Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7-MENTOR

Bismillah, selamat membaca semua💕
-
KEPALANYA diletakkan di atas meja. Memandang seorang pun pelajar dari kelas belum datang, dia mengambil kesempatan untuk merehatkan kepalanya.

Sungguh dia penat, kalau kejadian yang sama berlaku lagi, ianya dah masuk kali ketiga. Tak mustahil Syifa boleh masuk semula ke hospital. Benda itu paling di benci olehnya.

"Yow Fa, kau okey tak ni?" Tegur Ikmal yang baru tiba.

"Waalaikumsalam, aah aku okey je." Balas Syifa bersama perlian.

"Ish kau ni, pagi-pagi dan perli orang." Marah Ikmal sambil meletakkan begnya di kerusi tempat dia duduk. Dia duduk sebaris dengan Syifa cuma dia hujung sebelah kiri dan Syifa sebelah kanan.

"Kau bertugas tak hari ni?" Soal Ikmal lagi.

"Mestilah, dahlah perbarisan pagi. Aku kena jaga barisan perempuan tingkatan 3, 4 dan 5 yang gediknya masha Allah." Bebel Syifa. Walaupun dia menahan sakit, dia tetap tersenyum.

"Yow bro, sis. Bual apa?" Sampuk Kasyaf iaitu rakan sekelas mereka merangkap sahabat kepada Ikmal yang datang entah dari mana.

"Waalaikumsalam." Perli Syifa dan Ikmal serentak. Ketawa mereka melihat muka cemberut Kasyaf.

"Assalamualaikum." Ucap Waliyah, penolong ketua kelas 5 Teratai.

"Waalaikumsalam." Dah banyak kali jawab salam. Tapi takpe. Jawab salam wajib. Masalahnya tadi tu takde orang bagi salam pun dia jawab salam jugak.

"Ni baru betul. Bukan masuk main terjah je." Sindir Syifa kepada Ikmal dan Kasyaf. Walaupun dirinya tidak berapa suka bergaul dengan lelaki, tapi untuk hubungan KAWAN SAHAJA dia boleh.

"Eh dahlah, aku kena tur..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sewaktu dia berdiri, dia hampir terjatuh kerana kepalanya berdenyut kencang. Namun tangannya sempat memegang kearah meja.

Waliyah yang perasan hal tersebut menerpa kearah Syifa.

"Fa okey tak ni?" Soal Waliyah cemas. Siapa tak cemas lihat kawan sendiri yang boleh tahan rapat buat muka macam menahan sakit yang...tak payahlah terangkan.

"Aku okey, aku okey." Balas Syifa.

"Weh serious lah. Okey apanya kau hampir jatuh, then muka kau macam tahan sakit. Betul-betullah." Desak Ikmal.

"Ye betul aku okey. Dahlah aku nak pergi bertugas. Korang jangan lambat. Kalau lambat, dengarlah ceramah percuma dari aku." Pesan Syifa dengan gurauan. Haih, sakit-sakit pun bergurau.

"Yelah, yelah, kami ni bukan baru hari ni sekolah kat sini." Marah Kashaf. Syifa ketawa kecil lalu berlalu keluar dari kelas itu.

Keluar kelas, terserempak pula dengan manusia yang kalau boleh dia tak nak jumpa selepas apa yang dia katakan semalam. Dialah Haiqal. Syifa cuba mengelak namun namanya di laung.

"Ye kenapa?" Soal Syifa.

"Kau jaga tingkatan 3, 4 dan 5 bahagian perempuan." Katanya walaupun bukan itu yang hendak dikatan sebenarnya.

"Tahu."

"Ee..."

"Ada apa-apa lagi?" Soal Syifa dengan nada menyampah rasanya.

"Sukan nanti dekat dewan." Syifa pelik.

"Kau ingat aku ni takde telefon ke sampai tak baca teks teks dekat grup?" Pelik dengan perangai Haiqal.

Haiqal pulak. 'Apa susah cakap jelah nak minta maaf.' Kata hatinya.

'Kau ingat senang.' Kata otak pula.

'Ego tu cuba rendahkan sikit.' Kata hati.

"Ergh, Syifa aku nak minta mm..." kata-katanya terhenti. Tidak mampu untuk teruskan percakapannya. Aduh susah betul watak keras kepala ni.

"Minta?" Syifa mahu sambungan ayat Haiqal.

"Minta mm...minta...minta mm...makanan. Hah makanan. Aku lapar tak sarapan." Dalihnya. Lain di fikir lain dikata. Susah cakap, percakapan pun bersabdu. Haih.

"Lapar beli lah dekat kantin. Masih sempat. Jangan lewat pulak. Nanti apa pulak orang kata. Kau larang orang tapi kau sendiri buat benda tak patut." Sejurus kata-kata itu, Syifa berlalu pergi.

Haiqal meraup mukanya kasar. Di tampar-tampar mulutnya. Apa yang susah sangat nak kata maaf? Haish.

"Woi Qal, gila eh tampar-tampar mulut?" Sergah Mika yang entah dari mana datangnya.

"Oi maafkan aku! Aish kau ni, terkejut aku." Marah Haiqal. Mukanya merah disebab 2 perkara. Marah terhadap Mika. Malu sebab terlatah.

"Hah dekat siapa kau buat salah ni. Baik kau minta maaf. Kalau tak, takut orang tu hantui kau." Kata Muiz pula membuat aksi seperti hantu.

"Mengarutlah kau. Dah jom turun. Eh jap, Saiful mana?" Soal Haiqal bila tidak melihat susuk tubuh sahabatnya yang seorang lagi.

"Entah, tadi dia cakap dia nak jumpa sir Shah. Masa ni aku tak tahulah." Beritahu Mika. Haiqal mengangkat kening.

'Semalam sir Shah jumpa Syifa. Hari ni jumpa Saiful pula. Apa hubungan sir Shah dengan dorang dua ni? Adik beradik? Tak mungkin sebab waktu makan dekat rumah dorang takde pulak. Suami Syifa? Takkanlah. Sir Shah dah kerja. Syifa ni SPM pun tak. Tapi boleh jadi jugak. Tapi muka sir Shah macam iras-iras muka abang Azmi dengan abang Azim lah. Tapi takkanlan, jauh kut nama dorang.'

Bebel hati Haiqal. Dia menghampus perasaan itu sebelum dia berlalu pergi ke tapak perhimpunan pagi bersama 2 rakannya itu. Mika yang bukan pengawas masuk ke barisan. Muiz pergi ke barisan lelaki tingkatan 1 dan 2. Haiqal pula barisan lelaki tingkatan 3, 4 dan 5.
-
SELESAI perbarisan pagi, pelajar belum lagi di benarkan untuk masuk ke kelas kerana pengetua hendak berucap. Ketika itulah, semua pelajar mengeluh. Pengetua ni kalau berucap boleh jadi lebih dari 10 minit.

"Jadi untuk program mentor, saya nak nama-nama yang saya panggil untuk tinggal sekejap." Arah pengetua.

"Naim dan Waqif dari kelas 3 Mawar."

"Ishraf dan Hilman dari kelas 3 Teratai."

"Qalish dan Haziq dari kelas 3 Jasmin."

"Fikri dan Rahim dan kelas 3 Lavendar."

"Izzat dan Said dari kelas 3 Lily."

"Batrisya dan Malissa dari kelas 3 Ixora."

"Amani dan Kayra dari kelas 3 Tulip."

"Iwana dan Izara dari 3 Daisy."

"Zurina dan Syakirah dan 3 Mawar."

"Siti dan Damia dari 3 Tulip."

"Syifa dari kelas 5 Teratai."

"Haiqal dari 5 Mawar."

"Insyirah dari 5 Tulip."

"Saifullah dari 5 Ixora."

"Ainul dari 5 Daisy."

"Muizzudin dari 5 Lavendar."

"Syafiqah dari 5 Lily."

"Mikael dari 5 Jasmeen."

"Daniel dari kelas 5 Lily."

"Masyita dari kelas 5 Lavendar."

"Baik itu sahaja. Yang lain boleh masuk kelas." Arah pengetua lagi. Awalnya, Haiqal, Syifa, Muiz dan Ain menyusun pergerakan pelajar dan kemudiannya barulah berkumpul.

"Kamu semua, pelajar tingkatan 5 yang berada di sini akan menjadi mentor kamu. Setiap petang kamu akan belajar pelajaran yang mentor mahu. Siapa ingkar, dia akan di denda. Kecuali dia ingkar benda yang salah, itu mentor yang dipersalahkan."

1000 words!

Kata pengetua. Tiba-tiba, seorang pelajar mencelah.

"Alah lecehlah ada mentor-mentor ni." Kata Naim.

"Yelah." Sokong pelajar yang lain.

"Sudah sudah. Baik. Nama yang saya sebutkan kena pergi ke arah mentor mereka." Pengetua menarik nafas sebelum menyambung.

"Naim dari kelas 3 Mawar dan Malissa dari kelas 3 Ixora, mentor kamu ialah Syifa dari 5 Teratai." Syifa mengangkat tangan supaya pelajar itu tahu lokasinya. Dengan langkah malas, Naim pergi kearahnya. Namun Malissa sebaliknya, dia suka Syifa jadi mentornya. Yelah, siapa tak nak mentor pengawas terkenal.

"Ishraf dari kelas 3 Teratai dan Amani dari kelas 3 Tulip. Mentor kamu ialah Haiqal dari kelas 5 Mawar." Haiqal tidak mengangkat tangan. Gila kut tak kenal. Ketua Pengawas sekolah kut.

Dan begitulah seterusnya. (Ps, Ly akan buat sesi mentor dan kamu akan tahu siapa mentor kepada siapa.)

Setelah perbincangan tamat, mereka kembali semula ke kelas masing-masing. Seperti biasa, Syifa, Haiqal, Muiz dan Ain pergi melapor di tingkat 6.
-
KELAS sukan baru bermula. Semua pelajar tingkatan 5 menuju ke dewan atas arahan Shahrul. Mereka membuat dua barisan untuk setiap kelas. Barisan lelaki dan perempuan.

"Assamualaikum, good morning class." Jerit Shahrul.

"Waalaikumsalam warrah matullahi wabarokatuh, good morning sir." Ucap mereka mereka serentak dan bacaan doa di baca.

"Baik semua, memandangkan hari ini hari pertama kelas sukan di adakan selepas buka sekolah, saya akan adakan sukan biasa sahaja iaitu joging."

Ramai yang merungut kerana bosan. Ada yang gembira sebab sukan ringan je. Lalu mereka hanya patuh. Mereka ada masa sejam untuk bersukan.

Mulanya mereka hanya fikir Shahrul memberi 2 atau 3 pusingan je. Tapi sampai sekarang sudah 7 pusingan tetapi Shahrul belum ada tanda-tanda untuk arahan berhenti.

Pada pusingan ke lapan, ramai yang sudah putus asa. Hanya tinggal Hot Boy, Usrah Jamilah, Khairul dan Emma sahaja lagi.

Pusingan sembilan, hanya Syifa, Haiqal, Syirah, Saiful, Khairul dan Emma. Namun hanya setengah pusingan Emma mengalah. Pusingan ke sepuluh, Syirah dan Khairul mengalah.

Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi. Syifa kelihatan tenang kerana lariannya tidak seperti berlumba. Saiful hanya mengikuti langkah adiknya. Haiqal cuma beberapa langkah di depan. Dan pusingan ke sebelas, Haiqal mengalah. Saiful masih setia bersama Syifa.

Akhirnya pada pusingan ke lima belas, Shahrul mengarahkan mereka untuk berhenti. Tercungap-cungap nafas Saiful. Dia sebenarnya sudah kalah tetapi dia nak ada dengan adiknya jikalau ada sesuatu buruk berlaku.

"Syifa Aulia Nur Hasanah dan Hasan Saifullah. Kamu berdua memang mempunyai bakat dalam sukan. Sir ucap tahniah pada kamu. Syifa, sir bangga dengan kamu. Kamu langsung tak tunjuk riak letih semasa berlari. Saiful, sir pun bangga dengan kamu. Kamu memang kembar yang bagus."

Shahrul memegang bahu mereka berdua. Dia terlupa yang identiti adik beradik mereka masih di rahsiakan. Cepat-cepat Syifa melarikan bahunya. Mukanya di buat-buat marah supaya pelajar lain tak mengesyaki apa-apa.

Shahrul yang baru perasan hal itu mula resah. Tapi matanya jelas menangkap yang Saiful dan Syifa memberi isyarat untuk berlakon kerana sudah ramai pelajar yang berbisik dan melihat kearah mereka.

"Apa sir ni! Sir! Adik saya ni bukan mahram sir untuk sir pegang. Dia ni adik saya tahu tak!" Tengking Saiful. Walaupun dia malu, dia tetap teruskan untuk merahsiakan identiti mereka.

"Maafkan sir, sir tak..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Syifa memotong.

"Sir ingat saya ni apa nak di pegang-pegang. Walaupun tak sengaja tapi tetap berdosa sir!" Marah Syifa dan pada masa itu juga lonceng waktu rehat berbunyi. Syifa berlalu keluar. Begitu juga Saiful.

'Ish adik aku ni. Pandai sangat berlakon. Tapi dah lebih. Habis populariti aku. Jaga kau dik.' Gumam hatinya. Semua pelajar keluar dari dewan selepas di beri arahan.
-
KETAWA. Sedari tadi Usrah Jamilah hanya ketawa. Ain teruk. Sampai menangis lepas tu tekan-tekan perut. Adeh. Habis semua pandang pelik.

"Aduduh, sakit perut aku ketawa. Sampai macam tu sekali kau nak sorok." Gelak Insyirah. Syifa cuma tersenyum. Tidak larat untuk ketawa. Sekarang, mereka berada di bilik pelajar yang selalu di gunakan untuk belajar atau rehat ataupun mengisi masa lapang.

"Adeh, ni, Fa. Kau bertugas tak?" Soal Syafiqah setelah ketawanya berhenti. Syifa mengangguk.

"Dekat mana?" Soal Ain pula.

"Aku dekat...tak silap aku kat kantin. Kau dekat makmal kan?" Tanya Syifa semula kepada Ain. Ain pula mengangguk.

"Aku dengan Muiz. Dahlah dia tu kalau dengan aku pok pek pok pek je kerja dia. Haih." Rungut Ain. Syifa mengeluh bila teringat pasangannya pada hari ini.

"Kau kenapa mengeluh?" Pelik melihat Syifa. Jarang sekali.

"Hari ini, aku..aku bertugas dengan Haiqal." Katanya.

"Yang kau nak mengeluh pahal? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?" Tanya Iqah ingin tahu. Syifa cuma menggelengkan kepala menyembunyikan hal sebenar. Tiba-tiba, pintu bilik itu di buka dari luar. Kelihatan Hot Boy datang kearah mereka.

Suasana senyap antara mereka. Haih apa ni, datang tak di jemput lepastu diam je memanjang. Hm, diam salah bising lagilah salah. Syifa melihat jamnya.

"Weh korang, aku nak bertugas. Aku pergi dulu eh. Assalamualaikum." Ucap Syifa lalu dia bergegas keluar.

"Syifa." Panggil Haiqal. Langkah Syifa terhenti. 'Apa lagi dia nak ni!' Marah hati Syifa.

"Ye?" Sahut Syifa.

"Hari ni kita tak payah bertugas. Pengetua sendiri yang arahkan. Kita kena jumpa pengetua, puan Wardah dan beberapa guru lain untuk taklimat tentang program mentor tu." Beritahu Muiz pula.

Syifa mengangkat kening. Pelik atas 2 perkara. Satu, baru je dua hari sekolah, dah tak payah bertugas? Kedua, jarang pengetua ni tak bagi bertugas, ni dah kenapa?

"Hm yelah." Syifa akur dan kembali duduk di kerusi tadi. Hot Boy mengambil tempat di hadapan Usrah Jamilah.

"Weh, betul ke tadi sir Shah pegang bahu kau? Betul ke tadi kau marah sir?" Soal Mika bertalu-talu. Syifa memandang tajam kearah Saiful. Dia ni nak sorok ke nak bagitahu. Akhirnya Syifa angguk jua.

"Gile, aku tak sangka sir buat macam tu." Seru Muiz pula. Syifa resah. Tidak mahu nama abangnya di buruk-burukkan.

"Mungkin sir tak sedar kut. Lagipun sir pernah cakap muka kami sama macam adik sir. Mungkin sir ingat aku ni adik dia ke mana tahu kan."

2000+ words!

Syifa membela abangnya. Haiqal merenung Syifa tajam.

"Dia dah pegang kau macam tu. Kau masih nak bela dia! Wei dia tu cuma cikgu yang kau nak hormat sangat kenapa!" Tengking Haiqal.

"Memang. Tapi aku sebagai murid kena hormat dia. Aku murid dan dia tu cikgu."
'Dan dia abang aku.' Namun kata-kata itu hanya mampu di sambung di dalam hati.

"Huh, sudahlah kau. Aku nasihat tak nak dengar." Haiqal berlalu pergi di ikuti Mika dan Muiz. Saiful belum berganjak.

"Takpe dik, selagi adik nak rahsiakan identiti kita, kita teruskan. Abang akan setia di sisi adik." Ucapnya lembut sebelum mengikuti langkah Hot Boy yang lain.

Syifa menggeleng kepala perlahan. 'Takpelah Haiqal, kau boleh maki, caci dan hina aku. Aku tetap akan pertahankan keluarga aku walaupun ia hanya lakonan. Tunggulah sampai kebenaran muncul.' Bisik hati Syifa.

Bersambung...

2100+ words guyz. Paling panjang bab ni. Harap korang semua suka. Tekan vote. Kalau nak comment, dipersilakan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro