BAB 61-HAK
Bismillah...bermula dari sekarang, saya akan buat short setiap scene, maksudnya short updatelah, maaf😢
-
HARI DEMI HARI, Syifa semakin pelik dengan perangai Haiqal. Memandangkan shifnya berbeza dengan Haiqal, waktu pulang kerumah sangat berbeza. Apabila shif Syifa bermula dari 7 pagi sehingga 3.30 petang, Haiqal akan bermula kerja 3.30 petang hingga 7 malam.
Pada ketika itulah, Haiqal berubah. Setiap kali Haiqal pulang pada waktu malam, dia akan menjadi kasar seperti meninggikan suaranya pada Syifa, menolak kasar tubuh Syifa dan sebagainya.
Tetapi, setiap kali shif Haiqal 7 pagi hingga 3.30 petang dan shif Syifa 3.30 petang hingga 7 malam tidak pula perangai Haiqal berubah kasar. Paling ketara sekali, Haiqal tidak sedar yang dia berkasar dengan Syifa malam semalam itu.
Syifa mula berasa sangsi. Bagai ada sesuatu yang menyebabkan Haiqal menjadi sebegitu. Haiqal seolah-olah...khayal. Tidak sedar akan hal yang berlaku di sekelilingnya. Syifa perlu tahu apa yang terjadi.
-
SEPERTI BIASA, pada hari itu Syifa memulakan kerja pada 7 pagi dan akan selesai 3.30 petang nanti. Memandang pada jam 9.30 pagi begini dia tidak mempunyai kerja mahupun pesakit untuk dirawat, dia mengambil peluang untuk bertanyakan kepada salah seorang kawan Haiqal yang biasanya bersama Haiqal sewaktu syif petang.
"Lia." Panggil Syifa. Lia atau nama sebenarnya, Kamilia ialah rakan Haiqal sewaktu di universiti dan mengambil course yang sama seperti Haiqal dan akhirnya bekerja satu tempat dengan Haiqal.
"Ye Syifa, kenapa?" Soal Kamilia.
"Err, saya nak tanya sikit boleh tak?" Syifa meminta izin.
"Eh boleh, tanya banyak pun takpe. Lagipun saya tengah free sekarang. Jomlah duduk dulu." Mereka duduk di kerusi yang di sediakan di kafeteria itu
"Err kan awak selalunya kerja shif petang kan dengan Haiqal?" Soalan pertama yang di ajukan oleh Syifa di jawab dengan anggukan oleh Kamilia.
"Dia kerja macam mana eh?"
"Dia okey je. Maksud saya, you know. He's a professional doctor. Saya bawah dia jadi i can say he is a good leader." Puji Kamilia.
"Awak ada nampak emm, like benda buruk yang berlaku pada dia tak?" Soal Syifa sangsi.
"Benda buruk? Maksud Syifa?" Pelik Kamilia dengan pertanyaan Syifa. Syifa memikirkan ayat untuk diucapkan.
"Contohnya macam Haiqal tiba-tiba berubah dingin atau kasar atau...you know, like he's changed without you knowing the reason." Terang Syifa.
"Hm let me think..." Kamilia meletakkan tangannya ke dagu dan menoleh keatas seolah-olah ada awan dan di dalam awan itu terisinya ingatan apa yang berlaku pada Haiqal.
"Hah! Ada!" Tiba-tiba Kamilia mengangkat satu jari ke udara setelah menyalanya lampu mentol. Macam dalam movie pulak😂
"Setiap kali lepas waktu rehat as in dalam pukul 5 petang, dia macam berubah. Tiba-tiba diam, and saya selalu nampak dia urut kepala dia. Mungkin dia pening. Tapi, tak lama lepas tu, dia stop. Dia macam..." kata-katanya terhenti di situ.
"Macam?" Kamilia ragu-ragu untuk menjawab.
"Hey Lia, just say it." Pujuk Syifa.
"Haiqal seolah-olah macam...macam khayal." Zzap... Itu dia yang Syifa cari.
"Awak tahu tak penyebab Haiqal jadi macam tu?"
"Saya tak tahu tapi..." Jeda.
"Tapi yang saya tahu dia selalu rehat dengan Haima. Dan Haima selalu buat minuman untuk Haiqal." Syifa tersentap dengan kenyataan Kamilia. Hatinya seolah-olah di hantui dengan perasaan...cemburu?
"Okay, thanks for the info Lia. If awak tahu sebab Haiqal jadi macam tu, awak roger je saye eh?" Syifa berura-ura untuk pergi sebelum Kamilia menangkap tangannya.
"Saya rasa saya tahu kenapa." Dan saat itu, Syifa kejang mendengar kenyataan yang di sebut oleh Kamilia. Kenapa? Kenapa mesti 'dia'?
-
SYIFA menanti kepulang Haiqal dengan hati yang berdebar. Tiba-tiba dia nampak cahaya lampu kereta dari arah tingkap. Pasti Haiqal sudah pulang. Syifa melihat Haiqal masuk dengan muka dingin. Semestinya itu 'kesan'nya.
"Abang, kejap." Panggil Syifa.
"Apa lagi kau mahu ni? Aku penatlah." Rungut Haiqal namun Syifa tidak terasa. Yang dia tahu sekarang, dia mahu kenyataan sebenar tentang keadaan suaminya itu.
"Abang kejap, saya nak cakap dengan abang ni." Jerit Syifa bila Haiqal mula mendaki tangga.
"Apa kau nak hah! Tak faham bahasa ke aku nak rehat!" Jerit Haiqal kuat.
"Saya cuma nak tanya, apa yang Haima buat dekat abang hingga abang jadi macam ni?" Ye, itu yang dia mahu tahu. Dia mahu kebenaran dari mulut suaminya sendiri.
"Heh..." Haiqal senyum sinis.
"Kenapa kau perlu tahu?" Haiqal mendaki tangga ke biliknya.
"Sebab saya ada hak saya."
"Hak? Hak apa yang ko ada pada diri aku?" Sinis soalan Haiqal apabila mereka tiba di bilik.
"Saya ada hak saya sebagai isteri abang. Sekarang saya nak tanya, apa hak abang berdua-duaan dengan Haima waktu shif kita bekerja tak sama!" Jerit Syifa.
Tipu kalau dia kata hatinya tak sakit. Hati isteri mana yang tak sakit bila mendengar dari mulut orang bahawa suaminya selalu rehat berdua dengan perempuan lain di tempat yang orang lain di larang untuk berada?
"Kau tak layak nak sebut nama Haima! Haima lebih sempurna daripada kau!" Marah Haiqal. Entah kenapa tiba-tiba Haiqal berubah emosi.
"Walaupun saya tak sempurna, saya tetap isteri abang. Tolong abang, sayang merayu jangan dekat dengan Haimadan jangan minum air yang dia bagi." Rayu Syifa.
Ye, itu yang dia dapat dari Kamilia.
"Masatu waktu rehat, saya tak keluar ke kantin sebab kerja berlambak. Jadi saya cadang nak buat minuman dekat kafeteria. Tepat waktu saya nak kesana, saya dengar suara orang berbual. Saya yakin itu suara lelaki dan perempuan. Saya menyorok di sebalik dinding dan nampak Haiqal dan Haima ada dekat situ. Mereka berbual membelakangi satu sama lain."
"Maksud Lia? Membelakangi satu sama lain?"
"Ye, Haiqal menoleh kearah kanan sedangkan masa tu Haima membuat minuman di belakang Haiqal. Saya nampak yang Haima..."
"Haima...?"
"Haima keluarkan beg serbuk dari poket sambil perhati Haiqal. Mungkin dia takut Haiqal nampak. Lepastu dia masukkan serbuk tu dalam cawan minuman Haiqal. Saya nampak perubahan Haiqal satu ke dua minit lepastu dia akan pening dan dalam 30 minit lepastu pasti dia akan berubah seolah-olah khayal."
"Kenapa aku tak boleh minum air tu? Aku lebih rela minum air tu dari hadap muka hodoh kau." Selepas itu, Haiqal bersiap sedia untuk membersihkan diri.
"Tak, sebagai isteri sayang larang abang untuk dekatkan diri abang dengan Haima. Dan jangan sesekali abang minum atau makan apa yang di beri!" Syifa mula meninggikan suaranya. Walau apapun dia terpaksa bertindak kasar dengan suaminya.
"Kau takde hak nak tentukan segalanya!" Jerit Haiqal.
"ADA. SAYA ADA HAK SEBAGAI ISTERI ABANG UNTUK ARAHKAN ABANG. SAYA TAK AKAN BIARKAN ABANG HANYUT DALAM PERMAINAN HAIMA." Suara Syifa sudah berada di tahap maksima.
'Ya Allah, maafkan hambaMu ini kerana berkasar dengan suami. Aku tidak sanggup membiarkan suamiku dipermainkan.' Doa hati Syifa.
Haiqal mula hilang sabar dengan sikap Syifa. Dia menolak Syifa ke atas katil.
"Kau nak sangat kan cakap tentang hak. Sekarang biar aku buat hak aku sebagai suami." Lalu pada malam itu, terjadi malam yang mengerikan buat Syifa. Dia di seksa bagai hamba kepada tuan yang kejam. Di hempas sana sini hingga lebam. Hanya tangisan dan rontaan yang kedengaran.
-
Bersambung...
Ha...ini last before exam. Huhu, besok Ly exam. Doakan Ly eh, thank you😘 Sila jemput baca🤗
natasha010830
azwari85
__sweetypie
Jemput baca story ni🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro