BAB 52-PULANG
Bismillah💙
-
5 tahun kemudian
BANYAK yang berlaku sepanjang 5 tahun ini. Nazmi dan Iman sudah di beri dua orang cahaya mata bernama Ameen Arman dan Armina Amani. Dan sekarang Iman mengandung anak ketiga 2 minggu. Nazmi juga semakin terkenal dengan nama 'pelukis terkenal'.
Nazim dengan Hana di kurniakan seorang cahaya mata bernama Putri Asyura. Comel. Nazim telah menerbitkan 3 buah buku dan akan menerbitkan sebuah lagi buku pada bulan depan. Semua bukunya di minati ramai.
Fauzi dan Sara pula sudah di kurniakan seorang anak perempuan bernama Ameliya Azira. Sekarang mengandung anak kedua 3 minggu. Fauzi juga mendapat gelaran jurugambar paling professional.
Shahrul sudah bertunang dengan Damia. Majlis akad nikah dan bersanding masih dalam rancangan. Hakimi, Firhad, Rayqal dan Rafiq sudah bekerja. Hakimi bekerja sebagai dokter sains atau lebih senang di gelar saintis.
Firhad pula bekerja sebagai juruterbang. Bukan senang nak jumpa dia. Selalu sibuk belayar ke sana dan ke sini. Selalunya sebulan itu ada 2 kali flight. Kalau sehari dua takpe jugak ini seminggu, sebulan.
Rayqal membuka sebuah kafe yang juga menjadi trending. Ada juga cawangan lain. Sebuah di Brunei. 3 di Japan. 2 di Kuala Lumpur dan main cawangan ada di Australia.
Rafiq membuka sebuah restoran. Besar seperti hotel. Biasa-biasa saja tapi di pandang seperti restoran 5 bintang. Hidangan selalu mendapat tarikan ramai dan pujian. Ianya menjadikan restoran itu direbuti ramai. Harganya juga bepatutan.
Nasrul, Saiful dan Syifa sudah habis belajar. Nasrul dan Saiful mengambil degree manakala Syifa mengambil master. Di samping belajar dalam bidang perniagaan, dia juga mempelajari bidang kedoktoran.
Nasrul bekerja sebagai seorang polis bahagian penyiasatan. Seorang polis yang amat professional. Saiful pula menjadi CEO syarikat arwah Haji Mohamad. Dia di bantu oleh Haji Aqmal dan anaknya, Iqmal Syafawi.
Syifa pula mengikut jejak langkah Iman dan Sara menjadi dokter. Walaupun dia menjadi dokter, butik arwah Hajah Faezah tidak di lupakan. Dia juga telah membuat pembedahan. Masih tiada perubahan. Sebenarnya mereka nak cuba lagi tapi Syifa tolak.
Tok tok tok!
Kedengaran pintu di ketuk. Syifa di arahkan untuk membuka pintu. Buka saja pintu...
"MAMA!" Terus tubuhnya di peluk oleh seorang budak kecil. Di belakang budak kecil itu ada seorang lelaki iaitu Carl.
Okay-okay Ly terangkan.
Carl sudah berkahwin. Bukan bersama Syifa tetapi perempuan lain yang bernama Qasya. Selepas melahirkan budak kecil itu, Qaira Elyna, Qasya meninggal dunia.
Qasya juga merupakan salah seorang sahabat Syifa ketika belajar di Kolej Ilmia'h Australia. Sebelum Qasya menghembus nafas terakhir, dia sempat meminta tolong Syifa untuk menjaga Qaira seperti anaknya sendiri. Qaira menganggap Syifa ialah ibunya kerana wajah Syifa iras wajah Qasya.
Tahun lepas, Qaira sudah tahu Qasya sudah tiada. Dia tetap memanggil Syifa mama dengan keizinan Syifa. Keluarga Syifa juga tidak kesah.
"Ye Aira, sayang mama. Jom masuk. Carl, masuklah." Ajak Syifa lembut. Carl sudah pandai bercakap melayu walaupun sedikit pelat.
"Bro, kenapa datang?" Sapa Rayqal.
"Ni aku nak bagitahu, aku dengan Qaira nak pindah Kuala Lumpur minggu depan. Aku nak tempah tiket petang ni. Korang nak ikut balik tak?" Semua diam. Dan semua memandang kearah Syifa.
Syifa kelu. Tipu kalau dia tak rindu Kuala Lumpur. Rindu sahabatnya. Lebih-lebih lagi...
"Adik, nak balik tak?" Hakimi menyoal perlahan.
"Hm, kalau abang nak balik adik ikut je." Senyum Syifa. AHMADS, AIMANS dan Saiful tahu senyuman itu hanya menutup duka. Nasrul perasan akan senyuman duka itu namun tidak tahu sebabnya. Carl dan Qaira pulak tidak tahu apa-apa.
"So 13 tickets?" Semua mengangguk.
"Yeay mama ikut." Ceria saja Qaira. Qaira membawa Syifa bermain buih di luar. Syifa hany ikut saja. Semua memerhati Syifa bermain dengan Qaira.
"Dia ada sifat keibuan." Ujar Carl.
"Ye. Dia mewarisi sifat arwah ummi yang lemah lembut. Cuma Syifa tak senang melenting walaupun dia tertekan." Balas Saiful tenang. Perlahan-lahan dia cuba kenal hati Syifa.
"Sai, boleh aku nak tanya?"
"Tanyalah. Sejak bila kau pandai minta izin sebelum tanya ni?"
"Syifa...dah berpunya ke?" Saiful terkedu.
"Ke...kenapa kau tanya?"
"Saje."
"Dulu, Syifa pernah bertunang." Terbuntang luas mata Carl.
"Tapi putus sebab salah faham. Waktu hari kami nak flight ke sini, Syifa ada serahkan dia seutas gelang. Kalau lelaki tu setia dia akan simpan. Kalau tak, gelang tu mungkin dah takde." Cerita Saiful. Entah kenapa senang saja Saiful membuka cerita itu kepada Carl.
"Nampaknya aku kena batalkan niat aku." Kening Saiful terjongket keatas.
"Hah?"
"Sebenarnya...aku ada niat nak jadikan Syifa...ibu kepada Qaira." Kelu lagi.
"Tapi, aku rasa Syifa masih setia. Sebab, kau tahu kan aku selalu tengok dia waktu kat kolej dulu. Ada lelaki tegur dia hanya buat biasa je. Orang nak ngurat dia tak layan. Mesti sebab dia setia." Tenang saja Carl berbicara.
"Kau okey ke dengan semua tu?" Saiful menduga.
"Syifa orang yang baik. Baik dengan aku dan Qaira. Takkan kebaikan dia aku balas dengan rosakkan hati dia kan?" Saiful kelu entah untuk kali ke berapa.
-
TIKET kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur itu di pandang. Hari ini, dia bakal meninggalkan bumi Australia dan tinggal di Kuala Lumpur. Mereka semua sudah meminta transfer kerja ke sana.
"Adik, dah sedia?" Syifa senyum nipis kearah Nasrul.
"Adik duduk sebelah siapa?" Soal Syifa.
"Hujung dekat tingkap sebelah Qaira. Abang dapat rasa dia akan merengek kalau tak duduk sebelah mama dia." Senyum Nasrul. Syifa hanya mengangguk.
"Dah jom naik."
Dalam kapal terbang...
"Yeay, mama duduk sebelah Ira!" Riang Qaira menjerit.
"Ira, jangan jerit." Tegur Carl lembut. Baginya, Qaira permata hatinya. Separuh dari nyawanya.
Qaira meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda mengerti untuk diam. Nampak comel untuk budak berumur 5 tahun buat begitu.
Perjalanan dari Australia ke Kuala Lumpur mengambil masa 6 jam setengah. 3 jam perjalanan sudah membuat hampir setengah penumpang tidur termasuklah Qaira.
-
"ADIK tunggu sini. Abang dan Sai nak pergi tandas jap." Arah Nasrul. Syifa mengangguk.
Dia bersendirian. Menunggu kelibat Nasrul dan Saiful di luar jalan menuju ke tandas. Carl pula membawa Qaira membeli aiskrim. Syifa mengeluarkan telefonnya.
Di sudut yang lain...
Mereka duduk di meja bulat. Macam biasa mereka akan melepak di kafe airport Kuala Lumpur. Mereka ialah pelanggan tetap. Pekerja di situ juga sudah biasa dengan mereka.
"Macam biasa?" Baru sahaja hendak duduk, pelayan di sit menegur mereka. Mereka mengangguk.
"5 tahun dah. Kita dah lama tak jumpa Syifa dengan Sai. Banyak soalan yang aku nak tanya dorang bila aku jumpa dorang nanti. First of all, mestilah aku tanya dorang pergi mana." Ujar Muiz.
"Lepastu aku tanya kenapa dorang tinggalkan kita." Mika menyambung.
"Aku nak tanya kita masih sahabat ke tak." Ain dan Iqah pula bersuara.
"Aku nak tahu, sama ada dia masih ada perasaan dekat aku ke tak." Semua terdiam. Mereka semua sudah tahu apa yang jadi sebelum ini.
"Eh kejap." Suara Iqah menyentakkan mereka.
"Kau pahal?" Ain pelik melihat muka terkejut Iqah.
"Tu...tu bukan Syifa ke?" Soal Iqah sambil menunjuk kearah tubuh yang menyandar di dinding.
Insyirah tidak duduk diam. Dia berlari kearah Syifa. Setelah hampir, dia memeluk tubuh Syifa. Syifa terkejut. Ya Allah, Insyirah. Sahabatnya. Dia melihat yang lain turut berada di situ.
Ain mendekati Syifa.
"Kau kan Fa! Kau pergi mana wei! Kenapa kau tinggalkan kitaorang! Kau tahu tak betapa bosannya kitaorang tanpa kau dan Sai! Kau kejam!" Marah Ain dalam tangisan.
Ain, Iqah dan Insyirah memeluk Syifa. Syifa membalas pelukan itu. Syifa kaku melihat susuk tubuh yang dia rindui. Yang dia setia kepadanya.
"Ad..." Semua menoleh. Syifa melihat susuk tubuh Nasrul yang memandangnya dengan pelik. Mana tak pelik. Datang saja dari tandas dapat tengok drama air mata. Percuma pulak tu.
"Sai!" Nasruk terpinga-pinga kerana di peluk. Syifa menggigit bibir lalu menarik Nasrul.
"Kenapa Fa? Kitaorang rindu kot dekat Sai." Marah Mika.
"Err..."
"Siapa dorang ni?" Semua terkejut.
"Sai, takkan kau tak kenal kami?" Haiqal pula sedikit marah dan kecewa.
"Oh kawan adik dengan Sai ke?" Syifa mengangguk.
"Apa maksud..." belum sempat Muiz menghabiskan ayatnya, Saiful muncul di belakang Syifa dan Nasrul dengan muka ketat.
"Kau ni kan. Aku ingat kau hilang tadi tahu tak!" Macam Saiful pulak abang. Dia langsung tak sedar kehadiran Hot Boy di situ.
"Abang." Saiful menoleh kearah Syifa sebelum matanya beralih kepada sahabat-sahabatnya itu. Dia terkedu.
"Kejap, ada dua Sai?"
"Apa semua ni?"
"Macam mana boleh jadi macam ni?"
Semua bertanya. Siapa tak pelik bila lihat orang yang mereka kenal ada dua di hadapan mereka.
"Can someone explain!" Tegas Muiz bersuara. Diam.
"Syifa." Syifa mengeluh. Tahu sudah bila Ain buat suara meleret macam tu.
"Ni, Hassan Nasrullah. Abang aku. Abang kembar aku." Sekali lagi, terbuntang luas mata mereka.
"Maksudnya selama ni kau ada 3 kembar?" Syifa angguk.
"Eh jap, korang pergi mana? Asal pergi tak bagitahu?" Soal Mika dengan nada tegas.
"Kitaorang pergi Asutralia." Jawab Saiful.
"Buat apa?"
"Aik? Kawan Sai dan adik tak tahu ke korang pergi sana sebab nak buat..."
"Eh abang, AHMADS dengan AIMANS dekat mane?" Syifa memotong laju. Nasrul seakan faham apa yang cuba Syifa sampaikan.
"Ah tadi dorang pergi mane entah." Syifa hanya mengangguk. Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata Haiqal.
"Finally you're back." Ucap Haiqal.
"Aku pilih untuk setia dengan kau. Kau pulak?" Kejap-kejap, Haiqal tengah nak confess ke apa ni?
"Aku pilih untuk..." belum sempat Syifa menghabiskan ayatnya, jerita Qaira menyapa gegendang telinga.
"MAMA!" Jerit Qaira nyaring. Hot Boy dan Usrah Jamilah terkejut. Budak kecil? Syifa? Mama?
"Ya Allah Qaira, kenapa lari? Penat papa kejar tau." Tegur Carl.
"Kau...dah kawin ke Fa?"
"Dan kau...dah ada anak?"
Semua terdiam. Nasrul terdiam. Saiful memandang Syifa. Carl memandang pelik manakala Syifa terkedu.
"Kejap, korang salah faham ni. Aku..."
"Sampai hati kau kan, Fa. Aku setia dengan kau. 5 tahun kau hilang. Tapi, kau sia-siakan kesetiaan aku pada kau!" Luah Haiqal. Sesuatu di keluarkan dari poket seluar. Gelang yang Syifa beri.
"Kau ambil balik ni. Aku kecewa dengan kau. Aku menyesal setia dengan kau!" Jerit Haiqal lalu berlalu pergi. Syifa kelu lalu memandang Muiz dan Mika.
"Kenapa Fa? Kenapa kau buat macam ni? Haiqal setia dengan kau sampai sanggup lawan aunti sebab tak nak di jodohkan dengan orang lain. Aku pun kecewa dengan kau." Mika bersuara sedikit kesal.
"Muiz..."
"Apa? Fa, kalau kau nak kahwin dekat situ kau tak payah bagi pilihan pada Haiqal untuk setia dengan kau. Apa kau nak cakap? Kau kena jodohkan dengan abang kau? Atau kau kena tangkap basah?" Sinis kata-kata Muiz menyakiti hati seorang Syifa.
Buk!
Muiz kaku. Saiful baru saja menumbuk pipinya. Sakit. Pedih. Itu yang dia rasa.
"Kau tak perlu nak cakap buruk tentang adik aku! Lain kali dengar dulu penjelasan orang. Jangan tuduh melulu!" Tegas Saiful.
Muiz dan Mika berlalu pergi. Ain dan Iqah juga meniggalkan mereka semua. Insyirah memeluk tubuh sahabatnya. Dia tahu semuanya.
"Stay strong, Fa. Aku tahu kau kuat. Jangan fikir sangat apa dorang cakap tu." Syifa hanya mengangguk.
Semua masih kaku dengan apa yang berlaku depan mata mereka tadi.
-
RUMAH lama mereka di tenung. Setelah 5 tahun, mereka akan duduk semula di situ. Tiada perubahan. Hanya ada sedikit bunga yang di tambah. Bilik di dalam rumah itu juga sudah berhabuk.
"Hari ni kita rehat dulu. Esok atau lusa kita kemas, ye." Arah Nazmi.
"Abang tinggal sini?" Soal Saiful.
"Ye, kita semua tinggal sini."
"Err, bilik Nas dekat mane?" Tanya Nasrul.
"Nas duduk bilik tetamu depan bilik Sai. Pergilah dulu rehat." Semua hanya akur. Penat kut. Carl dan Qaira pula sudah pulang ke rumah mereka sendiri.
Di dalam bilik...
Syifa merenung gelang yang Haiqal pulangkan tadi. Dia telah mengecewakan hati Haiqal. Tapi Haiqal yang salah faham. Sekarang semua sahabatnya sudah rasa benci terhadapnya kecuali Insyirah.
"Ya Allah, besarnya ujian-Mu. Kau berilah aku kekuatan untuk harungi semua ini." Doa Syifa perlahan. Dia membaringkan dirinya. Lalu di terlelap.
-
Bersambung...
Ini dah kali kedua Haiqal salah faham dan tuduh melulu, ada yang nak berjemaah serang Haiqal tak?😅
Mungkin Aku Hanya Seorang Gadis Biasa akan ada 70 bab atau 80 bab. Harap semua setia menunggu😉
Stay read. Stay vote. Stay comment. Stay keep this story in your library.
Stay keep this story in your reading list.
And i will appreciate it so much😘
By the way...
HAPPY NEW YEAR!!!
Dengan tahun baru ini, buatlah azam baru yang baik untuk kehidupan yang akan datang. Kesalahan yang lalu jangan di kenang. Let's open a new book this year. Kesalahan yang lalu, jadikanlah pengajaran untuk masa yang akan datang.
And here, double updates...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro