Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6-BERSALAH

Bismillah, selamat membaca☺

Media:Syifa, Insyirah, Ainul dan Syafiqah
-

MALL menjadi tempat mereka berjumpa. Syifa sudah berpesan kepada Fauzi untuk mengambilnya jam 7.00 malam iaitu selepas maghrib.

Mereka semua melihat wayang yang di siarkan selama 2 jam. Selepas itu, mereka menuju ke kedai makan Jolibee dan memesan makanan dan minuman ringan. Mereka bergelak tawa. Entah di mana kelakarnya.

6.30 petang ialah waktu maghrib. Mereka menuju ke butik ummi Syifa iaitu butik EZFA. Umminya tiada di rumah sebab bekerja. Jadi sebab tu dia tak kesah kalau pergi ke Mall.

"Selamat datang cik Fa." Kata seorang pekerja di situ. Namanya Farwa atau lebih mesra dipanggil Wawa.

"Kak Wa, jangan panggil cik. Berapa kali nak cakap. Ni, ummi ada tak?" Soal Syifa.

"Ada, puan Ezah dekat dalam dengan tetamu. Tetamu tu datang dengan keluarga dia." Beritahu Wawa.

Syifa terangguk-angguk. Dia memang hafal semua client Faezah kecuali yang barulah. Dan client itu amat mengenali Syifa. Ialah, Syifa satu-satu anak perempuan Faezah dan Syifa merupakan pewaris butik itu.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum ummi, boleh Syifa masuk?" Pinta Syifa.

"Waalaikumsalam, hah Syifa. Panjang umur kamu. Mari masuk. Tengok siapa yang datang." Jemput Faezah. Setelah dia masuk, kelihatan keluarga Haiqal serta Haiqal sendiri berada di situ.

"Eh aunti Mira rupanya." Seru Syifa ceria. Dia menyalami tangan mahramnya lalu dia pergi ke arah umminya. Kawan-kawannya mengikutnya dari belakang.

"Dah besar dah Syifa. Kalau tak silap, dah 2 tahun kan kita tak jumpa?" Mereka berbual mesra.

"A'ah waktu Syifa 15 tahun. Masa tu Syifa jarang pergi butik ni. Lagipun waktu nak PT3." Terangnya. Umar, ayah Haiqal dan Mira ibu Haiqal cuma menganggukkan kepala.

"Em, Syifa minta diri dulu ye. Nak pergi surau kejap." Dia berlalu pergi setelah menerima anggukan.

Haiqal pula sedari tadi merenung Syifa. Dia masih tersentap dengan ayat Syifa petang tadi. Syifa pula sebaliknya. Tak sekali pun dia melihat kearah Haiqal. Benci kah dia?

"Tak baik renung dia. Anak dara orang tu." Usik Fendi, suami kepada kakak sulungnya Syasya.

"Ish mana ada abang ni." Dalih Haiqal.

Fendi ketawa. Suka dia mengusik adik iparnya itu.
-
PADA jam 7.30 malam, mereka sekeluarga menikmati jamuan makan malam yang di sediakan oleh Syifa sendiri. Selepas balik tadi, terus dia menuju ke dapur.

Dalam 30 minit, dia dapat menyiapkan 3 hidangan iaitu nasi putih, ayam masak lemak cili api dan air tembikai.

Dia menukar pakaian tadi kepada pakaian tidur. Dia juga turut merasai hidangan yang di buat dengan hasil tangannya sendiri.

"Gile sedaplah dik. Terror betul." Puji Rafiq.

"A'ah betul tu. Sedap gile. Kalau ada pertandingan, konfem adik menang." Puji Fauzi pula.

Syifa tersenyum senang. Kalaulah walid dan ummi dia dapat rasa, dia betul-betul gembira.

"Dah boleh jadi isteri orang dah ni." Usik satu suara. Syifa memandang Hakimi tajam.

"Eleh kata orang. Adik masih muda okey. Abang sendiri belum kahwin ada hati nak suruh adik kahwin." Balas Syifa. Semua ketawa mendengar jawapannya itu.

"Suruhlah orang yang dah berpunya tu kahwin dulu. Kan dah kerja, kahwinlah." Sambungnya. Terbatuk-batuk Nazmi dan Fauzi di buatnya. Mereka bertiga yang di maksudkan oleh Syifa.

Selesai makan, Syifa membasuh pinggan mangkuk yang di gunakan tadi. Sesudah itu, dia menuju ke bilik mandi dan mengambil air sembahyang untuk sembahyang isya.

Tepat pukul 8.00 malam, dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia tersenyum melihat bintang yang dia lekat di dinding berdepanan dengan katilnya.

Tiba-tiba, kejadian semalam berulang. Dia terlupa untuk menghirup inhalernya. Nafasnya mula tak stabil. Kepalanya pening. Dia mula berjalan ke bilik Rayqal.

Syifa mencuba untuk membuka pintu Rayqal namun ianya terkunci. Syifa mengetuk kuat pintu itu walapun dirinya sedang lemah.

"Ye kejap!" Sahut orang di dalam. Syifa masih mengetuk pintu itu.

"Ya Allah, sab... eh adik!" Serunya. Tidak jadi dia hendak marah selepas melihat adiknya lemah seperti semalam.

"Dah, dah. Duduk dekat katil tu dulu." Arah Rayqal lalu dia mengambil inhaler di kotak khas.

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan Rafiq masuk ke dalam.

"Weh, apehal bis...eh adik? Kenapa adik kat sini? Kenapa muka adik pucat?" Bertalu-talu soalan yang diajukan.

Nafas Syifa semakin lama semakin tak stabil. Rafiq yang melihat kejadian itu mula gelabah. Kedatangan Rayqal dengan inhaler membuatkan Rafiq faham apa yang jadi.

Setelah beberapa minit, barulah keadaan Syifa seperti biasa. Namun mukanya masih nampak pucat.

"Adik tak beli inhaler ke?" Soal Rafiq. Melihat Syifa mendiamkan diri membuatkan Rafiq tahu jawapannya.

"Esok jangan lupa beli. Kami tak selalu ada dekat rumah." Pesan Rafiq lagi. Syifa mengangguk faham.

"Dah adik. Jom abang papah adik pergi bilik. Tidur." Sama seperti semalam, Syifa di dukung tetapi hari ini, dia di dukung oleh Rafiq. Rayqal terus mengunci pintu.

Siapa sangka? Air matanya mengalir. Sungguh dia takut dengan keadaan adiknya. Kalaulah dia cepat tadi, adiknya tidak akan terlalu lemah. Dia berdoa agar Allah menyembuhkan Syifa dari asmanya.
-
KATIL bersaiz Super Single itu menjadi tempat di mana Syifa di rebahkan. Tubuh kecil itu di usap oleh Rafiq. Sedih. Itu yang dia rasakan.

'Ya Allah, kenapa adik perlu tempuhi asma ini? Kalau penyakit ini boleh di pindahkan, pindahlah ia kepada ku.' Bisik hatinya.

Teringat dia kepada kata-kata Syifa 2 tahun lepas ketika dia menjaga Syifa di hospital.

"Ada beribu juta orang di bumi ni, tapi Allah pilih adik untuk hadapi dugaan ni. Allah nak adik kuat. Allah tahu adik boleh hadapinya sebab tu Dia uji adik. Abang kena redho bang. Adik tak nak abang nangis sebab adik. Redho apa yang jadi sebab ianya memang sudah tertulis."

Kata-kata itu selalu diingatnya setiap kali dia merasa down. Itulah yang memberinya semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Dahi Syifa di cium lalu dia menutup suis lampu dan keluar dari bilik itu.
-
PAGI itu, Syifa bersiap dengan memakai pakaian sukan kerana pada hari itu, kelasnya akan ada kelas sukan. Dan gurunya semestinya Shahrul. Pagi itu berlalu seperti biasa.

Cuma bezanya, Syifa tak seceria sebelum ni. Mukanya nampak pucat. Tapi senyuman tak lepas dari bibir. Dia juga tetap menolong umminya menghidang sarapan pagi.

Dia tidak lupa memesan kepada Rayqal dan Rafiq untuk merahsiakan hal semalam. Dia tidak mahu umminya risau. Apatah lagi bila umminya tahu dia tidak membeli inhaler. Habislah di marahi nanti olehnya.

1000 words!

Keadaan ruang makan senyap sahaja. Tiada celoteh si gadis. Tiada sesi temu bual seperti selalu. Yang menemani mereka cuma bunyi hentakan sudu dan garfu juga kipas siling.

Ting! Tong!

Lonceng rumah berbunyi. Syifa dan Saiful bangkit dan menyalami semua tangan ahli keluarga mereka. Semasa Syifa menyalami tangan Rayqal,

"Adik okey? Jangan lupa beli inhaler." Bisiknya perlahan. Syifa mengangguk. Lalu mereka berdua keluar dan menuju kearah kawan-kawan mereka.

Mereka bersalaman terlebih dahulu dengan gaya tersendiri. Setelah itu, mereka mengayuh basikal menuju ke sekolah. Usrah Jamilah sedar tadi bertanya kenapa muka Syifa pucat. Tapi Syifa tidak memberi jawapan sebenar.

"Weh Sai, kenapa muka Syifa macam pucat je?" Soal Mika.

"Ha'ah, aku pun nak tanya." Ajuk Muiz.

"Aku..aku tak tahulah. Selalunya pagi-pagi macam ni, Syifa riang je. Tapi pagi ni, semua nampak perubahan Syifa. Tak riang. Senyum nipis je. Plus, muka dia serious pucat." Terang Saiful.

Muiz dan Mika hanya menanggukkan kepala. Haiqal sedari tadi diam. Tak tahu apa patut dia rasa. Sedih? Tak mungkin. Risau? Berkemungkinan. Gembira? Gila kut.

Bersambung...

1100+ words sahaja...okeylah tu.

Assalamualaikum para pembaca semua.

Disini, Ly ingin mengucapkan:

Terima kasih kepada,

☺yang sudi baca
😊yang sudi vote
🤗dan yang sudi comment

Karya Ly yang ketiga iaitu 'Aku Hanya Seorang Gadis Biasa'.

Minta maaf sebab,

😓Ada typo
😓bosan
😓broken language
😓short update
😓or lama tak update

Ly nak semua tahu, Ly bukanlah seorang yang bijak atau arif dalam bidang penulisan. Tapi Ly nak jugak ada pengalaman untuk menulis dan nak jugak ada orang baca cerita Ly.

First karya Ly, takdelah banyak sambutan. Dalam 80 readers je. Vote pun 8. (Sudah di delete)

Second karya, alhamdulillah ada peningkatanlah jugak. Walaupun tak sehebat karya penulis lain. Ianya ada 308 readers dan 86 votes. Tapi Ly tetap bersyukur.

Harapan Ly untuk karya ketiga ni dapat sambutan seperti cerita yang Ly pernah baca. Ly harap dapat sambutan yang lebih meriah daripada karya kedua.

Target? Maybe dalam 300 readers dan 100 votes. Comment? Why not. Kita cuba. Dalam10 comments? Memang harap lebih tapi Ly sedar yang Ly bukan bijak mana pun. Kalau lebih, alhamdulilah.

Okey, terlebih pula Ly ni. Terima kasih.

Sincerly from,
IkhaZully🤗
-
Promote Time

1. Kau, First Love Aku
By:CikTomato

2. King Dalam Hati
By:CikTomato

3. My Electric Girl
By:kimfarah_taerah

4. The Truth Untold
By:kimfarah_taerah

5. Day Dream
By:kimfarah_taerah

6. Lepaskan Aku
By:deanaharvey

7. Bukan Couple Tapi Married
By:SyaliaaElina

8. Pencuri Hati
By:CtNorLiana

9. The Head-Prefect V.S The Hot-Tempered Girl
By:_Aisywa

10. Because You Are My Love
By:_Aisywa

11. Bangkit
By:_Aisywa

12. My Girl
By:Shieyruna

13. Jaga Cinta Kita
By:Finnjw

14. Aku-Anti Lelaki
By:Officiallyqahts

15. Pemergianku Adalah Yang Terbaik
By:lyaqyh

16. Mr. Kek Coklet
By:chococoa_

17. 4 Bestfriend
By:Kie_Kunci

18. 4 Bestfriend Season 2
By:Kie_Kunci

19. Ketua Pengawas V.S Tunang
By:sis4na

20. Soulmate Forever
By:sis4na

Rasanya dah cukup kot, so siapa yang nak Ly promote, boleh list tajuk dengan penulisnya dekat comment. See you dekat next bab.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro