BAB 43-TAHU
Bismillah...ready...💜
-
Hospital...
SEMINGGU berlalu dengan pantas. Namun tuan punya badan masih terbaring kaku di atas katil. Setiap pagi, rutin AIMANS yang menjaganya akan melap badan Syifa. Tidak penat mereka bercakap sebab mereka tahu Syifa dengar.
AIMANS sedang cuti sem 2. Lagi sebulan puasa. Dan sebulan selepas tu raya. Mereka berharap Syifa akan sedar sebelum raya. Cukuplah raya tahun ini tiada walid dan umminya...jangan adik pula takde. Hari ini, giliran Firhad menjaga.
"Adik. Abang nak cerita ni. Tak lama lagi adik akan dapat anak buah. Kak Iman pregnant. Lepastu butik adik dapat anugerah butik terhebat. Maksu dah handle semua client butik tu. Adik jangan risau. Dan ada client adik pesan, get well soon pada adik. Eric nama dia. Dia kata dia tak sangka orang semuda adik sanggup tempuh banyak dugaan." Firhad hampir menangis.
"See, dik. Everyone is wiating for you so wake up. Abang rindu adik. Tolong bangun. Jangan kaku saja." Air mata Firhad mengalir. Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan ini.
Syifa pula...
"Aku dekat mana ni? Kenapa sekeliling semua sama?"
Syifa berjalan tanpa tujuan. Dia dengar luahan semua orang yang datang. Dia letih. Namun dia berusaha untuk mencari pintu kembali ke alam realiti. Dia perlu pulang. Pulang ke pangkuan abang-abangnya.
Dia ternampak dua tubuh. Dia menghampiri. Matanya membulat bila dia nampak...walid dan umminya. Dia dah mati ke?
"Walid, ummi..."
"Sayang...jangan mengalah. Terus cari jalan. Adik masih ada masa untuk kutip pahala di dunia. Buat perkara baik. Kita jumpa di syurga nanti ye." Lalu bayangan itu hilang. Dia harus mencari jalan. Terua dan terus.
-
SEBULAN lebih berlalu lagi. Semuanya bagaikan angin. Semua kenalan Syifa tidak lepas melawat Syifa setiap minggu. Tidak lupa keluarga Haiqal juga. Cuma Haiqal saja di larang keras oleh Nazmi.
Sewaktu Sara melap badan Syifa, dia terasa tangan Syifa bergerak.
"Adik?" Dia menoleh ke arah Syifa. Mata Syifa hampir terbuka. Tangannya di gerakkan lagi dan akhirnya...mata Syifa terbuka luas.
"Ya Allah, abang! Adik dah sedar!" Jerit Sara memanggil Fauzi. Fauzi yang baru keluar dari tandas terkejut lantas berlari memanggil dokter. Dokter masuk memeriksa keadaan Syifa.
Semua mengucap syukur bila dokter kata Syifa sudah selamat dan sepenuhnya sedar. Semua masuk lalu memeluk Syifa yang mendepakan tangan.
"Abang rindu adik. Kami semua rindu adik." Luah Saiful. Dia tahu adiknya pasti maafkan dia. Dia sudah meluahkannya sewaktu dia menjaga Syifa.
"Adik rindu abang juga. Akak pun." Senyum Syifa walaupun mukanya nampak pucat.
"Abang Az." Panggil Syifa. Nazmi menoleh.
"Abang ada benda nak cakap?" Syifa seolah-olah tahu semua benda. Yang sebenarnya Syifa sudah tahu cuma nak kepastian.
"Cakap apa?" Nazmi pura-pura tidak tahu.
"Yang adik bukan tunang Haiqal." Jawab Syifa selamba membuatkan semua mata-mata di situ membulat.
"Ma..."
"Adik dengar. Adik dengar macam mana abang larang aunti Mira bawa Haiqal lawat adik. Kenapa abang?" Pantas Syifa memotong.
"Dia punca adik jadi macam ni." Dingin saja suara Nazim.
"Apa bukti yang abang ada?" Sinis soalan Syifa. Semua terdiam.
"Kenapa diam? Abang, Haiqal lindungi adik. Sampai Haiqal sanggup terima Emma jadi kekasih asal adik selamat. Tapi Emma marah bila Haiqal cakap lepaskan adik. Dia cakap Haiqal tipu. Masa tu jugak, abang Shah yang lain datang. Beberapa minit lepastu, polis datang. Emma marah dah Emma tikam adik. Semuanya gelap lepastu. Sekarang bagitahu adik, mana silap Haiqal?" Sekali lagi semua kelu.
Syifa kuat. Selalunya orang koma dia akan ingat benda tu samar-samar. Tapi tidak Syifa. Semua yang berlaku sebelum dia koma ada dalam bayangan sewaktu 'tidur'nya itu. Syifa menarik nafas lalu menghembusnya.
"Adik abang..." kata-kata Nazmi termati bila Syifa menggeleng tanda berhenti.
"Adik nak rehat. Tolong keluar." Pinta Syifa lalu dia mengiringkan badannya kearah tingkap. Semua akur lalu keluar. Dan tanpa semua sedar, air mata seorang gadis gugur.
-
SETELAH seminggu berehat di hospital dan seminggu berehat di rumah, persekolahannya bermula seperti biasa. Namun, demi menghormati keputusan abang-abangnya, dia terpaksa menjauhi Haiqal.
Mereka berada di dewan selepas perhimpunan pagi. Pengetua mulakan ucapannya.
"Assalamualaikum semua. Di sini saya hanya ingin memberitahu bawa SPM kamu akan bermula lagi 3 bulan lebih. Kelas intensif akan bermula pada 10 Jun iaitu minggu hadapan. Ia akan berterusan sehingga 30 September. Manakala selepas itu, setiap petang jam 3.30 petang hingga 4.30 petang kamu akan ada kelas tambahan setiap pelajaran. In sya Allah, SPM akan bermula pada 18 Oktober. Sekian terima kasih."
Macam-macam reaksi pelajar. Gembira? Sikit saja, mungkin sebab tak lama lagi habis sekolah. Sedih? Sebab tak lama lagi berpisah. Malas? Kebanyakannya sebab kena belajar. Tapi, belajar tu permulaan bagi kejayaan kita. Kalaulah sekiranya kita tak belajar, terus exam, kita tahu ke apa nak di jawab?
Semua beransur balik ke kelas. Kelas 5 Teratai, dari awal pelajaran sehingga pelajaran sebelum rehat mereka menghadapi latihan mengejut. Kecuali Syifa kerana dia dikehendaki memahami pelajaran yang tertinggal. Itu bukan nasib baik. Bila tarikh yang di tetapkan itu semua pelajaran, dia lagi penat.
"Huh, lenguhlah tangan aku buat essay tadi." Rungut Kasyaf apabila guru english mereka keluar.
"Jomlah rehat." Ajak Waliyah.
"Kau tak rehat Syifa?" Tanya Ikmal prihatin.
"Malas ah...aku nak siapkan laporan. Ustazah Wardah minta waktu rehat ni jugak." Beritahu Syifa. Mereka bertiga angguk saja lalu keluar dari kelas.
"Weh, aku risaulah." Luah Waliyah.
"Aku pun. Tapi apa nak buat kan? Selain kita, Usrah Jamilah dan Hot Boy, siapa lagi nak jaga Syifa?" Risau juga Ikmal. Dia kenal Syifa sejak tadika. Malah ayahnya juga merupakan sepupu arwah walid Syifa.
"Aku." Seorang lelaki di belakang mereka menjawab. Mereka kenal. Kawan sekelas mereka.
"Kau?" Pelik. Itu yang mereka rasa.
-
DIA masuk ke lif. Tak sangka dia berduaan dengan orang yang dia betul-betul elak. Ye. Sekarang Syifa berada di dalam lif bersama Haiqal. Orang yang kalau boleh dia tak nak jumpa. Atau lebih tepat orang yang dia dilarang untuk berjumpa.
Keadaan di situ amatlah sunyi. Bagaikan tiada orang. Setiap tingkat lif itu tidak pun berhenti. Dari tadi Syifa berharap ada yang akan masuk namun hampa. Tiada.
"Ehem." Haiqal berdehem menghilangkan rasa akward.
"Kau okey?" Syifa hanya menganggukkan kepalanya.
"Ada sakit lagi ke?" Syifa menggeleng.
"Ada emas dalam mulut ke?" Kali ini Syifa menjeling.
"Pe?"
"Tak, aku pikir dalam mulut kau tu ada emas sampai tak nak cakap." Balas Haiqal selamba seperti tiada apa yang berlaku.
Pintu lif terbuka.
"Terima kasih sebab pertahankan aku hari tu. Aku minta maaf bagi pihak abang aku sebab salahkan kau." Lalu dia keluar. Haiqal pula kelu. Syifa sudah tahu? Secepat itu?
-
Bersambung...
Sorry sebab bab ni sedikit pendek. Sorry jugak sebab dari minggu lepas tak update. And also, sorry sebab hambar.
Persoalan kisah Haiqal dan Syifa...
Apa akan jadi pada hubungan Haiqal dan Syifa?
Adakah takdir menyebelahi mereka?
Atau sebaliknya?
Bakalkah mereka bersatu kembali?
Nantikan pada bab yang akan datang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro