Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 55-TRY ME

Bismillah 💙
-
BENGANG Syifa di buatnya apabila mendapat tahu dia bekerja dalam hospital yang sama seperti Haiqal. Aduh! Yang paling buat dia bengang adalah sedari tadi Haiqal mengekorinya. Itu masih boleh. Tapi ini, Haiqal menjerit namanya seperti hanya mereka berdua di dalam hospital tersebut.

"Syifa!"

"Syifa! Tunggulah." Haiqal mencapai tangan Syifa namun laju saja dia menepis.

"What you want from me, Haiqal?" Tanya Syifa bengang.

"Nak kau." Haiqal senyum nakal. Syifa membulatkan matanya.

Dia menghiraukan Haiqal lalu kakinya melangkah keluar dari hospital. Syifnya telah tamat jadi dia mengambil keputusan untuk memeriksa butiknya.

"Syifa." Sekali lagi, Haiqal memanggilnya. Kali ini, Haiqal mencapai tangan Syifa. Syifa menepis kuat. Entah kenapa dia rasa getaran yang sangat kuat berlaku dalam badannya ketika itu.

"Syifa, tolong. Bagi aku peluang." Pinta Haiqal.

"Peluang apa Qal? Banyak peluang aku dah bagi kau. Dari awal kau tuduh aku, dari kau menjauh dari aku sejak aku sedar dari koma. Kau nak aku bagi kau peluang apa lagi?" Marah Syifa.

"Bagi aku peluang untuk rebut hati kau. Bagi aku peluang untuk kembalikan cinta kau pada aku. Tolong, Syifa." Rayu Haiqal sayu.

Dia tahu dia banyak buat salah pada Syifa. Dia tahu dia patut tanggung segala dugaan yang ada. Pandai buat, pandai tanggung.

"Okay, i'll give you the last chance. Rebut hati aku, kembalikan cinta aku. Try me if you can." Sejurus ayat itu, Syifa melangkah pergi meninggalkan Haiqal.

Haiqal senyum kemenangan. Dia dapat apa yang dia nak. Peluang. Dia bertekad tidak akan mensia-siakan peluang terakhirnya itu.
-
SYIFA melangkah ke bilik atau lebih tepat, pejabatnya. Sampai saja di sana, dia mendapati ada sejambak bunga ros merah bersama sekeping surat. Syifa membuka surat itu.

'Roses are red,
Violets are blue,
Out of hundred,
I will choose you.'

Sincerly from your love,
Haiqal

Syifa tersenyum.

"Haiqal, Haiqal, pickupline yang lapuk kau guna ni." Syifa tergeleng-gelengkan kepalanya. Dia menghidu bunga itu. Harum. Syifa kembali membuat kerjanya.

Setiap hari, ada saja 'hadiah' yang di beri oleh Haiqal. Kadang bunga ros, kadang coklet, kadang keduanya sekali. Paling wajib, surat cinta. Isinya berlainan, antaranya...

Syifa, kau bagai oxygen, tanpa kau, aku mati.

Syifa, aku dah call polis. Lapor kau mencuri. Kenapa aku tulis kau mencuri? Sebab kau dah curi hati aku.

1E8veg8u

Apa benda tu? Kalau kau padam sikit atas dia, jadi...

ILoveYou

Macam tu lah kebanyakan surat yang Haiqal beri pada Syifa. Syifa pun kadang meluat juga bila setiap hari ros dan coklet je atas meja dia. Kadang, dia tak ambil pun hadiah tu. Dia beri pada orang lain.

Kejam tak Syifa?
-
SYIFA bergegas masuk ke dalam pejabatnya. Geram saja dia. Dokter Razak iaitu ketua bahagian atas baru saja memberitahunya bahawa dia bekerja pada syif malam.

Tipulah kalau dia tak terkejut. Dahlah tadi pagi. Tup tup, kerja lagi malam ni. Dokter Razak kata besok dia kerja separuh hari saja. Tabahlah ada ketua macam tu.

Syifa mengeluh. Dia tidak sempat makan dari pagi lagi. Dia hanya sempat minum segelas air dan memakan 2 keping roti. Itupun pagi selepas pulang kerja pagi tadi. Nasiblah. Janji isi perut sudah.

Sedang sibuk dia mencari dokumen di rak 1, tiba-tiba, nafasnya turun naik. Dia sempat mengerling kearah jam. 8 malam! Dia belum menyediakan inhaler mahupun ubat pilnya.

Dia sedaya upaya cuba untuk bergerak ke mejanya namun hampa. Dia terjatuh. Nafasnya tercungap-cungap. Syufa menahan sakit di dada. Ya Allah, sakitnya! Then, miracle come!

Haiqal membuka pintu. Matanya masih tertancap pada fail di tangannya.

"Syifa, dokumen ni kau punya ker..." kata-katanya terhenti bila melihat tubuh Syifa tercungap-cungap nafasnya.

"Ya Allah, Syifa! Kenapa ni?" Terus saja dia memecut.

Otaknya memproses sesuatu. Inhaler! Inhaler tu pasti ada dalam beg Syifa. Haiqal menyeluk barang yang ada. Dia mencapai inhaler, namun dia ternampak beg plastik berisi ubat pil. Hairan.

'Ubat apa tu?' Hatinya tertanya-tanya. Haiqal cepat-cepat tersedar. Dia berlari kearah Syifa lalu menyuakan inhaler tersebut. Setelah beberapa minit, barulah Syifa kembali tenang. Namun wajahnya masih kelihatan pucat.

"Jom, Fa. Aku hantar kau balik. Muka kau pucat ni." Ajak Haiqal. Syifa pantas menggeleng.

"Aku okey." Kata Syifa lalu berdiri. Dia berjalan kearah meja. Tetapi, dia hampir terjatuh akibat tubuhnya yang masih lemah.

"Syifa, tolong jangan degil. Ikut cakap aku. Kita balik. Aku hantar kau." Haiqal berkata tegas.

Dia menyuruh Syifa berdiri berhampiran almari dan memaut tangannya di situ. Haiqal mengambil beg Syifa lalu keluar dari situ. Sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada ketua mereka memberitahu bahawa dia membawa Syifa pulang kerumah.

Sesampainya di rumah Syifa, Haiqal memapahnya ke pintu. Entah kenapa dia dapat rasakan tubub Syifa semakin tidak berdaya. Pintu di ketuk.

Apabila pintu di buka, kelihatan Saiful di situ. Wajah nampak risau dengan keadaan Syifa. Dia mengambil alih tugas memapah Syifa. Wajah Haiqal di tenung tajam.

"Apa kau dah buat dengan dia?" Soal Saiful.

"Eh, aku tak buat apa-apa okay. Dia lewat sedut inhaler tadi. Aku dah bagi inhaler. Tapi entah kenapa, badan dia masih lemah. Jadi aku bawa dia balik." Terang Haiqal. Saiful membulatkan matanya.

Syifa lewat menyedut inhaler. Lepas sedut inhaler, Syifa masih lemah. Kejap, Haiqal tak tahu Syifa sakit jadi maksudnya... Syifa belum makan ubat!

"Hm, terima kasih bawa dia balik. Kau baliklah. Assalamualaikum." Tanpa sempat mendengar balasan dari Haiqal, pintu utama di tutup dan di kunci.

Saiful memapah Syifa naik ke atas. Air di dalam jug di tuang kedalam cawan. Ubat Syifa di keluarkan lalu di suakan padanya. Syifa menelan ubat tersebut lalu meneguk segelas air.

"Thanks." Ucap Syifa lemah. Kepalanya berdenyut kuat. Dia merebahkan dirinya lalu melelapkan matanya.

"Ya Allah, lindungilah adik. Sembuhkanlah dia dari penyakitnya. Hanya kepada-Mu aku memohon. Makbulkanlah doaku." Doa Saiful.
-
SYIFA berkeras datang kerja walaupun kepalanya berdenyut kencang. Akibatnya, dia merasa seperti dunia sedang berputar.

"Eh Syifa, kau datang? Bukan kau tak sihat ke?" Itu saja yang sempat di dengarnya sebelum dia rebah.

Haiqal terkejut. Dia baru hendak berbual dengan Syifa tetapi Syufa sudah rebah di pangkuannta. Haiqal panik.

'Maaf, aku terpaksa.'

Haiqal mengendong tubuh Syifa lalu di bawa ke bilik kecemasan. Haiqal tidak di benarkan masuk ke dalam bilik itu. Haiqal resah. Dia segera menelefon abang-abang Syifa memberitahu hal tersebut.

Beberapa minit kemudian...

Seorang dokter perempuan keluar dari bilik kecemasan itu. Haiqal segera menghampirinya.

"Macam mana keadaan dia dokter?" Soalnya.

"Keadaan dia semakin teruk. Saya perlu persetujuan ahli keluarganya..." belum sempat dokter itu menghabiskan ayatnya, Haiqal memotong.

"Semakin teruk? Apa maksud kau ni?" Bentak Haiqal.

"Syifa macam mana?" Sapa Saiful yang datang tiba-tiba.

"Sai, jawab soalan aku. Syifa kenapa? Kenapa dokter ni cakap keadaan dia makin teruk?" Saiful tercengang. Jujur dia terkejut.

"Adik saya...makin teruk dokter?" Gagap Hakimi bertanya. Teman wanitanya iaitu Ayisha yang turut berada di situ menepuk bahu Hakimi memberi semangat.

"Kita bincang lain kali dokter. Terima kasih." Dingin Nazmi berbicara. Semsetinya di sebabkan keberadaan Haiqal di situ. Bukan kerana masih marah tetapi kerana Syifa mengarahkan semua ini dirahsiakan dari pengetahuan Haiqal.

"Tolong, sesiapa. Tell me what's going on?" Baran Haiqal. Apa maksud semua ni?

"Kau takde mengena dalam hal ni." Nazmi berkata dingin.

"Mestilah ada. Aku sahabat dia." Saiful ketawa sinis.

"Sahabat? Sahabat apa yang tuduh sahabat dia dah tak suci. Eh, aku kecewa dengan kau. Kalau dulu, aku ship kau dengan adik aku, setuju dengan keputusan abang aku untuk tunangkan korang tapi sekarang, tak lagi."

"Tak, aku takkan berhenti untuk dapat hati Syifa. Itu janji aku." Haiqal tekad.

"Baiklah, try her. Try us. Selagi kau belum tawan hati kami dah adik kami untuk jadi sebahagian dari keluarga kami." Lalu mereka semua masuk ke bilik Syifa. Haiqal di tinggalkan. Sempat Nazim pesan agar Haiqal tidak boleh masuk ke dalam.
-
Bersambung...

Hehe, tadaaa here an update. Huhu, sorry guys lama tak update. Sekarang ada masalah sikit. Tak banyak masa nak menulis semula. Tambah-tambah lagi musim sekolah.

Mungkin next update lama lagi. I publish this chapter at 21:49, malam okay. So jika ada sebarang typo, mohon faham kenapa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro