BAB 69-ENDING
Bismillah...
-
SEMUA masih tidak percaya apa yang berlaku di hadapan mereka. Syifa yang baring di hadapan mereka di tenung.
"Err, kenapa semua pandang macam tu?" Soal Syifa ragu-ragu.
"Oh my, Syifa! Kau tahu tak kau dah buat jantung kami macam nak gugur bila dapat tahu kau dah takde? And now, kau hidup and talk like nothing happen just now!" Marah Ain.
"Sorrylah, kau ingat tak sakit ke? Dahlah orang tu tangan dia terketar-ketar je tadi." Sempat Syifa memerli Haiqal.
"Okay now, tell us everything. Macam mana adik boleh hidup semula?"
"I...i don't know. Semua ni takdir Allah untuk adik. Allah takdirkan adik untuk pergi sekejap sebelum hidup semula." Terang Syifa.
"Kau membazirkan air mata aku tahu tak!" Marah Iqah pula. Semua gelak dengan amarah Iqah itu.
Mereka semua berbual selama beberapa jam sebelum waktu melawat tamat.
"Bro, jaga adik aku baik-baik. Sorry marahkan kau tadi. Aku..."
"Takpe aku faham. Adik kesayangan kan? Takpe bro." Haiqal menumbuk sedikit bahu Saiful. Mereka bersalam gaya mereka sendiri sebelum Saiful meminta diri.
"Sayang."
"Hm?"
"Jangan tinggalkan abang lagi. Sayang tahu tak sayang dah buat air mata jantan abang keluar depan abang-abang dan sahabat kita tadi?" Syifa tergelak dengan kenyataan di hujung itu.
"Hish, sayang. Orang tengah marah dia gelak pula." Suara Haiqal sudah seperti merajuk.
"Alah abang, okey okey sayang tak gelak. Janganlah merajuk." Tangan Syifa cuba menyapai tangan Haiqal namun Haiqal sengaja menjarakkan dirinya.
Syifa mengeluh. Kesan jahitan di perutnya yang berlapik baju itu di pandang. 'Takpe kut.'
"Argh!" Syifa mengerang kesakitan. Apabila dia cuba menggerakkan tubuhnya mendekati Haiqal, tiba-tiba terasa sakit pada kesan jahitannya itu.
"YaAllah sayang!" Jerit Haiqal. Haiqal meletakkan tubuh Syifa kembali ke kepala katil.
"Hish sayang ni, susahlah abang nak merajuk kalau macam ni." Rungut Haiqal. Syifa ketawa kecil.
"Eh, abang tak kerja ke?" Soal Syifa.
"Lah, kan abang shif petang tadi."
"Kenapa tak tukar baju? Kan lepas bedah tadi."
"Hm, yelah. Abang pergi tukar dulu. Sayang jangan gerak tau. Ingat, kesan jahitan tu belum pulih sepenuhnya." Arah Haiqal. Syifa hanya mengangguk tanda akur.
Syifa melihat susuk tubuh Haiqal yang berlalu ke tandas.
'YaAllah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini lagi bersama orang yang aku sayang. YaAllah, terima kasih kerana menghadirkan Haiqal sebagai suamiku. Sungguh, aku amat menyayanginya.'
-
SUDAH semingu berada di hospital. Syifa di benarkan untuk berpantang secara tradisional di rumah. Namun begitu, dia di arahkan oleh pihak hospital untuk tidak banyak bergerak kerana takut kesan jahitannya terbuka.
"Sayang, jom makan." Wajah Haiqal terpancul di muka pintu.
"Eh abang, kenapa bawa masuk makanan. Sayang boleh jalan lagilah." Ujar Syifa.
"Takpe, sekali sekala. Sayang kena ingat walaupun bilik ni dekat bawah, sayang tetap tak boleh banyak bergerak kecuali ada orang teman." Pesan Haiqal.
"Dah, sayang nak makan." Mangkuk yang berisi bubur itu di capai namun di rampas oleh Haiqal.
"Biar abang yang suapkan." Terang Haiqal bila muka Syifa seperti hendak merungut.
"Aaa taknak, sayang nak makan sendiri." Rengek Syifa.
"Takde, kalau sayang tak nak abang suapkan, abang tak nak bawa sayang jumpa triplets."
"Apa? Sayang dah boleh jumpa triplets ke?" Ceria suara Syifa.
"Ye boleh, sayang kan ummi dorang. Lagipun mereka tinggal sebulan lagi dekat sana." Syifa senyum lalu dia menggesa Haiqal untuk menyuapkannya makanan.
"Amboi, sweetnya suap-suap makan sampai abang dia dekat sini pun dia tak endah kan?" Tersedak Syifa di buatnya apabila si 'dia' menegur dari muka pintu.
"Hish kau ni kan! Kesian isteri aku." Marah Haiqal ketika si 'dia' masih sakan gelak.
"Abang Sai memang nak adik mati cepat ke? Hari tu bukan main menangis, marah Haiqal adik dah takde." Ejek Syifa.
"Hah, mengungkitlah tu."
"Ada apa kau masuk bilik ni?" Tanya Haiqal seraya menyuapkan lagi sesudu bubur ke dalam mulut Syifa.
"Saja, nak tengok adik kesayangan aku ni." Usik Saiful.
"Dah, abang nak keluar dulu. Sayang borak dulu dengan abang Sai." Sejurus selepas itu, Haiqal keluar.
"Dik." Syifa menoleh kearah Saiful.
"Abang nak kahwin."
Krik...krik...krik
"Aa....abang tak...main-main kan?" Tergagap-gagap Syifa di buatnya.
"Tak, abang serious. Abang nak kahwin. Adik orang pertama yang tahu." Beritahunya.
"Dengan siapa?"
"Our bestfriend, Siti Izzati Insyirah." Terbeliak mata Syifa dibuatnya.
"Sy...syirah?" Melihat anggukan Saiful membuat mulut Syifa melopong.
"Abang biar betul?" Syifa terjerit sedikit kerana terlalu terkejut. Sempat Saiful menutup mulutnya.
"Ish adik ni kan, nanti abang Az dengar susah lah." Rungut Saiful.
"Tak payah nak sorok sangat. Abang dah dengar pun." Satu suara menyapa gegendang telinga mereka.
Nazmi masuk ke dalam bilik itu lalu menegakkan tubuhnya di dinding bilik itu.
"Kalau nak kahwin, beritahu abang. Sai ikat dia kalau betul Sai cintakan Syirah sepenuh hati. Benda baik tak payah di lambatkan." Nazmi senyum sebelum keluar bilik.
"Kejap, abang Az bagi greenlight ke tu?" Saiful jerit. Melihat anggukan Nazmi sebelum dia keluar, Saiful menjerit kegembiraan.
Syifa ketawa kecil. Nampaknya, abang kembarnya itu bakal membina bahtera perkahwinan bersama sahabatnya, Insyirah.
-
SYIFA melihat anak-anaknya yang sudah berusia 3 bulan itu. Hari ini, majlis aqiqah buat anak-anak kembarnya itu.
Syifa melihat pula dirnya di pantulan cermin. Baju bewarna biru yang di sediakan oleh Haiqal cukup cantik di matanya.
"Sayang." Terkejut Syifa apabila Haiqal memeluk pinggangnya dari belakang.
"Ish abang ni, terkejut tau." Syifa memegang dadanya.
"Alaa, sayang ni. Abang main main je. Janganlh merajuk. Cuba senyum." Syifa ketawa kecil melihat Haiqal yang memujuknya seperti sedang memujuk anak kecil.
"Hah, kan comel ketawa tu." Haiqal pula senyum.
"Abang ni, pujuk macam pujuk anak kecil." Lalu dia ketawa tanpa had.
"Dah puas gelak sayang?" Merah muka Haiqal memahan marah.
"Dah, haha okay dah." Syifa tergeleng menahan sisa tawanya. Entah di mana lawak pun tidak tahu.
"Jomlah abang, mesti semua dah tunggu dekat luar." Haiqal mengangguk lalu mengekori isterinya dari belakang.
"Hah turun pun. Buat apa lama sangat dekat bilik tu?" Tanya Syasya, kakak Haiqal.
"Buat anak." Selamba Haiqal menjawab. Dia senyum mengusik memandang Syifa yang mukanya sudah merak bak tomato segar.
"Hish main-main pulak dia. Anak baru 3 bulan mengada-ngada nak anak lagi. Kalau kau yang beranak takpe juga, kan Syifa?" Kesian Syasya melihat adik iparnya yang malu-malu itu. Sudahlah muka Syifa ni putih, nampak merah mukanya bila dia blushing. Mulut Haiqal ni pun tak betapis langsung.
"Dah jom, orang lain dah beratur dah." Syasya menarik tangan Syifa ke barisan lalu acara majlis aqiqah di mulakan.
"Amboi orang tu, senyum sampai ke telinga nampak. Bahagia ke?" Usik Fendi, suami Syasya.
"Gila tak bahagia. Aku bahagia, bang. Dapat cinta Syifa dah cukup bagi aku. Dia hanyalah seorang gadis biasa, tapi kesempurnaan fizikal serta hati dia amatlah luar biasa." Fendi senyum dalam diam. Dia berlalu pergi meninggalkan adik iparnya itu.
'YaAllah, terima kasih kerana telah menganugerahkan seorang isteri yang amat baik kepadaku serta ibu yang baik pada anak-anakku ini yaAllah. Terima kasih untuk kebahagiaan ini.' Haiqal senyum. Ye, dia bahagia.
-
Bersambung....
Tadaaa, hehe jadi tak prank kite? Haha, last bab before epilog. Hm, jujur sekali pagi Ly cakap, Ly tak pandai nak buat ending. Stay tuned guys😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro