Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4-RIMAS

Bismillah😊
-
KANTIN menjadi destinasi pertama pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Usrah Jamilah tidak terkecuali. Cuma bezanya, mereka cuma mengambil masa 15 minit untuk rehat dan 15 minit selebihnya bebas.

Sedang mereka makan, mereka di ganggu dengan usikan nyamuk jantan. Siapa lagi kalau bukan Hot Prince yang selalu menggatal dengan Usrah Jamilah.

"Hai baby, how's your holiday? I miss you." Kata Khairul atau lebih selesa di panggil Khai. Usrah Jamilah sudah menggeletar bukan kerana takut tapi geli.

"Tapi aku tak rindu kau." Balas Syifa sinis. Senyuman sinis tidak ketinggalan.

"Auch, you're hurting me!" Serunya. Usrah Jamilah tidak senang duduk. Kalau mereka pakai baju sukan, dah lama kena tendang. Tapi mereka masih memikirkan batas wanita.

"Lah, you ni. Sportinglah sikit." Putra pula menyampuk. 10 minit berlalu dengan pantas, mereka bangkit untuk membuang sampah dan mencuci tangan.

"Lah, korang dah habis makan ke? Jomlah teman kitaorang." Ly yang tulis pun dah geli😅

Usrah Jamilah tidak menghiraukan Hot Prince. Tanpa di sangka, Khairul memegang tangan Syifa yang tidak berlapik. Ulang ye, TIDAK berlapik. Syifa meronta-ronta untuk di lepaskan. Usrah Jamilah yang lain juga di perlakukan begitu.

Ramai pelajar menjadi penonton drama percuma itu. Ada yang senyum sinis. Ada yang marah. Yang paling tak di duga, ada yang menjerit teruskan drama. Dan tanpa di duga, satu tumbukan kuat hinggap di pipi Khairul sehingga dia jatuh tersungkur.

Kelihatan Hot Boy di situ dan yang menumbuk Khairul semestinya Saiful. (Hah, mesti ramai fikir Haiqal kan😜)

"Kau! Jangan sesekali kau berani sentuh adik aku!" Jerkah Saiful. Nafasnya turun naik. Bencinya terhadap Hot Prince terutama sekali Khairul semakin membuak apabila melihat dia memegang tangan Syifa yang tidak berlapik.

"Huh, suka hati aku lah nak buat apa! Korang siapa nak larang aku!" Marah Khairul pula. Dia di bantu rakannya untuk bangun.

"Aku abang dia. Aku kembar dia. Dia adik aku. Dia kembar aku. Aku ada hak untuk jaga dan lindungi dia. Aku bagi amaran, jangan sesekali sentuh dia atau kawan-kawan dia ataupun kau makan penumbuk aku." Saiful memberi amaran dengan tegas. Hot Prince menjeling sebelum berlalu pergi. Macam perempuan je.

"Korang okey tak?" Soal Mika prihatin. Semua mengangguk walhal mereka menahan sakit di pergelangan tangan kerana di cengkam kuat. Saiful yang perasan hal itu terus menarik tangan Syifa. Tangannya yang berlapik handsock dan baju lapis di tarik.

"Auch!" Syifa mengerang sakit dengan perlahan tapi cukup untuk di dengari oleh Saiful.

"Ya Allah dik, dah bengkak ni!" Seru Saiful apabila melihat tangan Syifa merah.

"Dah-dah, jom rawat dekat bilik sakit." Arah Muiz pula. Haiqal pula sedari tadi berdiam diri. Dia tidak tahu apa yang dia rasa. Marah? Sedih? Entah. Yang dia fikirkan ialah dia tidak suka Usrah Jamilah kerana mereka lebih terkenal. (Siapa nak join hentak kepala Haiqal?😂
-
BILIK sakit menjadi destinasi Usrah Jamilah. Saiful hendak ikut tapi di sebabkan Syifa larang jadi dia akur saja. Lagipun hanya Syifa saja mahramnya. Yang lain bukan.

"Weh, aku tak faham betullah dengan Hot Prince tu. Kita tak cari gaduh pun dengan dorang yang dorang nak kacau kita pahal?" Betak Iqah.

"Entah, bukan kita yang musuh dengan dorang." Bebel Ain.

"Setahu aku lah kan. Musuh dorang Hot Boy. Tapi kenapa kita yang kena?" Syirah pula bersuara.

"Wayar otak rosak kut." Kata-kata Syifa sedikit sebanyak mengundang tawa gadis-gadis di situ.

"Hah Syifa, Ain, Syirah, Iqah. Macam mana boleh bengkak tangan ni?" Soal Damia aka ajk medik di sekolah.

"Tadi terhentak dinding." Tipu Syifa. Tidak mahu perkara yang terjadi tadi berleluasa.

"Terhentak dinding? Takkan Syifa hentak dinding terus kawan-kawan kamu ni hentak dinding juga?" Sinis soalan Damia. Dia tahu Usrah Jamilah menyembunyikan sesuatu darinya.

"Takde papelah kak Mia. Ni, boleh kami keluar?" Pinta Syifa. Usrah Jamilah yang lain hanya membiarkan ketua mereka soal jawab.

"Boleh, tapi jangan buat kerja berat sangat macam mengangkat barang sebab tangan kamu tu masih lemah. Faham?" Anggukan di terima lalu Usrah Jamilah menyalami tangan Damia dan keluar.
-
SYIFA bertugas di perpustakaan. Masih ada 7 minit sebelum rehat tamat. Dia kena pula jumpa ustazah Wardah pula. Dan dia telah ketinggalan matapelajaran Add Maths yang di ajar oleh sir Adam.

Tanpa dia sedar, masa berlalu dengan pantas. Tepat pukul 10.30 pagi, dia keluar. Tingkat 6 menjadi destinasinya. Terserempak pula dia dengan Hot Boy. Lalu mereka sama-sama menaiki lif. Sesampainya di tingkat 6, kelihatan Usrah Jamilah, Hot Prince dan Diva Babe sudah tiba.

"Baik, bagus kamu sudah ada. Mari kita mulakan." Ucap Ustazah Wardah. Ada juga pengetua, Haji Faizul, ketua disiplin, Ustaz Qawwaz dan penolong pengetua akedemik, Ustazah Waiqah.

"Usrah Jamilah, Hot Boy, Hot Prince dan Hot Diva. Kamu di antara Top 15 sekolah. Seorang dari kamu kira top 16 tapi tidak mengapa kita teruskan."

"Kamu semua terpilih untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar yang kurang dedikasi. Mereka nakal dan mereka dari kalangan tingkatan 3."

"Saya hanya memerlukan 10 orang daripada kamu. Tentang, Qayla Kashika. Kamu di kecualikan kerana kamu mendapat tempat ke 16 tertinggi. Jadi saya minta maaf, saya tak dapat nak jadikan kamu sebagai mentor."

"Apa! Pengetua! Saya boleh je jadi mentor walaupun saya di bawah. Takkan sebab prestasi pelajaran saya, saya tak boleh." Marah Qayla. Dia berang.

"Qayla Kashika! Hormat." Arah Syifa yang berada hujung barisannya.

"Kau! Diamlah Syifa Aulia Nur Hasanah." Dia menyebut nama penuh Syifa.

"Sudah, Qayla. Dia cuma tegur kamu je. Tak payah nak marah-marah. Sekarang ni, kamu sendiri yang dah tunjukkan diri kamu tak layak jadi mentor. Kalaulah saya benarkan, habislah pelajar-pelajar yang dapat kamu tu menangis sebab kamu ni garang." Sinis sekali kata-kata ustazah Wardah itu.

"Hurgh, fine. I'm out." Sejurus kata-kata itu, dia keluar.

"Ok saya sambung. Saya memerlukan 10 orang mentor. Setiap mentor akan mengajar 2 orang pelajar. Kamu hanya akan menjadi mentor sehingga cuti penggal pertama bermula."

"Lagi 5 orang, kamu pula akan mengawasi beberapa pelajar yang di syaki membuat kesalahan yang berat seperti merokok dan membuli. Jadi nama-nama yang saya sebutkan tolong berdiri."

"Emma Syaqila." Dengan senang hati dia berdiri.

"Arina Syamimi."

"Khairul Amar."

"Putra Iskandar." Emma sudah gelisah kerana lelaki idamannya belum di sebut.

"Iqram Hamidi." Emma mengeluh kasar.

"Kamu berlima akan mengawas pelajar-pelajar yang di arahkan. Kamu hanya akan di beri 2 orang sahaja setiap seorang. Jika kamu gagal mendisiplinkan pelajar itu, terimalah hukuman."

"Baik kamu boleh keluar. Nanti saya beri nama-nama yang di arahkan."

"Kamu bersepuluh, saya nak pastikan dulu. Angkat tangan ya."

"Syifa Aulia Nur Hasanah."

"Haiqal Syafawi."

"Siti Izzati Insyirah."

"Hasan Saifullah."

"Nurul Ain Husna."

"Muizzudin Hamidi."

"Nur Syafiqah Arisa."

"Naufal Mikael."

"Danish Razzi."

"Batrisya Masyita."

Selepas semua mengangkat tangan, semua guru menghembus nafas lega. Korang jangan silap eh, Danish dan Masyita still jahat.

"Baiklah, saya harap kamu semua boleh bekerjasama. Kamu semua harapan pelajar straight A." Ucap Ustaz Qawwaz.

Semua mengangguk tenang. Setelah diberi keizinan untuk keluar, mereka menyalami tangan mahram mereka lalu keluar. Pengawas pula pergi ke bilik 6.4 untuk melapor tugas mereka tadi.
-
JAM menunjukkan tepat pukul 12.30 tengahari. Ikmal iaitu ketua kelas 5 Tertai bangun dari duduknya dan memberi salam dan mengucap terima kasih kepada cikgu Suraya iaitu guru Bahasa Melayu.

Jangan salah ye semua. Untuk sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Tun Bakar, mereka akan pulang ke rumah jam 3.30 petang bagi tingkatan 3, 4 dan 5 dan pukul 3 petang bagi tingkatan 1 dan 2.

Ketua pengawas iaitu Haiqal dan penolong ketua pengawas iaitu Syifa akan mengimamkan sembahyang fardhu Zuhur untuk tingkatan 1 dan 2. Tingkatan 3, 4 dan 5 waktu ini akan pergi ke dewan makan untuk makan tengahari.

Bilik wudhu menjadi destinasi Syifa. Tudung di tarik sikit. Lengan bajunya dan lengan lapis bajunya juga. Tidak lupa jam tangannya di buka. Kalau tak, habislah rosak terkena air. Dengan bacaam basmalah, dia memulakan wudhunya.

Terasa tenang selepas masuk ke surau. Walaupun surau itu bising dengan celoteh para pelajar, tetap kedengaran alunan selawat yang di baca oleh makmum sebaris dengan imam.

"Baik, semua boleh masuk sof. Isi sof kosong." Arah Syifa. Dia mengarahkan lagi seorang pelajar tingkatan 1 yang bernama Amal untuk iqomat.

"Allahuakbar!" Laung Syifa selepas niat di pasang di dalam hati. Setelah 4 rakaat, dia duduk tahyat akhir. Selesai itu, dia memberi salam kanan dan kiri.

"Assalamualaikum warrohmatullah. Assalamualaikum warrohmatullah. Astaghfirullah alazim, allazi la illa hailla huwal hayyul qayyum waatubuilaih. Bismillahirrohmannirrohim..." dan ayat kursi, 3 qul, alfatihah dan doa selepas sembahyang di baca.

Mereka bersalam sesama sendiri dan keluar dari surau. Seorang demi seorang menahan lapar. Syifa pula tidak ke dewan makan sebaliknya dia pergi ke kantin kerana bertugas di sana.
-
RIUH rendah kantin itu di isi dengan kehadiran beberapa orang pelajar perempuan yang tidak ada keiizinan untuk solat fardhu. Hari ini, dia di tugaskan bersama Sofia iaitu salah seorang pengawas tingkatan 2.

"Kak Syifa, ramainya orang kat sini. Betul ke dorang tak dapat solat?" Ragu-ragu dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Syifa menarik nafas sebelum bersuara.

"Kamu semua betul tak boleh solat?" Pertanyaan itu di balas dengan anggukan. Syifa hanya senyum.

"Saya percaya dengan kamu semua. Ialah, siapalah saya ni tak tuduh kamu menipu kan? Setakat jawatan yang saya pegang tak boleh menuduh tanpa bukti."

"Tapi kamu kena ingat, selain saya dan beberapa orang pengawas dekat sini memang kamu boleh tipu. Tapi bukan Dia kerana Dia tahu segala-galanya." Sentap. Ye. Itu yang di rasakan oleh sebahagian pelajar yang terasa dengan kata-kata Syifa.

30 minit pantas berlalu dan akhirnya, berakhirlah sudah waktu tengahari pada hari itu. Syifa, Sofia, Iman dan Ruqya yang bertugas di kantin berdiri di hujung kantin untuk memastikan tiada yang ponteng jika membuat salah.

Iman dan Ruqya menjaga bahagian lelaki manakala Syifa dan Sofia menjaga bahagian perempuan. Sedang sibuk mereka bertugas, nama Syifa di panggil.

"Syifa!" Panggil suara itu. Syifa berpaling. Kelihatan Hot Boy berada di situ dan yang memanggilnya ialah Saiful.

"Sofia, saya serahkan tugas ni pada kamu ye." Kata Syifa mesra. Setelah menerima anggukan, Syifa pergi ke arah Hot Boy.

"Ye, kenapa panggil?" Soal Syifa.

"Tangan okey tak?" Tanya Saiful prihatin.

"Okey je, tapi kata kak Mia, tak boleh buat kerja berat." Beritahunya.

"Eleh, lembik. Setakat bengkak tak boleh buat kerja berat." Syifa menahan marah. Baginya itu bukan usikan tapi hinaan.

"Nak marahlah tu. Baru je usik sikit." Dia menambah perisa. Sengaja cari gaduh dengan Syifa.

"Abang, Syifa nak naik dulu. Sini PANASlah. Campur lagi ada lalat terbang. Syifa nak pergi melapor. Nanti kena sound oleh abang ketua pengawas kita. Yelah dia kan KETUA. Semua benda dia nak tegur tapi diri dia sendiri tak pulak. Dah bye. Assalamualaikum."

Hah terimalah sindiran kaw kaw dari Syifa. Usik lagi. Biar lepas ni bukan sindir. Tendang terus sampai England. Eh kenapa England? Kenapa tak pluto je terus biar sesak nafas lepastu tak ada yang jumpa dia.

Haiqal merengus geram. Nak kenakan orang tu, dia pula kena balik. Haish.

"Sai, kenapa perangai dia pelik? Macam lelaki." Marah Haiqal.

"Dah dalam keluarga aku banyak lelaki. Kau fikirlah, aku ada 10 adik beradik. 9 orang lelaki campur aku dan dia seorang je perempuan. Campur walid aku ada 10 orang lelaki dan campur ummi aku ada 2 orang perempuan." Terangnya.

"Syifa dan ummi aku, dorang memang rapat. Tapi Syifa lebih rapat dengan adik beradik dia walaupun dia manja dengan ummi aku." Jelasnya lagi.

Haiqal, Muiz dan Mika yang mengangguk mendengar cerita dari Saiful. Mereka meneruskan perjalanan ke kelas manakala Haiqal dan Muiz pula menuju ke tingkat 6 untuk melapor tugasan mereka.

Bersambung...

Assalamualaikum guys. Alhamdulillah part ni dapat mencapai 1800+ words. Ly harap korang semua suka. Dapat vote and comment kalau korang suka. Thank you guys.

-Author IkhaZully, Ly

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro