Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5-SENTAP

Bismillah, let's start🤗
-
MENGUAP. Mengantuk. Itu saja perkataan yang boleh menceritakan keadaan pelajar kelas 5 Teratai. Meguap? Tak usah di tanya. Lebih dari sepuluh kali kut. Matapelajaran Sejarah bagi mereka amatlah bosan.

Namun, kebosanan itu bertukar menjadi kegembiraan apabila lonceng balik dibunyikan. Bergegas mereka berdiri, mengucap salam, baca doa dan mengemas barang.

Tinggal Syifa sahaja di dalam kelas bersama Ikmal. Dia yang di arahkan untuk memastikan kelas di kunci dan barang-barang penting di simpan di atas meja ustazah Wardah.

"Ikmal, aku balik dulu tau." Kata Syifa. Ikmal mengangguk tanda akur. Takkan nak larang pulak. Dahlah dia tu anak dara. Kena tuduh ikhtilat nanti siapa yang susah?

Syifa keluar dari kelas. Baru sahaja di hendak menoleh, dia terlanggar seseorang sehingga mereka berdua terjatuh. Syifa menoleh gerangan itu. Manusia tadi juga menoleh.

"Kau!" Jerit mereka serentak. Siapa lagi yang cari gaduh dengan Syifa? Mestilah Haiqal.

"Ish kau ni, selalu je nak langgar aku."

"Hello, aku tak sengaja okey."

"Niat sebenarnya sengaja."

"Heh, takde hati aku nak langgar kau."

"Hmph, setakat perempuan macam kau ni, petik jari je."

Syifa menahan marah namun dia cuba berlembut.

"Maaf ye, kalau awak tak suka dengan saya kenapa awak selalu dekat dengan saya?" Kata Syifa.

"Excuse me, bila masa aku dekat dengan kau?"

"Awak selalu dekat dengan saya. Nak marah, tengking saya. Awak ingat saya ni takde perasaan ke?" Sentap. Itu yang di rasai oleh Haiqal.

Sejurus selepas kata-kata itu, Syifa meninggalkan Haiqal yang masih tersentap. Syifa masih berang. Namun dia cuba mengawal riak wajahnya. Tidak mahu kawan-kawannya perasan perbahasannya bersama Haiqal sebentar tadi.
-
KAYUHAN basikal untuk melepasi pagar sekolah itu terhenti bila mana nama Syifa di laung. Si empunya badan menoleh. Kelihatan Shahrul, abang ke empat Syifa menuju ke arahnya.

"Ye sir, sir panggil saya?" Kata Syifa membahaskan diri Shahrul sebagai sir. Ianya kerana kawan-kawan Saiful masih tidak mengetahui identiti mereka.

"Boleh sir nak jumpa kamu sekejap?" Pinta Shahrul.

"Kan dah jumpa ni." Balas Syifa.

"Maksud sir, kita berdua." Shahrul menerangkan. Syifa yang faham maksud Shahrul hanya menganggukkan kepalanya. Dia menyuruh rakan-rakannya untuk tunggu sebentar.

Setelah kelibat Syifa dan Shahrul hilang, Muiz bersuara.

"Weh Sai, kau tak halang ke sir Shah jumpa adik kau tu? Kau tak takut sir buat apa-apa dekat Syifa?" Katanya.

"Biarlah, takkan sir nak buat apa-apa dekat Syifa." 'Syifa kan adik dia.' Namun kata-kata itu hanya di sambung di dalam hati kerana takut rakannya dengar.

"Ape ape jelah." Marah Haiqal.

"Kau kenapa tiba-tiba bad mood ni? Datang bulan?" Lalu hempasan kuat terkena pada bahu Mika.

"Aduduh, heh, dahlah takde mood. Hempas aku pulak." Marah Mika.

"Yang kau cakap aku datang bulan tu kenapa? Aku lelaki kut." Gertak Haiqal.

Perbualan itu mengundang tawa lelaki di situ. Manakala Usrah Jamilah hanya berdiam diri kerana tidak biasa bersama lelaki ajnabi.
-
BELAKANG sekolah menjadi tempat pilihan mereka untuk berbual. Shahrul tidak takut kalau ada guru nampak kerana semua guru tahu identiti mereka.

"Kenapa abang nak jumpa?" Soal Syifa sejurus selepas Shahrul menghentikan langkahnya.

"Ni, tolong bagitahu ummi, abang lewat balik hari ni. Pukul 4 petang nanti abang ada mensyuarat sukan. Pukul 5.30 petang nanti pula abang keluar dengan kawan abang. Mungkin abang balik lepas maghrib." Beritahunya.

"Hm, okey. Ni abang sempat tak makan malam?" Tanya Syifa lagi.

"Mungkin." Balasnya sepatah.

"Abang, abang tahu tak bila walid balik?" Tak henti-henti dia bertanya.

"Hm abang tak tahu lah dik. Tapi mungkin Jumaat ni." Syifa mengeluh.

"Adik rindu walid lah." Syifa mengeluh. Shahrul memegang kedua bahu Syifa.

"Dah ye dik, abang nak pergi atas. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Terus Shahrul berlalu pergi.

"Waalaikumsalam." Jawab Syifa perlahan dan dia berlalu pergi ke arah kawan-kawannya dan mereka pun mengayuh basikal pulang kerumah.
-
DIA merebahkan dirinya di katil selepas selesai menunaikan kewajibannya sebagai umat islam. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi tanda ada chat masuk. Syifa mencapai telefonnya.

From:Unknown number

-kau tunggulah Syifa, kau dah rampas hak aku. Aku akan buat kau merana.

Syifa mengangkat keningnya. Pelik. Siapa pula orang gila yang mengugut dia ni? Hak dia? Bila masa dia ambil hak orang? Dia menggelengkan kepalanya lalu membuka chat Usrah Jamilah.

💕💖👭اُسْرَةٌ جَمِيْلَةٌ👭💖💕

Sahabat Syirah👭:Assalamualaikum sahabatku dunia akhirat.

Waalaikumsalam sahabatku hingga ke jannah.

Sahabat Ain👭:Waalaikumsalam sahabatku selamanya.

Sahabat Iqah👭:Waalaikumsalam sahabatku hingga hujung nyawa.

Sahabat Syirah👭:Korang free tak?

Aku free je

Sahabat Ain👭:Free

Sahabat Iqah👭:Aku pun free

Sahabat Syirah👭:Mall jom. Aku bosanlah

Sahabat Iqah👭:Aku on

Sahabat Ain👭:Ofc boleh

Okey set, pukul 4 dekat mall

Sahabat Iqah👭:Okey bye

Sahabat Iqah👭offline
Sahabat Syirah👭offline

Sahabat Ain👭:Ok join

Sahabat Ain👭offline

Syifa menutup telefonnya. Dia bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan memakai pakaiannya. Dia memakai baju muslimah jenama Tunic Medina dan tudung shawl labuh.

Dia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Kelihatan Nazmi yang sedang menyiapkan lukisannya juga Nazim yang sedang menulis sesuatu di dalam komputer.

"Abang Az, boleh tolong hantar adik dekat mall tak? Adik nak keluar dengan Usrah Jamilah." Pintanya pada Nazmi. Nazmi menoleh.

"Tak bolehlah dik. Abang sibuk ni. Lukisan ni kena hantar lusa." Terangnya lembut. Syifa mengangguk faham. Dia menuju pula ke arah Nazim.

"Abang Zim, boleh tolong hantarkan adik pergi Mall?" Dia bertanya sekali lagi.

"Tak boleh. Sibuk." Jawab Nazim dingin. Matanya tetap fokus ke arah komputer. Syifa hanya senyum kelat. Dia terus keluar untuk mencari teksi.

Fauzi yang melihat kejadian itu menerpa kearah kembarnya.

"Ish korang ni, kut ye pun sibuk janganlah layan Syifa macam tu." Marahnya.

"Layan macam mana? Dia okey kan. Kami sibuk takkan kena tinggalkan kerja kami semata-mata untuk dia." Balas Nazim. Fauzi mengeluh.

"Korang ni takde ciri-ciri seorang abang langsung." Tegur Fauzi lalu cepat-cepat dia keluar mengejar Syifa.

"Adik!" Laungnya. Syifa menoleh.

"Jom abang hantar. Pergi mall kan?" Ajak Fauzi. Syifa tersenyum. Lalu dia mengangguk.

"Dah jom." Katanya. Mereka pun memasuki kereta berwarna hitam itu.

Bersambung...

Tadaa, new chapter...

Bab ni ngam-ngam 1000 words. So, selamat membaca, happy reading guys.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro