Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 42-KEJAM

Bismillah...harap semua suka😄
-
KEPALANYA terasa berdenyut. Pening. Belakangnya pula sakit di sebabkan hentakan tadi. Apa yang berlaku? Dimana dia sekarang. Dia ternampak sekujur tubuh sedaya upaya untuk bangun. Bila tubuh itu menoleh, dia terkejut.

"Syifa?"

"Ha..Haiqal?" Terkejut Syifa. Begitu juga dengan Haiqal.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Haiqal sambil mengurut sisi kepalanya.

"Aku tak tahu, aku ke tandas tadi. Tapi lepas keluar je ada benda hentak aku dari belakang. Bangun...tup tup aku kat sini." Cerita Syifa.

"Kau kena hentak? Dekat mana? Sakit tak?" Soal Haiqal prihatin dan risau.

"Aku okey je. Aku kan kuat." Senyum Syifa.

"Kau pulak macam mana boleh ada kat sini? Keluar tandas kena hentak jugak ke?" Soal Syifa.

"Tak. Kan waktu tu aktiviti bebas. Aku nak masuk hutan. Muiz, Mika dan Sai tak nak so aku masuk sendiri. Tiba-tiba aku dengar bunyi dekat sebelah kiri aku, aku pusing. Aku nampak benda hitam senyum sinis. Lepastu aku kena pukul dekat sini." Ujar Haiqal panjang sambil menunjuk kearah kepalanya.

"Qal, aku takutlah." Syifa sudah mula rasa gerun. Bulu romanya naik apabila mendengar cerita Haiqal. Benda hitam? Apa tu?

"Lah tak payah takut. Aku ada. Aku sebagai kawan merangkap sahabat dan tunang pada kau akan lindungi kau." Haiqal memandang raut wajah Syifa yang kelihatan takut.

Jujur dia juga merasa takut namun, dia tidak mampu melihat orang yang dia sayang sedih mahupun takut. Tiba-tiba tombol pintu di pulas dan pintu itu terbuka. Seseorang masuk. Dia yang berpakaian hitam masuk sambil senyum sinis.

"Kau siapa hah?" Marah Haiqal. Orang itu membuka kepala jaketnya dan...

Tak mungkin...

"Emma?" Sebut saja nama itu, bulu roma Syifa naik.

"Ape kau nak hah!" Haiqal dapat rasakan tubuh Syifa di belakangnya menggigil.

"It's so simple dear. I want you." Gedik. Dasar minah sotong.

"Aku tak nak pun dekat kau." Balas Haiqal lagi.

"Oh, okey. Kalau kau tak nak serah diri, aku akan ambil dia." Haiqal masih blur.

Melihat Haiqal yang leka, dia menarik tangan Syifa yang berada di belakang Haiqal ke arahnya. Haiqal pula tidak sempat bertindak. Sebilah pisau di keluarkan lalu di acukan pada leher Syifa. Emma sudah senyum sinis.
-
Di kem...

"Jumpa tak?" Soal Michael pada Jack dan anak buahnya yang lain. Melihat gelengan dari Jack membuatkan semua resah. Saiful dan Shahrul juga Hot Boy meraup kasar kepala mereka.

Sudah 2 jam selepas berita kehilangan Syifa dan Haiqal di sampaikan. Insyirah yang berada di pangkuan Ain mengeluh kecil. Selepas mendapat tahu Syifa hilang, dia rebah. Nasib ada Ain menyambutnya.

"Saya tak kira. Saya nak masuk dalam hutan." Putus Shahrul. Dia tak kesah apa-apa pun risiko yang bakal jadi asal adiknya selamat.

"Kami pun!" Sokong Hot Boy.

"Kami akan ikut. Bahaya kalau kamu sahaja pergi. Saya akan arahkan beberapa ahli penyelamat kami untuk ikut." Beritahu Michael.

"Kalau dalam masa 1 jam kami tak keluar. Tolong telefon polis." Arah Shahrul sebelum melangkah kaki ke dalam hutan diikuti Sai dengan yang lain.

Insyirah sudah resah. Macam mana kalau Syifa cedera? Macam mana dengan penyakit Syifa? 'Ya Allah kau lindungilah sahabatku. Jauhilah mereka dari bahaya.'
-
GILA. Emma sudah gila. Sekejap ketawa. Sekejap menangis. Bukan itu yang Haiqal risau tapi pisau yang di acukan pada leher Syifa. Setiap kali dia melangkah pisau itu akan lebih dekat.

Sedari tadi dia merayu pada Emma namun rayuannya tidak di endahkan. Ya Allah, apa akan jadi pada mereka? Emma pula sedari tadi melayan perasaan. Menceritakan bagaimana gembiranya dia bila bertemu Haiqal. Sedihnya bila melihat Haiqal penat. Marahnya bila melihat Syifa dekat dengan Haiqal. Ah semua lah!

"Haiqal, mari kita bersama." Lembut suara Emma.

"Ye ye...kita bersama." Balas Haiqal.

"Betul?" Soal Emma teruja.

"Tapi lepaskan Syifa dulu." Hilang terus senyuman di wajah Emma.

"Kau tipu!" Marah Emma lagi. Pisau semakin mendekati. Atau lebih tepat hanya 0.1 cm saja lagi akan sampai pada leher Syifa.

"Qal, tolong." Rintih Syifa dalam tangisan. Walaupun susah untuk berkata begitu namun di lakukan juga.

"Kau langkah setapak, dia mati." Ujar Emma apabila melihat Haiqal ingin melangkah menghampiri mereka.

"Jangan apa-apakan dia." Larang Haiqal lembut. Lebih kepada meminta. Emma senyum sinis.

"Kalau dia mati, kita boleh bersama kan Haiqal?" Pisau sudah di cengkam. Menunggu ia mendarat ke sasaran.

Dan pada masa itu jugaklah, pintu di rempuh kasar. Kelihatan Shahrul dan yang lain tiba di situ.

"Kurang ajar! Kau bawa dorang kesini!" Emma sudah bertukar liar.

"Emma, drop the knife." Arah Lisa yang turut berada di situ.

"Takkan."

"Adik!" Jujur, Saiful betul-betul risau. Macam mana mereka tahu kedudukan mereka. Meh cerita sikit.

Saiful: alah author ni...potong scene lah

Author: eh, so what? Cerita aku okey

Saiful: derr, tapi kitaorang character

Author: character bukan director

Saiful: menyampah*tangan ke bahu mata ke atas*

Back to the story

Flashback

Mereka sudah penat mencari. Dimana lagi? Kiri kanan mereka cari namun tidak dapat. Besar sangat ke hutan Sri Indah ni? Tiba-tiba, Saiful terasa ada sinar yang menusuk matanya. Dia menghampiri sesuatu. Seutas rantai.

"Ini, rantai peninggalan moyang kamu. Moyang kamu beri pada opah. Opah beri pada ummi. Sekarang ummi beri pada kamu. Nanti kamu turunkan lagi pada anak kamu."

Dia ingat. Rantai itu. Milik Syifa. Dia pasti Syifa ada di kawasan sini. Matanya terarah ke sebuah rumah kayu. Dia terdengar gelak tawa juga tangisan yang kuat.

"Semua!" Jerit Saiful!

Dia menunjuk kearah rumah itu lalu mereka menuju ke sana.

End of Flashback

"Ini polis. Tolong serah diri." Polis yang sudah tiba berada di luar. Michael memang tak faham bahasa! Tadi kan kata 2 jam lepas dorang tak muncul baru telefon polis. Tapi bila di tilik jam, rupanya memang dah lebih.

"Ah tak guna." Emma sudah bertindak luar kawalan. Syifa terlepas. Baru sahaja dia hendak melangkah...

"Bukan mudah untuk kau terlepas." Dan zzap...

BANG!

Semua terkedu. Semuanya berlaku sekelip mata. Bagaimana Emma tikam Syifa. Bagaimana peluru di lepaskan kearah Emma. Syifa sudah terbaring di lantai manakala Emma sudah pengsan. Nadi di periksa dan tiada. Tiada bunyi denyutan nadi. Tembakan itu tepat di dadanya. Emma sudah kembali kepada Allah.

"Adik! Ya Allah." Shahrul memangku kepala Syifa. Syifa hanya senyum.

"Adik...ish senyum pulak dia." Marah Saiful dalam tangisan. Dia tahu Syifa senyum supaya orang tak risau. Tapi ada ke abang yang tak risau tengok adiknya terbaring dengan berlumuran darah?

"A-dik sa-yangkan..aa-bang. Ca-kap de-kat abang...yang lain...adik...sa-yangkan...mereka juga...adik tak...sabar nak jum-pa walid...d-an ummi..." tersangkut-sangkut Syifa menuturkan ayat itu.

"Adik jangan cakap macam tu lah. Bertahan adik. Lisa dah telefon ambulans." Syifa menggeleng. Dia tidak tahu sama ada dia akan selamat. Dia memandang kearah Haiqal.

"Qal, terima kasih...selalu...ada de...ngan aku. Aku...doa...kan kau...bahagia." dan saat itu, tertutupnya mata seorang gadis yang sangat tabah. Nadinya semakin lemah. Derapan jantungnya semakin tidak kedengaran.

"ADIK!"

"SYIFA!"
-
DOKTOR masih belum keluar dari bilik pembedahan. Abang-abang Syifa resah di luar sana. Sahabat Syifa sudah pulang kerana ada hal yang perlu di uruskan. Hot Boy setia menunggu Haiqal. Kadang pelik juga, kenapa Haiqal risau sangat?

"Apa yang berlaku, Shah? Sai?" Tanya Nazmi.

"Adik hilang tadi dalam hutan. Waktu kami jumpa dia, perempuan nama Emma tu acu pisau. Polis datang. Dia dah hilang akal. Adik nak lari tapi perempuan tu tikam adik." Cerita Shahrul pasrah.

"Kau bagitahu aku mana perempuan tu! Biar aku saman dia!" Marah Nazim. Hana di sebelahnya menenangkan hati suami yang membara.

"Dia dah takde. Polis lepaskan tembakan waktu dia tikam Syifa. Tepat dekat dada jadi..." Sengaja Shahrul tidak menyambung. Mereka terdiam.

"Kau ada dengan Syifa kan tadi?" Soal Saiful yang sedari tadi berdiam diri.

"Sai...aku..."

"Sebab kau ke Syifa jadi macam ni?" Semua memandang tepat kearah Haiqal. Soalan KBAT. Takde soalan yang lagi mudah ke? Melihat keraguan Haiqal, Firhad dan Nazim bertindak. Hot Boy pula keluar setelah melihat Saiful memberi isyarat mata.

"Kau, jangan kau berani dekat dengan adik aku lagi!" Marah Firhad. Haiqal hendak menjawab namun Nazim memotong.

"Pergi jauh dari adik aku!" Halau Nazim pula.

"Maafkan aku. Aku tak tahu apa yang Emma fikir sampai buat Syifa macam tu." Haiqal membuat muka simpati.

"Argh aku tak nak dengar." Marah Firhad lagi. Mukanya jelas merah. Nazmi mendekati Haiqal. Mukanya jelas menandakan dia kecewa dengan Haiqal.

"Nah." Sebentuk cincin di beri kepada Haiqal. Membulat mata Haiqal di buatnya.

"Ini..."

"Dokter beri semua barang beharga pada kami. Aku tahu apa yang boleh buat Syifa bahagia. Mulai saat ni, kau takde hubungan dengan keluarga ni. Aku kecewa dengan kau. Aku ingat kau boleh jadi pelindung Syifa. Rupanya aku silap. Kau boleh pergi."

Nazmi meraup wajahnya setelah kelibat Haiqal tidak kelihatan. Bahunya di tepuk oleh Fauzi.

"Betul ke keputusan kau ni?" Tanya Fauzi.

"Aku nak yang terbaik untuk dia."

"Kau pasti ini yang terbaik?" Soalan cempumas dari Hakimi.

"Aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, aku nak adik sembuh. Aku akan beritahu dia bila keadaan dia betul-betul stabil." Pada masa itu, lampu bilik pembedahan bertukar hijau bermaksud doktor sudah selesai.

"Macam mana dengan adik saya dokter?" Tanya Shahrul.

"Dia selamat cuma dia belum lepas waktu kritikal. Dan...dia koma. Kanser dia...merebak lagi. Dah masuk stage 2. Saya syorkan korang buat pembedahan selepas dia sedar. Ada dua pilihan sama ada di sini atau...Australia. Di sana selalunya berjaya." Terang Doktor Wana.

"Boleh kami lawat dia?" Tanya Hakimi.

"Boleh, lepas kami pindahkan ke wad biasa. 2 pelawat setiap kali melawat. Dan hanya seorang saja di benarkan untuk menjaga adik Syifa." Arahnya lagi. Semua mengangguk.

"Pindah Syifa bilik kelas pertama." Doktor Wana mengangguk dan meminta Nazmi mengisi borang.

"Aku nak jaga Syifa!" Rayqal bersuara setelah lama berdiam diri. Rafiq di sebelahnya juga diam saja.

"Boleh."

"Aku harap adik...akan sedar cepat." Doa Rafiq. Semua mengangguk setuju dengan apa yang di katakan oleh Rafiq.
-
Bersambung...

So macam mana? Best or hambar? Atau 50 50? Ada tak yang hayati sampai nangis? Takde kut. Ly cuba nak buat scene sedih waktu Syifa kena tikam tu tapi idea hilang.

Jadi apa akan berlaku seterusnya? Syifa akan sedar cepat? Dia akan tinggalkan Haiqal? Atau macam mana? Teruskan menunggu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro