BAB 62-KANTOI
Bismillah💞
-
SYIFA sedar dari lenanya semalam. Semalam ialah malam yang paling mengerikan dalam hidupnya. Dia dirogol tanpa rela oleh suaminya sendiri. Dirogol tanpa belas kasihan.
Syifa mengambil bajunya bagi menutup tubuhnya yang terdedah itu. Keadaannya amat lemah sekarang ini kerana tidak memakan ubat pada malam hari.
Dia mula membersihkan diri. Haiqal masih belum bangun. Mungkin kesan daripada serbuk yang dituang oleh Haima ke dalam minuman Haiqal. Syifa tidak menyalahkan Haiqal. Lagipun Haiqal tidak sedar.
Syifa turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia memakai baju berlengan panjang melebihi paras tapak tangannya kerana tidak ingin Haiqal nampak kesan lebam di lengannya itu.
Hari ini, Haiqal dan Syifa bekerja pada shif yang sama. Syifa bersyukurlah juga. Dapat dia pantau perbuatan yang di lakukan oleh Haima pada Haiqal.
"Hai, sayang!" Tegur Haiqal secara mengejut sambil memeluk Syifa dari belakang. Syifa yang terkejut terhempas tangannya pada dinding sinki yang berada di depannya ketika itu.
"YaAllah sayang, sorry abang tak sengaja." Tangan Syifa yang terhempas itu di tarik, namun perbuatannya itu membuat Syifa mengerang kesakitan.
"Auch!" Tangan Haiqal tepat mengena kearah kesan lebam di lengan Syifa. Haiqal yang perasan dahi Syifa berkerut seperti menahan sakit terus mensinsing lengan baju Syifa.
Hampir terbuntang luas mata Haiqal melihat kesan lebam itu. Haiqal dapat rasakan bukan itu saja kesan lebam yang Syifa ada. Dia menarik lengan baju sebelah kiri Syifa dan di situ terdapat juga kesan lebam.
"YaAllah sayang! Apa semua ni? Kenapa tak beritahu abang?" Cemas Haiqal bersuara. Syifa mengeluh perlahan.
"Beritahu abang sayang. Siapa buat semua ni?" Dan saat itu, mata bulat Syifa merenung tepat ke mata Haiqal. Jujur Syifa katakan, amat ketara yang suaminya itu tidak tahu apa-apa.
"Abang tak ingat apa yang jadi semalam?"
"Sayang, dari hari tu sayang selalu tanya apa jadi semalam, apa jadi semalam. Ada apa sebenarnya?" Marah Haiqal. Syifa mengeluh perlahan. Harap Haiqal dapat terima apa yang dia bakal ceritakan.
Syifa sekali lagi melihat tepat ke mata Haiqal lalu dia menceritakan segalanya dari mula dia dapat rasakan perubahan Haiqal, hingga kedinginan Haiqal terhadapnya, juga apa yang Kamilia cerita, tidak lupa apa yang Haima telah lakukan dan terakhir, kejadian malam semalam.
Syifa memejam matanya erat saat selesai menceritakan segala yang berlaku. Lain pula Haiqal, hampir terkeluar biji matanya mendengar cerita yang di sampaikan oleh Syifa.
"Abang yang buat semua ni?"
"Abang sakiti sayang?"
"Abang dera sayang sampai macam ni?"
Segala persoalan Haiqal di jawab dengan anggukan oleh Syifa. Haiqal memejam matanya erat. Cuba mengingatkan segala yang berlaku namun, gagal.
"Abang minta maaf sayang, abang... abang langsung tak ingat apa yang berlaku. I'm really sory." Ucap Haiqal syahdu.
"Takpe, bukan salah abang. 'Syaitan' dalam badan abang yang buat." Senyum Syifa.
"Eh tapi tadi sayang cerita, Haima? Haima masukkan serbuk dalam minum abang?" Syifa mengangguk.
"Kamilia yang beritahu sayang. Dia ternampak Haima masukkan serbuk dalam minuman abang waktu abang dengan dia ada dekat pantri." Beritahu Syifa.
"Takpe sayang, lepas ni, kita cari tahu apa yang jadi." Haiqal dan Syifa senyum. Sekali lagi, tautan mata mereka bersatu.
'YaAllah, kau kekalkanlah masjid rumah tanggaku ini. Jangan kau biarkan masjid itu roboh disebabkan kemarahan mahupun salah faham.' Doa hati Syifa.
"Abang..."
"Hm?"
"Kalau sekiranya satu hari nanti, sayang dah takde dekat muka bumi ni, apa yang abang akan buat?" Soal Syifa. Riak wajah Haiqal berubah tegang.
"Apa sayang cakap ni?"
"Abang, please, i just want to know your answer." Rayu Syifa.
"I'll...i'll give up. Takde sesiapa yang lagi beharga selain sayang kecuali keluarga abang dalam dunia ni. Tolong, jangan tinggalkan abang." Dan saat itu juga, hati Syifa meraung. Meraung mengatakan yang dia juga tidak mahu melepaskan Haiqal.
Kansernya sudah berada di tahap kedua. Satu lagi tahap bertambah dan peluang untuk dia hidup amatlah tipis. Dan bila kansernya sudah sampai tahap satu lagi, mungkin saat itu saat terakhir dia bersama Haiqal.
-
SYIFA menelefon seseorang di luar hospital. Haiqal sedang mencari tempat letak kereta. Tadi pun Syifa hanya mengikuti Haiqal. Kerana berasa terlalu lama berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, Haiqal mencadangkan Syifa untuk turun dahulu dan menunggu dia di depan pintu hospital.
"Hello, assalamualaikum, inspektor Khai bercakap. Boleh saya tahu ini siapa?" Sapa suara garau di sebelah sana.
"Waalaikumsalam, Iril. Ni aku, Syifa."
"Oh Fa, kau rupanya. Ada apa kau call aku?" Tanya Khairil.
"Ni Iril, kau busy tak?"
"Tak, aku free je waktu ni. Tinggal siapakan report je. Ade apa?" Geram juga Khairil di buatnya apabila soalannya sedari tadi tidak di balas.
"Boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa? Kau ni, bila aku tanya boleh tak kau jawab. Dari tadi lepas aku tanya, kau jawab dengan soalan pulak." Khairil melepaskan geramnya.
"Ni, boleh tak kau datang hospital aku. Aku risau je ada perang berlaku." Itu kenyataannya. Selepas saja mereka berdua bersarapan tadi, Haiqal terus berkata yang dia hendak berjumpa dengan Haima untuk bertanyakan hal itu.
"Perang? Perang apa?" Pelik Khairil di buatnya.
"Aku tak rasa sesuai untuk aku terangkan semua ni dekat telefon. Kau datang je, nanti aku explain." Selepas mendapat persetujuan dari Khairil, Syifa menutup telefonnya.
"Cakap dengan siapa tu?" Terkejut Syifa apabila di tegur sebegitu dari belakang.
"A..abang. Takde cakap dengan sesiapalah." Dalih Syifa.
"Yelah tu. Takpelah, jom naik. Abang dah tak boleh tunggu ni nak tanya Haima." Wajah suaminya itu tiba-tiba berubah tegang. Syifa pula takut di buatnya.
"Aaa....aa yelah. Jom." Dalam hati di berdoa agar Khairil cepat tiba.
-
"HAIMA!" Jerit Haiqal ketika dia melihat Haima sedang berbual bersama seorang lelaki. Lelaki itu memberi Haima satu plastik. Haiqal dan Syifa yakin beg plastik itu ialah beg plastik yang berisi serbuk yang Haima gunakan.
Lelaki yang bersama Haima tadi lari kerana takut di tangkap. Manakala Haima terkulat-kalit menyembunyi beg plastik itu namun, nasib tidak menyebelahinya apabila beg plastik itu berjaya di rampas oleh Syifa.
"Apa ni?" Tanya Syifa.
"Apa apa? Barang aku lah. Bak sini. Kau sibuk apesal!" Marah Haima.
"Oh barang kau. Kalau aku nak tengok boleh tak?" Pinta Syifa sinis lalu berura-ura ingin membuka ikatan pada beg plastik itu.
"Jangan!" Larang Haima lalu di bergelut bersama Syifa untuk merampas beg plastik tersebut namun gagal apabila Haiqal menolong Syifa.
Zzapp...
Ikatan beg plastik itu terbuka lalu terkeluarlah segala isi di dalamnya jatuh ke lantai. Serbuk bewarna putih kelihatan banyak berterabur di atas lantai.
"Haima, jelaskan apa semua ni!" Arah Haiqal tegas. Dan akhirnya, Haima senyum sinis.
"Well, kalau kau dah tahu baguslah. Aku tak payah nak berlakon baik depan pembunuh macam kau." Haima menentang mata Syifa tajam.
"Apa kau ni? Takde angin takde ribut panggil kami pembunuh." Marah Haiqal.
"Aku tak cakap kau pembunuh. Aku cakap dengan isteri kau ni. Sebab kau, adik aku mati!" Jerit Haima lagi. Nasib ketika itu mereka berada di kawasan yang sedikit sunyi.
"Adik kau? Siapa adik kau?" Kali ini, entah mengapa bulu roma Syifa meremang. Wajah Haima di lihat penuh teliti. Kenapa macam pernah nampak?
"Kau tak tahu? Tak ingat adik aku yang masa depan dia dah rosak di sebabkan kau?" Syifa terdiam. Siapa? Kenapa dia tidak boleh ingat.
"Takpe, biar aku ingatkan kau. Nama aku Haima Nuraqila. Adik aku, Emma Syaqila."
Boom...
Jelas mata Syifa dan Haiqal membulat kerana terkejut. Kenapa selama ini mereka tidak perasan? Syifa mula berasa takut. Kesan parut akibat tikaman Emma hampir 5 tahun lepas masih berada di situ lalu di pegang. Kejadian tersebut terlayar dalam otaknya.
"Haha, now dah ingatkan. Aku benci kau sebab dah buat hidup aku dan keluarga aku merana! Ayah aku tinggalkan aku dan mak aku sebab kecewa dengan adik aku yang tikam kau. Dia ingat mak aku tak pandai jaga anak. Lepastu mak aku mati sebab terlampau rindukan adik aku. Aku terabai. Semuanya di sebabkan kau, perempuan tak guna!"
Haima bagai orang gila. Dia menolak tubuh Syifa hingga terdorong lalu memukul Syifa. Haiqal menghalang tetapi Haima tetap memukul. Dia bagai ternampak bayang Syifa sahaja di depannya. Namun apalah kudrat wanita hendak melawan lelaki seperti Haiqal.
"Jangan ganggu aku. Aku cuma nak kau rasa macam mana rasa sakitnya di tinggalkan keluarga." Haiqal terlepas pegangan tangan Haima lalu Haima meluru ke arah Syifa dengan paku di tangan.
Click..
Bunyi picu pistul di tarik kedengaran. Langkah Haima terhenti dan saat itu, bulu romanya meremang. Syifa menarik nafas lega. Paku di tangan Haima pula terjatuh.
"Angkat tangan dan jauhi diri dari perempuan tu." Haima akur. Air matanya hampir terkeluar. Syifa menghampiri Haima lalu memegang kedua belah tangannya.
"Kenapa kau buat macam ni Haima? Aku tahu kau baik. Kenapa? Kenapa kau jadi macam ni?" Soal Syifa sebak.
"Aku buat macam ni sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku nak kau merana macam mana aku merana lepas adik aku di bunuh. Aku nak kau menderita. Kau tak tahu sakitnya rasa kehilangan Syifa." Air mata Haima membasahi pipi mulusnya itu.
"Aku pernah rasa semua tu Haima. Aku kehilang walid dan ummi aku sewaktu aku muda. Aku berpangkat yatim piatu sejak umur 16 tahun. Aku kehilangan semuanya. Ummi dan walid aku kemalangan sebab di langgar. Apa perlu aku buat? Berdendam dengan si pelanggar. Haima, satu je. Dendam takkan selesai apa-apa. Kalau kau dendam dengan aku sebab adik kau mati, kau fikirkanlah, adik kau takkan hidup kembali biarpun aku mati sekalipun." Panjang lebar Syifa bercerita.
Khairil menurunkan pistolnya lalu di sisipkan ke poket sebelah kanannya. Jujur dia turut sebak mendengar luahan Syifa. Namun suara yang seperti di kenali membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak.
"Maafkan aku Syifa." Haima memeluk tubuh Syifa. Syifa terkedu namun pelukan itu di balas juga.
"Aku maafkan kau." Lalu pelukan itu terlerai. Saat Haima berpaling menghadap Khairil, mereka berdua helas terkaku.
"Nur."
"Izz."
Haiqal dan Syifa menjongket kening. Nama itu amat asing pada mereka. Satu lagi, Khairil dan Haima kenal satu sama lain?
Haima tundukkan kepalanya pada Syifa dan Haiqal lalu berlalu pergi tanpa memandang Khairil.
"Nur, tunggu!"
"Jangan ikut saya. Dan jangan panggil saya dengan nama tu. Panggil saya Haima." Sejurus itu, Haima berlalu pergi.
"Iril, terima kasih datang tadi. Kalau kau tak datang apalah nasib aku." Syifa berterima kasih kepada Khairil. Khairil tersenyum hambar.
"Sama-sama." Selepas itu, mereka kembali ke tempat kerja mereka lalu membuat kerja masing-masing.
Khairil sedari tadi memikirkan satu nama. Nama yang sudah lama tidak di sebut. Nama yang selama ini masih menetap di hati. Itulah nama Haima Nuraqila.
-
Bersambung...
Ly kembali dengan bab serba panjang. Ulalaa...ada yang nangis tak? Haha, cadang nak buat sedih tapi tak jadi, huhu😢
Apa sebenarnya kisah Khairil dan Haima? Nak tahu, mereka akan muncul selepas tamatnya Aku Hanya Seorang Gadis Biasa.
Bukan maksud Ly ada new book khas untuk mereka. Nanti, setelah selesai bab terakhir AHSGB, akan ada chapter khas untuk mereka serta abang-abang Syifa serta sahabat-sahabat Syifa.
Sebab tu, kalau nak baca kena tunggu dan terus support Ly.
Huwaa, sebenarnya nak publish semalam dah siap tulis semua tup tup, takde kredit, hehe😅tapi syukurlah jugak hari ni last Ly exam. InshaAllah dalam masa cuti nanti boleh tamat. Kalau takpun sebelum midyear exam. Kalau sekiranya tak habis juga, memang kena tunggu final year lah. Tapi harap-harap tak.
See ya, assalamualaikum👋
Oh ya, selamat hari wanita sedunia😍
Wahai wanita,
Semoga kamu cerdik, secerdik AISYAH
Semoga kamu cantik, secantik AINUL MARDHIAH
Semoga pengorbananmu besar, sebesar pengorbanan SUMAIYAH
Semoga ikhlasmu, seikhlas RABIATUL ADAWIYAH
Ini saja yang mampu ku doa. Semoga sampai doaku kepadamu.
PsjJnhyk
blossom269
mmoush_09
__sweetypie
tsyafiqahts
lyaqyh
chococoa_
kimfarah_taerah
Read my story
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro