BAB 50-AUSTRALIA
Bismillah...
-
SETELAH beberapa jam di dalam kapal terbang, akhirnya mereka telah sapai di Australia. Keluar saja dari lapangan terbang, mereka menghubungi teksi untuk membawa mereka ke rumah yang Nazmi beli.
"Masya Allah, cantiknya bang!" Semua berasa teruja melihat rumah yang berada di depan mata mereka sekarang.
"Susunan ilik macam dekat rumah dulu. Korang pergi bilik, bersihkan diri lepastu kita pergi makan luar. Dekat sini belum ada barang masak." Ujar Nazmi. Mereka akur.
Syifa melangkahkan kakinya kedalam sebuah bilik. Syifa terpegun dengan hiasan bilik itu. Rasa tenang bila memasukinya.
Bilik Tidur Syifa
Setelah meletakkan beg luggage dan beg sandangnya, Syifa merebahkan dirinya di atas katil. Telefon bimbit di periksa. Mak aii, banyaknye...
👭Usrah Jamilah👭
Sahabat Ain👭: Syifa
Sahabat Ain👭:Kau pergi mane wei?
Sahabat Iqah👭: Kitaorang pergi rumah kau tapi rumah kau kosong.
Sahabat Iqah👭: Kau dekat mane wei? Janganlah buat kami risau.
Sahabat Ain👭: Fa tolong jawab!
👬👭Hot Boy V.S Usrah Jamilah👭👬
Sahabat Muiz👬:Sai, Fa, korang dekat mane?
Sahabat Muiz👬: Kenapa rumah korang kosong?
Sahabat Ain👭: Please lah bagitahu korang kat mana!
Sahabat Muiz👬: Tolong jangan seksa kami macam ni Sai, Fa.
Sahabat Iqah👭: Wei jangan bluetick dowh...
👭Sahabat Syirah👭
Assalamualaikum Fa,
Seperti yang aku dah janji, aku takkan bagitahu yang lain tentang keberadaan kau. Kau dekat Australia tu jangan lupa sahabat kau yang comel kat sini. Fa jujur aku cakap, aku dah mula rindu kau. Sahabat pertama aku. Dunia akhirat. Aku harap kau sembuh dari penyakit kau. Bila kau nak datang KL balik, roger aku. Aku akan sambut kedatangan sahabat aku ni. Ingat, jangan lupakan aku tau. Aku sayangkan kau. Sangat-sangat💖
Waalaikumsalam, terima kasih Syirah. Aku bersyukur Allah kurniakan aku sahabat yang baik macam kau. Aku takkan lupakan kau. Macam mana aku nak lupakan sahabat pertama aku yang comel ni. Kecomelan kau tu kan datang dari aku. Haha gurau je. Dan terima kasih untuk doa kau. In sha Allah kalau aku balik aku roger. Aku sayang kau juga, Syirah💞
👬Sahabat Haiqal👬
Fa!
Kau kat mana weh?
Kenapa rumah korang kosong?
Kereta pun takde.
Kau kat mana?
Jangan buat aku macam ni weh.
Tolong, semua orang tengah cari kau sebab nak jumpa kau.
Weh tolong lah kembali.
Syifa menahan sebak di dada. Tipu kalau dia cakap dia nak berpisah dengan sahabat-sahabatnya itu. Tapi ini adalah arahan abang sulungnya. Dia harus aku.
-
SELESAI sahaja berpakaian, Syifa keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Nampaknya semua sudah menunggunya.
"Ha baguslah adik dah siap. Jom pergi." Semua mula bangkit untuk keluar. Saiful mendekati Syifa.
"Adik dah baca teks dorang?" Syifa angguk perlahan.
"Syirah tahu kita ada dekat sini. Dia dah janji yang dia takkan bagitahu yang lain." Saiful memandang sayu pada adiknya.
Dia tahu adiknya itu sedih kerana terpaksa pindah ke Australia. Namun bila abang sulungnya itu sudah membuat keputusan muktamad, tiada
siapa yang boleh halang.
Perjalanan menuju ke higher supermarket mengambil masa setengah jam dari rumah yang mereka duduki. Setelah Nazmi meletakkan kereta di petak kosong, semua keluar.
Mereka berpecah. Rayqal dan Rafiq mencari makanan ringan. Hakimi dan Firhad mengambil beberapa guni beras. Shahrul dan Saiful pula mengambil beberapa kotak air mineral manakala Syifa mencari makanan basah bersama Hana dan Sara.
Nazmi bersama isterinya, Iman menuju ke kedai yang menjual barang-barang bagi. Nazim dan Fauzi pula pergi ke kedai telefon dan kemudiannya kedai sukan.
Syifa memasukkan ayam yang di pilihnya ke dalam plastik. Kemudian ikan dan seterusnya udang. Shahrul dan Saiful hanya melihat.
"Kalau abang nak beli barang pergilah dulu. Adik nak basuh tangan." Shahrul dan Saiful akur lalu pergi ke arah Rayqal dan Rafiq yang mencari makanan ringan.
Syifa mengeringkan tangannya menggunakan tisu dari dalam begnya. Selesai membuang tisu tersebut, dia mencari keempat-empat abangnya. Ke kiri ke kanan di cari namun susuk tubuh abangnya tidak kelihatan.
Buk!
"Ya Allah, maaf cik, saye tak sengaja. Saye nak cepat tadi." Tutur seorang lelaki yang terlanggar bahu Syifa.
"Takpe takpe." Syifa bangun.
"Err cik, saye kena pergi ni. Maaf ye." Lelaki itu berlari pergi. Syifa sempat melihat kearah wajah lelaki tersebut.
"Abang Sai? Ish tak mungkinlah. Abang Sai tahu aku macam mana. Ke abang Sai nak kenakan aku? Argh takde masa aku nak fikir." Syifa meneruskan perjalanannya mencari abang-abangnya.
-
Skip ke restoran
MAKANAN TENGAHARI terhidang jelas di depan mata. Makanan di situ amatlah sedap. Harganya mahal juga. Syifa menikmati nasi bersama salted eeg buttermilk chicken. Minumannya pula jus tembikai.
"Semua." Semua mata melihat kearah Nazmi.
"Ehem, emm, sebenarnya kan...err..." semua hairan melihat Nazmi yang seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi tidak jalan.
"Sebenarnya apa Az?" Soal Hakimi setelah menyuap sesudu nasi kedalam mulutnya.
"Lepasni ada orang nak jumpa." Kening terjongket keatas.
"Siapa?"
"Ma..."
"Hello ladies and gentlement." Sapa seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 an yang tiba secara mengejut.
"Err..." semua kelu. Siapa wanita di hadapan mereka kini?
"Az, mind to explain?" Firhad senyum smirk menandakan dia tidak puas hati kerana tidak mengetahui hal sebenar.
"Okay okay listen. Dia, Hajah Zaerah. Dia Kakak kepada...arwah ummi." Terbuntang mata AIMANS, Saiful dan Syifa di buatnya.
"Kakak arwah ummi? Tapi kami tak pernah tengok dorang pun." Bentak Firhad.
"Memang sebab mereka dah pindah kesini sebelum korang lahir lagi dan tak pernah balik ke KL lepastu kecuali waktu..." Belum sempat Nazmi habiskan ayatnya, seorang lelaki muncul di sebelah Hajah Zaerah
"Sayang?" Semua menoleh lagi.
"Yang ni..."
"Yang tu suami maklong. Haji Aqmal."
"Hello guys." Haji Aqmal melambai tangan kearah mereka semua.
"Mama." Muncul pula seorang lelaki.
"Dan itu anak paklong dan maklong, Iqmal Sya..." ayatnya terhenti.
"Sya?"
"Ehem, Sya...fawi." semua mata memandang kearah Syifa. Syafawi. Nama kedua Haiqal.
"Dan dia sebaya dengan kami, AHMADS."
"Haish banyaknye kejutan. Lepasni ada lagi lah kan rasanya." Ujar Hakimi bersama perlian.
"Memang ada." Ucap Nazim selamba.
"Apa lagi!" Serentak AIMANS, Saiful dan Syifa jerit.
"Yang ni rasanya akan buat Sai dan adik lebih terkejut." Saiful dan Syifa mengangkat kening.
"Assalamualaikum." Satu suara menyapa gegendang telinga mereka. Semua menoleh dan sekali lagi semua tergamam.
"Ta...tak mungkin." Saiful dan Syifa sudah berdiri. Apa semua ni?
"Nas, sini." Semua pandang tak berkelip.
"Ini, adik beradik kandung kita. Kembar Sai dan adik. Dia anak ke-9." Semua masih terkejut.
"Hassan Nasrullah. Gembira jumpa kamu semua setelah lama kita berpisah." Senyum Nasrullah.
"Tapi Az, kau cakap maklong dan paklong pindah kesini sebelum kami lahir. Macam mana si Nas ni boleh ada dekat sini pulak?" Tanya Rayqal sangsi.
"Sebenarnya, dia pun ade kanser juga." Buat entah keberapa kalinya, mata mereka terbeliak.
"Penyakit tu memang dah ada pada dia sejak lahir. Sebabtu dia kena hantar pada maklong dan paklong beberapa hari selepas dia lahir." Semua terdiam. Tak tahu hendak kata apa.
-
SYIFA termenung di balkoni di biliknya. Dia keliru. Dia ada kembar selain Saiful? Dan kembarnya itu ada penyakit sepertinya? Ya Allah, apa semua ni?
Tok! Tok! Tok!
Pintu di kuak. Syifa menoleh dan kelihatan Nasrullah berada di situ.
"Boleh abang masuk?" Syifa senyum sebelum mengangguk.
Suasana sedikit kekok. Al-maklum pertama kali berdua dalam satu tempat. Keadaan senyap sebelum Nasrullah berdehem.
"Jadi err, adik umur berapa?" Syifa senyum kelat.
"Kita kan kembar. Umur kita samalah." Nasrullah menepuk dahi. Aduh bodoh punya soalan.
"SPM macam mana?"
"Alhamdulillah, okay je."
"Berapa A?" Soalnya lagi. Cuba untuk menghilangkan suasana kekok.
"Straight A alhamdulillah." Beritahu Syifa.
"Tahniah adik abang. Abang bangga dengan adik." Tutur Nasrullah lagi.
"Abang macam mana?"
"9A je."
"Okeylah tu. Tahniah." Keadaan kembali kekok.
"Abang nak minta maaf sebab tak pernah nak hidup bersama dengan keluarga kita." Sayu saja kedengaran suara Nasrul itu.
"Takpe, abang dah ada depan mata kami sekarang. Abang ialah abang adik. Dan adik sayangkan abang walaupun ini baru kali pertama kita berjumpa." Senyum Syifa. Nasrul memeluk Syifa.
"Abang sayang adik juga."
"Eh badan adik sejuk ni. Jom masuk." Syifa akur. Jujur sebenarnya dia tidak boleh terdedah lama dalam sejuk. Nasrul memapah Syifa ke katil.
"Dah makan ubat?" Syifa angguk.
"Tidurlah. Selamat malam." Nasrul menyelimuti Syifa. Tidak sampai seminit, kedengaran dengkuran halus dari Syifa.
"Kalau lah sebelum ni abang tahu selama ni keluarga kandung abang ada dekat KL, abang akan pergi cari korang. Dan sekarang, abang dapat tahu pula adik sakit. Kalau boleh abang tak nak adik rasa sakit yang abang lalui tapi..." sebak rasanya. Dia tahu Syifa selalu sakit di KL kerana abang-abangnya bercerita tadi.
"Tapi adik kuat. Kalau boleh dia tak nak orang tahu sakit dia. Bila dia jatuh dia akan cuba bangun sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu ialah adik." Sampuk satu suara. Saiful.
"Aku harap keluarga kita akan bahagia." Ujar Nasrul sambil melihat kearah Syifa. Saiful menepuk bahunya.
"In sha Allah."
-
Bersambung...
Harap semua suka...jemput-jemput vote dan komen😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro