kau, haih, apa gunanya atuk aku ajar kau segala seni apa semua kalau kau tak reti nak pakai?" Marah Zack. Nasib sahaja dia sempat menahan lelaki itu kalau tidak, entah apa yang akan terjadi pada Iman.
"Maaf susahkan kau, aku masih ragu-ragu sama ada nak guna atau tak." Iman menjawab.
"Haih kau ni kan-" belum sempat Zack menyambung ayatnya, matanya menangkap figura Nazmi dan ahli BLACK yang lain sedang memerhati dirinya.
"Argh s***!" Zack terus berlalu kerana tahu rahsianya bakal terbongkar.
Iman meluruskan kakinya yang sedikit terseliuh sebelum berdiri tegak. Kakinga yang berdenyut meminta di urut cuba di tenangkan.
"Apa maksud Zack tadi?" Iman terkejut. Bila masa Nazmi ada di belakangnya?
"Aku tak nak kau balas soalan aku dengan soalan. 3 soalan. Macam mana kau boleh tersungkur macam ni? Kenapa Zack tolong kau? Apa maksud Zack tadi? Itu je, aku bagi kau masa untuk fikirkan jawapan. Isnin, waktu rehat, jumpa dekat pondok belakang sekolah." Selepas berkata begitu, Nazmi terus berlalu pergi.
Iman terdiam. Bakalkah rahsianya terbongkar?
-
NAZMI tiba di rumah bersama Fauzi. Kelihatan Rafiq yang masih berusia 15 tahun ketika itu sedang elok menonton televisyen.
"Eh, abang Az dan abang Zi dah balik." Mereka berpaling dan kelihatan Syifa yang elok bertudung menuruni tangga.
"Sini adik abang." Nazmi mendepa tangannya meminta Syifa untuk memeluknya.
"Adik rindu abang." Lembut saja bicara Syifa di telinga Nazmi.
"Abang pun rindu adik juga. Ni, yang lain mana?"
"Ummi pergi kedai dengan walid, abang Shah, abang Kimi dengan abang Qal. Abang Zim dan abang Fir keluar dengan kawan. Abang Fiq dekat situ. Abang Sai tengah rehat. Demam. Ni adik nak masak bubur ni." Beritahu Syifa. Nazmi hanya mengangguk membiarkan Syifa memasak bubur untuk Saiful.
"Az, aku nak cakap satu je. Kalau dah jatuh, jangan tangguh lagi. Takut nanti orang lain yang ambil." Sengaja Fauzi berkata begitu. Macamlah dia tidak dapat bezakan pandangan Nazmi pada perempuan dengan pandangan Nazmi pada Iman. Amatlah ketara!
Nazmi hanya diam. 'Imani Sofea, you drive me crazy, dear.' Getus hatinya
-
DI LUAR sebuah rumah yang usang, 4 orang gadis sedang berlatih seni mempertahan diri.
"Hiya!" Jerit gadis itu sebelum tendangannya tepat mengena pada kayu dan kayu tersebut patah kepada dua.
Ye, mereka SISTERZ. Mereka belajar seni pertahankan diri, seni bela diri, silat, taekwando, yoga dan sebagainya daripada guru mereka iaitu, tok Kai.
"Ingat, kamu belajar semua ni bukan untuk begaduh atau saja-saja. Kamu belajar semua ni untuk kegunaan yang penting seperti contoh, musuh menyerang kamu. Jikalau kamu salah guna kuasa, kamu akan dapat akibatnya." Lembut suara Tok Kai berbicara namun sinis sungguh ayatnya itu.
"Baik!" Jerit SISTERZ serentak.
"Sebelum kamu berlalu pergi, saya ada nak bagitahu sesuatu. Mulai esok, kelas kamu bukan pada saya lagi. Tetapi pada cucu lelaki saya, Zaki." SISTERZ mengeluh. Tahu hari ini akan tiba jua.
Zaki dan 3 lagi kawannya tampil ke hadapan bersama senyuman. Bukan senyuman kebanggaan, senyuman yang paling sinis.
Bagi SISTERZ, malam petaka sudah mula muncul.
-
HARI ITU berlalu seperti biasa. Tiada apa yang istimewa. Iman bergerak sedikit lambat ke tempat latihan pada hari itu kerana mempunyai perjumpaan pengawas. Tambahan lagi kawannya telah pergi dulu menyebabkan dia susah untuk keluar dari asrama.
"Terlewat ke?" Satu suara menyapa gegendang telinga Iman. Iman menoleh. Kelihatan Zack sedang menunggang basikalnya. Mungkin juga terlambat menuju ke tempat latihan.
"Hm." Iman hanya menggumam sahaja.
"Nak tumpang?" Pelawa Zack.
"Takpelah, aku lebih rela jalan kaki. Buat senaman sebelum latihan nanti."
"Hm, okay." Kayuhan Zack di perlahankan kerana mahu serasi dengan Iman.
"Kenapa kau nak masuk latihan ni?" Tanya Zack memulakan bicara.
"Kau buat-buat tak tahu ke memang tak tahu?" Soal Iman kembali.
"Hah maksud kau?" Pertanyaan Zack membuatkan Iman tahu bahawa tok Kai tidak memberitahu apa-apa padanya.
"Hm, dulu, ayah kau tu gangster sekolah. Dia sekolah satu sekolah dengan ibu aku. Ibu aku selalu kena buli dengan ayah kau sampai satu masa tu, ayah kau mengamuk entah sebab apa tempias dekat ibu aku sampai ibu aku masuk hospital." Iman menarik nafasnya sebelum kembali menyambung cerita.
"Ayah kau kena soal siasat oleh polis. Takde siapa yang nampak kejadian tu jadi polis tarik balik kes. Salah satu sebab kes tu di tarik sebab datuk dan nenek aku tak nak libatkan polis. Datuk dan nenek kau terhutang budi sebab tak masukkan ayah kau ke lokap."
"Apa yang datuk kau ajar kau mula dari apa yang datuk kau ajar ayah kau. Tapi ayah kau tak dapat hadam benda tu. Sebab tu, lepas je ibu aku sihat macam biasa, datuk kau yang ajar ibu aku segala yang dia pelajari. Sampai sekarang, datuk kau turunkan ilmu tu pada kau dan ibu aku turunkan ilmu dia pada aku. Motif aku satu je, aku tak nak jadi perempuan yang lemah." Iman menghela nafas panjang apabila selesai bercerita.
Zack hanya diam. Dia tahu ayahnya pernah masuk lokap tapi dia tak tahu pulak sebabnya. Rupanya ada kena mengena dengan rakan yang satu sekolah dengannya.
Iman hanya diam melihat Zack yang masih memikirkan ayatnya tadi. Dalam diam, Iman mengeluh. Ada cerita di sebalik semua itu.
Ayah Zack pernah di masukkan ke lokap sebanyak 3 kali akibat percobaan mengambil dadah haram. Iman dan rakannya pernah ternampak kejadian di mana ayah Zack membeli dadah tersebut dan tanpa sengaja, ayah Zack ternampak mereka.
Memandangkan ayah Zack kenal ibu dan bapa mereka, ayah Zack mengugut mereka. Kalau sekiranya mereka membuat aduan polis, ayah Zack akan membunuh mereka. Sebagai bukti, atuk kepada Iman di bunuh depan mata mereka.
Semenjak itu, Iman selalu takut dengan Zack dan kalau boleh, dia tidak mahu melawan Zack kerana takut Zack bersikap seperti ayahnya. Kejadian atuknya mati di depannya jelas di penglihatannya.
Hehe, sorry korang, macam Zack pulak watak utama😂
Kerana mengingati kisah itu, kepalanya menjadi sakit secara tiba-tiba membuatkan langkahnya terhenti.
"Eh, kau kenapa? Okey ke tak?" Soal Zack dan bagi Iman, itulah kali pertama dia melihat sisi yang berlainan pada Zack, keprihatinannya.
"Okey takpe." Mereka meneruskan langkah.
Entah kenapa, hati Iman terasa seperti benda buruk bakal menimpa dan seperti ada yang memerhati mereka. Dia menoleh di setiap sudut sehingga dia tertancap pada seorang figura berseragam hitam di sebalik dinding berhampiran tempat latihan mereka.
"Kau kenapa toleh-toleh ni?" Soal Zack rimas.
"Jalan macam biasa. Ada orang tengah perhati kita." Iman hanya bereaksi biasa namun dalam hati, ketakutannya itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Zack terdiam. Siapa mereka?
-
ALANGKAH terkejutnya Iman apabila mendapati kawan-kawannya juga kawan-kawan Zack terikat pada tiang.
"Apa yang-" belum sempat habis bicara Iman, seseorang menepuk tangan.
"Nur Imani Sofea dah datang. Kenapa lama sangat?" Sinis bicara ayah Zack, Zakaria.
"Ayah, ayah buat apa dekat sini?" Soal Zack hairan. Lebih hairan apabila ayahnya mengenali Iman.
"Zack, anak ayah. Ayah kat sini sebab nak tamatkan riwayat perempuan dengan kau ni." Tegas saja Zakaria bersuara.
"Kenapa kau ganggu aku? Dalam perjanjian cakap kalau aku atau keluarga aku tak buat laporan polis, kau takkan ganggu kami kan!" Marah Iman. Mukanya sudah mula memerah.
"Bukan aku yang ingkar janji tu tapi keluarga kau! Keluarga kau buat aduan polis dah sekarang, polis tengah cari aku!" Iman terkejut.
"Aku akan tamatkan riwayat kau dulu macam mana aku tamatkan riwayat atuk kesayangan kau. Lepas tu, tunggulah keluarga kau yang lain menyusul." Sinis bicara lalu mendepakan tangannya menyuruh dia 'masuk ke gelanggang'.
"Nak tolong aku?" Iman menoleh kearah Zack.
"Iman, aku tak tahu apa-apa tentang kau dan ayah aku. Kalau kau nak suruh aku tolong kau lawan ayah aku, aku- aku tak boleh. Dia ayah aku. Aku-" Iman mengangguk terus menghentikan kata-kata Zack.
"Wah Zack, sejak bila berubah ni?" Pelik Zakaria di buatnya.
"Kau jangan nak banyak tanya. Biarlah dia nak berubah ke apa, aku harap dia tak jadi macam ayah dia!" Iman sudah mengepal penumbuk. Kejadian atuknya di bunuh oleh manusia di depannya ini membuatkan kemarahnya semakin meningkat.
"Hiyaa!" Iman berlawan dengan Zakaria. Antara mereka berdua sangat sengit. Kedua-dua mereka tidak mahu menyerah. Masing-masing mahu menang seperti dalam perlawanan.
"Hargh!" Zakaria menekan dada Iman sehingga Iman terhentak amat jauh di lantai.
"Itu je ke yang kau ada, hm?" Zakaria mencengkam leher Iman sehingga menyebabkan Iman sukar bernafas.
"Lepaskan dia!" Jerit Zack lalu memukul Zakaria dari tepi.
"Uhuk uhuk!" Terbatuk Iman di buatnya.
"Zack, kenapa ni? Bukan kamu pun selalu buli mereka ke?" Soal Zakaria pada Zack.
"Ye, Zack selalu buli dorang. Tapi Zack tak pernah ada niat nak bunuh dorang. Dorang kawan Zack, ayah. Kalaulah sekiranya, Zack terpaksa bunuh ayah yang punya kesilapan besar demi nyawa kawan Zack yang langsung tiada dosa pada ayah, Zack sanggup." Iman dan yang lain agak terharu dengan Zack.
"Kau, anak tak guna!" Lalu Zakaria dan Zack. Perlawanan itu agak sengit. Masing-masing menggunakan ilmu yang di pelajari.
Iman mengambil kesempatan ini untuk melepaskan rakan-rakannya.
"Maafkan aku terpaksa libatkan korang." Jujur Iman amat rasa bersalah.
Buk!
"Zack!" Iman menjerit kuat. Zack di pukul kuat hingga tersungkur kasar. Iman berdiri lalu tampil menghadap Zakaria.
"Hiyaa!" Iman melawan Zakaria. Dia tidak akan mengalah!
"Argh!" Zakaria memukul perut Iman lalu Iman menendang perut Zakaria kakinya.
"Kurang ajar!" Lalu Zakaria menumbuk dada Iman lalu menendang perut Iman sehingga Iman terhentak pada dinding.
"Urgh!" Iman mengerang kesakitan. Siapa lagi hendak menolongnya? Zack sudah cedera teruk. Kawan-kawannya masih terikat. 'YaAllah, bantulah hambaMu ini.' Doa hati Iman.
"Nak ucapkan selamat tinggal pada dunia?" Sinis bicara Zakaria.
"Ja-ngan." Lemah Zack bersuara.
"Hiyaaa!" Tanpa di duga, seorang lelaki menendang bahu Zakaria dari sebelah kanan.
"Apa yang-"
"Jangan bergerak, polis sudah mengepung kawasan ini!" Suara mikrofon polis kedengaran.
2 orang pegawai polis menggari tangan Zakaria lalu membawanya ke kereta polis untuk di tahan di balai.
"Iman!" Jerit Nazmi lalu pergi kearah Iman. Ye, Nazmi dan rakan-rakannya yang memanggil polis dan menyelamatkan situasi itu.
Flashback
Sewaktu Nazmi dan rakan-rakannya pulang, mereka ternampak Iman dan Zack yang sedang berbual lalu Nazmi mencadangkan untuk mengekori mereka.
Sampai saja di tempat usang itu, mereka nampak Zakaria dan Iman yang sering bertikam lidah sebelum Iman bertindak memukul Zakaria. Nazmi mengarahkan Arzan menelefon polis.
Mereka melihat pertarungan sengit itu sementara menunggu polis datang. Nazmi tidak dapat berdiam diri lalu berdiri untuk membantu dan tepat pada masa, polis datang.
End of Flashback
"Iman, Iman bertahan." Ucap Nazmi. Iman kelihatan amat lemah ketika itu.
"Maaf, gaduh dengan a-awak masa tu. Te-terima ka-kasih sebab tolong." Selepas berkata begitu, Iman terus tidak sedarkan diri.
"IMAN!"
-
Zaman kolej
SEJAK kejadian itu, BLACK dan SISTERZ semakin rapat. Selepas sahaja mendapat keputusan SPM, mereka berpisah untuk belajar di kolej berlainan. Arzan, Fakrul, Siti dan Aisyah belajar di kolej UiTM.
Sara dan Fauzi belajar di kolej UniKL manakala Nazmi dan Iman belajar di UTM. Mereka sudah berada di tahun akhir.
Tentang hubungan mereka, masih dalam fasa pertama. Belum ada keberanian untuk ke fasa seterusnya.
"Iman!" Panggil Nazmi. Iman yang sedang duduk di sebuah kerusi meja bulat itu menoleh lalu senyum apabila melihat Nazmi.
"Ye, kenapa?"
"Rajinnya dia belajar sampai tak ingat sahabat dia dekat sini." Rajuk Nazmi.
"Ish awak ni, dah besar pun masih merajuk." Ejek Iman. Penutup pen di ambil lalu dia menutup pennya.
"Pukul berapa kelas?" Tanya Nazmi.
"Pukul 2."
"Habis?"
"Pukul 4 tapi lepastu ada study group sampai pukul 5.30 petang." Jawab Iman tenang.
"Yelah, final year kan? Mestilah banyak assignment kena buat." Ucap Nazmi. Iman hanya angguk.
"Eh Az, dah nak pukul 2 ni, Iman pergi dulu ye."
"Em okay, eh Iman, malam nanti free tak?" Soal Nazmi lagi.
"Eh, ye kut. Kenapa?"
"Az nak ajak Iman makan malam. Boleh tak?" Iman senyum sebelum dia mengangguk.
"Boleh je, nanti Az send location ye? Iman pergi dulu, assalamualaikum." Nazmi melihat susuk tubuh Iman yang semakin menjauh. Harap malam ini menjadi malam yang terindah.
-
"MAAF Iman lambat." Suara yang lembut itu menyapa gegendang telinganya.
"Takpe, Az pun baru sampai. Duduklah." Nazmi membuka kerusi untuk Iman.
"Terima kasih."
"Oh ye, Syifa macam mana? Dia dah okey ke?" Soal Iman.
"Alhamdulillah, setakat ni dia okey je. Cuma, dia dah tak boleh aktif sangat macam dulu."
"Iman doakan untuk kesihatan Syifa." Doa Iman.
Perbualan mereka terhenti apabila makanan yang Nazmi pesan untuk dirinya dan Iman sudah sampai.
"Makanlah dulu." Pelawa Nazmi. Iman mengangguk.
"Alhamdulillah." Ucap Iman setelah selesai makan.
"Amboi, kenyangnya dia." Usik Nazmi.
"Iman, Az ada sesuatu nak cakap."
"Nak cakap apa Az?" Soal Iman.
"Iman, Az suka Iman." Krik krik.
Suasana menjadi senyap buat seketika.
"Iman, Az tak nak sebab luahan Az ni, kita jadi kekok atau apa. Jujur Az cakap, tanpa Iman, Az rasa hidup Az tak lengkap. Buat masa sekarang, Az cuma mampu lamar Iman jadi teman wanita Az. Iman sudi?" Iman tunduk malu.
"Setuju."
"Alhamdulillah, terima kasih Iman bagi Az peluang. Nanti bila Az dah ada kerja, baru Az lamar Iman jadi isteri pulak." Iman mengangguk.
Nazmi menarik nafas lega. Kini, dia tahu gadis di hadapannya hampir menjadi miliknya. Harap-harap, tiada yang bakal mengganggu hidup mereka.
Nazmi senyum. Dia tahu, Iman adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi teman hidupnya. Semoga jodoh mereka berkekalan.
-
T A M A T
Tamatlah kisah antara Nazmi dan Iman. Pasal kahwin apa semua dah ada dekat bab yang sebelum ni. Ni bah terpanjang antara semua tau. 3850 patah perkataan. Terima kasih yang sudi menyokong.
Selepas ini, Nazim × Farhana.
Bongkar sikit jom🙄
Kisah Nazim dengan kekasih lamanya.
Kisah Nazim yang playboy di zaman sekolah.
Konflik mula berlaku.
Kedinginan serta kemurungan bertahun-tahun lamanya.
Mula terjumpa si cinta hati.
Kisah Farhana.
Hmm, point lah saja kut, hihi yang lain kenalah tunggu.
Terima kasih sekali lagi dan assalamualaikum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro