Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 70-EPILOG

Bismillah, thanks sebab sebab support Ly selama ni...
-
7 tahun kemudian....

SYIFA melihat anak-anaknya yang sedang bermain di dalam kolam air. Setelah 7 tahun berlalu, kini dia dan Haiqal sudah mempunya 6 orang cahaya mata dan sekarang, dia mengandung buat kali ke 3.

Syifa menganggap ini sebagai anugerah yang Maha Esa. Al-maklum ikut keturunan agaknya. Abang-abangnya juga sahabat-sahabatnya juga sudah berkahwinan dengan pilihan hati dan berbahagia.

"Abang Al!" Suara kanak-kanak berusia 6 tahun itu kedengaran. Itulah anak ketiganya, Haifa Asyiqin.

"Ish Ifa ni! Janganlah jerit." Marah anak sulungnya, Qalfa Rusyaidi.

"Abanglah, tolak Ifa kenapa?" Muka cemberut itu di tunjukkan.

"Alah, tolak sikit pun merajuk." Ejek anak keduanya pula, Qauwish Baihaki.

"Hish, abang Al dengan abang Wish sama je, suka buli Ifa." Gadis itu hampir mengeluarkan air matanya.

"Aiyok abang Al, abang Awish buat kak Ifa nangis. Aiyok, bagitahu ummi." Ejek Irfan Nawawi, anak keempatnya yang berusia 4 tahun.

"Alah Ifa, abang Al ngan abang Wish main-main je. Janganlah nangis." Pujuk Qalfa.

"A..abang jahat." Tangis Haifa lagi.

"Ye, ye. Abang jahat dah jangan nangis, buruk." Qauwish melap air mata pada pipi kembarnya itu. Meskipun mereka sering berkata kasar, namun masih ada sifat penyayang dalam diri mereka.

"Siapa nak mandi?" Jerit Qalfa. Semua kanak-kanak di situ mengangkat tangan.

"Jom terjun!" Sorak anak kelima dan anak keenam Syifa, Izham Qawi dan Iqram Lawi.

Syifa tersenyum kecil melihat anak-anaknya bermain kolam. Rasa bahagia. Ya, dia bahagia. Sangat bahagia.

'YaAllah, kebahagian yang Engkau berikan ini terlebih cukup buatku. Terima kasih yaAllah.'

"Assalamualaikum, abi dah balik!" Terjengul wajah Haiqal dengan pakaian kerjanya di muka pintu yang menyatukan ruang tamu dengan halaman belakang.

"Abi!" Jerit kembar kedua itu.

"Seronok main?" Tanya Haiqal selepas mencium ubun-ubun anak-anaknya.

"Seronok. Fan nak bawa ummi tapi ummi cakap ummi tak boleh." Beritahu Irfan.

"Ye, ummi mana boleh berenang. Kan ummi tengah kandungkan adik kamu semua. Nak main tak dengan adik nanti?"

"Nak! Ifa nak adik perempuan. Lelaki nanti jadi geng abang. Nanti adik join abang buli Ifa." Rajuk Haifa sedikit pelat apabila menggunakan bahasa inggeris.

"Alah, baby boy seronoklah. Bila besar nanti boleh tolong abi dengan ummi sebab lelaki kan kuat. Kan abi, ummi?" Sampuk Qalfa.

"Ye, ingat ye, baby boy ke baby girl ke, mereka tetap adik kamu. Layan mereka sama macam kamu layan adik beradik lain okay?" Semua mereka mengangguk.

"Dah, jom masuk. Kita makan petang. Lagipun dah nak asar kan." Semua anak-anaknya akur lalu mengambil tuala menutup badan mereka.
-
SYIFA melipat baju yang baru sahaja selepas di sidai. Sambil itu, dia menonton siaran langsung drama yang turut di tonton oleh suami serta anak-anaknya.

"Abi, Ifa dah ngantuklah." Haifa berkata sambil menggosok matanya yang sudah semakin tertutup.

"Kami pun lah abi." Mereka yang lain berkata serentak.

"Hm, pergi tidur. Al, pergi hantar mereka pergi bilik." Arah Haiqal.

"Baik abi, kami masuk tidur dulu. Assalamualaikum. Kami sayang ummi dan abi." Mereka menyalami tangan kedua ibu bapa mereka.

"Kami sayang kamu juga." Haiqal dan Syifa menjawab serentak. Bahagia. Anak mereka sangat patuh akan arahan mereka.

"Sejuk perut sayang mengandung anak yang patuh macam diorang." Senyum Syifa.

"Haih, dari mula drama ni sampai sekarang tak siap lagi ke sayang lipat baju ni?" Soal Haiqal.

"Belum masih banyak lagi. Ni bakul kedua. Semalam sayang letih sangat tulah sampai banyak sangat hari ni." Rungut Syifa.

"Dah, mari abang tolong." Syifa senyum. Haiqal memang suami yang terbaik buatnya. Selalu menolongnya sewaktu dia letih.

"Sayang? Alahai sayang ni, abang dah tolong dia boleh tenung kite pulak?" Haiqal menggelengkan kepalanya menahan geli di hati.

"Sayang."

"Ye."

"Lepas ni, kite ikat ye?" Syifa yang faham maksud Haiqal hanya diam seketika sebelum mula membuka mulut.

"Kenapa? Abang tak nak ada anak lagi ke?" Soal Syifa.

"Bukan macam tu sayang, cuma abang masih..."

"Trauma? Itu yang abang nak cakap kan? Ye, sayang tahu abang masih trauma kejadian tu. Tapi semua tu dah berlalu abang. 7 tahun dah pun. Sayang masih hidup kan? Abang dah banyak kali cakap macam tu tapi tak jalan jugak." Geram rasanya. Haiqal selalu cakap dia trauma tapi masih juga tak tertunai.

"Kali ini, abang dah tekad sayang. Abang akan ikat sayang. Cukuplah, anak kita kan dah ramai. Lagipun abang tak sanggup tengok sayang sakit lagi." Pujuk  Haiqal.

"Yelah, sayang ikut je." Syifa akur. Tak mahu dia jadi isteri yang derhaka.

"Betul? Sayang tak marah?" Haiqal meminta kepastian.

"Buat apa nak marah? Ini semua untuk kebaikan kita juga kan?" Haiqal senyum lalu memaut badan Syifa.

'YaAllah, terima kasih kerana memberiku isteri yang baik, patuh serta bertanggungjawab. Kau berilah kami kekuatan untuk terus kuat menjaga masjid rumah tangga kami.' Doa Haiqal. Tenang rasanya dapat berada dekat bersama Syifa.
-
4 BULAN sudah berlalu. Kini, Syifa sudah di masukkan ke dalam wad pembedahan setelah 3 jam berlalu sejak air ketubannya pecah.

"Sayang." Haiqal yang berada di sebelahnya memanggil. Itu dia, suaminya yang sentiasa berada di sebelahnya pada saat begini.

"Hey, stay strong okay. For me, for our children, for our family and friends." Dia memberi sokongan. Sakit yang dia hadapi ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu.

"Puan, bagi saya periksa laluan servik puan ye. Macam biasa, kalau laluan dah terbuka 10cm baru boleh mula meneran ya." Dokter itu berbicara sebelum mula memeriksa.

"Abang, sakit!" Syifa mengerang kesakitan apabila dokter tersebut mula memasukkan jarinya.

"Sabar sayang." Haiqal memujuk.

"Abang, maaf...kan segala dosa sayang pa...pada ab..abang." Tersekat-sekat Syifa berkata kerana menahan kesakitan.

"Shush, don't talk. Abang dah maafkan segala dosa-dosa sayang. Jangan risau. Abang jamin sayang akan selamat."

"Baik puan, laluan sudah sepenuhnya terbuka. Bila saya kata push, puan teran ye." Syifa hanya mengangguk tanda akur.

"Satu, dua, tiga. Push!" Dia meneran sekuat hati.

"Lagi puan, push!" Sekali lagi dia meneran.

"Lagi puan!" Jeritan demi jeritan dokter kedengaran menyuruhnya meneran.

"Kepala bayi dah nampak. Sekali lagi puan, push!" Sekali lagi dia meneran sekuat hati. Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum kedengaran suara bayi menangis.

"Bayi lelaki puan." Syifa tersenyum melihat bayi itu sebelum kesakitan tadi mula menyerang kembali

"Baik puan, bayi kedua pula. Satu, dua, tiga, push!" Syifa meneran sekuat hati.

"Lagi puan, satu dua tiga, push!" Syifa meneran kuat dan tanpa menunggu arahan dari dokter, dia meneran sekali lagi. Bagai di pulas rasa pinggannya saat ini.

"Bayi lelaki lagi." Dia menarik nafas. Sakitnya yaAllah.

"One more. Sedia puan. Satu, dua, tiga, push!" Jerit dokter itu. Syifa meneran.

"Lagi puan. Push!" Dia meneran lagi.

"Lagi puan. Push, push!" Dia penat. Sakitnya yaAllah.

"Sayang, jangan berhenti. Kuat, kuat untuk anak kita." Haiqal memberi kata-kata semangat. Syifa meneran sekuar hati dan lagi seorang bayi keluar. Syifa menarik nafas lega.

"Lelaki puan. Tahniah." Aku senyum. Namun tidak lama selepas itu, satu lagi kesakitan mula menyerang.

"Argh!" Syifa menjerit kerana kesakitan kali ini lebih sakit berbanding tadi.

"Ada lagi seorang bayi puan." Dokter tadi berbicara. Syifa memandang Haiqal. Ye, mereka tidak tahu apa-apa. Yang mereka tahu cuma ada tiga bayi sahaja.

"Macam mana..."

"Mungkin bayi itu tersorok ketika membuat pemeriksaan. Kami sudah biasa menghadapi situasi ini. Teran puan. Nanti bayi lemas. Satu, dua, tiga, push!" Syifa menggenggam tangan Haiqal sekuat hati lalu meneran.

"Lagi puan. Satu, dua, tiga, push!" Syifa meneran namun kesakitan itu masih belum hilang.

"Puan kena teran lagi kuat. Nampaknya bayi masih belum menunjukkan kepalanya. Teran lagi puan. Push!" Dia menarik nafas lalu menolak. Terasa kepala bayi itu baru sahaja menunjukkan diri.

"Lagi puan." Syifa sudah terkulai lemah. Mataku juga hampir tertutup.

"Stay strong sayang. Don't close your eyes. Ingat, sayang ada abang. Sayang ada anak-anak yang perlukan sayang. Sayang ada keluarga dan sahabat yang sayangkan sayang." Haiqal memberi sokongan hangat.

"Sedia puan. Puan kena guna sepenuh tenaga yang puan ada. Satu, dua, tiga, push!"

"Ergh!" Syifa terjerit kecil apabila meneran.

"Terakhir puan. Satu dua tiga! Push!" Sekali lagi teranan yang paling kuat di buat.

"Alhamdulillah puan, bayi perempuan." Syifa senyum lalu memandang Haiqal.

"Tadi encik ada bincang nak ikat, jadi ke?" Haiqal memandang Syifa sebelum dia mengangguk.

"Ye." Syifa melihat kearah bayi-bayi ku yang sedang di bersihkan. Nampaknya merekalah yang terakhir.

"Encik, encik nak buat atau nak saya sahaja?"

"Saya buat." Syifa memejam matanya. Lalu dengan rasminya, Haiqal mengikatnya dalam maksud lain Syifa tidak dapat melahirkan lagi.

Syifa melihat Haiqal menghampiri katil yang khas buat bayi kecil. Lalu kedengaran suara merdu Haiqal mengazankan mereka.

'YaAllah, inilah kali terakhir aku dapat melihat semua ini.' Bisik hatinya

Itulah perkara terakhir yang dia lihat sebelum matanya tertutup rapat.
-
Syifa's P.O.V

AKU membuka kelopak mataku perlahan-lahan. Bau ubat membuat aku tahu yang aku sudah berada di dalam wad.

"Sayang." Haiqal muncul di hadapanku dengan senyuman. Dia sedang mendukung seorang bayi.

"Hah adik, amboi anak dah sepuluh eh anak dia. Ikut ummi lah." Sakat abang Sai.

"Abang apa kurangnya, anak dah 5 kan. Tambahlah lagi." Aku membalas. Abang Sai hanya selamba tetapi Syirah sudah memerah.

"Abang, mana satu abang?" Tanyaku pada Haiqal.

"Yang abang pegang ni yang paling awal. Yang abang Az pegang yang kedua. Yang Saiful pegang ketiga. Yang Nasrul pegang perempuan. Yang paling bongsu." Terang Haiqal.

"Nah adik." Abang Nas menyerahkan bayi perempuan itu padaku.

"Wajah dia sebijik macam adik masa kecil." Kata abang Az.

"Harap perangainya sama macam adik. Baik, peramah." Aku mengangguk mengiyakan kata-kata abang Kimi.

"Ummi, ni adik ke?" Soal Qalfa pada ku.

"Ye sayang." Aku senyum.

"Nak bagi nama apa?" Tanya abang Zim.

"Yang dekat Qal, Iman Ruqya. Dekat abang Az, Iman Safwan. Dekat abang Sai, Iman Syukri. Bayi bongsu ni Iman Raudhah." Aku senyum. Sudah lama aku berbincang nama ini dengan Haiqal.

Setelah beberapa jam berbual, semua pulang. Aku diarahkan untuk pulang pada besok hari kerana aku masih dalam pengawasan dokter.

"Bahagia?" Suara Haiqal menyapa gegendang telingaku.

"Mestilah bahagia. Tersangatlah bahagia." Kataku. Aku melihat anak-anak ku yang sudah terlena di atas sofa dan ada juga yang sudah terlentang di karpet yang di bawa dari rumah.

Ye, kebenaranya aku tersangatlah bahagia. Hadirnya keluarga aku serta sahabatku ketika aku kehilangan orang yang aku sayang, walid dan ummi. Hadirnya anak ku ketika aku hampir kehilangan nyawaku.

Aku hanya seorang gadis biasa, yang tak mampu berbuat apa-apa. Hanya takdir menentukan segala.

Perancangan Allah itu memang hebat. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.
-
T A M A T

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani.

Setelah beberapa bulan berhempas pulas akhirnya Aku Hanya Seorang Gadis Biasa telah sampai ke penghujungnya.

Terima kasih kepada yang:

=>baca💓

=>vote💓

=>komen*

=>masukkan cerita ni dalam reading list💓

=>dan setia menunggu hingga ke akhirnya💓

Mohon maaf jika terdapat:

=>typo😓

=>terkasar kata😓

=>short update😓

=>lambat update😓

=>dan clichè😓

PENGHARGAAN BUAT:

=>kimfarah_taerah

=>qistinamakhtar

=>Syuhadarsm_

=>MalikaUrwah

=>natasha010830

=>PsjJnhyk

=>blossom269

=>mmoush_09

=>tsyafiqahts

=>chococoa_

=>lyaqyh

Yang setia vote dari awal hingga ke akhir walaupun pada akhir-akhir ini banyak menghilang😂

Sekali lagi, terima kasih sudi baca dan untuk pengetahuan semua, saya akan membuat special chapter untuk abang-abang serta sahabat-sahabat Syifa yang lain🤗

Let's tag:

dunnolicious
Shieyruna
atqhnr
azwari85
mmoush_09
NazHaniz0101
bellofa
CtNorLiana
FAzzahrah
nisahsulaihe
Aayuniiie
Diah171204
__sweetypie

Jemput baca cerita ni🤗

And guys, jom baca cerita dorang. Best gilerrr👍🏻😍

Sesiapa yang minta promote cerita, dm me and i will promote😉

Terima kasih dan assalamualaikum🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro